Ahad, 30 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Nisa, Jamilah, Ikhwal popularkan Malaysia

Posted:

Nisa, Jamilah, Ikhwal popularkan Malaysia

Nisa, Jamilah, Ikhwal popularkan Malaysia

NISA ADDINA MOHAMAD TAUFIK, 15, antara bakat muda yang mengharumkan nama negara dalam pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Pemain biola kelahiran Kuching, Sarawak itu gembira kerana berjaya membawa kemenangan utama menerusi pertandingan seni persembahan yang disertai lebih 40 buah negara.

Mewakili negara dalam kategori Junior Instrumental, remaja yang mesra disapa Nisa itu mengungguli tiga pingat emas dalam genre asal, klasikal dan kontemporari dan pingat perak bagi kategori genre terbuka.

"Saya turut memenangi Juara Keseluruhan Dunia untuk kategori instrumental klasikal dan kontemporari. Syukur, segala usaha yang dilakukan membuahkan hasil.

"Sewaktu berada di atas pentas, dada berdegup kencang manakala tangan menggigil-gigil. Debaran bertanding 10 kali ganda menakutkan berbanding melakukan persembahan biasa dan sesi latihan. Maklumlah, ini pengalaman pertama saya beraksi di pentas dunia," jelas Nisa yang mengutip pengalaman berharga sepanjang berada di Los Angeles.

Alunan biola

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang, Kuching itu berpeluang menjalani sesi latihan bersama Dorian Holley, pemuzik yang pernah bekerjasama dengan Raja Pop Dunia, Michael Jackson. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin kerana Nisa memasang impian untuk berjaya dalam bidang muzik seperti penyanyi hip hop AS, Eminem dan bintang pop Jepun, Utada Hikaru.

Nisa yang bermain biola klasik dan elektrik menjelaskan, dia mula bermain biola pada umurnya tujuh tahun. Pada waktu itu, dia sedang menghadiri kelas piano dan terlihat seorang pemuda begitu asyik menggesek biola. Alunan muzik yang merdu dan reka bentuk biola yang cantik telah menarik minat Nisa untuk bermain alat muzik berkenaan.

"Melihat kesungguhan saya yang mahu bermain biola, ibu menghantar saya ke kelas biola kendalian Marcus Leong dan ahli Orkestra Simfoni Negeri Sarawak (SONS). Pada mulanya, kehadiran saya tidak terlalu menonjol kerana saya pemalu dan merupakan pelajar yang paling muda.


JAMILAH kini tampil dengan album pertama Keroncong Jamilah yang mengandungi 12 buah lagu keroncong.


"Tetapi lama-kelamaan, saya berubah kerana kita perlu berani dan pantas bertindak. Kini, saya semakin selesa dengan muzik biola dan sentiasa menerima undangan persembahan daripada pelbagai pihak dan organisasi," jelas pencinta rona biru itu yang gemar membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuching Bornei (BCCK). Alasannya ringkas, Nisa menggemari suasana dewan yang selesa dan sistem bunyinya.

Seorang lagi permata negara berbakat besar, Jamilah Abu Bakar, 16, mula memperkenalkan muzik tradisional Malaysia di mata dunia sejak usia 12 tahun. Memiliki vokal yang lunak merdu ketika menyanyikan lagu-lagu asli antara faktor utama Jamilah dipilih mewakili negara ke Festival Kanak-Kanak Antarabangsa 2007 yang berlangsung di Turki.

"Itulah pengalaman pertama saya melakukan persembahan di luar negara. Paling menyedihkan pemergian saya ke sana tidak ditemani ibu atau bapa. Mula-mula sukar untuk membiasakan diri apatah lagi berhadapan dengan musim sejuk di Turki.

"Namun, memikirkan tanggungjawab yang digalas demi Malaysia, pada hari persembahan saya berusaha lakukan yang terbaik supaya masyarakat di luar sana dapat menghargai keistimewaan muzik tradisional kita," jelas Jamilah yang menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Cindai, pada festival berkenaan.

Keroncong Jamilah

Menyingkap titik permulaan Jamilah dalam bidang seni tradisional terutamanya keroncong, anak ketujuh daripada sembilan beradik itu menyatakan semuanya bermula sejak enam tahun lalu.

Disebabkan selalu melakukan persembahan nyanyian pada majlis anjuran sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Bukit Teratai, Ampang, Kuala Lumpur, salah seorang gurunya telah memilih Jamilah mewakili sekolah ke Pertandingan Keroncong Remaja peringkat negeri Selangor.

Malangnya, pada hari pertandingan itu, Jamilah tidak dibenarkan bertanding kerana belum cukup umur. Namun dia tetap diberi peluang menyanyi selaku penyanyi jemputan. Bertitik tolak daripada episod itulah, Jamilah yang berkebolehan mengalunkan lagu keroncong dengan baik menambah hati Abdullah Jufri iaitu salah seorang juri profesional pada pertandingan keroncong tersebut.

Lebih membanggakan, bakat nyanyian keroncong Johan Bintang Kecil Selangor 2007 dan Johan Karaoke Terbuka Tahun Melawat Malaysia 2007 itu turut diasuh oleh nama-nama besar dalam muzik keroncong. Antaranya, Allahyarham Wawang Wijaya, 64, komposer keroncong terkenal dari Indonesia.

"Wawang. guru keroncong terbaik. Dia tidak lokek ilmu malah sentiasa mengajar dan mengasah anak-anak didiknya menyanyikan lagu irama keroncong dengan betul. Muzik keroncong perlu diberi penekanan pada aspek lenggok dan patah kata.


NISA berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam pertandingan WCOPA 2011 yang berlangsung di Los Angeles.


"Walaupun hanya sempat menuntut selama tiga tahun bersama Wawang, sehingga ke hari ini kata-katanya masih tersemat di jiwa saya. Wawang menasihati saya agar menyanyikan lagu keroncong dengan hati yang ikhlas dan jangan sesekali pedulikan sindiran sinis orang sekeliling yang cuba memperlekehkan kita," jelas Jamilah yang pernah terlibat dalam persembahan Keroncong Kasih-Menyusur Zaman di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) anjuran Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP).

Namun cinta Jamilah terhadap muzik keroncong semakin mendalam meskipun selepas Wawang sudah tiada. Enggan membiarkan kecintaan itu lenyap begitu saja, kini dia menuntut ilmu irama keroncong bersama penggiat keroncong tempatan, Mahzan Manan, 77, dan pada masa yang sama meningkatkan mutu vokal di dalam kelas kelolaan, Siti Hajar.

Lebih mengujakan kecintaannya pada irama keroncong diterjemahkan dalam album Keroncong Jamilah yang mengandungi 12 buah lagu keroncong.

Studio mini

"Seronok sepanjang menyiapkan proses album ini kerana saya benar-benar menghayati lirik lagu keroncong yang amat puitis dan romantik. Apatah lagi, ia didendangkan bersama alunan irama mengasyikkan," jelas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang yang pernah memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, ibu Jamilah, Kamariah Che Soh, 46, yang menguruskan aktiviti Jamilah memberitahu dia dan suaminya, Abu Bakar Ismail, 57, amat menyokong perjalanan seni anak gadisnya itu.

Bagaimanapun, Kamariah sentiasa memastikan Jamilah membahagikan masa antara nyanyian dan pelajaran dengan betul kerana pada tahun depan dia bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lazimnya, selepas pulang dari sekolah dia menumpukan sepenuh perhatian pada sesi ulang kaji dan menyiapkan kerja sekolah.

Tepat pukul 6 petang dia berlatih menyanyi di studio mini bersama bapanya di rumah. Latihan yang konsisten membantu Jamilah menghafal lagu dan membetulkan lenggok, sebelum melakukan persembahan pada setiap hujung minggu.

Tambah Kamariah: "Di rumah, Jamilah tak banyak cakap dan pemalu tetapi sebaik saja berada di atas pentas, dia bertukar menjadi individu yang bersahaja dan ramah berkomunikasi dengan penonton."

Full content generated by Get Full RSS.

Koirala penyelamat gadis hamba seks

Posted:

Koirala penyelamat gadis hamba seks

Koirala penyelamat gadis hamba seks


MAITI NEPAL kini dikatakan sudah menyelamatkan lebih 10,000 gadis daripada lembah pelacuran.


DENGAN penampilan sederhana, seorang wanita berusia 62 tahun ini mungkin kelihatan seperti seorang pesara tetapi, bagi ribuan gadis Nepal yang telah diselamatkannya daripada kancah penghambaan seks, dia digelar sebagai penyelamat.

Anuradha Koirala meninggalkan kerjaya sebagai guru 18 tahun lalu dan mengabdikan hidupnya untuk melancarkan perang ke atas pengedar-pengedar dadah yang menyeludup wanita dan kanak-kanak ke rumah-rumah pelacuran di India. Mangsa akan diserang, dirogol dan dibiarkan kelaparan.

Bermula dengan membina sebuah rumah yang selamat di Kathmandu dan melakukan penyamaran yang menyebabkan serbuan di rumah pelacuran di Mumbai, Koirala memberitahu, dia telah menolong lebih 10,000 mangsa kekejaman dunia gelap yang menyaksikan mereka didagangkan setiap hari merentasi sempadan.

"Saya berharap masanya akan tiba di mana saya tidak perlu lagi menjaga mangsa-mangsa tersebut. Saya mahu semua ini berakhir," katanya.

Dianggarkan kira-kira 12,000 gadis Nepal didagangkan setiap tahun, terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai pekerjaan, miskin, mangsa diskriminasi jantina dan mangsa pemberontakan 10 tahun Parti Komunis Nepal (Maoist) yang merosakkan ekonomi dan kehidupan.

Beberapa anggaran turut menambah jumlah mereka yang terperangkap dalam industri pelacuran India kepada 200,000 mangsa, manakala organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan Mumbai melaporkan bahawa 40 peratus daripada mangsa yang diselamatkan adalah gadis-gadis Nepal.

Koirala membuat keputusan bahawa kesengsaraan itu mesti dihentikan. Justeru, pada tahun 1993 dia menubuhkan sebuah rumah perlindungan yang dinamakan sebagai Maiti Nepal diambil daripada perkataan Nepal.

Pada bulan Ogos 1999 dia mengambil risiko untuk mengembara ke jalan-jalan paling terkenal di Mumbai. Di situ gadis-gadis bawah umur dipaksa pemilik rumah pelacuran untuk menjual tubuh mereka kepada pelanggan tempatan, ahli perniagaan dan pelancong seks.

Adegan ganas

Di Kamathipura, sebuah daerah di bandar berkenaan, dia menyamar menjadi seorang peminat dalam kalangan ahli rombongan mendiang Sunil Dutt yang terkenal dengan kerja-kerja sosialnya melawat rumah-rumah pelacuran dan berbual dengan pekerja-pekerja seks.

Tetapi penyamarannya gagal dan lawatan tersebut bertukar menjadi adegan ganas.

"Proses menyelamat itu agak aneh. Majoriti pemilik rumah pelacuran itu rupa-rupanya adalah wanita Nepal yang dahulu pernah menjadi mangsa," katanya.

"Mereka menjadi ganas dan mula membaling kasut dan peralatan dapur dibantu pembantu-pembantu mereka kepada kami. Mereka juga cuba menyorokkan gadis-gadis berkenaan.


GADIS-GADIS yang diselamatkan diberi pendidikan dan kemahiran dalam memastikan survival mereka di luar.


"Kebanyakan mereka adalah gadis-gadis bawah umur, malah ada di antaranya berusia lingkungan 12 tahun dan disimpan di dalam bilik yang sempit sehingga sukar untuk bernafas," tambahnya.

Koirala, ibu kepada seorang anak itu membina Maiti Nepal di Kathmandu selepas berjumpa dengan sejumlah mangsa yang tidak berumah akibat keganasan rumah tangga.

Dia melancarkan rangkaian yang mengupah wanita-wanita berkenaan untuk menjual rokok, coklat dan snek menggunakan dulang buluh yang ditenun dan menyewa sebuah rumah untuk melindungi sebanyak 80 orang anak-anak mangsa.

Kerja-kerja Koirala kini berkembang ke pinggir-pinggir bandar sekitar Kathmandu, di mana perdagangan seks berusia seabad itu berkembang.

Lelaki muda dan pertengahan umur memerangkap gadis-gadis miskin dan tidak bekerja untuk mengahwini mereka dengan janji mencarikan pekerjaan di bandar, tetapi akhirnya menjual pengantin muda berkenaan di rumah pelacuran di India.

"Mereka selalunya menemui diri mereka di sebuah tempat yang asing di mana bahasa yang tidak difahami menjadi perbualan dan bermulalah penderitaan mereka," kata Koirala.

Seorang mangsa berusia 16 tahun yang identitinya dilindungi serta berpindah bersama keluarganya ke utara India pernah didagangkan sebagai hamba seks oleh seorang lelaki berusia 22 tahun yang berjanji mencarikannya pekerjaan di Mumbai.

"Sekiranya saya tidak melakukan seks dengan pelanggan, mereka tidak memberi saya makan dan menyeksa saya selama berjam-jam," katanya.

Perhatian dunia

Selama 10 bulan hidupnya seperti di neraka sehinggalah dia diselamatkan dari rumah pelacuran selepas serbuan oleh Maiti Nepal dan polis tempatan dua tahun lalu. Gadis itu yang kini menyambung pelajaran di sekolah yang dibangunkan Maiti Nepal menganggap Koirala sebagai penyelamatnya.

"Saya tidak pernah membayangkan dapat keluar dari neraka itu. Saya menjalani hidup baharu yang tidak mungkin saya miliki tanpanya. Saya bersyukur kerana dapat merasai kasih sayangnya. Kini, dia seperti ibu kepada saya," katanya.

Maiti Nepal, yang kini mempunyai semakin ramai penaung termasuk aktres Joanna Lumley dan Demi Moore menjadi perhatian media dunia selepas Putera Charles melakukan lawatan pada tahun 1998 dan menyumbangkan lebih daripada AS$100,000 (RM312,600) daripada hasil jualan lukisannya.

Ia kini berkembang menjadi sebuah kompleks yang menempatkan pejabat, rumah perlindungan dan sekolah. Koirala yang merupakan penerima anugerah Hero CNN tahun lalu percaya bahawa perjuangan menentang penghambaan seks adalah lebih penting kini.

"Kini, gadis-gadis didagangkan ke Asia Barat. Pemerdagangan dalam negara juga semakin meningkat membabitkan gadis-gadis kampung yang terjebak dalam industri seks Kathmandu," katanya.

Koirala memberitahu, penutupan pusat perlindungan berkenaan adalah sasarannya.

"Saya melakukan ini bukan kerana sudah penat dengan kerja-kerja kebajikan, sebaliknya kerana saya tidak mahu masalah ini berterusan selamanya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Graduan sulung Kolej Kejururawatan dan Sains Nilam

Posted:

Graduan sulung Kolej Kejururawatan dan Sains Nilam

Graduan sulung Kolej Kejururawatan dan Sains Nilam


SEBAHAGIAN daripada graduan yang menerima Diploma Kejururawatan dari Kolej Kejururawatan dan Sains Nilam di Melaka baru-baru ini.


GEMBIRA. Seramai 227 graduan dari Kolej Kejururawatan dan Sains Nilam telah menerima diploma pada majlis konvokesyen kolej itu di Melaka baru-baru ini.

Kesemua mereka merupakan graduan sulung yang menamatkan pengajian di kolej tersebut sejak ia ditubuhkan pada tahun 2006.

Para graduan telah menerima diploma masing-masing daripada Penasihat Nilam Healthcare Education Sdn. Bhd., Datuk Dr. Abdul Latiff Awang.

Full content generated by Get Full RSS.

Keluarga miliki anak autisme berhimpun

Posted:

Keluarga miliki anak autisme berhimpun

Keluarga miliki anak autisme berhimpun


KELUARGA yang memiliki anak autisme bergambar pada pertemuan di Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KONGSI PENGALAMAN. Buat julung-julung kalinya, kira-kira 50 ibu bapa kepada anak yang menghidap autisme di sekitar Lembah Klang berkumpul pada satu pertemuan yang diadakan di Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Autisme Malaysia, Zambri Tembol berkata, pertemuan itu diadakan selepas beliau menubuhkan kumpulan sokongan itu untuk bertukar-tukar maklumat mengenai perkembangan anak masing-masing.

"Pertemuan yang buat pertama kali diadakan ini juga menjadi platform berguna kepada ibu bapa yang mempunyai pengalaman peribadi dan berkongsi sesama mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemenang Kempen Festive Reward terima hadiah

Posted:

Pemenang Kempen Festive Reward terima hadiah

Pemenang Kempen Festive Reward terima hadiah


MOHAMAD SIDIK (lima dari kanan) bergambar bersama pemenang Kempen Festive Reward TM pada program Jom Broadband @ TM di Alor Setar baru-baru ini.


HABUAN. Para pemenang Kempen Festive Reward pada program Jom Broadband @ TM tersenyum lebar apabila menerima hadiah masing-masing di pekarangan Kompleks TM, Jalan Kolam Air, Alor Setar baru-baru ini.

Pertandingan itu telah diadakan selama sebulan bermula 1 hingga 31 Ogos lalu.

Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar Pemasaran Pengguna TM Kedah dan Perlis, Mohamad Sidik Md. Salleh.

Program itu bertujuan meningkatkan jumlah pelanggan jalur lebar TM dan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di negeri ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Gadis sunti mangsa buli hilang

Posted:

Gadis sunti mangsa buli hilang

Gadis sunti mangsa buli hilang

MUHD. ZUKI menunjukkan laporan polis manakala Siti Hajar memegang gambar Nur Ainina yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke sekolah di Lunas baru-baru ini.


KULIM – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas dekat sini pada Isnin lalu dipercayai tidak tahan dibuli serta diejek rakan-rakan semata-mata kerana dia lembam dan ketinggalan dalam pelajaran.

Misteri kehilangan Nur Ainina Adila Muhd. Zuki, itu bermula selepas ibu saudaranya, Rosnah Ahmad menghantar gadis itu ke sekolah dengan motosikal untuk sesi persekolahan petang.

Rosnah bagaimanapun mulai resah apabila mendapati anak buahnya itu masih tidak muncul selepas sesi persekolahan tamat petang hari kejadian.

"Dia (Rosnah) menunggu Nur Ainina sehingga 30 minit tetapi anak saya itu masih tidak muncul dari dalam kawasan sekolah," kata bapa pelajar itu, Muhd. Zuki Jahaya, 47, kepada pemberita di rumahnya di Kampung Perenggan, Lunas semalam.

Menurutnya, mereka diberitahu oleh beberapa kawan sekelas anaknya itu yang Nur Ainina sebenarnya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Sasaran 1,000 premis tercapai

Posted:

Sasaran 1,000 premis tercapai

Sasaran 1,000 premis tercapai


LEBIH ramai orang dapat menikmati sajian serendah RM2 apabila kedai menu rakyat 1Malaysia diperluaskan ke seluruh negara. – Gambar hiasan


BERA – Usaha meringankan beban rakyat dengan mewujudkan 1,000 Kedai Menu 1Malaysia (KM1M) sehingga hujung tahun ini sudah mencapai sasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,050 buah kedai telah terlibat dalam program KM1M sehingga kini.

"Kita bukan sahaja sudah melepasi sasaran itu (1,000 premis), malah sambutan daripada para peniaga juga menggalakkan.

"Sehingga bulan ini, terdapat 1,050 kedai menyertai kempen KM1M dan kita menjangkakan jumlah berkenaan meningkat kepada 1,200 kedai pada hujung tahun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan majlis penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Felda Rentam dekat sini semalam.

Program yang bermula Julai lalu itu membolehkan rakyat menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari berharga RM4 di premis-premis yang menyertai KM1M.

Ismail Sabri berpuas hati dengan sokongan yang diberikan para peniaga dalam usaha membantu kerajaan meringankan beban rakyat.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Wujudkan sistem rekod pembelian asid

Posted:

Wujudkan sistem rekod pembelian asid

Wujudkan sistem rekod pembelian asid

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) semalam mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu sistem bagi merekod butiran peribadi dalam prosedur jual beli asid.

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dengan adanya sistem tersebut pihak polis dapat mengesan penjenayah dengan mudah.

"Sekarang ini tidak perlu daftarkan nama, tidak perlu nyatakan sebab pembelian atau kegunaan untuk membeli asid serta cuka getah ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau mengulas cadangan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Khairun Aseh supaya kerajaan memperketatkan prosedur jual beli asid terutama cuka getah bagi mengelakkan jenayah simbah asid ini terus berlaku.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Imej baru Akma dan Azura

Posted:

Imej baru Akma dan Azura

Imej baru Akma dan Azura

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

KETAWA dan ramahnya masih sama. Hadir ke studio dalam persalinan kasual yang cukup ringkas dan bergaya dengan kasut ala penari balet. Cuma yang membezakan, Akma, 26, kini sudah bertudung litup.

Jika dia tidak menanggalkan cermin mata hitamnya itu pasti orang sekeliling akan tertanya-tanya, siapakah gadis tinggi lampai yang anggun dalam lilitan tudung persis Hana Tajima iaitu pereka dan ikon fesyen dari United Kingdom.

Akma atau nama asalnya Asiahtunakma Abdullah, merupakan penyanyi tempatan kelahiran program realiti Akademi Fantasia, musim ketiga (AF3).

Kemunculan Akma yang bertudung bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan sejak kebelakangan ini satu-persatu selebriti yang sedang mencipta nama di persada seni tanah air tampil dengan imej yang sama.

Persoalannya, adakah bertudung sudah dikategori sebagai salah satu trend fesyen atau dari sudut positif ia merupakan penghijrahan dan pengorbanan ikhlas seseorang itu untuk berubah?

"Tidak dinafikan, sesetengah individu memandang serong kepada kelompok selebriti yang mengambil keputusan untuk bertudung. Lebih menyedihkan mereka sanggup bertaruh untuk melihat pendirian seseorang artis itu bertudung.

"Bukankah lebih baik sekiranya masyarakat sekeliling berdoa dan terus memberi sokongan supaya kami mengekalkan imej sopan dan muslimah ini," jelas Akma ketika menggayakan jubah nuansa biru lembut koleksi Hurul Ain.

Pasang niat

Bicara wanita yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu, sejak tahun lalu dia sudah memasang niat untuk bertudung, namun hasrat murni berkenaan tercapai jua pada 13 Syawal lalu.


SETAKAT ini, Akma memiliki lebih 50 pasang sepatu yang dibeli secara talian.


Tambah anak keempat daripada enam adik-beradik itu, pada mulanya dia gusar sekiranya undangan nyanyian berkurangan gara-gara keputusannya memakai tudung. Tetapi, semakin dia mendekatkan diri kepada Tuhan semakin melimpah ruah rezekinya.

Acap kali menyentuh mengenai imej terbaharunya itu, Akma yang popular menerusi lagu Percaya Pada Cinta, sentiasa tersenyum. Bicara peminat sepatu itu lagi, paling mengujakan pantang mempunyai masa terluang dia tidak melepaskan pe luang mengunjungi Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur untuk membeli-belah tudung dan selendang.

"Saya tak cerewet dalam aspek jenama mahupun harga. Biasanya saya suka membeli selendang jenis likra atau satin kerana ia mudah dibentuk. Dari segi warna pula saya gemarkan warna-warna terang dan ceria kerana ia sesuai dengan usia remaja," jelas Akma yang suka mencuba pelbagai teknik lilitan tudung untuk disesuaikan dengan lokasi dan acara yang dihadiri.

Sementara itu, pembaca berita TV9, Norazura Abu Samah, 28, atau lebih mesra disapa Zura menyifatkan dia mengambil keputusan untuk memakai tudung selepas berhadapan dengan dua kejadian yang menakutkan.

Biarpun menyedari perubahan imejnya itu boleh menyebabkan dia kehilangan kerja tetapi wanita bersuara serak-serak basah itu reda dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

"Saya akui majikan sebelum ini kurang selesa jika staf memakai pakaian yang bertudung litup. Pada masa tersebut sukar untuk mencari kerja baharu tetapi saya nekad memakai tudung dan sanggup berhenti kerja.

"Bersyukur, selepas berhijab saya diberi peluang menyertai Pesona Nona kendalian TV3 iaitu sebuah program yang mencari bakat-bakat baharu dalam dunia pengacaraan," kata Zura yang murah dengan senyuman.

Detik menginsafkan

Bertitik tolak daripada episod itu dia semakin yakin bertudung kerana menyifatkan sehelai selendang yang menutup kepalanya itu bukan penghalang untuk dia mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.


IMEJ bertudung litup sedikitpun tidak menghalang Akma untuk terus aktif dalam bidang seni.


Malah, bekas pelajar Sekolah Menengah Puteri Wilayah, Kuala Lumpur itu berasa gembira kerana diterima pula berkhidmat sebagai pembaca berita di stesen TV9, meskipun bertudung.

Bercerita tentang detik yang menginsafkan sehingga mendorongnya memakai tudung, Zura yang masih bujang menyatakan dia pernah berhadapan dengan dua kejadian yang mencemaskan.

Empat tahun lalu, sewaktu menghadiri majlis kenduri-kendara di kampung halamannya di Pontian, Johor Bahru, Johor dia jatuh pengsan.

"Bayangkan, saya tiba-tiba rebah dan badan menggigil. Anak mata pula naik ke atas. Saudara-mara mula resah dan berusaha memulihkan saya dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran.

"Selang beberapa bulan ketika sibuk dengan aktiviti merewang untuk sebuah majlis perkahwinan sepupu di Kuala Lumpur, beberapa buah khemah dan pelamin roboh serta musnah akibat ribut. Ibu saya juga terjatuh dan kami hampir dipanah kilat," luah Zura yang menyifatkan sekiranya maut menjemputnya akibat terkena panahan petir itu, apakah amalan dan persediaan diri yang dibawa.

Rentetan dua insiden berkenaan membuka seribu hikmah buat graduan Diploma Pengajian Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), itu.

Tambah pencinta aksesori ini; "Usah teragak-agak untuk melakukan pengorbanan buat diri sendiri dan agama. Lagipun bertudung sememangnya dituntut agama.

"Siapa kata dengan bertudung kita tak boleh bergaya, padahal trend fesyen tudung terkini semakin banyak dan mengikut peredaran zaman.

Full content generated by Get Full RSS.

Ekspresi pakaian kreatif

Posted:

Ekspresi pakaian kreatif

Ekspresi pakaian kreatif

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my


RADZUAN RADZIWILL mempamerkan koleksi pakaiannya yang berasaskan batik warna-warna lembut.


SEJAK bulan Oktober 2011 sehingga Januari 2012, orang ramai dijemput hadir menyaksikan pameran pakaian kreatif yang dipamerkan di Galeri Petronas, Suria KLCC Kuala Lumpur.

Pameran yang bertemakan Irresistible Wear itu menyaksikan 48 karya hasil rekaan dan kreativiti 12 pereka fesyen serta tekstil berkaliber tanah air.

Pameran Irresistible Wear merupakan platform bagi penggiat seni fesyen tempatan mengekspresi pakaian unik, inovatif dan menawan yang memiliki elemen tersirat untuk diamati serta dinilai oleh para pengunjung.

Dalam pada itu, pada pameran berkenaan pengunjung tempatan mahupun antarabangsa berpeluang melihat ciri-ciri teknikal dan aspek perincian yang diselitkan pada setiap rekaan serta tekstil yang dihasilkan.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah, Galeri Petronas bukan sekadar galeri yang mengangkat kreativiti seni lukis malah turut berfungsi secara holistik ke arah pembangunan kepelbagaian seni buat masyarakat Malaysia.

"Pameran ini membolehkan kami memberi penghargaan, penghormatan dan galakan kepada para pereka fesyen dan seniman untuk terus berkarya.

"Paling penting, pameran ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengunjung tempatan dan antarabangsa mengenai seni fesyen tempatan," jelas Mohammad pada majlis pelancaran pameran Irresistible Wear yang dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.


PENGUNJUNG berpeluang melihat koleksi pakaian dan tekstil hasil rekaan pereka fesyen serta pereka tekstil profesional.


Pada majlis tersebut orang ramai berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen yang dihasilkan oleh empat pereka profesional seperti Datuk Radzuan Radziwill, Datin Sharifah Kirana, Faizal Abdul Hamid dan Eddie Yap. Menariknya, setiap rekaan yang ditonjolkan mengangkat keistimewaan lakaran batik yang halus dan eksklusif.

Mood ceria

Salah seorang pereka fesyen yang terlibat, Faizal, 40, menghasilkan empat pasang busana yang banyak bermain dengan rona hitam.

Namun koleksi fesyennya yang diberi nama Feminine Mystique itu diserikan dengan cantingan batik warna-warna terang bagi menyuntik mood ceria.


GAUN formal batik rekaan Datin Sharifah Kirana.


"Hitam itu elegan dan mempesonakan. Ia menggambarkan sisi sofistikasi dan keanggunan seseorang wanita itu apatah lagi setiap koleksi saya menampilkan potongan baju yang bercirikan puteri diraja zaman dahulu.

"Jika diperhatikan, meskipun puteri kepahlawanan Melayu tangkas bersilat tetapi mereka tetap menitikberatkan soal penampilan diri. Maka, dari situ lahirnya idea untuk menghasilkan pakaian yang menggabungkan konsep fesyen feminin dan berani," jelas Faizal ketika ditemui Stailo pada pameran tersebut.

Selain Faizal, pameran berkenaan turut menonjolkan karya seni rekaan Edric Ong, Adnan Hassan, Akma Suriati, Asliza Aris, Zainol Salleh, Eddie Yap, Fion Poon, Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon dan Abdul Hamid Hassan.

Full content generated by Get Full RSS.

Gincu teknologi True Vision

Posted:

Gincu teknologi True Vision

Gincu teknologi True Vision


LIPSTIK Pure Color didatangkan dalam warna terang dan lembut.


WANITA pasti jatuh cinta dengan gincu bibir ini. Setiap calitannya membantu menyerlahkan kecantikan dan kemekaran bibir."

Inilah ungkapan ringkas daripada Pengarah Mekap Kreatif Estee Lauder, Tom Pecheux, sewaktu memperkenalkan rangkaian gincu bibir terbaharu jenama Estee Lauder, Lipstik Pure Color.

Himpunan gincu bibir yang menggabungkan fesyen dan teknologi itu menggunakan dua formula tambahan yang membantu menyuntik lapisan bibir kelihatan moden.

Misalnya, formulasi teknologi True Vision menghasilkan warna terang dan pekat apabila dioles pada bibir. Pigmen-pigmen pekat yang bersalut dalam polimer kristal jernih itu pula membantu penampilan bibir lebih menawan.

Pada masa yang sama, bibir sentiasa lembap dalam tempoh yang lama kerana koleksi gincu berkenaan diperbuat daripada biji aprikot, mentega sayur (shea butter), vitamin C dan vitamin E.

Bagi memastikan bibir lembap dan tidak merekah, Lipstik Pure Color yang terdiri daripada dua edisi Lipstik Pure Color Long Lasting dan Lipstik Pure Color Crystal, turut hadir dalam palet pelbagai warna yang menjanjikan penampilan bibir menarik.

Ia ideal untuk merias wajah bagi acara formal, majlis minum petang, parti mahupun bersantai bersama teman pada hujung minggu. Paling mengujakan, lipstik yang dihasilkan daripada tenaga pakar itu dirumus khas bagi mengekalkan mutu warna dan kilauannya.

20 warna terang

Bagi golongan remaja dan wanita yang gemarkan stail funky dan ceria, koleksi gincu Lipstik Pure Color Long Lasting merupakan pilihan yang sesuai. Gincu tersebut didatangkan dalam 20 warna terang dan berani yang berbeza-beza.


KOLEKSI gincu terbaharu Estee Lauder ini diperbuat daripada formulasi True Vision yang menghasilkan warna terang.


"Gincu bibir yang tahan pudar dan kekal sepanjang hari itu boleh disapu secara sederhana atau tebal. Ia mempunyai dua tekstur dinamik seperti Satin Creme iaitu polimer pigmen berwarna yang menghasilkan sapuan lembut berkilat manakala Lustrous Shimmer, pigmen cerah yang membuatkan bibir berkilat," jelas Pecheux.

Sementara itu, Lipstik Pure Color Crystal yang terdiri daripada 15 warna berkilat pula memiliki tekstur Sheer Shine menghasilkan sapuan lembut, jernih dan kilat. Ini termasuklah tekstur Brilliant Shimmer iaitu sejenis pigmen cerah yang membantu bibir sentiasa bersinar.

Keistimewaan gincu bibir berkenaan terletak pada pembungkusan klasik yang bersalut emas bersama kiub jernih di bahagian atas supaya warna lipstik mudah dilihat.

Bekas lipstik seperti permata ini menyerlahkan lagi keindahan Lipstik Pure Color. Ia dijual pada harga RM85 seunit.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Sharbinee akui lakukan kesilapanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm SEPERTI mahu bertanggungjawab di atas kegagalan Terengganu menjuarai Piala Malaysia, penjaga gol, Sharbinee Alawee Ramli secara terbuka mengakui kesilapan pada perlawanan akhir kelmarin.Oleh MUSTAPA LAKAWA<br>mustapa@kosmo.com.mySHARBINEE (kiri) cuba menghalang rembatan Hairuddin Omar pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam kelmarin. Terengganu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan.http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1031/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Trofi Piala Malaysia diarakhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm SELEPAS berjaya menjulang trofi Piala Malaysia buat kali ketiga, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) merancang satu sambutan besar-besaran bagi meraikan kepulangan piala berprestij itu di bumi Adat Perpatih.Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI<br>zulkarnain.ali@kosmo.com.myMOHAMAD (tengah) memegang trofi Piala Malaysia bersama pemain dan penyokong setia Negeri Sembilan di Seremban semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1031/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Van Pelt muncul juarahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm PEMAIN golf Amerika Syarikat, Bo Van Pelt mengatasi rakan senegaranya, Jeff Overton dengan kelebihan enam pukulan untuk menjuarai Kejohanan Golf CIMB Asia Pasifik Klasik Malaysia di The Mines Resort &amp; Golf Club semalam.Tuanku MIZAN ZAINAL Abidin (dua dari kanan) bergambar bersama juara edisi kedua Kejohanan Golf CIMB Asia Pacific Classic Malaysia 2011, Bo Van Pelt (dua dari kiri) di The Mines Resort & Golf Club semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1031/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Laos mangsa Harimau Muda http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm SKUAD Harimau Muda mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam semalam.Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>sukan@kosmo.com.mySYAHRUL (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Laos pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam petang semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2011/1031/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Villas-Boas pertahan Terryhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm LONDON - Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mempertahankan aksi anak-anak buahnya meskipun tewas 3-5 kepada Arsenal di Old Trafford pada kempen Liga Perdana England kelmarin.Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sentuhan perunding perkahwinan lelaki

Posted:

Sentuhan perunding perkahwinan lelaki

Sentuhan perunding perkahwinan lelaki

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my

TAUFEEQ selesa dengan kariernya sebagai perunding perkahwinan dan acara.


JARI-JEMARI Mohd. Muas Sazwan Mohammad Mazlan, 24, pantas mencantas batang bunga teluki segar berwarna merah yang bertaburan di atas meja.

Kemudian, dia menyusun satu-persatu bunga itu di dalam sebuah pasu kaca yang tinggi, sebelum beralih pada proses menggubah hantaran perkahwinan yang menggunakan sangkar burung.

Sesekali, anak muda yang mesra disapa Muas itu memeriksa peti masuk e-melnya dan menjawab panggilan telefon yang bertalu-talu.

"Syukur, rezeki pada hujung tahun. Maklumlah, sebelum menutup tirai tahun ini dan seiring musim cuti sekolah tak lama lagi kebanyakan pasangan mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, saban minggu saya sentiasa sibuk menguruskan majlis perkahwinan, pernikahan, pertunangan dan majlis makan malam.

"Selain memikirkan tentang konsep gubahan hantaran, saya turut menitikberatkan soal dekorasi pelamin, dewan dan atur cara bagi sesebuah majlis. Saya berfikiran kreatif kerana kerjaya ini menuntut kepakaran dari segi rekaan dan pengurusan yang tinggi," jelas Muas yang mengendalikan Muas Mo-Wedding Planner & Event Coordination iaitu sebuah syarikat berkonsepkan pengurusan majlis dan perunding perkahwinan.

Namun, anak kelahiran Klang, Selangor itu menarik nafas lega kerana ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang mendalami Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam, Selangor, sedikit sebanyak membantu melancarkan pekerjaannya pada hari ini.

Berbicara mengenai penglibatannya dalam bidang pengurusan dan perunding perkahwinan, bekas pelajar Sekolah Menengah Agama, Hisamuddin Sungai Bertih, Klang, Selangor, menyatakan semuanya berputik selepas menjalani latihan industri di dua buah syarikat berbeza iaitu pengurusan acara dan syarikat dekorasi majlis bertema.


MUAS (tengah) sentiasa berbincang dengan pembantunya bagi meningkatkan mutu produk syarikat.


Pelanggan bebas berkarya

Kesempatan bekerja sementara di kedua-dua syarikat berkenaan, Muas mengambil peluang sebaik mungkin dengan mendalami selok-belok perniagaan.

"Pada peringkat awal, saya memang ragu-ragu untuk mengusahakan bisnes ini, namun berkat sokongan daripada ibu bapa, Normawati Hayon dan Mazlan Amin, akhirnya saya bertekad jua," jelas Muas yang pernah bekerja bersama pereka fesyen ternama, Jovian Mandagie dalam menjayakan sebuah majlis perkahwinan.

Selepas lapan bulan berkecimpung dalam bidang itu, Muas semakin seronok dan ligat mencari pelanggan.

Baginya segala penat lelah yang dilakukan bagi menjayakan sesebuah majlis itu hilang sekiranya para pelanggan menguntumkan senyuman tanda berpuas hati.

Sebab itu, biar rendah atau tinggi bajet seseorang pelanggan, Muas berusaha sebaik mungkin menghasilkan produk yang terbaik mengikut cita rasa.

"Segelintir pelanggan mempunyai bajet rendah tetapi mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang nampak gah dan mahal. Di sinilah peranan saya sebagai perunding perkahwinan cuba merealisasikan impian mempelai dengan menggunakan bajet dipersetujui," kata Muas.

Hantaran produk tempatan

Sementara itu, seorang lagi perunding perkahwinan jejaka, Mohammad Taufeeq Adam, 24, menyifatkan kerjaya tersebut bukan sekadar menuntutnya menghasilkan sebuah majlis perkahwinan seperti mana yang diingini pelanggan malah, pada masa yang sama mengambil peluang mendidik pelanggan terutamanya aspek hantaran.

"Jika diperhatikan bakal pengantin lebih cenderung membeli produk hantaran berjenama dan mahal kerana enggan majlis akad nikah ataupun majlis bersanding tampak hambar. Dek terlebih belanja untuk barang segelintir pelanggan terpaksa mengehadkan pula kos gubahan hantaran.


MUAS MO Wedding Planner & Event Coordination menawarkan pakej perkahwinan pada harga berpatutan.


"Akibatnya gubahan dan produk hantaran kelihatan tidak seiring. Saranan saya, usah segan membeli kosmetik, pakaian mahupun aksesori buatan tempatan. Bila disatukan dengan gubahan yang cantik, ia akan nampak mewah," jelas Taufeeq ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur.

Taufeeq yang kini mengendalikan butik andaman dan pengurusan majlis, Galeri Sarah Hani di Segamat, Johor, memberitahu rangkaian produk Safi Rania Gold dan Safi Balqis antara item ideal dibuat hantaran.

Menyentuh mengenai trend hantaran dan pelamin hari ini yang dihiasi taburan bunga-bunga segar, pemegang Diploma Pengurusan Artistik, UiTM, Shah Alam, Selangor, itu menyifatkan penggunaan flora segar membangkitkan mood gembira dan bahagia.

Selain mengubah hantaran dan dekorasi pelamin, jejaka yang murah senyuman itu turut berkebolehan menyolek pelbagai konsep, menjahit manik dan mereka kostum, pakaian pengantin serta pakaian formal.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Peniaga K. Langat bantah roboh kedai

Posted:

Peniaga K. Langat bantah roboh kedai

Peniaga K. Langat bantah roboh kedai

30/10/2011 9:41pm

KUALA LANGAT, 30 Okt (Bernama) — Kira-kira 100 peniaga di Jalan Sekolah 1, Jenjarom, di sini hari ini, mengadakan bantahan secara aman bagi menuntut penjelasan kerajaan Selangor kerana merobohkan gerai yang mereka usahakan sejak 60 tahun lepas.

Peniaga terbabit mendakwa kedai mereka dirobohkan pada 26 Sept lepas atas arahan kerajaan negeri.

Seorang peniaga Kay Teng Khoon, 76, berkata kerajaan negeri sepatutnya menawarkan pampasan setimpal kepada mereka, dan bukannya memberi sebuah kedai berkeluasan tidak sampai 100 kaki persegi.

"Tanah untuk kedai ini sudah dimiliki sejak zaman pemerintahan British lagi, kini hak kami sejak empat generasi lalu dirobohkan tanpa apa-apa pampasan setimpal diberikan," katanya ketika ditemui pemberita di tapak gerai mereka.

Katanya, mereka difahamkan tempat tersebut diperlukan untuk kegunaan sekolah dan akur serta bersetuju dengan cadangan itu, namun mahu kerajaan negeri memberi pampasan sewajarnya seperti wang atau tapak perniagaan yang bersesuaian.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan cuba membantu peniaga terbabit dengan membawa isu tersebut kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional Selangor.

"Kami berharap keadaan yang berlaku seperti ini tidak akan berulang di kawasan lain dan mungkin menjadi petunjuk kepada rakyat Selangor untuk memilih kerajaan sebenar," katanya. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Polis serbu empat premis judi haram

Posted:

Polis serbu empat premis judi haram

Polis serbu empat premis judi haram

30/10/2011 6:03pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat premis dalam sebuah pusat beli-belah di Pandan Mewah di sini, diserbu polis hari ini kerana menjalankan kegiatan mesin judi slot dan komputer tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, seramai 38 pelanggan termasuk empat wanita yang sedang berjudi ditahan dalam operasi yang dijalankan selama tiga jam dan berakhir pada pukul 4 petang itu.

"Dalam serbuan hasil maklumat awam dan risikan itu, polis turut menahan empat lelaki yang merupakan penjaga premis... kesemua mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 30 tahun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini .

Beliau berkata, 159 mesin judi dirampas dalam Ops Dadu itu, kebanyakannya mesin "jackpot" dan "classic slot".

"Keempat-empat premis terbabit mempunyai pintu yang boleh menghubungkan satu sama lain dan premis ini berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga untuk mengaburi pihak berkuasa," katanya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

30 motosikal disita, 130 saman dikeluar

Posted:

30 motosikal disita, 130 saman dikeluar

30 motosikal disita, 130 saman dikeluar

30/10/2011 5:31pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 motosikal disita dan 130 saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan dalam operasi bersepadu mencegah kesalahan lalu lintas dan lumba haram di Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut di sini, malam semalam.

Pegawai Turus Kuat Kuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur DSP, Ng Sook Long berkata, operasi itu, yang dijalankan Polis Trafik dan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar, bermula dari pukul 11.30 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi.

Operasi itu melibatkan 68 anggota polis trafik dan narkotik serta 17 anggota JPJ dan 20 Jabatan Alam Sekitar.

Sook Long berkata, pemilik motosikal yang disita berusia antara 18 dan 30 tahun dan kebanyakannya melakukan kesalahan mengubah suai motosikal.

"Polis mengeluarkan 130 saman trafik atas pelbagai kesalahan termasuk 58 saman atas kesalahan ubai suai kenderaan, penggunaan cermin gelap melebihi had dan dua saman kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Delegasi CHOGM terkandas di Perth

Posted:

Delegasi CHOGM terkandas di Perth

Delegasi CHOGM terkandas di Perth

SEJUMLAH penumpang Qantas terkandas selepas penerbangan mereka di Lapangan Terbang Changi Singapura dibatalkan semalam.


PERTH, Australia - Kalangan 17 delegasi Komanwel terkandas di bandar ini semalam selepas Qantas bertindak menghentikan semua penerbangan domestik dan antarabangsanya, kata beberapa pegawai.

Perth yang merupakan ibu negeri wilayah Australia Barat terletak sekitar 3,300 kilometer dari bandar raya Sydney dan pusat-pusat penempatan penduduk di pantai timur Australia.

Ketua negara dan pegawai kanan 54 negara bekas tanah jajahan British berkumpul di bandar raya ini untuk Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) yang berlangsung hujung minggu ini.

CHOGM mengesahkan 17 delegasinya sudah menempah penerbangan Qantas untuk keluar negara selepas sidang berkenaan berakhir hari ini.

Namun, mereka terkandas ekoran Qantas menghentikan semua penerbangannya tanpa notis semalam susulan pertelingkahan industri dengan pekerjanya.

"Jawatankuasa bertindak CHOGM 2011 masih berbincang dengan sejumlah delegasi untuk mengaturkan pengangkutan lain untuk mereka," kata seorang jurucakap kepada agensi berita AFP.

Beliau enggan mendedahkan dari mana delegasi-delegasi terbabit berasal tetapi memberitahu, Qantas menyediakan perkhidmatan meluas yang turut merangkumi negara-negara kepulauan Pasifik hingga ke Afrika.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata, semua 108 pesawat syarikat berkenaan tidak akan berlepas sehingga beberapa kesatuan sekerja yang mewakili juruterbang, mekanik dan staf lain mencapai satu persetujuan dengan Qantas berhubung isu gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik.

"Kami memutuskan untuk menghentikan penerbangan domestik dan antarabangsa Qantas secara serta-merta," kata Joyce dalam satu sidang media di Sydney semalam.

Menurutnya, kakitangan syarikat itu tidak perlu datang bekerja dan tidak akan dibayar gaji bermula esok. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Ular sawa telan rusa dibunuh

Posted:

Ular sawa telan rusa dibunuh

Ular sawa telan rusa dibunuh


ULAR SAWA betina yang ditangkap di Taman Negara Everglades, negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.


TAMAN NEGARA EVERGLADES, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pekerja di Taman Negara Everglades, negeri Florida, menangkap dan membunuh seekor ular sawa Burma sepanjang 4.87 meter.

Reptilia itu ditangkap semasa ia kekenyangan selepas menelan seekor rusa seberat 34.5 kilogram.

Penyelaras spesies eksotik Suruhanjaya Perikanan dan Hidupan Liar Florida, Scott Hardin berkata, pekerja-pekerja berkenaan menemui ular sawa betina itu pada Khamis lalu.

Menurutnya, ular itu ialah antara reptilia terbesar pernah ditemui di Florida Selatan. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fasa melakar nama

Posted:

Fasa melakar nama

Fasa melakar nama

ANUGERAH itu pengiktirafan terhadap bakat tetapi kepada Azhan, Sharnaaz dan Izreen, mereka bekerja kerana cinta terhadap dunia lakonan.


SIAPA gerangan pemilik nama Sharnaaz Ahmad, Azhan Rani dan Izreen Azminda bukan lagi satu kemusykilan. Biarpun begitu, fizikal dan watak yang pernah mereka ditangani, sudah ada yang menyentak pangkal jiwa khalayak.

Ketika ini juga, pintu-pintu tawaran sedang banyak terbuka, tinggal hanya bagaimana arus seni yang diselami akan membawa haluan mereka. Sejauh mana dan sehebat mana, terserah kepada kebijaksanaan dan bakat.

Izreen, 25, menempah banyak perhatian setelah muncul sebagai Cikgu Zakiah, guru kaunseling dalam drama bersiri Juvana. Sharnaaz, 26, pula pernah menjadi muka taruhan banyak produksi televisyen terutama drama arahan Michael Ang manakala Azhan, 35, aktor dari pentas teater itu dilihat semakin memikat penonton televisyen.

Bermula daripada situ, ada konotasinya tiga wajah para pemain karakter ini disatukan. Menghitung tentang citra percaturan hidup yang sedang ditempah, agenda besar dunia penerbitan naskhah televisyen dan filem, Anugerah Skrin yang bakal bergendang pada Jumaat ini terheret dalam diskusi. Sebagai antara pelakon kepada karya yang layak bertanding, riak teruja hanya terluah dalam senyuman. Sama ada tercalon atau naik ke pentas anugerah, ia bukannya soal utama.

Azhan cukup sekadar ditonton

Sut hitam putih yang disediakan pereka fesyen ternama, Bon Zainal terletak kemas sebaik digayakan Azhan. Sisi maskulin dan aura aktornya terserlah, seperti jauh meninggalkan karakternya yang selama ini pada hemat penulis, dia seorang yang lasak dan hidup dalam dunia sendiri.

Komunikasi Azhan serius sesekali dia ketawa menggelengkan kepala, tidak menyangka bagaimana boleh dipanggil terbabit dalam agenda sebuah fotografi terancang.

"Sungguh, saya tiada pengalaman dalam fotografi sebegini. Saya cuma pelakon yang berlakon untuk bayar bil-bil yang perlu dilunaskan. Rasanya ini kali pertama saya dipanggil (untuk menghadiri sesi) fotografi," Azhan merendah diri.

Bermula dengan drama pertama, Sesuci Cinta Soffiya, sampai ke hari ini, sebenarnya sudah lima tahun Azhan bergelar pelakon, namun baru akhir-akhir ini sahaja, dia mula diperhatikan.

"Lima tahun dalam industri, rasanya orang mula nampak kehadiran saya walaupun tidak banyak publisiti, saya pula jenis yang tidak melobi.

"Saya percaya, kemunculan dalam drama Gemilang antara yang banyak memberi impak terhadap karier saya. Walaupun muncul hanya pada awal episod, responsnya dirasai. Selepas Gemilang, barulah saya diberi peluang bawa watak utama. Awal-awal dulu, orang cop saya sebagai pelakon antagonis sahaja," katanya yang banyak terlihat sisi komedi dalam beberapa drama di saluran Astro termasuklah Geng Surau yang layak masuk ke Anugerah Skrin.

Bercakap tentang peluang dan ruang, aktor yang bakal muncul dalam telemovie Rebah Di Hujung Taubat pada malam ini melahirkan pandangan. Selain masih dikekang oleh aliran popular, soal kehendak stesen serta kemampuan penerbit yang tidak seiring boleh mendatangkan penyakit asal boleh dan tidak natural dalam penghasilan karya.

"Saya telah lalui semua itu, tapi syukur sekarang saya ada kerja, tapi berlakon tidak menjanjikan kemewahan. Meriah dengan tawaran tapi tidak dari segi pendapatan," katanya memacu ke topik sedikit serius.

Dia juga sedar suasana pembikinan drama tempatan sedang aktif demi memenuhi tuntutan pelbagai saluran televisyen.

"Semua orang berpeluang jadi pelakon atau pengarah, cuma hendak menjadi terbaik dan meletakkan diri di kalangan terbaik itu perlukan pengorbanan. Pelakon harus tahu jaga dan meletakkan harga bakat mereka. Tapi kuasa memilih sekarang ada di tangan penonton," ujarnya berbalik kepada soal populariti.

Pelakon seperti Azhan boleh dikatakan sekapal dengan Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Bront Palarae. Mereka ini asalnya underdog yang dikenali melalui karya. Jadi adakah malam Anugerah Skrin nanti membayangkan sesuatu kepada dirinya?

"Saya tidak pernah bermimpi dan tidak pernah ambil tahu tentang anugerah. Saya terkejut juga kalau ada drama lakonan saya yang tercalon untuk Anugerah Skrin nanti. Untuk saya, orang tengok saya di kaca televisyen itu sudah satu anugerah," kata Azhan yang kian selesa apabila ruang memilih sudah terbuka untuknya.

Izreen tergelincir

Kelibat Izreen menjadi perhatian ketika muncul dengan muka tanpa senyum, bengis dan pemberontak hasil 'tangkapan' Rosyam Nor untuk drama Isabella. Untuk kemunculan perdana sebegitu, dia diberi sebuah karakter yang kuat bergandingan dengan nama-nama besar seperti Rosyam dan Vanidah Imran.

Jelas stigma terlekat seketika untuk gadis berusia 25 tahun ini. Susulan watak antagonis yang diserahkan kepadanya, dia diberi tawaran warna yang serupa.

"Selepas Isabella, saya mendapat tawaran antagonis lagi. Jujur dan syukur selepas drama bersiri Juvana, stigma itu bertukar. Malah dua kali saya membawakan watak emak," ujarnya yang kembali beraksi hitam untuk drama terbarunya yang bertajuk Tentang Dhia, lakonan bersama Nora Danish dan Adi Putra.

Untuk Izreen, dia lepas bebas ketika membawa watak antagonis.

"Watak protagonis banyak bermain dengan emosi. Agak sukar buat saya kerana realitinya saya kasar. Susah mahu jadi perempuan Melayu terakhir ni. Tapi itulah cabaran buat diri sendiri," jelasnya.

Anak kelahiran Perlis ini meletakkan nama Eman Manan sebagai contoh pada satu aras.

Katanya dia mahu berjaya seperti aktor itu. Punya aura tersendiri dan ketika menyebut nama, sudah ada rasa meremang bulu roma memikirkan kehebatan dan pesona tersendiri. Dia mahu sebegitu. Dia nekad sebegitu.

"Durasi bukan satu masalah buat saya. Tidak perlu cepat untuk mencapai apa yang dimahukan. Untuk jangka waktu sekarang, saya bersyukur dengan tawaran yang datang. Saya juga pernah fikir bahawa saya tidak perlukan publisiti kerana saya cintakan lakonan. Saya mahu buat dan dapat buat apa yang saya mahukan. Saya fikir publisiti itu jatuh nombor dua. Sekarang saya melalui proses pembelajaran dalam hidup dan jalan sebagai aktres," ujarnya yang mahu mencuba lapangan filem untuk waktu mendatang.

Ditanya tentang sebuah penganugerahan buat Izreen sempena Anugerah Skrin dan drama Juvana kuat berada dalam tebakan umum, dia menjawab definisi itu untuk dirinya.

"Anugerah adalah penghargaan. Apa yang dapat setelah orang nampak akan hasil kerja dan usaha seseorang itu. Buat saya, anugerah itu penting kerana ia bukti orang nampak hasil kerja dan impak lakonan kita. Tapi semuanya terletak pada rezeki. Buat dengan jujur, insya-Allah, penghargaan itu akan datang," lentur bahasa pelakon drama Stanza Cinta ini meluncur.

Durasi lima tahun dalam industri lakonan, dalam jangka itu nama Izreen tampil sebagai salah seorang aktres yang ada jaminan menjadi pelapis baru yang cemerlang. Hanya pada detik tahun kelima, rekod bersihnya tergelincir.

Diheret kontroversi atas nama Juvana, juga satu judul yang membawanya naik. Cerita 'cinta' bersama Botak atau Johan bersebaran dan kemudian muncul permainan baru Johan dan regu lokasinya, Fasha Sandha yang membuatkan Izreen tampil bersuara. Dia membuka cerita berpacaran mereka yang kemudian robek angkara insan ketiga.

Kepada Izreen, penulis bertanya tentang calaran portfolionya. Dia tersenyum menjawab tulus. Jujur.

"Lima tahun saya berada dalam industri dengan portfolio yang suci. Saya sudah bersiap sedia sepanjang jangka itu. Juvana menaikkan saya dan juga memberi saya kontroversi. Saya manusia normal, ada khilaf sendiri. Mungkin saya tampil dengan emosional, dahsyat. Saya mahu memberi gambaran jelas agar tidak dipandang serong. Kalau tiada pengakuan, perkara tidak selesai. Kini saya belajar, untuk saya dan dia, perlu berhati-hati dengan percakapan," jelasnya tersenyum penuh makna.

Sharnaaz rasa berbaloi

Berbanding Azhan atau Izreen, Shahnaaz barangkali sedikit terkedepan mendahului siri jelajah ke mata peminat. Baru bermula pada awal 2009 dengan drama pertama Tari Tirana atas peluang yang diberikan pengarah Shahrulezad Mohameddin.

Tidaklah mendadak digilai ramai, bagaimanapun, dia mendaki tangga popular apabila tercalon dalam senarai Top 5, Pelakon Lelaki Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular tahun lepas.

"Tari Tirana juga tercalon dalam kategori Drama Rantaian Terbaik dalam Anugerah Skrin tahun lepas. Tapi kalah dengan Nur Kasih. Bagi saya, perkara ini satu pendedahan yang bagus untuk seseorang pelakon," katanya tidak menepis rasa teruja untuk sekali lagi memeriahkan malam kemuncak acara itu, Jumaat nanti.

Berasa semakin banyak menimba ilmu dari lokasi, Shahnaaz akui, langkahnya masuk ke bidang seni sebagai satu pilihan yang berbaloi. Sedang sibuk dengan sesi memasukkan suara untuk filem terbarunya, Azazil, dia juga bakal muncul dengan drama bersiri terbaru, Bicara Hati di Astro Prima tidak lama lagi.

"Saya pernah melalui zaman sesak nafas, itu masa mula-mula saya berlakon, bayaran tidaklah seberapa sebab saya masih baru tapi setelah banyak pengalaman dan peluang berlakon dengan lebih ramai pengarah yang hebat macam Khabir dan Osman Ali, saya mula dapat berfikir di luar kotak pemikiran saya selama ini," ujarnya menyifatkan Kasih Alia dan Unggunya Cinta sebagai drama yang memberi impak untuk dia semakin diingati sebagai pelakon televisyen.

Full content generated by Get Full RSS.

Memey tinggalkan Norman

Posted:

Memey tinggalkan Norman

Memey tinggalkan Norman


MEMEY mengakui, dia dan Norman belum sempat meluangkan waktu untuk keluar berbulan madu kerana jadual penggambaran tidak mengizinkan.


SELEPAS mendirikan mahligai kasih bersama pelakon Norman Hakim sejak lebih sebulan lalu, Memey Suhaiza kini sedang melalui hari-hari penuh bahagia.

Justeru dia yang kini sedang menghabiskan penggambaran drama Nilapura untuk slot Aksi TV3 di Batu Gajah, Perak sanggup berulang-alik ke Kuala Lumpur demi suami tercinta.

"Tanggungjawab sebagai isteri mesti didahulukan biarpun sibuk dengan kerja. Abang (Norman) tidak kisah, tetapi saya merasakan yang tanggungjawab itu penting," katanya kepada Sensasi Bintang baru-baru ini.

Dalam drama yang bersiaran pada pukul 9 malam itu, Memey diberi peranan menggalas watak sebagai Dayang Ningsih.

Selesai sahaja penggambaran drama Nilapura, Memey bakal berlepas ke Semporna, Sabah untuk penggambaran drama berjudul Layar Impian bagi siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Khabarnya Memey akan digandingkan bersama pelakon Adi Putra dalam drama yang bertemakan kehidupan masyarakat di perkampungan nelayan itu.

"Jika penggambaran di Perak, saya masih boleh berulang-alik untuk menjaga suami, tetapi kali ini saya terpaksa meninggalkan abang sepanjang 22 hari penggambaran.

"Kami sudah berbincang dan dia faham. Insya-Allah abang Norman akan turun ke Sabah untuk melawat saya," katanya yang bakal berlepas pada awal bulan November ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Lidah Sabhi kelu depan wanita

Posted:

Lidah Sabhi kelu depan wanita

Lidah Sabhi kelu depan wanita


SABHI mengembangkan bakat seni apabila diberi kepercayaan menggalas watak bernama Zakri di dalam filem Klip 3GP.


SABHI Saddi bukanlah artis program realiti walaupun hakikatnya dia banyak menari mengiringi Adam dalam pertandingan Akademi Fantasia 2 (AF2).

Dia pernah menjadi penari hip hop di bawah kumpulan Edsco yang sentiasa mengiringi persembahan Adam.

Bersandarkan kepada paras rupa dan suara, dia mengikut jejak langkah Adam selepas terhasilnya single yang berjudul Nadiku pada 2009.

Sehingga kini, lagu yang pernah menjadi runut bunyi dalam drama Tari Tirana di TV3 itu masih kuat di bibir peminatnya.

Nyata, jejaka berbadan tegap itu tidak hanya mahu berjudi nasib dalam bidang nyanyian sahaja kerana dia mula menjadi penghias layar lebar.

Diberi kepercayaan menggalas watak bernama Zakri dalam filem Klip 3GP arahan Aidilfitri Mohd. Yunos, Sabhi yang mulanya tidak yakin menyahut cabaran yang diberikan itu, biarpun ia tugas sukar.

"Menjadi pelakon ternyata tidak semudah yang dijangkakan apatah lagi ia tidak pernah ada dalam perancangan saya.

"Tetapi pengalaman berlakon dalam video klip Nadiku bersama pengarah sama memberi sedikit pengetahuan buat saya bagaimana untuk beraksi di depan kamera," kata jejaka kelahiran Sandakan, Sabah itu kepada Sensasi Bintang.

Di dalam filem yang masih ditayangkan itu, Sabhi menggalas watak sebagai seorang lelaki lurus yang tidak dapat membantu teman wanitanya yang dirogol.

Bukan sahaja tidak dapat membantu kekasihnya itu, bahkan dia turut dipukul sehingga mati dalam keadaan tragis.

Jelas Sabhi yang kini berusia 26 tahun itu, pengalaman bertentang mata dengan pelakon wanita menjadi cabaran yang besar buatnya.

Sabhi mengaku bahawa dia tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada lakonan saat menjayakan babak seperti itu.

"Saya memang pemalu dengan wanita. Begitu susah nak meneruskan kata-kata apabila bertentang mata dengan mereka," katanya yang masih pekat dengan dialek Sabah.

Nyata, rezeki jejaka berbintang Virgo ini dalam dunia hiburan semakin menjadi-jadi kerana menerima banyak tawaran berlakon di samping persembahan pentas.

Jelasnya, dia menerima beberapa tawaran untuk berlakon dalam telemovie dan drama tempatan selain bakal muncul dengan album penuh tidak lama lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved