Sabtu, 1 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Meletup macam bom

Posted:

Meletup macam bom

Meletup macam bom

Oleh KUMARA SABAPATTY

DARYL CHUA, 27, menyangka dia dan kekasihnya Hibbie Tan, 23, akan mati selepas terhumban sejauh beberapa meter akibat letupan kuat yang menggegarkan Subang Jaya pada pukul 3.45 pagi Rabu lalu.

Ketika kejadian, Daryl, seorang jurujual kereta dari Sri Hartamas, sedang berjalan ke arah mesin pembayaran automatik di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Dia baru selesai minum kopi di sebuah kafe di tingkat bawah pusat beli-belah yang baru satu tahun setengah dibuka itu.

"Bunyi letupan itu sama seperti yang kita saksikan dalam filem," imbasnya.

Selepas dia kembali tenang, Daryl dapat mendengar bunyi penggera keselamatan dan kaca berderai sebelum dinding-dinding retak dan jatuh di sekelilingnya. Penutup longkang di pusat beli-belah lima tingkat itu turut terbongkar, meninggalkan debu tebal berterbangan di udara.

"Pada mulanya saya fikir pusat beli-belah itu telah dibom," kata Daryl yang mengalami luka-luka dan lebam di tangan.

Kekasihnya Hibbie pula terseliuh pergelangan tangan serta lebam di kaki dan paha. Menurut Chua, kereta mereka yang diletakkan di tempat letak kereta turut rosak. Letupan itu juga boleh didengar sejauh beberapa kilometer dan menggegarkan banyak kediaman di Subang Jaya.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, berkata letupan itu mengakibatkan kesan teruk di laluan sepanjang 300 meter.


KEMUSNAHAN ini disebabkan letupan, bukan kebakaran.


Restoran

"Kesan kemusnahan itu lebih diakibatkan letupan berbanding kebakaran," katanya sambil menambah, sekurang-kurangnya 40 buah kedai rosak teruk dalam kejadian itu.

Pengarah Suruhanjaya Tenaga bagi Peraturan Pembekalan dan Keselamatan Gas, Ahmad Nornadzmi Ahmad Zulkarnain memberitahu siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian manusia yang meninggalkan paip gas tanpa ditutup.

"Ada kemungkinan pekerja restoran di tingkat bawah bangunan itu membiarkan kepala gas tidak ditutup semalaman," katanya.

Kejadian gas memasak bocor dan meletup sering dilaporkan di negara ini. Dalam hampir semua insiden, impak letupan itu bukan kepalang.

Pada 18 Jun lalu, tiga pekerja sebuah restoran mamak di Petaling Jaya melecur teruk setelah tong gas memasak meletup di dalam premis berkenaan.

Letupan berlaku semasa seorang pekerja mahu menukar tong gas yang sudah kosong dengan tong baharu pada pukul 8.30 pagi.

Tong gas yang mahu ditukar itu tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan tiga pekerjanya cedera parah akibat melecur.

Letupan kuat itu turut menyebabkan barang-barang dalam restoran tercampak manakala siling premis runtuh.

Sebelumnya pada 8 Mei, seorang warga Britain nyaris maut apabila kondominium yang baru didudukinya di Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, Kuala Lumpur meletup akibat kebocoran gas.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berpendapat punca kebocoran gas sama ada di rumah, restoran atau kilang adalah disebabkan kecuaian dalam memastikan saluran paip yang digunakan mematuhi standard yang ditetapkan atau ia dipasang dengan cara yang salah.

Kegagalan melakukan pemeriksaan rutin turut menyumbang kepada kejadian gas bocor.

"Di rumah misalnya, walaupun paip getah berkualiti digunakan tetapi jika ia dipasang longgar atau digigit tikus, gas akan meresap keluar.


SEBUAH kereta yang diletakkan di luar bangunan rosak teruk.


Pemeriksaan

"Penghuni rumah yang tidak menyedari kebocoran itu mungkin secara sengaja mencetuskan percikan api dan dia tidak sempat menyelamatkan diri kerana letupan kuat itu berlaku sangat pantas. Di kilang pula, saluran paip boleh berkarat jika tidak selenggara," katanya.

Beliau menjelaskan, gas yang digunakan untuk memasak adalah gas petroleum cecair iaitu jenis butana dan propana manakala gas yang digunakan pihak industri adalah daripada jenis metana.

Zainal menambah, tindakan membuka pintu dan tingkap bagi mengeluarkan gas itu dari rumah sebenarnya tidak memberi kesan serta-merta.

"Gas asli cecair lebih tumpat daripada udara, jadi ia lebih berat dan tidak mudah keluar dari sebuah kawasan tertutup. Ia akan berkumpul dan tersebar ke seluruh rumah selain melekat pada pelbagai barangan seperti langsir dan sofa.

"Keadaan ini menjelaskan mengapa letupan gas memberi impak yang besar terutamanya jika kebocoran itu berlaku dalam kuantiti yang banyak," terang beliau.

Zainal bagaimanapun berkata, gas yang terperangkap itu boleh dikeluarkan dengan memasang kipas angin asalkan kawasan di luar rumah tidak terdapat objek yang menghalang pergerakan gas itu.

"Dalam hal ini, penghuni rumah perlu bertanggungjawab dan mengambil inisiatif memeriksa saluran paip gas memasak di dapur supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Tindakan yang paling bagus ialah memeriksanya setiap tiga minggu atau sebulan sekali. Jangan tunggu sampai gas habis baru hendak melihat dan menggantikannya dengan tong gas yang baharu," katanya.

Beliau menambah, Akta Bekalan Gas 1993 (Akta 501) hanya mewajibkan sistem bekalan gas berpusat pihak industri diperiksa oleh pihak berkuasa yang dilantik.

Namun, tiada klausa yang mencadangkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan ke atas gas memasak di rumah.

Zainal menerangkan, kekuatan sesuatu letupan bergantung kepada tekanan dan kapasiti gas yang bocor itu.

"Di Malaysia, sudah banyak dijual alat pengesan tekanan gas yang dipasang pada kepala tong gas. Alat itu boleh memberi amaran jika berlaku kebocoran gas sekali gus mengelak daripada berlaku kemalangan," katanya yang berpendapat sebuah tong gas seberat 14 kilogram (kg) sudah cukup untuk memusnahkan sebuah rumah.

Beliau berkata, kejadian letupan gas di sebuah bangunan besar seperti pusat beli-belah perlu diberi perhatian serius.

"Selalunya banyak restoran terdapat di dalam sesebuah pusat beli-belah dan mereka turut menggunakan gas memasak. Kemusnahan akan menjadi lebih teruk jika medan selera itu terletak di tingkat bawah bangunan," katanya.


LETUPAN dipercayai akibat kebocoran gas dari sebuah restoran di Empire Shopping Gallery di Subang Jaya meninggalkan kemusnahan yang besar.


Pada asasnya, mangsa yang terhidu gas memasak tidak akan berdepan masalah secara serta-merta. Kata Zainal, gas itu tidak beracun tetapi masih boleh menyebabkan mangsa pengsan jika terhidu dalam jumlah yang banyak.

Pensyarah UTM di jabatan yang sama, Profesor Dr. Ahmad Fauzi Ismail pula berpendapat tong gas 14kg sudah cukup untuk memusnahkan sebuah rumah dengan satu letupan kuat.

"Gelombang dan tekanan yang muncul akibat letupan itu yang membawa impak teruk sehingga mengakibatkan seluruh rumah dijilat api.

"Manakala letupan yang boleh menyebabkan kerosakan sebuah bangunan besar biasanya melibatkan kuantiti yang lebih banyak," katanya kepada Jurnal.

Rahsia Sarkozy pikat Bruni

Posted:

Rahsia Sarkozy pikat Bruni

Rahsia Sarkozy pikat Bruni


PENGETAHUAN meluas Sarkozy tentang bunga-bungaan berjaya memikat hati Carla Bruni.


CARLA BRUNI SARKOZY, 43, dikenali sebagai seorang yang tidak gemarkan publisiti. Sejak berkahwin dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, supermodel kelahiran Itali yang kemudian menjadi penyanyi itu lebih berhati-hati tentang imejnya.

Namun, pada hari Ahad dua minggu lalu, Bruni yang sarat mengandung dilihat berjalan kaki di sebatang jalan di Paris sebelum memasuki sebuah restoran Pizza d'Auteuil. Kedai itu dianggap restoran piza terbaik di bandar raya Paris.

Kehadiran pasangan itu yang nampak seperti orang biasa telah mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi dengan keadaan perut Bruni yang memboyot kerana kandungannya sudah mencecah usia lapan bulan.

Dia dijangka bersalin pada awal Oktober ini. Ini merupakan kali pertama seorang bayi bakal dilahirkan di Elysee Palace, kediaman rasmi presiden Perancis.

Minggu ini pula, Bruni memberi temu bual kepada Radio BBC - peluang yang sangat jarang diperoleh oleh pihak media. Dalam temu bual itu, Bruni mendedahkan rahsia dia jatuh cinta dengan lelaki yang 13 tahun lebih tua daripada dirinya itu.

"Berkahwin dengannya sangat gila-gila bagi saya," katanya dalam ketawa semasa ditemu bual Christine Ockrent, seorang wartawan terkenal Perancis yang juga rakan Bruni.

Bruni berkata, suaminya itu sangat berminat dengan semua benda termasuk sejarah, geografi dan tentu saja politik tetapi pengetahuan lelaki itu tentang seni tamanlah yang telah menawan hatinya.

"Apabila saya bertemu Sarkozy dan kami berjalan-jalan di taman kediaman presiden iaitu Elysee Palace, dia memberitahu saya nama semua jenis bunga yang ada di situ. Dia tahu nama Latin tumbuhan hiasan itu termasuk perkara terperinci tentang bunga tulip dan ros.

"Saya kata pada diri saya: 'Oh tuhan, saya mesti mengahwini lelaki ini. Dia seorang presiden tetapi dia juga tahu semua perkara fasal bunga. Ini sungguh hebat'," ujarnya.

Bruni berkata, dia tidak banyak bercakap mengenai kehamilannya kerana dia seorang yang 'misteri', lagipun ia bukan sesuatu yang menarik bagi orang Perancis.

Bruni berpendapat hamil adalah perkara yang sangat biasa tetapi mengakui ia satu perkara yang mengujakan dirinya.

"Saya seorang yang 'misteri', jadi ya, saya begitu berhati-hati," katanya kepada BBC.

Bosan

"Tidak banyak perkara boleh diperkatakan. Setiap wanita memang diketahui melahirkan anak," tambahnya.

Sarkozy, yang dijangka mempertahankan jawatannya pada pilihan raya presiden akan datang, berkahwin dengan Bruni pada tahun 2008, iaitu tidak sampai setahun selepas dia menjadi presiden.


BRUNI yang sarat mengandung dijangka bersalin awal Oktober ini.


Bruni mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan dengan bekas teman lelakinya, Raphael Enthoven manakala Sarkozy, 56, dikurniakan tiga anak lelaki daripada dua perkahwinannya sebelum ini. Ketiga-tiga anak Sarkozy kini berusia 14, 25, dan 26 tahun.

Bruni berkata, bermain gitar dan melancong adalah perkara paling dirinduinya dan dia tidak pernah berbincang mengenai pilihan raya presiden tahun hadapan.

Menganggap wanita pertama bukan kerjaya kesukaannya, Bruni memberitahu: "Impian saya ialah untuk kembali kepada kerja lama saya secara sepenuh masa dan bersama keluarga saya. Impian seperti itu ada pada semua orang."

Akhbar Perancis, Le Parisien baru-baru melaporkan Bruni berasa sangat bosan kerana tidak dapat minum wain dan merokok sepanjang lapan bulan hamil.

"Terus terang saya sudah tidak tahan lagi. Sepanjang masa saya cuma duduk atau berbaring. Saya tidak lagi boleh menghisap rokok dan menikmati wain. Saya sudah tidak sabar untuk melepasi situasi ini," katanya.

Seorang rakan Bruni memberitahu akhbar itu, disebabkan Bruni hamil selepas usia 40 tahun, doktor-doktor wanita pertama itu menasihatkan supaya dia banyak berehat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Bruni dilaporkan pernah menjalin hubungan dengan beberapa individu berpengaruh seperti penyanyi terkenal Eric Clapton, Mick Jagger dan jutawan perniagaan, Donald Trump.

Dia memulakan kerjaya peragaan pada usia 19 tahun. Menjelang tahun 1990-an, Bruni merupakan antara 20 model yang menerima bayaran tertinggi apabila memperoleh pendapatan sebanyak AS$7.5 juta (RM23 juta) setahun.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Risiko letupan kuat dari dapur

Posted:

Risiko letupan kuat dari dapur

Risiko letupan kuat dari dapur

TONG gas memasak yang menjadi peralatan wajib dalam setiap dapur boleh meletup dan terbakar jika tidak dijaga dengan rapi.


KUALA LUMPUR - Tong gas memasak yang biasanya seberat 14 kilogram (kg) yang boleh dilihat hampir di setiap dapur rumah serta restoran berupaya menyebabkan kemusnahan besar jika berlaku kebocoran gas dan meletup.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas, Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Zainal Zakaria berkata, disebabkan gas asli cecair itu lebih tumpat daripada udara, gas yang bocor itu tidak akan meresap keluar dengan mudah daripada kawasan tertutup seperti rumah dan premis perniagaan.

"Gas itu sebaliknya mudah tersebar ke seluruh ruang. Jika ada percikan api yang kecil sekalipun, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa-sisa gas berkenaan," katanya kepada Kosmo! Ahad.

Beliau diminta mengulas kejadian letupan yang memusnahkan tingkat bawah pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya Rabu lalu. Kejadian pada pukul 3.45 pagi itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak di sebuah restoran di situ.

Malah dipercayai saluran gas memasak melingkari hampir sebahagian besar bahagian bawah kompleks beli-belah itu.

Menurut Zainal, insiden letupan gas memasak tidak boleh dipandang ringan kerana berjuta-juta rumah di Malaysia masih menggunakan bahan bakar itu setiap hari.

"Walaupun dapur elektrik atau dapur solar lebih selamat, kos untuk membeli sebuah tong gas adalah lebih murah," kata beliau.

Buat masa ini, harga setong gas memasak 14kg ialah RM27.

Zainal mendedahkan, punca kebocoran gas memasak di rumah selalunya disebabkan kepala gas dipasang dengan cara yang salah ataupun paip getah dapur gas bocor digigit haiwan perosak seperti tikus.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mangsa asid tiada biji mata

Posted:

Mangsa asid tiada biji mata

Mangsa asid tiada biji mata

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosm.com.my


KEADAAN wajah Muhamad Hanif selepas terkena simbahan asid di Padang Besar, Perlis.


PADANG BESAR – Deria penglihatannya terpaksa dibuang, manakala kedua-dua kelopak mata ditutup serta dijahit dan sedikit lubang ditinggalkan bagi membolehkan air matanya mengalir keluar.

Begitulah sengsara ditanggung seorang pemandu lori, Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 25, yang menderita akibat disimbah asid oleh seorang individu di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini pada Mei lalu.

Muhamad Hanif menjadi sedemikian rupa disebabkan simbahan asid tersebut terkena matanya yang mengakibatkan pancaindera tersebut terpaksa dibuang selain dia melecur hampir 50 peratus di muka dan badan.

Dia memberitahu, kulit pada belakang badan, paha dan kaki dijadikan pengganti kulit di bahagian muka dan badan depannya yang rosak teruk terkena simbahan asid tersebut.

"Kini seluruh badan saya terpaksa berbalut kerana sedang bersalin kulit dan ini menyukarkan saya bergerak selain hanya mampu terlantar di atas katil.

"Dulu saya tidak macam ini tetapi kini dah jadi begini, saya hanya mampu reda dan cuba menyesuaikan diri," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Baru, Batu Bertangkuk dekat sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Chin Peng koma di Bangkok

Posted:

Chin Peng koma di Bangkok

Chin Peng koma di Bangkok

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (PKM), Chin Peng (gambar) kini koma di sebuah hospital swasta di Bangkok.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 86, kini hidup dalam buangan di Thailand.

Sumber yang rapat dengan keluarganya berkata, Chin Peng yang telah dimasukkan ke hospital itu sejak sebulan lalu.

"Dia semakin uzur, malah ahli keluarganya tidak tolak kemungkinan bimbang Chin Peng akan menamatkan riwayatnya di atas katil hospital,'' katanya yang enggan identitinya didedahkan.

Usaha Chin Peng untuk pulang ke Malaysia menerusi saluran undang-undang gagal pada tahun 2005, malah kerajaan tidak membenarkan dia pulang kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak, terutamanya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam perang menentang komunis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Bukan mustahil - Tien Ghee

Posted:

Bukan mustahil - Tien Ghee

Bukan mustahil - Tien Ghee

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI

SAFEE kini memegang status sebagai penggempur paling berbisa di Asia Tenggara.


"JIKA dahulu ramai orang tidak pernah terfikir rakyat Malaysia mampu memiliki kelab bola sepak di Eropah, namun percaya atau tidak, kita kini sudah mampu berbuat demikian.

"Sama seperti Mohd. Safee Sali dan Safiq Rahim, jika mereka berjaya mempamerkan aksi terbaik ketika menjalani latihan bersama Cardiff City, maka tidak mustahil untuk menyarungkan jersi Cardiff."

Pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata demikian selepas memberi bayangan kepada kedua-dua pemain negara itu yang berkemungkinan mempunyai harapan cerah untuk menyertai pasukan yang dikenali sebagai Bluebirds itu yang berpangkalan di selatan Wales.

Katanya, selepas Safee membuktikan kemampuan anak Malaysia ketika menjalani latihan bersama Cardiff selama dua minggu pada bulan lalu, ramai pihak di England mula membuka mata mengenai potensi pemain-pemain negara yang kini mula mendapat perhatian.

"Selepas Safee (Sali) menjalani sesi percubaan bersama Cardiff (City), ramai pihak di sini (England) mula menyedari pemain- pemain kita memiliki bakat yang begitu besar.

"Pengurus Cardiff, Malky Mackay selalu menghamburkan pujian kepada Safee yang begitu berdisiplin, rajin dan gigih semasa menjalani latihan bersama pasukan selain suka melihat gaya permainan Safee," kata- nya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Tien Ghee yang mengambil alih Cardiff pada 27 Mei tahun lalu berkata, keputusan pemilihan pemain diserahkan kepada pengendali berasal dari Scotland itu memandangkan bekas pemain Queen Park Rangers tersebut yang menentukan pemain berdasarkan strateginya.

Jelasnya, beliau amat gembira dengan pencapaian Safee ketika menjalani latihan bersama Cardiff, namun Malky dikatakan ingin melanjutkan sesi percubaan kepada dua minggu lagi buat penyerang Pelita Jaya itu yang dijangka akan bersama dengan Safiq Rahim.

"Malky memberitahu yang beliau perlu- kan lebih banyak masa untuk menilai prestasi kedua-dua pemain itu (Safee dan Safiq) dan tempoh selama dua minggu yang Safee lalui sebelum ini terlalu awal untuk dinilai.

"Namun, ia merupakan suatu petanda yang positif kepada Safee (sekiranya dipanggil semula menjalani sesi percubaan) dan Safiq yang dijangka tiba awal November (di Cardiff).

Tambahnya, dengan pendedahan sebegini, kedua-dua pemain itu dilihat mampu menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak England dan mampu membantu negara dalam meningkatkan mutu permainan.

Penyerang handalan Asia Tenggara dan pemain tengah serba boleh, Safee dan Safiq akan menjadi kebanggaan negara sekiranya berjaya menyarung jersi kelab Eropah.

Namun, isu permit itu timbul berikutan syarat pihak imigresen di England yang me- netapkan, pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara yang menduduki ranking dunia ke-70 ke atas menjadi penghalang impian besar buat dua pemain harapan negara ini.

Menjawab mengenai isu permit kerja ini, Tien Ghee percaya perpindahan ini dapat dilaksanakan sekiranya Malky memberi 'lampu hijau' untuk mendapatkan khidmat kedua-dua pemain ini.

"Saya mengakui agak sukar untuk Safee dan Safiq sekiranya mereka terpilih (bersama skuad Cardiff) untuk mendapatkan permit kerja dan visa berikutan peraturan ketat di negara tersebut.

"Malah, Safee pernah memberitahu kepada saya agar pemilihannya untuk bersama skuad Cardiff berdasarkan bakat dan tidak mahu diberi pilih kasih. Saya amat me- ngagumi keberanian Safee dan percaya dia mampu menjadi seorang pemain yang berjaya kelak.

"Namun, pihak kami akan bantu sedaya upaya mencari jalan penyelesaian dan membantu merealisasikan perpindahan sensasi ini (sekiranya Safee dan Safiq berjaya terpilih di dalam skuad Malky) mengikut undang-undang di England," katanya.

Muka baharu pilihan Kim Swee

Posted:

Muka baharu pilihan Kim Swee

Muka baharu pilihan Kim Swee

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SYAZWAN (depan) dan Kok Luen antara muka baharu yang berjaya memikat hati Kim Swee.


KERJA rumah pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee menjelang misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indone- sia, November depan telah pun bermula kelmarin.

Seramai 21 pemain difahamkan telah mula 'memanaskan badan' di Wisma FAM, Kelana Jaya termasuk lima muka baharu, See Kok Luen (Kuala Lumpur), Abdul Aziz Ismail (Kelantan), Mohd. Syazwan Roslan (Perak), dan dua tonggak Felda United, Azrul Azmi dan D. Saarvindran yang turut dipanggil mengikuti sesi latihan kali ini.

Apa yang pasti, 'murid-murid' baharu itu semestinya lebih diberikan penekanan oleh Kim Swee bagi memastikan sama ada mereka layak untuk beraksi di pentas antara- bangsa ataupun tidak.

Walaupun aksi kelima-lima muka baharu itu dilaporkan cukup memberangsangkan di pentas domestik, ia masih bukan satu jami- nan untuk memikat hati Kim Swee yang pastinya mahukan barisan yang terbaik bagi menyarung jersi B-23 negara.

"Untuk permulaan awal ini, saya akan lebih fokus dengan muka-muka baharu yang dipanggil mengikuti sesi latihan berbanding pemain-pemain biasa memandangkan saya sudah masak dengan corak persembahan pemain sedia ada setakat ini.

"Pemain-pemain baharu itu akan dinilai dalam setiap aspek bagi memastikan sama ada mereka layak beraksi di peringkat antarabangsa ataupun tidak," katanya kepada Kosmo! Ahad.

Kim Swee memberitahu, penilaian tersebut turut memberikan impak terhadap kekuatan pasukannya yang akan ke Hanoi menjelang kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) selama lima hari bermula 19 Oktober ini.

Katanya, jika prestasi pemain baharu itu tidak memuaskan, tidak mustahil mereka digugurkan sebelum ke Hanoi dan tidak perlu menunggu sehingga sepak mula Sukan SEA bermula.

"Namun pada masa sama, ia bukan bermakna slot pemain sedia ada sudah terjamin ke Sukan SEA, jadi pemain sedia ada diingatkan supaya tidak mengambil mudah sepanjang sesi latihan," tegasnya.


SAARVINDRAN turut disenaraikan dalam skuad ke Sukan SEA 2011.


Mengenai fokus tertentu dalam lati- han termasuk penekanan set-piece, kata Kim Swee, ia masih terlalu awal bagi pasukannya menumpukan sepenuh perhatian mengenai perkara itu.

"Mengenai set-piece, saya akan tunggu se- ramai 13 lagi pemain yang hanya akan menyertai latihan selepas perlawanan persahabatan menentang Australia nanti. Bila semua pemain sudah ada, baru saya akan fokus, terutamanya bagaimana untuk mengendalikan serangan dan bertahan daripada sepakan percuma mahupun sepakan penjuru," jelasnya.

Antara 13 pemain yang dijangka hanya melaporkan diri minggu depan ialah Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Azmi, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asrarud- din Putra Omar.

Di Hanoi nanti, skuad B-23 negara akan membuat perhitungan dengan skuad B-23 Uzbekistan (19 Oktober), diikuti B-23 Indonesia (21 Oktober) dan B-23 Vietnam pada 23 Oktober sepanjang kejohanan yang dianjurkan secara liga sepusingan itu.

Selain misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA, anak-anak buah Kim Swee juga menggalas cabaran untuk mara lebih jauh dalam aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Zon Asia.

Mereka akan menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Novem- ber depan setelah tewas 0-2 kepada Jepun bagi aksi pembuka tirai Kumpulan C di Tosu baru-baru ini.

Baghdatis hadapi Tipsarevic di final

Posted:

Baghdatis hadapi Tipsarevic di final

Baghdatis hadapi Tipsarevic di final

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN


BAGHDATIS yang tampil sebagai pemain bukan pilihan tidak menjangka mara ke final pada kejohanan kali ini.


PEMAIN bukan pilihan, Marcos Baghdatis meneruskan langkah cemerlang pada Kejohanan Tenis ATP 250 Terbuka Malaysia apabila menumbangkan pemain pilihan kedua, Viktor Troicki 6-3, 6-1 untuk mara ke perlawanan akhir hari ini.

Baghdatis dari Cypus yang beraksi atas tiket wildcard mudah menundukkan pemain Serbia itu straight set dalam masa 1 jam 24 minit pada saingan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

"Saya rasa sangat gembira hari ini (semalam). Dia (Troicki) turut mempamerkan aksi yang baik. Tetapi mungkin saya lebih fokus walaupun pada awalnya saya sedikit terganggu tetapi nampaknya sokongan peminat juga banyak membantu saya.

"Hanya perlu melalui satu lagi persaingan sengit esok (hari ini). Saya perlu kekal fokus, main dengan lebih baik dan yang penting perlu menguatkan fizikal untuk mengelakkan kecederaan," katanya yang merupakan naib juara Terbuka Australia 2006.

Pemain ranking ke-62 dunia itu yakin untuk tampil cemerlang pada aksi final hari ini memandangkan dia berjaya memenangi empat persaingan di gelanggang yang sama pada kejohanan ini.

Baghdatis bakal bertemu pemain pilihan ketiga dari Serbia, Janko Tipsarevic pada perlawanan akhir hari ini.

Tipsarevic mara ke final selepas menyingkirkan satu-satunya wakil Asia, Kei Nishikori dari Jepun 6-4, 6-3.

Walaupun mendapat sokongan padu daripada peminat tempatan, Nishikori, pili- han kelapan terpaksa akur dengan ketang- kasan pemain ranking ke-13 itu selepas ber- saing selama satu jam 49 minit.

"Kami bermain dengan baik, malah para penyokong juga adil kerana memberi soko- ngan kepada kami berdua sepanjang perla- wanan tersebut," kata Tipsarevic pemain yang berusia 27 itu.

Walaupun Tipsarevic bakal bertemu Baghdatis yang merupakan pemain bukan pilihan tetapi disebabkan mereka pernah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini, Tipsarevic akui perlu lebih bersedia untuk berdepan lawannya itu pada final hari ini.

"Kali terakhir kami bertemu pada 2007, walaupun agak lama tetapi saya tahu dia merupakan pemain yang handal. Jadi esok (hari ini) saya perlu lebih fokus, dan beraksi lebih cemerlang berbanding hari ini (sema- lam).

"Malah saya perlu menggandakan usaha saya kerana dia juga dilihat beraksi cemer- lang dalam semua perlawanan sepanjang kejohanan ini. Ini menunjukkan dia merupakan saingan yang hebat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Al-Aziziya tidak lagi digeruni

Posted:

Al-Aziziya tidak lagi digeruni

Al-Aziziya tidak lagi digeruni

SEKUMPULAN rakyat Libya memeriksa terowong rahsia yang ditemui di kawasan istana bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di Tripoli.


TRIPOLI - Orang ramai mula mengunjungi pekarangan kompleks istana Bab Al-Aziziya di sini yang pernah menjadi kediaman rasmi Muammar Gaddafi (gambar kecil) selepas pemimpin Libya tersebut digulingkan.

Dikelilingi tembok hijau dengan kawat berduri, pekarangan seluas enam kilometer persegi yang terletak di selatan pusat bandar raya itu menjadi mercu tanda pemerintahan Gaddafi selama beberapa dekad.

Ia amat ditakuti, kata beberapa penduduk setempat, sehinggakan orang awam yang memandu melintasi pekarangan Bab Al-Aziziya akan berhenti bercakap dan mengelak daripada memandang terus ke arahnya.

Dibom jet-jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai sebahagian kempen zon larangan terbang di Libya, istana itu dirampas oleh kumpulan pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) selepas pertempuran sengit dengan tentera Gaddafi pada 23 Ogos lalu.

Ketika itu, ramai orang percaya bahawa Gaddafi berada di dalam kompleks istana berkenaan. Tetapi sehingga kini bekas pemimpin Libya itu gagal ditemui dan masih bebas.

Beberapa minggu kemudian, beratus-ratus penduduk Libya melawat kompleks istana berkenaan pada setiap hari untuk melihat sendiri apa yang ada di sebalik tembok tinggi Bab Al-Aziziya.

"Tempat ini adalah tempat yang paling menggerunkan. Sebelum ini anda tidak mahu berada di dalamnya (Istana Bab Al-Aziziya)," kata seorang pelajar berusia 22 tahun, Esra Kamel.

"Sekarang, sesiapa sahaja boleh berjalan masuk ke dalamnya. Hakikat ini cukup menakjubkan," tambahnya.

Dihubungkan oleh sejumlah jalan, kawasan itu dipenuhi oleh puluhan bangunan termasuklah kediaman peribadi Gaddafi, sebuah hospital persendirian dan perumahan untuk pembantu serta pengawal peribadinya.

Kebanyakan bangunan itu musnah atau rosak teruk akibat pertempuran sengit yang berlaku.

Tembok-tembok kompleks istana itu penuh dengan contengan dan lukisan dalam bahasa Arab dan Inggeris dengan sebahagiannya menyatakan 'Bebaskan Libya!' dan 'Permainan Gaddafi Sudah Tamat'.

Seorang bapa, Mohammed Fathi Musba membawa dua anak perempuannya yang masing-masing berusia tiga dan empat tahun untuk melihat kompleks istana berkenaan.

"Amat aneh berada di sini kerana sebelum ini ia adalah tempat rahsia," kata Mohammed.

"Saya membawa dua anak perempuan saya ke sini untuk menunjukkan betapa keadaan telah berubah Dengan izin Tuhan, kami tidak akan lagi mendapat seorang pemimpin seperti Gaddafi," tambahnya.

Orang ramai yang melawat Bab Al-Aziziya turut mencadangkan supaya kompleks istana tersebut diruntuhkan.

"Pihak berkenaan sepatutnya merobohkan tempat ini dan menukarkannya menjadi taman awam untuk penduduk Tripoli," kata Esra. - AFP

Murray lambat laporkan keadaan tenat Michael Jackson

Posted:

Murray lambat laporkan keadaan tenat Michael Jackson

Murray lambat laporkan keadaan tenat Michael Jackson


TIMBALAN Peguam Daerah, David Walgren memegang botol propofol ketika menyoal Alvarez.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Pihak pendakwa raya memanggil beberapa saksi utama kelmarin dalam usaha membuktikan bahawa doktor peribadi Michael Jackson, Dr. Conrad Murray melambat-lambatkan panggilan telefon untuk menghubungi pihak berkuasa, selain berniat menutup tanda-tanda dia memberikan ubat pelali propofol kepada penyanyi berkenaan.

Ketika perbicaraan Murray kerana membunuh tanpa niat masuk hari ketiga kelmarin, keterangan tertumpu kepada peristiwa yang berlaku di bilik tidur Jackson semasa usaha-usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa bintang pop itu.

Terdahulu, panel juri telah melihat ruang dalam bilik terbabit menerusi gambar-gambar dan mendengar beberapa keterangan mengenainya.

Mereka juga dijadual mendengar keterangan daripada pengawal peribadi Jackson, Alberto Alvarez. Alvarez merupakan individu pertama yang tiba di bilik itu selepas dia dipanggil untuk membantu Murray.

Dalam keterangan pada perbicaraan awal pada awal tahun ini, Alvarez berkata Murray mengarahkannya supaya membuang pelbagai ubatan dan beg IV yang dipercayai digunakan untuk menyalurkan ubat pelali ke dalam tubuh Jackson sebelum dia menghubungi perkhidmatan kecemasan.

"Jackson kelihatan sudah mati dengan mata terbeliak dan mulutnya terbuka pada ketika itu," kata Alvarez.

Keterangan pengawal peribadi itu penting untuk pendakwa membuktikan bahawa Murray sengaja berlengah untuk menghubungi pihak berkuasa dengan tujuan menyembunyikan bukti bahawa dia telah memberikan ubat pelali kuat kepada Michael.

Ubat pelali propofol hanya dibenarkan untuk kegunaan klinik dan hospital di AS.

Keterangan Alvarez akan dicabar oleh pasukan peguam bela Murray. Pada Rabu lepas, mereka menyoal ketua pengawal keselamatan Jackson dan pembantu peribadi penyanyi itu mengenai kenapa mereka hanya mendedahkan beberapa butiran terperinci mengenai kematian Jackson itu kepada polis hanya selepas dua bulan.

Jackson meninggal dunia selepas mengalami kegagalan jantung pada usia 50 tahun di rumah sewanya di sini, dipercayai akibat pengambilan propofol secara berlebihan.

Murray ditahan beberapa minggu kemudian kerana disyaki cuai dalam memberikan ubat pelali kuat propofol sehingga menyebabkan kematiannya.

Kes itu mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Los Angeles di sini pada minggu ini. Murray, 58, sebelum ini mendakwa bahawa Jackson sendiri yang mengambil dos propofol secara berlebihan. Doktor peribadi itu boleh dipenjara hingga empat tahun jika pihak juri mendapati dia bersalah dalam kes tersebut. - AP

Strauss-Kahn bersemuka dengan wartawan

Posted:

Strauss-Kahn bersemuka dengan wartawan

Strauss-Kahn bersemuka dengan wartawan


BANON kesal dengan sikap Strauss-Kahn yang sombong dan enggan meminta maaf dengannya.


PARIS - Dominique Strauss-Kahn akhirnya bersemuka dengan seorang wanita Perancis yang mendakwa bahawa bekas ketua Dana Kewangan antarabangsa (IMF) itu cuba merogolnya.

Namun wanita berkenaan yang juga seorang wartawan, Tristane Banon memberitahu, Strauss-Kahn enggan memandang atau memohon maaf kepadanya ketika pertemuan mereka berlangsung di hadapan beberapa orang detektif.

Beberapa detektif diarahkan menyoal siasat Strauss-Kahn dan wanita berusia 32 tahun itu kelmarin untuk membantu pihak berkuasa memutuskan sama ada tindakan lanjut boleh diambil berhubung dakwaan yang dibuat oleh Banon.

Banon mendakwa Strauss-Kahn menyerangnya dalam satu sesi temuramah untuk penulisan sebuah buku pada tahun 2003. Strauss-Kahn bagaimanapun menegaskan bahwa tuduhan itu adalah fitnah dan imaginasi semata-mata.

Dalam satu wawancara bersama televisyen tempatan, TF1 kelmarin, Banon berkata Strauss-Kahn berulang kali menegaskan tuduhan itu sengaja direka-reka.

Menurutnya, Strauss-Kahn, 62, menunjukkan sifat ego dan dingin semasa sesi soal siasat itu berlangsung.

"Saya fikir beliau akan memohon maaf. Tetapi saya pun tidak dipandangnya," kata Banon.

Wanita itu bagaimanapun menyifatkan sesi pertemuan itu sebagai kejayaan pertama untuknya dalam usaha mengheret Strauss-Kahn ke muka pengadilan.

Pemimpin veteran itu hanya sekali membuat kemunculan awam di stesen televisyen sama sejak beliau kembali ke Perancis dua minggu lalu.

Strauss-Kahn pernah ditangkap pada Mei lalu kerana didakwa cuba merogol seorang pengemas bilik hotel tempat dia menginap di bandar raya New York.

Namun, dia dibebaskan daripada tuduhan tersebut beberapa minggu kemudian selepas pihak pendakwa raya menemui beberapa kesangsian berhubung dakwaan itu. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kesemua 18 orang terkorban nahas udara Sumatera Utara

Posted:

Kesemua 18 orang terkorban nahas udara Sumatera Utara

Kesemua 18 orang terkorban nahas udara Sumatera Utara

01/10/2011 8:58pm

JAKARTA 1 Okt — Kesemua 18 penumpang dan anak kapal pesawat Cassa 212-200 milik PT Nusantara Buana Air (PT NBA) yang terhempas di Hutan Bahorok, Langkat, Sumatera Utara, Khamis lepas, telah ditemui meninggal dunia.

Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional Daryatmo berkata kesemua mereka meninggal dunia di tempat duduk masing-masing.

Ketika pasukan penyelamat menemui bangkai pesawat itu, pintunya didapati dalam keadaan tertutup, katanya di Medan, seperti yang dipetik agensi berita Antara.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan kesemua mayat berkenaan dan usaha itu disulitkan oleh cuaca buruk dan keadaan lereng bukit serta hutan tebal di sekitar tempat pesawat itu terhempas.

Sementara itu, portal berita VIVAnews melaporkan bahawa semua jasad mangsa nahas udara itu telah dimasukkan ke dalam beg jenazah dan ditempatkan di helipad kecemasan di kawasan hutan itu namun mayat-mayat itu akan hanya akan diterbangkan dari tempat kejadian esok pagi.

- Bernama

Tujuh premis hangus dalam kebakaran

Posted:

Tujuh premis hangus dalam kebakaran

Tujuh premis hangus dalam kebakaran

01/10/2011 7:27pm

GEORGE TOWN — Empat premis rumah kedai dan tiga rumah kediaman hangus dalam kebakaran di Kampung Pisang dekat Air Itam di sini, lewat malam tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Penguasa Bomba Izuan Ariff Mat Nor berkata, kebakaran pada pukul 11 malam itu dipercayai bermula dari bahagian tengah sebuah rumah sebelum ia merebak ke rumah bersebelahan.

Kebanyakan daripada rumah terbabit diperbuat daripada kayu, katanya kepada pemberita di sini.

Empat jentera termasuk jentera cakeraputar (TTL) dengan 60 anggota serta lima pasukan bomba sukarela mengambil masa satu jam 40 minit untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat, katanya. — Bernama

Kesedaran kanser prostat masih kurang

Posted:

Kesedaran kanser prostat masih kurang

Kesedaran kanser prostat masih kurang

01/10/2011 6:51pm

KUCHING — Kanser prostat merupakan 6.2 peratus jumlah kes kanser di kalangan lelaki negara ini tetapi penyakit itu masih kurang dikesan dan dirawat bagi lelaki di Malaysia, kata Pakar Kanan Urologist dan ketua jabatan urologi Hospital Umum Sarawak, Dr. Teh Guan Chou.

Beliau berkata, kanser prostat adalah kanser paling banyak berlaku di Malaysia tetapi ia jarang menunjukkan petanda di peringkat awal dan pesakit hanya merasakannya apabila ia tumbuh sementara yang lainnya adalah prostat yang tidak merbahaya atau benign prostatic hyperplasia (BPH).

"Prostat adalah kelenjar sebesar buah walnat yang membentuk sebahagian daripada sistem produktif lelaki dan dianggarkan separuh daripada kaum lelaki akan mengidap salah satu penyakit prostat terutama apabila mereka meningkat usia," katanya di sini hari ini.

Dr. Teh berkata jenis penyakit BPH yang mengeluarkan tanda-tanda pada saluran kencing memberi gangguan dan menjejaskan gaya hidup pesakit dan tidur, adalah pembesaran bukan jenis kanser dalam kelenjar pada lelaki melebihi umur 50 tahun.

Katanya, setelah menyedari kurangnya kesedaran terhadap penyakit prostat, jabatannya akan menganjurkan kempen kesedaran terhadap prostat dua kali di hujung minggu bulan ini bagi lelaki berumur 45 tahun ke atas. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pencapaian di luar jangkaan

Posted:

Pencapaian di luar jangkaan

Pencapaian di luar jangkaan

BERMULA dengan kerjaya sebagai penyanyi dalam sebuah band pop popular di Korea Selatan iaitu DBSK atau juga dikenali dengan nama TVXQ, Park Yoochun atau Micky Yoochun sebagai nama pentasnya mengharapkan perjalanan seninya berpanjangan.

Namun, sedang nama band TVXQ berada di puncak, tiga ahlinya iaitu Jaejoong, Junsu dan Yoochun memfailkan saman terhadap SM Entertainment pada Julai 2009, kerana tidak puas hati dengan kontrak mereka.

Saman itu menyebabkan perjalanan band TVXQ tergendala apabila mereka dilarang muncul di khalayak ramai secara berkumpulan dan kerjaya seni Yoochun juga terhenti seketika.

Bagaimanapun sedang Yoochun tertanya-tanya dengan masa depan kerjayanya, tahun 2010 merupakan tahun yang cukup sukses buatnya apabila dia muncul dengan band baru dengan nama JYJ bersama dua lagi ahli yang juga merupakan bekas ahli band TVXQ.

Tahun yang sama juga dia muncul dalam dua buah drama iaitu Beautiful Love dan juga drama hits Sungkyunkwan Scandal yang membuatkan namanya kembali di puncak apabila berjaya meraih tujuh anugerah dalam pelbagai majlis anugerah di Korea.

"Saya tidak pernah menyangka akan mendapat anugerah kerana saya terlalu hijau dalam dunia lakonan. Anugerah yang diterima membuatkan beban saya semakin berat apabila orang mula mengharapkan kejayaan yang sama untuk drama yang akan datang.

"Tetapi secara jujur saya memang gembira apabila menerima anugerah itu kerana ia satu tanda positif untuk saya selain menjadi motivasi supaya saya berusaha dengan lebih keras lagi," katanya yang kini berusia 25 tahun.


SELAIN boleh mengetahui perkembangan terkini Yoochun di saluran E!News esok, peminat artis kegilaan ramai ini boleh mengikutinya di Twitter peribadi miliknya, @6002theMicky.


Memegang watak Lee Seon Jun dalam drama yang berlatarkan kehidupan di Universiti Sungkyunkwan ketika zaman pemerintahan dinasti Joseon itu, kata Yoochun dia bertuah kerana drama itu dirakam dan ditayangkan pada waktu yang tepat.

"Saya bersyukur kerana ketika drama itu ditayangkan, saya dalam krisis bersama dengan SM Entertainment dan tidak boleh melakukan persembahan pentas.

"Kebetulan pada masa yang sama, minat berlakon mula timbul dalam diri saya. Melihat hasil drama ini di televisyen saya menjadi malu kerana terdetik dalam diri yang saya boleh buat lagi baik daripada apa yang ditayangkan di televisyen," jawabnya mengenai drama yang sedang hangat ditayangkan di saluran Shuang Xing (324) Astro.

Mengimbas pada permulaan dia menyatakan hasrat untuk menjadi pelakon, dia hanya menjadi bahan jenaka kerana ramai yang tidak yakin dengan kemampuannya sebagai pelakon. Tetapi kini, dia mampu tersenyum lebar melihat kejayaan yang diterimanya.

"Ketika saya mula menjadi pelakon, hati saya memang sepenuhnya mahu berlakon dan mahu belajar berlakon secara formal, walaupun pada peringkat awal ramai yang tidak yakin dengan keputusan saya.

"Semasa penggambaran drama Sungkyunkwan Scandal, ramai orang bertanya kenapa baru sekarang saya mula berlakon sedangkan saya sudah sekian lama berada dalam industri seni.

"Tetapi bagi saya, tidak kisah bila masa saya mula berlakon asalkan pada waktu saya buat keputusan untuk berlakon adalah kerana saya benar-benar mahu berlakon bukannya untuk raih anugerah atau populariti. Semua itu akan datang jika saya berjaya berlakon dengan baik," tuturnya yang bersekolah rendah dan tinggi di Virginia, Amerika Syarikat.

Selepas berlakon drama Sungkyunkwan Scandal, Yoochun menerima banyak tawaran lakonan, tahun ini Yoochun terlibat dalam sebuah lagi drama berjudul Miss Ripley yang telah tamat tayangannya di Korea Selatan pada Julai lalu.

"Sebenarnya, saya menerima banyak skrip drama dan filem tetapi saya tiada masa untuk melihat kesemuanya. Situasi ini berlaku selepas tayangan drama Sungkyunkwan Scandal.


YOOCHUN juga cukup dikenali sebagai anggota band JYJ bersama dua lagi ahli iaitu Jaejoong dan Junsu. Album terbaharu mereka, In Heaven telah terjual sebanyak 50,000 unit dalam tempoh dua hari sahaja.


"Setiap projek yang dipilih bukannya dipilih oleh saya seorang sebaliknya keputusan bersama dengan orang yang berada sekeliling saya," ujarnya.

Penyanyi atau pelakon

Apabila disoal antara muzik dan lakonan yang mana lebih dekat dengan hatinya. Jawab Yoochun: "Saya suka muzik dan lakonan.

"Saya tidak tahu mahu meletak yang mana satu di tangga teratas. Saya mula mencipta lagu ketika sekolah lagi sehingga ke hari ini walaupun saya tidak ada masa seperti dulu saya tetap akan main piano sekali sekala.

"Saya memang sedar saya terlalu cintakan muzik, bila dapat inspirasi saya terus rakam melodinya. Untuk lakonan pula, membaca skrip memang satu beban tetapi bila penggambaran bermula saya mula masuk dalam watak yang saya bawa. Saya sukakan kedua-duanya kerana ia memberikan saya satu kepuasan."

Sungguhpun kerjayanya berjalan dengan lancar, pernah tercetus di hatinya persoalan sampai bilakah dia akan berada dalam industri seni.

Meskipun dunia seni disulami dengan populariti dan pendapatan yang lumayan, namun dia sedar, kejayaan itu bukan untuk selamanya, akan tiba satu hari nanti peminat akan jemu dengannya apabila muncul bintang baru yang cemerlang dan berbakat daripadanya.

"Saya memang tertanya-tanya dalam diri saya, sampai bila saya terus menyanyi dan berlakon? Pertama, saya fikir untuk membuatkan ibu, keluarga, peminat, rakan-rakan dan semua orang gembira. Saya mahu lakukan sampai semua orang berpuas hati.

"Pada masa depan, apabila ibu saya sudah tua dan kesihatannya tidak mengizinkan lagi, ketika itu saya hanya mahu berada di sisinya dan menjaganya," ujarnya yang dia kini menjalani kehidupan yang menggembirakan.

Kekasih

Tidak menyembunyikan perasaannya, Yoochun yang pernah dikhabarkan bercinta dengan aktres gandingannya dalam drama Sungkyunkwan Scandal, Park Min Young menyatakan yang dia mahu mendapatkan kekasih segera.


BERSAMA heroinnya dalam Sungkyunkwan Scandal, Park Min Young.


"Saya mahu jatuh cinta dan mahu ada kekasih dalam masa terdekat. Sebelum ini orang mengatakan saya bercinta dengan Park Min Young dan ia hanya sekadar gosip kerana sekarang dia secara rasmi adalah kekasih aktor Lee Min Ho," katanya.

Tuturnya lagi, dia belum pernah membawa mana-mana wanita sebagai kekasihnya pulang ke rumah berjumpa keluarganya dan dia mahu membawa wanita yang bakal menjadi isterinya secepat mungkin kerana keadaan kesihatan bapanya semakin merosot.

"Kesihatan bapa saya tidak berapa baik dan setakat ini saya belum membawa pulang mana-mana wanita untuk diperkenalkan kepadanya dan saya melakukannya secepat mungkin sebelum kesihatan bapa saya semakin merosot teruk," ujarnya yang mempunyai seorang adik lelaki, aktor Park Yoo Hwan.

Yoochun juga memberi penjelasan jenis wanita yang diminati untuk dijadikan kekasihnya.

"Saya mahukan seseorang wanita yang sukakan keluarga dan boleh memberikan saya ketenangan apabila bersamanya. Dia harus boleh bercampur gaul dengan orang di sekeliling saya terutama keluarga dan saudara-mara saya," tuturnya.

Buat peminat Yoochun dan band JYJ yang ingin mengetahui perkembangan terkini mereka, jangan lupa saksikan mereka menerusi program E!News Asia di saluran E! Astro (712), Ahad ini pada pukul 9.40 malam.

RIM jawab isu warganegara

Posted:

RIM jawab isu warganegara

RIM jawab isu warganegara

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


NORMAN


SELEPAS senarai lima calon terbaik untuk setiap kategori Anugerah Industri Muzik AIM ke-18 (AIM 18) diumumkan pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), rata-rata ramai yang keliru. Ada juga yang mempersoalkan isu artis luar yang menjalani rakaman syarikat Malaysia boleh tercalon manakala artis Malaysia yang menjalani rakaman di luar Malaysia pula tidak tercalon.

Kosmo! berkesempatan bertemu dengan Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim semasa rumah terbuka RIM di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sudah menjangkakan soalan yang bakal diajukan media, Norman dengan tenang menjawab segala isu yang berlaku pada AIM 18.

"Saya mahu tekankan di sini bahawa AIM sebenarnya bukan milik Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) atau mana-mana persatuan tetapi adalah milik RIM.

"Pihak RIM yang meminta Akademi menganjurkan AIM sejak dari awal sehingga AIM 17. Untuk AIM 18, RIM terpaksa ambil alih penganjuran AIM dan membuat banyak perubahan drastik tetapi bukan secara total semata-mata untuk menyelamatkan AIM.

"Kami tidak menyalahkan Akademi cuma selepas penganjurannya memasuki tempoh ke-17, AIM dilihat sudah hilang serinya. Sehinggakan pihak penyiaran ntv7 dan juga penaja rasmi, Celcom juga ingin menarik diri. RIM dimaklumkan perkara ini pada bulan September tahun lalu. Dalam tempoh tiga bulan kami membina semula kepercayaan Celcom untuk menaja manakala Astro pula akan bertindak sebagai stesen penyiaran AIM 18," terangnya.

Begitupun, kata Norman, sistem penjurian masih diberikan kepada Akademi kerana RIM sebagai syarikat pengeluar muzik tidak mahu dilihat sebagai berat sebelah kepada mana-mana artis.

Mengulas mengenai isu kewarganegaraan, kata Norman, ia merupakan isu yang lama. Begitupun, pihaknya tidak pernah mengubah atau meminda apa-apa terhadap kriteria kerakyatan bagi setiap penyertaan AIM seperti sebelum ini.

Namun, Norman hairan mengapa masih ada pihak yang mempertikaikan kriteria yang ditetapkan pada AIM yang ke-18 kali ini, padahal pihak RIM tidak pernah memindanya dan hanya mengguna pakai kriteria yang sedia ada.

"Kami prihatin dengan rungutan artis. Kriteria sudah ditetapkan dan sudah diedarkan pada bulan Jun lalu. Memang tidak benar sama sekali kalau mereka kata kami tidak telus. Sebab itu saya hairan mengapa ada artis yang mendakwa RIM sentiasa meminda kriteria yang diperlukan.

"Kami mahu lihat industri muzik Malaysia menjadi hebat seperti industri muzik di Korea. Mencari jalan bagaimana nak eksport muzik kita. Memang keutamaan diberikan kepada artis, komposer dan syarikat rakaman Malaysia.

"Menjawab isu kenapa Zee Avi tak tersenarai dalam calon Top 5, AIM secara tradisinya dianjurkan oleh syarikat rakaman di bawah RIM. Jadi kelayakan utama diberi kepada mereka yang menandatangani dan bernaung di bawah RIM. Asalkan syarikat rakaman itu di bawah rekod Malaysia dia layak masuk AIM. Kami mahu naikkan industri muzik bukan artis semata-mata. Zee Avi tidak layak sebab dia tidak terikat dengan syarikat rakaman Malaysia walaupun dia warganegara Malaysia.


ZEE AVI


"Bagi kes Hujan pula saya tidak pasti. Saya rasa mereka masih layak bertanding untuk beberapa kategori walaupun tidak semua. Mungkin mereka telah tercalon untuk saringan awal, tetapi tidak berjaya untuk Top 5. Secara peribadi, saya memang tidak terlibat dengan sistem penjurian. Cuma saya tahu ada hampir 900 pencalonan," katanya yang berharap segala kekeliruan yang wujud sudah selesai.

Mengulas isu pengguguran kategori Lagu Hip Hop di saat-saat akhir, kata Norman ia dibuat oleh pihak juri bukan daripada pihak RIM.

"Kalau ikut RIM, kita memang mahukan kategori ini, tetapi pihak juri sebaliknya. Mereka merasakan lagu-lagu yang menghantar pencalonan tidak memenuhi kriteria lagu hip hop. Kalau ikutkan, saya lebih suka jika lebih banyak genre muzik yang masuk bertanding dalam AIM.

"Kami mengurangkan kategori tak bermaksud kami menghalang atau mengurangkan artis untuk masuk bertanding. Kami telah membenarkan penyanyi yang mempunyai single untuk masuk bertanding. Selain itu, kita juga telah merancang untuk mengadakan anugerah berasingan untuk artis-artis Cina dan India tempatan serta kebarangkalian untuk muzik Urban," katanya lagi.

Dengan segala isu berbangkit tersebut, Norman memaklumkan berkemungkinan pihak RIM akan mengkaji semula sistem penjurian yang telah diguna pakai bagi memperkemaskan lagi penganjuran AIM untuk akan datang.

Malah bagi tujuan itu, pihak RIM mengalu-alukan pendapat daripada mana-mana persatuan mahupun individu untuk memperbaiki dan menyuarakan pendapat tentang kelemahan yang ada di pihaknya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved