Isnin, 3 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Baca@ LRT acara sulung

Posted:

Baca@ LRT acara sulung

Baca@ LRT acara sulung

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

DI satu sudut sebuah kedai buku, kelihatan sekumpulan anak muda tekun meneliti dan membelek beberapa buah buku yang berada di hadapan mereka. Kebanyakan mereka memilih buku bergenre serius seperti motivasi, perniagaan, sastera dan sebagainya.

Malah, wajah masing-masing juga begitu teruja apabila melihat deretan buku koleksi terbaharu yang dipamerkan di rak-rak buku kedai tersebut.

Satu persatu buku itu dicapai lantas lembaran demi lembaran diselak bagi mengetahui sekali imbas tentang kandungan yang terdapat di dalamnya.

Sesekali ada dalam kalangan mereka yang berkongsi buku yang diminati sambil melahirkan pendapat mengenai keistimewaan karya penulisan berkenaan.

Itu antara situasi spontan yang dapat disaksikan apabila insan-insan penting sebuah gerakan bawah tanah dikenali sebagai Baca@ yang bermatlamat mengajak masyarakat menyuburkan tabiat membaca tanpa mengira usia berkumpul di bawah satu bumbung.

Salah seorang pengasasnya, Zamri Mohamad, 32, berkata, gerakan Baca@ merupakan satu idea spontan yang timbul sewaktu mengadakan perbincangan ringkas bersama rakan-rakan di sebuah bilik latihan kecil Learning Station di Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur awal Januari tahun lalu.

Dalam perbincangan tersebut, mereka sepakat memilih pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai wadah atau platform untuk memulakan gerakan murni itu.

"Perkataan LRT timbul dalam perbualan membabitkan isu-isu sekitar yang berbangkit dan berkaitan mencipta satu kelainan positif dalam masyarakat. Satu kelainan yang baik dan memberi kesan positif pada semua. Juga satu kelainan yang mendorong orang lain bersama-sama dalam satu kumpulan untuk menyuarakannya.

"Daripada situlah lahirnya gerakan Baca@LRT iaitu satu usaha gila-gila yang melibatkan penggemar buku dan pendukung bahan bacaan berkualiti mempromosikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat," jelas Zamri yang merupakan penulis buku sepenuh masa dan pengasas kursus penulisan.com ketika ditemui Kosmo! di Petaling Jaya baru-baru ini.

Keberanian luar biasa

Selain Zamri, gerakan tersebut turut diasaskan oleh Irfan Jani, 32, pemilik syarikat penerbitan Mazni Irfan Sdn. Bhd., Izwan Wahab, 32, seorang pengatur cara sistem dan Haeqal Zulkarnain, 31, yang bertindak sebagai pengarang.


DUA kanak-kanak ini tekun membaca buku di perpustakaan Rumah Anak Yatim Nurhidayah di Taiping, Perak yang disediakan oleh gerakan Baca@.


Bagi mereka berempat, kempen membaca sebenarnya memerlukan suntikan lebih segar, bersifat spontan dan diadakan tanpa acara rasmi seperti memotong reben, menjemput tetamu kehormat dan sebagainya.

Sebaliknya, ia satu usaha gila-gila yang memerlukan keberanian luar biasa untuk melakukannya bersama bagi memberi mesej jelas kepada orang ramai terhadap apa yang mereka percaya.

Rentetan daripada itu, rangkaian laman sosial Facebook menjadi platform gerakan ini diasaskan dengan penganjuran acara sulung Baca@LRT pada 16 Januari 2010 yang mencatat sejarah tersendiri.

"Walaupun kami hanya menyasarkan 70 peserta untuk hadir dalam aktiviti sulung membaca di dalam LRT, tetapi jumlah yang hadir melebihi jangkaan. Seramai 150 peserta hadir memberikan sokongan. Acara itu bermula dari terminal LRT Putra, Gombak ke stesen Kelana Jaya," terang Zamri sambil memberitahu tagline gerakan Baca@ adalah Membaca itu Cool.

Rentetan daripada sambutan yang menggalakkan terhadap kempen membaca tersebut, beberapa individu kemudian tampil dengan idea mengasaskan kumpulan tertentu di bawah gerakan Baca@ bagi meluaskan lagi ruang lingkup mereka.

Ruang bacaan

Ini termasuklah penubuhan kumpulan Baca@Komuter, Baca@Sekolah, Baca@Masjid, Baca@Perhentian Bas, Baca@Hutan dan sebagainya.

Bagi Azzah Abdul Rahman, 32, pengasas kumpulan Baca@Komuter dan Baca@Sekolah, dia banyak menggerakkan kumpulan ini di sekitar Negeri Sembilan.

"Program Baca@Komuter contohnya diadakan sebagai sambungan daripada projek Baca@LRT yang khusus untuk masyarakat di bandar. Tetapi di dalam komuter yang menghubungkan antara bandar, masa penumpang berada di dalamnya lebih panjang.

"Acara pertama di bawah gerakan Baca@Komuter telah kami anjurkan pada 20 Februari 2011 dengan perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur Sentral dan KLCC. Program ini kami adakan dengan kerjasama Kelab Tidur Dengan Buku (KTDB)," jelas Azzah yang juga merupakan seorang penulis.


GERAKAN Baca@ ditubuhkan dalam usaha menggalakkan masyarakat agar menyuburkan budaya membaca tanpa kempen bersifat rasmi.


Tambahnya, melalui kumpulan Baca@Sekolah pula, ia mempunyai objektif untuk membantu rumah-rumah kebajikan mewujudkan ruang bacaan mereka sendiri. Melalui kumpulan ini, mereka berjaya melaksanakan dua program amal iaitu di Rembau, Negeri Sembilan dan Yayasan al-Jenderami di Selangor.

"Melalui program tersebut, kami menyumbang buku daripada dana kutipan sendiri dan sumbangan syarikat tertentu. Apa yang pasti, pihak kami akan memberi buku-buku baru kepada mereka kerana mahu mewujudkan ruang bacaan terbaik untuk anak-anak tersebut.

"Dalam konteks sumbangan, kami tidak menerima wang tunai sebaliknya hanya buku semata-mata. Jika mahu melihat aktiviti kami, anda boleh berbuat demikian dengan melayari Facebook/baca@sekolah dan baca@komuter," kata pemilik kedai buku BACHA di Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.

Sementara itu, Asyraff Hafdzan Abdullah, 29, memberitahu, apabila melihat kejayaan rakan-rakan dalam gerakan Baca@ ini, dia terus mendapat idea untuk mewujudkan pula kumpulan Baca@Masjid.

Ujar Asyraff, dia mendapat inspirasi daripada seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Ibu Kartini yang berusaha membina sebuah masjid di Johor. Kegigihan wanita itu berusaha selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil dan dia berjaya mendirikan sebuah masjid yang diimpikan.

Melabel buku

"Kisah ini diceritakan oleh sahabat saya, Irfan Jani dan selepas mengadakan perbincangan di koridor sekolah, saya terus mendapat ilham untuk menubuhkan gerakan Baca@Masjid bermula Disember tahun lalu," katanya.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah projek menyusun dan melabel buku di Masjid Bukit Indah, Ampang.

"Kita sedia maklum buku-buku agama mempunyai pelbagai bidang dan disiplin. Jadi, ia memerlukan kepada kepakaran untuk menyusun bahan bacaan tersebut untuk kemudahan para jemaah.

"Aktiviti ini turut dibantu oleh sukarelawan dan ahli kumpulan Baca@Masjid. Mereka juga ada menyumbang beberapa kotak buku bercorak agama kepada pihak masjid," tutur Asyraff.

Bagi perancangan akan datang, pihaknya akan cuba mewujudkan skim wakaf Baca@Masjid kepada mereka yang berminat. Cuma, ia bukan sekadar mewakafkan al-Quran atau buku-buku agama tetapi juga melibatkan barang keperluan seperti sejadah, telekung atau kit pengurusan jenazah.

Seorang lagi rakan Zamri, Iskandar Syah Ismail, 35, pula bertindak mengasaskan penubuhan perpustakaan sebenar di rumah-rumah anak yatim bermula sejak tahun 2007 dengan cara menyumbang buku.

Hingga kini, mereka telah berjaya menyiapkan sudut perpustakaan di 16 buah rumah anak yatim di seluruh negara.

Populariti forcado wanita

Posted:

Populariti forcado wanita

Populariti forcado wanita


PARA pelawan lembu ini sedang berdoa sebelum menyahut cabaran pertandingan.


USIANYA baru mencecah 17 tahun. Tetapi, nama Susana Frieza kini mula menjadi sebutan ramai apabila menjadi pengasas kepada sekumpulan wanita forcado yang menundukkan lembu jantan dengan tangan kosong.

"Sebagai wanita, perasaan takut pastinya ada. Namun, kita dapat belajar mengawal perasaan takut dan kemudian ia menjadi semakin mudah.

"Tiada perasaan yang dapat dibandingkan dengan pengalaman berdepan dengan seekor lembu jantan seterusnya berjaya menundukkannya," kata Frieza, gadis kelahiran Benavente, sebuah pekan kecil di bahagian tengah Portugal yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Lisbon.

Ternyata kemahiran dan kebolehan luar biasa Frieza berjaya menarik perhatian peminat sukan ekstrem tersebut.

Perlawanan menentang lembu jantan dalam kalangan rakyat Portugal adalah berbeza dan kurang ngeri berbanding di Sepanyol yang memerlukan matador menikam mati lembu jantan tersebut jika mereka berjaya memenangi pertandingan.

Tanpa senjata

Dalam acara melawan lembu di Portugal, lapan orang forcado lelaki mencabar lembu jantan secara langsung tanpa sebarang senjata di tangan mereka. Selain itu, bagi mengelak sebarang kecederaan teruk, tanduk lembu jantan berkenaan akan dibalut dengan kulit.

Lelaki di bahagian hadapan akan melakukan provokasi ke atas lembu jantan untuk menarik perhatiannya atau disebut pega de cara (tangkapan muka). Kemudian, dia akan mengikat kepala lembu dan rakan yang lain cuba menjatuhkan haiwan tersebut. Sukan itu dikendalikan oleh persatuan amatur.


SEORANG forcado wanita sedang menjalani latihan menumpaskan seekor lembu jantan.


Selain Frieza, ayah dan abang sulungnya juga merupakan forcado. Dia pernah berjaya menjinakkan seekor lembu jantan buat kali pertama pada usia 12 tahun apabila dibawa ke sebuah karnival tempatan oleh abangnya, Luis.

"Dalam sebuah pertandingan kecil-kecilan yang dianjurkan dengan perkampungan bersebelahan, mereka membuat keputusan untuk meletakkan seorang gadis kecil untuk berhadapan dengan seekor lembu jantan.

"Siapa sangka akhirnya adik saya berjaya memenangi perlawanan tersebut," jelas Luis, 23, sambil ketawa apabila mengenangkan peristiwa bersejarah itu.

Pada tahun 2008, Frieza mula mewujudkan pasukan forcado yang terdiri daripada golongan wanita. Bermula dengan sekadar mencuba, lama-kelamaan pasukan itu mula menjadi sebutan.

Walaupun mereka hanya berhadapan lembu jantan yang lebih kecil dengan berat di antara 200 hingga 300 kilogram (kg) berbanding 500kg atau lebih bagi lelaki, namun reputasi kumpulan tersebut semakin tersebar luas ke seluruh negara.

Sejak kemunculan pertama melawan lembu jantan dalam pertandingan antara kampung, Frieza semakin galak menambah rekod kejayaannya.

Pada usia 15 tahun, dia berjaya menunjukkan seekor lembu jantan seberat 420kg. Ibunya, Rosalia yang turut berbangga dengan pencapaian Frieza berkata: "Dia akan menutup mulut orang yang mentertawakan dirinya ketika dia dia memasuki gelanggang".

"Sukar untuk menggambarkan apa yang saya rasa ketika itu. Ia begitu bermakna," tutur Frieza mengingati saat kemenangannya.

Alami kecederaan

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan yang dicapai, Frieza tidak terlepas daripada mengalami kecederaan ketika berlawan dengan lembu jantan.


FORCADO wanita di Portugal ini bersiap di bilik persalinan sebelum memasuki gelanggang.


Bulan Julai lalu, hidungnya berdarah kerana ditendang sebanyak dua kali oleh seekor anak lembu jantan. Namun, kejadian itu bukan penghalang untuknya meneruskan kerjaya tersebut.

"Lebih banyak anda cedera, lebih kuat anda berazam untuk menundukkan mereka," tegasnya tanpa rasa gentar.

Bagi Clara Pedro, seorang penduduk di Lisbon yang kali pertama mengambil bahagian dalam acara tersebut di Benavente, Frieza dianggap pahlawan wanita yang disanjungi.

"Frieza melambangkan keberanian seorang wanita dan dia menjadi inspirasi kepada para wanita di luar sana," ucap Pedro.

Perlawanan pertama Pedro yang berlangsung Sabtu lalu tidak berjalan dengan baik. Dia ditendang di bahagian lutut oleh seekor anak lembu jantan seberat 200kg dan perlu dibawa ke hospital.

Selain Pedro, Frieza mempunyai puluhan wanita muda yang bersemangat untuk terus beraksi.

"Ia satu perkembangan yang hebat. Ia lebih baik dari yang saya fikirkan," ungkap Frieza terhadap sambutan yang diterima daripada wanita yang mahu menjadi forcado. - AFP

Ramah raya UP&D

Posted:

Ramah raya UP&D

Ramah raya UP&D


HASHIM (berdiri) bermesra dengan tetamu seperti Firdaus (dua dari kanan) dan Zainuddin (kanan) di majlis rumah terbuka UP&D.


WALAUPUN 1 Syawal sudah sebulan berlalu namun, kemeriahan Aidilfitri masih terasa melalui rumah-rumah terbuka yang diadakan di seluruh negara. Anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) juga tidak ketinggalan menganjurkan Majlis Ramah Raya untuk mengeratkan silaturahim sesama Muslim.

Dengan kehadiran lebih 200 tetamu majlis tahunan itu dihadiri oleh kakitangan, penulis, pencetak dan pengedar yang selama ini telah banyak menyumbang kepada kejayaan syarikat dalam mencapai objektifnya.

Majlis tersebut diadakan di pejabat UP&D di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur pada 19 September lalu bermula sejak pukul 2.30 petang.

Selain pelbagai menu yang terhidang para tetamu juga berpeluang berkenalan dengan penulis-penulis terkenal atau tokoh sastera tanah air dengan lebih dekat.

Salah seorang penulis yang banyak berkolaborasi dengan UP&D, Hasma Noor Basir, 66, mengakui banyak pengalaman berharga yang diperoleh sepanjang bekerjasama dengan syarikat tersebut. Selaku penulis untuk lima buah buku yang diterbitkan oleh UP&D, iaitu Biskut Klasik, Hidangan Tradisi Pulau Pinang, Kek & Puding, Talam Klasik Malaysia dan Kuih Klasik Malaysia, Hasma menyampaikan rasa keterujaan beliau pada majlis tersebut.

"Sambutan yang diterima untuk buku-buku tulisan saya amat baik dan menggalakkan. Ini memberikan dorongan dan semangat untuk saya terus berkarya.

"Undangan Ramah Raya UP&D hari ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada UP&D yang banyak membantu saya mempertahankan ciptaan Melayu zaman berzaman," ujar beliau.

Seorang lagi penulis baru yang turut menghadiri majlis tersebut ialah Azizah Abdul Majid, 70. "Ini merupakan kali pertama saya menyertai majlis Ramah Raya UP&D. Saya berasa gembira dan terharu dengan undangan ini," kata beliau.


ZAINUDDIN (kiri) bersalaman dengan kakitangan UP&D pada Majlis Ramah Raya syarikat itu baru-baru ini.


Azizah sebelum ini menerbitkan sebuah buku masakan berjudul Masakan Minang bersama UP&D. Bekas guru yang telah berkhidmat selama lebih 33 tahun itu mendapat dorongan menghasilkan buku yang mengandungi 43 resipi lauk-pauk, sambal, sayur, kuih dan kek datangnya daripada ahli keluarga serta rakan-rakan beliau.

"Melihatkan cucu-cucu saya menunjukkan minat dalam bidang masakan terdetik hati saya untuk meninggalkan sesuatu sebagai rujukan kepada mereka setelah ketiadaan saya kelak."

"Rakan-rakan juga sering meminta resipi masakan Minang daripada saya. Justeru, ia menyuntik semangat untuk saya menghasilkan sebuah buku resipi masakan. Tambahan pula sahabat-sahabat di Utusan Melayu juga banyak mendorong," jelas anak kelahiran Bidor, Perak itu lagi.

Penulis-penulis lain yang turut memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Chef Faiz, Yon Abu Bakar, Yahya Salim, Amina Noor dan Sri Rahayu Mohd. Yusop.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif UP&D, Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar berkata, majlis tersebut selain bertujuan merapatkan silaturahim sesama mereka turut diadakan sebagai salah satu platform untuk menjalin kerjasama lebih erat pada masa akan datang.

"Saban tahun kita tidak ketinggalan mengadakan majlis sebegini untuk bermaaf-maafan dan mengenali lebih dekat antara satu sama lain. Selain dapat bermesra dan bertukar-tukar pandangan, majlis ini dapat mengumpul pesara yang pernah bertugas di UP&D serta bekas kakitangan yang telah berkhidmat di syarikat UP&D."

Antara menu istimewa yang dihidangkan pada Majlis Ramah Raya UP&D 2011 itu ialah kambing panggang, soto, sate, lemang, rendang, rojak, cendol, roti jala dan sebagainya.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; bekas pengerusi UP&D, Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


70 pelajar terima sumbangan Yayasan Pendidikan Bandar Tun Razak

Posted:

70 pelajar terima sumbangan Yayasan Pendidikan Bandar Tun Razak

70 pelajar terima sumbangan Yayasan Pendidikan Bandar Tun Razak


YIN KEE (kanan) menyampaikan geran bantuan kepada wakil penerima sumbangan Yayasan Pendidikan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUMBANGAN. Yayasan Pendidikan Bandar Tun Razak menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM120 kepada seramai 70 pelajar yang mengikuti Program Skor A di bawah program pendidikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengerusi yayasan itu, Chew Yin Keen berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar yang berasal daripada keluarga yang kurang mampu.

"Bantuan ini disalurkan untuk membantu meringankan beban ibu bapa pelajar untuk membayar yuran Program Skor A yang diadakan baru-baru ini," katanya pada majlis penyerahan sumbangan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurutnya, peruntukan itu diberikan kepada persatuan penduduk yang mengadakan kelas tuisyen di kawasan masing-masing bagi membiayai elaun tenaga pekerja, peralatan yang digunakan dalam kelas serta bayaran bil elektrik.

Sekolah Parlimen Batu dapat komputer 1Malaysia

Posted:

Sekolah Parlimen Batu dapat komputer 1Malaysia

Sekolah Parlimen Batu dapat komputer 1Malaysia


MOHD. PUAD (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar sekolah menengah pada majlis penyampaian komputer Netbook 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUMBANG. Sebanyak 550 komputer Netbook 1Malaysia diberikan kepada pelajar-pelajar yang terpilih daripada 11 buah sekolah menengah di kawasan Parlimen Batu, Kuala Lumpur.

Majlis penyerahan telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul baru-baru ini.

Menurut Mohd. Puad, melalui komputer riba itu, para pelajar akan dapat menimba ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menyeluruh kerana para pelajar kini bukan sahaja dapat menimba ilmu melalui buku teks malah melalui jalur lebar yang membekalkan informasi terkini.

"Melalui kemudahan ini, ia memudahkan pelajar untuk menimba ilmu pada bila-bila masa," katanya.

Beliau menasihatkan para pelajar agar menggunakan komputer riba dengan tujuan yang betul supaya usaha kerajaan memupuk generasi muda berilmu tidak sia-sia.

Tiga penyelidik USM rangkul emas

Posted:

Tiga penyelidik USM rangkul emas

Tiga penyelidik USM rangkul emas


SEBAHAGIAN daripada penyelidik USM yang menyertai Pecipta 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


CEMERLANG. Tiga penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merangkul pingat emas pada Pertandingan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Prof. Zainal Arifin Ahmad dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral menyumbang emas melalui produk penyelidikan bagi kategori Sains Gunaan.

Dua lagi pingat emas disumbangkan oleh Prof. Madya Kamal Zuhairi Zamli dan Prof. Madya Dr. Cheong Kuan Yew.

Selain emas, USM yang menghantar 14 produk penyelidikan daripada 253 produk yang dipertandingkan, berjaya membawa pulang lima perak dan dua gangsa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lengan murid lebam dicubit ustazah Kelantan

Posted:

Lengan murid lebam dicubit ustazah Kelantan

Lengan murid lebam dicubit ustazah Kelantan

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

ROSMAWATI (kiri) melihat kesan lebam pada lengan Sarifah Amirah akibat dicubit seorang ustazah di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Gara-gara membelek kamus bergambar dalam kelas mata pelajaran agama, seorang murid tahun dua sebuah sekolah dekat sini dikatakan dicubit sehingga lebam pada lengan kanan oleh seorang ustazah kelmarin.

Mangsa, Sarifah Amirah Muhammad Khairuddin, 8, memberitahu, kejadian berlaku ketika kelas Agama Islam kira-kira pukul 10.15 pagi.

Menurutnya, ustazah berkenaan telah memberi dua latihan kepada murid-murid untuk disiapkan di dalam kelas.

"Selepas menyudahkan satu latihan, saya membelek kamus bergambar tetapi ustazah telah memarahi saya kerana tidak membuat latihan yang diberikan. Dia merampas kamus tersebut.

"Dia mencubit lengan kanan saya dan kepala saya ditonyoh sebelum hidung ditarik menyebabkan saya menangis kerana sakit dan malu dengan rakan-rakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jaafar di sini semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Rosmawati Shaari, 32, berkata, dia menyedari kejadian tersebut selepas anaknya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.

Jelasnya, abang iparnya, Muhammad Faisal Abdullah, 37, yang mengambil Sarifah Amirah memberitahu anaknya menangis kerana dicubit oleh ustazah..

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kembar Siam dipindah ke HKL

Posted:

Kembar Siam dipindah ke HKL

Kembar Siam dipindah ke HKL

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


KEMBAR Siam Nur Shazwanie (kanan) dan adiknya, Nur Shazrinie dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.


KUALA TERENGGANU – Pasangan kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie, yang ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan susulan.

Bapa bayi itu, Zulkifli Ngah, 41, berkata, keputusan untuk memindahkan anak ketiga dan keempatnya itu dibuat bagi membolehkan mereka menjalani imbasan dan rawatan lebih rapi.

Beliau sendiri menyertai kedua-dua anaknya itu ke Kuala Lumpur untuk mengikuti perkembangan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk operasi pembedahan.

"Kami akan bertolak pukul 11 malam ini (malam tadi) dan saya hanya berharap agar anak saya selamat menjalani imbasan di HKL nanti," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai keadaan pasangan Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie yang dilahirkan bercantum pada bahagian pusat hingga dada ketika dilahirkan pada 22 September lalu.

Ketika dilahirkan, anak kepada pasangan Zulkifli dan Noraini Mohammad, 32, itu mempunyai berat empat kilogram, namun pihak hospital masih belum mengesahkan sama ada percantuman itu melibatkan organ penting.

"Ketika imbasan pertama dibuat, doktor memaklumkan yang kedua-dua anak saya berkongsi hati dan jantung, namun selepas imbasan kedua, nampak macam mereka tidak berkongsi jantung," jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Akta ganti ISA jamin hak rakyat

Posted:

Akta ganti ISA jamin hak rakyat

Akta ganti ISA jamin hak rakyat

KUALA LUMPUR – Dua akta baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal memberi perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, langkah itu membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan lebih baik dan dihormati oleh negara lain.

"Jentera kerajaan memang berdiri teguh dan menyokong tindakan kerajaan untuk membatalkan ISA dan diganti dengan dua akta baharu.

"Akta baharu itu akan mengambil langkah untuk mencari perimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan keamanan awam," katanya pada sesi soal jawab semasa Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai instrumen atau undang-undang bagi membendung masalah yang sebelum ini diletakkan di bawah peruntukan ISA.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


10,000 orang menari serentak

Posted:

10,000 orang menari serentak

10,000 orang menari serentak

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

SEKITAR pukul 5.30 petang pada 24 September lalu di tengah-tengah kesibukan pusat komersial di ibu negara, sebuah lautan manusia yang rata-ratanya remaja sudahpun tertunggu-tunggu saat memulakan langkah tari.

Jalan sepanjang Bukit Bintang, simpang menuju ke Jalan Pudu berhadapan Dataran Maybank sudah ditutup sejak awal pagi hari itu untuk memberi ruang kepada acara tarian mob terbesar anjuran syarikat minuman F&N.

Dengan mengenakan pakaian dan topi rona hitam dan oren iaitu warna identiti jenama tersebut, ada juga peserta yang memegang belon F&N berbentuk silinder panjang. Jelas sekali, warna oren 'menguasai' sepanjang jalan raya paling popular itu.

Tidak cukup dengan itu, wakil dari pihak F&N dan artis-artis jemputan malah pengunjung juga mengenakan topi berwarna sama. Ini disertai dengan penglibatan pelancong asing yang tidak ketinggalan memberikan sokongan di lokasi strategik di jantung Kuala Lumpur itu.

"Menarik sekali, ini seperti satu sambutan yang hebat," kata seorang pelancong dari Belanda, Steve Envik, 37.

Sebelum persembahan kemuncak, kira-kira pukul 6 petang, pihak F&N telah membariskan pelbagai acara sepanjang hari. Ia bagaikan satu hari untuk remaja mencuba, mendekati dan mendedahkan diri mereka dengan pelbagai acara jalanan.

Acara dimulakan dengan cabaran tarian Bboy, aksi lincah parkour, cabaran beatbox dan tarian Kinect serta beberapa aksi tarian besar-besaran sebelum diakhiri dengan acara kemuncaknya, tarian mob sebenar.

"Pesta Big Fun Fest yang diadakan tahun lalu merupakan kejayaan yang hebat dan menggamit keceriaan menerusi formasi bentuk smiley manusia pertama di Malaysia.

"Tetapi, tahun ini kami memberi satu lagi kejutan dengan kejayaan tarian mob terbesar di Malaysia," kata Penolong Pengurus Besar Pemasaran Jenama F&N Malaysia, Jenny Wong.

Ekspresi ceria

"Menari adalah ekspresi kegembiraan bagi seluruh masyarakat dunia dan ia menjadikan tahap keceriaan F&N itu lebih besar dan lebih baik. Ia sekali gus membolehkan semua orang menikmati dan berkongsi keseronokan jenama kami," ujar Jenny.


PENYERTAAN yang sebegitu ramai untuk acara ini sememangnya membawa mesej gaya hidup sihat dan juga perpaduan komuniti.


Pesta F&N Big Fun Fest 2011 telah terbukti sebagai satu lagi himpunan anak-anak muda yang amat menghiburkan di samping mencatatkan rekod tarian mob terbesar. Pelbagai aktiviti dijalankan sejak awal tengah hari hingga lewat malam, demi mengekalkan aura dan kehangatan penyertaan remaja-remaja tersebut.

Program itu diadakan bertujuan untuk mengumpul remaja-remaja di bawah satu tarian mob terbesar selain mendedahkan remaja dengan gaya hidup sihat. Tidak ketinggalan F&N juga ingin melebarkan pengaruh jenamanya agar lebih dekat dengan golongan muda.

Malah melalui penglibatan ribuan remaja itu, ia berjaya mencatat rekod sebagai tarian mob terbesar di negara ini.

Pada hari berkenaan juga, pelbagai aktiviti yang melibatkan remaja dapat disaksikan. Ramai yang seronok berlatih dengan langkah-langkah tarian F&N yang disusun atur khas oleh pereka tari, Alam Wakaka. Ada pula sekumpulan remaja yang menggunakan ruang dijalan itu untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam tarian, seni pertahankan diri, akrobatik dan lain-lain aktiviti.

Sementara itu, skrin besar yang ditempatkan di atas pintu masuk Maybank di Bukit Bintang tidak kurang menarik perhatian pengunjung. Ini kerana ia sentiasa mengulangi langkah tari untuk rujukan para pengunjung yang mahu mencuba tarian F&N.

Menariknya, orang ramai akan merasakan seolah-olah menari dalam kumpulan yang saling mengenali, sedangkan mereka sebenarnya hanya ditemani kawan-kawan maya dalam skrin tersebut.

"Ia sudah ditempatkan sejak 10 September yang lalu dan memainkan lagu dan tarian mengikut jadual sepanjang tiga hujung minggu," kata Jenny lagi merujuk kepada lagu F&N berentak riang selama dua minit itu.

"Kami selalu datang ke Jalan Bukit Bintang pada hujung minggu. Perhimpunan ini sangat hebat dan kami berbangga menjadi antara peserta yang mengambil bahagian," kata sekumpulan remaja yang sanggup datang dari Bandar Menjalara, Kepong.

Tarian untuk semua

Alam Wakaka atau nama sebenarnya, Mohd. Haslam Abdul Rahman, 25, adalah figura yang bertanggungjawab di sebalik tarian yang disertai lebih 10,000 orang di acara tarian mob, F&N saban hari.


BUKAN sekadar tarian, kemahiran pergerakan ini mengajar para remaja akan aspek disiplin, kecergasan dan kesihatan.


"Saya rasa bangga dan gembira sebaik tarian itu dilakukan dengan jayanya. Saya juga berterima kasih kepada semua atas semangat dan kerjasama dalam menjayakan tarian mob terbesar ini," kata Alam bangga.

Alam ialah seorang pereka tari yang terlibat dalam tarian secara bebas sejak kecil. Tetapi, semenjak tahun 2006, Alam mula melibatkan diri sebagai pereka tari dalam acara, iklan dan pertandingan.

"Titik perubahan terbesar dalam karier saya ialah selepas memenangi pertandingan tarian So Do You Think You Can Dance yang dianjurkan di saluran 8TV. Sejak itu saya terlibat secara komersial," ujarnya.

Pada 24 September lalu, Alam membuktikan kemampuannya untuk melatih orang ramai secara maya dan menerusi laman sosial melalui tarian F&N.

"Saya didekati F&N beberapa bulan lalu dengan rancangan acara ini. Selepas tiga kali mempamerkan langkah dan membuat perubahan langkah tarian, ia diluluskan," kongsi Alam.

Katanya, ia bukan semudah yang dilihat kerana Alam perlu memastikan tarian itu boleh diterima orang ramai, mudah dilakukan, mampu mengekalkan suasana teruja dan disukai semua orang.

Walaupun tarian yang menggunakan konsep tarian moden itu mengulangi beberapa pergerakan seperti menepuk tangan, memusingkan badan dan mengangkat tangan, ia direka mengikut kesesuaian rentak pantas lagu.

"Hanya tarian dengan langkah mudah boleh dilakukan oleh semua orang tanpa mengira bangsa, usia, budaya dan latar belakang.

"Sekadar menggerakkan badan mengikut rentak adalah satu tindakan universal. Oleh itu, saya berpendapat tarian mob ini satu usaha yang murni demi menggalak penyatuan dan perpaduan," ulasnya.

Keamanan dari kaca mata wanita

Posted:

Keamanan dari kaca mata wanita

Keamanan dari kaca mata wanita

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


GRACE bersama salah sebuah lukisan bertema The Shell di Wisma Soka Gakkai sempena Bulan Keamanan.


PADA tanggal 8 September 1957, Presiden Kedua Soka Gakkai, Josei Toda membuat pengumuman yang bersejarah iaitu mengisytiharkan gesaan penghapusan senjata nuklear. Tuntutan Toda dan seruan sepanjang hayat beliau untuk keamanan yakni menghapuskan penderitaan daripada dunia telah turut disuarakan oleh Presiden Soka Gakkai Antarabangsa (SGI), Daisaku Ikeda dan ahli-ahli SGI di 192 negara di seluruh dunia.

Sebagai memperingati 8 September sebagai titik permulaan Gerakan Keamanan untuk Soka Gakkai, Soka Gakkai Malaysia (SGM) di Kuala Lumpur telah menamakan bulan September ini sebagai Bulan Keamanan. Ia seiring dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap keamanan, menghasilkan satu era yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan menyeru masyarakat umum untuk turut serta membina Malaysia yang harmoni.

Menyerap semangat yang sama beberapa orang wanita mengambil inisiatif untuk mempamerkan hasil seni mereka dengan tema keamanan iaitu, Keluhuran Damai-Pameran Artis Wanita Malaysia.

Pameran yang diadakan sejak 10 hingga 25 September lalu di Wisma Kebudayaan Sokka Gakkai di Kuala Lumpur itu melibatkan sejumlah besar artis seni wanita berbilang bangsa, usia dan latar belakang.

Ia menyaksikan kepelbagaian cita rasa seni disatukan di bawah satu pentas iaitu untuk menyatakan sentimen mereka terhadap keamanan dan kehidupan. Ia juga seiring dengan harapan wanita-wanita tersebut untuk mencipta keamanan di bumi Malaysia.


IMEJ yang menggambarkan beberapa tangan bersatu ini ialah hasil lukisan Cheong Mei Fong dengan tema Jion Forces.


"Pameran seni ini mengumpul 32 orang artis wanita yang berusia di antara 19 hingga 85 tahun dengan 60 koleksi seni. Mereka bergabung di bawah nama dua galeri iaitu June Art Space di Petaling Jaya dan Island Gallery di Pulau Pinang," kata pemilik galeri June Art Space, June Yap Yu Dan, 59.

Ketika ditemui, beliau turut menyampaikan rasa keterujaan terhadap kerjasama dengan pihak SGM bersama menyemarakkan lagi bulan keamanan Sokai Gakkai.

"Kerja seni ini dikumpul sejak tiga hingga empat bulan yang lalu selepas pihak SGM mendekati kami berkenaan pameran keamanan," ujar June.

Katanya, tema keamanan yang disarankan pihak SGM bukan sekadar sesuai untuk bulan September Soka Gakkai tetapi, amat seiringan dengan situasi pada masa sekarang. Dalam pada itu, June turut mempamerkan salah satu lukisan yang beliau merasakan amat menepati tema keamanan iaitu lukisan wau dalam latar geometri.

"Dua tahun yang lalu, saya berpeluang melihat pertandingan wau di Vietnam. Saya lihat betapa wau dapat menyatukan orang ramai. Semua orang sangat gembira dan bersama-sama bermain wau. Saya melihatnya sebagai satu ruang keamanan. Itu sebabnya saya pilih subjek wau bagi lukisan ini," kata June yang turut mempamerkan sebuah lagi lukisan bertajuk Cintai Hutan Kita Kerana Memberi Kita Kehidupan.

Seorang lagi pelukis dari Island Gallery di Pulau Pinang, Cheong Mei Fong, 60, juga menyampaikan rasa keghairahan yang sama seperti artis-artis lain kerana dapat turut serta dalam pameran ini.


SEKUMPULAN penari kanak-kanak pada majlis perasmian Keluhuran Damai- Pameran Artis Wanita Malaysia.


Bermula sebagai seorang pereka barangan kemas, Mei Fong cuba membuat arca dan kini beliau juga turut melukis di atas kanvas.

"Apabila saya melihat kerja seni kanvas yang besar, lazimnya ia didominasi oleh artis lelaki. Oleh itu saya membuka ruang kepada artis wanita turut serta mempamer kebolehan mereka melibatkan diri dalam lukisan kanvas bersaiz besar," kata Mei Fong menjadikan tangan sebagai signatur lukisan beliau.

Pelawaan SGM digunakan secara baik demi tema keamanan di samping mengetengah kemampuan artis-artis wanita.

"Saya baru mula melukis sejak enam tahun dulu. Sebagai seorang guru seni, saya berpendapat saya harus meluahkan rasa harmoni, keamanan dan kesaksamaan di atas kanvas. Pameran seperti ini salah satu platform yang sesuai untuk berbuat demikian," ujar Grace Chong, 43, pula.

Pameran Keluhuran Damai-Pameran Artis Wanita Malaysia itu selain mengetengah lukisan minyak atas kanvas, turut membariskan karya-karya akrilik, cat air, lukisan seni dakwat, seni batik dan seramik.

Pusat komersial lengkap

Posted:

Pusat komersial lengkap

Pusat komersial lengkap


PENGARAH Eksekutif Magna Prima, Datuk Mohd. Rizal Abdullah (kiri) dan Rahadian (tengah) memerhatikan model bangunan Boulevard Business Park.


PERMINTAAN yang tinggi terhadap pusat komersial dan kediaman di ibu kota, terutama di Jalan Kuching berjaya mengembangkan sektor hartanah di situ.

Boulevard Business Park, sebuah pembangunan mercu tanda baru di Jalan Kuching, Kuala Lumpur yang menepati keperluan generasi masa depan yang semakin berubah.

Bersesuaian dengan keperluan semasa, syarikat hartanah Magna Prima telah menggabungkan reka bentuk yang moden tanpa menjejaskan fungsi untuk menghasilkan produk yang menarik dari segi estetika serta mesra insan.

Pejabat kedai di Boulevard Business Park @ Jalan Kuching, yang dijangka siap pada 2013, adalah komponen pertama projek gaya hidup tiga dalam satu yang bakal dilancarkan oleh Magna Prima Berhad.

Sebagai lambang konsep hibrid moden dan bergaya, Boulevard Business Park menggandingkan pejabat kedai biasa dengan kawasan beli-belah berkonsep riadah dan kondominium servis untuk mewujudkan persekitaran hidup, kerja dan riadah yang serba canggih.

Projek pembangunan yang terbentang seluas 4.14 hektar itu mempunyai nilai pembangunan kasar RM572 juta, dengan dua lagi komponen pembangunan iaitu gedung membeli-belah dan satu blok kondominium servis meliputi 288 unit.

Pangsapuri itu dijangka dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan ini dengan kapasiti tempat letak kereta yang mencapai kira-kira 2,000 lot.


BOULEVARD Business Park yang dipercayai bakal menjadi ikon komersial dan gaya hidup bandar raya Kuala Lumpur.


Menambah nilai komersial, pejabat kedai empat tingkat di bangunan itu kelak akan dilengkapi dengan lif yang menghadap Jalan Kuching. Bangunan komersial rendah tersebut merangkumi 94 unit pejabat kedai yang dijual dijual pada harga RM550,000 ke atas.

Setakat ini, lebih 75 peratus pejabat kedai empat tingkat di Boulevard Business Park, Jalan Kuching sudah dijual dalam masa hanya beberapa minggu selepas pelancarannya.

"Mereka yang berminat untuk membeli pejabat kedai ini boleh mengambil kesempatan daripada pinjaman tanpa faedah selama dua tahun daripada bank terpilih menerusi Skim Faedah Tanggungan Pemaju (DIBS) dan juga yuran guaman percuma. Promosi ini hanya ditawarkan untuk tempoh yang terhad," kata Pengarah Eksekutif, Magna Prima Berhad, Datuk Rahadian Mahmud.

Beliau juga yakin, bahawa pembeli pasti akan menyukai dan berbangga untuk menjadi sebahagian daripada komuniti pembangunan itu.

"Ini kerana, pembangunan ini membuka pelbagai peluang perniagaan kerana terletak di kawasan kepadatan tinggi yang urban.

"Sambutan luar biasa terhadap pejabat kedai Boulevard Business Park juga jelas menunjukkan bahawa terdapat permintaan tinggi bagi pembangunan bersepadu moden yang dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya dan dilengkapi kemudahan pengangkutan awam," tambahnya. - NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Amukan Barca, Higuain

Posted:

Amukan Barca, Higuain

Amukan Barca, Higuain

ADRIANO (tengah) meledak gol kemenangan Barca pada aksi menentang Sporting Gijon awal pagi semalam, manakala Higuain (kanan) meledak hatrik untuk membantu Real membelasah Espanyol 4-0.


MADRID – Juara bertahan, Barcelona kembali mengamuk. Mereka kini merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Sepanyol selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sporting Gijon di Stadium El Molinon awal pagi semalam.

Perancang antarabangsa Brazil, Adriano muncul wira Barcelona apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-12.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Barcelona kini mendahului carta liga namun berkongsi 14 mata dengan Levante yang menduduki tangga kedua.

Skuad The Catalan membuktikan betapa mereka layak menerajui carta liga dengan perbezaan jumlah jaringan.

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yang diminta mengulas mengenai pertemuan menentang Sporting itu berkata: "Kami (Barcelona) berdepan dengan sebuah pasukan yang kuat."

"Selepas kami beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara ia pasti akan menjadi satu perlawanan sukar buat kami. Namun, saya merasakan kami telah melakukan yang terbaik pada babak pertama dan mengekalkanya sehingga tamat perlawanan," kata Guardiola.

Menurutnya, jika mereka terus kekal dengan rentak cemerlang seperti itu, tidak mustahil gelaran liga musim ini akan terus berada dalam dakapan mereka.

Dalam satu lagi perlawanan, Gonzalo Higuain membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya apabila meledak hatrik bagi membantu Real Madrid menewaskan Espanyol 4-0.

Apa yang dibuktikan oleh Higuan pada perlawanan tersebut telah menutup mulut pengkritiknya sebelum ini yang menganggapnya sebagai pemain yang tidak memiliki kualiti.

Higuain menjadi bahan kritikan penyokong-penyokong setia Real sejak tiga musim lalu selepas sering kali bergelut dengan masalah kecederaan.

Dia hanya kembali dalam skuad utama Real pada awal saingan musim ini.

Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Real melonjak ke tangga ketiga carta liga dengan mengumpul 13 mata, satu mata di belakang pendahulu, Barcelona dan Levante di tangga kedua. - Agensi

Joseph, Yong muka baharu skuad negara

Posted:

Joseph, Yong muka baharu skuad negara

Joseph, Yong muka baharu skuad negara


KHAIRUL FAHMI tetap diberi kepercayaan untuk menjaga gawang skuad negara.


JOSEPH Kalang Tie, Yong Kuong Yong adalah antara muka baharu yang berjaya mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.

Skuad kebangsaan yang terdiri daripada 22 pemain itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam dan mereka akan berlepas ke Australia minggu ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia.

Aksi persahabatan itu dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober ini (Jumaat) di Canberra.

Ia merupakan pertemuan pertama buat kedua-dua pasukan dalam tempoh 20 tahun.

Pemilihan Joseph dalam skuad tersebut bakal memberi banyak pilihan kepada Rajagobal untuk merancang kesebela- san utamanya, terutamanya di bahagian te- ngah yang turut membariskan Baddrol Bakhtiar.

Joseph beraksi dengan skuad Terengganu dalam saingan liga tempatan telah mempa- merkan aksi cemerlang dalam merencana- kan rentak permainan skuad Penyu.

Aksi konsisten yang dipamerkannya dalam saingan domestik itu berjaya memikat hati Rajagobal yang sememangnya mencari pemain tengah berkualiti.

Kuong Yong pula yang merupakan watak utama di jentera serangan skuad Kuala Lumpur memiliki tindakan penyudah yang tidak kurang hebatnya.

Kehadirannya dalam skuad kebangsaan sudah pasti membawa sinar baharu selain menjanjikan saingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Begitupun, dia perlu bersaing dengan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Safee Sali yang sudah membuktikan keistimewaan sebagai penggempur berbisa.

Turut disenaraikan dalam senarai 22 pemain itu ialah pemain veteran, Norhafiz Zamani Misbah yang turut mempamerkan aksi konsisten dalam liga domestik.

Khairul Fahmi Che Mat pula terus diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai penjaga gawang.

'Sabah tetap ancaman'

Posted:

'Sabah tetap ancaman'

'Sabah tetap ancaman'


INDRA (tiga dari kiri) menjadi watak penting dalam merencanakan rentak permainan T-Team.


WALAUPUN Sabah pernah tewas kepada T-Team dalam saingan Liga Super, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan dalam suku akhir Piala Malaysia 10 Oktober ini.

Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, Sabah mungkin menjadi ancaman utama kepada mereka dalam pertandingan berprestij itu nanti.

"Pertandingan Liga Super tidak boleh dijadikan ukuran dan perbandingan kerana semua pasukan mahu merebut Piala Malaysia, piala terakhir dan teragung dalam Liga Malaysia," katanya.

Yunus berkata, dalam menghadapi perlawanan itu nanti, beliau telah mengarahkan pemain T-Team agar lebih bersungguh- sungguh kerana macam-macam boleh berlaku dalam perlawanan itu nanti.

Beliau berkata, tidak mustahil Sabah boleh menundukkan T-Team walaupun pasukan kelab dari Terengganu itu mempunyai bari- san pemain ternama dan berpengalaman.

Yunus menambah, untuk mengekalkan momentum, T-Team perlu menyerang habis-habisan, selain memantapkan barisan pertahanan bagi memastikan pasukan itu mencapai kejayaan.

T-Team akan berkunjung ke Sabah (10 Oktober) untuk perlawanan suku akhir pertama sebelum berdepan pasukan itu pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 14 Oktober ini.

Yunus memberitahu, di Sabah nanti, T-Team perlu sekurang-kurangnya seri untuk dijadikan bekalan menjelang aksi kedua.

Dalam pada itu, beliau berharap pemain T-Team tidak mengalami sebarang kecederaan yang boleh menjejaskan peluang pasukan melangkah ke pusi- ngan separuh akhir.

Beliau berkata, ketika ini tiga pemain tonggak T-Team mengalami kecederaan iaitu Haris Safwan Mohd. Kamal, Indera Putra Mahayuddin dan Mohd. Fitri Omar yang diharapkan pulih sepenuhnya sebe- lum perlawanan itu bermula. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Malu berbibir tebal

Posted:

Malu berbibir tebal

Malu berbibir tebal

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my

BULAN September lalu, pada pertunjukan fesyen musim luruh jenama Gucci, hadirin bukan sekadar menyaksikan himpunan busana menawan malah mereka turut dipamerkan dengan teknik solekan bibir yang mempesonakan.

Kemunculan barisan model profesional yang mengatur langkah di atas pentas peraga tampak menyerlah dengan calitan lipstik warna terang dan gelap.

Teknik solekan bibir tersebut bagai mengembalikan zaman kegemilangan trend solekan bibir tebal yang sebelum ini ditenggelami olesan gincu bibir nuansa lembut dan warna tanah. Segelintir pemerhati fesyen antarabangsa menyifatkan teknik solekan bibir tebal mampu menyuntik penampilan segar dan memukau.

Namun begitu, sehingga kini mereka mendapati segelintir wanita masih gusar mengaplikasi teknik solekan bibir sedemikian kerana bimbang dengan persepsi masyarakat sekeliling. Padahal, jauh di sudut hati, mereka sesekali teringin juga menata rias bibir bak bibir mongel selebriti antarabangsa, Angelina Jolie.

Siapa yang tidak mengenali pembawa watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider tersebut? Memiliki bentuk bibir yang seksi dan tebal sudah cukup untuk mengangkat kekasih hati kepada aktor Brad Pitt itu sebagai ikon kecantikan dunia.

Pendek kata, sehingga kini istilah bibir seksi masih kekal di tangan Jolie, yang berusia 36 tahun. Biarpun hari ini industri Hollywood menyaksikan kehadiran pendatang baharu yang jelita dan seksi, ibu kepada tiga orang anak kandung dan tiga orang anak angkat itu tetap berada di tangga teratas.

"Kecantikan bibir Jolie adalah kecantikan semula jadi. Saya pasti dia tidak pernah melakukan sebarang suntikan botox mahupun pembedahan bibir. Lagipun saya pernah melihat gambar Jolie sewaktu dia berusia empat tahun. Bentuk bibirnya dulu dan kini kekal sama.

"Malah isteri saya, Melanie Griffith, pernah memasang impian untuk memiliki bibir seksi seperti Jolie yang mempunyai daya tarikan tersendiri," jelas aktor, Antonio Banderas, yang pernah berlakon bersama Jolie dalam filem Original Sin pada tahun 2001.

Cantik semula jadi

Sementara itu, dalam satu temu bual bersama The Daily Mail, Jolie, yang sebelum ini pernah bergelar model di London, Los Angeles dan New York menyifatkan dia berbangga dengan bentuk fizikal kurniaan tuhan itu.


SARA mula menjadi model pada usia 14 tahun.


Belum pernah terdetik di hatinya untuk menjalani suntikan botox yang bukan saja membazirkan wang malah boleh memudaratkan diri.

Ini terbukti apabila pakar dermatologi Universiti Minnesota, Amerika Syarikat, pernah mendedahkan kekerapan menjalani suntikan botox boleh menyebabkan kerapuhan otot muka, masalah gigi, bibir kering dan ruam kronik.

"Saranan saya kepada semua wanita, cintailah diri sendiri sepenuh hati. Jangan sesekali menyesal dengan apa yang dimiliki kerana setiap individu mempunyai keistimewaan dan kekurangan.

"Paling penting, usah rasa rendah diri kerana penampilan seseorang itu bermula dari dalam hati dan keyakinan diri yang tinggi. Bagi saya, wanita berbibir tebal atau nipis, bertubuh gempal atau langsing, masing-masing mempunyai sisi kecantikan peribadi," tutur Jolie yang selesa mencalit gincu bibir rona natural berbanding nuansa merah terang.

Didakwa suntik bibir

Berbicara bersama model iklan Roshayati Rokbi, 30, atau nama komersialnya Sara, dia pernah berasa malu dan rendah diri dengan bentuk bibirnya itu.

Masih segar dalam memorinya seawal menceburkan diri dalam bidang modeling, dia sanggup memaksa jurusolek mempraktikkan pelbagai teknik solekan agar bentuk bibir yang tebal itu dapat dikecilkan.

"Sedekad lalu, kebanyakan agensi model lebih cenderung memilih model berbibir nipis sehingga saya berasa malu berada di sekeliling mereka. Maka, jalan pintas saya adalah dengan menyapu bedak asas di sekeliling bibir dan melukis semula menggunakan pensel bibir bagi menghasilkan bentuk nipis.

"Kadangkala saya mengeluh kenapa dilahirkan bentuk bibir yang tebal. Tapi, bentuk bibir sebegini sebenarnya diwarisi oleh keluarga ibu, Hatitah Jalil yang berketurunan, Punjabi," jelas Sara yang pernah membintangi iklan Sendayu Tinggi, Electrolux, Anmum, Pos Malaysia dan TM Net.


DIET seimbang turut membantu mencantikkan bibir Sara.


Namun, kini situasi sudah berubah. Ibu kepada seorang cahaya mata itu bersyukur berbibir tebal, apatah lagi melihat segelintir wanita yang sanggup membelanjakan sejumlah wang bagi mendapatkan bibir yang tebal, seksi dan mongel.

Tidak dinafikan semua wanita mempunyai keinginan untuk cantik, tetapi Sara tidak sanggup menyeksa diri semata-mata untuk cantik biarpun dia kerap disindir melakukan suntikan.

Menyentuh mengenai rejim penjagaan bibirnya, anak kedua daripada lima orang adik-beradik itu menambah: "Setiap hari saya menyapu pelembap bibir dan minum banyak air putih bagi mengelakkan bibir kering dan mengelupas. Sebelum keluar rumah, saya pastikan bibir sentiasa dilapisi pengilat bibir supaya wajah tampak segar."

Teknik solekan bibir

Memiliki bentuk bibir yang seksi dan tebal pasti menjadi idaman si wanita berbibir nipis. Mereka menyifatkan bibir nipis kurang menyerlah dan perlu berhati-hati tatkala mencalit gincu bibir kerana bimbang olesan menjadi comot.

Secara tidak langsung situasi berkenaan telah mendorong segelintir wanita berbibir nipis mengambil tindakan menjalani suntikan bibir.

Perkara ini diakui sendiri oleh Pengurus Klinikal Jualan Konsultan Clinique, Susan Kaur, yang melihat wanita kini semakin obses menyuntik bibir.

"Hakikatnya, tanpa suntikan, kita boleh memiliki bentuk bibir seksi dan tebal dengan hanya mempraktikkan teknik solekan bibir yang ideal," tutur Susan Kaur ketika ditemui Stailo sambil menunjukkan set bibir jenama Clinique.

Ia terdiri daripada penyamar noda, pelembap bibir, skrab, penanggal solekan bibir dan krim merawat bibir kering dan mengelupas.

Sehubungan itu, bagi membantu wanita berbibir nipis tampil dengan bentuk bibir menawan, Stailo mendapatkan Eksekutif Promosi dan Acara, David Ooi, untuk menunjukkan lima langkah atau tip kecantikan bibir yang mudah diaplikasikan.

Set bergaya jejaka Nixon

Posted:

Set bergaya jejaka Nixon

Set bergaya jejaka Nixon


FON telingabergaya dengan pelaras bunyidi bahagian tepi. (RM705)


APABILA si jejaka inginkan penampilan yang lengkap, kadangkala mereka menjadi runsing untuk memastikan apakah pakaian yang disarungkan perlu sepadan dengan aksesori seperti jam tangan dan beg galas mereka.

Aktiviti suai padan sememangnya aktiviti yang menyeronokkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu.

Jenama Nixon tidak ketinggalan memberikan pilihan menarik yang ringkas dan kasual tetapi masih mementingkan gaya bersahaja.

Baju T Nixon yang dinamakan sebagai The Identity merupakan rekaan terbaharu yang menampilkan corak cetakan menarik dalam seleksi rona kontra.

Kemeja T ini dibuat menggunakan 50 peratus kain kapas dan 50 peratus viskos untuk kelembutan dan mengelakkan mengecut selepas dibasuh.

Pemberitahu waktu

Penampilan si jejaka semestinya tidak lengkap tanpa jam tangan Nixon yang dinamakan The Time Teller Acetate. Koleksi ini direka dengan mengambil kira aspek keunikan material, ketahanan dan kegunaan.


BAJU Tdalam dua pilihan saiz iaitu tetap dan sendat didatangkan dalam pilihanwarna semasa.(RM105)


The Time Teller Acetate semestinya memberikan gaya kasual yang kemas kepada si jejaka tanpa menjejaskan sebarang aktiviti kerana ia ringan dan selesa di pergelangan tangan.

Ia diperbuat menggunakan kristal mineral yang digabungkan dengan keluli tahan karat. Corak granitnya menambahkan keistimewaan paparannya.

Gaya kasual si jejaka yang inginkan pengembaraan lasak dilengkapi pula dengan beg galas The Shadow World Travel Backpack yang menjadi peneman sejati pengembaraan sepanjang masa.

Beg galas kompak yang diperbuat menggunakan nilon balistik dan taurpolin ini mempunyai pelbagai rahsia di dalamnya. Setiap bahagian di dalamnya dibuat untuk memenuhi keperluan-keperluan tertentu.

Poket sisinya kalis air, sesuai untuk mengisi komputer riba si jejaka termasuk gajet-gajet kesayangan. Ia juga boleh dipisahkan daripada beg galas untuk dijadikan beg simpanan dokumen penting.

Poket khas menyimpan cermin mata berpad juga disediakan di sisi beg galas ini. Pad khas yang turut dilapisi fabrik mikro fiber berfungsi melindungi cermin mata daripada rosak akibat cuaca panas.


BEG galas Nixon tampil dengan bahagian-bahagian yang dapat dipisahkan untuk kegunaan berasingan. (RM539)


Terdapat tiga buah poket lain di beg galas ini yang boleh dipisahkan dan disediakan dalam pelbagai saiz bagi mengisi keperluan pengembaraan seperti iPod, telefon pintar dan kamera. Beg ini boleh didapati dalam pilihan warna merah, biru, khaki dan hitam.

Sensasi muzik

Pengembaraan gaya si jejaka semestinya lebih menarik dengan adanya fon kepala The Master Blaster. Ia semestinya memberikan gaya menarik sambil mendengar lagu-lagu kegemaran anda.

Rekaan fon telinga yang boleh dilaras ini muat dalam semua saiz kepala, manakala band kepalanya yang diperbuat daripada kulit serta fon yang dilapisi kusyen memberikan keselesaan berpanjangan.

Volum juga boleh dilaras tanpa menanggalkan fon telinga ini dengan hanya memusingkan tombolnya yang terletak di tepi telinga. Aksesori bergaya ini hanyalah seberat 265 gram serta mempunyai tindak balas frekuensi 20 - 20,000 Hertz dengan tahap sensitiviti 95dB/V pada 1kHz.

Bintang bijak Clinique

Posted:

Bintang bijak Clinique

Bintang bijak Clinique

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my


SHARYN WONG (tengah) sewaktu mengumumkan pemenang Star Tour Clinique 2011.


PENCARIAN Clinique Star Tour 2011, yang berlangsung sepanjang bulan Julai dan Ogos lalu menemui pilihan bintang yang ideal. Pertandingan musim kedua anjuran rangkaian produk penjagaan kulit terkemuka Clinique tersebut bertujuan membawa wanita mengembara ke dunia kecantikan dan fesyen dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Dengan kerjasama majalah Cleo, Clinique Star Tour 2011 melakukan siri jelajah mencari peserta di beberapa lokasi utama seperti gedung beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, Mid Valley Kuala Lumpur, Kolej PTPL, Shah Alam dan Kolej Tunku Abdul Rahman, Setapak.

Setiap lokasi yang dikunjungi bukan saja disertai kumpulan mekap artis dan perunding kecantikan Clinique malah, turut dimeriahkan dengan kehadiran sebuah trak Mobile Makeover Studio yang direka khas bagaikan sebuah rumah supermodel. Dekorasi trak itu dilengkapi set perabot konsep urban, lapan stesen solekan, meja dandanan rambut dan studio mini.

"Selepas meneliti dan menilai sebanyak 2,220 penyertaan, akhirnya kumpulan juri berjaya menemui pemenang utama kempen Clinique Star Tour 2011. Para pemenang yang terdiri daripada tiga orang pelajar kolej ini bukan sahaja memiliki kecantikan semula jadi dan personaliti menarik malah, turut mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.

"Ia bersesuaian dengan intipati cabaran yang ingin melahirkan bintang Clinique yang lengkap dari aspek kecantikan, fesyen dan ilmu pengetahuan," jelas Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong, kepada Stailo selepas menyampaikan hadiah kepada Alicia Tan, Alena-Marie Atkinson dan Shermaine Leong.


PARA peserta kempen melakukan sesi transisi hasil sentuhan jurumekap profesional Clinique.


Pelajaran diutamakan

Sementara itu, Alicia Tan, 20, sama sekali tidak menyangka bakal merangkul tempat pertama memandangkan dia perlu bersaing dengan kumpulan peserta yang mempunyai keunikan dan kecantikan menawan. Biarpun pernah memenangi beberapa pertandingan model dan pencarian wajah berskala kecil, anak kelahiran Ipoh, Perak itu tetap berasa gementar sewaktu menyertai Clinique Star Tour 2.

"Ini merupakan pengalaman manis dalam kamus hidup saya apabila dipilih sebagai juara. Matlamat utama menyertai kempen ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dan menimba ilmu kecantikan daripada pihak Clinique.

"Kini saya semakin menitikberatkan soal penjagaan wajah. Sebelum ini, selepas mencuci saya hanya mengaplikasi krim pelembap pada kulit wajah. Pemakaian krim pelindung sinaran ultra ungu (UV) dan krim asas diabaikan kerana saya menyangka ia sekadar kosmetik sampingan.

"Namun menerusi kempen ini, perunding kecantikan Clinique menyarankan supaya saya memakai produk berkenaan bagi mencegah kerosakan kulit wajah dan pigmentasi," terang Alicia yang merupakan penuntut Ijazah Perakaunan dan Kewangan, Universiti Nottingham di Semenyih, Selangor.


SESI fotografi yang dijalankan di dalam trak Mobile Makeover Studio.


Dalam pada itu, Alena-Marie Atkinson, 20, tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila terpilih menyandang tempat kedua dalam kempen Clinique Star Tour 2011 tersebut.

Memiliki darah campuran Serani, Cina dan India, gadis berkulit hitam manis yang mesra disapa Alena itu, menyifatkan kemenangan berkenaan merupakan platform terbaik baginya menceburkan diri dalam bidang peragaan.

Namun, anak bongsu daripada dua adik-beradik itu mengakui, sebelum serius dalam bidang peragaan, dia akan memastikan cita-citanya menjadi peguam tercapai. Lagipun kerjaya itu sudah dibaja dalam dirinya sejak menuntut di peringkat sekolah menengah.

Bagi Shermaine Leong, 20, yang turut berkongsi tempat kedua, menyifatkan kempen Clinique Star Tour 2011, mengajarnya menjadi individu yang berkeyakinan tinggi, percaya dengan kebolehan diri dan sentiasa menjaga tata rias wajah.

Bergelar pemenang utama dalam pertandingan itu, ketiga-tiga pemenang membawa pulang produk Clinique bernilai RM5,000.

Sementara itu, salah seorang pelayar laman web Clinique, Kurt Liyanaraeaz yang mengundi pertandingan tersebut menerusi online, berjaya memenangi sebuah notebook Samsung bernilai RM3,299 selepas berjaya meneka dengan tepat ketiga-tiga peserta yang berada di tempat teratas.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved