Selasa, 1 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dijual RM3.50 sekeping

Posted:

Dijual RM3.50 sekeping

Dijual RM3.50 sekeping

Di Terengganu, industri manisan nira kelapa mempunyai permintaan dan pasaran yang tersendiri. Ia dijual mengikut gred dan boleh dibeli dari harga serendah RM0.90 sen hingga RM3.50 sekeping.

ENAK, lembut, manis dan berlemak. Itulah yang digambarkan oleh penggemar manisan nira kelapa yang banyak dihasilkan oleh pengusaha secara kecil-kecilan di Terengganu.

Malah, jika dibandingkan dengan manisan lain, penduduk negeri yang kaya dengan sumber pelancongan itu lebih memilih manisan ini.

Biarpun harga yang agak tinggi berbanding manisan lain yang boleh dibeli pada separuh harga, namun jualan dan permintaannya sangat menggalakkan menyebabkan pengusahanya tidak menang tangan.

Rezeki pengusaha bertambah pada bulan puasa kerana permintaannya meningkat sekali ganda kerana juadah pembuka selera banyak menggunakan bahan ini selain menjadi perasa tambahan dalam masakan.

Salah seorang pengusaha, Suri Abdul Ghani, 43, dan suami, Mohd. Kahni Habsu, 45, memberitahu, permintaan terhadap manisan mereka meningkat antara 1,000 hingga 1,500 keping manisan setiap hari.

Bagaimanapun, manisan yang mereka hasilkan mengikut gred. Manisan asli tidak dicampur gula dan hanya menggunakan nira kelapa yang dijadikan sebagai penawar diabetes.

"Manisan jenis ini kita tidak buat banyak memandangkan harganya lebih mahal kerana saya jual pada harga RM3.50 sekeping," kata Suri ketika ditemui di rumah yang dijadikan tempat pembuatan manisan di Kampung Batangan, Marang, Terengganu baru-baru ini.


SURI menunjukkan penyediaan manisan nira kelapa yang diusahakannya.


Di kampung tersebut, terdapat kira-kira 50 pengusaha yang turut menjalankan perniagaan sama.

Jelas Suri, pembuatan manisan jenis ini lebih rumit kerana tanpa gula, manisan tersebut mengambil masa antara tiga hingga empat jam sebelum ia likat dan dikeraskan di dalam acuan daun nipah.

Sebagai tip katanya, jika mahu membezakan manisan ini asli atau tidak, ia boleh dilihat melalui baunya yang lebih harum. Jika ia dibungkus dengan kertas, kertas tersebut akan lembap.

Selain itu, dia turut menghasilkan manisan ori yang ditambah gula kira-kira tiga peratus dan dijual pada harga borong RM1.70 sekeping.

Tetapi, katanya terdapat dua lagi jenis manisan iaitu gred ketiga yang dinamakan manisan tuak yang dihasilkan dengan tambahan sebanyak 50 peratus gula.

"Jenis ini paling banyak mendapat permintaan kerana harganya yang lebih murah dan dijual pada harga borong RM1.20 sekeping," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Suri, satu lagi jenis manisan yang dihasilkan menggunakan 90 peratus gula dan 10 peratus air nira dinamakan manisan campur. Ia dijual pada harga RM0.90 sekeping.

Selain bau dan rasa katanya, cara untuk membezakan manisan buatannya mengikut gred ialah dengan melihat bahagian bawah manisan berkenaan. Jika ia berpetak-petak kecil maka ia adalah manisan asli.

Tikar mengkuang


ISMAIL SULAIMAN membungkus mayang kelapa dengan botol bagi mengeluarkan air nira.


Menurut Suri ketika manisan nira dimasukkan ke dalam acuan, ia dialas menggunakan tikar mengkuang, manakala jenis tuak dan campur pula bahagian bawahnya akan mempunyai banyak garis melintang kerana ia dialas menggunakan tikar biasa.

Menjelaskan mengenai proses pembuatan manisan tersebut, kata Suri, ia dilakukan menggunakan nira kepala yang diperoleh daripada penduduk sekitar dan dari kebunnya sendiri.

Menurut Suri, selain manisan kelapa, dia turut menghasilkan dodol yang dibungkus di dalam daun mengkuang dan sejenis kuih yang dinamakan manisan pulut.

Katanya, kesemua produknya mendapat pengiktirafan halal. Beliau yang bertindak menguruskan bahagian pengeluaran manakala suaminya membantu di bahagian jualan dan edaran sedang mencongak-congak untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Menceritakan pembabitannya dalam industri ini sejak tujuh tahun lalu, secara kebetulan Suri diminta oleh seorang jirannya menyiapkan tempahan membuat manisan kerana jirannya jatuh sakit. Pada masa itu bulan Ramadan.

Ujian bisnes


KUIH buah Melaka menggunakan manisan nira untuk intinya.


"Hasil ajaran secara lisan dan pengalaman melihat penduduk kampung membuat manisan ini, saya cuba dan Alhamdulillah saya berjaya menghasilkannya," kata Suri.

Sejak itu, daripada melakukan pelbagai kerja kampung termasuk menanam tembikai dan ubi kayu, Suri mencuba nasib membuat manisan iaitu aktiviti ekonomi yang banyak dilakukan oleh penduduk kampung tersebut.

"Pada mulanya saya buat di rumah dan menjual sendiri di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu," katanya.

Jelasnya, selepas itu dia mula membesarkan perniagaan secara berperingkat. Peringkat awal dia membuat sebuah bangsal kecil yang kemudiannya dibesarkan sehingga dia boleh mengupah 11 orang pekerja.


MOHD. KAHNI menunjukkan manisan nira kelapa yang diusahakannya di Kampung Batangan, Marang, Terengganu.


"Bantuan daripada Jabatan Pertanian banyak membantu saya membesarkan perniagaan ini dan menampung permintaan yang semakin bertambah," katanya.

Namun katanya, langit tidak selalu cerah. Sekitar tiga tahun lalu dia berdepan dengan dugaan apabila suami, anak dan pekerjanya menghidap penyakit misteri dan tidak dapat bekerja.

"Ketika di rumah mereka baik tetapi bila datang ke tempat kerja mereka mengalami muntah-muntah," katanya.

Menurut Suri, salah seorang anaknya juga turut menghidap penyakit misteri. Anaknya sering lari dari rumah dan bersembunyi di dalam hutan adakalanya sehingga seminggu sebelum ditemui.

"Pelbagai cara saya lakukan dan banyak wang ringgit dihabiskan. Walaupun ketika itu saya rasa seperti keseorangan kerana terpaksa bekerja sendiri, namun Alhamdulillah tempoh getir selama setahun itu dapat saya dilalui," katanya.

Permintaan tinggi


DAUN mengkuang digunakan untuk membuat manisan nira kelapa.


Sementara itu, peniaga manisan nira kelapa di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu, Norshamimi Munirah Ahmad Shukri, 24, menjelaskan, nira yang lebih murah banyak dibeli oleh pembuat kuih manakala nira yang lebih mahal lebih digemari oleh individu atau pelancong.

"Saya ambil nira daripada pengusaha di Marang dan setakat ini memang permintaannya sentiasa ada," katanya yang sudah empat tahun berniaga di pasar berkenaan.

Jelasnya, pembuat kuih terpaksa membeli manisan gred yang lebih rendah untuk memastikan mereka dapat menjual kuih pada harga yang munasabah.

Sebaliknya, individu atau pelancong luar pula lebih mementingkan kualiti manisan berkenaan supaya resipi masakan dan kuih-muih menggunakan manisan berkenaan lebih enak.

Sementara itu, Midah Hitam, 64, lebih gemar menggunakan manisan tempatan kerana selain rasa, ia juga lebih bersih berbanding manisan import yang banyak dijual di kedai runcit.

"Manisan yang dibuat oleh penduduk tempatan kita tahu cara buatannya tetapi manisan import kita tidak tahu.

"Pernah saya cuba rendam manisan import ini tetapi banyak sampah yang timbul jika dibandingkan dengan manisan buatan tempatan," katanya.

Dalam pada itu, rasa manisan nira kelapa ini juga berbeza kerana ia ada satu aroma nira yang enak jika dicampur dalam makanan. Malah, katanya, jika dibuat kuih seperti kuih buah Melaka, rasa kuih itu lebih lembut dan enak.

Full content generated by Get Full RSS.

Rumah komuniti lelaki Australia

Posted:

Rumah komuniti lelaki Australia

Rumah komuniti lelaki Australia


PETER TORENBEEK yang juga Presiden Men's Shed Cessnock bergambar di depan bangsal pusat tersebut.


SEBUAH bangunan dengan kombinasi warna kelabu, merah dan putih tersergam megah di bandar Maitland yang terletak di New South Wales, Australia.

Di hadapan bangunan itu tertera perkataan Men's Shed, satu lokasi yang sudah lama dianggap sebagai 'kuil' bagi lelaki Australia di bandar tersebut. Meskipun dahulu saiznya agak kecil seperti sebuah kawasan di belakang rumah tetapi, kini ia semakin membangun.

Apa yang menarik, premis tersebut menempatkan ruang untuk kaum lelaki melakukan kerja-kerja pertukangan yang dilengkapi dengan bengkel kayu dan logam serta pelbagai peralatan untuk berkebun.

Tetapi menurut ahli majlis Hunter Valley, Marty Leist, kewujudan Men's Shed mampu menyelamatkan golongan lelaki yang telah bersara dan menganggur daripada kesepian di samping menggalakkan mereka untuk bekerja dan kembali bersosial bersama rakan-rakan sebaya.

"Berada dalam komuniti ini membuatkan kami berasa seperti melangkah menjadi lelaki yang baru dalam usia emas sebegini.

"Kesemua lelaki di sini pernah mengharungi hidup yang mencabar dan kini mereka telah menemui kebebasan yang dicari serta boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan.

"Apa yang penting, beban yang terpikul di bahu mereka sudah tiada lagi, sebaliknya mereka gembira hidup bersama komuniti yang ada," kata Leist kepada AFP di Maitland Men's Shed yang terletak di pekan Hunter Valley, 160 kilometer ke utara Sydney.

Berkembang di Australia


MEN'S SHED kini sudah mempunyai lebih 600 bangsal komuniti seperti ini di seluruh Australia.


Bermula dengan 12 bangsal lelaki sejak ditubuhkan lima tahun lalu, kini sudah terdapat 600 bangsal yang telah berdaftar dengan Mens Shed di seluruh Australia. Pertubuhan itu dinaungi oleh Tim Mathieson, pasangan kepada Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.

Populariti jenama tersebut dapat dilihat apabila beberapa bangsal turut membuka pintu mereka kepada wanita.

Bagaimanapun di Maitland ia merupakan pusat kegiatan dengan gergaji dan pengimpal apabila sekumpulan kecil warga emas berusaha menyiapkan kenu Maori gergasi. Ia adalah projek impian seorang lelaki tempatan yang meninggal dunia sebelum dia berpeluang untuk menyiapkannya.

Suasana di dalam bangsal tersebut meriah dengan pelbagai bunyi. Daripada bunyi bising peralatan pertukangan atau sesekali hilai tawa kumpulan lelaki tersebut.

Men's Shed beroperasi di bawah moto Shoulder to Shoulder (Bahu ke Bahu) dan Presiden Men's Shed Maitland, John Hill mengatakan elemen praktikal amat penting dalam usaha membuka mata penduduk tempatan.

"Lelaki yang hadir ke sini kebanyakan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Justeru, menjadi tanggungjawab kami untuk membina semula keyakinan mereka untuk meneruskan kehidupan.

"Akhirnya mereka sendiri akan sedar bahawa hidup ini perlu diteruskan dan bermakna. Mereka akan sedar dalammeniti usia emas mereka tidak perlu hanya duduk berdiam diri dan menanti waktu untuk meninggal dunia," jelas Hill.


MEN'S SHED mengajak lelaki berusia di Australia membina hidup lebih positif dalam meniti usia emas.


Jerry Cassidy, seorang juruteknik telekomunikasi yang telah bersara, datang ke bangsal tersebut untuk mencari teman selepas kematian isteri selain anak-anak yang sudah dewasa meninggalkan rumah. Sejak itu, dia langsung tidak menoleh ke belakang lagi.

"Di sini, anda akan mula menggunakan tangan dan bekerja mengikut kehendak sendiri. Orang yang biasanya sangat pendiam dan jarang bergaul, apabila tiba di sini akan berubah menjadi sebaliknya.

"Mereka akan mula bekerja dan berkomunikasi dengan sesiapa yang ada. Lama-kelamaan, kami sudah seperti satu keluarga," katanya.

Ceramah kesihatan

Selain itu, pihak pengurusan turut menganjurkan seminar kesihatan termasuk ceramah mengenai kanser prostat, jantung, diabetes dan darah tinggi.

Malah, ada juga isu-isu sensitif yang jarang diperkatakan lelaki termasuk kepada isteri mereka dibincangkan secara terbuka bersama komuniti.

Semua perkara itu secara tidak langsung memberi kebaikan kepada mereka terutama dalam menjaga kesihatan diri.

"Kami pernah mempunyai beberapa orang ahli yang disangka akan mati sewaktu mula-mula tiba di sini, tetapi masih lagi hidup hingga sekarang. Doktor yang merawat mereka turut hairan dan berkata, 'saya tidak tahu apa yang terjadi kepada kamu, tetapi teruskan apa yang kamu lakukan sekarang'. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Kesan kanser dengan sekali imbasan

Posted:

Kesan kanser dengan sekali imbasan

Kesan kanser dengan sekali imbasan

Oleh ADLAN JAAFAR

TUGAS harian Siti Aishah Abdullah Suhaimi akan mengimbas setiap payudara individu yang datang ke Pusat Sehenti Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.

Cara kerja gadis berumur 27 tahun yang bertugas sebagai jururadiograf itu masih lagi sama sebelum pusat tersebut menggunakan mesin Mamogram 3 Dimensi (3D) Tomosintesis pada bulan Oktober lalu.

"Cuma, bezanya hari ini dengan sekali imbasan, pakar radiologi dan doktor sudah boleh mengesahkan kehadiran kanser atau tidak. Jarang berlaku pemeriksaan susulan. Individu yang datang adalah mereka yang membuat pemeriksaan berkala.

"Seting pada mesin ini pula boleh saya katakan sebagai mesra pengguna dan tidak rumit untuk dikendalikan. Malah, apa yang lebih penting gambar yang terhasil lebih baik dan jelas berbanding dahulu," ujar Aishah kepada Kosmo!.

Mesin 3D Mamogram Tomosintesis ialah yang pertama digunakan di Malaysia dan kelima di dunia. Ia mampu menghasilkan imej 3D payudara daripada pelbagai sudut dan yang paling penting mampu memberi imej tisu payudara dengan lebih jelas.


HANYA dengan sekali imbasan pakar radiologi atau doktor boleh mengesan kehadiran kanser payudara ke atas seseorang wanita.


Pengerusi Hologic Inc., Jack Cumming berkata, mesin 3D Mamogram Tomosintesis menggunakan teknologi Digital Breast Tomosynthesis (DBT) yang membolehkan imej 2D dilihat daripada pelbagai sudut.

Dengan DBT, imej payudara dipotong dengan ketebalan senipis satu milimeter. Ia membolehkan pakar radiologi meneliti setiap lapisan imej yang diingini.

Imej juga boleh diimbas daripada pelbagai sudut berbanding dengan mesin 2D lama yang hanya boleh mengimbas secara atas ke bawah atau kiri ke kanan.

"Dengan sekali tekanan, sebanyak 15 imej boleh dihasilkan berbanding mesin konvensional mamogram iaitu terhad kepada dua imej untuk setiap dua tekanan yang diberikan," ujarnya lagi.

Sukar

Kesukaran membuat diagnosis kehadiran ketulan kanser pada bahagian payudara disifatkan seperti mencari sebatang jarum dalam timbunan jerami padi.

Sering kali, pesakit memerlukan pemeriksaan susulan seperti melakukan mamogram pada arah yang lain atau pemeriksaan ultrabunyi bagi memastikan kehadiran kanser payudara adalah positif.

Kelambatan pengesahan itu bukan sahaja memberi tekanan kepada mereka bahkan, menyebabkan masa dan wang terbuang. Malah, yang paling ditakuti apabila pengesahan dilakukan ketika kanser sudah berada pada peringkat akhir.


SULTAN PERAK, Sultan Azlan Shah berkenan mencemar duli merasmikan pelancaran mesin 3D Mamogram Tomosintesis pertama di negara ini.


Menurut Pakar Perunding Radiologi NCSM, Dr. Sulaiman Tamanang, ia berlaku kerana imej imbasan yang diterima dengan menggunakan mesin mamogram 2D adalah leper, manakala imej terhasil sering menimbulkan kekeliruan dengan imej mimik kanser dan kelenjar susu.

Dengan sekali imbasan oleh mesin, 3D Mamogram Tomosintesis, tiada lagi pemeriksaan susulan bagi mengesahkan kehadiran sel kanser sekaligus meningkatkan pengesanan awal kanser.

Tambah Sulaiman, kajian menunjukkan penggunaan kombinasi imej 2D dan 3D pula boleh meningkatkan tahap ketepatan oleh pakar radiologi dan mengurangkan sebanyak 30 peratus pesakit dipanggil semula.

Bagaimanapun, Sulaiman menegaskan bahawa mesin yang hanya dikhaskan kepada kaum wanita itu tidak boleh menyembuhkan atau mencegah kanser tetapi ia membantu mengesan kehadirannya.

Bagi mereka yang sering timbul perasaan bahawa menjalani pemeriksaan mamogram adalah menyakitkan dan bahaya, Sulaiman memberi jaminan mesin terbaharu itu lebih selesa berbanding yang lama.

Kadar pendedahan radioaktif pula tidak merbahaya iaitu umpama pendedahan pada setengah batang asap rokok.

Teknologi terkini


DARI kiri: Cumming, Saunthari dan Sulaiman menerangkan mengenai mesin 3D Mamogram Tomosintesis.


Mendidik, menjaga dan menyokong merupakan tiga patah perkataan yang menjadi falsafah pada NSCM dalam menjalankan setiap kerja-kerja amal mereka.

Oleh sebab itu, Presiden NCSM, Dr. Saunthari Somasundaram berkata, pihak mereka begitu komited untuk membawa teknologi perubatan yang terkini dan moden.

"Ia adalah usaha kami untuk berterusan menangani kanser," ujarnya ketika majlis pelancaran mesin mamografi baru-baru ini.

Pada awal tahun 2000, terdapat trend yang amat membimbang apabila banyak kes-kes barah payudara melibatkan wanita muda. Mesin mamografi yang ada ketika itu sangat terhad untuk mengesan pembentukan kanser pada wanita muda dan kepada individu yang memiliki payudara padat.

"Meskipun mesin tomografi berharga lima kali ganda daripada mesin biasa tetapi, kemampuan yang ada pada mesin tersebut dan objektif NCSM menyebabkan kami membeli mesin mamogram Holigic pertama di Malaysia," terangnya lagi.

NCSM menyediakan perkhidmatan pemeriksaan payudara menggunakan mesin mamografi digital pada tahun 2003 dengan memberikan caj bayaran yang berpatutan.

Selorohnya, pelawat NSCM hanya perlu membayar perkhidmatan di pusat sehenti itu seperti membeli sebuah kereta Proton tetapi menerima kepuasan terbaik seperti menaiki Mercedes.

"Untuk mesin 3D Mamogram Tomosistesis, bayaran yang dikenakan amat murah iaitu antara RM250 hingga RM300 untuk membuat pemeriksaan kanser payudara," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lembu Aidiladha ada penyakit

Posted:

Lembu Aidiladha ada penyakit

Lembu Aidiladha ada penyakit

SEBAHAGIAN daripada lembu yang dikuarantin di Padang Besar, Perlis untuk mengelak penyakit kuku dan mulut.


PADANG BESAR - Sebanyak 64 ekor lembu dari Thailand tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini setelah pihak berkuasa mengesan tanda-tanda haiwan itu menghidap penyakit kuku dan mulut.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad berkata, semua lembu yang dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibawa masuk melalui pintu sempadan di sini dua minggu lalu untuk kegunaan sempena Aidiladha.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau pusat kurantin kerajaan dan swasta di sini semalam, beliau berkata, kesemua ternakan itu diarah dibawa pulang ke Thailand setelah pemeriksaan oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Kurantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di pintu sempadan mendapati ia mempunyai tanda-tanda berpenyakit.

"Setiap ternakan yang diimport ke negara ini melalui pintu sempadan itu diperiksa rapi bagi memastikan hanya ternakan yang sihat dibenarkan masuk," katanya.

Beliau berkata, kesemua lembu tersebut dibawa masuk dengan empat buah lori kira-kira dua minggu lalu.

"Tindakan menghalang ini menyebabkan pengimportnya kerugian kira-kira RM200,000 tetapi ia terpaksa diambil sebagai langkah pencegahan menghindari penyakit kuku dan mulut merebak di sini," ujarnya.

Sepanjang tahun ini, jelasnya, sebanyak 13,309 ekor lembu dari negara jiran dibawa masuk melalui pintu sempadan di sini yang dianggarkan bernilai RM26.6 juta.

Seekor lembu berharga kira-kira RM2,000.

Tambahnya, lembu import wajib melalui kuarantin selama 10 hari sama ada di pusat kuarantin swasta atau di Maqis. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Borang bantuan RM500 dikeluar bulan depan

Posted:

Borang bantuan RM500 dikeluar bulan depan

Borang bantuan RM500 dikeluar bulan depan

Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my

KAJANG – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal mengeluarkan borang permohonan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mulai Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.

"Kita juga bakal memaparkan borang-borang tersebut secara dalam talian bagi membolehkan pemohon memuat turun dan mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN 2011 di Akademi Percukaian Malaysia di Bandar Baru Bangi di sini semalam.

Perdana Menteri telah mengumumkan insentif tersebut pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.

Insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.

Jelas Mohd. Shukor, pihaknya kini 98 peratus telah bersedia bagi mengendalikan mereka yang layak memohon insentif tersebut.

"Kita sekarang hanya menunggu keputusan akhir daripada Kementerian Kewangan bagi mengemas kini definisi isi rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi," jelasnya.

Ujarnya, pihaknya menjangkakan pembayaran insentif tersebut bakal dilakukan bermula Januari tahun hadapan secara berperingkat-peringkat.

"Bagi kita (LHDN) tempoh selama 14 hari bekerja bagi memproses semua permohonan yang layak," ujarnya.

Katanya, setiap permohonan yang berjaya bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.

Pihaknya turut menjangka seramai tiga juta isi rumah bakal terlibat dengan pemberian insentif tersebut dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemaju roboh rumah pusaka

Posted:

Pemaju roboh rumah pusaka

Pemaju roboh rumah pusaka

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


INILAH rumah pusaka Ghazali Ibrahim di Kampung Sungai Nibong Kechil, George Town sebelum dirobohkan.


GEORGE TOWN – Gara-gara gagal mendapat persetujuan, enam beradik terpaksa berputih mata apabila rumah pusaka milik keluarga yang berusia 80 tahun di Kampung Sungai Nibong Kechil dekat Jalan Tun Dr. Awang di sini diroboh pemaju semalam.

Operasi meroboh dijalankan berikutan notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau ke atas penghuni rumah tersebut ketika ini, Ghazali Ibrahim, 63, pada 14 Oktober lalu.

Rumah tersebut terpaksa dirobohkan kerana tanah tersebut kini diambil alih oleh Koperasi Tunas Muda Berhad untuk memajukan projek perumahan.

Rumah Ghazali paling akhir dirobohkan kerana rumah penghuni lain yang dibina di atas tanah yang sama sudah dirobohkan beberapa bulan lalu.

Peguam Koperasi Tunas Muda Berhad, Syamsul Jamil (gambar) berkata, tindakan mengusir penghuni dan meroboh rumah tersebut sepatutnya berkuat kuasa Ogos lalu tetapi ditangguhkan atas budi bicara pihak mahkamah dan pemaju.

Menurut beliau, pemilik rumah tersebut pernah ditawarkan pampasan sebagaimana ditetapkan oleh mahkamah tetapi ditolak.


RUMAH pusaka Ghazali dirobohkan dengan jentolak dalam masa yang singkat.


Kosmo! difahamkan pemaju menawarkan pampasan berjumlah RM42,000 kepada Ghazali.

"Operasi hari ini (semalam) adalah mengikut perintah mahkamah dan tindakan meroboh terpaksa diteruskan," kata Syamsul kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, adik Ghazali, Abd. Laziz, 61, berkata, dia kecewa kerana semua adik-beradik gagal mempertahankan rumah tersebut.

"Sekiranya abang saya (Ghazali) berbincang secara baik dengan pemaju, sudah tentu kami mendapat hak masing-masing (pampasan) yang setimpal.

"Sikap dia yang enggan berbincang dengan kami adik-beradik menjadikan masalah ini bertambah rumit sedangkan pemaju ada menawarkan sejumlah pampasan kepada pemilik rumah yang tanah mereka diambil," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin memberitahu, pihaknya berharap pemilik tanah dan pemaju masih dapat mempertimbangkan pampasan yang setimpal kepada keluarga tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Nutty-Notty jek mudah alih

Posted:

Nutty-Notty jek mudah alih

Nutty-Notty jek mudah alih

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

DENNIS (kiri) menunjukkan kereta Hyundai yang dipamerkan di Pusat 3S Hyundai di Sungai Pinang.


HYUNDAI-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) merasmikan pembukaan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) terbaharunya yang terletak di Jalan Sungai Pinang, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis perasmian pusat jualan kenderaan Hyundai terbesar di Pulau Pinang itu disempurnakan oleh Ketua Ibu Pejabat Hyundai Asia dan Serantau Hyundai Motor, Kim Hoo-Keun.

Pengarah Urusan HSDM, Dennis Ho berkata, pembukaan pusat itu dijangka akan melonjakkan lagi jenama kenderaan itu kepada para pelanggannya terutama dalam memberikan khidmat lepas jualan.

Beliau berkata, pihaknya merancang membuka antara enam hingga tujuh lagi pusat 3S di seluruh negara sehingga Jun tahun hadapan melibatkan pelaburan lebih RM8 juta.

"Persaingan dalam industri automotif memang hebat, tetapi Hyundai memiliki kelebihan tersendiri terutama daripada segi kualiti, reka bentuk serta penggunaan bahan api yang efisien.

"Oleh itu, pusat 3S merupakan salah satu strategi Hyundai-Sime Darby bagi mewujudkan platform (di sesebuah kawasan) termasuk bagi menyokong rangkaian pengedarnya di situ," ujarnya.

Berkeluasan kira-kira 2,000 meter persegi, pusat itu mempunyai satu ruang pameran berhawa dingin, bilik jualan serta 11 petak menyelenggara kenderaan termasuk bagi penyelenggaraan ekspres serta kemudahan Internet WiFi.

Tambah Dennis, tiga lagi pusat 3S di wilayah utara akan dibuka tidak lama lagi iaitu sebuah di Perai (Pulau Pinang) dan dua lagi di Perak.

Katanya, pembukaan pusat tersebut dijangka menyuntik pertambahan jualan di wilayah utara yang ketika ini menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jualan kenderaan Hyundai di seluruh negara. – ZAKI SALLEH

Full content generated by Get Full RSS.

Menari untuk tubuh langsing

Posted:

Menari untuk tubuh langsing

Menari untuk tubuh langsing

CELEBRITY Fitness membawa satu lagi pendekatan untuk mereka yang mengidamkan tubuh yang memikat.


CELEBRITY FITNESS yang mempunyai lebih 100,000 ahli di 30 cawangan di Indonesia, India termasuk Malaysia memperkenalkan cara baharu mendapatkan bentuk tubuh yang menggiurkan.

Program yang dikenali sebagai Dance N' Attitude (DNA) kata Pengarah Urusan Celebrity Fitness, Choi Kwang Ho adalah konsep senaman tarian yang membawa satu pengalaman yang menyeronokkan kepada mereka yang menyertainya.

"Inspirasi DNA datang daripada pemerhatian kehidupan seharian dan gaya senaman ini juga mengikut trend semasa," katanya pada majlis pelancaran DNA di Pusat Gimnasium Celebrity Fitness di kompleks beli-belah 1 Utama baru-baru ini.


KWANG HO (berkot) bersama empat jurulatih yang profesional dan bertauliah.


Konsep DNA menawarkan empat jenis tarian yang berbeza yang dinamakan insanity, seduce, flavor dan raw.

Keempat-empatnya meliputi gerakan tarian seperti salsa, tango, flamenco, jazz, hip hop dan banyak lagi.

Usah gusar sekiranya anda bukan seorang penari kerana jurulatih bertauliah dan mesra seperti Baby -G, Sunny dan Stefan akan melatih anda.

Kepada yang berminat, sila layari www.celebrityfitness.com atau di www.facebook.com/CelebrityFitnessMalaysia untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci. - MAZLINA ABDUL MAJID

Full content generated by Get Full RSS.

Dua sahabat kumpul resipi

Posted:

Dua sahabat kumpul resipi

Dua sahabat kumpul resipi

Oleh RADIAH SAORI


HANIRAH (kiri) dan Azyanti bekerjasama dalam menghasilkan buah buku resipi yang berjudul Cara Mudah Membuat Roti.


PERSAHABATAN yang terjalin sejak di bangku sekolah membolehkan dua rakan karib, Hanirah Mohamad Nur dan Azyanti Mohd. Agos masing-masing 36, saling memahami antara satu sama lain.

Selain persefahaman yang jitu, kedua-dua sahabat karib yang bertugas sebagai pensyarah rangkaian komputer di Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai, Pontian, Johor itu turut mempunyai minat yang serupa.

Justeru, tidak hairanlah apabila Hanirah dan Azyanti yang berasal dari Pontian dapat bekerjasama untuk menghasilkan sebuah buku resipi Cara Mudah Membuat Roti meskipun pada asalnya, kedua-dua mereka tidak mempunyai asas mengenainya.

Menurut Hanirah, semuanya bermula apabila mereka ditugaskan menyertai kursus masakan Soft and Crusty Bread di Muar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2009.

"Apabila pulang daripada kursus selama 10 hari tersebut, kami bertanggungjawab mengadakan kursus pendek masakan setiap hujung minggu di kolej.

"Daripada maklum balas positif yang diterima kami bertambah berminat dalam bidang masakan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, hasil cadangan peserta kursus pendek tersebut jugalah dia dan Azyanti berpeluang menghasilkan 45 resipi pelbagai jenis roti yang diabadikan dalam buku setebal 98 muka surat terbabit.

"Sebelum ini, saya dan Azyanti sering membawa empat atau lima jenis resipi membuat roti dalam setiap kursus untuk dikongsi bersama peserta.

"Namun, ada antara mereka yang memberi cadangan agar saya menggabungkan semua resipi tersebut dalam sebuah buku dan inilah hasilnya, buku resipi Cara Mudah Membuat Roti.

"Niat asal kami ketika menulis buku ini hanya satu iaitu untuk membantu masyarakat untuk mendapatkan ilmu mengenai pembuatan roti," katanya.

Jelas Hanirah, ketika mendapat tawaran daripada penerbit Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. untuk menghasilkan buku terbabit, dia dan Azyanti kurang berkeyakinan.

Namun, dengan bantuan penulis bersama iaitu Julia Abdul Rahman, seorang ibu yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang masakan, mereka lebih yakin dan bersemangat untuk menulis buku terbabit.

"Kami juga bersyukur kerana niat untuk menghasilkan sebuah buku mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Madya Kamarudin Kasim.

"Tanpa kelulusan beliau, tidak mungkin kami sebagai penjawat awam boleh menghasilkan buku terbabit," katanya.

Sementara itu, Azyanti mengakui bukan semua resipi yang terkandung dalam buku terbabit merupakan idea asal mereka. Sebaliknya, ia adalah resipi yang telah diubah suai untuk disesuaikan dengan cita rasa tempatan.

Katanya, keunikan buku tersebut apabila hampir semua bahan bagi setiap resipi mudah didapati dan halal.

"Kami merujuk daripada beberapa buku resipi dan membuat penambahbaikan agar lebih sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.

"Setiap resipi yang diberikan telah kami cuba berkali-kali sebelum yakin ia adalah resipi yang terbaik dan termudah. Kami lebih gemar menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan yang lebih penting, ia mestilah halal," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kolej Komuniti Tanjung Piai, Radzuan Othman berkata, kejayaan Hanirah dan Azyanti menghasilkan buku terbabit merupakan satu kebanggaan buat kolej itu sendiri.

Jelasnya, pihak kolej sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana tenaga pengajar mereka yang mempunyai inisiatif untuk memajukan diri sendiri.

"Ini adalah salah satu usaha positif dan membanggakan kerana dalam kesibukan menjadi tenaga pengajar, mereka masih mampu mencuri masa untuk menghasilkan buku ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Julang ke puncak kemasyhuran

Posted:

Julang ke puncak kemasyhuran

Julang ke puncak kemasyhuran

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

IRFAN BAKTI teruja membawa sinar baharu dalam skuad Gergasi Merah mulai musim depan.


BEKAS pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berazam membantu Sela- ngor kembali berada di ambang kemasyhuran sebaik mengesahkan bakal mengemudi gergasi Lembah Klang itu musim depan.

Jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu berkata, cabaran mengendalikan pasukan sehebat Selangor sememangnya satu tanggungjawab yang cukup besar.

Justeru Irfan Bakti berkata, beliau benar-benar berharap kehadirannya musim depan mampu menterjemahkan segala impian Gergasi Merah menjadi realiti terindah, selain berdoa agar turut direstui ribuan penyokong fanatik Merah Kuning.

"Siapa yang tidak kenal Selangor, di sini kehebatan mereka seolah-olah seperti Manchester United, sebab itu saya terima (tawaran).

"Mudah-mudahan saya dapat membantu Selangor menamatkan kemarau trofi termasuk Piala Malaysia," kata Irfan Bakti.

Meskipun gagal membantu Terengganu menamatkan penantian selama sedekad apabila tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan di pentas final Piala Malaysia (Sabtu lalu), kredi- biliti Irfan Bakti selaku jurulatih sememangnya tidak boleh dipertikai.

Walaupun kegagalan itu turut menyaksi- kan Irfan berterusan kempunan mendakap Piala Malaysia, beliau masih berjaya membantu Terengganu menjulang Piala FA mu- sim ini, selain menamatkan kedudukan di tangga kedua Liga Super.

Irfan yang memulakan kerjayanya selaku jurulatih pada 1996 dan pernah membantu kelab Indonesia, Persipura muncul juara Liga Indonesia pada 2007 memberitahu, setakat ini beliau masih belum membuat pengesa- han rasmi secara hitam putih dengan pengurusan Selangor.

"Belum bincang lagi, mungkin dua tahun, mungkin hanya setahun atau pilihan lanjutan tambahan kontrak selama setahun, semuanya bergantung dalam perbincangan itu nanti," katanya yang masih bercuti di Kota Bharu.

Mengenai pemain yang akan dipikatnya bagi menyarung jersi Selangor musim depan, Irfan enggan mengulas lanjut menge- nai perkara itu kerana yakin dengan kredi- biliti pemain-pemain Selangor yang sedia ada.

"Memang ada yang berkenan di hati te- tapi belum ada kata putus. Lagi pun saya lebih gemar mendapatkan khidmat pemain yang mempunyai kehebatan 'tersembunyi', berbanding pemain berstatus bintang.

"Malah pada masa sama, suka saya ingatkan di sini, penghijrahan saya ke Sela- ngor adalah keputusan saya sendiri dan bukannya dipengaruhi oleh tekanan mana- mana pihak," katanya yang pernah membimbing Negeri Sembilan, Perlis dan Tele- kom Melaka sebelum ini.

Full content generated by Get Full RSS.

'Jangan salahkan presiden'

Posted:

'Jangan salahkan presiden'

'Jangan salahkan presiden'

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

ADA pesan daripada bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim kepada semua penyokong Terengganu yang sentiasa bersamanya sepanjang dua musim di negeri Pantai Timur itu.

Jelas Irfan, beliau sebenarnya tidak berniat untuk mengecewakan para penyokong Terengganu ekoran tindakan mengejutnya untuk meninggal skuad Penyu itu bagi mencari haluan baharu bersama Selangor.

Sebaliknya Irfan berkata, keputusan yang dibuat itu adalah atas alasan peri- badi iaitu inginkan cabaran baharu.

Justeru, Irfan berharap para penyokong Terengganu menerima keputusan itu dengan sikap profesional dan tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh (gambar).

"Saya tahu keputusan ini memang sukar diterima oleh para penyokong sehingga ada dalam kalangan mereka yang menyalahkan presiden (Che Mat).

"Tetapi ingin saya katakan bahawa presi- den (PBSNT) sendiri hanya tahu mengenai keputusan itu (pengunduran) ketika kami bertemu semalam (kelmarin).

"Jadi, tidak timbul soal mengapa beliau perlu dipersalahkan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Semalam, pelbagai pihak termasuk para penyokong Terengganu menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan yang dibuat Irfan Bakti, sambil menya- lahkan Che Mat di sebalik apa yang berlaku.

Malah, laman Facebook turut menjadi medan cacian ke atas presiden PB- SNT itu sehingga ada pihak yang mendesak agar Che Mat meletakkan jawa- tan.

Bagaimanapun ujar Irfan, beliau tidak pernah menyalahkan sesiapa di sebalik keputusan itu kerana perbincangan kedua-dua pihak telah diperse- tujui secara bersama.

"Saya hormati tawaran kontrak itu te- tapi saya sudah berbincang dengan pasukan lain. Jadi, saya perlu kekal dengan pengunduran ini.

"Saya hanya berharap para penyokong Terengganu terus sentiasa menyokong pasukan ini, tidak kira siapa yang mengendalikannya," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Irfan mula menyertai Terengganu pada awal musim lalu bagi menggantikan tempat Ken Worden. Sepanjang dua musim bersama skuad Penyu itu, beliau berjaya menghadiahkan trofi Piala FA yang dimenangi Jun lalu.

Irfan turut membantu Terengganu menjadi naib juara dalam saingan Liga Super dan membawa pasukan itu layak ke final Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun.

Full content generated by Get Full RSS.

Wan Jamak mahu minta nasihat KFA

Posted:

Wan Jamak mahu minta nasihat KFA

Wan Jamak mahu minta nasihat KFA

JURULATIH Kedah, Wan Jamak Wan Hasan (gambar) mahu mendapatkan nasihat daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum menjawab surat pertuduhan yang dikeluarkan oleh urus setia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadapnya.

FAM telah mengeluarkan surat berke- naan kepada Wan Jamak, 53, berikutan kenyataannya mengkritik pengadil yang menafikan dua jaringan Kedah ketika menentang Perak pada kempen Piala Malay- sia.

Kedah sekadar seri 1-1 menentang Perak dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia itu di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 28 September lalu, sekali gus menyebabkan mereka gagal mara ke suku akhir.

Wan Jamak berkata, beliau dijangka dipanggil oleh majikannya dalam masa sehari dua ini.

"Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan yang bakal diterima sebelum berbincang dengan KFA terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, Setiausaha KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, pi- haknya telah menerima surat pertuduhan daripada FAM.

"Kita tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum Jawatankuasa Tatatertib FAM bersidang dan semua Exco persatuan juga dilarang memberi se- barang komen sebelum keputusan dibuat oleh FAM," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menja- wab surat yang telah diterima kepada FAM dan akan mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Tan Sri Abdul Razak berkata, pihaknya masih belum menetap- kan tarikh untuk bersidang, namun beliau difahamkan bahawa urus setia FAM telah menghantar surat pertuduhan kepada Wan Jamak.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzud- din Ahmad turut mengesahkan bahawa pi- haknya telah menghantar surat pertu- du- han kepada KFA dan Wan Jamak, namun masih belum menerima sebarang jawapan daripada kedua-dua pihak.

"Saya tidak boleh memberi sebarang komen sehingga Wan Jamak menjawab surat pertuduhan tersebut," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penduduk ketujuh bilion dirai

Posted:

Penduduk ketujuh bilion dirai

Penduduk ketujuh bilion dirai

Reuters
MARINA NIKOLAEVA mendukung anaknya,
Pytor yang dipilih secara simbolik sebagai penduduk ketujuh bilion di sebuah pusat perubatan di Kaliningrad, Rusia semalam.


MANILA -Empat bayi yang dilahirkan di India, Filipina dan Rusia semalam dipilih sebagai simbolik penduduk dunia yang ketujuh bilion.

Pemilihan itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan jumlah penduduk dunia akan menjadi tujuh bilion semalam.

Di negeri Uttar Pradesh, seorang bayi, Nargis dipilih secara simbolik oleh Lembaga Perancangan India sebagai penduduk dunia ketujuh bilion.

Pemilihan itu dibuat bagi mengetengahkan masalah pengguguran bayi perempuan di India.


AP
SETIAUSAHA Lembaga Perancangan India, Arti Kirloskar menyampaikan sijil kelahiran kepada ibu bayi Nargis yang dipilih secara simbolik sebagai penduduk ketujuh bilion di Mall, India semalam.


Sebanyak tujuh juta janin perempuan dianggarkan telah digugurkan kerana dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi berbanding janin lelaki.

Di Filipina, bayi seberat 2.5 kilogram yang dinamakan Danica May Camacho dililih secara simbolik sebagai penduduk dunia ketujuh bilion.

Bayi itu dilahirkan dua minit selepas tengah malam kelmarin.

Kelahirannya di bilik bersalin Hospital Memorial Jose Fabella di sini mendapat liputan meluas pihak media.

"Bayi ini kelihatan sangat comel," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya.

"Saya tidak percaya bahawa dia ialah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya.

Bayi berkenaan merupakan anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho.


AP
BAYI DANICA CAMACHO didukung oleh ibunya, Camille semasa bapa bayi itu, Florante Galura membawa kek selepas anaknya dipilih secara simbolik sebagai penduduk ketujuh bilion dunia di Hospital Fabella, Manila semalam.


Pasangan itu bersama bayi berkenaan turut diraikan para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk biasiswa pendidikan bagi bayi tersebut dan satu pakej bagi membolehkan pasangan itu memulakan perniagaan runcit.

Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bayi keenam bilion di dunia pada 1999.

Seorang bayi bernama Pyotr yang dilahirkan pada pukul 0002 semalam di pelabuhan Kaliningrad, Rusia turut dipilih secara simbolik sebagai penduduk yang ketujuh bilion.

Pemilihan itu turut disahkan oleh perwakilan PBB dalam satu majlis memberikan sijil kepada bayi berkenaan yang dilahirkan oleh ibunya, Marina Nikolaeva.

Namun, di bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, seorang bayi lelaki bernama Aleksandr didakwa sebagai penduduk ketujuh bilion kerana dia dilahirkan pada pukul 0019 pagi semalam, menurut agensi berita Interfax.

Semua majlis itu hanyalah simbolik sahaja kerana tiada kaedah statistik untuk mengesahkan bayi yang manakah di dunia yang sebenarnya penduduk ketujuh bilion dunia. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Gaddafi memang mahu mati di Libya

Posted:

Gaddafi memang mahu mati di Libya

Gaddafi memang mahu mati di Libya

MISRATA - Tertekan dan bimbang, bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu mati di Libya daripada berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata salah seorang konconya.

Full content generated by Get Full RSS.

Honduras jadi pusat seludup kokain di Amerika Selatan

Posted:

Honduras jadi pusat seludup kokain di Amerika Selatan

Honduras jadi pusat seludup kokain di Amerika Selatan

TEGUCIGALPA, Honduras - Honduras kini menjadi pusat penyeludupan sekali gus laluan transit kokain paling utama di rantau Amerika Selatan.

"Honduras ialah tempat menyimpan kokain nombor satu kepada penyeludup-penyeludup sebelum dadah tersebut dibawa ke Amerika Syarikat (AS) melalui Mexico," kata seorang penguat kuasa AS.

Menurutnya, pada setiap bulan, dianggarkan 20 hingga 25 tan kokain dilambak di kawasan pedalaman Honduras yang dipenuhi hutan rimba.

Kebanyakan kokain itu katanya, tiba di Honduras melalui pengangkutan laut seperti bot laju, bot nelayan malah, ada yang diseludup dengan menggunakan kapal selam separa buatan sendiri.

Kegiatan tersebut juga sukar dibendung kerana mendapat sokongan rakyat tempatan ekoran kekurangan peluang pekerjaan di negara itu. - AP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


27 rumah di Yan rosak akibat ribut

Posted:

27 rumah di Yan rosak akibat ribut

27 rumah di Yan rosak akibat ribut

01/11/2011 7:58pm

ALOR SETAR – Sebanyak 27 rumah di Kampung Kuala Sedaka di Yan dekat sini rosak teruk akibat dilanda ribut yang berlaku dua hari berturut-turut mulai Ahad.

Che Tom Sahar, 73, yang berada di rumah bersama anaknya Rahim Omar, 37, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang Ahad dan ketika itu dia sedang berbaring di ruang tamu.

"Hujan turun dengan lebat dan angin kuat. Guruh dan petir tak berhenti-henti. Tiba-tiba bumbung dapur dan bumbung rumah atas terangkat dan diterbangkan angin.

"Anak mak cik (Rahim) mai angkat mak cik lindung di bawah para dapur," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.

Che Tom berkata, ia merupakan kejadian kedua seumpamanya selepas yang pertama lapan tahun lepas.

Pegawai JKM Daerah Yan, Roslan Ishak, ketika dihubungi berkata, pihaknya telah membuat bancian dan mendapati majoriti daripada 27 rumah yang terlibat mengalami kerosakan pada bumbung. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga blok kilang polistirena terselamat

Posted:

Tiga blok kilang polistirena terselamat

Tiga blok kilang polistirena terselamat

01/11/2011 7:56pm

KUALA LUMPUR – Tindakan pantas anggota bomba telah menyelamatkan tiga blok bangunan sebuah kilang polistirena di Taman Sains Kota Damansara di sini daripada terbakar.

Bagaimanapun, kebakaran tengah hari itu memusnahkan sebuah blok daripada deretan empat blok bangunan di kilang berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, hasil panggilan daripada orang awam pada 12.26 tengah hari, 17 anggota bersama tiga pegawai dari Sungai Buloh dan Damansara dapat mengawal kebakaran dalam masa tidak sampai 20 minit.

"Ketika kebakaran, sekurang-kurangnya 30 pekerja berada di dalam kilang itu tetapi mereka sempat menyelamatkan diri," katanya.

Mohamad Sani berkata, punca kebakaran masih disiasat. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Putera Andrew rasmi NUMed Malaysia

Posted:

Putera Andrew rasmi NUMed Malaysia

Putera Andrew rasmi NUMed Malaysia

01/11/2011 7:48pm

NUSAJAYA – Putera Andrew hari ini merasmikan pembukaan kampus Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) di Educity di sini.

Dalam ucapan ringkasnya, Duke of York itu berkata, pembukaan kampus berkenaan akan menjadi galakan kepada pelajar jurusan perubatan di seluruh dunia untuk memilih belajar di institusi itu.

Turut hadir pada majlis berkenaan Canselor Universiti Newcastle Sir Liam Donaldson.

Kira-kira 80 pelajar perubatan sedang mengikuti pengajian selama lima tahun bermula September lalu di kampus berkenaan.

Pihak universiti menyasarkan pengambilan penuntutnya kepada seramai 900 orang menjelang 2017.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam ucapannya pula berkata, pembukaan universiti itu mampu menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai doktor bagi memenuhi keperluan negara selain membantu meningkatkan tahap kesihatan rakyat. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fasha bukan orang ketiga

Posted:

Fasha bukan orang ketiga

Fasha bukan orang ketiga

Johan tidak menyalahkan Izreen berikutan kontroversi yang melanda diri mereka berdua saat ini.


PERTEMUAN yang diaturkan dalam satu sesi fotografi baru-baru ini secara kebetulan telah mempertemukan dua bintang baru Izreen Azminda Aznam, 26, dan Johan Ariff Asaari, 25 yang mana mereka kini dilanda kontroversi cinta membabitkan aktres Fasha Sandha.

Hubungan mesra dan foto-foto berdua Johan dan gandingannya dalam drama popular Cinta Elysa, aktres terkenal Fasha Sandha didakwa menjadi punca hubungan cinta Johan dan Izreen retak.

Enggan sebenarnya untuk digandingkan bersama dalam foto pada mulanya, namun atas dasar profesional, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk memenuhi permintaan Kosmo! meskipun air muka kedua-duanya jelas membuktikan hubungan dingin antara mereka.

Tidak banyak berbicara ketika sesi fotografi berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini, baik Izreen mahupun Johan tidak mahu konflik yang berlaku antara mereka dipanjangkan kerana mereka sedar industri hiburan tempatan tidak sebesar mana.

Izreen ternyata tetap dengan pendiriannya yang mendakwa dia dan Johan merupakan pasangan kekasih sejak bulan Mei tahun ini.

Sebaliknya pula dengan Johan yang sehingga kini, tidak mengaku pernah bercinta dengan Izreen tetapi hanya mengaku mereka sekadar teman rapat. Ikuti temu bual eksklusif mereka bersama Kosmo!.

Tidak mahu besarkan isu – Johan

KOSMO!: Adakah ini kali pertama Izreen dan Johan berjumpa selepas kenyataan balas antara kalian?

Johan: Sebelum ini kami ada juga berjumpa untuk sesi fotografi sebuah majalah. Saya tidak ada masalah dengannya meskipun selepas dia memberikan kenyataan pada pihak media.

Jika tidak ada masalah, kenapa hubungan yang dulunya rapat kini menjadi regang?

Johan: Saya akui saya memang pernah berkawan rapat dengannya kerana kami terlibat dalam drama Juvana, itu sahaja. Semua orang ada sejarah masing-masing tidak terkecuali saya. Bagi saya tidak perlu bercerita panjang lebar mengenai hal ini kerana sekarang kita harus memandang ke hadapan bukannya ke belakang.

Johan salahkan Izreen atas kelantangannya bersuara mengenai hal kalian?

Johan: Saya tidak pernah salahkan sesiapa dalam hal ini. Lebih baik saya berdiam diri, jika kami sama-sama bersuara dan berbalas antara satu sama lain, pada akhirnya kami berdua juga akan kelihatan bodoh dan tiada siapa juga akan menang.

Mungkinkah gosip cinta antara Johan dan Fasha menjadi punca hubungan kalian regang?

Johan: Saya anggap Fasha hanya sebagai pelakon senior dan menghormatinya. Dia juga banyak mengajar saya untuk menjadi seorang pelakon yang baik kerana dia mempunyai lebih pengalaman daripada saya, tidak lebih daripada itu.

Apa pandangan Johan terhadap kontroversi cinta ini kerana tidak secara langsung ia mempopularkan Johan.

Johan: Biarlah ia bertitik noktah di sini. Saya sebagai manusia biasa, hanya reda kepada Allah dan saya tidak pernah mulakan serta tidak pernah ciptakan apa-apa pun. Tiba-tiba saya boleh ada pengalaman dan di dalam tahap begini. Namun, saya anggap ini merupakan pengalaman kehidupan sebagai seorang pelakon dan saya reda. Apa pun saya akan cuba buat yang terbaik sebagai seorang pelakon.

Adakah disebabkan kontroversi ini, Johan dan Izreen sudah tidak bertegur sapa?

Johan: Saya akan tetap mendoakan setiap rakan-rakan saya mencapai yang terbaik di dalam kerjaya masing-masing termasuklah Izreen sendiri. Saya tidak pernah anggap Izreen sebagai musuh saya dan saya anggap ini adalah ujian daripada Allah. Mungkin kali ini yang terkena ujian tersebut adalah saya dan saya tidak perlu salahkan dia (Izreen) kerana dia juga manusia. Saya juga ada salah kerana saya juga manusia, saya telah memaafkannya dan saya tidak pernah anggap dia musuh saya.

Adakah sejak kontroversi ini timbul Johan dan Izreen masih berhubung antara satu sama lain?

Johan: Tidak pernah.

Andai kalian disatukan dalam drama, adakah Johan menerimanya?

Johan: Saya terima, Insya-Allah kerana bagi saya seorang pelakon perlu bersikap profesional dan jangan disebabkan sejarah lama mahupun perkara-perkara sebegini terus tidak mahu berlakon atau sebagainya. Mungkin dengan bekerjasama, kami akan mendapat persefahaman baharu.

Jangan tabur janji palsu – Izreen

KOSMO!: Adakah kalian memang benar-benar bercinta?

Izreen: Ya, memang kami bercinta sebenarnya, saya pun telah beberapa kali beri kenyataan jelas pada pihak media. Kami berkenalan pada bulan Mac kerana terlibat dalam penggambaran drama bersiri Juvana dan mula bercinta pada Mei 2011.

Bagaimanapun, Johan tidak pernah mengaku memiliki hubungan cinta dengan Izreen. Siapa yang betul sebenarnya?

Izreen: Saya rasa saya tidak perlu ulas lagi, apa yang saya tahu, saya ada bukti, malah rakan-rakan saya dan dia semuanya tahu mengenai hubungan kami. Dia tidak mahu mengaku, mungkin sekarang namanya sedang naik dan menganggap mempunyai komitmen satu halangan buatnya. Saya tidak paksa. Biarlah apa yang terjadi antara kami, hanya kami berdua sahaja yang tahu.

Sejauh mana hubungan kalian?

Izreen: Macam pasangan bercinta yang lain, dia ada membawa saya berjumpa dengan keluarganya dan dia pernah cakap sebelum ini dia tidak pernah bawa mana-mana wanita bertemu ibu bapanya. Sebagai seorang wanita, ketika itu saya rasa, dia benar-benar serius dengan saya. Saya pun ada bawa dia balik bertemu dengan keluarga saya di Jitra, Kedah.

Sejak bila hubungan kalian retak?

Izreen: Sejak dia berlakon drama Cinta Elysa, saya pun tidak tahu apa masalahnya. Awal-awal penggambaran semua seperti biasa, malah, saya sempat berbuka puasa dengannya di set penggambaran sebelum ini. Tetapi pada pertengahan penggambaran, semakin sukar untuk saya hubungi dia. Selesai sahaja penggambaran drama itu, baru dia hubungi saya itu pun sekali sahaja.

Adakah Izreen masih sayangkan Johan dan mungkinkah cinta akan bertaut kembali?

Izreen: Sekarang ini saya hanya anggap dia sebagai kawan sahaja, harapan antara kami, memang tidak ada langsung.

Tidakkah keberanian Izreen mengeluarkan kenyataan memakan diri sendiri?

Izreen: Saya akui mula-mula saya keluarkan kenyataan, saya terlalu ikut emosi tanpa berfikir baik dan buruknya. Selepas itu, ramai yang hentam saya dan kata saya mencari publisiti murahan. Sejak itu ramai yang pandang serong terhadap saya, kenyataan saya hari ini adalah untuk membersihkan nama saya sahaja.

Bersedia andai mendapat tawaran berlakon bersama?

Izreen: Sebagai pelakon saya profesional, saya okey sahaja kalau diminta berlakon bersamanya. Saya sudah tutup buku apa yang terjadi antara kami.

Sepanjang lima tahun terlibat dalam industri seni, adakah ini ujian terbesar kamu?

Izreen: Selama ini saya tidak pernah terlibat dalam sebarang konflik seperti ini, ini yang pertama kali dan pengajaran buat saya supaya tidak mudah percaya dengan janji manis lelaki. Saya anggap kami tidak ada jodoh.

Kata-kata terakhir Izreen buat Johan

Izreen: Andai dia bertemu dengan wanita yang benar-benar dia suka, kalau boleh kahwin sahaja terus, jangan beri harapan palsu pada wanita. Ini satu pengajaran juga untuk dia. Sebagai sahabat, saya sentiasa menyokong dia kerana bagi saya dia seorang pelakon yang berbakat besar.

Full content generated by Get Full RSS.

Clever 2 lebih menarik

Posted:

Clever 2 lebih menarik

Clever 2 lebih menarik

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


RAVI (empat dari kanan) pada sidang akhbar Clever! musim kedua baru-baru ini.


SEBAGAI penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, menggunakan slogan 'Macam-macam Ada', Astro mengekalkan momentum dengan menyediakan pelbagai jenis saluran bukan sahaja hiburan, sukan dan muzik malah termasuk pendidikan.

Khusus buat penonton yang meminati bidang sains, rancangan Clever! edisi Malaysia sangai sesuai ditonton kerana ia bukan sahaja sesuai untuk pelajar sekolah namun semua peringkat umur.

Menerusi program terbitan ini, penonton boleh belajar dan mengetahui lebih banyak mengenai sains dan eksperimen yang akan membuatkan anda teruja dengan hasil kajian yang dilakukan.

Setelah berjaya mendapat sambutan luar biasa di musim pertama, Clever! di musim kedua kini kembali dan apa yang menarik, program ini masih lagi mengekalkan dua orang hosnya, Aznil Nawawi dan Rafidah Abdullah.

Produksi musim kedua ini memperkukuhkan komitmen Astro dalam menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan warga muda Malaysia dengan menggabungkan aspek pendidikan dan elemen hiburan.

"Kami mengekalkan semangat yang sama seperti musim pertama yang mana ia bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari dan memahami sains menerusi format persembahan yang menghiburkan lagi menarik.

"Musim ini, Clever! akan membawakan pengalaman lebih meluas dan lebih seronok bagi menarik perhatian pelajar merangsang minda mereka untuk mecetuskan logik akal dan kreativiti," jelas Ketua Pendidikan Astro, Ravi Gopal semasa sidang akhbar yang diadakan di Restoran Delicious, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, beberapa selebriti tempatan akan dijemput bagi sama-sama menguji pengetahuan saintifik pada diri mereka dengan berganding bersama peserta yang merupakan pelajar sekolah sebagai sebuah pasukan. Antara selebriti yang membuat penampilan istimewa dalam Clever! 2 termasuklah Zizan, Johan dan Nabil Raja Lawak, Jaclyn Victor, Ana Raffali, Sarimah Ibrahim, Diana Danielle dan Didie Alias.

Selain itu, bagi mereka yang mahukan pengalaman langsung mengenai dunia sains, Karnival Sains Clever! yang diadakan di banyak lokasi akan dibuka secara percuma kepada orang awam.

Bagi penonton yang ketinggalan dan ingin menonton episod Clever! dan ingin mendalami pemahaman sains mereka, sila lawat laman web Clever! di www.astro.com. my/clever.

Jangan ketinggalan menonton episod baharu musim baharu Clever! yang akan ke udara setiap Sabtu pada pukul 1.30 petang mulai 22 Oktober lepas di saluran Astro TVIQ (saluran 610).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved