Isnin, 7 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Menakluk langit dan mengenal Tuhan

Posted:

Menakluk langit dan mengenal Tuhan

Menakluk langit dan mengenal Tuhan

SEKUMPULAN juruterbang paragliding telah siap menghamparkan sayap paraglider di lapangan berlepas Bukit Dangdut, Sendayan.

Pada masa yang sama, mereka memastikan bah-abah atau harness paragliding yang kelihatan seperti kusyen dipasang dengan kejap di tubuh mereka.

Petang itu, cuaca kelihatan elok walaupun pada waktu tengah hari hujan lebat menyimbah bumi Negeri Sembilan.

Namun, tatkala juruterbang sudah bersedia menerjah langit, kehadiran rintik hujan membatalkan aktiviti sukan ekstrem itu serta-merta.

Seramai lima juruterbang paragliding yang sepatutnya berlepas dari puncak bukit tersebut bergegas turun dengan menaiki pacuan empat roda sebelum air hujan melicinkan laluan berliku di lokasi tersebut.

Menurut Presiden Kelab Penerbangan dan Rekreasi Udara Negeri Sembilan (NSSAC), Kapten Nasaruddin A. Bakar, 38, yang menyertai aktiviti itu, peluang menerjah ruang langit yang luas terbentang bergantung sepenuhnya kepada keizinan cuaca dan angin.

"Sekiranya angin bertiup kencang atau ruang udara seakan-akan kering, para juruterbang terpaksa membatalkan penerbangan mereka dan perkara itu adalah biasa.

"Lebih baik tunggu waktu yang sesuai daripada membahayakan nyawa dengan terbang dalam cuaca yang tidak mengizinkan lebih-lebih lagi pada waktu hujan," katanya.

Juruterbang Malaysia Airlines (MAS) itu memberitahu, Bukit Dangdut menjadi antara lokasi wajib dia dan kumpulannya mengadakan aktiviti sukan paragliding hampir setiap hujung minggu.

"Sesiapa sahaja yang mencuba sukan ini buat kali pertama pasti akan terpesona dan sukar membandingkannya dengan sukan udara lain," katanya.

Nasaruddin berkata, interpretasi individu mengenai kebesaran alam yang disaksikan adalah jauh berbeza tatkala melihatnya sendiri dari ketinggian beribu kaki di udara.

"Pertama kali terbang, saya terpesona dengan keajaiban alam ciptaan Tuhan dan begitu mengkagumi kekuasaan-Nya.

"Justeru, sukan ini bukan semata-mata memberi kepuasan kerana dapat terbang seperti helang tetapi ia mendekatkan diri seseorang dengan Yang Maha Esa," katanya.

Menurut Nasaruddin, sukan paragliding menjadi hobi utamanya sejak NSSAC ditubuhkan pada tahun 2003. Ketika itu, hanya terdapat sebanyak tujuh orang ahli menyertai sukan tersebut.

"Pada tahun 2002, saya menyertai sukan microlight dan paramotor tetapi ketika ini sukan paragliding adalah sukan yang paling aktif dalam NSSAC dan mempunyai lebih 100 orang ahli," ujarnya.

Nasaruddin memberitahu, melalui sukan paragliding, dia berpeluang menjengah ruang udara di banyak negara termasuk Indonesia, Thailand dan Afrika Selatan.

"Impian saya adalah untuk terbang dan menikmati keindahan alam dari langit Brazil dan Turki kerana lokasi berlepas di negara itu lebih strategik dan pemandangannya sungguh cantik," katanya teruja.

Sebagai Presiden NSSAC, Nasaruddin memberitahu dia bukan sahaja menjadi salah seorang ahli paling aktif malah penubuhan kelab berkenaan adalah bagi mengajak dan mengumpulkan sebanyak mungkin ahli aktif. Mereka juga menyemai objektif untuk membangunkan sukan berkenaan sehingga dikenali di negara-negara luar.

"Buat pertama kalinya juga seramai 10 orang ahli NSAAC bakal menyertai Sukan Sea ke-26 yang bakal berlangsung di Indonesia 11 November ini dan paragliding merupakan salah satu sukan baharu yang diperkenalkan," katanya.

Bawa penumpang


SYAFIQ sempat mengambil gambar di ketinggian 7,000 kaki ketika melakukan aktiviti paragliding di Turki semasa Aidilfitri tahun ini.


Seorang lagi juruterbang paragliding, Zulkafli Amin, 55, memberitahu, salah satu cabaran memajukan sukan itu di Malaysia adalah persepsi sukan ekstrem paragliding berisiko tinggi dan membahayakan.

"Persepsi itu tidak tepat, kerana setiap penerbangan dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan peraturan ketat yang harus dipatuhi.

"Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan semasa penerbangan tetapi risiko dapat dielakkan sekiranya setiap juruterbang patuh dengan peraturan terutamanya tidak terbang dalam cuaca yang buruk," katanya yang menyertai NSSAC lima tahun lalu.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Zulkafli memberitahu, sejak merasai pengalaman terbang secara solo, dia kini banyak menghabiskan masa dengan sukan itu. Dia juga tidak terlepas daripada melalui pengalaman menarik.

"Jarang sekali juruterbang tersesat tetapi kadangkala tiupan angin yang berubah secara tiba-tiba tidak menyebelahi juruterbang.

"Saya pernah mendarat di dalam kandang dalam sebuah ladang pertanian di Semenyih. Pernah juga saya mendarat di tengah-tengah jalan raya dekat Sekolah Menengah Datuk Mansor, Bahau sehingga menyebabkan trafik sesak," imbasnya.

Zulkafli yang merupakan seorang arkitek memberitahu, dia juga berpeluang membawa isterinya sebagai penumpang secara tandem paragliding ketika membawa keluarganya mengikuti program tersebut di Indonesia.

"Pertama kali membawa isteri saya terbang, dia begitu seronok dan tidak mahu turun," katanya yang turut menggemari aktiviti sukan paragliding yang dilakukan di Kokol dan Ranau, Sabah serta di Miri, Sarawak.

Justeru katanya, sukan paragliding turut mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan ahli kelab melalui aktiviti dan kerjasama yang dijalankan bagi setiap aktiviti.

"Sukan ini memupuk semangat setiakawan kerana setiap ahli kumpulan akan memastikan juruterbang yang akan berlepas dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan peralatan mereka berada dalam keadaan yang baik.

"Setiap juruterbang juga akan sentiasa berhubung dengan juruterbang lain menggunakan radio dan mereka juga membawa variometer iaitu alat khas bagi mengukur ketinggian dan altitud semasa berada di udara," jelasnya.

Peluang menjelajah

Bagi juruterbang paragliding muda, Syafiq Bahri, 26, peluang untuk terbang di tempat-tempat popular merupakan impian peribadi yang dinanti-nantikannya.

Menyertai NSSAC pada tahun 2007, dia tidak dapat melupakan pengalamannya terbang dari puncak Gunung Kinabalu pada awal tahun ini sebagai juruterbang termuda, malah dapat terbang paling lama dan paling jauh berbanding lima juruterbang lain.

"Pada program itu, seramai 30 juruterbang sepatutnya berlepas tetapi hanya tiga juruterbang dari Filipina dan dua dari Malaysia yang selamat berlepas. Selepas itu, keadaan angin tidak mengizinkan.

"Saya menjadi juruterbang terakhir yang berlepas dan terbang pada ketinggian 13,000 kaki selama 2 jam 45 minit sebelum mendarat di Kota Belud," jelas pelajar tahun akhir bidang Kejuruteraan Pesawat Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) itu.

Syafiq memberitahu, sukan tersebut turut memberi peluang kepadanya menjengah ruang udara Wales, England dan di Oludeniz, Turki.


BEGINILAH antara contoh pemandangan menakjubkan yang dapat disaksikan seseorang ketika berlegar-legar di udara.


"Salah seorang kenalan saya dalam sukan paragliding yang berasal dari England, Zahid Chaudhary mengajak saya terbang di sana.

"maka, saya telah berlepas ke England pada Hari Raya Aidilfitri kedua tahun ini dan ia menjadi salah satu pengalaman berharga kerana dapat terbang di atas permukaan laut pada ketinggian 7,000 kaki (2,134 meter) dan mendarat di pantai," katanya.

Bercadang menjejakkan kaki ke Nepal hujung tahun ini, Syafiq memberitahu lokasi berlepas di Pokhara, Nepal menjadi salah satu impiannya untuk terbang, selain turut menyimpan impian untuk ke Annecy, Perancis.

Dalam pada itu, seorang lagi juruterbang paragliding yang juga Naib Presiden NSSAC, Futra Nor Ehsan, 42 memberitahu, sepanjang terbabit dengan sukan paragliding, dia menghabiskan kira-kira RM60,000 untuk menyediakan kelengkapan dan keperluan sukan itu.

"Pertama kali terbang adalah pada tahun 2006 dan selepas itu, saya meneruskan hobi ini dan tidak lagi aktif dengan sukan-sukan lain yang saya sertai sebelum ini seperti paintball dan motosikal berkuasa tinggi.

"Saya juga perlu memenuhi tanggungjawab sebagai naib presiden kelab selain mempunyai tanggungjawab kerjaya yang turut memerlukan pengorbanan masa," katanya.

Katanya, pengalaman terbang di Bali, Indonesia adalah pengalaman paling menarik dilaluinya setakat ini. Di situ, dia bukan sahaja dapat melakukan aktiviti sukan kegemaran, malah pada masa yang sama menikmati percutian di pulau terkenal itu.

"Menariknya di Bali, saya terbang pada waktu pagi hingga tengah hari, manakala pada waktu petang saya mandi laut dan malamnya saya menyertai aktiviti barbeku," katanya.

Dia juga tidak dapat mengelak daripada melalui pengalaman mencemaskan terutama ketika terbang dari lokasi paragliding di Bahau.

"Saya disedut awan tetapi dengan pengendalian yang baik, saya dapat mengatasi panik dan keluar daripada zon bahaya serta dapat mendarat dengan selamat.

"Pengendalian paraglider sama juga seperti pemanduan kereta. Ia mengambil masa untuk betul-betul mahir mengemudinya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pertemuan semula bekas pelajar jalin semula hubungan

Posted:

Pertemuan semula bekas pelajar jalin semula hubungan

Pertemuan semula bekas pelajar jalin semula hubungan

SEBAHAGIAN 50 bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang (SMVKK), Jelebu tahun 1992 hingga 1995 bergambar bersama pada majlis Kasih Bertaut Kembali di Jelebu baru-baru ini.


BERTEMU SEMULA. Seramai 50 bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang (SMVKK), Jelebu, Negeri sembilan dari tahun 1992 hingga 1995 bertemu semula pada majlis Kasih Bertaut Kembali di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Selain pelajar, para pengetua dan guru yang pernah mengajar di sekolah itu turut hadir pada majlis yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Urusetia majlis, Hayati Abd. Karim berkata, pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, permainan berkumpulan, menonton video dan cabutan bertuah.

Selain itu, mereka yang hadir turut menghulurkan sumbangan untuk diserahkan kepada Masjid Seperi di Jelebu.

Katanya, bekas pelajar sekolah itu yang berminat untuk menyertai program sama di masa depan boleh menghubungi Saiful Bahari di talian 017-3749600, Hayati (017-6879207) atau Norazlina Daud di 017-3189966.

Full content generated by Get Full RSS.

JKKK Kampung Fikri ziarah warga emas, pesakit kronik

Posted:

JKKK Kampung Fikri ziarah warga emas, pesakit kronik

JKKK Kampung Fikri ziarah warga emas, pesakit kronik


ABDUL HALIM (dua dari kanan ) menyerahkan sumbangan kepada warga emas Ngah Omar di rumahnya di Kampung Fikri, Setiu baru-baru ini.


ZIARAH. Seramai 15 warga emas termasuk pesakit kronik di Kampung Fikri, Setiu menerima kunjungan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh bersama rombongan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan baru-baru ini.

Program anjuran JKKK Kampung Fikri dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Permaisuri itu bertujuan memberi bantuan dan meringankan beban golongan kurang berkemampuan terutamanya warga emas.

Setiausaha JKKK Kampung Fikri, Norzeri Abdullah berkata, ziarah itu dibuat dari rumah ke rumah untuk menghulurkan sumbangan kepada warga emas yang uzur dan mereka yang hidup menderita akibat penyakit lumpuh dan angin ahmar selain mengeratkan silaturahim.

Full content generated by Get Full RSS.

1,168 pelajar Sarjana, PhD mendaftar di USM

Posted:

1,168 pelajar Sarjana, PhD mendaftar di USM

1,168 pelajar Sarjana, PhD mendaftar di USM



PELAJAR BAHARU. Seramai 1,168 siswazah baharu mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang bagi sesi 2011/2012 untuk mengikuti pelbagai program Ijazah Tinggi dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti itu baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, 442 adalah pelajar antarabangsa dari 31 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, China, India, Kazakhstan, Pakistan, Palestin, Iran dan Indonesia.

Majlis dirasmikan oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Omar Osman yang kemudiannya menyampaikan amanat kepada pelajar dan penyerahan watikah pelantikan Duta Pelajar Baharu USM 2011.

Menurut Omar, beliau amat gembira dengan peningkatan jumlah statistik penyertaan pelajar Ijazah Lanjutan tahun ini yang memilih USM sebagai destinasi untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Apresiasi budaya di tengah kota

Posted:

Apresiasi budaya di tengah kota

Apresiasi budaya di tengah kota

Oleh NIZHA PERIASWAMY

SEBAGAI menyokong dan menghargai seni tanah air, termasuk budaya dan tradisi rakyat Malaysia yang menjadi intipati gaya hidup, pihak RapidKL Monorel melancarkan kempen khas dinamakan Apresiasi Seni.

Bertempat di Stesen Monorel Bukit Bintang, kempen yang akan diadakan bermula 29 Oktober lalu hingga 18 Disember ini mempamer serta mempersembahkan pelbagai aktiviti berkaitan seni, budaya dan tradisi Malaysia kepada penggemar seni khususnya pelancong asing.

"Sebab utama kami memilih Stesen Bukit Bintang adalah kerana lokasinya yang paling strategik. Semua orang tahu, Stesen Bukit Bintang merupakan antara stesen monorel yang paling sibuk bukan sahaja dengan pengguna tempatan tetapi juga pelancong asing.

"Ia seolah-olah satu perhentian pengangkutan awam yang wajib dilalui jika anda melawat Kuala Lumpur," kata Pengarah Kumpulan Divisi Rel Prasarana, Khairani Mohamed.

Platform bertema

Dalam ucapan pelancaran, beliau juga menyifatkan Kempen Apresiasi Seni sebagai satu usaha dan titik permulaan untuk mentransformasi Stesen Bukit Bintang dengan pelbagai aktiviti kesenian pada hujung minggu.

"Ia merupakan sebahagian daripada pelan Big and Lasting Impact Project 2 atau BLIP2 dengan fokus kepada Stesen Kehidupan. Melaluinya, setiap stesen RapidKL LRT dan RapidKL Monorel diberikan satu tema khas. Segala aktiviti akan dijalankan mengikut tema pada masa-masa tertentu.


PEMANDANGAN stesen Monorel Bukit Bintang sepanjang Kempen Apresiasi Seni.


"Sebelum ini kami menjadikan stesen RapidKL LRT Bukit Jalil sebagai Stesen Kehidupan Bola Sepak. Ia telah menonjolkan beberapa aktiviti sempena perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Malaysia, Arsenal, Chelsea dan Liverpool," ujar Khairani memberikan contoh.

Bagi Stesen Monorel Bukit Bintang pula Khairani berkata, ia akan membawa tema Stesen Kehidupan Untuk Kebudayaan dan mendukung Kempen Apresiasi Seni sebagai aktivitinya.

Pada minggu pertama iaitu minggu pelancaran Apresiasi Seni baru-baru ini, pihak RapidKL Monorel bekerjasama dengan pihak Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) untuk membuat persembahan secara langsung di Stesen Bukit Bintang.

Pada minggu tersebut, pihak Aswara menyediakan persembahan band secara langsung sepanjang hari bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang. Selain persembahan band muzik, turut dibuka ialah sebuah gerai yang menawarkan risalah, bahan bacaan dan buku-buku berkaitan muzik di Malaysia.

Berbeza setiap minggu


LUKISAN mengenai peralatan muzik antara yang dipamerkan pada minggu pertama dan pelancaran kempen.


Menerangkan secara lanjut tentang kempen yang diadakan pada setiap hujung minggu itu, Ketua Operasi Rel Aliran Monorel yang juga pengarah projek tersebut, Ismail Mamyudi menjelaskan, kira-kira enam gerai disediakan sepanjang enam minggu kempen tersebut.

"Usaha ini sebagai menyokong usaha kerajaan mempromosi seni dan muzik tradisi. Oleh itu, kami di pihak RapidKL Monorel untuk kali pertama mahu menggunakan platform ini sebagai satu pusat sehenti memperkenal dan mempromosi seni.

"Sebagai lokasi paling sibuk, kami percaya pengguna monorel tidak akan hanya dimanfaatkan dengan kemudahan pengangkutan awam, tetapi juga persekitaran yang berbeza. Ia umpama satu nilai tambah kepada Stesen Monorel Bukit Bintang," terang Ismail.

Beliau juga menegaskan, penglibatan para peserta dan pengguna akan bersifat dua hala apabila kedua-dua pihak boleh saling mendapat manfaat.

Katanya, pihak peserta pameran boleh memanfaatkan pengguna melalui informasi dan aktiviti yang disediakan, manakala pengguna pula boleh turut serta dalam aktiviti selain urusan jual beli produk seni kelak.


PAMERAN bahan muzik yang dibawa oleh pihak ASWARA.


"Misalnya, pada minggu seterusnya nanti, kita akan terlibat dengan Minggu Batik. Para pengguna stesen mungkin akan didedahkan dengan cara membuat batik dan mereka juga boleh bersama-sama mencanting batik," katanya memberi contoh aktiviti.

Untuk minggu-minggu seterusnya, pihak RapidKL Monorel menyediakan Minggu Kraftangan, Minggu Perkahwinan dan Adat Istiadat serta Minggu Seni Gubahan.

Bagi aktiviti selanjutnya, pelbagai pihak dilihat akan bekerjasama misalnya seperti Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan beberapa individu perseorangan.

Full content generated by Get Full RSS.

Mesej pada corak botol

Posted:

Mesej pada corak botol

Mesej pada corak botol

Oleh NIZHA PERIASWAMY


BROS dan Miif Plus merupakan penganjur bersama pameran seni Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA 'Artist Series'.


BERKUMPUL bersama botol-botol minuman jenama BROS, di Bazar Seni Cheers 2 Art BROS yang julung-julung kalinya diadakan di Annexe Gallery, Pasar Seni Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada kempen untuk mempromosi artis-artis bebas dan muda tempatan.

Dianjur oleh BROS dan Miif Plus, ia adalah sebahagian daripada kempen ini, 2011 Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA Artist Series yang pastinya memaparkan kelainan khsusunya dari aspek corak botol itu.

Kempen berbentuk serampang dua mata iaitu meningkatkan sokongan rakyat Malaysia kepada seni tempatan melalui botol air jenama BROS, tidak terhad sekadar pameran seni.

Imej baharu

"Terdapat banyak aktiviti menarik dan mengujakan menanti para pengunjung. Antaranya termasuklah penerbitan-penerbitan seni dan reka bentuk, gerai foto bagi membolehkan pengunjung merakam gambar dan pameran corak Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA Artist Series," kata Pengarah Pembangunan Perniagaan BROS - Living Wing Sdn. Bhd., Terence Lee Soon Teck.

Turut hadir pada majlis pelancaran kempen itu ialah kesemua artis yang terlibat dalam mencorak dan memberikan imej baharu botol air material telus pandang.

"Kami mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk tampil dengan rekaan ini. Penyelidikan mengambil tempoh yang lebih lama sebelum ia dirakam pada botol," kata seorang wakil daripada tujuh artis itu.

Artis yang tampil dengan siri Water Revolution, Tan Howe Qin memberitahu permukaan yang bulat, mesej terhadap subjek dan keunikan yang perlu dipaparkan oleh setiap artis adalah cabaran yang perlu mereka hadapi selaku artis seni Bros.

Bagi Nadira Bashir corak berjudul Grumpy Water Beans yang mendapat undian media tertinggi untuk rekaan terbaik berkata, Bros dan Miif Plus menyediakan platform yang terbaik untuk mempamer kemahiran mereka.


ARTIS-ARTIS yang terlibat dalam mereka lukis botol BROS edisi terhad.


Menjelaskan lebih lanjut tentang rekaannya, Nadira berkata dia memuatkan unsur-unsur kekacang yang dihimpit seperti kanak-kanak 'dihimpit' atau dipaksa untuk minum air.

"Apabila botol itu dibuka, ia seakan-akan bebas. Mesej yang disampaikan ialah bagaimana kanak-kanak dipaksa untuk mengamalkan tabiat minum air," katanya ringkas.

Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA Artist Series adalah kolaborasi dengan artis Jimmy Tan (Jimmy Egg), Eng Gee Fan (Minifanfan), Nadira Bashir (White is not a colour), Tan Howe Qin (Room99), Lois Loo (Wonderkitten), Cheah Huey Ling (Pocoleizi) dan Tan Yi Sin (Yisin).

Melalui tema Air daripada Artist Series itu, Bros dan Miif Plus berhasrat untuk menggalakkan orang ramai supaya kekal sihat dengan memupuk tabiat meminum air. BROS sendiri mengambil masa antara dua hingga tiga bulan melakukan persiapan dan penyelidikan untuk memilih tujuh orang artis berkenaan.

Bazar seni

"Walaupun 14 kerja seni dihasilkan pada peringkat awal, kami memilih lapan. Nama dan tandatangan artis-artis ini juga akan dicetak pada botol-botol Artist Series," kata Soon Teck yang juga mengesahkan setakat ini sebanyak 2,100 botol bagi setiap rekaan dikeluarkan pihaknya.

Kerjasama dengan artis-artis itu juga merupakan cubaan kali pertama Bros yang amat berpuas hati dengan hasilnya. Memandangkan artis-artis yang terlibat adalah golongan muda dan tidak dikenali, BROS yakin ia akan menambah aspirasi dan diiktiraf oleh semua pihak, khususnya golongan muda.

Penganjur bersama bazar seni Cheers 2 Art, Miif Plus merupakan kedai dalam talian berkaitan gaya hidup yang menyokong seni tempatan dan menampilkan jenama sendiri serta jenama pereka Malaysia. Pemilik Miif Plus, Foo Song Pe berkata: "Kami bangga kerana dapat bekerjasama dengan BROS kerana kami berkongsi nilai teras yang sama, selain keghairahan untuk mempromosi serta berkolaborasi dengan artis-artis, pereka dan pengukir Malaysia. Kami berharap dapat memperkenal dan mempromosikan hasil kerja mereka kepada semua orang di Malaysia dan di luar negara."

2011 Botol-botol BROS Crystal Plus+ Bebas BPA Artist Series akan sudahpun berada di pasaran sejak 24 September lalu di gedung beli-belah utama, pasar raya hiper, kedai-kedai rangkaian dan para penjual di seluruh negara untuk satu tempoh yang terhad. Corak Artist Series akan dicetak pada botol bersaiz 550ml & 750ml dan ia dijual pada harga RM 17.90. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bros.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Nikmati jus dan salad sihat

Posted:

Nikmati jus dan salad sihat

Nikmati jus dan salad sihat

Oleh NIZHA PERIASWAMY


WARNA ceria menghiasi penampilan Show U Kafe dan Bar di Sunway Pyramid.


MENCARI 'penawar' kepada tubuh yang letih seharusnya bukan sekadar mengambil minuman dan makanan yang mempunyai rasa lazat namun membelakangkan aspek khasiat.

Selalunya, kita jarang memikirkan tentang nutrisi yang terkandung dalam sesuatu makanan ataupun minuman apabila ia dihidangkan di hadapan mata. Segalanya kelihatan mengujakan sahaja!

Hakikatnya, kita disaji dengan makanan bergula, berlemak dan mengandungi perwarna semata-mata untuk tujuan komersial.

Namun, itu semua bukan tarikan yang digunakan oleh pengusaha kafe dan bar jus Show U yang berlokasi di Sunway Pyramid, Bandar Sunway.

Walaupun kelihatan sama seperti jus-jus minuman yang lain - smoothies yang berais lagi mengujakan, makanan yang kelihatan menarik, Kafe dan Bar Show U sebenarnya ada kelainannya.

"Kami mempunyai sembilan pilihan smoothies yang menggunakan formu la detoks bioteknologi. Ia dikenali Slimlicious," kata Pengurus Besar Show U Sdn. Bhd., Jeff Chan.

Menurutnya, selain kandungan Slimlicious yang menawarkan kebaikan untuk detoks, ia juga mengembalikan keremajaan kulit dan membetulkan sistem dalaman khususnya usus.

Kandungan utama dalam smoothies tersebut ialah buah-buahan, pudina dan juga wasabi.

"Show U Kafe dan Bar menyediakan smoothies dalam tiga kategori dengan kandungan utamanya yang berasaskan buah kiwi, buah beri dan oren. Setiap satunya mempunyai pecahan resipi minuman berbeza," terangnya.


PARA pelanggan bakal dilayan mesra oleh petugas Show U Kafe dan Bar.


Difahamkan, kandungan kiwi berfungsi sebagai antioksidan, beri untuk penjagaan kulit dan oren pula bagi membekal tenaga.

Selain smoothies, Pengarah Pemasaran dan Kreatif Show U Sdn. Bhd., Ian Lam memberitahu, pihaknya juga menyediakan minuman jus buah-buahan lain, kopi dan aiskrim sebagai pencuci mulut.

"Kami juga mempunyai pilihan makanan yang berkhasiat terdiri daripada pelbagai jenis salad yang dipadankan dengan tuna, ikan salmon, ayam, tiram, udang dan buah-buahan.

Semuanya pasti memberikan suasana menjamu selera yang paling sihat untuk seisi keluarga tanpa mengira usia," kata Ian yang turut memberitahu, hidangan spageti berwarna di kafe itu adalah daripada warna asli tumbuh-tumbuhan dan buah tanpa pewarna tiruan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


15 ibu tunggal dakwa dianiaya

Posted:

15 ibu tunggal dakwa dianiaya

15 ibu tunggal dakwa dianiaya

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
n.jagatheswary@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN penghuni pangsapuri Seri Cempaka, Gombak di Selangor yang mendakwa bantuan kewangan lambat diterima dan jumlahnya kurang.


GOMBAK – Sukar hendak digambarkan, apakah barang yang boleh dibeli oleh seorang ibu tunggal yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi dan kehilangan suami sejak lapan tahun lalu menerusi bantuan RM110 sebulan.

Bagi mereka yang senang, wang berjumlah RM110 tidak memberi sebarang erti namun ia berbeza bagi M. Savunthary, 50, yang turut menyara dua anak dan seorang daripadanya juga ibu tunggal sepertinya.

Apa yang lebih mengecewakannya apabila dia bukan sahaja lewat menerima bantuan itu setiap bulan bahkan jumlahnya dipotong kepada RM80 sahaja.

Lebih buruk lagi, dia seperti 14 lagi ibu tunggal yang menetap di Taman Gombak Permai di sini turut dipermainkan apabila menerima bantuan berjumlah RM30 semasa perayaan Deepavali lalu.

"Mereka janji bakinya akan dibayar tidak lama lagi. Dengan bantuan sebanyak itu, bagaimana saya hendak menyara dua anak, malah salah seorang daripadanya adalah ibu tunggal.

"Saya juga perlu membayar sewa rumah, bil elektrik serta air,'' ceritanya yang turut memerlukan duit tambahan untuk menguruskan perbelanjaan perubatan untuk membeli ubat bagi penyakit lelahnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Remaja derita penyakit psoriasis

Posted:

Remaja derita penyakit psoriasis

Remaja derita penyakit psoriasis


MOHD. TAUFIQ menderita kegatalan kulit di rumahnya di Taman Seri Jaya, Jerantut semalam.


JERANTUT - Kehidupan ceria seorang pelajar tingkatan tiga kini bertukar sengsara apabila dia secara tiba-tiba diserang penyakit kulit misteri dinamakan psoriasis.

Akibatnya, Mohd. Taufiq Asifaq Ibrahim, 15, mengalami simptom kulit mengelupas, kemerahan dan gatal, sekali gus menjejaskan rupa kulit anggota badannya.

Berikutan itu, dia hanya mampu duduk di rumah disebabkan rupa kulit anggota badannya semakin berubah dan berasa sakit apabila berpeluh dan memakai baju.

Ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Jaya di sini, penyakit kulit remaja berkenaan telah merebak ke seluruh badan, muka, tangan dan kaki.

Bapanya, Ibrahim Hassan, 45, berkata, penyakit misteri anak sulungnya itu mula dikesan sejak bulan April tahun ini dan menjadi semakin teruk selepas anaknya itu selesai mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Ketika dia bangun tidur, saya mendapati seluruh tubuhnya mengelupas lalu saya membawanya ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) yang kemudiannya mengesahkan anak saya terkena penyakit psoriasis,'' katanya kepada pemberita di Taman Seri Jaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

11.11.11 jadi pilihan ibu bapa

Posted:

11.11.11 jadi pilihan ibu bapa

11.11.11 jadi pilihan ibu bapa

Oleh NOOR FADILAH IBRAHIM
berita@kosmo.com.my


SERAMAI 17 ibu bapa telah mendaftar untuk melahirkan bayi mereka pada 11.11.11 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Gara-gara angkanya yang menarik, tarikh 11.11.11 menjadi pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka dilahirkan pada tarikh tersebut.

Bahagian Perhubungan Media dan Penulis, Pusat Perubatan Prince Court, Annie Freeda Cruez berkata, setakat ini seramai 17 ibu bapa dari pelbagai bangsa sudah mendaftar di hospital itu untuk melahirkan bayi mereka pada tarikh istimewa tersebut.

"Daripada 17 ibu bapa yang mendaftar, 11 daripadanya akan melahirkan bayi secara pembedahan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Annie berkata, kelahiran bayi 11.11.11 tersebut akan disambut meriah oleh pihak hospital.

Malah tambahnya, bayi yang lahir pada tarikh tersebut akan diserahkan buku akaun simpanan Maybank dengan deposit sebanyak RM50.

"Selain itu, bayi yang bertuah itu juga akan diberikan buah tangan sebagai tanda memperingati tarikh istimewa itu," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia pilih laluan sukar

Posted:

Malaysia pilih laluan sukar

Malaysia pilih laluan sukar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

AHMAD FAKRI (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Singapura pada aksi pembukaan bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan.


IMPIAN Harimau Muda untuk membaham Singapura tidak kesampaian.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu memilih laluan sukar dalam misi mempertahankan pingat emas selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Singapura petang semalam.

Pada aksi pembuka tirai di Sukan SEA kali ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan yang berhati-hati.

Di undi satu kumpulan bersama pasukan tuan rumah, Indonesia dan gergasi Asia Tenggara, Thailand dalam Kumpulan A, kegagalan skuad bawah 23 tahun kebangsaan itu dianggap sebagai sesuatu yang sangat mengecewakan.

Ketiadaan Mahali Jasuli di bahagian bek kanan juga menimbulkan persoalan apabila Fandi Othman yang mengambil-alih posisi itu lebih gemar naik ke atas.

Selain itu, kesilapan Fandi yang tergelincir ketika mengejar bola pada minit ke-77 nyaris mengundang padah.

Meskipun skuad negara lebih dulu melancarkan serangan, Singapura memperoleh peluang terbaik pada minit ke-14 tetapi rembatan kaki kiri Fazli Ayub terus ke dakapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad negara yang kembali melakukan asakan begitupun kecewa apabila percubaan kapten, Baddrol Bakhtiar berjaya ditepis penjaga gol Singapura, Izwan Mahmud pada minit ke-24.

Kejayaan Syahrul Azwari Ibrahim melepasi tiga pemain pertahanan Singapura juga tidak mendatangkan hasil.

Kelonggaran benteng pertahanan negara nyaris dihukum Fazli apabila mudah melepasi tiga pemain dalam kotak penalti sebelum rembatannya ditepis Khairul Fahmi pada minit ke-39.

Penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saraaini juga gagal menjaringkan gol pendahuluan apabila lambat menyambar bola muntah yang gagal ditangkap kemas Izwan hasil sepakan percuma Baddrol seminit sebelum babak pertama berakhir.

Pada babak kedua, Kim Swee membuat sedikit pertukaran apabila membawa masuk Irfan Fazail dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria bagi menggantikan Shukor Jusoh dan Thamil Arasu.

Hasilnya, jentera serangan skuad negara dilihat kembali tajam menerusi beberapa pergerakan merbahaya dari bahagian sayap tetapi masih gagal menemui sentuhan penyudah.

Keputusan pengadil perlawanan, Hong Xin Duong dari Vietnam yang tidak memberikan sepakan penalti selepas Fandi dijatuhkan pada minit ke-55 sedikit mengecewakan.

Selain itu, sepakan percuma Baddrol yang diperoleh selepas Syahrul Azwari dikasari pada minit ke-73 turut berjaya ditepis keluar Izwan.

Harapan skuad negara untuk mengutip tiga mata berharga pada 10 minit terakhir juga tidak kesampaian apabila rembatan kaki kiri Baddrol sedikit sipi pada minit ke-82, sementara rembatan Wan Zaharul Nizam juga melambung tinggi ketika Izwan telah tertewas pada masa kecederaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Zulfadli pengganti Chong Wei

Posted:

Zulfadli pengganti Chong Wei

Zulfadli pengganti Chong Wei

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


ZULFADLI akan menamatkan karie selaku pemain remaja pada tahun ini.


JUARA remaja dunia, juara remaja Asia, juara Sukan Komanwel Remaja dan juara remaja kebangsaan.

Itulah pencapaian bintang badminton muda negara, Zulfadli Zulkifli yang dilakarnya sepanjang tahun ini.

Simboliknya, kesemua kejayaan tersebut dilakar ketika dia bakal menamatkan karier selaku pemain remaja pada tahun ini.

Ini kerana, usia Zulfadli bakal menjangkau 19 tahun pada tahun depan.

Berdasarkan pencapaian itu, dia kini disebut-sebut sebagai calon paling sesuai bagi menggantikan tempat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei andai dia bersara kelak.

Bagaimanapun, bagi Zulfadli yang bernaung di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), dia tidak mahu terburu-buru untuk memikirkan sasaran itu.

Sebaliknya, dia meletakkan sasaran dua hingga tiga tahun lagi untuk menggalas cabaran sebagai pemain No. 1 negara di pentas antarabangsa kerana masih banyak perlu diperbaiki terutama dalam corak permainannya.

"Saya tipu kalau saya katakan saya langsung tidak memasang impian untuk menjadi pemain No. 1 negara. Mana-mana pemain sekalipun pasti memikirkan perkara yang sama seperti saya.

"Namun, bukan mudah sebenarnya untuk bergelar pemain No. 1 negara. Banyak perkara yang perlu diperbaikinya terutama dalam corak permainan. Saya perlu bersedia dari semua aspek.

"Dalam tempoh terdekat ini, memang sukar untuk saya untuk menggalas cabaran sebagai pemain No. 1 negara tetapi saya meletakkan sasaran selama dua hingga tiga tahun lagi daripada sekarang," kata Zulfadli ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Kelmarin, Zulfadli mencipta sejarah baharu dalam arena sukan badminton tanah air apabila menjadi pemain Malaysia pertama muncul selaku juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Taiwan.

Malah, dia turut membantu skuad badminton negara muncul juara dalam acara berpasukan campuran pada kejohanan yang sama.

Sebelum itu, dia turut mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Asia 2011 di India Julai lalu sebelum memenangi pingat pada temasya Sukan Komanwel Remaja di United Kingdom, September lalu.

"Alhamdulillah, segala usaha serta kerja keras saya selama memang berbaloi dengan muncul juara dalam kejohanan-kejohanan besar.

"Malah, yang paling menarik, kesemua kejuaraan dalam kejohanan besar saya capai pada tahun ini. Ia telah menutup karier saya sebagai pemain remaja dengan pencapaian yang membanggakan," jelas Zulfadli.

Zulfadli bakal menggalas cabaran negara pada Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sandakan 2011 yang bakal bermula pada 22 hingga 27 November ini sebelum menghadapi Grand Prix (GP) Terbuka Macau tiga hari kemudian.

Dia bersama barisan pemain badminton remaja negara negara yang lain telahpun selamat tiba di tanah air dari Taiwan semalam.

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia tetap optimis

Posted:

Malaysia tetap optimis

Malaysia tetap optimis

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


PENJAGA gol Malaysia, Muhammad Hafizuddin Othman (kiri) menghalang percubaan pemain New Zealand pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor 2011 di Johor Bahru kelmarin.


MALANG yang menimpa skuad negara pada dua perlawanan awal Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor 2011 tidak mematahkan semangat pemain untuk mencapai sasaran mara ke perlawanan akhir.

Malaysia yang dibimbing Mohd. Dharma Abdullah hanya meraih satu mata daripada dua perlawanan selepas tewas 1-2 kepada Australia pada Sabtu lalu sebelum terikat 1-1 dengan New Zealand kelmarin.

Begitupun, skuad Projek 2013 negara itu tetap optimis untuk mengumpul mata maksimum pada baki tiga perlawanan menentang pasukan Korea Selatan, Pakistan dan India di Stadium Hoki Taman Daya.

Menurut Dharma, pertemuan menentang Korea Selatan hari ini bakal menjadi penentu kedudukan sebenar Malaysia dalam kejohanan jemputan enam negara itu.

"Sudah dua hari berturut-turut kami berdepan nasib malang kerana gagal mencipta kejayaan meskipun mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol.

"Mungkin pemain agak tertekan kerana beraksi di depan penyokong sendiri kerana gagal memanfaatkan peluang yang ada terutama melalui pukulan sudut penalti.

"Namun, kami tidak mempunyai pilihan selain harus menewaskan Korea Selatan pada perlawanan seterusnya meskipun kami sedar ia bukanlah tugas yang mudah," katanya kepada pemberita selepas perlawanan kelmarin.

Pada aksi kelmarin, Malaysia ketinggalan seawal minit kesembilan menerusi jaringan Kane Russel sebelum bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Amir Farid Ahmad Fuzi di minit ke-62.

Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Seung Soong Tae tetap merendah diri menjelang aksi menentang Malaysia meskipun selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut.

Menurutnya, pemain Malaysia mempunyai kemahiran yang tinggi hasil persediaan rapi sejak dua tahun lalu berbanding Korea Selatan yang hanya sempat menjalani latihan pusat tiga hari sebelum berlepas ke Malaysia.

"Bagaimanapun, kami akan tetap cuba memberikan aksi terbaik untuk menewaskan Malaysia kerana kekuatan kami terletak pada semangat juang yang tinggi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiga menyamar sami samun warga emas

Posted:

Tiga menyamar sami samun warga emas

Tiga menyamar sami samun warga emas

07/11/2011 7:56pm

SHAH ALAM – Sebuah keluarga kerugian lebih RM40,000 apabila dirompak tiga lelaki yang menyamar sebagai sami dalam kejadian berhampiran Taman Botani Negara Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an datang ke rumah mangsa dan meminta daun sepohon pokok di halaman rumahnya, konon untuk upacara keagamaan.

Bercakap kepada pemberita di sini, Zahedi berkata selepas mengambil daun terbabit, ketiga-tiga suspek beredar dan mangsa masuk kembali ke dalam rumah.

"Beberapa minit kemudian mereka datang semula dan menyelinap masuk ke rumah dan mengacukan parang ke arah warga emas berusia 60 tahun itu serta isteri dan anak lelakinya, sebelum merompak barangan seperti set televisyen, komputer riba, wang tunai dan barangan kemas," kata Zahedi.

Beliau berkata kesemua perompak terbabit melarikan diri dengan kereta Proton Waja milik mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 dan 397 Kanun Keseksaan, katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat bayi ditemui di Pandan Perdana

Posted:

Mayat bayi ditemui di Pandan Perdana

Mayat bayi ditemui di Pandan Perdana

07/11/2011 7:30pm

KUALA LUMPUR – Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dan cukup sifat, ditemui di kawasan pembuangan sampah di Jalan 4/6 Pandan Perdana, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata bayi itu ditemui sekumpulan pekerja sebuah syarikat memungut sampah pada kira-kira 5.30 petang.

"Mayat bayi ditemui dalam keadaan berbungkus dengan baju wanita dan tuala biru muda," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.

Beliau berkata mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

"Temu bual dengan penduduk setempat setakat ini tidak memberi sebarang maklumat lanjut. Bagaimanapun kita sedang mengesan individu yang bertanggungjawab," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Dua beranak maut dalam kemalangan

Posted:

Dua beranak maut dalam kemalangan

Dua beranak maut dalam kemalangan

07/11/2011 7:27pm

KUANTAN – Dua beranak terbunuh selepas kereta Honda Accord yang dinaiki bersama empat anggota keluarga lain terbabas di simpang Kampung Batu Tanah Merah dekat Jalan Kuantan-Pekan hari ini.

Mangsa yang maut, Yusmawati Mat Yusof, 36 dan anak lelakinya, Ahmad Rizqin Ramli, dua, berasal dari Taman Cenderawasih di sini.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir dan Trafik Negeri ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa bersama ahli keluarganya dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Pekan.

Beliau berkata ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa dan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami mereka," katanya ketika dihubungi.

Zainalabidin berkata empat lagi penumpang belum dikenal pasti dan mereka dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan.

Jenazah mangsa turut dibawa ke HTAA untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Berasak dapatkan daging korban

Posted:

Berasak dapatkan daging korban

Berasak dapatkan daging korban

Reuters - SEORANG kanak-kanak dibawa keluar oleh anggota keselamatan ekoran sekumpulan orang berasak-asak untuk mendapatkan daging korban di Agensi Audit Tertinggi di Jakarta semalam.


JAKARTA - Sejumlah penduduk sanggup berasak-asak untuk mendapatkan daging korban yang diberikan secara percuma sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha di sini semalam.

Beberapa anggota pihak berkuasa mengawal sejumlah penduduk yang mengerumuni pintu pejabat Agensi Audit Tertinggi untuk menerima daging percuma.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memberikan sumbangan 1.2 tan lembu selepas solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Istiqlal di sini.

Sebanyak 60 ekor lembu dan 27 kambing disembelih manakala dagingnya diagihkan kepada 10,000 orang.

Hari Raya Aidiladha disambut oleh seluruh penduduk Muslim di dunia.

Sambutan itu diadakan sempena peristiwa Nabi Ibrahim yang sanggup mengikut perintah Tuhan mengorbankan anaknya, Nabi Ismail.

Namun, tempat Nabi Ismail itu kemudian ditukarkan dengan seekor kibas oleh Tuhan.


Reuters - SEORANG anggota keselamatan diasak oleh salah seorang penduduk yang berasak-asak untuk mendapatkan daging korban di Agensi Audit Tertinggi di Jakarta semalam.


Penduduk di Libya turut meraikan Hari Raya Aidiladha semalam walaupun harga barang melonjak tinggi selepas kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Muammar Gaddafi.

Gaddafi mati ditembak pada 20 Oktober lalu.

Di Syria, sejumlah penduduk berhimpun selepas solat Hari Raya Aidiladha pagi semalam bagi menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Seramai 3,000 orang terbunuh di negara itu sejak kebangkitan rakyat menentang kepimpinannya pada Mac lalu.

Namun, Bashar menghadiri solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Nur di bandar Raqqa.

Di Bandar Gaza, ketua pentadbiran Hamas di Tebing Barat, menyampaikan ucapan di Masjid Palestin sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

"Ini merupakan hari besar untuk kebebasan di Mesir dan Tunisia serta Libya dan semua orang yang menang menentang kezaliman. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Jemaah haji melontar jamrah

Posted:

Jemaah haji melontar jamrah

Jemaah haji melontar jamrah


AFP
BENTUK struktur batu yang menjadi sasaran lontaran batu para jemaah haji di Mina, dekat Mekah semalam.


MINA, Arab Saudi - Berjuta-juta jemaah haji semalam melontar jamrah pada hari kedua ibadat haji di sini semalam.

Melontar jamrah akan dilakukan selama dua hari lagi dengan setiap jemaah perlu melontar batu di tiga buah jamrah.

Setiap jemaah perlu melontar 21 butir batu di tiga struktur batu setinggi 25 meter.


AP
SEJUMLAH besar jemaah melalui laluan untuk melontar jamrah di Mina, dekat Mekah semalam.


Melontar jamrah dilakukan bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim melontar batu ke arah syaitan yang muncul tiga kali untuk mempengaruhinya.

"Ia memberi kekuatan moral. Kini saya berasa seperti sudah menewaskan syaitan," kata seorang jemaah yang melontar jamrah, Mohktar Khan berusia 29 tahun.

Dia tiba di lokasi melontar jamrah itu bersama puluhan jemaah dari Bangladesh yang melaungkan Allahuakbar.


AP
SEORANG jemaah wanita dibantu oleh seorang anggota polis unit khas selepas dia melontar jamrah di Mina, dekat Mekah semalam.


Seorang lagi jemaah haji, Mohammed Husseinnin yang berusia 25 tahun berkata, dia akan berasa menang jika dapat melontar batu ke arah syaitan yang merupakan musuh utamanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyediakan laluan pejalan kaki bertingkat sebagai usaha untuk mengelak kejadian rempuhan yang menyebabkan 364 orang mati pada 2006, 251 jemaah pada 2004 dan 1,426 lagi pada 1990.

Seorang lagi jemaah, Dina Mohammed Ramadhan berusia 27 tahun dari Mesir menyatakan perasaan bersyukurnya kerana dapat mengerjakan ibadat haji.

Suaminya menolak kereta sorong bayi yang membawa dua anak mereka dalam kumpulan jemaah.

Musim haji itu berlangsung selama lima hari. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir hampiri bahagian tengah bandar raya Bangkok

Posted:

Banjir hampiri bahagian tengah bandar raya Bangkok

Banjir hampiri bahagian tengah bandar raya Bangkok

BANGKOK - Masyarakat Islam Thai menyambut Aidiladha semalam ketika timbul kebimbangan bahawa banjir terburuk dalam lima dekad akan menuju ke bahagian tengah bandar raya ini.

Seluruh penduduk di tiga lagi daerah di wilayah Bangkok - Chactuchak (Bangkok Utara), Nong Khaem dan Phasicharoen (Bangkok Barat) diarah berpindah memandangkan air banjir semakin naik.

Sebelum ini, pemindahan besar-besaran seumpamanya dijalankan di ibu negara ini di daerah-daerah Don Mueang, Bang Phlad, Sai Mai, Thawi Wattana, Lak Si, Taling Chan, Bang Khen dan Bang Khae.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra semalam mengarahkan pemindahan penduduk di beberapa kawasan di daerah Min Buri dan Nong Chok di bahagian timur Bangkok. Pasar hujung minggu Chatuchak, paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang menempatkan 10,000 kedai dan menjana perolehan 10 bilion Baht (kira-kira RM1 bilion) setahun dibuka semula semalam sekalipun kawasan-kawasan sekelilingnya masih banjir.

Bilangan pelawat merosot teruk walaupun kereta api landasan bertingkat dan subway terus beroperasi.

Limpahan air banjir semakin mendekati bahagian tengah Bangkok ketika kebanyakan daerah sekitarnya di bahagian utara, barat dan timur Bangkok diliputi banjir.

Masyarakat Islam di wilayah-wilayah Nakhon Sawan dan Ayutthaya dapat melakukan korban haiwan sempena sambutan Aidiladha ekoran banjir yang surut.

Kira-kira satu pertiga negara ini masih digenangi air, dengan lebih 3 juta penduduk di 25 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda negara ini sejak 25 Julai. Jumlah kematian meningkat ke 506 semalam. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ibadah haji di usia muda Ibadah haji di usia muda

Posted:

Ibadah haji di usia muda Ibadah haji di usia muda

Ibadah haji di usia muda Ibadah haji di usia muda

DALAM Islam, ibadah haji adalah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam dan umat Islam yang berkemampuan diwajibkan untuk mengerjakan haji di Mekah sekali seumur hidup. Tidak dinafikan, setiap umat Islam sememangnya mempunyai hasrat untuk ke Mekah sama ada mengerjakan umrah atau ibadah haji. Boleh dikatakan ada sebilangan orang yang sudah acap kali menjejakkan kaki ke kota paling suci umat Islam itu.

Misalnya, seperti pelakon Fahrin Ahmad yang sehingga kini sudah mengerjakan umrah sebanyak enam kali, manakala Liyana Jasmay pula sudah dua kali mengerjakan umrah dalam usianya yang masih lagi muda.

Menariknya, jika kebanyakan pengantin yang baru melangsungkan perkahwinan akan memilih tempat-tempat menarik untuk lokasi bulan madu, tetapi Nabil dan isterinya pula mahu memilih Mekah sekali gus mahu mengerjakan umrah.

Berkesempatan mengadakan satu sesi fotografi bersama ketiga-tiga artis berkenaan baru-baru ini, mereka mempunyai cerita tersendiri tentang 'destinasi percutian' pilihan mereka itu.

Fahrin buang niat

Bermula lima tahun lepas ketika usianya baru menjangkau 27 tahun, pelakon kacak Fahrin Ahmad, 32, sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Bukan sekali tetapi sudah enam kali pelakon dan juga pengacara itu menunaikan umrah.

Empat kali pergi sendiri manakala dua kalinya pula kerana terlibat dengan penggambaran drama, kini pelakon berketinggian 180 sentimeter itu memasang niat untuk sekali lagi ke Tanah Suci Mekah dan membawa bersama isterinya.

"Sejak dulu lagi saya menyimpan niat untuk mengerjakan haji selepas berkahwin. Tetapi, sehingga kini saya belum berkahwin dan masih tidak mempunyai calon. Mengerjakan umrahpun sudah enam kali, jadi saya tidak mahu lagi ikut niat dan ingin mengerjakan haji pada tahun depan," katanya ketika ditemui selepas sesi fotografi membabitkan dirinya dengan pelakon Liyana Jasmay dan Nabil di Rumah Malaysia, Menara Kuala Lumpur.

Fahrin tergerak hati mengerjakan umrah dan selepas ini haji dalam usia yang muda kerana merasakan dia tiada halangan dari segi wang ringgit, tenaga dan ingin menunaikan Rukun Islam keempat itu.

"Orang banyak nak buat umrah tetapi faktor kewangan jadi penghalang. Jadi, kenapa saya yang ada kemampuan tidak boleh pergi.

"Pertama kali saya menjejak kaki ke Mekah bersama seorang kawan. Selepas itu saya mengerjakan umrah seorang diri," katanya.

Bercerita mengenai pengalamannya mengerjakan umrah, tiada kata yang dapat digambarkan oleh pelakon dari Johor Bahru itu apabila pertama kali melihat kaabah.

Sungguh nikmat. Itu kata-kata yang dilontarkannya mengenai perasaan pertama kali menjejakkan kaki ke Mekah. Katanya, sekiranya seseorang itu pergi ke sana baru dia dapat merasai apa yang dirasakan olehnya.

Selain nikmat yang dirasai ada juga perkara tidak molek yang disaksikan sendiri oleh Fahrin ketika berada di Mekah.

"Di situ juga kita dapat lihat pelbagai karakter manusia. Daripada yang sebaik-baiknya sehinggalah seburuk-buruk manusia.

"Paling teruk ada yang mengambil kesempatan meraba ketika melakukan tawaf," katanya.

Tanpa prejudis, Fahrin memberitahu sebelum pergi melancong ke negara-negara luar kalau boleh seelok-eloknya menjejakkan kaki ke Mekah dulu."Selalu orang cakap belum bersedia. Sebenarnya semua ini bergantung kepada niat," katanya yang turut menasihatkan untuk membuat umrah ketika muda.

Beralih mengenai raya hajinya, dia sekeluarga hanya beraya di Kuala Lumpur kerana masalah kesihatan tulang belakang yang dialami oleh ibunya sejak empat tahun lalu.

Mengorbankan seekor lembu setiap kali raya korban, Fahrin juga pernah berpengalaman membantu sembelih kambing untuk raya korban.

Bercerita tentang teman istimewa, Fahrin hanya tersenyum dan memberitahu masih tidak mempunyai teman istimewa. Mungkin sedikit serik bercinta dengan artis, pelakon bertubuh sasa itu tanpa selindung mengaku ingin mencari seseorang yang dapat menyenangkan hatinya.

"Apabila usia sudah mencecah 32 tahun, saya sudah tidak fikir tentang memiliki seorang wanita sempurna. Orang biasa pun cukup janji hati senang," katanya lagi.

Liyana suka Hijr Ismail

Biarpun usianya baru sahaja mencecah 23 tahun, namun pelakon muda Liyana Jasmay adalah antara segelintir pelakon wanita tempatan yang sudah berpeluang untuk mengerjakan umrah.


FAHRIN (baju biru) sudah enam kali menunaikan umrah, Liyana Jasmay pula dua kali manakala Nabil memasang niat untuk membuat umrah bersama isteri.


Menurut aktres itu, kali pertama dia mengerjakan umrah adalah pada usia 17 tahun. Kemudian pada tahun ini dia sekali lagi telah menjejakan kaki ke kota suci Mekah.

"Sewaktu mengerjakan umrah pada bulan Mac yang lalu, saya melihat sudah banyak perubahan yang berlaku terutamanya di kawasan Masjidil Haram berbanding ketika kali pertama saya pergi enam tahun yang lalu.

"Kalau sebelum ini kawasan di sekeliling Masjidil Haram dipenuhi ramai peniaga, kini sudah banyak hotel yang didirikan. Malah, jarak dari hotel penginapan menuju ke Masjidil Haram pun sekadar lima minit sahaja kalau berjalan kaki," ujarnya.

Tambah Liyana, berbanding kebanyakan jemaah lain yang mengambil kesempatan untuk melawat di beberapa tempat bersejarah di Mekah dan Madinah, dia dan ibunya pula lebih banyak meluangkan masa di masjid untuk menunaikan solat.

Jelasnya, sewaktu kali pertama mengerjakan umrah dahulu dia sudah pun melawat ke beberapa tempat menarik seperti Gua Hira dan Bukit Uhud dan peluang kali kedua yang diperoleh itu digunakan sepenuhnya membuat amal ibadah.

"Kalau ditanya tentang kenangan manis yang paling sukar untuk dilupakan sepanjang saya mengerjakan umrah, sudah tentunya kenangan dapat mengerjakan solat di Hijr Ismail. Lagipun apa yang saya diberitahu bahawa kalau bersolat di Hijr Ismail, ia seolah-olah menunaikan solat di dalam Kaabah kerana ianya adalah sebahagian daripada Kaabah," ujarnya.

Memandangkan kini dia sudah mengerjakan umrah sebanyak dua kali, aktres muda berkenaan ternyata tidak dapat menyembunyikan isi hatinya yang mahu menjejakkan kaki ke Baitullah buat kali ketiga untuk mengerjakan fardu haji.

Menurut Liyana, dia menyasarkan dapat mengerjakan rukun Islam yang kelima itu sebelum umurnya mencecah usia 30 tahun. Malah, dia juga sudah bercadang untuk mendaftarkan nama di Tabung Haji dalam tempoh terdekat ini.

"Pada saya adalah lebih baik sekiranya dapat mengerjakan ibadah haji dalam usia yang muda memandangkan ia memerlukan tenaga yang cukup banyak. Cuma ada sebilangan orang yang berpandangan kalau ibadah ini dilakukan pada usia tua.

"Saya anggap itu adalah pandangan yang kurang tepat kerana kalau merasakan diri sudah mampu untuk melakukannya, kita perlu melaksanakannya kerana ia merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib kita patuhi," ujarnya.

Nabil ingin anak di Mekah

Masih bersikap gila-gila walaupun selepas berkahwin, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 28, ketika ditemui kelihatan begitu ceria dan bahagia selepas sebulan lebih berkahwin.

Nabil turut meluahkan rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat.

"Saya ada pergi beberapa agensi untuk melihat tarikh yang sesuai menunaikan umrah. Mereka beritahu masa yang sesuai adalah bulan Februari dan Jun. Jadi, saya pilih buat umrah pada bulan Jun sebab terlibat dengan pementasan teater Cuci Muzikal pada bulan Februari dan Mac tahun depan," katanya yang mendapat seru ketika mendengar dan melihat ceramah di laman sosial YouTube.

Ingin mengerjakan umrah sejak dulu lagi bersama keluarganya, namun hasrat itu ditukar selepas menuruti pemintaan ibunya yang ingin pemenang Raja Lawak musim ketiga itu berkahwin dahulu dan membawa isterinya menunaikan umrah.

Berdoa agar perkahwinannya bersama isteri Nazirah Ayub kekal sehingga akhir hayat, Nabil juga berharap mereka dikurniakan anak ketika berada di Mekah.

Bercerita tentang sambutan Aidiladha tahun ini, pelawak dari Mambau Negeri Sembilan itu memberitahu merasa sedikit kehilangan selepas rakan konvoi motor Superbike, Syafiq, baharu kembali ke rahmatullah seminggu lalu.

Apa yang lebih menyedihkan apabila kemalangan ngeri itu disaksikan sendiri oleh Nabil ketika mereka bersama-sama berkonvoi ke Kuala Kubu Baru, Selangor.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved