Ahad, 11 Disember 2011

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


600 keluarga di Gombak terima borang BR1M

Posted:

600 keluarga di Gombak terima borang BR1M

600 keluarga di Gombak terima borang BR1M


SAID ANUAR (duduk tengah) bergambar dengan sebahagian penduduk yang menerima borang BR1M di Gombak baru-baru ini.


BANTUAN. Hampir 600 keluarga di kawasan Kampung Simpang Tiga, Gombak hadir untuk mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 setiap keluarga seperti yang dijanjikan kerajaan pada Bajet 2012.

Majlis itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan cawangan UMNO Kampung Simpang Tiga di Tadika Kemas kampung berkenaan.

Pengerusi JKKKP Kampung Simpang Tiga, Ali Omar Zoelkafli berkata, tujuan majlis itu diadakan bagi memberi kemudahan kepada penduduk kampung mengisi borang berkenaan.

Pada majlis itu, penduduk dibantu mengisi borang oleh petugas yang terdiri daripada guru tadika dan wanita UMNO.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional Pembangunan Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad.

Full content generated by Get Full RSS.

500 kanak-kanak sertai Sunathon

Posted:

500 kanak-kanak sertai Sunathon

500 kanak-kanak sertai Sunathon


RAMLI (kanan) beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program Sunathon 2011 anjuran HSB di Alor Setar baru-baru ini.


ALAM BAHARU. Seramai 500 kanak-kanak dari seluruh Kedah tidak melepaskan peluang menyertai program Sunathon 2011 atau berkhatan beramai-ramai secara percuma anjuran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar di sini baru-baru ini.

Program tahunan yang diadakan sejak tahun 1990 itu diselia oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB dan berlangsung selama sebulan bermula 20 November lalu.

Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan & Trauma HSB, Dr. Fatahul Laham Mohamad berkata, program itu terbuka kepada kanak-kanak berusia dari lima hingga 12 tahun yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

"Program ini memberi peluang kepada orang awam terutama keluarga kurang berkemampuan untuk mengkhatankan anak-anak mereka," katanya.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pelawat HSB, Ramli Mohd. Yunus.

Full content generated by Get Full RSS.

Program Satu Komuniti Satu JPJ di SK Bagan Terap

Posted:

Program Satu Komuniti Satu JPJ di SK Bagan Terap

Program Satu Komuniti Satu JPJ di SK Bagan Terap


SEBAHAGIAN daripada penduduk yang hadir pada Program Satu Komuniti Satu JPJ 2011 di Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru.


KOMUNITI. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menganjurkan Program Satu Komuniti Satu JPJ 2011 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Terap, Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru ini.

Program itu bertujuan memberi kemudahan perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar melalui pelbagai aktiviti jabatan.

Antara aktiviti dijalankan adalah penyerahan lesen memandu percubaan motosikal B2 kepada peserta berusia 45 tahun ke atas yang telah lulus ujian memandu yang dikendalikan oleh kakitangan JPJ.

Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ditipu Pak Arab bulat-bulat

Posted:

Ditipu Pak Arab bulat-bulat

Ditipu Pak Arab bulat-bulat

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan NORAFZAN MOHD. ARSAD
berita@kosmo.com.my

Kondominium mewah di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur tempat jutawan Arab itu menjalankan operasi 'bisnes'nya.


KUALA LUMPUR – Siapa tidak teruja apabila ditawarkan bekerja dengan majikan berketurunan raja sebuah negara Teluk yang mempunyai rangkaian perniagaan minyak dan gas di seluruh dunia.

Dengan tawaran gaji termasuk faedah seperti tempat tinggal dan elaun lumayan, sudah pasti ramai yang kelabu mata.

Namun semua itu hanya indah khabar sahaja apabila lelaki bergelar doktor itu sebenarnya kaki auta apabila tembelang mula terbongkar satu persatu.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 35, berkata, pengalaman pahit berkhidmat selama sebulan dengan lelaki itu sudah cukup untuk mendorong dia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini mengenai tindak-tanduk lelaki tersebut.

Dia mendakwa, turut tertipu dengan jutawan tersebut ialah 15 lelaki tempatan yang diupah untuk bekerja sebagai pengawal peribadi lelaki itu.

Abdullah yang mendakwa berasal dari Iraq menjelaskan, pada mulanya dia dijanjikan jawatan sebagai pengurus teknologi maklumat bagi syarikat milik jutawan tersebut dengan gaji permulaan RM1,600 sebulan.

Lebih mengujakannya apabila jutawan tersebut turut menawarkannya seunit kondominium mewah yang terletak di Jalan Law Yew Swee di sini dan elaun makan setiap hari.

"Memang dalam tempoh seminggu hingga dua minggu, saya sangat yakin dengan dia yang kelihatan sangat segak dan bergaya apatah lagi lelaki itu diperkenalkan oleh kawan saya sendiri,'' ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

15,000 bakal sambut Tuanku Mizan

Posted:

15,000 bakal sambut Tuanku Mizan

15,000 bakal sambut Tuanku Mizan


TUANKU MIZAN menerima cenderahati daripada Kerajaan Persekutuan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Santapan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka di Istana Negara, Jalan Duta kelmarin.


KUALA TERENGGANU - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan diarak sejauh 16.2 kilometer sebaik sahaja tiba di sini hari ini selepas tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sambutan dijangka melibatkan lebih 15,000 orang yang akan menunggu di sepanjang jalan bermula dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Istana Maziah selepas ketibaan Tuanku Mizan yang dijangkakan pada pukul 2 petang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Iskandar Malaysia capai sasaran

Posted:

Iskandar Malaysia capai sasaran

Iskandar Malaysia capai sasaran


NAJIB (dua dari kanan) menunjukkan buku Laporan Kemajuan Lima Tahun Iskandar Malaysia bersama Abdul Ghani (dua dari kiri), Ismail (kiri) dan Azman di Nusajaya semalam.


JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kagum dengan tahap kemajuan pembangunan Iskandar Malaysia dan yakin projek berkenaan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Saya kagum melihat projek-projek di Iskandar Malaysia yang sedang dilaksanakan, meyakinkan saya kawasan ini akan maju dan mencapai sasaran yang ditetapkan," kata beliau yang dibawa menaiki helikopter meninjau pembangunan wilayah berkenaan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Manisfestasi pengkarya pelbagai latar

Posted:

Manisfestasi pengkarya pelbagai latar

Manisfestasi pengkarya pelbagai latar

Oleh NIZHA PERIASWAMY

SEBUAH rumah banglo yang terletak di puncak bukit, Bukit Jelutong, Shah Alam sememangnya memiliki tarikan khusus dan istimewa buat para tetamunya.

Dikelilingi pokok-pokok yang menghijau dan bersebelahan dengan banglo-banglo elit yang dikawal ketat oleh pengawal, premis di Jalan Awan Larat itu mampu memberi kesan yang mendalam kepada pencinta seni yang datang bertandang. Begitu juga kepada mereka yang baru memanjakan diri dengan warna-warni seni.

Dengan keluasan lebih 5,000 kaki persegi (465 meter persegi), ia diubah suai menjadi galeri seni dengan nama Galeri Seni Puncak. Tarikannya bernilai tambah apabila ia menaungi dan mempamerkan hasil karya agung daripada seniman tersohor, Yusof Ghani.

Galeri itu baru-baru ini membuka pintunya untuk sebuah lagi pameran hebat. Membawa maksud kemampuan berkomunikasi melalui penulisan atau pena yang menghulur mesej, pameran seni Kalam 3 adalah rentetan daripada Kalam 1 dan Kalam 2 yang pernah diadakan.

Semestinya, Kalam 3 menjanjikan karya-karya yang lebih segar dan mengujakan daripada puluhan pelukis yang datangnya dari pelbagai latar belakang pekerjaan.

"Pameran ini membabitkan penglibatan 26 orang artis kesemuanya. Bukan sekadar melibatkan kumpulan pelukis, mereka itu terdiri daripada artis grafik, doktor, arkitek, guru dan ahli perniagaan.


SENTUHAN Awang Damit bertajuk Tanah Ini.


"Kalam 3 juga berlainan apabila ia menyampaikan seni kaligrafi kontemporari dalam persembahan individual," kata Yusof yang memimpin pertemuan tempoh hari.

Daripada kata-kata itu, jelas, pengkarya seni yang terlibat dalam pameran ini mempunyai cita rasa dan sentuhan tersendiri kerana kebanyakannya bukan daripada latar pendidikan seni.

Kaligrafi

Rugi rasanya pengkarya sambilan dalam arena lukisan ini tidak didekati kerana pastinya mereka mempunyai manifestasi tersendiri dalam menterjemahkan objek ke atas kanvas.

Jamil Mat Isa, 44, misalnya, memberitahu, dia memilih untuk mempamer seni kaligrafi menggunakan teknik seni pop.

"Teknik pop diaplikasikan di atas skrin sutera yang juga sebahagian daripada signatur saya," jelas pensyarah itu.

Lukisan Jamil yang bertajuk Zikir. Dia dilihat berulang kali menulis beberapa bait ayat suci al-Quran di atas kanvas.

"Konsep zikir diperjelas dengan pengulangan, sama seperti kalimah zikir itu sendiri. Dengan mengaplikasikan kepelbagaian saiz pada kalimah-kalimah zikir, ia

YUSOF bersama dua helaian seni beliau yang bertema Esen Jawi.


secara tidak langsung mewujudkan ruang secara ilusi," katanya penuh falsafah.

Selain Zikir, Jamil mempamerkan lagi tiga buah lukisan yang masih bertemakan zikir yang bertajuk Kemaafan, Ahad dan Kemuliaan.

Mengulas mengenai Kalam 3, lelaki itu berkata, dia amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada peserta pameran tersebut kerana ia membabitkan guru yang pernah mengajarnya serta anak-anak muridnya.

"Pameran ini ibarat sebagai satu nafas dan kelahiran baharu kepada artis yang bukan sahaja daripada latar seni, malah termasuk mereka yang melakukannya atas dasar rekreasi, suka-suka dan mencuba.

"Jika dahulu, orang menganggap seni sebagai satu bidang yang tidak harus dipedulikan. Tapi kini, ia sudah berubah dan lebih menarik, generasi masa kini sangat meminatinya. Jadi, pameran sebegini harus diteruskan," ujarnya.

Tambah Jamil, intipati utama Kalam 3 iaitu tulisan kaligrafi berjaya memecahkan tradisi asal yang menulis dalam satu jenis persembahan sahaja.

"Enam bulan yang lalu, Yusof sendiri telah membuka peluang kepada para artis dan pengkarya seni yang berminat untuk mengubah cara persembahan kaligrafi.

"Beliau bukan sahaja akur dengan sentuhan kontemporari dan eksperimental yang ditunjukkan oleh artis baharu, malah menerima segala pembaharuan itu sebagai satu revolusi," katanya lagi.

Elemen al-Quran


ORANG ramai boleh mengunjungi pameran seni ini di Galeri Seni Puncak, Bukit Jelutong, Shah Alam.


Bagi Nizam Rahmat yang merupakan seorang artis grafik yang banyak mereka bentuk kulit depan album artis tempatan, tampil dengan tulisan-tulisan kaligrafi yang abstrak tetapi boleh dibaca.

"Ia mengenangkan zaman kanak-kanak dan cara saya dibesarkan oleh abah. Abah yang memperkenalkan saya dengan perkataan-perkataan jawi melalui sebuah akhbar jawi dan seterusnya mengenali al-Quran.

"Ia telah menjadi inspirasi coretan saya lantas membawa saya ke sebuah pengalaman yang lebih bermakna," jelasnya.

Sementara itu, pelukis, Rizhar Har, 37, pula menerima Kalam 3 sebagai satu hubungan dan inisiatif untuk seseorang mendekatkan diri dengan bacaan berbahasa Arab.

Dengan tajuk lukisan God is Enough, sentuhan Rizhar mengetengahkan aspek persembahan visual yang menjadi tradisi kemuliaan Islam.

"Dalam lukisan kaligrafi ini, saya memberi keutamaan kepada jenis ayat yang dipilih. Misalnya tajuk Hikmah dan Sabar, ia sesuatu yang mudah diucap dan disampaikan, tetapi amat sukar diamalkan.

"Selain itu, saya juga melukis signatur Nabi Muhammad sebagai satu lagi karya, semuanya sebagai medium untuk saya berhubung dengan dunia seni dan ritual," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Singgah makan stik di Rodeo Steakhaus

Posted:

Singgah makan stik di Rodeo Steakhaus

Singgah makan stik di Rodeo Steakhaus

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


KEPELBAGAIAN stik yang pasti menambat selera anda dan keluarga tercinta.


KADANGKALA ramai yang berfikir banyak kali sekiranya ingin membawa keluarga menikmati hidangan stik.

Mengapa? Itu semua kerana lazimnya harga untuk sajian sebegitu sangat mahal dan hanya ditawarkan di restoran-restoran mewah.

Barangkali, ia tidak lagi menjadi hal selepas ini apabila seorang usahawan Melayu mengusahakan sebuah restoran stik yang diberi nama Rodeo Steakhaus.

Restoran yang terletak di Prima Sri Gombak milik Rohana Ariffin itu menghidangkan lebih daripada 60 menu pelbagai pilihan yang pasti berupaya menambat selera anda.

Semasa kunjungan Kosmo! baru-baru ini, kami dihidangkan sajian mix lamb chop, chicken maryland, chicken golden bleu dan chicken boxing.

Rasanya tidak kurang hebat berbanding hidangan stik di restoran terkemuka lain. Pengalaman menikmati hidangan itu bertambah berbaloi apabila harga kesemua stik serendah RM9.50 hingga RM19.50.

Rohana memberitahu, idea mewujudkan restoran stik bermula setelah dia melihat terlalu banyak kedai atau restoran nasi campur, ikan bakar, mamak dan tomyam yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di ibu negara.

"Sebenarnya, orang kita memang ramai yang sukakan makanan Barat, tapi tiada banyak pilihan.

"Justeru, saya mengambil inisiatif membuka restoran ala Barat untuk memberi peluang mereka menikmati makanan yang setara dengan restoran, kelab atau hotel lima bintang," katanya.

Aura koboi


MINUMAN dari jus buah-buahan dihidangkan daripada buahan segar.


Selain stik, kuisin lain yang turut boleh dipesan ialah makanan berasaskan ikan, pasta dan sizzling.

Kata Rohana, sepanjang setahun kedainya beroperasi, para pelanggan restorannya menggemari hidangan menu seperti saba mackerel, salmon salai, spageti goreng, crab mix sizzling dan cattle fish sizzling.

Jika anda tetap mahukan makanan berasaskan nasi, Rohana bersedia memenuhi selera anda melalui hidangan yang diberi nama morocco chicken rice atau prawn rice sizzling.

Soal minuman pula, Kosmo! mencadangkan jus mangga atau limau kasturi asam boi yang cuma berharga RM3.50.

Restoran Rodeo Steakhaus bukan sahaja menyambut pelanggan dengan masakannya, malah tarikan dekorasi dalam restoran yang menghidupkan aura koboi zaman dahulu mampu membuatkan kunjungan ke situ menjadi lebih isyimewa.

Pelbagai jenis pistol pada era itu termasuk topi-topi termasuk potret dan kulit majalah yang digantung di dinding boleh dihayati di segenap sudut restoran yang memuatkan sehingga 250 pengunjung pada satu-satu masa.

"Bila datang sekali, pastinya mereka akan datang untuk kali kedua, saya pasti para pelanggan baharu tidak akan menyesal untuk makan di sini," kata Rohana.

Kepada mereka yang ingin membuat majlis seperti hari jadi atau majlis pertunangan, anda turut boleh berbuat demikian di premis tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Karim cetus kontroversi baharu

Posted:

Karim cetus kontroversi baharu

Karim cetus kontroversi baharu

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Karim


TIMBALAN Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim mencetuskan kontroversi baharu.

Kali ini, Karim didakwa mengarahkan Pengurus Besar KOAM, Dr. Iskandar Abdullah untuk meletak jawatan meskipun baharu tiga bulan melaksanakan tugas tersebut.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kepada Kosmo! semalam.

"Saya bukan mahu membuat cerita tidak tentu fasal. Namun, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Dr. Iskandar kepada saya.

"Menurut Dr. Iskandar, Karim mengarahkannya meletak jawatan ketika mereka berhenti berehat di sebuah restoran di Butterworh semasa perjalanan menghadiri mesyuarat ahli-ahli majlis KOAM di Kangar kelmarin.

"Mungkin sudah tidak tahan dengan apa yang dilakukan Karim, Dr. Iskandar bertindak menceritakan kepada saya mengenai hal tersebut.

"Ketika menceritakan hal itu, Dr. Iskandar menjelaskan bahawa beliau sudah tidak tahan kerana Karim sering kali memintanya menipu dan dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan keputusan ahli-ahli majlis KOAM," kata Zolkples.

Tambah Zolkples, satu sidang media khas akan diadakan oleh Dr. Iskandar dalam masa terdekat bagi mendedahkan perkara sebenar.

"Saya tidak mahu campur tangan dalam hal ini kerana ia membabitkan masalah dalaman KOAM. Namun, saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Dr. Iskandar itu.

"Bila sidang media itu diadakan nanti (hari ini), biarlah Dr. Iskandar sendiri yang menceritakan segala-galanya.

"Cuma apa yang saya pelik, Karim sendiri yang membawa masuk Dr. Iskandar untuk jawatan pengurus besar ini.

"Jika tidak silap, ini merupakan kali kelima jawatan sebagai Pengurus Besar KOAM bakal bertukar tangan jika benar Karim meminta Dr. Iskandar meletak jawatan, tambahnya.

Sebelum ini, pelbagai kontroversi telah ditimbulkan Karim sehingga banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan yang dibuatnya.

Terbaharu, beliau didakwa mahu memutuskan hubungan antara KOAM dengan MSN.

Bagaimanapun, hasil mesyuarat ahli-ahli majlis kelmarin, Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan bahawa badan induk itu tidak berhasrat memutuskan hubungan dengan MSN.

Keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan penuh daripada ahli-ahli majlis KOAM.

Full content generated by Get Full RSS.

'Saya ikhlas tunai tanggungjawab'

Posted:

'Saya ikhlas tunai tanggungjawab'

'Saya ikhlas tunai tanggungjawab'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar menyampaikan pingat kepada Kim Swee menerusi insentif di bawah program Anugerah Sports Toto-MOM minggu lalu.


PENGENDALI skuad bola sepak bawah 23 (B-23) tahun negara, Ong Kim Swee tidak mahu keikhlasannya Harimau Muda disalah ertikan oleh mana-mana pihak.

Kim Swee yang telah menginjak usia 41 tahun semalam berkata, tiada lain daripada fikirannya selain daripada mahu memberikan yang terbaik dalam usaha menjadikan skuad negara kembali digeruni terutama di pentas Asia Tenggara.

Menurut Kim Swee, tidak pernah terlintas di hatinya bagi mengejar sebarang anugerah dan pengiktirafan termasuk pangkat Datuk, sebaliknya beliau hanya menganggap itu semua sebagai motivasi bagi memberikan yang terbaik dari semasa ke semasa.

"Janganlah panggil saya Datuk, segan saya. Saya belum menerima anugerah sedemikian lagi setakat ini, cukuplah sekadar memanggil nama saya.

"Saya hanya bekerja secara ikhlas, sebarang anugerah dan pengiktirafan dianggap sebagai motivasi yang lebih tinggi bagi menghadirkan kejayaan buat skuad negara," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Spekulasi mengaitkan darjah penganugerahan Datuk kepada pengendali yang berasal dari Melaka itu mula meniti di bibir pemerhati bola sepak tempatan lantaran kejayaan beliau membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan lalu.

Minggu lalu, Kim Swee dilaporkan bakal dikurnia pingat Darjah Seri Melaka hasil sumbangannya membimbing Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Bagaimanapun, pingat kebesaran itu tidak membawa gelaran Datuk.

Apa yang pasti, kecemerlangan anak-anak buah Kim Swee yang ketika ini sedang 'berguru' di Australia bagi aksi persahabatan menentang tiga buah kelab elit di negara itu, sudah tentu merupakan hadiah hari jadi beliau yang paling bermakna kali ini.

Harimau Muda yang selamat tiba di Sydney kelmarin, bakal membuat perhitungan dengan kelab Sydney FC di sebuah padang universiti di sana pukul 11.30 pagi (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia) esok.

Kemudiannya, anak-anak buah Kim Swee akan menentang Central South Mariner sebelum menutup aksi menentang Newcastle Jets pada 19 Disember depan.

Mengulas lanjut, Kim Swee mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terutama Presiden, Sultan Ahmad Shah yang masih menaruh kepercayaan kepada beliau mengemudi Harimau Muda setelah kontraknya yang sebelum ini tamat pada April tahun depan telah dilanjutkan sehingga penghujung 2013.

"Pelbagai rangka perancangan sudah dalam pemikiran saya sehingga 2014 dan saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk membawa pasukan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Selain beraksi dalam kempen Liga Singapura (Liga-S) selama empat musim bermula Februari tahun depan, Kim Swee yang masih mempunyai baki tiga aksi kelayakan temasya Olimpik 2012 Zon Asia pastinya mempunyai 'kerja rumah' yang cukup banyak sebagai persediaan jangka panjang termasuk Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Sukan Asia di Korea Selatan setahun kemudian.

Full content generated by Get Full RSS.

Karamjit takluk Rali Malaysia

Posted:

Karamjit takluk Rali Malaysia

Karamjit takluk Rali Malaysia


KARAMJIT (kiri) dan Viviek muncul juara keseluruhan Rali Malaysia 2011.


JAGUH rali negara, Karamjit Singh ditabalkan selaku juara keseluruhan perlumbaan Rali Malaysia 2011 yang berakhir di Jempol, Negeri Sembilan semalam.

Dengan memandu kereta Mitsubishi Lancer, pemandu yang lebih dikenali dengan gelaran Flying Sikh itu merekodkan 44 mata selepas empat pusingan - Johor Bahru pada April lalu, Kangar (Julai), Melaka (November) dan Jempol.

Pada perlumbaan semalam, Karamjit dan rakannya, Viviek Ponnusamy menamatkan cabaran dengan catatan masa 1 jam 36 minit dan 13.2 saat.

"Ia adalah kerja berpasukan dan saya tetap memburu gelaran juara buat kali ke-13 tahun hadapan.

"Saya percaya, saya masih mempunyai beberapa tahun untuk terus mencipta nama dalam perlumbaan ini," ujar Karamjit.

Penyandang juara, Rafiq Udhaya dan rakannya, Sean Gregory yang memandu Subaru Impreza, berada di tempat kedua.

Tempat ketiga pula menjadi milik Mike dan Manuthi Arokiasamy yang memandu Proton Satria.

Bagi Rafiq, kegagalannya mempertahankan kejuaraan tahun ini tidak bermakna dia semakin hilang taring.

"Saya tewas kepada pemandu yang hebat, itu sahaja. Karamjit seorang pemandu yang cukup hebat dan tewas kepadanya bukanlah sesuatu yang memalukan.

"Saya berharap, tahun hadapan kami akan kembali merangkul kejuaraan," katanya.

Sementara itu, penganjur Rali Malaysia, Wheel Sport Management pula mengumumkan musim 2012 bakal menyaksikan lima pusingan diadakan berbanding empat pusingan tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


13 maut pesawat terhempas di kawasan setinggan

Posted:

13 maut pesawat terhempas di kawasan setinggan

13 maut pesawat terhempas di kawasan setinggan

DUA anggota bomba mengangkat atap zink di sebelah mayat-mayat yang ditemui.


MANILA, Filipina - Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk dua kanak-kanak maut manakala 20 lagi cedera apabila sebuah pesawat kargo terhempas dan mengenai sebuah sekolah di bandar Paranaque di sini semalam sejurus selepas berlepas, kata beberapa pegawai.

Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe berkata, pesawat dua enjin itu terbakar selepas ia mengenai bangunan Sekolah Rendah F. Serrano.

Menurutnya, ketika kejadian, bangunan tersebut kosong kerana cuti hujung minggu.

Seorang pegawai polis Inspektor Dennis Sirilan berkata, api merebak dengan cepat ke penempatan setinggan di sekeliling sekolah berkenaan.

Seorang lagi pegawai polis, Ketua Inspektor Enrique Sy berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang terbabit terkorban manakala mangsa yang lain terdiri daripada penduduk penempatan setinggan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang anggota polis di sini Rogen Rodriguez berkata, dia bergegas pulang untuk membantu jiran-jirannya selepas mendapat berita kebakaran itu tanpa menyedari bahawa saudara perempuannya, Maricel Garado adalah antara yang terkorban.

"Dia baru keluar rumah untuk mencari anaknya. Sebahagian serpihan pesawat yang meletup itu mengenainya dan dia terbunuh," kata Rodriguez.

Seorang jurugambar AFP di lokasi kejadian memberitahu, kebakaran itu memusnahkan kawasan seluas 2,000 meter persegi di kawasan setinggan berkenaan.

Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina, Ramon Gutierrez memberitahu, juruterbang terbabit membuat panggilan kecemasan sebelum kejadian tetapi pesawat itu tidak sempat mendarat di sebuah lapangan terbang di sini.

Menurutnya, pesawat itu berpatah balik selepas berlepas untuk mengambil kargo di Pulau Mindoro.

Punca nahas masih disiasat.

- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Mercedes berhias emas, delima untuk dijual

Posted:

Mercedes berhias emas, delima untuk dijual

Mercedes berhias emas, delima untuk dijual


SEORANG model bergaya dalam kereta Red Gold Dream SLR yang dihiasi emas dan batu delima.


GENEVA, Switzerland - Seorang usahawan Switzerland, Ueli Anlicker mahu menjual sebuah kereta Mercedes-Benz SLR McLaren miliknya yang berhias emas dan delima pada harga AS$11 juta, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Kerja pengubahsuaian kereta unik itu yang dinamakan Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream, mengambil masa 30,000 jam dengan kos AS$4.3 juta.

Menurut Anlicker, dia menerima tawaran daripada beberapa pembeli dari Asia Barat dan China untuk kereta tersebut.

Kenderaan itu turut dihias dengan emas 14 karat dan 500 butir batu delima sekali gus menjadikan ia unik.

Setiap rim tayar kereta itu bersadur emas 24 karat, begitu juga kerangka lampu dan bahagian ambang pintu.

Kereta itu dijana enjin berkapasiti 5.4 liter yang diubah suai untuk menjana 999 kuasa kuda. Ia memiliki kelajuan lebih 336 kilometer sejam. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu 19 anak keguguran

Posted:

Ibu 19 anak keguguran

Ibu 19 anak keguguran


MICHELLE Duggar (kiri) bersama suami (kanan belakang) dan sebahagian daripada 19 anak mereka.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu yang memiliki 19 orang anak di negeri Arkansas, Michelle Duggar kelmarin menyatakan dia keguguran anak ke-20.

Keluarga besar itu popular selepas menyertai beberapa program realiti di AS.

"Kami mendapati anak kami yang ke-20 meninggal dunia semasa menjalani pemeriksaan kehamilan pada minggu ke-19 baru-baru ini," kata Michelle dan suaminya, Jim Bob di laman web mereka.

Baru sebulan lalu pasangan itu mengumumkan kepada dunia bahawa mereka tidak sabar menantikan kelahiran anggota baharu dalam keluarga mereka.

Keluarga berkenaan tinggal di bandar Little Rock selatan AS. Selain menyertai program realiti terbitan stesen televisyen TLC, 19 kids and counting pasangan itu menjual buku dan cakera video digital mengenai pengalaman mereka memiliki ramai anak.

Pasangan suami isteri itu dikurniakan 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pasar raya musnah terbakar

Posted:

Pasar raya musnah terbakar

Pasar raya musnah terbakar

11/12/2011 5:37pm

BERA — Sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di pekan Kerayong di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut apabila ternampak asap dan api dipercayai dari kedai menjual cakera padat yang terdapat dalam pasar raya itu.

Beliau berkata, anggota polis itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat sebelum dua jentera bersama 17 anggota dari balai bomba Triang dan Temerloh tiba 10 minit kemudian.

"Kedai-kedai lain yang terdapat dalam pasar raya terbabit termasuk kedai pakaian, kedai makan dan kedai cakera padat serta gelanggang futsal turut musnah dalam kebakaran itu," katanya ketika dihubungi.

Zahid berkata, kerugian yang dialami pengusaha pasar raya dan tujuh peniaga di bangunan itu masih belum ditaksirkan tetapi dianggarkan melebihi RM1 juta.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, M. Manoharan berkata, 95 peratus bangunan itu hangus terbakar. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Imigresen tahan 17 warga asing

Posted:

Imigresen tahan 17 warga asing

Imigresen tahan 17 warga asing

11/12/2011 3:56pm

PETALING JAYA — Seramai 17 warga asing termasuk enam wanita ditahan kerana melanggar peraturan imigresen.

Mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan sejak 9 malam tadi hingga 3 pagi ini. Secara keseluruhan 157 warga asing diperiksa dalam operasi itu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita Nigeria, dua lelaki dan tiga wanita warga Indonesia, dua wanita Uganda dan masing-masing seorang lelaki Bostwana, Nepal, Yemen dan Bangladesh.

"Dalam operasi yang kita jalankan, kita dapati mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan yang sah," kata Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad kepada pemberita selepas operasi itu.

Mereka yang berusia sekitar 20-an dan 40-an itu dihantar ke Depoh Imigresen Semenyih dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)© Akta yang sama. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pelancong asing teruja saksi majlis khatan

Posted:

Pelancong asing teruja saksi majlis khatan

Pelancong asing teruja saksi majlis khatan

11/12/2011 3:46pm

BANDAR BAHARU — Keunikan majlis berkhatan beramai-ramai, mendorong sekumpulan penuntut asing untuk turut memeriahkan suasana, sekalipun sekadar memegang bunga manggar mengiringi peserta di Kampung Relau, di sini.

Kumpulan 40 penuntut dari program pertukaran pelajar antarabangsa Universiti Sains Malaysia itu jelas teruja melihat 80 kanak-kanak lelaki melalui proses yang dituntut agama Islam tersebut.

"Ini kali pertama saya menyaksikan majlis ini dan saya berasa bertuah," kata Fredrik Blom, 22, yang tidak sabar mahu berkongsi pengalaman tersebut dengan rakan dan keluarganya di Sweden.

Bagi Carli McKinto, 24, dari Finland, pengalaman itu amat berharga kerana beliau berpeluang melihat satu proses transformasi seorang kanak-kanak melangkah ke alam dewasa.

Pelajar dari Thailand Nattaporn Pranatavanich, 22, pula berkata majlis berkhatan beramai-ramai ini unik.

"Adat berkhatan ini unik dan perlu diberi perhatian oleh masyarakat," katanya dan disokong oleh rakannya dari Indonesia Fani Wijaya.

Kata Fani, adat berkhatan di negara ini berbeza dengan cara berkhatan di tempat asalnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Inap Desa Mukim Relau, Abdul Razak Abdul Hamid berkata, kumpulan penuntut berkenaan sedang mengikuti program inap desa di kampung tersebut.

"Bagi memeriahkan suasana, kita libatkan mereka dalam perarakan kanak-kanak berkenaan," katanya menambah majlis itu dianjurkan Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kulim/Bandar Baharu. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pelagak ngeri bukan ekstra

Posted:

Pelagak ngeri bukan ekstra

Pelagak ngeri bukan ekstra

AKTOR ini bertutur bak peluru tatkala bercerita tentang momen yang ditempa di negara orang. Farid Kamil, bukan hanya aktor, tetapi sutradara muda ini membikin inisiatif sendiri untuk bergerak setapak lebih. Dia memilih berkelana hampir sebulan di Australia, lebih tepat lagi Australia Stunt Academy untuk menokok ilmu. Mendalami lagak ngeri yang selama ini dilakukan secara praktikal tanpa teori atau panduan yang tepat.

"Ingatkan dekat kampung saya sahaja ada Kuala Nerang. Di Australia tempat yang saya belajar itu pun namanya Southport Nerang Road, Nerang," Farid menceriakan suasana sebelum menumpah ceritanya.

Melawan gayat

"Minggu pertama saya disuruh terjun dari tingkat satu. Saya kalau bab laju, masih okey tapi bab ketinggian agak gayat. Di minggu akhir, saya sudah boleh terjun tingkat lima," ujarnya tentang salah satu praktikal yang dipelajari.

Maka sembang selama dua jam berlangsung dengan perkataan lagak ngeri, terjun, lompat, mini tramp, trampoline, bertumbuk dan semua yang berkaitan dengan stunt. Bukan bertujuan untuk menjadi seorang pakar lagak ngeri tetapi untuk bekalan perjalanan diri Farid Kamil sebagai seorang pelakon dan pengarah.

"Semuanya bermula apabila saya terlibat dengan lagak ngeri terutama dalam filem Apokalips X arahan Mamat Khalid. Sebelum itu juga sewaktu saya mengarahkan Sam dalam filem Kongsi. Saya hanya boleh beri arahan tanpa tahu sesebuah lagak ngeri secara terperinci," ujar Farid yang kemudian melayari Internet untuk mengetahui negara khusus menawarkan ilmu ini buat kegunaan dirinya.

"Paling penting saya tahu ciri-ciri keselamatan untuk lagak ngeri. Sebagai pengarah, semestinya perkara ini saya terokai," tambah pengarah Kongsi itu.

Mengaku sedikit tertekan di rantau orang sejak 5 hingga 30 November lalu, sementelah buka sahaja mata, dia terus teringatkan sukatan pelajaran yang semuanya menjurus lagak-lagak ngeri ini.


BERBEKALKAN sumber kewangan sendiri, Farid Kamil terbang ke Australia untuk menimba ilmu lagak ngeri. Bukan untuk menjadi pakar bidang tersebut tetapi dia mahu lengkap ilmu apabila turun sebagai pelakon mahupun sutradara kelak.


"Kita kekurangan daripada segi keselamatan, itu sahaja kerana di sini faktor itu kurang dititikberatkan. Kita tidak ada pakar untuk menjaga elemen keselamatan. Pelakon lagak ngeri di negara luar dianggap sebagai bintang tetapi di negara kita mereka hanya berstatus pelakon tambahan.

"Saya berkongsi cerita yang kita (Malaysia) masih menggunakan kotak untuk sebuah terjunan, para pengajar saya hairan. Di sana mereka tidak pernah guna kotak sebaliknya kusyen udara," sambungnya yang menolak jika kekangan kos adalah penyebab suasana ini berlaku.

Antologi lagak ngeri yang dilaluinya dikumpul dan bangun setiap pagi, himpunan ilmu inilah yang memberinya impian untuk kelak membikin sebuah filem yang dicurahkan semaksimum mungkin. Terdahulu secara sembang kopi, Farid berkongsi dengan Bront Palarae tentang momen lagak dan ngerinya.

Kuda jadi terapi

"Pada 27 November lalu saya menjadi graduan akademi itu. Kami diberi sehelai baju untuk disarung sebagai bukti graduasi. Acaranya menarik, seakan-akan program Survivor," tumpah cerita Farid yang mendapat pujian daripada sudut merendah diri dan aksi bertumbuknya daripada tenaga pengajar. Mengangkat nama tempat lahir, terang Farid, orang Malaysia memang dianugerahkan dengan sikap merendah diri.

"Paling seronok bila buat aksi ngeri dengan motosikal. Orang sana siap pakai baju seperti profesional dan saya cuma berseluar jean dan kemeja-T. Tengok-tengok rupanya skil mereka biasa-biasa sahaja," gelaknya yang pernah membintangi filem Remp-It yang mengumpul kutipan box-office RM4.1 juta.

Sempat berlakon dua buah filem pendek dan menjadi pameran utama dengan watak puntianak untuk sukatan pelajaran akademi, dia menambah bicara.

"Babak gaduh yang ada seni pertahanan diri sama sahaja. Perbezaan terletak pada sudut letak kamera dan ruang praktis. Kekurangan kita adalah daripada sudut latihan. Kalau negara luar mereka ambil masa sebulan untuk praktis dan hasilnya cantik. Di sini, sistem semua mahu cepat dan saya tidak akan benarkan hal ini terjadi dalam filem saya," jujurnya yang akan mengarah dan berlakon dalam filem Ops Sidas yang memaparkan jalan cerita polis dan penjenayah.

Masih larut dalam emosi galak bercerita, bab kedua menambah rancak sembang Farid.

Jatuh cinta dengan haiwan yang melambangkan maskulin dan kemewahan itu sejak darjah empat, kini setelah selesa duduk sebagai anak seni, dia sudah memiliki dua ekor kuda.


TIGA minggu di rantau orang, dia dipuji kerana sikap merendah diri.


"Malangnya Indra Putra telah mati dan kini hanya ada Tic Tac Toe yang ada kandang sendiri di Ampang. Dulu saya hanya memerhatikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah bermain polo sewaktu saya tinggal di Pekan, Pahang. Itu yang mencambah minat saya terhadap kuda dan sukan polo," cerita Farid yang berjinak-jinak dengan sukan polo sejak setahun yang lalu.

Bentuk watak sempurna

Sedang menjalani proses dubbing untuk filem Lagenda Budak Setan 2, aktor ini juga akan masuk dalam proses pos produksi filem Petiga yang akan ditayangkan pada tahun hadapan. Bercerita tentang lakonan dan industri yang telah didiami selama 10 tahun, Farid mengaku meletakkan filem Anak Halal lakonannya sebagai sebuah tanda aras dalam skil pentas lakon layarnya.

"Sekarang, saya mencari kesempurnaan watak daripada segi pemahaman saya. Bukan hanya berlakon sebaliknya melakukan pendekatan dan motivasi seorang pelakon," luahnya yang merasakan peningkatan lakonan pula melalui filem Apokalips X.

"Sejak 10 tahun lalu, industri filem Malaysia menunjukkan peningkatan drastik. Daripada struktur naratif semakin kukuh, begitu juga pembikinan dan teknikal serta skil juga semakin bagus. Kehadiran saya dalam industri ini hanya untuk mencantikkan suasana," senyumnya.

Bukan sekadar memuji, tetapi melihat inisiatif yang dilakukan penggerak seni semuda Farid, usaha ini wajar diberi perhatian. Dalam buluh darah dan minda Farid tidak hanya ada semangat sebaliknya dibekalkan dengan ilmu dan pengalaman yang setepatnya. Setidak-tidaknya, sutradara muda ini bakal bergerak dengan bekalan dan asas ilmu sebagai senjata terkuatnya dan bukan hanya keberuntungan atau peluang yang mungkin sebuah peluru untuk segelintir pembikin seni lain.

Full content generated by Get Full RSS.

Izreen akan umum pertunangan

Posted:

Izreen akan umum pertunangan

Izreen akan umum pertunangan


IZREEN menafikan bakal bertunang dalam masa terdekat.


AKTRES dengan nama Izreen Azminda ini sedang menebarkan namanya dengan debunga bakat. Eksplorasi bakatnya banyak ditunjangi watak antagonis yang berjaya membuat penonton berasa benci.

Kemunculan dengan watak kontra dalam drama popular Juvana, menambahkan lagi sebab mengapa dirinya dilihat sebagai pelapis aktres tanah air.

Sewaktu sedang enak melakar satu demi satu portfolio atas nama pelakon, cerita-cerita peribadi turut menghimpit dirinya. Seakan-akan terkesan dengan watak antagonis yang dipegangnya, ada sahaja cerita panas dan kelam menghampiri pelakon ini.

Terbaru, pelakon berusia 26 tahun ini dikatakan bakal bertunang dengan seorang jejaka di belakang tabir. Bukan sebuah cerita negatif tetapi nampaknya hidup Izreen sekarang sudah masuk dalam baris pelakon yang semakin ingin dikenali lebih daripada sekadar cerita di layar.

Sedang enak melayari hari-hari penggambaran di bawah arahan Michael Ang, Izreen bakal muncul dengan sebuah telefilem yang bertajuk Pelesit dan Penjara.

Dengarnya akan bertunang tidak lama lagi?

(Gelak) Mana dengar cerita? Tidak ada perancangan apa pun lagi. Saya sedang sibuk dengan penggambaran. Kalau ada dan sampai masa, saya akan umumkan.

Maksudnya benarlah ada hubungan cinta dengan orang di belakang tabir?

Saya berkawan-kawan sahaja dan sejauh ini belum ada hubungan istimewa dengan siapa-siapa pun. Orang mungkin salah tafsir kerana saya berkawan dengan semua orang terutamanya orang produksi. Saya memang boleh ngam.

Tiada hubungan istimewa dengan siapa-siapa?

Tidak ada. Baru-baru ini saya sudah terkena, jadi kena relaks dulu. Saya tak nafikan kalau jodoh sampai, saya terima seadanya. Saya ni sebenarnya suka lelaki yang berwajah Melayu. Perangainya kena kontra dengan saya maksudnya dia perlu jadi air kerana saya bersifat api.


MENGANGGAP tahun 2011 sebagai tahun penuh cabaran.


Setelah Juvana dan polemik dengan Johan (Botak), nampaknya cerita peribadi Izreen bertubi-tubi keluar. Peminat hendak tahu cerita peribadi Izreen. Komen Izreen?

Memang tidak dinafikan tahun ini paling banyak saya dilanda kontroversi. Itu lumrah dan saya sudah bersedia. Awalnya mungkin saya kekok diterjah soalan sebegitu dan saya emosi menjawab. Itu pengajaran dan pada masa depan saya lebih berhati-hati menjawab. Kadang kala penyampaian itu tidak sama dengan tafsiran.

Sejauh mana keterbukaan Izreen berkongsi cerita-cerita peribadi dengan peminat?

Sekarang ini saya lebih selesa bercakap pasal kerja. Tentang peribadi, ada batasnya.

Bagaimana melihat perjalanan tahun 2011 dan harapan 2012?

Perjalanan 2011 sangat mencabar kerana bukan sahaja saya diterima ramai tapi juga terpalit kontroversi yang bukan-bukan. Saya ingat orang akan menyampah dengan saya, tetapi saya lihat sambutan orang ramai terhadap saya sangat baik kerana lakonan saya.

Daripada aspek karier, saya bersyukur kerana diberi kepercayaan penerbit, pengarah dan penonton. Sejak drama Tentang Dhia ditayangkan di TV3, orang lebih memanggil saya dengan nama Melly berbanding cikgu Zakiah (Juvana). Pengarah, Michael Ang juga antara individu yang mempercayai saya dengan memberikan watak yang berat dan comot. Saya mengharapkan 2012 akan muncul dengan kurangnya kontroversi dan prestasi kerja semakin meningkat.

Full content generated by Get Full RSS.

Songlap ada haluan

Posted:

Songlap ada haluan

Songlap ada haluan


SAM dan Syafie Naswip, saling memberi impak dalam Songlap.


SONGLAP berbunyi kotor dan liar tetapi filem yang mengangkat isu sindiket pemerdagangan manusia itu dikupas dengan teliti. Naskhah karya pasangan suami isteri, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak itu 'bersih' hasil dan mahal maknanya.

Ia seperti pernyataan bahawa mahalnya sesebuah naskhah filem itu tidak seharusnya dipersembahkan menerusi visual rumah agam, kapal peranginan atau kereta mewah atau gempaknya imej janaan komuter (CGI) yang digunakan. Sebuah filem yang bagus tetap akan menjadi sebuah filem yang bagus walaupun ia dibikin dalam wajah serba sederhana jika dia digarap oleh pengarah yang kenal haluan kerjanya.

Berlatarkan kelas sosial tercorot di kota Kuala Lumpur, naratif Songlap bergerak secara linear, tiada satu pun unsur imbas kembali digunakan untuk mengukuhkan karakter watak. Teknik itu berjaya dengan hanya meletakkan survival dua beradik, Am lakonan Shaheizy Sam dan Ad (Syafie Naswip). Mereka menjadi orang tengah kepada sindiket pemerdagangan manusia termasuk bayi dan wanita yang dijalankan oleh Mama dan Pak Mat (Hasnol Rahmat).

Sekali imbas, isunya berat tetapi Effendee dan Fariza memberi pendekatan hukum sebab dan akibat, ia menjadi satu kelangsungan hidup kepada golongan yang diwakili oleh Ad dan Am, anak kepada Rita (Normah Damanduri) yang hidupnya menjadi penjaja tubuh di lorong gelap. Kenapa mereka terjerumus dan kenapa masih terikat dalam kerja kotor itu penuh songlap itu, filem ini ada penjelasan.

Dari aspek lakonan, filem sebegini ibarat 'udara segar' kepada semangat tubuh pelakon seperti Shaheizy Sam yang banyak diperdagangkan dalam permainan box-office filem aksi atau komedi pecah perut. Kepada Syafie, Songlap seperti dahan-dahan berdaun rendang kepada perdu gagah yang dibenihkan oleh pembikin pertama yang mengasuhnya menjadi pelakon, Yasmin Ahmad.

Sara Ali pula generasi aktres baharu yang boleh diharapkan untuk mengisi lakonan beremosi. Dalam Songlap, Sara secukup rasa memberikan gerak tubuh serta air muka yang boleh diserap penonton, biarpun tidak melontarkan banyak dialog.

Untuk kesekian lamanya juga, walaupun ada momen perlahan, ini filem Melayu yang berjaya mengheret suspen dalam garapan menuju kesudahan. Mood serta bahasa sinema yang diolah oleh Effendee dan Fariza juga satu kelainan. Suram dan kelabu juga simbol terhadap kehidupan yang dibelenggu kedaifan.

Untuk keluar dari kegelapan itu, bayi yang lahir daripada sumbang mahram antara Hawa (Sara) dan Pak Din (Omar Abdullah), seboleh-bolehnya harus diselamatkan. Dalam naifnya, Ad ialah seorang hero, walaupun dia hanya berjaya menyelamat Sara dan seorang bayi daripada dijual.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Ereksi petunjuk kesihatan

Posted:

Ereksi petunjuk kesihatan

Ereksi petunjuk kesihatan

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira dan yakin. - Gambar hiasan


SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.

"Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat," kata Teng Aik.

Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.

Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.

"Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Tahap

"Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.

"Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.

"Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung," kata Teng Aik.

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.


ZAKAR akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.


Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.

Menurut Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

"Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.

"Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.

Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

"Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual," ujar Wah Yun.

Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.

Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.

"Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar," kata Wah Yun.

Full content generated by Get Full RSS.

Larian maraton rosakkan jantung

Posted:

Larian maraton rosakkan jantung

Larian maraton rosakkan jantung


VENTRIKEL kanan jantung boleh mengalami kerosakan disebabkan aktiviti ekstrem.


SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.

Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.

Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved