Ahad, 11 September 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Teknologi cetus dodol 13 perisa

Posted:

Teknologi cetus dodol 13 perisa

Teknologi cetus dodol 13 perisa

Oleh ALIF ABU BAKAR

DALAM kesibukan menyediakan hidangan ketupat, rendang dan kuih-muih, makanan tradisi seperti dodol tidak sekali-kali dilupakan sebagai pelengkap juadah pada Aidilfitri.

Jika dahulu, proses membuat dodol memerlukan tenaga manusia mengacau selama 18 jam, kini dengan menggunakan mesin khas, ia boleh disediakan dalam tempoh 13 jam sahaja.

Malah menariknya, dodol yang kebiasaannya hadir dalam perisa asli (gula Melaka) dan durian kini juga boleh didapati dalam 11 perisa lain.

Siapa sangka, inovasi tersebut dicipta sendiri oleh anak tempatan yang pada awalnya hanya menjalankan perniagaan dodol asli, durian dan wajik sirat sahaja.

Namun, selepas 12 tahun menceburkan diri dalam dunia perniagaan dodol, Ideris Zainudin, 47, telah menghasilkan 11 jenis dodol baharu melengkapkan kesemua 13 jenis perisa dodol keluarannya.

Mungkin mentaliti masyarakat Malaysia masih belum bersedia menerima pembaharuan ke atas makanan tradisi terutama dodol yang sudah kerap dibuat secara manual.

"Sesetengah orang bimbang kualiti dodol moden ini tidak setanding dengan dodol tradisional kerana penggunaan mesin serta teknik pembuatannya sedikit berbeza. Rasa dan aroma dodol moden ini juga sering dipertikai dan dibandingkan dengan dodol tradisional, tetapi persepsi itu sebenarnya tidak benar.

"Dodol yang saya hasilkan adalah lebih berkualiti dan lebih baik daripada dodol tradisional," jelas Ideris yang menjalankan perniagaannya di Kampung Kandang, Melaka.


DODOL moden hanya mengambil masa 13 jam untuk disiapkan.


Bahan segar

Bagi memastikan kualiti dodolnya terjamin, Ideris hanya menggunakan santan segar. Malah, santan yang disimpan di dalam peti ais, akan diperiksa terlebih dahulu dengan teliti sebelum digunakan,

Sekiranya santan tersebut mempunyai dua lapisan setelah dikeluarkan, secara automatik ia tidak akan digunakan kerana santan tersebut telah tercampur dengan air.

Kelebihan dodol yang dibuat menggunakan mesin itu juga adalah proses mengacau selama 13 jam akan berterusan tanpa henti. Ia adalah proses yang agak sukar dilakukan kerana penghasilan dodol menggunakan cara tradisional menggunakan kudrat manusia mungkin menyebabkan dodol tidak sebati.

Kawalan api juga dijaga dengan teliti serta proses penyejukan selama 48 jam juga penting bagi menghasilkan dodol berkualiti tinggi.

Dengan tujuh mesin pengacau dodol di kedainya, penyediaan dodol menjadi lebih produktif kerana dalam satu hari Ideris mampu menghasilkan 420 kilogram (kg) dodol.

"Sambutan terhadap dodol moden ini semakin meningkat dan tempahan banyak diterima daripada mereka yang menetap di bandar. Selain tempahan berbentuk peribadi, saya juga banyak menyediakan dodol untuk majlis syarikat korporat dan majlis perkahwinan.

"Musim perayaan merupakan masa paling genting bagi perniagaan saya kerana tempahan yang terlalu banyak membuatkan beberapa tempahan terpaksa ditolak," ujarnya yang menyatakan dodol asli dan wajik sirat merupakan pilihan popular dalam kalangan pelanggannya.


DALAM masa 12 tahun, Ideris bukan sahaja berjaya menghasilkan 13 jenis perisa dodol malah, mengedarnya ke pelbagai negara.


Dodol 13 perisa

Menyentuh aspek inovasi dodol pelbagai perisa yang dijalankan Ideris, idea asal tercetus selepas lawatannya ke Thailand mendapati wujudnya dodol pelbagai warna namun, masih kekal dengan perisa asli.

Bermula daripada saat itu, Ideris berfikir tentang keupayaan dodol pelbagai perisa dan nekad memulakan eksperimen awalnya bersama-sama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Hasilnya, kerjasama itu berjaya melahirkan dodol berperisa jagung, pandan, strawberi dan mangga yang secara tidak langsung menjadi titik tolak buat Ideris meneruskan kajian ke atas potensi dodol perisa lain.

Tohmahan serta lontaran kata-kata tidak siuman terhadapnya tidak sekali-kali melemahkan semangat lelaki itu untuk terus maju menghasilkan dodol perisa cappucino dan durian.

"Pada mulanya ramai orang menganggap saya gila kerana cuba menghasilkan dodol pelbagai perisa dan warna kerana tanggapan orang bahawa makanan tradisi ini tidak boleh berkembang.

"Tetapi kini dodol asli saya juga mempunyai empat jenis iaitu dodol asli iaitu dodol asli badam, gajus, kurma dan kismis. Saya telah buktikan bahawa ia tidak mustahil dilakukan."

Isteri kepada Ideris, Fozaiah Sabtu, 44, yang juga merupakan antara orang kuat perniagaan dodol itu memberitahu, dodol pelbagai perisa tersebut juga kini mendapat sambutan pelanggan luar negara.


DODOL Ideris hanya menggunakan santan segar bagi menjaga kelazatan dan kualiti rasanya.


"Dodol asli yang mengandungi kacang-kacang akan dibeli pelanggan-pelanggan dari Timur Tengah, manakala dodol-dodol perisa lain pula dihantar ke Singapura, Brunei dan China.

"Boleh dikatakan penerimaan orang ramai terhadap dodol pelbagai perisa ini berada pada tahap 60 peratus dan semakin lama ia semakin meningkat. Tidak lama lagi, kita akan mengeluarkan dodol perisa baharu iaitu dodol berperisa coklat, epal dan durian belanda," ujar ibu kepada enam cahaya mata itu.

Teknik pembungkusan

Keghairahan mencipta dodol pelbagai perisa tidak bermaksud aspek-aspek lain dipandang ringan terutama teknik pembungkusan.

Tambah Fozaiah, pembungkusan dodol menggunakan daun upih serta bakul tampin turut dilakukan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Dodol bakul tampin didatangkan dalam tiga saiz berbeza iaitu 350 gram (g), 400 g dan 500g. Selalunya ia disediakan bagi majlis pertunangan dan perkahwinan.

Seorang pekerja Ideris yang ditemui, Saidah Samsuri, 41, menyatakan pembungkusan untuk majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan memerlukan ketelitian serta kreativiti tinggi.

"Sebagai contoh hantaran perkahwinan, pelanggan akan datang dengan barangan perhiasan untuk hantaran tersebut dan cara dodol itu dibungkus akan dilakukan oleh kami di sini.

"Dekorasi dan persembahan dodol itu juga menjadi tanggungjawab kami agar hantaran tersebut tampak menarik," katanya yang telah dua tahun berkhidmat dengan perniagaan Ideris.

Bagi pembungkusan biasa, ia akan dibalut dengan plastik berbentuk segi tiga. Proses tersebut akan dilaksanakan oleh 40 orang suri rumah di kawasan kampung tersebut.

Saidah memberitahu, setiap suri rumah akan dibekalkan dengan 26 kg dodol dan kebiasaannya akan disiapkan dalam tempoh kurang daripada dua hari.

Kubur 'mangsa' projek pembangunan

Posted:

Kubur 'mangsa' projek pembangunan

Kubur 'mangsa' projek pembangunan


SEORANG lelaki berjalan melewati kawasan perkuburan tertua Singapura, Bukit Brown, yang sedang 'diancam' pembangunan.


TANAH perkuburan tertua di Singapura, Bukit Brown kini berdepan kemungkinan dibongkar semula bagi memberi laluan kepada pembinaan apartmen untuk kediaman penduduk republik itu.

Dengan kepadatan sebanyak 7,126 penduduk bagi setiap kilometer persegi, Singapura nyata tidak mempunyai pilihan selain menghapuskan tanah perkuburan lama untuk mendirikan kediaman buat warganya.

Berkeluasan 86 hektar, Bukit Brown merupakan kawasan pedagang-pedagang awal China disemadikan. Atas sebab itu, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan pengekalan tanah perkuburan tersebut.

"Bukit Brown merupakan tempat persemadian kaum Cina tertua di Singapura dan alasan itu sudah cukup kuat untuk ia dikekalkan.

"Kubur bukan bertujuan untuk pengebumian sahaja malah ia turut menyimpan sejarah serta khazanah negara yang kian dilupakan," ujar Irving Johnson yang bertugas sebagai penolong profesor Kajian Asia Tenggara di Universiti Nasional Singapura.

Dibuka secara rasmi pada 1922, Bukit Brown dinamakan sempena kedatangan pemilik kapal Inggeris, George Henry Brown ke pulau itu pada tahun 1840.

Sebagai kenyataan balas, Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA) menjelaskan bahawa pembangunan termasuk perumahan perlu diutamakan berikutan kesukaran mendapatkan tanah lapang di negara pulau itu.


PUSARA pedagang hebat, Ong Sam Leong ini adalah antara yang sedang diperjuangkan untuk dikekalkan kerana nilai sejarahnya.


Populasi meningkat

Keputusan pembongkaran tanah perkuburan tersebut juga disebabkan populasi penduduk negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu itu kini mencecah 5 juta orang dengan 74 peratus terdiri daripada etnik Cina.

"Kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang dirasakan bernilai kepada sejarah negara bagi menjamin keselesaan rakyat.

"Pembongkaran kubur-kubur lama yang tidak lagi digunakan ini membolehkan kita menggunakan tapak tersebut bagi menyediakan prasarana dan infrastruktur lebih baik," ujar wakil URA.

Walaupun masih terdapat 60 tanah perkuburan di Singapura, namun hanya satu kawasan menerima pengebumian baharu dan bakinya telah pun ditutup.

Satu-satunya tanah perkuburan yang masih dibuka ialah Kompleks Perkuburan Choa Chu Kang yang terletak di utara pinggir bandar Singapura.

Jangka hayat setiap kubur di situ pula hanya 15 tahun sebelum ia dibongkar semula dan diuruskan mengikut syarat agama masing-masing.

Rangka-rangka mayat tersebut akan dibakar dan abu tersebut akan disimpan di rumah keluarga waris atau ditebarkan ke laut.

Bagi agama yang memerlukan pengebumian semula seperti Islam, ia akan ditanam semula dengan saiz kecil di Choa Chua Kang bagi menjimatkan ruang.

Media tempatan Singapura memberitahu, terdapat 229 tapak tanah perkuburan pada 1952 tetapi jumlah itu semakin berkurang disebabkan pembangunan dan pembinaan jalan.

Pusat beli-belah terkemuka di Orchard Road, kompleks Ngee Ann City yang menjadi pusat jenama mewah dunia seperti Chanel dan Louis Vuitton juga dibina atas tapak tanah perkuburan.

Pihak yang menentang pembangunan di Bukit Brown berkata, kawasan yang kaya dengan sejarah itu perlu dikekalkan kerana ia antara tinggalan berharga buat generasi akan datang.

"Jika ia tidak dipelihara, generasi masa depan tidak akan mengenali sejarah dan pengetahuan mereka terhadap asal-usul mereka juga kabur," luah pihak terbabit.


PROJEK rumah banglo persendirian ini terletak bersebelahan dengan tapak tanah perkuburan Bukit Brown.


Perkara ajaib kelapan

Kumpulan sokongan warisan, Singapore Heritage Society (SHS) pula tampil memberi kenyataan menerusi sebuah buku berjudul Space Of The Dead: A Case From The Living yang diterbitkan pada Mei lalu.

Presiden SHS, Kevin Tan dalam tulisannya menyatakan pemusnahan tanah-tanah perkuburan dalam tempoh 40 tahun itu amat mendukacitakan.

"Kita tahu pembangunan itu tetap akan berlaku, tetapi inisiatif yang boleh dilakukan mereka adalah mengekalkan beberapa perkuburan yang berharga buat negara," jelas Kevin.

Antara pusara yang perlu dikekalkan adalah milik Ong Sam Leong, pedagang hebat yang mati pada 1918 dan isterinya yang disemadikan bersebelahan pusaranya pada tahun 1953.

Rasional kubur individu kebanggaan warga Singapura itu dipulihara adalah kerana rekaan serta perincian pusara tersebut adalah satu-satunya yang tinggal di republik itu.

Dua patung batu pengawal India Sikh bersaiz manusia yang memegang senapang sebenar dibina di hadapan pusara tersebut manakala batu nisan kubur itu pula dikelilingi parit kecil.

"Kami menggelar kubur ini sebagai perkara ajaib kelapan di Singapura dan ia amat istimewa," kata pengkaji paranormal Asia, Raymond Goh. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ira disihir guna gambar dalam FB

Posted:

Ira disihir guna gambar dalam FB

Ira disihir guna gambar dalam FB

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.


NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Dua NGO tidak sokong Kimma

Posted:

Dua NGO tidak sokong Kimma

Dua NGO tidak sokong Kimma

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my


BEBERAPA NGO tidak menyokong cadangan supaya menempatkan pengawal keselamatan bersenjata bagi mengelak kejadian rompakan di restoran mamak. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Cadangan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) supaya restoran mamak mengupah pengawal keselamatan bagi menjaga premis mereka tidak mendapat sokongan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat itu.

Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, langkah itu seolah-olah memberi gambaran bahawa restoran mamak tidak selamat dan memerlukan pengawal bersenjata untuk mengawalnya.

"Negara kita bukan berada dalam situasi darurat yang memerlukan pengawal bersenjata ditempatkan di restoran-restoran.

"Ia akan merosakkan reputasi negara dan memberi tanggapan salah kepada pihak luar bahawa negara kita tidak selamat dan berlaku keganasan," ujarnya ketika datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Presiden Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader mencadangkan supaya semua restoran mamak dilengkapi pengawal keselamatan bersenjata bagi menjaga premis dan pelanggan mereka.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Jangan ubah fakta sejarah - PM

Posted:

Jangan ubah fakta sejarah - PM

Jangan ubah fakta sejarah - PM


NAJIB (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan mana-mana pihak agar tidak cuba mengubah fakta sejarah dan mengagung-agungkan pengganas komunis.

Beliau berkata, komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, antiagama dan zalim.

"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di sini semalam.

Perdana Menteri berkata, komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.

"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak daripada kalah," katanya.

Najib berkata, komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.

"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tidak beri hak kepada rakyat.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Lambang gaya peribadi

Posted:

Lambang gaya peribadi

Lambang gaya peribadi

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR

ZAMAN ini bukanlah satu perkara yang pelik apabila melihat seseorang yang tidak rabun memakai kaca mata berbingkai besar.

Sesetengahnya pula, jika dilihat dengan jarak dekat, hanya memakai bingkainya manakala cerminnya pula sudah dibuang.

Namun, itulah trend terkini bagi penggemar cermin mata. Tidak seperti kebanyakan pengguna yang lebih gemar memakai kanta lekap yang mudah didapati dalam pelbagai warna, cermin mata dapat membuatkan saiz mata kelihatan lebih besar.

Cermin mata bukan lagi memberi maksud pemakainya mengalami masalah penglihatan seperti sensitif pada silau atau rabun. Ia kini adalah sebahagian aksesori yang menjadi pelengkap gaya individu.

Pilihan cermin mata tampil dalam pelbagai rekaan terutama rekaan klasik yang menjadi kegilaan masa kini. Bingkai ringkas rona hitam bersaiz besar seringkali dilihat menjadi pilihan dalam kalangan remaja.

Bagi pelakon dan pengacara, Zoey Rahman, dia menjadikan cermin mata sebagai aksesori wajib kecuali ketika sedang menjalani penggambaran yang memerlukan dia menanggalkan cermin mata.

"Saya sudah memakai cermin mata sejak menuntut di kolej. Kekerapan menggunakan komputer untuk melakukan tugasan kolej dan ketika penggambaran membuatkan saya mengalami masalah silau dan perlu memakai cermin mata.

"Tetapi dulu, saya hanya menggunakan cermin mata akibat silau. Kini, saya mempunyai beberapa koleksi cermin mata pelbagai saiz dan rekaan yang boleh disesuaikan dengan penampilan saya yang berbeza," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran bersama Stepper Eyewear dan Pantone Universe Eyewear di Viva Mall, Khamis lalu.

Zoey memberitahu, dia tidak dapat berpisah dengan cermin matanya, justeru dia sentiasa memastikan cermin matanya sentiasa berada di dalam poket seluar sekiranya dia menghadiri sebarang acara.


FARHAN memilih cermin mata rekaan funky dan klasik kerana sesuai dengan imejnya.


"Kadang-kadang, saya perlu memakai kanta lekap ketika menghadiri majlis tertentu atau menjalani penggambaran. Tetapi selepas semua urusan selesai, saya akan menanggalkan kanta lekap kerana tidak selesa lalu memakai cermin mata semula.

"Rekaan cermin mata yang saya gunakan setiap hari bersaiz kecil. Saya juga mempunyai beberapa cermin mata lain yang lebih besar namun rekaan ringkas menjadi pilihan saya," ujarnya.

Tambah Zoey, dia mempunyai obsesi untuk membeli cermin mata baharu lebih-lebih lagi setiap kali melalui kedai cermin mata.

"Setiap kali membeli cermin mata, saya peruntukkan lebih RM1,000 kerana saya memang sukakan penampilan bercermin mata dan mempunyai koleksi cermin mata pelbagai warna yang mengikut trend masa kini.

"Saya juga pernah membeli cermin mata di butik Topman kerana sukakan bingkainya dan menukarkan cerminnya di kedai cermin mata," katanya yang kini merupakan pereka kanan di Calista Design yang terletak di Taipan Damansara.

Farhan pilih klasik

Sementara itu, penyanyi Farhan turut menggemari cermin mata meskipun tidak dilihat memakainya ketika menghadiri sebarang acara.

"Saya sukakan cermin mata yang mempunyai rekaan fancy dan klasik kerana ia sesuai dengan imej saya," katanya yang menggunakan cermin mata sejak di bangku sekolah menengah.

Menurut Farhan, dia tidak menghabiskan wang yang banyak untuk membeli cermin mata kerana selesa menggunakan hanya satu cermin mata pada satu-satu masa.

"Saya akan memakai cermin mata pada waktu malam terutamanya ketika memandu dan membaca. Bagi saya, cermin mata kini sudah menjadi trend dan bukan lagi dianggap sesuatu yang tidak bergaya atau memalukan pemakainya," katanya.

Farhan memberitahu, sejak bergelar penyanyi, dia mengalami masalah silau yang lebih teruk akibat sering 'melawan' cahaya di pentas semasa membuat persembahan.

"Akibat masalah tersebut, saya membeli cermin mata tetapi tidak mahal, sekitar RM300 sahaja. Yang penting bukan harganya tetapi rekaannya yang menepati bentuk wajah dan gaya yang diinginkan," katanya.


PARA model dan selebriti bergambar bersama Stepper (lima dari kanan) sempena pelancaran rekaan terbaharu Stepper dan Pantone Universe.


Sesuai dengan wajah

Dalam pada itu, supermodel Amber Chia pertama kali mencuba memakai cermin mata adalah ketika menjadi duta Focus Point beberapa tahun dahulu dan mengakui memiliki sedikit pengetahuan berkenaan pemilihan cermin mata yang sesuai.

"Bagi saya rekaan cermin mata mestilah sesuai dengan bentuk wajah seseorang supaya tidak menampakkan wajah seseorang itu lebih besar, tidak seimbang atau tenggelam dalam cermin matanya.

"Mereka yang mempunyai bentuk wajah besar tidak boleh memilih cermin mata yang terlalu besar dan panjang kerana akan membuatkan bentuk wajah nampak tidak seimbang, sebaliknya pilih rekaan bersaiz sederhana," katanya.

Amber memberitahu, ibu bapanya memakai cermin mata tetapi dia tidak mengalami sebarang masalah penglihatan dan memakai cermin mata semata-mata untuk bergaya.

"Saya akan memilih rekaan yang terkini serta warna yang akan menampakkan wajah lebih muda. Cermin mata tidak semestinya untuk mereka yang rabun tetapi kini ia salah satu lambang fesyen dan menjadi trend ikutan.

"Saya sendiri menyukai cermin mata sebagai salah satu aksesori dan memilih reka bentuk yang besar untuk tampil glamor," katanya.

Palet terang MUFE

Posted:

Palet terang MUFE

Palet terang MUFE


Sekolah solekan MUFE mengajar individu teknik solekan natural, pentas dan solekan malam.


PELOPOR jenama mekap Make Up For Ever (MUFE), di Singapura dan Malaysia, Teresa Ong Shuh Huah dan Alicia Chong, begitu optimis tatkala berbicara mengenai dunia solekan dan kecantikan wajah. Mereka berdua yang bersatu dan berganding bahu dalam memperluaskan jenama kosmetik MUFE, cukup teruja apabila mendapati wanita zaman moden semakin selesa untuk merias wajah.

"Paling mengujakan, kelompok pelajar sekolah dan kolej turut meluangkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bersolek. Meskipun mengaplikasi solekan nipis dan menggunakan kosmetik nuansa lembut, sekurang-kurangnya mereka berjaya mengelakkan wajah daripada kelihatan pucat.

"Sebab itu, MUFE sentiasa berusaha menawarkan himpunan alat solek yang terbaik dan dijual pada harga berpatutan. Kami ingin mengajak wanita tempatan agar sentiasa tampil menawan dan segar tidak kira sama ada untuk menghadiri kolej, pejabat, majlis atau ketika bersantai," jelas Teresa yang menyatakan solekan ceria sesuai dipraktikkan sempena hari raya.

Secara ringkas, jenama MUFE diperkenalkan pada tahun 1984 oleh Dany Sanz, seorang pelukis dan pengukir kelahiran Perancis yang kemudian membina nama dalam bidang solekan.


Kaunter MUFE menawarkan seleksi kosmetik pelbagai warna dan jenis.


Pada mulanya, MUFE dicipta bagi memenuhi kehendak solekan industri seni persembahan namun, menariknya kosmetik itu sesuai digunakan untuk solekan harian.

Konsep kaunter: Secara holistik, butik mini MUFE banyak bermain dengan warna hitam yang melambangkan nilai eksklusif, sofistikated dan keunggulan.

Di bahagian depan butik terpamer rangkaian kosmetik MUFE mengikut kategori. Antaranya seleksi gincu bibir, pembayang mata, pemerah pipi, krim asas, bedak tabur dan penggaris mata. Ini memberi keselesaan kepada pengunjung memilih produk bersesuaian dengan jenis dan warna kulit wajah.

Di bahagian dalam butik pula menempatkan sudut solekan bercirikan seni hias moden. Bingkai cermin di setiap sudut dikelilingi mentol lampu bersaiz kecil rona kuning bagi menghidupkan sistem pencahayaan yang baik sewaktu merias wajah.

Dalam pada itu, di segenap panel dinding butik tidak dibiarkan kosong sebaliknya dihiasi dengan gantungan foto wajah model jelita hasil solekan yang menggunakan himpunan produk Make Up For Ever Profesional.


TERESA ONG (lima dari kiri) dan Alicia (enam dari kiri) bersama barisan model yang tampil menawan dan funky dengan tata rias wajah menggunakan kosmetik MUFE.


Menawarkan: Pelbagai alat solek seperti gincu, pembayang mata, bulu mata palsu, krim asas, bedak asas dan set berus solekan.

Jenis dan warna: Terdapat bermacam-macam warna kosmetik yang bermula daripada palet rona terang, lembut dan gelap.

Keistimewaan: Sempena musim perayaan dan melihat trend wanita kini yang menitikberat soal kecantikan serta solekan wajah, MUFE menawarkan kelas solekan.

Kelas selama sejam yang berharga RM300 itu memberi peluang kepada wanita belajar teknik dan tip solekan yang boleh dipraktikkan pada kemudian hari.

Selain solekan natural, individu boleh memilih solekan smokey eyes, solekan air, berkilat dan glamor.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee sedia galas amanah besar

Posted:

Safee sedia galas amanah besar

Safee sedia galas amanah besar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

MUNGKIN agak keterlaluan jika dikatakan penggempur berbisa Harimau Malaya, Safee Sali bakal pengganti Craig Bellamy di Cardiff City.

Impian itu dilihat cukup besar untuk digalas Safee yang akan menjalani ujian pemilihan bersama kelab Liga Kejuaraan England tersebut kira-kira dua minggu bermula hari ini hingga 27 September.

Bagaimanapun, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, penyerang sensasi skuad kebangsaan itu akan berusaha menampilkan prestasi terbaik bagi memikat hati panel pemilihan Cardiff.

Jelasnya, jika gagal menyarung jersi Cardiff musim ini, Safee tetap tidak akan berputus asa untuk kembali mencuba nasib pada musim depan.

"Itu semua bergantung kepada sejauh mana keazaman Safee sendiri untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi selepas menyertai kelab Indonesia, Pelita Jaya dari Selangor sebelum ini.

"Kita harus berpijak di bumi nyata, kekosongan jentera serangan Cardiff selepas penghijrahan Bellamy (ke Liverpool) bukan bermakna peluang Safee terbuka luas kerana mereka masih mempunyai rangkaian penyerang yang hebat-hebat dari Scotland, Wales, Perancis dan juga dari England sendiri.

"Saya harap peminat Safee tidak kecewa dan terus mengecam beliau sekiranya tidak terpilih memandangkan Safee akan berusaha memberikan yang terbaik, selain benar-benar bersyukur dengan ujian pemilihan yang ditawarkan Cardiff," kata Zakaria kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Zakaria berkata, Safee kini telah bersedia 100 peratus daripada aspek mental dan fizikal setelah menjalani latihan intensif selama beberapa hari bersama Pelita Jaya sebelum ini.


SAFEE bertekad menampilkan prestasi terbaik ketika sesi pemilihan di Cardiff.


"Cuma pada masa sama, saya lihat Safee masih tertanya-tanya mengenai bentuk latihan, cara pemilihan, faktor cuaca dan corak permainan yang pastinya berbeza daripada apa yang pernah dialaminya sebelum ini.

"Namun, saya yakin ia tidak akan mendatangkan masalah kepada Safee yang pastinya akan cepat menyesuaikan diri sebaik berada di sana selama dua minggu selepas ini," katanya yang akan turut menemani Safee ke Cardiff.

Safee dijangka berlepas ke Cardiff City dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.35 pagi tadi selepas mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya bagi menjalani sesi pemilihan tersebut.

Selain Safee, kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim juga dilaporkan akan turut menjalani sesi pemilihan bersama Cardiff selama tiga minggu pada hujung Oktober depan.

Bagaimanapun, ketika ini Safiq mahu mengekalkan konsentrasi membantu Selangor dalam misi memburu Piala Malaysia buat kali ke-33 terlebih dahulu.

Kelantan ikrar perbaiki rentak

Posted:

Kelantan ikrar perbaiki rentak

Kelantan ikrar perbaiki rentak


PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kanan) dicabar
pertahanan Johor FC pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin.


SELAKU penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan berada di landasan terbaik untuk menempatkan diri ke peringkat suku akhir, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Malam kelmarin, The Red Warriors meraih tiga mata berharga apabila membenam Johor FC 2-1 pada aksi Kumpulan C di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Beraksi di atas padang licin, perlawanan sedikit terganggu sehingga Kelantan tersentak dengan jaringan awal pihak lawan pada minit ke-11 menerusi penyerang Johor FC, Eddy Helmi Manan.

Pemain tengah Kelantan, Shakir Shaari berjaya menggembirakan penyokong tuan rumah apabila rembatannya dari jarak 30 meter terkena seorang pemain pertahanan Johor FC sebelum bola menerjah gawang lawan pada minit ke-18.

Mohd. Ramzul Zahini muncul wira Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan dua minit sebelum perlawanan berakhir.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan tersebut, kapten, Badri Radzi tetap kecewa dengan aksi yang dipamerkan barisan pemain Kelantan.

Tanpa berselindung, Badri mengakui mereka tidak mempamerkan tahap permainan sebenar kerana keletihan berikutan jadual latihan kecergasan yang terlalu padat.

"Faktor kekurangan perlawanan kompetitif selepas musim Liga Super tamat dan bulan Ramadan tidak timbul.

"Latihan padat yang terpaksa dilalui menyebabkan kami semua tidak sempat untuk memulihkan tenaga.

"Saya akui permainan kami malam tadi (kelmarin) sangat teruk, ia bukan tahap permainan sebenar pasukan Kelantan.

"Beraksi dalam cuaca hujan, padang licin serta badan penat menyebabkan mood kami sedikit terjejas," kata Badri semalam.

Tambah Badri, biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran itu, dia tetap bersyukur kerana Kelantan mampu memenangi perlawanan tersebut.

"Saya berharap Kelantan mampu mempamerkan tahap sebenar ketika menentang Felda United Rabu ini (malam esok)," jelasnya.

Gergasi Merah kembali nyala impian buru Piala Malaysia

Posted:

Gergasi Merah kembali nyala impian buru Piala Malaysia

Gergasi Merah kembali nyala impian buru Piala Malaysia

NAMPAK 'manja', tetapi garang.

Itu rentak juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor yang dilihat kembali mempamerkan aksi sebenar selepas membenam cabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 pada aksi Kumpulan D di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Duka kekecewaan setelah tewas tipis 0-1 kepada T-Team pada perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia Selasa lalu ternyata berjaya dipadam oleh anak-anak buah K. Devan yang kembali mempamerkan aksi bertenaga, sekali gus menggembirakan penyokong setia Gergasi Merah.

Apa yang pasti, pasukan lawan sudah semestinya tidak senang duduk dengan kebangkitan semula Selangor yang ketika ini begitu dahaga memburu koleksi Piala Malaysia yang ke-33 selepas ketandusan trofi semenjak beberapa tahun lalu.

Begitupun, ketumpulan jentera penyudah di bahagian serangan yang gagal menterjemahkan sekurang-kurangnya 16 peluang terhidang pastinya sedikit meresahkan Devan.

Meskipun berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya terutama di bahagian pertahanan, Devan mengakui masih banyak perkara yang perlu dibaiki bagi kembali mempertajamkan jentera serangan Selangor.

"Saya berpuas hati dengan kemenangan ini terutamanya gandingan mantap Asraruddin Putra Omar dan Nasriq Baharom di bahagian pertahanan yang tenang mengawal asakan penyerang lawan dalam perlawanan itu.

"Namun pada masa sama, ada banyak perkara yang perlu dibaiki terutamanya di bahagian serangan menjelang pertemuan dengan pendahulu Kumpulan D, Kuala Lumpur selepas ini," kata Devan semalam.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua gol Selangor berjaya dijaringkan Fadzli Saari pada minit ke-46 dan 59 hasil hantaran cantik Amirulhadi Zainal dan kapten, Safiq Rahim yang masuk menggantikan Fitri Shazwan Raduwan.

Meskipun kedua-dua pasukan beraksi hambar pada separuh masa pertama, skuad kendalian Devan kembali menemui rentak sebaik babak kedua bermula menerusi beberapa percubaan merbahaya.

Dengan kemenangan itu, Selangor yang berkongsi tiga mata dengan T-Team kini menduduki tangga kedua Kumpulan D hasil perbezaan gol - tiga mata di belakang Kuala Lumpur yang kini selesa mengutip enam mata maksimum menerusi dua kemenangan berturut-turut.

Selangor akan membuat perhitungan dengan Kuala Lumpur di Stadium Selayang malam esok sebelum melayan kunjungan T-Team di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Berkat 4,508 SMS

Posted:

Berkat 4,508 SMS

Berkat 4,508 SMS

CHOONG LIANG (dua dari kiri) ditemani ahli keluarganya ketika menerima hadiah berupa sebuah kereta Volkswagen Polo kerana menjuarai peraduan SMS Twisties Mata Mania 2011 baru-baru ini.


TAM CHOONG LIANG, 37, melonjak keriangan tatkala namanya diumumkan sebagai juara peraduan SMS Twisties Mata Mania 2011, anjuran makanan ringan jenama Twisties.

Pemuda itu, sama sekali tidak menyangka desakan anak perempuannya, Tam Xue Ying yang berusia lima tahun supaya membeli makanan ringan Twisties di sebuah pasar raya telah membawa tuah kepadanya.

Berkat menghantar sebanyak 4,508 Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tanpa jemu telah melayakkan bapa kepada seorang cahaya mata tersebut memenangi hadiah utama berupa sebuah Volkswagen Polo berwarna merah.

"Setiap hujung minggu saya dan isteri akan membeli-belah barang dapur di sebuah pasar raya di Puchong, Selangor. Lazimnya, kami lebih cenderung membeli sayur-sayuran dan produk kering berbanding makanan ringan.

"Namun, tidak semena-mena pada hari itu, anak saya beria-ria meminta saya membeli snek Twisties.

"Ketika di rumah, saya membelek-belek bungkusan snek Twisties dan terbaca tentang peraduan SMS Twisties Mata Mania. Hati saya tergerak untuk mencuba memandangkan peraduan ini menawarkan hadiah lumayan. Lantas, tanpa membuang masa saya mengikut arahan tertera dan tidak henti-henti menghantar SMS," ujar Choong Liang yang telah melaburkan hampir RM700 bagi menyertai peraduan SMS Twisties Mata Mania.

Sementara itu, menurut Pengarah Pemasaran, Kraft Foods Malaysia Jason Chin, jenama Twisties bukan sekadar snek lazat yang menjadi pilihan masyarakat malah ia memberi peluang kepada orang ramai menyertai bermacam-macam peraduan bagi memenangi seleksi hadiah menarik.

Jelas Jason, sudah tiba masanya Twisties menawarkan sesuatu kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong Twisties sehingga jenama berkenaan mampu bertahan selama tiga dekad dalam pasaran makanan tempatan.

"Selain pertandingan muzik anjuran Twisties, kami dapati peraduan menerusi SMS antara aktiviti yang mendapat sambutan menggalakkan.

"Buktinya, sejak peraduan SMS Twisties Mata Mania dilancarkan awal April lalu sehingga tarikh tutup penghujung Mei, kami telah menerima lebih daripada 200,000 penyertaan terutamanya dalam kalangan generasi muda.

"Justeru, Twisties akan sentiasa berusaha tampil dengan pelbagai peraduan dan aktiviti menarik berserta koleksi hadiah yang mampu menggembirakan hati peserta," jelas Jason ketika ditemui pada majlis pengumuman pemenang peraduan Peraduan SMS Twisties Mata Mania di Kota Damansara, baru-baru ini.

Dalam pada itu, selain Tam Choong Liang, peraduan SMS Twisties Mata Mania turut memilih lapan orang pemenang bertuah mingguan yang berjaya memenangi hadiah berupa televisyen paparan cecair kristal (LCD) jenama Samsung, HP Mini, Sony Playstation 3 dan HTC Wildfire. - IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


200 maut terjun dari Menara WTC

Posted:

200 maut terjun dari Menara WTC

200 maut terjun dari Menara WTC

SEORANG lelaki terjun dari bangunan WTC yang runtuh akibat serangan pengganas sedekad lalu.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001, lapor sebuah akhbar semalam.

Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.

Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang memalukan.

Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.

"Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen McArdle-Schulman.

"Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya.

Menurutya, dia turut berang dengan tindakan sebahagian individu tidak berhati perut di lokasi kejadian yang merakam mangsa- mangsa itu terjun.

Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah.

WTC yang setinggi 417 meter dan memiliki 110 tingkat, terdiri daripada Menara Utara dan Menara Selatan dibuka kepada orang ramai pada 1973. Pembinaannya ketika itu menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).

Pada 11 September 2011, kumpulan pengganas merempuh dua pesawat Boeing 757 ke atas WTC yang menyebabkan ia terbakar dan runtuh. Kejadian itu meragut 2,753 nyawa.

Sebelum ini, berita dan gambar-gambar mereka tidak disiarkan media AS.

Pemerintah AS beranggapan bahawa mereka yang memilih untuk membunuh diri daripada mati terbunuh sebagai tidak patriotik sekali gus mencalar imej negara.

Sementara itu, kawalan keselamatan di sini dan beberapa lokasi utama lain di AS diperketatkan menjelang sambutan ulang tahun ke-10 insiden serangan pengganas ke atas AS hari ini. - Agensi

Jalan sesak kerana Jolie

Posted:

Jalan sesak kerana Jolie

Jalan sesak kerana Jolie


AKTRES Hollywood, Angelina Jolie (kanan sekali) tersenyum di luar pejabat pengarah filem, Ridley Scott di London pada minggu ini.


LONDON - Tidak ramai mampu melakukannya tetapi aktres Hollywood Angelina Jolie menyebabkan laluan trafik terhenti dengan cuma berjalan keluar dari sebuah pejabat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Kekalutan berlaku apabila orang ramai membanjiri sebatang jalan kerana tidak mahu terlepas peluang merakam gambar heroin filem Tomb Raider itu, sekali gus menyebabkan lalu lintas terhenti.

Jolie, 36, pula cuma tersenyum melihat situasi yang berlaku ketika dia berjalan keluar dari pejabat pengarah filem Gladiator, Ridley Scott di sini minggu ini.

Kunjungannya turut mencetuskan spekulasi bahawa teman hidup aktor Brad Pitt itu telah ditawarkan untuk membintangi filem terbaharu Scott.

"Patutlah ramai orang keluar untuk melihat Jolie. Dia kelihatan sungguh cantik dan menawan," kata seorang penduduk setempat. - Agensi

Harimau betina bunuh pasangan gara-gara cemburu

Posted:

Harimau betina bunuh pasangan gara-gara cemburu

Harimau betina bunuh pasangan gara-gara cemburu



EL PASO, Amerika Syarikat (AS) - Seekor harimau jantan bernama Wzui (gambar) mati setelah diserang oleh pasangannya di Zoo El Paso di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku pada Khamis lalu apabila harimau betina Malaya berusia tiga tahun, Seri menggigit leher Wzui yang tiga tahun lebih tua, menyebabkan harimau jantan itu mati akibat keurangan oksigen.

Ketika kejadian, kedua-dua binatang buas itu sedang mengawan di zoo berkenaan.

"Kami tidak menjangka perkara seperti ini akan berlaku," kata pengarah Zoo El Paso, Steve Marshal.

Menurutnya, serangan itu dipercayai berpunca daripada cemburu.

Wzui sebelum ini katanya, pernah mendampingi seekor harimau betina bernama Melor yang tiba dari Zoo Tulsa sembilan bulan lalu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penoreh getah maut disambar petir

Posted:

Penoreh getah maut disambar petir

Penoreh getah maut disambar petir

11/09/2011 6:09pm

MARANG – Seorang penoreh getah maut disambar petir ketika berteduh daripada hujan di dalam rumah rakit berhampiran sangkar ikan milik bapa saudaranya di Kampung Batangan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa Mohd Farizuddin Adnan, 27, bersama seorang sepupunya dilaporkan berlindung di rumah rakit tersebut setelah tiba-tiba hujan lebat ketika mereka sedang melakukan kerja mengangkat pukat.

Menurut sepupu mangsa, Muhammad Hairi Syahiddin Mohd, 18, ketika kejadian dia dan sepupunya masuk ke dalam rumah rakit tersebut untuk berlindung sebelum tiba-tiba kedengaran bunyi petir yang kuat.

"Saya mendengar bunyi dentuman petir yang kuat dan saya berpaling ke belakang melihat badan arwah telah terbakar saya bergegas memanggil ayah yang berada di luar rumah ketika itu dan cuba memadam api di badan mangsa."

"Setelah api berjaya dipadamkan kami bergegas membawa arwah ke klinik kesihatan berhampiran, namun arwah disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini. – Bernama

Triathlon inspirasi korporat Malakoff

Posted:

Triathlon inspirasi korporat Malakoff

Triathlon inspirasi korporat Malakoff

11/09/2011 5:33pm

KUALA LUMPUR – Syarikat penjana kuasa terbesar di Malaysia, Malakoff Berhad, akan terus menjadikan acara sukan triathlon sebagai inspirasi korporat dalam usaha membantu kerajaan membentuk masyarakat yang berdaya saing tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainal Abidin Jalil berkata, usaha itu adalah satu daripada tanggungjawab sosial syarikat berkenaan ke arah mengembangkan lagi sukan triathlon kepada masyarakat Malaysia.

"Kita memilih sukan triathlon kerana ia mempunyai unsur daya saing, ketahanan dan unsur positif lain, yang secara tidak langsung dapat membentuk peribadi unggul," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka syarikat itu di sini hari ini.

Pada majlis itu, Zainal menyampaikan sumbangan wang raya dan buku teks kepada 100 anak yatim dari Pusat Maahad Tahfiz Al-Ansar, Kuala Selangor.

Beliau berkata, pihaknya akan terus menjadi penganjur kali ke-10 Kejohanan Malakoff Powerman Malaysia edisi 2011 di Lumut, Perak pada November ini.

"Selain daripada Powerman Malaysia, pada setiap tahun, kita turut menganjurkan Malakoff University Duathlon Series untuk pelajar universiti bagi mempopularkan sukan tersebut di negara ini," katanya. – Bernama

Penoreh bunuh gadis dihukum gantung

Posted:

Penoreh bunuh gadis dihukum gantung

Penoreh bunuh gadis dihukum gantung

11/09/2011 2:16pm

ALOR SETAR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penoreh getah selepas dia didapati bersalah membunuh seorang gadis dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Haris Abdul Talib, 28, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Mohd Haris dituduh membunuh Farhanim Ahmad Ibrahim, 17, sebelum mayatnya yang telah reput ditemui pencari madu lebah dalam belukar di kampung Carok Kapas di Kupang, Baling.

Dia melakukan pembunuhan ke atas Farhanim antara 29 Mac 2009 pukul 6 pagi hingga 4 April 2009 pukul 2.40 petang di kawasan belukar terbabit dan dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


'Dunia Kecil' Liyana Fizi

Posted:

'Dunia Kecil' Liyana Fizi

'Dunia Kecil' Liyana Fizi

SOFIATUL SHIMA WAN CHIK

LIYANA FIZI, si pendendang suara seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari ini sedang bercerita. Isi ceritanya disatukan dan dalam 10 wadah yang bertali dalam balutan penuh rasa harmoni, sebuah album layaknya.

Si manis ini sudah lama berdampingan dengan para pemuzik ibu kota. Vokalnya terlebih dulu sudah menjelajah telinga ke telinga. Kali ini dia tampil solo setelah puas menjadi vokalis dan pemanis grup Estrella. Tetapi tidak sendirian di atas pentas, dia ditemani teman sejiwa bermuzik di barisan sessionist. Cuma kariernya di garis status solo.

Vokalis sekali gus gadis pemetik instrumen berdawai ini makin menjadi pemandangan yang indah dilihat dan dikecapi. Namun Liyana bukanlah gadis tipikal yang ada dalam pemikiran anda. Dia bukan sekadar wajah manis di atas panggung atau acara.

Ujarnya, seorang temannya pernah berkata, 'dunia Liyana kecil tapi impiannya besar.' Tetapi dengan buah tangan perdananya ini dia mahu berskala besar. Memberi dan menerima dengan imbuhan pada kadar yang lebih terbuka. Kita berbicara dan berkenalan dengan si manis yang diberi jolokan song bird dan penerokaan dunianya.


LIYANA bakal bersatu dengan pemuzik Izaad, Pito, Ruviyamin dan kemunculan khas personel grup 4Peniti dari Bandung iaitu Rudy Zulkarnaen, Ammy C Kurniawan dan Ari Renaldi pada malam 11 September ini.


Pembacaan di sebalik

Satu hal yang tidak dapat disangkal apabila melihat wanita muda berusia 27 tahun ini adalah kemanisan yang diberikan baik daripada segi fizikal mahu pun material yang sedang dijuangnya.

Album Between The Lines adalah taruhan kemanisan yang dibawanya. Bukan sekadar memuji namun setelah beberapa kali mentelaah produk perjuangannya ini, terasa damai yang cuba dibawanya. Setiap lagu punya penceritaan yang tersendiri, gaya dan sentuhan seorang Liyana Fizi.

Cerita-cerita pelbagai genre itu dibalut dengan susunan muzik dan lapisan instrumen yang kaya. Bukan sekadar bunyi asas dram, gitar dan bass. Lebih enak album ini diberi tambahan indah celo dan biola alunan Ammy C. Kurniawan. Instrumen yang dekat dengan kata damai.

Harmoni yang dibawa oleh empunya diri kelahiran Kuala Lumpur ini juga suntikan kembara yang dijalaninya. Dia berkelana di Bandung, Indonesia selama dua minggu untuk mendalami muzik. Mencari sesuatu di luar kotak, adalah tidak salah menimba dan sesekali mengerling warna hijau rumput di luar. Semuanya atas dasar kecintaan terhadap suatu yang dinamakan muzik.

"Material untuk album Between The Lines ini dikumpul selama dua tahun dan proses rakamannya dalam masa dua minggu. Kalau ditanya tentang durasi dua tahun, ini kerana kekangan masa dan kewangan. Semuanya dijalankan secara bebas," ujar bekas vokalis grup Estrella ini.

"Proses kreatifnya bermula dengan mendapatkan melodi dan kemudian menulis lirik, bab lirik itu juga mengambil masa. Ada yang lama dan ada yang sehari dua prosesnya," ujar Liyana yang kerap mendapat ilham menulis lirik dalam kereta.

Tambah Liyana Fizi yang seakan sudah punya stail rambut 'fringe' ini, momen menulis lagu biasanya memerlukan dirinya sepi daripada dunia luar. Mahu sendiri dan mengelamun sambil memetik gitar, ilham ketika itu datang sendiri dan itu momen yang dinanti-nanti.


LIYANA bakal berlagu di Bentley Music, Mutiara Damansara untuk persembahan solonya.


Tidak hairan apabila membaca satu persatu, lirik ini tidak ketara jauh untuk disentuh ke dalam setiap pendengar. Ada cerita normal yang disuarakan di sebalik vokal dan gaya bercerita Liyana.

"Saya cuba meletakkan faktor empati dalam menulis lirik. Bukan sekadar sebuah pengalaman personal. Harapan hati saya untuk menyatukan pecinta muzik melalui album ini. Sewaktu proses rakaman, saya sedar bahawa apa sebenarnya yang saya mahukan adalah para pendengar dapat mencari sesuatu yang dekat dengan hari mereka," luahnya yang turut mengkhususkan sebuah lagu buat arwah neneknya.

Sentuh perihal tajuk 'Between The Lines' yang dijadikan tema album perdana solonya, Liyana tersenyum menyambung penceritaan tersurat dan tersirat seperti judul albumnya.

"Seperti definisi album itu sendiri, banyak yang tersirat dalam album ini. Kita tidak boleh menghakimi sesuatu dengan hanya melihat. Banyak yang saya utarakan dalam album ini contohnya lagu Light Writing bercerita tentang kekecewaan manakala Kaku berkisar perihal perkauman. Banyak benda nyata yang berlaku di sebalik sesebuah kejadian, bukan?" tanya manja menyedarkan bahawa realiti ini bergulir serentak dengan hikmah yang berlaku disebaliknya. Ada terselit faktor implisit dalam setiap kejadian.

Mahu terus meneroka

Si pemetik gitar ini mengaku tidak tahu skil yang dinamakan strum untuk gitar sebaliknya dia lebih selesa hanya memetik.

Atas bantuan Izaad Amir (penerbit album, pemain gitar), Pito (bass) dan Ruvi (dram, vibrafon dan perkusi), mereka berjalan membawa penerokaan muzik.

"Lagu Killing Me ditulis sewaktu saya di Britain. Decisions, Decisions pula hasil nukilan di Bandung," ujarnya berbicara tersurat tentang jelajah muziknya.

Menghirup udara Bandung sambil menyiapkan album ini, ada jelajah jiwa dalam dirinya yang mengalun lembut antara sedar dan tidak. Dia melihat dunia baru, lebih besar. Dulu dunianya pernah diwartakan cuma kecil berbanding cita-citanya.

"Saya melihat pemuzik di sana bermain dengan penuh jiwa. Dedikasi mereka berlainan terhadap muzik. Feel mereka mendalam. Saya melihat dunia yang besar," ujarnya dalam nafas lain bukan menidakkan dunia pemuzik tempatan cuma mencari satu sisi yang perlu dipelajari oleh dirinya.


MENDENGAR suaranya kadang kala terbayang merdu burung bersiul.


"Budaya atau scene muzik juga berbeza-beza. Itu yang mahu saya belajar dan terokai. Lihat dan dalami," petah Liyana yang menjalani proses rakaman di Aru Studio, Bandung, Indonesia. Malah dirinya sempat membuat persembahan di daerah tersebut dan sambutan yang diterima sangat menyejukkan hati.

Untuk kembara yang terdekat, ada dua perjalanan yang bakal diterokai. Dua udara dan suasana yang mahu ditatap dengan mata dan dialami dengan jiwa.

Bakal membawakan album Between The Lines dengan taruhan single perdana Light Writing dan single kedua berjudul Jatuh, muzik ini bakal menerawang udara Jepun pada November ini. Terdekat jua, halwa telinga ini akan sampai ke pendegaran pecinta baru dan lama Liyana di Singapura.

"Indonesia juga harapnya dapat sampai," celahnya penuh doa.

Paling dekat, Liyana bakal membawa geseran merdu suaranya di Bentley Music, Mutiara Damansara pada tarikh 11 Disember ini. Tanda waktu anda sekitar 8 malam kerana jelajah muzik Liyana bakal bermula malam itu di lokasi anjuran Bentley tersebut.

Langgam melodinya bakal berkumandang. Bersatu dengan pemuzik yang sejiwa dengannya, Liyana membuka kepada satu dunia. Dunia yang lebih besar buat dirinya dan buat diri pecintanya.

Buku baharu Faezah

Posted:

Buku baharu Faezah

Buku baharu Faezah


PENGANTIN baharu, Heykal dan Faezah percaya bahawa jodoh mereka adalah ketentuan Ilahi.


BENARLAH, jodoh itu antara rahsia Allah Yang Maha Esa. Kejian dan cacian bahkan bermacam kata nista dilemparkan kepadanya, namun atas kekuatan pertemuan yang telah tersurat, pelakon popular, Faezah Elai, 29, akhirnya sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38.

Hanya sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM1,001, majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 300 jemputan itu menjadi detik paling berharga buat Faezah sebagai wanita.

Pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlah hantaran yang diterima. Buku lama juga ditutup kerana di hadapan sudah terbentang fasa baru yang harus diinjak penuh kerelaan.

Faezah sedar, kehidupan mereka akan terus diperhatikan kerana lelaki yang dinikahi itu pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini.

"Niat kami baik. Semoga perkahwinan ini menjadi yang terbaik buat kami," kata Faezah dengan wajah berseri-seri bersalut gaun perkahwinan bernilai kira-kira RM9,000 rekaan pereka fesyen popular, Hatta Dolmat.

Sesuatu yang jelas, Faezah, nekad mahukan sebuah kehidupan berkeluarga, menjadi isteri mithali dan hidup bahagia.

"Bila sudah bergelar isteri, mungkin satu hari nanti saya akan tampil dengan imej bertudung, tapi bukan sekarang. Soal hubungan dengan anak-anak Heykal hasil perkahwinan pertamanya, saya tiada masalah dan sedia berbaik-baik dengan mereka," katanya.

Selepas ini, majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang. Sementara itu pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang.


HANYA dengan sekali lafaz, Heykal dan Faezah sah disatukan sebagai suami isteri.


Sensasi Bintang: Segalanya berjalan mengikut perancangan malah semua kontroversi selama ini juga sudah berakhir, apa yang boleh kalian luahkan?

HEYKAL (H): Ya, perkahwinan kami sudah tersurat dan sebagai hamba-Nya, kita harus akur dengan kuasa jodoh. Ada orang bercinta dan mengharapkan perkahwinan tetapi jika tiada jodoh tetap tak jadi kahwin. Saya tidak mahu mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan sesiapa. Apa yang boleh saya katakan, kami sangat bersyukur. Jika selama ini saya ambil sikap berdiam diri dalam banyak hal, selepas ini, rasanya saya perlu masuk campur jika ada pihak yang masih mahu menjatuhkan isteri saya.

FAEZAH (F): Saya harap segala cerita lama sudah boleh boleh ditutup dan tak perlu lagi dibangkit-bangkitkan. Kami sudahpun berkahwin.

Kenapa jumlah hantaran masih dirahsiakan?

F: Kami ada alasan peribadi, bagaimanapun jumlah itu akan diumumkan juga menjelang majlis resepsi pada bulan Disember nanti.

Memandangkan Heykal adalah pengarah drama, adakah Faezah akan menjadi pelakon tetap anda selepas ini?

H: Jangan cepat buat andaian, semua itu bergantung kepada watak.

Mungkin boleh kongsikan sedikit detik indah bagaimana hubungan ini bermula?

F: Saya masih ingat lagi, kami mula rapat semasa penggambaran drama bersiri Asmara 2. Heykal lamar dan pertama kali meluahkan ungkapan 'I love you' kepada saya semasa kami dalam perjalanan pulang selepas keluar menonton wayang.

Kenapa Heykal menjadi lelaki pilihan awak untuk dijadikan calon suami?

F: Saya fikir kami ada ikatan yang cukup serasi, selain ambil berat dan romantik orangnya, kami berasal dari negeri yang sama, budaya, percakapan dan berkongsi makanan kegemaran yang sama. Saya senang dan selesa dengannya.

Heykal pula, kenapa memutuskan untuk berkahwin dengan Faezah?

H: Dia mudah rapat dengan ahli keluarga dan adik beradik saya padahal kami baru kenal. Itu yang buat saya berkenan dengan sikapnya.

Ito dan 18 harmonika

Posted:

Ito dan 18 harmonika

Ito dan 18 harmonika


ITO Blues Gang, yang tiada galang-gantinya.


BUKAN mudah untuk melihat sebuah kolaborasi legenda seperti ini dalam jangka waktu yang singkat. Kumpulan Sweet Charity dan Blues Gang yang mengecap populariti pada awal 1980-an kini beradu tenaga dan irama di pentas serta lokasi yang sama.

Tarikh 1 Oktober bakal melakar sejarah apabila dua raksasa ini kembali bersatu. Bawah payung nama Konsert 2 Raksasa, dua grup legenda itu bakal menggegarkan Stadium Merdeka bermula pukul 8.30 malam.

"Tahun 1980-an dahulu, kami mendapat sambutan sekitar 20,000 penonton," luah Ito mengenang kembali momen konsert bersama dahulu.

Tidak tersasar pada jumlah yang sama, Netzah Production selaku penganjur turut menebak sekitar 25,000 penonton akan memenuhi stadium menyaksikan konsert yang julung kali diadakan itu.

"Kami 'menjual' nilai sentimental melalui konsert ini. Bak kata orang putih 'seeing is believing'. Saya rasa terharu dan gembira dengan adanya konsert ini. Harapan besar agar para peminat datang menonton," ujar Ito yang memegang pepatah 'too young to die, too old to rock n roll'.

Jarang-jarang sekali dapat melihat Blues Gang yang dianggotai oleh Ito, Shaik Abdul Karim Shaik Ahmad, Hafizi, Jim Madasamy, Abdul Ghani Talip dan Julian Mokhtar. Anggota yang menginjak usia purata 50 tahun itu akan beraksi kembali di pentas berskala besar.

Gabungan dengan tentera Sweet Charity yang membariskan Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar Jawahir dan Rahman Sarbani pasti mencipta ledakan berapi.


BLUES GANG yang masih utuh bersama barisan anggota asal, (dari kiri) Julian Mokhtar, Hafizi, Karim, Jim Madasamy dan Abdul Ghani Talip.


"Blues Gang tetap Blues Gang. Sudah 30 tahun kami berada dalam industri muzik dan inilah peluang yang kami nanti-nantikan," ujar Ito mengungkap momen yang ditunggu-tunggu baik mereka mahu pun pencinta mereka.

Menyentuh perihal blues yang dibawakan oleh grup yang ditubuhkan sejak akhir tahun 1970-an ini, kata Ito, genre ini memang sukar dibawakan oleh grup baharu.

"Paling hampir pun ialah grup Slank dari Indonesia. Grup-grup lain lebih kepada rock n roll. Kalau sebut kenapa grup baru tidak dapat menyentuh blues, mungkin kerana mereka malas menjelajah," ujar Ito yang memiliki 18 buah harmonika.

Ujar Ito, mereka bakal mendendangkan lagu-lagu hits yang dipilih daripada himpunan lebih 200 koleksi sedia ada.

Jika masih belum memiliki akses untuk ke konsert itu, tiket boleh dibeli di kedai muzik Rock Corner, Victoria Music dan kaunter-kaunter terpilih Konsortium Transnasional Bhd. dengan harga RM73.

Pada sebelah petang, akan diadakan persembahan Monster of Metal yang membariskan grup Sofea, Sil Khannaz, Brain Dead, Humiliation, Nuclers Strikes dan AlFarabi Band.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved