Sabtu, 10 Disember 2011

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Semua yang layak akan dapat RM500

Posted:

Semua yang layak akan dapat RM500

Semua yang layak akan dapat RM500

KAUNTER LHDN di Ayer Keroh, Melaka semalam menjadi tumpuan orang ramai yang mahu mendapatkan borang BR1M.


IPOH – Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini berjumlah RM2.6 bilion dengan tujuan memastikan kesemua isi rumah yang layak akan menerima manfaat yang dijanjikan menerusi Bajet 2012.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dana RM2.6 bilion itu adalah untuk disalurkan kepada 5.2 juta isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

"Walaupun pangkalan data kerajaan menunjukkan 5.2 juta atau 79.5 peratus isi rumah negara ini sahaja yang layak, kita mungkin tambah (peruntukan) jika perangkaan sebenar menunjukkan jumlah penerima manfaat adalah lebih ramai," katanya kepada pemberita di Dewan 1Malaysia Chemor dekat sini semalam.

Ahmad Husni memberitahu, setiap permohonan akan diperiksa oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum kelulusan diberi untuk bayaran pada pertengahan bulan depan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Ada pihak jual borang BR1M RM50

Posted:

Ada pihak jual borang BR1M RM50

Ada pihak jual borang BR1M RM50


POLIS sedang memantau aktiviti penjualan borang BR1M dengan pesalah boleh didakwa atas cubaan menipu.


NIBONG TEBAL – Di saat kesibukan orang ramai untuk memperoleh borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan RM500 yang diberikan oleh kerajaan bermula semalam, rupa-rupanya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual borang tersebut pada harga RM50 setiap satu.

Perbuatan itu didedahkan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dengan berkata, selain dijual, mereka juga mengenakan bayaran bagi mengisi borang berkenaan.

"Perbuatan menjual borang BR1M tidak sepatutnya berlaku kerana ia adalah percuma," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Berjimat rawat penyakit kanser

Posted:

Berjimat rawat penyakit kanser

Berjimat rawat penyakit kanser

KANGAR - Kos merawat penyakit kanser yang dianggarkan di antara RM40,000 hingga RM300,000 boleh dikurangkan dengan penggunaan meluas ekstrak herba seperti misai kucing dan kemunting cina.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, kedua-dua tumbuhan herba itu dikenal pasti dapat membantu merawat kanser hasil kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Malah katanya, kajian tersebut yang bermula sejak 2007 dibuat melalui pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta memberikan penawar kanser pada kos jauh lebih rendah.

"Ini penting kerana kos rawatan yang tinggi sekarang menjadi punca ramai pesakit berputus asa dan tidak bersemangat meneruskan hidup," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agrotekteknologi Kampus UniMAP Sungai Chuchoh dekat sini semalam.

Menurutnya, proses rawatan kanser dengan kos yang lebih rendah ini memberi makna yang besar memandangkan jumlah pesakit baharu kanser bertambah 40,000 orang setiap tahun.

Katanya, Majlis Kanser Nasional (Makna) mendapati 80 peratus daripada pesakit membabitkan kanser payu dara diikuti prostat, kanser tulang dan kanser darah.

Katanya, ramalan Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) pula menyebut menjelang tahun 2020, kanser akan muncul sebagai pembunuh nombor satu di dunia, menggantikan penyakit jantung.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, dalam menjayakan projek berkenaan, pihak universiti itu mendapatkan benih tumbuhan misai kucing dari Jabatan Hutan dan MARDI (Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian) sementara kemunting cina diperoleh dari seluruh negara.

Katanya, kajian itu diharap memberi harapan baharu kepada para pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan kesakitan di samping menanggung kos rawatan yang terlalu tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘KAMI AKAN SEKAT CITY’

Posted:

'KAMI AKAN SEKAT CITY'

'KAMI AKAN SEKAT CITY'

VILLAS-BOAS


LONDON - Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas bimbang peluang Chelsea untuk merangkul trofi kejuaraan Liga Perdana England tertutup sekiranya tewas kepada Manchester City awal pagi Selasa ini.

Begitupun, Villas-Boas berazam untuk menyekat kehebatan City yang masih mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan liga setakat ini.

Chelsea kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga itu dan kini tidak mahu lagi menjadikan jurang perbezaan mata itu semakin jauh.

Villas-Boas mengakui: "Jika kami menang atau seri menentang (Manchester) City pada Isnin ini (esok), kami masih berpeluang untuk mencabar mereka bagi merebut Liga Perdana England pada musim ini.

"Jika kami tewas, ia akan menjadi situasi yang agak sukar buat kami.

"Ketinggalan 13 mata agak sukar untuk kami menghambat perbezaan mata itu. Ia tidak mustahil tapi kami tidak boleh lagi melakukan kesilapan dan perlu bekerja dengan lebih keras.

"City sentiasa menunjukkan aksi hebat pada setiap minggu dan mereka pasti bersedia menghadapi perlawanan di Stamford Bridge nanti.

"Mereka masih menerajui liga dan merupakan pasukan yang agak sukar untuk ditewaskan. Mereka masih belum tewas termasuk ketika menentang Liverpool dan Manchester United.

"Kini, mereka akan berdepan dengan kami dan kami akan pastikan rekod cemerlang mereka itu berakhir.

"Jika mereka menang, kedudukan City pasti menjadi semakin selesa, namun sekiranya kami menang, kami akan hanya dipisahkan tujuh mata di belakang mereka yang saya anggap masih ideal buat kami.

"Sekiranya kami tewas, mungkin peluang untuk memburu kejuaraan liga agak sukar tetapi kami tidak akan berputus asa dan akan terus memberikan cabaran."

- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Kedah merendah diri

Posted:

Kedah merendah diri

Kedah merendah diri

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my


DR. HAMDAN (lima dari kanan) bergambar bersama pemain-pemain baharu pasukan Kedah selepas majlis memperkenalkan mereka di Alor Setar semalam.


PASUKAN Kedah yang dibentuk menerusi gandingan muka baharu, pemain berpengalaman dan import sekadar meletakkan sasaran sederhana bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Skuad Kenari yang disertai sembilan muka baharu termasuk dua pemain import dari Brazil berhasrat memenuhi impian peminat setia mereka meraih tiga piala, namun perlu lebih realistik dengan saingan hebat pasukan lain.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, sasaran piala bagi musim depan diserahkan kepada peminat Hijau Kuning menetapkannya dan yang pasti mereka mahu semua piala.

"Setiap pasukan mengimpikan piala sama, namun sekiranya dapat merangkul kesemuannya ia bonus dan jika satu piala berjaya dimenangi ia sudah memadai," katanya pada majlis memperkenalkan pemain baharu di Sri Mentaloon, Alor Setar semalam.

Hadir sama ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan dan ketua jurulatih Piala Presiden, Mohd. Nidzam Adzha Yusof.

Namun, sebelum menempuh saingan baharu, Kedah bakal kehilangan pembimbing berikutan penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak dan empat perlawanan bagi penolong jurulatih, Radzi Mat Din dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail.

Wan Jamak didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika Kedah seri 1-1 dalam aksi menentang Perak pada perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia, 28 September lalu.

Bagi Hamdan, isu ini merumitkan pengurusan Kedah, namun pihaknya mempunyai satu sistem bagi memastikan persiapan pasukan tidak terjejas.

Katanya, sepanjang penggantungan itu, tugas Wan Jamak akan di- ambil alih Mohd. Nidzam bagi mengharungi tempoh sebulan tersebut.

"Dalam tempoh itu, sebagai ketua jurulatih, Mohd. Nidzam akan membimbing kedua-dua pasukan sekali gus iaitu skuad utama dan Piala Presiden.

"Ini dilihat baik untuk pasukan kerana Kedah mempunyai banyak pi- lihan pemain selain fokus Mohd. Nidzam selepas ini adalah mencungkil bakat baharu untuk diserap ke dalam pasukan utama," katanya.

Skuad Kenari membariskan tujuh muka baharu iaitu dua bekas pemain Perlis, Azmizi Azmi dan Mohd. Sany Mat Isa, selain Mohd. Bashahrul Abu Bakar yang kesemuanya merupakan pemain pertahanan.

Tiga muka baharu lain yang merupakan pemain tengah ialah See Kok Luen (Kuala Lumpur), Mohd. Kamal Azira Abdul Manah (Universiti Sains Malaysia) dan Ahmad Basri Abdul Wahid selain bekas penyerang Pulau Pinang, Abdul Latiff Suhaimi.

Dua pemain import yang berasal dari Brazil pula ialah Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo merupakan pertahanan yang sebelum ini mewakili kelab Brothers Union FC (Bangladesh) dan pemain tengah, Daniel Soares Neves atau Baroni yang mewakili Cruzeiro E. Clube di Brazil.

Skuad Kenari turut mengekalkan pemain berharga mereka, Baddrol Bakhtiar yang mengetuai Harimau Muda menjuarai acara bola sepak Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini selain penyerang, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Mohd. Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan dan V. Thirumurugan.

Pemain lain ialah pertahanan kental, Mohd. Sabree Mat Abu, Mohd. Fauzie Nan dan Khairul Helmi Johari serta tiga penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias, Abdul Hadi Abdul Hamid dan Mohamad Muhaimin Mohamad.

Full content generated by Get Full RSS.

Karamjit kembali 'mengganas'

Posted:

Karamjit kembali 'mengganas'

Karamjit kembali 'mengganas'


AKSI Karamjit ketika mengharungi cabaran pada hari pembukaan pusingan terakhir Rali Malaysia 2011 di Jempol, Negeri Sembilan semalam.


KARAMJIT Singh terbukti sukar digugat selepas melakar kejayaan di hari pembu- kaan pada pusingan akhir Rali Malaysia 2011 di Jempol, Negeri Sembilan semalam.

Tampil bersama rakan sepasukannya, Vivek Ponnusa- my, mereka berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 63.5 kilometer itu dengan mencatat masa 52:22.5 saat meninggalkan juara bertahan, Rafiq Udhaya yang memandu Subaru Impreza lima minit di belakang.

Karamjit yang memandu Mitsubishi Evo kini sedang memburu gelaran keseluruhan dan setakat ini hanya Ra- fiq yang menjadi penghalang buatnya merealisasikan impian tersebut.

Dengan kejayaan semalam, pemandu yang mendapat jolokan 'The Flying Sikh' itu sudah berada selangkah untuk merampas mahkota kese- luruhan.

Rafiq telah memungut 30 mata secara keseluruhan dan Karamjit pula ketinggalan dua mata di belakang.

Karamjit sedar, satu-satunya cara untuk mendapatkan gelaran tersebut ialah untuk menewaskan pemandu yang berada di kedudukan pertama itu.

"Pusingan pertama sudah selesai dan segalanya berjalan dengan baik. Saya sudah mendahuluinya lima minit di hadapan dan akan kembali berentap dalam satu lagi perlumbaan Ahad ini (esok) dan saya tahu jika tiada apa-apa masalah berlaku, saya yakin untuk memenangi gelaran juara keseluruhan.

"Tetapi siapa tahu. Cuaca tidak dapat diduga dan keadaan sentiasa berubah-ubah. Hari ini (semalam) cuaca sangat baik dan bila hujan turun senario mungkin berubah.

"Keadaan trek akan menjadi lebih lembut dan licin, dan ia akan memberi tekanan pada enjin," kata Karamjit yang telah memenangi 11 gelaran keseluruhan setakat ini.

Bagi Rafiq pula, dia perlu melakukan sesuatu yang menakjubkan untuk memastikan Karamjit gagal memintasnya.

"Cara pemanduan Karam- jit agak berlainan hari ini (semalam) dan saya sudah menjangkakannya. Dia perlu menewaskan saya untuk memenangi gelaran tersebut dan jika dia berjaya melakukannya, dia berhak bergelar juara," kata Rafiq.

Pada perlumbaan semalam, Rafiq menamatkan saingan di tempat kedua dengan mencatat masa 57:24.9 saat, manakala Mike Arokiasamy yang memandu Proton Satria berada di tempat ketiga dengan 58:55.2 saat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


89 terbunuh hospital terbakar

Posted:

89 terbunuh hospital terbakar

89 terbunuh hospital terbakar

ORANG RAMAI berkumpul di luar Hospital Amri yang terbakar di Kolkata, India semalam.


KOLKATA, India - Sejumlah 89 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital swasta di sini, kata beberapa pegawai semalam.

Mereka memberitahu, kakitangan perubatan bertempiaran lari menyelamatkan diri dan meninggalkan pesakit mereka dalam kebakaran besar itu.

Polis menangkap enam pegawai hospital atas dakwaan cuai hingga menyebabkan kematian pesakit mereka.

Pihak pengurusan hospital berkenaan bagaimanapun menafikan berlaku sebarang pelanggaran langkah keselamatan dalam tragedi tersebut.

"Adalah menakutkan untuk melihat pihak berkuasa hospital tidak melakukan usaha untuk menyelamatkan pesakit yang terperangkap," kata menteri kesihatan awam negeri Bengal Barat Subrata Mukherjee.

"Pegawai-pegawai kanan hospital terbabit bertempiaran lari selepas api mula merebak," tambahnya.

Ketika api sedang marak, petugas-petugas penyelamat yang menggunakan tangga bertindak memecahkan tingkap di tingkat atas Hospital Amri untuk mengeluarkan sejumlah pesakit yang terperangkap.

Pasukan petugas penyelamat membawa pesakit yang diselamatkan dengan menggunakan pengusung dan kerusi roda ke sebuah hospital berdekatan.

Seorang pesakit, Moon Moon Chakraborty yang dirawat kerana patah pergelangan kaki, menelefon suaminya, S. Chakraborty yang berada di rumah untuk memberitahu bahawa hospital itu terbakar.

"Dia meninggal dunia apabila saya tiba di hospital berkenaan," kata suaminya.

Pasukan penyelamat mengeluarkan 73 mayat dari bangunan hospital berkenaan dengan kebanyakan mangsa dipercayai maut kerana sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Seorang pegawai kanan polis di sini Danayati Sen memberitahu, seramai 16 lagi mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami.

Seorang saksi memberitahu, beberapa belas kereta bomba tiba di tempat kejadian lebih sejam selepas kebakaran berlaku.

Kebakaran itu tercetus sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan di tingkat bawah tanah Hospital AMRI dengan asap tebal meliputi bangunan tersebut.

Punca kebakaran masih disiasat pihak berkuasa. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Angelina Jolie tidak ramai kenalan wanita

Posted:

Angelina Jolie tidak ramai kenalan wanita

Angelina Jolie tidak ramai kenalan wanita


ANGELINA Jolie dan pasangannya aktor Brad Pitt bergambar pada tayangan perdana filem In the Land of Blood and Honey di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Angelina Jolie boleh dikatakan memiliki pakej lengkap kerana mempunyai kecantikan, kekayaan dan juga keluarga besar, lapor akhbar MailOnline semalam.

Namun, heroin filem Tom Raider itu mengakui dia mempunyai satu kekurangan iaitu kurang kenalan wanita.

Dalam temu bual untuk keluaran terbaru majalah fesyen Marie Claire, Jolie berkata, punca perkara itu berlaku mungkin kerana dia lebih banyak meluangkan masa di rumah daripada bersosial.

"Saya hanya mempunyai beberapa rakan wanita kerana masa saya lebih banyak terluang di rumah. Saya tidak gemar keluar bersosial ," katanya.

Jolie yang kini merupakan pelakon, pengarah dan juga ibu kepada enam orang anak turut mengakui dia lebih gemar berborak dengan pasangannya, Brad Pitt.

"Saya suka berbual bersama ahli keluarga saya dan Pitt. Saya tidak tahu mengapa tetapi saya lebih gemar berbual dengan Pitt daripada orang lain termasuk kawan-kawan wanita saya," tambah Jolie.

Salah seorang rakan wanita yang dikatakan rapat dengannya ialah penyanyi Gwen Stefani.

Baru-baru ini kedua-duanya dilihat meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah Stefani di London. Anak-anak kedua-dua pasangan ini dalam lingkungan usia yang sama.

Mereka mulai rapat sejak tahun 1998.- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Belanda minta maaf tragedi Rawagede

Posted:

Belanda minta maaf tragedi Rawagede

Belanda minta maaf tragedi Rawagede


BALU dan saudara-mara kaum lelaki yang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai menghadiri majlis memperingati tragedi itu di Rawagede, Jawa Barat semalam.- AP


RAWAGEDE, Indonesia – Kerajaan Belanda secara rasmi memohon maaf berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai penduduk Indonesia pada tahun 1947 di Jawa.

Permohonan maaf itu dinyatakan dalam satu majlis penuh beremosi sempena ulang tahun memperingati insiden tersebut

Pada ketika itu, askar-askar Belanda yang menyerbu masuk ke sebuah kampung di bandar Rawagede, Jawa Barat ketika rakyat Indonesia berjuang untuk memperoleh kemerdekaan, bertindak membunuh secara kejam kaum lelaki dan kanak-kanak lelaki di hadapan anggota keluarga dan jiran mereka.

Kenyataan rasmi Belanda mengesahkan seramai 150 orang terbunuh dalam tragedi berdarah itu tetapi beberapa penduduk tempatan memberitahu, angka korban sebenar adalah jauh lebih besar iaitu seramai 431 orang.

"Mengenai insiden ini, saya mewakili kerajaan Belanda, memohon maaf atas tragedi yang berlaku di Rawage pada 9 Disember 1947," kata Duta Belanda ke Indonesia, Tjeerd de Zwaan.

Dia kemudian mengulangi ucapan tersebut dalam bahasa Indonesia di hadapan ratusan orang yang hadir di upacara tersebut.

Pada September lalu, sebuah mahkamah sivil di The Hague mendapati kerajaan Belanda bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai itu.

Penghakiman tersebut dilihat memihak kepada lapan balu serta salah seorang mangsa terselamat dalam tragedi itu membawa kes tersebut ke mahkamah di The Hague.

Dua daripada balu tersebut mati ketika kes masih dibicarakan manakala mangsa terselamat, Saih Sakam turut meninggal dunia pada Mei lalu semasa berusia 88 tahun.

Kerajaan Belanda bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS$1.13 juta (RM3.56 juta) sebelum mahkamah membuat keputusan dan kini mereka perlu membayar gantirugi tambahan berjumlah AS$242,000 (RM763,328) kepada plaintif atau ahli keluarga mereka.

Salah seorang balu terbabit, Anti Rukiyah, 93 berkata akhirnya dia berasa lega dan menerima permohonan maaf tersebut.

"Lagipun kejadian itu sudah lama, tidak mengapa,"katanya. Menurutnya, dia akan memberikan wang pampasan tersebut kepada anak-anaknya untuk digunakan bagi membina rumah mereka.

Anaknya, Ani, 70, memberitahu, dia gembira kerana akhirnya keluarganya mendapat ganti rugi berikutan kejadian itu banyak mengubah kehidupan meraka.

"Saya membesar tanpa ayah. Amat sukar untuk ibu saya mencari pekerjaan ketika itu tetapi kini kami gembira dan tidak menyimpan dendam,"katanya.

Seramai 60 orang pelajar sekolah memakai tudung putih memulakan majlis tersebut dengan menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia.

Kemudian mereka menceritakan penderitaan yang dialami penduduk setempat berikutan kejadian tersebut.

"Kami tidak akan lupa hari pembunuhan beramai-ramai di Rawagede," laung ketua persembahan itu.

Pegawai rasmi kedutaan Belanda menyampaikan plak kayu yang diukir kincir angin di sebelah kiri dan pokok kelapa di kanannya. Turut dicatatkan 'Akhirnya keadilan untuk penduduk Rawagede' di sebelah tarikh tragedi berkenaan. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


UiTM, Universiti Ohio bakal bekerjasama

Posted:

UiTM, Universiti Ohio bakal bekerjasama

UiTM, Universiti Ohio bakal bekerjasama

10/12/2011 10:07pm

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini di landasan betul dengan agenda untuk mencapai kecemerlangan akademik di peringkat antarabangsa menerusi usaha sama dengan Universiti Ohio (OU) di Amerika Syarikat, kata Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Beliau berkata, kedua-dua universiti bersetuju dengan beberapa cadangan bagi inisiatif bersama membabitkan akademik serta penuntut UiTM dari pelbagai fakulti.

"Kerjasama yang dicadangkan bakal menyaksikan penubuhan program dalam Komunikasi Perniagaan, Pertuturan dan Pendengaran selain penyelidikan dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama dengan Fakulti Perubatan UiTM," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan ketika kunjungan hormat delegasi Universiti Ohio yang diketuai Presidennya, Dr Roderick J. McDavis ke sini semalam.

Kedua-dua universiti juga akan bekerjasama dalam menerbitkan "OU Review" selain menubuhkan Institut Kejuruteraan Kimia (Hakisan) UiTM-OU, katanya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar IPT bumiputera disaran rebut peluang

Posted:

Pelajar IPT bumiputera disaran rebut peluang

Pelajar IPT bumiputera disaran rebut peluang

10/12/2011 10:04pm

MELAKA 10 Dis. – Dasar Pembangunan Keusahawan (DPK) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diharap dapat menjadi pemangkin yang menyuburkan pembudayaan bidang keusahawanan pada kalangan pelajar IPT.

Justeru, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, pelajar IPT, khususnya bumiputera harus menggunakan sebaiknya peluang yang disediakan DPK.

"Sehingga hari ini, penguasaan ekonomi bumiputera hanyalah pada sekitar 18 peratus, masih jauh daripada sasaran awal sebanyak 30 peratus.

"Justeru dasar ini diharap dapat melahirkan satu kumpulan baru siswazah teknousahawan yang dapat menyediakan pekerjaan kepada orang lain serta meningkatkan penguasaan ekonomi kaum bumiputera," katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gabem, Datuk Ramlan Othman pada pelancaran Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di IPTA di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, DPK itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan siswazah yang berkualiti ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Khasiat ekstrak misai kucing, kemunting Cina

Posted:

Khasiat ekstrak misai kucing, kemunting Cina

Khasiat ekstrak misai kucing, kemunting Cina

10/12/2011 9:53pm

KANGAR – Ekstrak herba tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina dikenal pasti boleh membantu merawat kanser, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, kajian Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati penyakit tersebut boleh dirawat dengan kos lebih rendah melalui ekstrak kedua-dua tumbuhan itu.

Menurut beliau, kajian yang bermula sejak 2007 dibuat melalui pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah Projek Satelit Bioteknologi bernilai RM1 juta untuk pembangunan dan pengeluaran produk anti kanser.

Berucap pada majlis penyerahan peralatan memproses kajian lanjutan herba perubatan di Stesen Penyelidikan Agroteknologi Kampus Unimap Sungai Chuchoh dekat sini hari ini, Md Isa berkata, kajian itu pasti akan membantu pesakit kanser negara ini dengan kos rawatan lebih rendah.

Beliau berkata, mengikut statistik Majlis Kanser Nasional, peningkatan jumlah pesakit kanser di negara ini semakin membimbangkan dengan lebih 40,000 pesakit baru dikesan pada tahun 2007. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Perubahan radar Sheila On 7

Posted:

Perubahan radar Sheila On 7

Perubahan radar Sheila On 7

BAND Sheila On 7 (SO7) baru-baru ini terbang ke Kuala Lumpur kerana konsert Muzik Fiesta Indonesia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Ternyata mereka kelihatan mereka masih penuh bertenaga sama seperti zaman kegemilangan mereka ketika popular dengan lagu Dan serta Sephia sekitar 10 tahun lalu.

Cuma yang berbeza, kini mereka bukan lagi anak muda sebaliknya band yang dianggotai oleh Duta (vokalis), Eross (gitar), Adam (bass) dan Brian (drum) sudah semakin berkembang kerana masing-masing sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen besar selain bermain muzik.

Kedatangan mereka ke Kuala Lumpur selama empat hari juga turut membawa gerombolan kru muzik serta semua ahli keluarga masing-masing.

Kata vokalisnya Akhdiyat Duta Modjo yang memiliki dua orang anak bersama isterinya Adelia Lontoh: "Memang berbeza, jika dahulu kalau kami mengadakan konsert jelajah dari satu kota ke kota yang lain, kami hanya fikirkan muzik serta keseronokan waktu itu.

"Kalau di hotel, orang kiri kanan marah kerana kami yang buat bising, sekarang yang bising itu adalah anak-anak kami kerana jika lokasi konsert itu bersesuaian, kami akan bawa seluruh keluarga."

Eros yang baru sahaja memiliki anak lelaki bernama El Pitu Candra pada tanggal 10 Februari lalu menambah: "Kalau naik bas, penuh dengan keluarga dan anak-anak kami sahaja. Sudah seperti pusat asuhan kanak-kanak. Tetapi itu caranya kami menghabiskan masa dengan keluarga.

"Kami masih seperti dahulu, masih gila-gila dan suka bermain muzik, cumanya kami lebih fokus terhadap apa yang kami ingin lakukan pada masa hadapan. Setiap perbuatan harus difikirkan kesannya, kerana impak yang datang bukan sahaja kepada kami tetapi juga anak-anak."

Meskipun sibuk dengan keluarga, itu tidak bermakna prestasi SO7 menurun, sebaliknya mereka masih sibuk seperti biasa.

"Kami sibuk, jika tidak adakan konsert jelajah, kami menerima undangan persembahan. Tetapi pada masa yang sama kami juga seimbangkan masa di rumah dan bekerja.

"Kalau waktu dahulu, kami boleh terus bekerja tanpa fikir pulang ke rumah tetapi selepas bernikah, jika terlalu lama di luar, isteri akan telefon menyoal apa yang kami lakukan.


SHEILA ON 7 dari kiri: Eross, Brian, Duta dan Adam. Mereka tidak pernah berpecah sejak ia ditubuhkan.


"Jika terlalu lama di rumah, isteri juga yang akan menyoal, kenapa lama di rumah, sudah tidak ada kerjakah? Kiranya, kehidupan kami semua lebih lengkap sekarang ini," jawab Duta sambil tertawa.

Isu nada dering

Jika dahulu jumlah jualan album fizikal yang menjadi penanda aras kejayaan sesebuah album, tetapi kini, album digital serta nada dering juga antara bukti populariti sesebuah lagu atau album.

Di negara seberang kini sedang hangat dengan isu nada dering (ring back tone) diberhentikan buat sementara waktu oleh pihak berkuasa kerana didapati terdapat penyelewengan dalam proses pembelian lagu.

Ketika disoal isu ini kepada SO7, mereka memberitahu, pembelian nada dering diberhentikan kerana pihak berkuasa mendapati berlakunya penyelewengan sehingga memberi kesan terhadap pendapatan artis serta syarikat telekomunikasi yang terbabit.

"Langkah itu hanya bersifat sementara, tetapi buat kami ia satu langkah yang bagus kerana pihak berkuasa menyiasat dan akan menangkap dalang di sebalik penyelewengan pembelian nada dering.

"Mereka yang menerima kesan adalah artis yang bergantung seratus peratus pendapatannya terhadap pembelian nada dering tetapi tidak SO7," jawab Duta.

Sambung Duta lagi, meskipun jualan album serta lagu dalam bentuk digital mendahului album berbentuk fizikal, tetapi SO7 masih berpegang kuat terhadap jualan album berbentuk fizikal.

"Kami tidak terjejas langsung kerana kami lebih utamakan kepada jualan album fizikal. Syukur alhamdulillah, peminat SO7 lebih suka mendapatkan album penuh berbentuk fizikal daripada membeli yang digital.


SEMUA anggota Sheila On 7 sudah berkahwin dan kini akan membawa keluarga sekali jika keluar daerah untuk persembahan.


"Bagi kami sendiri, album fizikal lebih puas diperolehi daripada digital. Walaupun begitu, kami tidak mengatakan yang kami menentang terus jualan digital kerana kami juga terlibat dalam proses perkembangan teknologi.

"Cuma, bagi SO7 identiti sebuah band terletak pada albumnya. Jadi, kami akan terus berkarya dan mengeluarkan album berbentuk fizikal kerana ia masih mendapat permintaan yang tinggi daripada peminat, selain untuk kepuasan diri kami sendiri," ujar Duta yang memberitahu peminat boleh berkomunikasi bersama mereka di akaun Twitter SO7.

Jutaan unit

Bercerita lanjut mengenai album ketujuh berjudul Berlayar yang dilancarkan pada Februari 2011 itu, jualannya sudah mencecah angka 1 juta unit.

Malah, SO7 juga menerima anugerah Double Platinum dek kejayaan album tersebut.

"Di Indonesia selepas lagu single Hari Bersamanya, kami sekarang sedang promosi lagu single kedua. Ada daerah yang popular dengan lagu Hujan Turun dan ada daerah pula popular dengan lagu Pasti Kubisa.

"Kami tidak kisah mana satu lagu yang menjadi hits, kerana dalam album Berlayar semua anggota SO7 ada menyumbang lagu. Album Berlayar juga dirasakan album terbaik kami kerana ia memuatkan semua cerita naik turun, serta suka duka kami sepanjang kewujudan SO7," jelas Eros.

Disoal bagaimana mereka bersaing dengan band-band baharu yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan di Indonesia, dengan nada merendah diri, kata Eros mereka bermain muzik daripada hati.

"Lagu yang dibikin daripada hati dan perasaan yang benar itu lagi lama bertahan dan mudah menyentuh perasaan orang yang mendengarnya.

"Selain itu, kami masih mengekalkan identiti muzik kami sambil menambah elemen baharu yang segar untuk peminat. Jika orang dengar muzik kami, sudah tahu itu muziknya SO7. Mungkin kerana itu, kami masih dikurniakan rahmat dan peminat terus menyokong kami," balas Eros yang menyimpan impian untuk mengadakan konsert di Malaysia lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Zuriat sulung Along, Shuib

Posted:

Zuriat sulung Along, Shuib <i>Raja Lawak</i>

Zuriat sulung Along, Shuib Raja Lawak

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


SITI SARAH dan Shuib bakal muncul dengan single duet mereka, Cinta Itu Nyawa.


TERNYATA rezeki Along Cham bukan sahaja murah dalam bidang seni tetapi juga kehidupan peribadinya. Terbaru, dia baharu sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 12 November lalu setelah mendirikan rumah tangga pada 23 Januari tahun lalu.

Biarpun pada mulanya pelawak kelahiran program Raja Lawak ini dikhabarkan bakal menimang cahaya mata kembar, namun, Tuhan lebih menyanyangi seorang daripada anaknya itu.

Tidak menyalahkan takdir, Along berkongsi pengalaman sedihnya mengenai isterinya, bekas peserta Akademi Fantasia 4, Zila atau Azilah Seeron Nur, 22,yang keguguran seorang anak mereka ketika kandungan baru mencecah dua bulan.

"Ketika kejadian kami berada di Genting Highlands untuk Anugerah Bintang Popular tahun lalu. Akibat tekanan tempat tinggi dan kandungan Zila masih belum kuat iaitu dua bulan. Seorang daripada anak kami meninggal di dalam kandungan," katanya sedih namun gembira dengan kelahiran anak lelakinya yang dinamakan sebagai Ahmad Danial.

Terlalu gembira dengan kelahiran anak sulungnya itu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 28, berkongsi video kelahiran putera sulungnya dan Zila, kepada media di kala pertemuan selepas sidang media Anugerah Bintang Popular 2011 di Holiday Villa, Subang.

Malah, air mata pelawak itu tertumpah tatkala melihat dan memangku anaknya Ahmad Danial.

"Alhamdulillah Zila selamat melahirkan anak kami yang seberat 2.55 kilogram itu di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor. Memang saya menangis kegembiraan apabila melihat Ah mad Danial lahir. Patutlah syurga di bawah telapak kaki ibu.

"Baru saya tahu betapa sukarnya seorang ibu yang melahirkan anak. Zila hampir pengsan ketika meneran," katanya kini lebih menghargai isteri dan ibunya selepas melihat kesengsaraan yang dialami mereka ketika melahirkan anak.

Biarpun sibuk, Along sering berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk berjumpa isteri dan anaknya yang sedang berpantang.

Tegasnya, setelah menjadi bapa dia perlu lebih bekerja keras untuk membesarkan anaknya.

Bercerita tentang nama Ahmad Danial, kata Along yang merupakan pelakon utama Alamak Toyol itu, nama tersebut dipilih oleh pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

"Saya tanya pada Datuk Fadzilah Kamsah nama apa yang sesuai dan elok diberi kepada anak saya. Kata dia, tahun ini elok sekiranya cari nama yang berkaitan dengan nama nabi atau pemimpin di zaman Rasulullah," katanya yang memanggil nama Ahmad Danial sejak anaknya itu masih di dalam kandungan lagi.

Mungkin sebab nama tersebut biasa dipanggil Along, menurutnya, anaknya itu kini akan bertindak diam tatkala namanya disebut Along ketika dia menangis.

Uwais Alqarni

Sementara itu, penyanyi lagu Kesetiaan, Siti Sarah Raisuddin, 27, dan suaminya anggota Sepahtu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 27, juga baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 4 Disember lalu di Hospital Pakar Ampang Putri, Selangor.

Biarpun kelahiran anak mereka dilakukan secara pembedahan kerana dikatakan jantung bayi dalam kandungan Siti Sarah lemah, namun tiada apa yang lebih menggembirakan pasangan ini saat bayi comel yang diberi nama Uwais Alqarni selamat dilahirkan pada pukul 10.19 pagi.


ALONG dapat merasakan kesakitan yang dialami Zila ketika melahirkan cahayamata sulung mereka, Ahmad Danial.


Shuib ketika dihubungi Kosmo! melahirkan rasa syukur dan merasakan kehadiran cahaya mata sulung berkenaan umpama tuah yang menyinari hidup mereka pada masa kini dan akan datang.

"Dialah tuah saya dan Sarah untuk tahun 2011. Kehadirannya memberi saya semangat dan inspirasi untuk lebih maju di masa akan datang terutama tahun 2012 yang bakal menjelang.

"Memang pada asalnya saya nak letak nama dia Tuah Uwais Alqarni sebab saya menganggap kelahirannya merupakan tuah saya dan Sarah tetapi disebabkan maksud nama asalnya lari jadi saya mengekalkan nama Uwais Alqarni sahaja," kata Shuib mengenai nama anaknya yang dipilih bersempena nama seorang lelaki yang hebat dan gagah di zaman Rasulullah.

Shuib juga menganggap Uwais tuah kerana ketika Siti Sarah mengandungkan anaknya itu, dia bersama kumpulan Sepah berjaya memenangi pertandingan Maharaja Lawak.

Malah, selepas Uwais lahir, rezeki Shuib dalam bidang lakonan dan nyanyian bersama kumpulan Sepahtu mencurah-curah.

"Memang betul orang cakap rezeki anak. Ketika Sarah mengandung sehinggalah Uwais lahir rezeki saya dan Sarah tak putus-putus.

"Sekarang, saya banyak menerima tawaran lakonan solo. Salah satunya adalah telefilem Astro berjudul Bila Shuib Speaking London. Saya juga sekarang sedang merakam lagu untuk Sepahtu bersama Jep dan mengadakan persembahan di beberapa negeri," tuturnya.

Tambah Shuib: "Single saya dan Sarah berjudul Cinta Itu Nyawa juga sekarang dalam proses mixing," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert percuma Yuna

Posted:

Konsert percuma Yuna

Konsert percuma Yuna


YUNA di samping T. Kugan.


KEUNIKAN vokal dan personalitinya membuatkan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 25, berada dalam kelasnya tersendiri. Lagu Dan Sebenarnya mengangkat nama Yuna biarpun ketika itu khalayak masih tidak mengenali wajah dan personaliti sebenarnya.

Kini, dia cukup dikenali malah tuahnya berterusan apabila dia dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP2010) dan tersenarai dalam anugerah-anugerah dalam industri seni. Dia juga kini dalam usaha mengembangkan bakatnya keluar negara iaitu Amerika Syarikat.

Impak popularit, bakat dan kreativiti mencipta lagu, Yuna mencipta sejarah dengan menjadi artis pertama diberi peluang mengadakan konsert maya pertama di Asia oleh Hotlink.

Konsert yang akan berlangsung pada 14 Disember ini akan berlangsung secara percuma buat 10,000 pelanggan Hotlink yang bertuah. Pelanggan Hotlink hanya perlu membuat tempahan tiket di laman web www.nowyoucan.my/yuna dan mereka boleh melihat konsert Yuna secara maya itu menerusi kamera online seperti telefon bimbit mahupun komputer riba.

Menurut Ketua Bahagian Produk, Peralatan, Inovasi dan Perantauan Maxis, T. Kugan, pihaknya begitu teruja untuk menjayakan konsert pertama maya itu yang nyata sesuai dengan tagline mereka Kini Anda Boleh (Now You Can).

"Kami memilih Yuna kerana dia seorang artis yang diminati ramai dan dia juga pandai mencipta lagu sendiri. Yuna juga sukacita memberitahu dia ingin bekerjasama untuk menjayakan konsert yang boleh ditonton eksklusif secara online ini. Konsert ini adalah khas buat peminat-peminatnya yang terdiri daripada pelanggan Hotlink," katanya pada sidang media konsert secara maya Yuna di The Bee, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


BAKAT, kreativiti dan populariti Yuna meraih kepercayaan dan begitu dihargai banyak pihak.


Malah, kata T.Kugan, Yuna akan mendendangkan lagu terbaharu ciptaannya dan ia akan didendangkan buat pertama kalinya di hadapan 10,000 peminatnya.

T. Kugan juga memberitahu, jika konsert ini mendapat sambutan yang menggalakkan pihak Hotlink akan berterusan menjayakannya pada masa akan datang dengan jumlah penonton yang akan ditambah. Pihak Hotlink juga akan cuba memilih artis-artis terkenal lain untuk menjayakan konsert secara maya itu.

Sementara itu, bagi Yuna, dia begitu teruja kerana dipilih sebagai artis pertama untuk menjayakan konsert secara maya itu.

"Adalah sesuatu yang unik apabila saya perlu membuat persembahan di hadapan kamera dan penonton tiada di depan mata. sebaliknya mereka melihat persembahan saya itu menerusi kamera online," katanya yang anggun mengenakan baju dan tudung berwarna merah.

Melalui konsert pada 14 Disember ini, penonton online boleh memberi tajuk pada single terbaharu Yuna dan mungkin berpeluang muncul pada video muzik untuk kempen promosi single berkenaan

Penonton yang telah membuat tempahan pada konsert itu boleh mendaftar masuk bermula pada pukul 7 hingga 7.45 petang untuk menonton konsert itu secara eksklusif. – FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved