Jumaat, 7 Oktober 2011

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Nissan Livina X-Gear

Posted:

Nissan Livina X-Gear

Nissan Livina X-Gear

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

SEJAK model kenderaan pelbagai guna (MPV) Grand Livina dipasarkan pada Disember 2007, jenama Nissan dilihat kembali bernyawa di pasaran tempatan.

Dengan praktikaliti dan kualiti yang ditawarkannya, Grand Livina pantas menarik perhatian ramai. Sekali gus menjadikannya MPV bukan nasional paling laris di Malaysia.

Kelibat Grand Livina boleh dilihat di mana-mana. Sama ada model biasa atau lengkap dengan bodykit Impul, ia jelas membuktikan betapa popularnya MPV tersebut.

Namun, kebelakangan ini anda mungkin terserempak dengan kenderaan yang seakan-akan Nissan Livina tetapi bentuknya sedikit lain. Sebenarnya, itu adalah varian terbaharu dalam keluarga Grand Livina yang ditawarkan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM).

Dikenali sebagai Livina X-Gear, ia dikategorikan dalam segmen crossover yang bersaing secara langsung dengan beberapa model lain seperti Suzuki SX4. Ia juga boleh bertindak selaku pencabar kepada model-model hatchback segmen B sedia ada termasuklah Suzuki Swift, Ford Fiesta, Mazda2 dan Honda Jazz.

"Dengan Livina X-Gear berkapasiti dua baris tempat duduk, kami kini mensasarkan pelanggan segmen baru yang mahukan sebuah crossover penuh gaya untuk menunjukkan individualiti mereka. Pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal untuk kegunaan setiap hari," kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.

Apa sebenarnya crossover? Mudah cerita ia merupakan model yang dibangunkan daripada platform sedan dan diberi wajah berinspirasikan kepada sebuah SUV. Ia cukup sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif, tetapi jarang sekali membawa kenderaan ke laluan off-road.

Seperti namanya, model itu dibina menggunakan platform sama dengan Grand Livina. Bezanya, ia tidak lagi mempunyai barisan tempat duduk ketiga. Jadi, sekali pandang ia seakan-akan Grand Livina versi lima tempat duduk.


JENTERA ini sesuai untuk mereka yang memiliki gaya hidup aktif.


Melepasi ekspektasi

Namun, ketiadaan tempat duduk baris ketiga itu memberikan anda lebih ruang kargo. Dalam keadaan biasa, ruang itu boleh mencecah 383 liter. Apabila kerusi belakang itu dilipat sepenuhnya, ia berubah menjadi 769 liter. Lebih daripada cukup untuk mengangkut barang-barang runcit yang dibeli pada hujung minggu.

Secara mekanikalnya model itu berasaskan kepada Grand Livina 1.6. Gayaan luaran yang menarik adalah eksklusif untuk Livina X-Gear. Ini dapat dilihat pada gril hadapan yang sofistikated dan agresif. Bampar hadapan dan belakangnya mengangkat tema SUV bersama penutup takungan pelincir berwarna perak, over-fender maskulin serta rel bumbung (roof rails).

Harus tahu bahawa rel bumbung itu bukan sekadar hiasan. Ia boleh menampung beban sehingga 25 kilogram tanpa sebarang masalah. Jadi, bolehlah anda mengangkat barang seperti basikal, kotak Thule atau kelengkapan berkhemah di atasnya.

Saya berpeluang memandu uji Livina X-Gear baru-baru ini ke Pulau Pinang. Apa yang boleh saya katakan ialah ia melepasi ekspektasi awal saya. Untuk makluman, jentera itu menggunakan enjin aluminium sepenuhnya berkod HRDE16 bersesaran 1.6 liter, sama seperti yang ada pada model Grand Livina 1.6.

Apa yang pasti, ia tidak terasa berat sebagaimana Grand Livina. Ini kerana 100 kilogram beratnya sudah hilang. Jadi, anda akan dapat menikmati torknya dengan lebih cepat. Memotong kenderaan atau bermula di lampu isyarat juga semakin mudah.


PAPAN pemuka dan stereng yang ringkas dan praktikal.


Stereng Ringan

Memandu di jalan lama yang bengkang-bengkok, kualiti pemanduan yang diberikan oleh X-Gear adalah memuaskan. Sterengnya responsif dan tepat. Walaupun dipandu agak laju, keadaan bahagian belakang membuang jarang sekali berlaku.

Di laluan lurus, pemandu akan merasa stereng X-Gear agak ringan. Sekali gus mengurangkan sedikit keyakinan untuk memandu dalam kelajuan terlalu tinggi. Ketika pedal ditekan ke lantai, maklum balas enjin yang disalurkan menerusi transmisi empat kelajuan dapat dilakukan dengan lancar.

Ditanya kenapa transmisi itu dipilih dan bukannya kotak gear CVT dengan lebih banyak pilihan gear digunakan, ETCM ada beberapa sebab. Pertamanya, berkaitan dengan kos. Kedua, kolaborasi antara enjin itu sudah cukup bagus. Walaupun kelajuan mencecah lebih 100 kilometer sejam (km/) jarum rpm masih berlegar di bawah 3,000rpm.

Saya harus akui bahawa Livina X-gear menawarkan ruang kabin yang luas. Tidak kira sama ada di hadapan atau belakang, anda boleh duduk dengan selesa. Untuk membezakannya lagi dengan varian Grand Livina, tempat duduk dan kemasan pintunya menggunakan fabrik bercorak kotak-kotak atau tartan.

Berada di tempat duduk pemandu, anda akan pantas mengenali susun atur papan pemuka tipikal kenderaan Nissan yang ringkas. Semua butang kawalannya mudah dicapai dan dioperasi.

Sterengnya juga kosong tanpa sebarang butang kawalan audio. Memang ia tidak mampu menandingi pelbagai ciri yang ada pada produk keluaran Korea yang ditawarkan pada harga hampir sama dengannya.


ANDA boleh mengharap pemanduan yang memuaskan dengan Livina X-Gear.


Aspek keselamatan tidak dilupakan. Nissan Livina X-Gear dilengkapi dengan dua beg udara, ABS, EBD dan BA sebagai ciri standard.

Nissan Livina X-Gear serba baharu didatangkan dalam lima warna iaitu perak, kelabu, putih, hitam dan oren. Ia ditawarkan pada harga RM82,800 seunit, kurang RM7,000 berbanding model Grand Livina 1.6. Ia turut hadir bersama jaminan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana tiba dahulu).

Lebih menarik lagi, ETCM kini menawarkan pelan sewa beli istimewa dengan kadar faedah rendah bermula daripada 0.88 peratus setahun. Para pembeli Livina X-Gear juga akan menerima pakej filem tinted Solar Gard Armorcoat bernilai RM1,400 secara percuma sepanjang promosi yang akan berakhir pada 30 Oktober 2011.

Lotus Renault GP terus optimis

Posted:

Lotus Renault GP terus optimis

Lotus Renault GP terus optimis

Oleh SAHLIZAH MOHAMED


AKSI jentera R31 yang bersaing dalam Grand Prix F1 di Singapura baru-baru ini.


SEMPENA perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura yang berlangsung pada 25 September lalu, Proton Holdings Berhad (Proton) telah membawa kumpulan media dari serata Asia termasuk Malaysia untuk bertemu dan menyaksikan kemampuan pasukan Lotus Renault GP (LRGP).

Sebelum perlumbaan, Proton dan Kumpulan Lotus terlebih dahulu membuat pertunjukan di Clarke Quay, Singapura dengan mempamerkan model kereta masing-masing seperti Lotus Evora, Proton Satria Neo R3 dan jentera LRGP iaitu R31. Ratu cantik Australia, Scherri-Lee Biggs yang merupakan duta Proton turut hadir di pameran berkenaan.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyatakan pihaknya berhasrat untuk terus mengukukuhkan kesedaran jenama globalnya menerusi kerjasama dengan pasukan LRGP.

Kerjasama itu juga dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan kereta Proton pada masa depan. Menerusi LRGP, Proton mendapat pemindahan teknologi automatif daripada Lotus.

"Selain akan cuba memperbaiki prestasi kereta Proton, kami juga mahu belajar tentang sukan permotoran berprestasi tinggi. Bukan sahaja tentang komponen atau sistem kenderaan, malah melibatkan logistik, pemasaran dan bidang lain. Ia adalah sebahagian daripada program pemindahan teknologi yang baik," katanya.

Bercakap mengenai sasarannya dalam F1, Syed Zainal memberitahu beliau gembira dengan keputusan musim pertama setakat ini. LRGP kini sedang giat merancang untuk mencongak permulaan pada musim depan.


SUASANA lazim yang dapat dilihat sewaktu perlumbaan F1 berlangsung.


Jentera R32

Sementara itu, mengimbas semula perlumbaan di GP Singapura sebelum ini, Pengurus Pasukan LRGP, Eric Boullier mengakui ia umpama kisah yang amat mengecewakan. Namun beliau tetap optimis dan melihat apa yang telah berlaku sebagai pengalaman.

"Sebenarnya kami sedar mengapa aksi yang dipamerkan begitu mengecewakan. Jawapannya mudah, melalui selekoh pada kelajuan 60 hingga 100 kilometer sejam (km/j) adalah tidak memadai bagi jentera kami (R31).

"Jadi, misi kami selepas ini adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut pada jentera R32. Kami yakin dapat melakukannya," kata Boulier.

Ditanya mengenai prestasi kedua-dua orang pemandunya, Boullier tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana apa yang lebih penting ialah jentera mereka.

"Meskipun tiada seorang di antara mereka yang menyerlah, itu bukan masalah utama kerana kami lebih bimbangkan jentera yang mereka pandu.

"Bruno (Senna) merupakan seorang pemandu yang cepat belajar. Dia sering mahukan cabaran daripada jurutera kami dan mahu meningkatkan pengetahuannya dari semasa ke semasa. Vitaly (Petrov) pula telah berjaya mengutip sebanyak 34 mata sepanjang perlumbaan pada musim ini," tambahnya.

Kini, LRGP berada di tepat kelima dalam kategori pengeluar dengan 70 mata. Sementara Petrov berada di tangga kesembilan dengan 34 mata dan Senna di kedudukan ke-15 dengan dua mata dalam kategori pemandu.


SYED ZAINAL yakin kolaborasi dengan LRGP mampu mengukuhkan kesedaran jenama Proton di peringkat antarabangsa.


Seorang lagi pemandu LRGP, Fairuz Fauzi menegaskan beliau sedang merangka program dan perancangan untuk tahun depan.

"Saya amat berharap akan dapat berada di tempat yang tepat. Sudah tentu anda mahu berada dalam pasukan yang hebat untuk meningkatkan kualiti diri.

"Begitupun, saya berbangga dengan apa yang saya miliki sekarang. Cuma sukar untuk saya jelaskan apa yang akan berlaku dalam masa terdekat.

"Selain itu, saya juga harap orang luar akan mula buka mata untuk mencari bakat baru. Lapangan ini sangat kompetitif. Jika ada peluang yang lebih baik, saya akan merebutnya," jelas Fairuz yang berhasrat untuk mencuba nasib di Eropah jika diberi peluang, beserta penaja dan bajet yang sesuai.

Inovasi pintar Ford

Posted:

Inovasi pintar Ford

Inovasi pintar Ford


DENGAN teknologi ini, pintu anda tidak akan kemik atau calar lagi.


FORD memperkenalkan satu sistem baharu yang membantu mengelakkan kesan calar dan kemik pada kenderaan sewaktu pintunya dibuka apabila ia diparkir di ruang sempit.

Dikenali sebagai Door Edge Protector, ia merupakan penebat getah khas yang akan keluar dan menutup bahagian hujung pintu (kawasan tengah) secara automatik dalam tempoh 60 milisaat apabila pintu dibuka melebihi 15 sentimeter.

Getah khas tersebut memiliki kitaran hayat lebih 1,000 kali dan hanya menghasilkan bunyi minimum apabila melindungi pintu. Getah pelindung tersebut cukup mudah untuk ditukar dan ia hanya perlu diklip pada pemegangnya.

Ciri baharu itu memberi perlindungan melebihi 90 peratus untuk pintu hadapan dan 85 peratus untuk pintu belakang. Buat permulaan, Door Edge Protector akan dipasang pada model Ford Focus 2012.

"Sistem Door Edge Protector ini akan menjadi satu ciri yang membuatkan pelanggan berkata: Mengapa tiada siapa memikirkannya lebih awal?" kata Jurutera Sistem Pembangunan Produk Ford, Matthias Tensing.

Pengurus Pusat Penyelidikan Pembaikan Insurans Motor UK, Matthew Avery berkata, kesan kemik atau calar sering kali mengecewakan pemilik kenderaan kerana ia terlalu kecil dan tidak dilindungi insurans. Sedangkan kos membaik pulih kecacatan tersebut pula sebagai agak mahal.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


3.4 juta dapat bantuan RM500

Posted:

3.4 juta dapat bantuan RM500

3.4 juta dapat bantuan RM500

Oleh JOHANNA A. SOBREY, JUNHAIRI ALYASA, JAGATHESWARY NARAYANAN, NOR AZIRAN YUNUS, IKHWAN IDERIS, LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR dan LILY YEAN

Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan teks ucapan Bajet 2012 selepas pembentangannya di Bangunan Parlimen semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 3.4 juta orang atau 53 peratus daripada isi rumah di negara ini yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan RM500 dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian tunai sekali bayar itu adalah langkah yang julung-julung kali dilakukan dengan kos RM1.8 bilion.

"Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi pelaksana.

"Bantuan itu akan disalurkan melalui bank dan pejabat pos,'' kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Bajet bertemakan 'Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara' itu menyediakan peruntukan sebanyak RM232.8 bilion dengan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM51.2 bilion.

Ia mempunyai lima fokus utama iaitu meligat pelaburan, mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus inovasi, program transformasi luar bandar, memperkejap perkhidmatan awam dan meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan. Untuk itu, Najib mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sistem pendidikan rendah dan menengah secara percuma.

"Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 sen bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful.

"Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan,'' jelasnya dengan menambah, pemansuhan semua bayaran itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah daripada tahun satu hingga tingkatan lima di seluruh negara.

Bantuan itu akan melibatkan kira-kira 5.3 juta pelajar sekolah pada tahun depan dengan nilai peruntukan RM530 juta dan disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

Bonus untuk penjawat awam Disember ini

Posted:

Bonus untuk penjawat awam Disember ini

Bonus untuk penjawat awam Disember ini

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pemberian bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 seorang kepada 1.3 juta penjawat awam pada bulan Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu bertujuan mengiktiraf sokongan penjawat awam dalam pembangunan negara.

"Langkah tersebut akan menjadikan jumlah bonus yang diberikan kepada penjawat awam pada tahun ini bersamaan dengan sebulan gaji atau bayaran minimum RM1,000.

"Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam," katanya pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

Sistem saraan baru diperkenal

Posted:

Sistem saraan baru diperkenal

Sistem saraan baru diperkenal


SKIM Saraan Baru Perkhidmatan Awam bakal merangsang produktiviti kakitangan kerajaan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.3 juta kakitangan awam negara ini menerima berita gembira apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.

Ketika membentangkan Bajet 2012 bertajuk, Dasar Transformasi Nasional: 'Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara', Perdana Menteri berkata, skim tersebut akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertujuan mentransformasikan perkhidmatan awam negara supaya lebih dinamik.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, menerusi SBPA, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred bermula tahun depan.

Beliau menambah, penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus.

"Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

"Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji,'' katanya di Dewan Rakyat semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pasukan sayur

Posted:

Pasukan sayur

Pasukan sayur

PENJAGA gol skuad negara, Khairul Fahmi (bawah) bertindak pantas untuk menggagalkan percubaan penyerang Australia, Luke Wilkshire pada aksi persahabatan di Canberra, semalam. Malaysia tewas 0-5 pada perlawanan tersebut.


DI tanah air, jutaan rakyat Malaysia gembira dengan Bajet 2012 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Namun di Australia, episod berbeza menyelubungi skuad bola sepak kebangsaan yang sememangnya sudah dijangka 'bajet' kalah oleh segelintir peminat fanatik tempatan sebelum ini apabila dibelasah Socceroos 0-5 dalam aksi persahabatan di Stadium Canberra petang semalam.

'Menepati ramalan' awal apabila aksi dilihat cukup berat sebelah dengan penguasaan Australia sepanjang tempoh 90 minit permainan, ia sememangnya satu mesej yang cukup berguna buat pasukan kendalian Datuk K. Rajagobal dalam usaha menimba ilmu di pentas antarabangsa.

'Jangan pernah berhenti berharap'. Demikian semangat yang wajar ditunjukkan oleh peminat bola sepak tempatan yang harus akur mengenai perbezaan kekuatan kedua-dua pasukan yang 'ibarat langit dengan bumi.'

Hakikatnya, skuad negara berada di ranking ke-147 dunia, manakala Australia di tangga ke-19.

Justeru, usah cepat melenting atau berterusan meratap episod kekalahan pasukan kebangsaan.

Aksi pemain negara juga tidak harus diperlekehkan dalam usaha menggempur kubu tuan rumah. Cuma pengalaman sahaja yang membezakan kedua-dua pasukan.

Kegagalan mengawal gawang dengan sempurna apabila bolos sebanyak lima kali juga tidak boleh diletakkan terus ke atas penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang dilihat 'tidak menang tangan' pada aksi semalam.

Apa yang pasti, Rajagobal perlu memikirkan sesuatu bagi mengatasi kerapuhan benteng pertahanan yang jelas mudah diperkotak-katikkan oleh jentera serangan Australia menerusi gol seawal minit kedua oleh tonggak Middlesbrough, Rhys Williams.

Selain itu, keupayaan dua pemain Australia yang beraksi di Liga Jepun, Josh Kennedy dan Alex Brosque yang masing-masing berjaya menjaringkan dua gol semalam juga harus membuka mata ramai pihak supaya mengambil dasar 'Memandang ke Timur' berbanding sekadar teruja mahu mencuba nasib di Liga Perdana England.

Dalam perlawanan itu, gol-gol kemenangan Australia dijaringkan oleh Williams pada minit kedua, Josh Kennedy (ke-32 dan 45) serta Brosque (ke-31 dan 69).

Malaysia yang sesekali dilihat kembali mengasak begitupun kecewa apabila gandingan Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha gagal menjaringkan gol seperti yang diharap-harapkan.

Biarpun perlawanan itu dilihat tidak lebih daripada sekadar 'memanaskan badan' oleh skuad kendalian Holger Osiek menjelang perlawanan menentang Oman bagi kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia, kita seharusnya berbangga dijemput pasukan itu supaya dapat melihat dan merasai sendiri jurang perbezaan antara kedua-dua pasukan.

Sekurang-kurangnya, Kanggaru masih mempunyai belas ihsan apabila sekadar 'menghadiahkan' lima gol buat pemain negara, tidak lebih daripada itu.

Apa pun, Harimau Malaya harus terus berjuang.

Kim Swee belum dapat 'ilham'

Posted:

Kim Swee belum dapat 'ilham'

Kim Swee belum dapat 'ilham'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (kiri) belum mendapat ilham siapa yang bakal diberi kepercayaan untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA di Jakarta, November depan.


MASIH terlalu awal buat pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Ong Kim Swee menentu- kan senarai akhir pemain bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, November depan.

Meskipun persembahan anak- anak buahnya terutama muka- muka baharu dilihat semakin serasi semasa menewaskan Selangor 4-2 dalam aksi persahabatan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang kelmarin, Kim Swee mengakui masih belum mendapat 'ilham' serta enggan terburu-buru membuat keputusan.

Menurut Kim Swee, senarai pemain itu hanya boleh diketahui se- baik aksi suku akhir Piala Malaysia berakhir, selain harus menunggu kepulangan semula 13 pemain dari Australia dan Slovakia nanti.

"Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan kesungguhan pemain yang cepat mempa- merkan keserasian meskipun baru seminggu berlatih bersama.

"Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang layak menyarung jersi kebangsaan di Sukan SEA mahupun di Hanoi (kejohanan jemputan) nanti," katanya kepada Kosmo!

Dalam aksi kelmarin, gol-gol skuad B-23 negara dijaringkan oleh dua muka baharu iaitu D. Saarvindran dan See Kok Luen, manakala Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri masing-masing menyumbat satu gol, manakala dua gol sagu hati Selangor dijaringkan oleh Azidan Sarudin dan K. Depan Sakwati.

Selain berdepan misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di temasya Sukan SEA Laos dua tahun lalu, anak-anak buah Kim Swee juga akan berlepas ke Hanoi bagi menyertai kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) selama lima hari bermula 19 Oktober ini.

Selain itu, mereka juga membawa cabaran negara bagi aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria.

Antara khidmat pemain Kim Swee yang turut ditagih oleh skuad senior ketika ini termasuklah Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad dan Bad- drol Bakhtiar sementara tiga tonggak muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas pula masih lagi 'berguru' di Slova- kia selaku pemain pinjaman bersama ViOn Zlate Moravce.

Dalam pada itu, Kim Swee turut memberi amaran buat pemain sedia ada lantaran persembahan cemerlang beberapa muka baharu termasuk Kok Luen dan Saarvin- dran yang berjaya merobek gawang Gergasi Merah kelmarin.

"Justeru, pemain lama sepatutnya jangan cepat merasa selesa dalam pasukan kerana saya hanya memilih pemain yang terbaik," katanya.

Ketika mengulas pandangan pakar dari Jepun mengenai kekura- ngan pasukannya termasuk kurang bekerjasama walaupun memiliki skil individu yang hebat seperti mana dilaporkan akhbar baru-baru ini, Kim Swee dengan tenang memberitahu beliau menghormati pendapat itu.

Namun, pada masa sama katanya, konsentrasi pemainnya tidak akan terjejas dengan komen- komen sebegitu, tambahan pula Jepun sememangnya berada di kelas berbeza berbanding skuad negara.

Gergasi Merah tabik Seladang

Posted:

Gergasi Merah tabik Seladang

Gergasi Merah tabik Seladang

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


MANIAM (jersi merah) tidak mahu pemain Selangor memandang mudah aksi menentang Perak di Stadium Shah Alam pada 10 Oktober ini.


PERTEMBUNGAN dua musuh tradisi, Selangor dan Perak bagi saingan suku akhir Piala Malaysia edisi ke-90 di Stadium Shah Alam pada 10 Oktober ini sememangnya dinanti-nantikan ribuan peminat fanatik kedua-dua pasukan.

Ketika Gergasi Merah (Selangor) boleh mendabik dada dengan rekod juara sebanyak 32 kali, pencapaian Seladang (Perak) juga tidak kurang hebat apabila menjuarai piala berprestij itu sebanyak tujuh kali, sekali gus muncul pasukan ketiga terbanyak menjulang Piala Malaysia di belakang Singapura.

Tatkala Selangor kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2005, Perak sebaliknya dilihat lebih kempunan apabila kali terakhir muncul juara sedekad lalu.

Kali terakhir kedua-dua pasukan berentap di pentas final adalah pada tahun 1972 apabila Gergasi Merah menundukkan Seladang 3-1 di Stadium Merdeka.

Masih kebal dengan rekod tanpa kalah pada edisi kali ini selain menerajui takhta Kumpulan A, keupayaan anak-anak buah Noorizan Bakar menempah slot ke suku akhir tanpa lima tonggak utama yang digantung perlawanan, sememangnya tidak boleh dipandang sebelah mata.

Episod berbeza begitupun menyelubungi kem Selangor yang terpaksa berhempas pulas sebelum muncul naib juara Kumpulan D, selain dilihat terkapai-kapai ditinggalkan bekas jurulatih, K. Devan di pertengahan jalan.

Mujurlah kredibiliti pengganti, P. Maniam berupaya menghadirkan keajaiban saat-saat akhir, sekali gus menyaksikan 'Misi 33' kembali membara.

Senario itu jelas mengundang keyakinan di hati Noorizan yang sebelum ini mengakui tidak melakukan apa-apa persediaan istimewa menjelang pertemuan menentang Selangor nanti.

Nada berbeza pula disuarakan Maniam yang lebih gemar merendah diri, selain mengakui Seladang sememangnya bukan calang-calang pasukan.

"Saya kena akui, Perak memang pasukan berstatus A berbanding Selangor ketika ini kerana memi- liki corak serangan pantas, ter- utamanya di bahagian sayap.

"Namun, ia bukan alasan untuk kami mengaku kalah sebegitu sahaja kerana sudah tentu kami ingin menang dengan jumlah jaringan yang besar bagi menjamin bekalan selesa ke Ipoh nanti (14 Oktober)," katanya kepada Kosmo!

Maniam memberitahu, moral pasukannya masih berada di tahap tertinggi walaupun tunduk 2-4 kepada skuad bawah 23 tahun kebangsaan dalam aksi persahabatan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang kelmarin.

"Ketika ini, saya masih belum membuat keputusan sama ada mahu mengekalkan formasi 4-3-3 yang diperkenalkan sebelum ini, selain tidak pasti dapat menggunakan semula khidmat Khairul Anuar Baharom bagi memperkuatkan benteng lantaran masih belum cergas sepenuhnya," katanya.

Kedua-dua pasukan yang beraksi secara timbal balik di suku akhir bakal berdepan antara fina- lis Piala FA musim ini, Kelantan dan Terengganu di peringkat separuh akhir kelak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Xplorace KL gegar ibu kota

Posted:

Xplorace KL gegar ibu kota

Xplorace KL gegar ibu kota

KERJASAMA yang berkesan antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu cabaran atau teka-teki bakal melayakkan mereka menerima hadiah menarik.


WALAUPUN Kuala Lumpur sudah dikenali seantero dunia, namun pelbagai usaha masih dan akan dilakukan demi menyaksikan ibu negara Malaysia ini terus mengungguli carta destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.

Menyedari itu, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya bakal menganjurkan program Santai Tourism Xplorace KL.

Program berbentuk cabaran perlumbaan yang diadakan dengan kerjasama Red Adventure, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM), AMR dan majalah Santai itu akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur pada 15 Oktober ini.

Menurut Pengarah Urusan Red Adventure, Narimah Samat, 37, Santai Tourism Xplorace KL itu diilhamkan untuk merancakkan lagi usaha mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.


SAMBIL berpeluang melawat lokasi pelancongan, perlumbaan Xplorace KL bakal menduga para peserta dengan pelbagai ujian fizikal yang menyeronokkan.


"Beberapa lokasi tertentu di Kuala Lumpur mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri dan ia perlu diketengahkan supaya lebih dikenali dan berupaya menjadi produk pelancongan berkualiti terutama sekali di taman-taman awam yang setiap satu daripadanya memiliki tarikan tersendiri," katanya.

Acara berbentuk cabaran perlumbaan itu mensasarkan penggiat industri pelancongan tanah air khususnya pihak media, agensi pelancongan, hotel, pengangkutan dan orang awam termasuk syarikat swasta, persatuan-persatuan sukan, individu dan lain-lain.

Mengulas lanjut, katanya, perlumbaan yang menyaksikan satu pasukan mengandungi tiga anggota lelaki dan wanita itu akan bermula di Pasar Seni (Central Market) pada kira-kira pukul 1 petang dan dijangka berakhir sekitar pukul 9 malam.

"Para peserta akan bergerak ke arah destinasi yang telah ditetapkan di sekitar bandar raya dengan menaiki pengangkutan awam, dan mereka perlu menyelesaikan beberapa tugasan di enam lokasi sebelum menuju ke garisan penamat di Taman Tasik Titiwangsa," tambahnya.

Sementara itu, katanya, cabaran perlumbaan itu terbuka kepada penyertaan orang ramai termasuk penggiat industri pelancongan, syarikat korporat dan persatuan sukan.


SETIAP kumpulan yang menyertai perlumbaan ini perlu terdiri daripada tiga orang ahli termasuk wanita.


Setiap pasukan hendaklah mengandungi tiga orang termasuk wanita dengan hadiah wang tunai ditawarkan kepada pemenang tempat pertama sehingga tempat ke-30 termasuk sijil.

Tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM1,500; tempat kedua RM1,000; tempat ketiga RM700; tempat keempat RM500; tempat kelima RM300; tempat keenam hingga ke-10 RM200; tempat ke-11 hingga ke-20 RM100' tempat ke-21 hingga ke-30 RM50, manakala tempat ke-31 hingga ke-40 bakal menerima hamper dan sijil.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi e-mel red.adventure@yahoo.com atau sistem pesanan ringkas (SMS) ke talian 013-2229020.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Fauziah ubah mentaliti masyarakat

Posted:

Fauziah ubah mentaliti masyarakat

Fauziah ubah mentaliti masyarakat

Oleh ALIF ABU BAKAR

PETIKAN indah gambus dan kelunakan suara wanita muda itu mencuri tumpuan orang ramai yang lalu lalang di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang itu.

Solekan nipis dan dres merah paras lutut menyerlahkan keanggunan pemilik bakat istimewa itu yang turut dibantu lima jejaka berpakaian serba hitam dengan gabungan alat muzik tradisional dan moden.

Meskipun ia sekadar sesi fotografi dan wawancara biasa, wanita bernama Fauziah Suhaili, 23, itu tidak menolak permintaan orang awam terutama pelancong asing yang mahu bergambar kenangan dengannya.

Bagi anak kelahiran Bongawan, Papar, Sabah itu, budaya serta adat masyarakat Melayu Brunei yang diajar datuk dan neneknya perlu dipelihara sebaik mungkin dan dipraktikkan tidak kira di mana jua dia berada.

Ia bukan sahaja merangkumi keperibadian diri malah tanpa disedari, wanita yang lebih intim dengan gelaran Fauziah Gambus itu, dianugerahkan kemahiran bermain gambus dan keupayaan vokal berlenggok untuk membawakan lagu-lagu berentak tradisional.

Walaupun pada awalnya ramai yang tidak biasa menyaksikan seorang wanita bermain gambus, lama-kelamaan kehadiran Fauziah bersama usaha menyuntik kembali kesegaran dunia muzik tradisional tanah air, semakin diterima ramai.


KUMPULAN Fucia terdiri daripada anak-anak muda iaitu (belakang, dari kiri) Mohd. Nazrin, Abdillah Firlany Abdul Malik, (duduk, dari kiri) Muhammad Afiq, Fauziah, Ahmad Haziq Ramli dan Azmir Zin.


Benar, selama ini kita memiliki nama-nama besar yang sering memartabatkan gambus di pentas industri seni tempatan seperti Allahyarham Fadzil Ahmad, Ramli Sarip dan M. Nasir, namun kesemua mereka merupakan golongan Adam dan legasi mereka juga dilihat seperti tiada penyambungnya.

Kemunculan Fauziah diibaratkan ramai pihak sebagai srikandi moden yang layak menggalas tugas legenda-legenda sebelum dirinya bagi membawa muzik gambus ke persada global.

"Dahulu, masyarakat terutama orang-orang tua melarang golongan wanita bermain gambus kerana dikatakan alat muzik itu hanya boleh dimainkan golongan lelaki.

"Memandangkan datuk saya juga seorang pemain dan pembuat gambus, saya mengambil kesempatan itu dengan bermain alat muzik itu secara rahsia.

"Saya akan mengamati cara datuk dan kumpulannya, Panca Irama, bermain setiap kali mereka membuat persembahan. Kemudiannya saya akan berlatih sendirian di rumah tanpa pengetahuan datuk," ujar cucu kepada Ismail Matusin itu.

Menyamar lelaki


FAUZIAH pernah menyamar sebagai lelaki bagi menyertai pertandingan bermain gambus.


Kesungguhan Fauziah mendalami muzik gambus bermula ketika dia menyertai satu pertandingan bermain gambus di daerahnya pada usia 13 tahun.

Bagi mengelakkan tentangan datuknya, Fauziah tekad menyamar sebagai seorang peserta lelaki lengkap berbaju Melayu dan menggunakan nama Fauzi sahaja.

"Mujur pertandingan itu tidak menuntut saya untuk menyanyi, jika tidak pasti awal-awal rahsia terbongkar, tetapi akhirnya ia diketahui semua orang apabila saya diumumkan sebagai pemenang pertama.

"Pada awalnya saya khuatir datuk akan marah namun dia turut tumpang gembira dan semenjak itu dia mula mengajar saya bermain gambus secara terbuka," imbau Fauziah.

Dalam keghairahan gadis-gadis lain menyanjungi kehebatan muzik semasa dan barat, Fauziah lebih selesa mendendangkan lagu-lagu ghazal serta setia memetik gambus pemberian datuknya.

Minat mendalam dan jerih-perih Fauziah terbayar akhirnya apabila bakatnya itu sampai ke pengetahuan penyanyi serta pemuzik popular negeri di bawah bayu, Abu Bakar Ellah, yang menjadi individu pertama menerbitkan album solo Fauziah pada 2007.


NAMA Fauziah disebut-sebut ketika mengadakan persembahan khas di Indonesia.


Mengambil elemen masyarakat Melayu Brunei sebagai taruhan untuk album sulungnya, Fauziah sememangnya mahir dengan bahasa dan adat masyarakat tersebut memandangkan dirinya berasal dari rumpun yang sama.

Dalam meniti pengalaman dan merangkul kejayaan, impian Fauziah untuk menyambung pelajaran dalam bidang muzik menjadi kenyataan apabila diterima masuk ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur sejurus selepas album pertamanya dilancarkan.

Jika dahulu Fauziah banyak bergerak solo, namun selepas bertemu pelajar-pelajar sealiran di Aswara, tertubuh pula kumpulan Fucia yang dianggotai enam anak muda termasuk Fauziah yang menyuntik elemen segar dalam muzik tradisional.

"Memang sukar hendak menarik minat orang muda khususnya remaja mendengar dan menghayati keindahan muzik tradisional tetapi jika kena dengan cara ia tidak mustahil dicapai.

"Disebabkan itu, kumpulan saya banyak menyampaikan lagu-lagu moden diiringi muzik tradisional, jadi ia akan tampak lebih menarik dan remaja juga akan mudah menerima pembaharuan itu," ujar Fauziah yang turut menjadi penyanyi utama kumpulannya.

Fauziah tidak menafikan bahawa muzik tradisional seperti gambus sering menarik perhatian golongan berusia. Namun kini katanya, selepas inisiatif kumpulannya membawakan elemen kontemporari dalam persembahan, semakin ramai anak-anak muda mula menunjukkan minat.

Bawa kelainan


FUCIA mengakui bahawa peminat muzik luar negara lebih menghargai muzik tradisional tempatan.


Ahli kumpulan Fucia, Mohd. Nazrin Ahmad Zabidi, 22, menyatakan kelainan yang dibawa kumpulan mereka adalah mengetengahkan muzik tradisional dalam bentuk moden.

"Kalau dinilai berdasarkan audiens, orang luar negara lebih menunjukkan apresiasi terhadap muzik tradisional yang benar-benar asli," jelas pelajar tahun akhir Aswara itu.

Pemain gitar kumpulan itu, Muhammad Afiq Rosli, 22, sedar akan kebangkitan band indie yang sudah terbiasa dalam mata masyarakat lantas membuatkan genre yang dibawa mereka kurang diberi perhatian.

Kelahiran band-band yang diibaratkan bak cendawan tumbuh selepas hujan bagaimanapun tidak menjejaskan usaha kumpulan mereka untuk terus memperjuangkan muzik tradisional kontemporari.

"Walau apapun, kami mempunyai kelebihan yang tidak terdapat pada pemuzik-pemuzik yang hanya bermain muzik moden. Kami mampu membawakan kedua-dua genre moden dan tradisional," kata Afiq.

Nama Fauziah dan Fucia mungkin masih belum mekar sepenuhnya di tanah air ini, namun Fauziah sendiri telah menjadi fenomena di Riau, Indonesia selepas menjayakan beberapa siri persembahan di sana dan sambutan luar biasa yang diterima membuka jalannya mengadakan konsert buat peminatnya di sana.

Selain kebolehan bermain gambus, Fauziah juga berkemampuan membuat gambus sama seperti datuknya. Ketelitian dan kemahiran amat dititikberatkan dalam menghasilkan instrumen klasik itu.

"Terdapat pelbagai jenis gambus sebenarnya di dunia ini dan orang tempatan pula sering menganggap gambus hanya berasal dari Johor.

"Ada gambus dari Arab, Brunei dan Turki. Kesemuanya berbeza mengikut ketebalan bunyi dan daripada segi talinya.

"Jadi proses pembuatan bagi setiap jenis itu juga berbeza dan paling sukar adalah pemilihan kayu. Pembuatan gambus memakan masa selama dua bulan dan paling cepat ia dapat disiapkan dalam tempoh sebulan sahaja," jelas Fauziah.

Pusat kreatif anak autisme

Posted:

Pusat kreatif anak autisme

Pusat kreatif anak autisme


ANAK autisme memiliki keistimewaan luar biasa dalam perkara-perkara tertentu.


ATAS kesedaran bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam perkembangan progresif kanak-kanak autisme, Drypers, jenama lampin pakai buang terkemuka mengumumkan kerjasama jangka panjang bersama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Kerjasama tersebut merangkumi pelantikan NASOM sebagai benefisiari utama bagi semua aktiviti pungutan derma yang dijalankan Drypers.

Matlamat utama ia diwujudkan adalah bagi mengumpul dana untuk melengkapkan Pusat Kreatif yang diadakan bagi membentuk persekitaran lebih baik kepada kanak-kanak persatuan tersebut.

Pusat Kreatif di Setia Alam, Shah Alam, Selangor itu bakal merangkumi aktiviti seni dan kraf tangan, muzik, terapi, drama dan pelbagai lagi aktiviti yang dapat menjana kreativiti kanak-kanak autisme itu.

Menerusi pendedahan aktiviti-aktiviti tersebut, setiap kanak-kanak itu dapat menyerlahkan bakat dan kecenderungan mereka terhadap sesuatu perkara. Secara tidak langsung, ia membantu ibu bapa mengenal pasti keistimewaan anak-anak mereka.

"Ini merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan semua organisasi dan Drypers sendiri memilih NASOM sebagai benefisiari tunggal berdasarkan keperluan persatuan tersebut untuk berkembang.


OMAR GHANI (tengah) menjadi anak kebanggaan Terry Ghani (kiri) dan Rohani Jelani.


"Menerusi pembangunan pusat ini, ibu bapa kepada kanak-kanak autisme juga menerima faedah daripadanya. Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa masih ada kumpulan yang sedar akan kepentingan masa depan anak-anak mereka," ujar Pengurus Pemasaran Kanan SCA Hygiene Marketing (M) Sdn. Bhd., Evelyn Chan.

Pada perasmian kerjasama itu, wakil Drypers telah ditunjukkan karya seni kanak-kanak autisme yang menghasilkan lukisan mengikut tema Drypers, Family Togetherness.

Setiap kanak-kanak itu diminta menterjemahkan definisi keluarga pada mereka dalam bentuk lukisan. Ramai tetamu acara yang tersentuh hati apabila melihat hasil kreatif kanak-kanak tersebut yang benar-benar di luar jangkaan.

Sesungguhnya, label 'lembab' atau 'bodoh' terhadap kanak-kanak autisme tidak boleh diguna pakai langsung kerana majoriti daripada mereka begitu menyerlah dalam bidang kreatif.


BAKAT kanak-kanak autisme akan lebih menyerlah jika didedahkan dengan seni kreatif.


Lukisan-lukisan yang dihasilkan mereka menjadi bukti bahawa mereka masih mampu mendengar arahan dan memahami erti kata keluarga itu.

Gambaran keluarga bahagia menghiasi semua kertas lukisan kanak-kanak itu dengan ibu bapa menjadi teraju utama erti keluarga buat mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa karya mereka adalah setanding dengan kanak-kanak normal lain.

Bermula tahun hadapan, berdasarkan perancangan jangka panjang Drypers dan Nasom, kolaborasi kedua-dua entiti itu bakal menyaksikan penganjuran bengkel jelajah seni dan kraf tangan serta ceramah pendidikan mengenai topik penglibatan keluarga dalam kehidupan kanak-kanak autisme.

Namun, sebelum jelajah itu dilaksanakan, Drypers dan NASOM akan mengadakan acara pungutan derma terlebih dahulu pada November ini bagi kelancaran program tersebut.

Ceramah pendidikan itu akan diadakan di tiga buah lokasi berbeza bagi memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia mempelajari dan memahami maksud sebenar autisme.

Selain itu, walkaton sempena Hari Autisme Sedunia juga akan dilaksanakan pada April 2012. Ia diikuti dengan penganjuran konsert yang menampilkan bakat kanak-kanak autisme dalam bidang nyanyian termasuk kumpulan koir autisme pertama di Malaysia, NASOM Maestros, yang dijadualkan pada Mei tahun depan.

"NASOM amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Drypers kerana bantuan serta sumbangan yang diberikan amat bermakna buat persatuan ini khususnya kanak-kanak autisme ini.

"Aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang tahun depan juga dapat dijadikan platform buat ibu bapa dan orang ramai menyelami dunia pesakit autisme dengan lebih dekat," jelas Pengerusi NASOM, Teh Beng Choon.

Dengar, adakah anak anda berdehit?

Posted:

Dengar, adakah anak anda berdehit?

Dengar, adakah anak anda berdehit?


PENGGUNAAN alat penyedut mungkin tidak ideal buat kanak-kanak kecil.


PERNAHKAH anda mendengar orang yang merungut tentang penyakit asma mereka? Atau ternampak seseorang yang bernafas menggunakan ubat sedut (inhaler)? Meskipun asma bukan penyakit luar biasa, namun ia masih misteri dalam dunia perubatan moden.

Sehingga hari ini, puncanya masih belum diketahui dan tiada ubat untuk menyembuhkannya. Oleh kerana asma merupakan penyakit keturunan yang diwarisi dalam keluarga, kanak-kanak akan cenderung mendapat asma jika mempunyai anggota keluarga yang menghidapnya.

Setiap kanak-kanak mempunyai enam peratus kecenderungan mendapat asma. Namun, ia meningkat kepada 30 peratus jika salah seorang daripada ibu atau bapa menghidapnya, dan 70 peratus jika kedua-dua ibu dan bapa merupakan penghidap asma.

Secara amnya, asma adalah keadaan saluran pernafasan ke paru-paru yang mengecil atau tersumbat buat sementara waktu lalu mengakibatkan gejala seperti batuk, berdehit, pendek nafas dan sesak dada.

Pesakit yang menghidap asma sering menyamakan serangan asma seperti bernafas melalui penyedut minuman di dalam mulut sambil menutup hidung!

Melihat anak anda tiba-tiba tercungap-cungap untuk bernafas adalah pengalaman yang menakutkan bagi ibu bapa, kerana kanak-kanak lebih mudah mendapat serangan asma kerana saluran pernafasan mereka lebih sempit berbanding orang dewasa.

Semua serangan asma memerlukan perhatian dan rawatan perubatan segera. Begitupun, ibu bapa boleh belajar mengenali tanda-tanda amaran awal serangan, seperti:

n Batuk. Adakalanya, batuk merupakan satu-satunya gejala serangan asma. Jika anak anda kerap batuk, terutama sekali pada waktu malam dan tanpa sebarang penyakit lain yang boleh menjadi punca, segeralah membuat pemeriksaan doktor. Jika batuk itu berterusan selama 2 minggu atau lebih tanpa sebab nyata, maka besar kemungkinan si anak sedang diserang asma.

n Bernafas. Jika anak anda sukar bernafas, dengar dengan teliti kerana ini mungkin menandakan dia akan diserang asma. Dengarkan sebarang bunyi berdehit, bunyi nafas yang kuat dan cepat, dan perhatikan sama ada dia bernafas dengan hidung kembang, atau jika dia kerap berdehem. Kanak-kanak penghidap asma juga sering berdehit apabila bernafas secara normal.

n Simptom lain. Periksa sama ada anak anda menunjukkan gejala fizikal lain seperti muntah, berpeluh dan kulit pucat yang boleh menandakan serangan asma. Dia juga mungkin akan mengadu rasa sesak atau tidak selesa di dada.

Pencetus asma

Walaupun asma seringkali diwarisi daripada ahli keluarga, namun kanak-kanak boleh juga mendapat asma daripada pendedahan faktor-faktor persekitaran yang dikenali sebagai asma alahan. Pencetus-pencetus yang boleh mengakibatkan serangan asma mungkin berbeza antara individu.

Bagi sesetengah kanak-kanak, asma menjadi lebih buruk apabila menyedut asap rokok, bau atau udara tercemar, wap cat dan semburan aerosol.

Bahan-bahan ini mudah merengsa bahagian atas dan bawah saluran pernafasan lalu menyebabkan kanak-kanak berdehit, batuk, dan hidung atau mata berair. Asma juga boleh dicetuskan oleh cuaca, pendedahan kepada udara sejuk atau udara terlalu panas.

Antara pencetus dalam rumah yang lazim boleh mencetuskan serangan asma termasuk:

n Bulu haiwan peliharaan, bulu burung, kelemumur, air kencing atau air liur haiwan peliharaan.

n Hama debu dalam rumah.

n Kulat dan spora.

n Tahi dan bangkai lipas.

n Asap tembakau.

n Minyak wangi, semburan rambut, losen wangi.

n Bahan pencuci, racun serangga, wap cat.

Elakkan perengsa

Cara terbaik untuk membantu kanak-kanak penghidap asma adalah dengan mengelakkan pencetus asma mereka. Namun, kadang-kadang pencetus itu tidak boleh dielak dan hanya boleh diuruskan dengan pengambilan ubat.

Kanak-kanak yang bergejala ringan tidak berterusan, iaitu gejala waktu siang kurang daripada seminggu dan gejala waktu malam kurang daripada dua kali sebulan serta akan sihat pada waktu-waktu lain, tidak perlu mengambil ubat untuk jangka panjang.

Kanak-kanak ini hanya akan menggunakan ubat asma apabila diserang asma. Ini dikenali sebagai ubat penyelamat atau pelega (bronkodilator seperti agonis beta tindakan singkat (SABA) dan antikolinergik) kerana ia bertindak cepat untuk membuka saluran pernafasan bagi membenarkan pernafasan.

Kanak-kanak yang mengalami gejala asma waktu siang lebih dari sekali seminggu, gejala malam lebih dari dua kali sebulan dan mengalami serangan asma yang mengganggu tidur serta aktiviti lebih daripada sekali sebulan akan memerlukan rawatan jangka panjang, iaitu ubat pencegah dalam bentuk sedutan kortikosteroid.

Ubat ini perlu diambil setiap hari bagi mencegah keradangan dan serangan asma. Sekiranya masih tidak terkawal walaupun dengan mematuhi pengambilan ubat sedutan kortikosteroid, maka satu ubat pengawal akan ditambah dalam bentuk agonis B2 tindakan lama atau antileukotriene.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mengikuti terapi jangka panjang perlu kerap berjumpa doktor untuk menilai gejala dan kawalan asmanya serta untuk menyelaras dos ubat dari semasa ke semasa.

Ubat asma paling kerap adalah semburan alat penyedut yang ditekup pada mulut dan ditekan untuk melepaskan kabut ke dalam paru-paru apabila menarik nafas. Kanak-kanak tidak digalak menggunakan ubat sedutan teknik ini kerana ia memerlukan kordinasi.

Mereka perlukan alat corong dengan topeng mulut. Ubat ini akan mengembangkan saluran pernafasan untuk memudahkan kanak-kanak bernafas. Terapi penyedutan merupakan jenis ubat pilihan berbanding ubat makan, kerana ubat yang disedut boleh sampai terus ke paru-paru, dengan hanya sedikit atau tiada kesan sampingan.

Bukan mudah bagi seisi keluarga jika mempunyai anak yang menghidap asma. Namun demikian, dengan langkah berjaga-jaga dan pengurusan yang betul, anda sekeluarga boleh hidup dalam keadaan yang hampir normal.

Ramai kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya daripada asma atau kurang mengalami serangan yang teruk apabila lebih besar. Doktor percaya, saluran pernafasan kanak-kanak akan lebih luas apabila mereka lebih besar dan ini memudahkan udara keluar dan masuk lantas mengurangkan kekerapan mereka diserang asma.

Sementara itu, jangan pandang remeh tentang penyakit asma dan sentiasa pastikan ubat anak anda tidak jauh daripada anda. Asma yang tidak dikawal boleh menyebabkan serangan yang lebih teruk dan boleh membawa maut jika tidak segera diberi rawatan kecemasan yang betul.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tipu: Kontraktor, juruteknik JKR dipenjara

Posted:

Tipu: Kontraktor, juruteknik JKR dipenjara

Tipu: Kontraktor, juruteknik JKR dipenjara

07/10/2011 3:12pm

BUTTERWORTH - Dua lelaki, masing-masing kontraktor dan juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) dikenakan hukuman penjara empat tahun mulai hari ini dan denda RM144,709.65 atas kesalahan membuat tuntutan palsu pada 2005.

Hakim Mahkamah Sesyen Ikmal Hishan Ahmad Tajuddin menjatuhkan hukuman berkenaan setelah mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh.

Beliau juga menetapkan agar kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan pada hari ini dan sekiranya gagal mereka boleh dikenakan hukuman penjara empat bulan.

Tertuduh pertama, Ramli Bakar, 52, seorang kontraktor didakwa membuat tuntutan palsu RM40,303.06 bagi kerja-kerja pemasangan pagar, manakala tertuduh kedua Abdul Rashid Abdullah, 57, seorang juruteknik di JKR Seberang Perai Utara (SPU) dituduh bersubahat dengan memperakui tuntutan yang dibuat Ramli.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada Julai 2005 dipejabat JKR, SPU.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib manakala tertuduh diwakili peguambela R.S.N Rayer. - Bernama

Facebook JBPM inisiatif dekati masyarakat

Posted:

Facebook JBPM inisiatif dekati masyarakat

Facebook JBPM inisiatif dekati masyarakat

07/10/2011 2:55pm

KUALA LUMPUR - Pewujudan akaun laman sosial Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bukan sekadar ikutan trend masa kini tetapi satu inisiatif bagi mendekatkan pasukan itu dengan masyarakat.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata pewujudan akaun laman sosial itu membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan orang ramai berkomunikasi.

"Dengan adanya laman sosial ini, orang ramai boleh berinteraksi dengan jabatan kita... Ia dapat memasyarakatkan perkhidmatan bomba dan berkongsi idea bagaimana nak pertingkatkan kualiti keselamatan kebakaran di kawasan komuniti masing-masing," katanya.

Terdahulu, Wan Mohd. Nor melancarkan majlis Sambutan Hari Inovasi, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, penyerahan sijil pesara dan pelancaran Facebook JBPM Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Seramai 70 anggota JBPM dianugerahkan sijil khidmat cemerlang bersama enam anggota yang telah bersara.

Akaun Facebook JBPM WP diaktifkan pada Julai lepas dengan menggunakan nama 'Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur'. -- Bernama

Samun van di Ijok, pengawal direman

Posted:

Samun van di Ijok, pengawal direman

Samun van di Ijok, pengawal direman

07/10/2011 2:46pm

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan empat lelaki pengawal keselamatan yang bertugas mengawal sebuah van syarikat keselamatan membawa wang tunai RM2.2 juta yang dirompak di Stesen Petronas Ijok, Kuala Selangor semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah memberitahu satu sidang media di sini hari ini bahawa kesemua pengawal keselamatan yang berusia antara 19 hingga 30 tahun itu ditahan di Ijok pada pukul 2.30 petang semalam.

"Setakat ini mereka dianggap sebagai suspek, dan ditangkap bagi tujuan siasatan ...kita ada asas buat tangkapan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian rompakan semalam, polis menerima maklumat pada pukul 9.45 pagi van itu yang membawa wang tunai untuk dimasukkan ke mesin-mesin ATM telah disamun oleh lima lelaki di mana salah seorang daripada suspek kelihatan seperti lelaki dari benua Afrika dan empat daripadanya dipercayai warga tempatan.

Mohd. Adnan berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan menggunakan senjata api. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Legenda Apple meninggal dunia

Posted:

Legenda Apple meninggal dunia

Legenda Apple meninggal dunia


SEORANG wanita bertafakur sebagai tanda menghormati pemergian pengasas bersama Apple, Steve Jobs di luar sebuah premis Apple di Tokyo, Jepun semalam.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat, Apple Inc., Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser pankreas kelmarin.

Dianggap pencetus revolusi budaya moden menerusi ciptaannya seperti iPod, iPhone dan iPad, kematian Jobs berlaku ketika Apple Inc. berada di kemuncak kegemilangannya sebagai pengeluar gajet telekomunikasi terbesar di dunia.


Steve Jobs


"Kami semua sedih mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia semalam," kata pembuat gajet yang berpangkalan di California dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli lembaga pengarah Apple.

Tambah mereka, Apple kehilangan seorang pemimpin yang berwawasan dan genius, manakala dunia pula kehilangan seorang manusia yang menakjubkan.

"Steve meninggalkan sebuah syarikat yang hanya dia boleh membinanya. Semangatnya akan terus wujud sebagai asas kepada Apple," kata pengendali Apple sejak Jobs bercuti sakit sejak Januari lalu, Tim Cook.

Cook dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak Ogos lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga Jobs, beliau meninggal dunia dalam keadaan aman sambil dikelilingi ahli keluarganya.

Apple memberi penghormatan kepada legenda Lembah Silikon itu dengan memaparkan gambar hitam putihnya yang berjambang dan memakai cermin mata bulat serta baju berkolar di home pagenya bersama tulisan 'Steve Jobs - 1955-2011'.


MESEJ bermaksud "Terima kasih Steve" ditulis di tingkap kaca kedai Apple Store di Santa Monica, California, Amerika Syarikat. Kematian Steve Jobs ditangisi oleh peminat gajet di seluruh dunia.


Apabila pengunjung mengklik pada gambar tersebut, mereka akan dibawa kepada mesej yang ditulis Cook sebagai peringatan kepada Jobs.

Peminat Apple juga dijemput berkongsi memori, ingatan dan salam takziah mereka dengan menghantar pesanan kepada remeberingsteve@apple.com.

Legenda gajet itu dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Franciso oleh seorang ibu tunggal dan diambil sebagai anak angkat oleh satu pasangan di Mountain View ketika baru berusia beberapa hari.

Beliau berusia 21 tahun apabila mencipta Apple Computer bersama Steve Wozniak, 26, di garaj keluarganya pada tahun 1976.

Di bawah Steve, syarikat tersebut memperkenalkan komputer Apple pertama dan kemudiannya Macintosh yang menjadi popular pada tahun 1980-an.

Jobs meninggalkan Apple pada 1985 selepas berlakunya perebutan kuasa. Jobs kemudian memulakan syarikat NeXT Computer yang mengkhusus dalam perisian stesen kerja yang canggih untuk perniagaan.

Sejak itu, kegemilangan Apple pudar. Namun ia kembali pulih pada tahun 1996 apabila Apple membeli NeXT Computer pada harga $429 juta (RM1.2 bilion).

Apple semakin kukuh apabila Jobs merombak strategi Macintosh, merevolusi budaya moden dan melancarkan pasca era komputer peribadi yang memberi laluan kepada alat mudah alih pintar seperti iPod, iPhone dan iPad.

Jobs meninggalkan seorang balu, Laurene dan tiga orang anak. - AFP

Produk terbaik keluaran Apple

Posted:

Produk terbaik keluaran Apple

Produk terbaik keluaran Apple


KOMPUTER tablet iPad mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.


SAN FRANCISCO - Senarai produk terbaik dan terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat maklumat dan komputer gergasi, Apple di bawah pengasasnya, Steve Jobs.

1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.

2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.

3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.

4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.

5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.

6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas. - AFP

Cabaran besar buat Tim Cook

Posted:

Cabaran besar buat Tim Cook

Cabaran besar buat Tim Cook

SAN FRANCISCO - Kematian pengasas Apple, Steve Jobs menimbulkan kebimbangan sama ada syarikat yang berpangkalan di California itu akan dapat terus bertahan tanpa pemimpin tersebut.

Malah, Tim Cook (gambar) yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple dilihat bakal berdepan dengan pelbagai tekanan dan cabaran selepas dia memperkenalkan iPhone 4 yang dinaik taraf, bukannya merombak gajet popular tersebut, di samping situasi saham yang tidak menentu, walaupun ia menunjukkan pemulihan.

"Saya mahu kamu semua yakin bahawa Apple tidak akan berubah. Steve telah membina sebuah syarikat dan budaya yang yang berbeza di dunia. Kita akan berpegang kepada prinsip tersebut kerana ia ada dalam DNA kita," kata Cook kepada para kakitangan Apple. Cook dianggap sebagai arkitek kepada strategi jualan produk Apple yang genius.

Menurut penganalisis teknologi, cabaran utama yang perlu dihadapi Cook adalah untuk mengekalkan reputasi Apple dengan memperkenalkan gajet berinovasi.

"Dia telah bersama Apple sejak 1988 dan terkenal kerana membuat pembaharuan terhadap proses pengeluaran syarikat serta membantu mengembalikan keuntungan kepada Apple," kata penganalisis bebas, Carmi levy merujuk kepada Cook.

Meskipun Cook tanpa Steve, beberapa penganalisis berkata, syarikat itu akan terus berkembang berikutan pengemar iPhone semakin meningkat. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved