Ahad, 2 Oktober 2011

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


BKFP Negeri Sembilan adakan latihan menembak

Posted:

BKFP Negeri Sembilan adakan latihan menembak

BKFP Negeri Sembilan adakan latihan menembak


ZAINAL ABIDIN (depan, lima dari kiri) bergambar bersama anggota penguat kuasa yang mengikuti latihan menembak di Lapang Sasar Martin, Seremban baru-baru ini.


LATIH. Bagi mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan senjata api, Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKFP) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan latihan menembak di Lapang Sasar Mantin, Seremban baru-baru ini.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman berkata, objektif utama latihan itu adalah bagi memastikan semua anggota penguat kuasa yang bernaung di bawah KDN memperoleh latihan dalam mengendalikan senjata api.

Selain itu, katanya, ia dapat meningkatkan keyakinan diri anggota dalam penggunaan senjata api secara berkesan.

YT bantu pelajar duduki SPM

Posted:

YT bantu pelajar duduki SPM

YT bantu pelajar duduki SPM


PARA pelajar gembira selepas menerima bantuan kewangan untuk menduduki SPM daripada Yayasan Terengganu di Kuala Terengganu baru-baru ini.


BANTUAN. Seramai 2,156 pelajar dari 51 buah sekolah menengah seluruh Terengganu yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini menerima bantuan kewangan daripada Yayasan Terengganu (YT).

Bantuan wang tunai berjumlah RM1,000 seorang itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Menurut Ahmad, sumbangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memberi galakan dan membantu menyediakan keperluan pelajar yang akan mengambil peperiksaan utama seperti SPM.

Katanya, kerajaan negeri telah membelanjakan RM8.48 juta membabitkan 8,486 pelajar sejak bantuan itu diperkenalkan pada tahun 2008.

Majlis rai 31 bakal haji

Posted:

Majlis rai 31 bakal haji

Majlis rai 31 bakal haji


SAID ANUAR (berdiri) menyampaikan sumbangan kepada tetamu pada majlis meraikan bakal-bakal haji di kediamannya di Gombak baru-baru ini.


RAI. Seramai 31 orang bakal haji diraikan pada majlis makan malam di kediaman Penyelaras Barisan Nasional Pembangunan Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad di Gombak baru-baru ini.

Pada majlis itu, Said Anuar menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada setiap bakal haji dan 40 orang anak yatim.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abd. Rahim Kamarudin.

Said Anuar berkata, majlis itu adalah untuk meraikan bakal-bakal haji selain mendoakan mereka agar selamat pergi dan pulang serta mendapat haji yang mabrur.

Selain jamuan, turut diadakan majlis tahlil dan doa kesyukuran dengan menjemput para jemaah dari Masjid Batu 9, Gombak.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi

Posted:

Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi

Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

TUAN MAT menceritakan mengenai mayat bayi yang dijumpainya kepada seorang pegawai polis di Kampung Kubang Kacang, Limbat, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter.

Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.

Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.

"Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.

"Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya," ceritanya ketika ditemui semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Pembedahan kembar Siam berisiko tinggi

Posted:

Pembedahan kembar Siam berisiko tinggi

Pembedahan kembar Siam berisiko tinggi

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


KEMBAR Siam Nur Shazwanie (kanan) dan adiknya, Nurshazrinie selepas dilahirkan di Kuala Terengganu bulan lalu.


KUALA TERENGGANU – Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini perlu mengambil langkah keselamatan yang tinggi sebelum sebarang keputusan dibuat bagi menjalankan pembedahan ke atas kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie yang dilahirkan di hospital itu baru-baru ini.

Pengarahnya, Dr. Tengku Ramelah Tuan Senik berkata, pembedahan ke atas kembar tersebut ketika ini sangat bahaya disebabkan mereka baru dilahirkan pada 22 September lalu.

Beliau berkata, berat kembar Siam itu yang kurang daripada lima kilogram juga tidak memadai untuk sebarang pembedahan dijalankan.

"Kami akan menjalankan imbasan ke atas bayi tersebut untuk menentukan sama ada percantuman itu melibatkan organ penting.

"Selain itu, kami juga akan menilai pandangan pakar-pakar yang kita ada di sini dan kesesuaian mereka pada sebarang pembedahan pada bayi ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Perjuangan BN untuk semua

Posted:

Perjuangan BN untuk semua

Perjuangan BN untuk semua


NAJIB (dua dari kanan di barisan depan) bersama Soi Lek (tengah di depan) serta barisan majlis tertinggi MCA menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis perasmian perhimpunan agung MCA di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus berjuang untuk keadilan sosial demi kepentingan semua rakyat Malaysia.

Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu berkata, oleh itu parti-parti komponen BN perlu mendekati rakyat dan memilih pendekatan inklusif dalam aspek mengambil kira kepentingan semua masyarakat.

"Ini adalah salah satu tunggak utama Gagasan 1Malaysia ke arah memastikan keadilan sosial dalam prinsip yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-58 di Wisma MCA di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Semua mayat pakai tali keledar

Posted:

Semua mayat pakai tali keledar

Semua mayat pakai tali keledar

KEADAAN pesawat CASA C-212 yang terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Bahorok, Indonesia.


BAHOROK, Indonesia - Kesemua mayat 18 orang penumpang pesawat yang terhempas di kawasan pergunungan di sini telah dikeluarkan dari bangkai pesawat terbabit semalam.

Pesawat CASA C-212 buatan Sepanyol itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada awal Khamis ketika terbang dari Utara Sumatera menuju ke Aceh. Beberapa minit kemudian, ia menghantar satu isyarat kecemasan sebelum hilang daripada jangkauan radar.

Hutan tebal dan cuaca buruk memaksa sepasukan 13 orang penyelamat sampai ke lokasi dengan menaiki helikopter.

"Mereka menemui mayat mangsa di atas tempat duduk masing-masing dengan tali pinggang keledar masih terpasang," kata kata ketua pasukan penyelamat, Sunarbowo Sandi.

Mayat-mayat itu terdiri daripada 14 penumpang dan empat anak kapal. Empat daripada mereka ialah kanak-kanak. Sebelum ini, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat timbul selepas pesawat itu dilihat tidak rosak teruk dan salah sebuah pintunya terbuka. Justeru, pasukan penyelamat menjatuhkan makanan dan ubat-ubatan di lokasi kejadian.

Ahli keluarga mangsa menuduh syarikat penerbangan PT Nusantara Buana Air mengambil masa terlalu lama untuk memberi maklumat kepada mereka. "Operasi menyelamat terlalu perlahan dan tidak profesional," kata Rosmawati Harahap yang kehilangan anak lelaki, menantu dan dua orang cucu.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan. Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Indonesia sedang menyiasat insiden tersebut. - AFP

Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney

Posted:

Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney

Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney


PESAWAT ringan Cheetah S200 tersangkut di antara kabel keluli roda Ferris sebelum juruterbang dan penumpangnya diselamatkan.


SYDNEY - Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa keselamatan udara akan menyiasat punca kemalangan itu. - AFP

Bintang Hollywood tunjuk perasaan di Mesir

Posted:

Bintang Hollywood tunjuk perasaan di Mesir

Bintang Hollywood tunjuk perasaan di Mesir


SEAN PENN berjalan bersama pelakon Mesir, Khaled El-Nabawy (bertopi) ketika menyertai tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah.


KAHERAH - Pelakon terkenal Hollywood, Sean Penn dilapor menyertai ribuan aktivis Mesir yang memenuhi bandar Kaherah kelmarin untuk menuntut pemerintah tentera mempercepatkan peralihan kuasa kepada rakyat.

Mereka juga menggesa supaya undang-undang darurat yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas musuh politiknya ditamatkan.

Media tempatan melaporkan bahawa Penn memegang bendera Mesir, sambil berjalan bersama pelakon Mesir Khaled el-Nabawi di Dataran Tahrir.

Lokasi itu dipilih untuk mengadakan demonstrasi yang mereka sifatkan sebagai 'menuntut kembali revolusi' berikutan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara pemerintah tentera mengendalikan peralihan kuasa. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi dibuang dalam perigi

Posted:

Bayi dibuang dalam perigi

Bayi dibuang dalam perigi

02/10/2011 6:20pm

KOTA BAHARU - Mayat bayi perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan disumbat dalam beg pakaian dan dibuang ke dalam perigi di Kampung Kacang Limbat dekat sini, hari ini.

Mayat yang cukup sifat itu ditemui penoreh getah Tuan Mat Tuan Lunik, 64, berhampiran kebun getahnya kira-kira 8 pagi.

Ketika ditemui, Tuan Mat berkata dia mendapati sebuah beg terapung dalam perigi itu ketika mahu mencedok air.

"Pakcik ambil galah dan tarik beg itu. Pakcik buka zip beg dan terkejut bila nampak muka bayi di dalamnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Penemuan itu dimaklumkan kepada ketua kampung yang kemudian menghubungi pihak polis. - Bernama

2 nelayan pukat rawa sorong ditangkap

Posted:

2 nelayan pukat rawa sorong ditangkap

2 nelayan pukat rawa sorong ditangkap

02/10/2011 2:56pm

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan sebuah bot pukat rawa sorong beserta dua awak-awak kerana menangkap ikan pada jarak 0.6 batu nautika dari kawasan pantai Singkir Laut dekat Yan semalam.

Bot tempatan itu yang turut tidak memiliki nombor pendaftaran ditahan kira-kira 1.37 pagi, kata Ketua Penguatkuasaan Daerah Maritim Satu Langkawi, Kapten Abdul Rahim Abdullah.

Bot pukat sorong sama seperti pukat tunda tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan pantai.

"Dua awak-awak yang berada dalam bot tersebut sedang melakukan aktiviti menyorong ikan dengan menggunakan pukat rawa sorong. Kedua-duanya telah dibawa ke Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985," katanya dalam satu kenyataan.

Hukuman di bawah akta tersebut berupa denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Kita memandang serius aktiviti nelayan pukat rawa sorong kerana aktiviti haram itu boleh memusnahkan habitat marin dan menjejaskan pertumbuhan pembiakan serta pembesaran anak-anak ikan," kata Abdul Rahim. - Bernama

Pelancong Sudan lemas di Pantai Cenang

Posted:

Pelancong Sudan lemas di Pantai Cenang

Pelancong Sudan lemas di Pantai Cenang

02/10/2011 2:25pm

LANGKAWI - Seorang pelancong Sudan mati lemas manakala dua rakannya terselamat apabila dipukul ombak semasa mandi di Pantai Cenang di sini petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Muhammad Abdul Basar Taji berkata, mayat Mohamad Hassan Ibrahim Adam, 22, ditemui orang ramai terdampar di pantai itu kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Dua rakannya yang terselamat dikenali sebagai Mohamad Nazar Mohamed Abbala, 21, dan Mohamed Abdullah Ali Osman, 24.

Muhammad Abdul Basar berkata, kejadian itu dilaporkan oleh rakan-rakanya pada pukul 3.45 petang semalam.

Gerakan mencari segera dilakukan oleh APMM dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam, namun baru hari ini mayat mangsa ditemui. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pegangan Sam, Yana & Intan

Posted:

Pegangan Sam, Yana & Intan

Pegangan Sam, Yana & Intan

ATAS lesen kreatif, hujan idea yang mencurah-curah pasti akan menyuburkan benih seniman. Segala idea boleh diterjemah menjadi karya namun tidak semua karya itu bernyawa dan memberi impak. Fokus kepada wajah-wajah yang bersilih ganti di layar perak ketika ini, Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana, mereka sedang muncul dengan sebuah filem berjudul Bini-Biniku Gangster (BBG).

Idea asal dan skrip filem ini diterajui Yana Shamsudin namun filem aksi komedi ini dianggap naskhah celup. Ada yang terang-terang melabelkan filem itu diinspirasikan daripada filem Korea, My Wife Is Gangster.

Sebagai salah seorang pelakon utama serta individu yang bertanggungjawab menghasilkan BBG, Yana sendiri langsung tidak menunjukkan rasa gusar jika skrip filem pertama nukilannya dipertikaikan ketulenannya.

"Memang tak sama, kalau sama pun mungkin hanya pada konsep dan tajuk tapi bukan pada pengisian dan jalan cerita. Sebenarnya, konsep filem itu telah saya siapkan masa zaman belajar di Universiti Teknologi Mara lagi.

"Rancangan asalnya, saya sendiri yang mahu mengarahkan skrip tersebut tapi rezeki saya lebih kepada lakonan. Apabila Ismail Bob Hashim dipilih oleh MIG untuk menerajui kerja pembikinannya dan saya sendiri sebagai pelakon utama, saya berasa besar hati," kata Yana yang bersekutu dengan Fadzi Zahari untuk menyiapkan skrip BBG.


SHAHEIZY SAM puas bermain visual yang diidamkan dalam filem sulungnya yang bakal diterbitkan hujung tahun nanti.


Menurut Yana, Fadzi lebih arif dalam pengisian filem bergenre aksi dan gengsterisme. Walaupun beralih tangan kepada Ismail Bob sebagai pengarah, sedikit penambahan dan olahan tidak memadamkan jalan cerita asal.

"Ini skrip pertama saya dan saya sangat puas hati dengan pendekatan yang dibawa oleh Ismail Bob terhadap skrip berkenaan," katanya yang tidak pernah meninggalkan lapangan penulisan skrip filem walaupun aktif berlakon.

Pernah mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta yang ditulis oleh Pierre Andre, Yana gagal menterjemahkan impak. Sekarang, skrip pertamanya menemui penonton dan dengan bantuan Ismail Bob serta pelakon popular lain, Intan Ladyana dan paling utama, bintang pujaan ramai Shaheizy Sam ada di situ.

Kepada Yana sendiri, kalaupun bukan sekarang, sebagai penuntut filem, penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 itu ada berpotensi untuk masuk lebih 'dalam' atau keluar dengan produk filem yang total 'sifat' dan 'akidah' seni filem itu sendiri.

"Hasrat ke arah itu ada tersimpan. Saya sendiri ada bank skrip dan tidak berhenti menulis skrip untuk dijadikan naskhah filem. Cuma, ketika ini rezeki saya lebih kepada tawaran lakonan. Saya percaya, waktunya akan tiba tapi belum tahu bila," kata Yana optimis.

Sam bikin filem

Terhambat oleh tawaran demi tawaran, untuk tahun 2011 sahaja Artis Paling Popular 2010, Sam sudah muncul dengan dua buah filem, Sekali Lagi dan Kongsi. Selepas BBG, Sam masih berbaki dua buah filem yang sudah ada tarikh tayangannya iaitu Aku Bukan Tomboy pada 17 November dan pertengahan Disember nanti, Songlap. Judul-judul lain pula termasuklah 8 Jam, Adnan Sempit 2 dan SAM pula dijangka masuk panggung pada tahun depan.

Kepadatan jadual memungkinkan Sam mempunyai had waktu untuk benar-benar fokus dan diberi ruang selesa untuk menghayati satu-satu watak dalam sesebuah filem lakonannya. Bertindak sehabis profesional, bertuahnya pengarah dan penerbit yang bekerja dengan Sam kerana aktor itu sudah sarat dengan kredibiliti.


DUA pelakon cantik, Yana dan Intan sebagai ketua gangster dalam Bini-Biniku Gangster mendapat bermacam reaksi. Pujian buat dua aktres ini kerana tidak kelihatan janggal dalam aksi mereka.


"Macam watak Harry dalam BBG, itu satu karakter yang secara total berbeza berbanding watak-watak yang pernah saya lakonkan. Saya tiada pengalaman jadi suami tapi saya fikir, kalaulah saya jadi suami orang mungkin saya juga akan berkelakuan seperti Harry," ujarnya ketawa.

Berikan apa sahaja karakter, termasuklah watak suami gedik-gedik manja dalam BBG itu namun secara peribadinya Sam tidak mengecewakan penonton.

"Tapi saya selalu berimaginasi tentang lain-lain perkara. Tapi itu semua berbalik kepada apa yang mahu divisualkan oleh pengarah terbabit, jadi kenalah ikut," ujar Sam tentang titik perubahannya mahu berehat seketika daripada tawaran lakonan sehingga tahun depan.

Merancang untuk menerbitkan dan mengarahkan filem sendiri sekitar pertengahan November nanti, Sam barangkali cuba meningkatkan lagi prestasi enjin lakonannya biarpun sudah dipacu laju.

"Mungkin industri seni perlukan lebih banyak pendekatan dan idea yang berbeza. Rasanya sinema kita sudah ada ramai pelakon yang bagus, jadi kalau pemain industri sendiri tidak produktif, tak seronoklah," kata Sam yang terpaksa mengenepi beberapa tawaran filem demi projek sulungnya itu.

Untuk filem yang bakal diterbitkan bersama syarikat produksi milik kakaknya, Zizie Ezzette itu, Sam sendiri akan bertindak sebagai penolong pengarah.

"Saya akan cuba bermain dengan pendekatan komik tetapi ia masih sebuah filem aksi," katanya yang percayakan kemampuan Ismail Bob Hashim untuk menerajui filem sulungnya nanti.

Intan buat rujukan

Bagi Intan Ladyana, dia sentiasa sedar bahawa mutu lakonannya sentiasa diperhatikan setiap kali muncul di layar perak. Secara sinis atau terbuka, dirinya pernah dilontarkan banyak kritikan. Kualiti lakonan antara yang banyak diusulkan.

Kata Intan, BBG menjadi filem pertama yang menuntut stamina dan kerja keras. Elemen itu barangkali satu kelainan yang menyokong portfolio Intan untuk mendaki fasa seterusnya selepas filem seram Flat 3A.


YANA, Sam dan Intan sudah sering diganding bersama sementelah mereka sebumbung bawah naungan syarikat produksi MIG milik David Teo.


"Ini filem aksi pertama saya. Sepanjang penggambaran, hanya sekali sahaja pengarah gunakan pelakon lagak ngeri, selebihnya saya sendiri yang melakonkan semua babak yang melibatkan aksi. Kelainan ketaranya, walaupun filem ini tentang gengster wanita tapi kami berlawan cara samseng lelaki," ceritanya sambil mengakui dia bukanlah aktres aksi cukup persediaan fizikal.

Jelas Intan lagi: "Lagipun kami tidak banyak masa untuk latihan, penat memang terasa bila banyak babak berlawan tapi saya beruntung sebab ada asas tinju. Saya juga kena rajin tengok filem aksi macam So Close lakonan Shu Qi dan Karen Mok, itu antara rujukan saya."

Biarpun sudah masuk minggu kedua tayangan, Intan besar hati jika filem pertama yang menampilkan gengster wanita itu dapat diterima tanpa prejudis oleh khalayak filem tempatan. Katanya, sebagai karyawan dan pelakon filem, mereka memang tidak akan lepas daripada kritikan.

"Filem yang menang anugerah pun dikritik, jadi semua itu terpulang kepada cita rasa penonton. Pada saya, kejayaan sesebuah filem juga bergantung kepada trend semasa, ada masanya filem hantu yang mendapat sambutan, kemudian beralih kepada genre aksi," matang bicara Intan menyentuh pegangannya terhadap kualiti sesebuah karya bernama filem.

Nabil suami bekas pramugari

Posted:

Nabil suami bekas pramugari

Nabil suami bekas pramugari


UPACARA ijab kabul antara Nabil dan Nazirah berlangsung penuh harmoni di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, kelmarin.


PERCINTAAN hanya ada dua penyelesaian, sama ada berkahwin atau berputih mata. Namun buat pelawak muda yang pernah menjulang anugerah Artis Paling Popular pada awal kemunculannya, Ahmad Nabil Ahmad, 28, kisah cintanya ibarat fantasi Bollywood yang berakhir di jenjang pelamin.

Nabil bukan lagi anak bujang, jangan lagi dia dikait-kaitkan dengan cerita putus kasih bersama bekas kekasihnya Irma Hasmie yang terputus di tengah jalan. Selepas solat Jumaat kelmarin, Nabil selamat memeterai akad menjadi nakhoda rumah tangga kepada Nazirah Ayub, 23.

Berlatarkan Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, merpati dua sejoli itu disatukan ikatan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan sendiri Ayub Hassan.

Bersaksikan keluarga kedua-dua pihak, kenalan terdekat serta wakil media, Nazirah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran ditetapkan sebanyak RM15,000. Pada malam ini, mereka berdua bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan fantasi di i-City, Shah Alam.

Berikut sedikit gambaran, debaran dan perasaan Nabil dan Nazirah sebaik bergelar suami isteri.

SENSASI BINTANG: Ada bisik-bisik menyifatkan keputusan Nabil berkahwin ini sebagai langkah menutup zaman nakal, apa komen Nabil?

NABIL: Saya cakap terus-teranglah, langsung saya tidak terlintas bahawa perkahwinan saya ini untuk tutup sebarang kontroversi atau tutup zaman itu atau ini. Saya ikhlas mengahwini Nazirah. Sudah lumrah artis memang tidak sepi daripada cerita-cerita gosip dan tidak semestinya bila sudah kahwin seseorang artis itu tidak akan berdepan dengan cerita sensasi.

Nazirah bukan artis, adakah itu dianggap satu kelegaan buat Nabil kerana dia bukan tumpuan media?

Memang sejak dari awal lagi saya sangatlah lega kerana Nazirah tidak terlibat dengan industri seni. Dalam bidang ini, saya sendiri sedar tentang sikap dan perangai orang dalam industri. Lagipun Nazirah sendiri tiada kawan artis selain saya.

Bagaimana persiapan diri untuk melayari fasa alam berumahtangga?

Isteri saya ini berminat dengan perniagaan, jadi dia akan cuba buka bisnes butik pakaian serta cenderahati wanita. Asalkan tidak lalai daripada tugasnya sebagai isteri, saya okey. Saya sendiri akan teruskan karier dalam bidang seni dan terus kerja kuat untuk masa depan keluarga, mana tahu lepas ini akan ada cahaya mata pula.


SERI pengantin baharu. Malam ini, Nabil dan Nazirah akan bersanding dalam suasana bertemakan fantasi di i-City, Shah Alam.


Perkahwinan pasti berhadapan pasang surut tapi perkahwinan artis lebih hebat cabarannya, kalian sendiri bagaimana?

NAZIRAH: Seboleh-bolehnya saya akan cuba bersikap lebih terbuka dan kena banyak bersabar dan memahami sedalam-dalamnya karier suami sebagai artis. Mungkin cara itu mampu mengekalkan hubungan kami. Selebihnya doa dan tawakal kepada Allah.

NABIL: Saya janji akan menjadi sebaik-baik suami dan mengubah mana-mana sikap orang bujang yang tidak sesuai lagi diamalkan bila sudah bergelar suami.

Sudah ada destinasi bulan madu?

Buat masa ini tiada perancangan, dapat selesaikan apa yang patut dan wajib pun sudah cukup melegakan lagipun, saya sudah ada jadual penggambaran yang perlu diselesaikan. Cuma satu sahaja harapan saya, saya sudah berniat untuk menunaikan umrah selepas kahwin. Jadi, kalau ada rezeki, hujung tahun nanti kami akan mengerjakan umrah bersama-sama. Saya harap sangat-sangat untuk ke sana dan biarlah umrah itu nanti akan jadi bulan madu buat kami berdua.

Konsert Jamal Abdillah pungut RM1.9 juta

Posted:

Konsert Jamal Abdillah pungut RM1.9 juta

Konsert Jamal Abdillah pungut RM1.9 juta


KALI terakhir muncul dalam konsert di Singapura adalah pada tahun 1983. Tahun ini dia kembali lagi, kekal dengan vokal dan personaliti yang mempesona.


TEMPOH 28 tahun merupakan suatu penantian yang sangat lama buat peminat Jamal Abdillah untuk bertemu kembali dengan penyanyi pop tersebut.

Kali terakhir Jamal menjejakkan kaki di Singapura adalah pada 1983.

Namun, peluang penyanyi kelahiran Ipoh, Perak itu mengadakan konsert solo pertamanya di negara pulau itu pada hujung minggu lalu mampu mengubati kerinduan peminatnya di sana.

Biarpun menghiburkan peminatnya atas nama konsert amal, Jamal tetap mampu menggegarkan Stadium Tertutup Singapura dengan lagu-lagu malar segarnya.

Selain memanjatkan kesyukuran atas kejayaan konsert tersebut, Jamal turut berbesar hati kerana dapat menjayakan sebuah konsert serampang dua mata.

"Syukur kerana saya dapat menjayakan konsert pada malam ini. Dengan apa yang saya ada (kutipan) ini, akan saya gunakan untuk membantu orang yang memerlukan.

"Selalunya apa yang kita kongsikan bersama orang lain akan kita terima kembali," kata Jamal ketika sidang akhbar bersama wartawan Malaysia dan Singapura sejurus selepas konsert.

Konsert Amal Akustikasih Jamal Abdillah pada malam itu dianjurkan oleh pusat kebajikan Jamiyah Singapura untuk menyalurkan dana kepada mereka yang memerlukan.

Penggemar lagu-lagu pop 1980-an di Singapura nyata tidak sabar menanti kelibat Jamal malah stadium berkapasiti 7,500 orang itu mulai penuh beberapa jam sebelum konsert bermula.


ALBUM baru Jamal adalah hadiah buat kerinduan para pecintanya.


Konsert itu ternyata berjaya apabila penganjurnya memungut hampir S$800,000 (RM1.9 juta) berbanding jangkaan awal sekitar S$500,000 (RM1.2 juta).

Sorakan penonton sedikit menenggelamkan vokal Jamal saat dia melontarkan lagu Gadis Melayu sebagai pembuka pentas tepat pada pukul 8.30 malam.

Pada malam itu, Jamal tidak sedikitpun menunjukkan riak penat walaupun sudah mendendangkan hampir 30 buah lagu daripada sejumlah albumnya.

Antara dendangan yang mengusik jiwa penonton termasuklah lagu Kau Lupa Janji, Perjalananku, Di Sudut Kamar Hatiku, Kekasih Awal Dan Akhir serta Penghujung Rindu.

Persembahan pada malam itu lebih menyengat apabila diiringi oleh orkestra yang dipimpin oleh pengarah muzik, Eddie Marzuki bersama 12 pemuzik.

Mengembalikan nostalgia Studio Jalan Ampas, Jamal turut mendedikasikan lagu-lagu popular seniman Tan Sri P. Ramlee dengan lenggoknya tersendiri.

Madley lagu-lagu seperti Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Getaran Jiwa, Putus Sudah Kasih Sayang dan Tunggu Sekejap mampu mengembalikan nostalgia yang dekat dengan jiwa setiap jiwa Melayu di Singapura.

Seterusnya Jamal turut menterjemahkan apresiasinya kepada penyanyi dan komposer Datuk Ahmad Nawab dengan menyanyikan lagu Sepi Seorang Perindu dan Keluhan Perantau.

Sedang penonton masih khayal dengan lantunan vokal bertenaga penyanyi berusia 51 tahun itu, Jamal mempersembahkan lagu duetnya bersama dengan artis Singapura, Farshihah Kamsani dan Nana dengan lagu Seri Langkat, Kehebatan Cinta dan Sandarkan Pada Kenangan.

Duda dua anak itu ternyata bijak berkomunikasi di pentas sambil bercanda nakal untuk memilih gadis Singapura sebagai suri hati.

"Apa salahnya kalau ada gadis Singapura yang suka pada saya," katanya sambil disambut tepukan dan gelak ketawa daripada penonton.

Lagu yang mengungguli carta popular pilihan peminat pada malam konsert tersebut iaitu Azura dan Seroja turut dinyanyikan tanpa kecacatan vokal.

Saat Jamal melontarkan lagu pertama sehinggalah ke akhir tirai konsert, peminat-peminatnya yang terdiri daripada usia kanak-kanak sehinggalah warga emas tidak henti bersorak dan menyanyikan bersama lagu-lagu yang didendangkan.


SORAKAN dan tepukan tidak berhenti mewarnai perjalanan konsert yang dinanti-nantikan ramai ini.


Sebelum melabuhkan tirai konsert, Jamal turut memperkenalkan lagu-lagu di dalam album terbaharunya, Raja Pop 2 seperti Bahagia Sementara dan Jangan Kau Rayu di samping lagu-lagu lain seperti Rayuan Maut, Rundung Derita, lagu Rindu dan Secupak Dua Cupak.

Biarpun sudah berada di pasaran, Jamal sempat berseloroh dengan peminatnya bahawa dia masih belum berkesempatan melihat hasil terbaharunya itu lagi.

Dalam album tersebut turut dimuatkan lagu-lagu popular tahun 1950-an dan 1960-an yang dinyanyikan semula seperti Perasaan, Tangisan Di Waktu Malam dan Manis Manja.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Kerap hamil jejas tulang

Posted:

Kerap hamil jejas tulang

Kerap hamil jejas tulang

Oleh SYALMIZI HAMID

WANITA disaran supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya selama dua tahun.


MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

"Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa," jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

"Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium," ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.


MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.


Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

"Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

"Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus," katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.


TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.


"Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

"Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran," katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

"Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved