Khamis, 8 September 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tiket AS kekal polis dunia

Posted:

Tiket AS kekal polis dunia

Tiket AS kekal polis dunia

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SALAH seorang penulis laman rasmi blog bual bicara NPR, Talk of the Nation pernah mengungkapkan kata-kata berikut: "Memang tidak dapat dinafikan bahawa tragedi 11 September 2001 telah mengubah Amerika Syarikat (AS). Dalam apa cara dan sejauh mana ia berubah bergantung di mana anda pada hari itu (kejadian)."

Apa yang dinukilkan penulis bernama Scott Cameron itu ada kebenarannya. Tragedi serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York menyebabkan kedua-dua bangunan berkembar yang menjadi kebanggaan rakyat negara Uncle Sam itu runtuh menyembah bumi.

Malah, dunia langsung tidak menyangka negara sekuat AS bakal berdepan dengan tragedi yang mencatat sejarah hitam dalam kalendar antarabangsa.

Rempuhan pesawat Boeing 767 American Airlines Flight 11 di Menara Utara WTC pada pukul 8.46 pagi waktu tempatan dan pesawat United Airlines Flight 175 di Menara Selatan WTC pada pukul 9.03 pagi itu dikatakan didalangi oleh sekumpulan pengganas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda.


ASAP dan debu panas memenuhi ruang angkasa bandar raya New York sejurus serangan berlaku.


Ironinya, kejadian yang mengorbankan lebih 3,000 nyawa itu menyebabkan AS bertekad melancarkan perang menangani keganasan secara besar-besaran dan menuduh Osama bin Laden sebagai ketua pengganas yang bertanggungjawab terhadap tragedi tersebut.

Malah, kerajaan AS di bawah pimpinan Presiden George W. Bush ketika itu menjadikan insiden 11 September 2001 sebagai alasan kuat untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama dan pengikutnya hingga membunuh ramai orang awam termasuk wanita serta kanak-kanak yang tidak berdosa. Situasi itu juga menyebabkan umat Islam di AS diselubungi kebimbangan terutamanya pada tanggal 11 September itu sendiri.

"Meskipun masa berlalu begitu pantas, saya sentiasa berasa susah hati apabila munculnya tarikh keramat itu. Pada tarikh 11 September, apabila saya keluar rumah sambil memakai tudung, masyarakat akan memandang serong dan menyalahkan saya kerana kejadian yang berlaku," kata Nancy Rokayak dari Charlotte, North Carolina sewaktu ulang tahun kelapan tragedi serangan itu.

Wanita kelahiran AS yang memeluk Islam dan mempunyai empat cahaya mata dengan suaminya yang berasal dari Mesir itu akan memastikan dia memakai pin bendera AS pada setiap 11 September dan mengakui berasa lebih selamat berada di rumahnya pada waktu berkenaan.


PARA petugas keselamatan bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa kejadian runtuhan WTC.


Tapak Ground Zero

Dalam pada itu, tapak WTC yang dikenali sebagai Ground Zero kini sedang rancak dibangunkan semula sejak tahun 2008. Menurut pemilik tapak itu, memorial WTC akan dibuka secara rasmi kepada umum pada tarikh 11 September 2011 sempena ulang tahun ke-10 tragedi serangan pengganas ke atas bangunan tersebut.

Proses pembinaan semula Ground Zero yang akan dijadikan hab pengangkutan kereta api itu menelan belanja sebanyak AS$3.2 bilion (RM11.09 bilion). Ia dijangka siap menjelang tahun 2014.

Selain itu, pembinaan sebuah masjid dan pusat Islam yang diilhamkan pemimpin Cordoba Initiative, Feisal Abdul Rauf di sebelah tapak WTC turut mengundang kontroversi dan provokasi daripada pelbagai pihak.

Bagi yang menentang, mereka merasakan rancangan membina masjid itu dianggap sebagai 'monumen kejayaan Islam' dalam membunuh lebih 3,000 mangsa yang berada di bawah runtuhan tersebut.


GAMBAR lakaran artis bagi projek pembangunan semula di tapak WTC atau Ground Zero.


Sebaliknya kumpulan penyokong pula menuduh Barat sengaja tidak mahu memahami kesucian Islam dan hanya melihat agama syumul itu sebagai pengganas seperti Al-Qaeda, Taliban dan Parti Baath di Iraq sebelum kejatuhan Saddam Hussein.

Impak Osama

Sementara itu, pada awal Mei lalu beribu-ribu rakyat AS membanjiri tapak Ground Zero tersebut semata-mata untuk meraikan kematian Osama yang terbunuh dalam satu serangan di lokasi persembunyiannya di sebuah rumah agam di Abbotabad, Pakistan.

Kejayaan AS membunuh ketua pengganas paling dikehendaki negara Uncle Sam itu disifatkan oleh Presiden Barack Obama sebagai satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha negaranya memerangi rangkaian Al-Qaeda.

Namun Pengerusi Nahdatul Ulama (NU), sebuah pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Said Aqil Siradj berkata, kematian Osama masih belum cukup untuk terus menghapuskan fahaman radikal dari muka bumi.


SELEPAS hampir sedekad tragedi 11 September, barulah AS berjaya membunuh Osama yang dituduh menjadi perancang utama serangan tersebut.


"Kita perlu sentiasa berwaspada kerana fahaman radikal sudah lama wujud dan tidak akan hilang. Justeru, komitmen kita yang berterusan untuk bertindak memerangi fahaman radikal tidak boleh luntur," tegasnya terhadap reaksi kematian Osama.

Perkara itu turut diakui oleh Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik, Kementerian Luar Negara dan Integrasi Eropah Republik Crotia, Dr. Mario Nobilo di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar beliau, kematian pemimpin Al-Qaeda itu tidak menjamin masalah keganasan antarabangsa akan turut berakhir.

"Walaupun Osama terbunuh dalam operasi yang digerakkan oleh tentera AS itu, namun kumpulan berkenaan tetap wujud walaupun tidak sekukuh dahulu," katanya.

TUKAR survival kedai runcit

Posted:

TUKAR survival kedai runcit

TUKAR survival kedai runcit


MAZNAH HUSSIN menyusun barangan yang dijual di kedai runcit miliknya, Maznah Gemilang Enterprise di bawah Program TUKAR di Merlimau Utara, Jasin, Melaka.


MINAT pelanggan membeli barangan secara berulang di sesebuah kedai kebiasaannya banyak dipengaruhi oleh keadaan kedai yang selesa dan bersih, layanan mesra dan pilihan barangan.

Faktor-faktor itu menjadi asas yang akan membawa kepada kejayaan sesebuah kedai di samping membina hubungan yang baik antara pelanggan dan pekedai.

Walaupun hari ini, pasar raya hiper kekal popular dalam masyarakat berikutan pelbagai produk dan keselesaan yang disediakan, tetapi kedai runcit tradisional masih diperlukan.

Kedai-kedai berkenaan menyediakan keselesaan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dan melahirkan suasana kehidupan kepada pengendalinya.

Namun, oleh kerana terdapat saingan daripada pembelian secara pukal menyebabkan pekedai runcit terpaksa mengubah model perniagaan jika ingin terus kekal.

Selaras dengan itu, Program Transformasi Kedai Runcit yang juga dikenali sebagai Program TUKAR diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Program TUKAR adalah Projek-Projek Permulaan (EPP) yang bertujuan untuk memodenkan operasi kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saingan dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

Program itu bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional. Dengan memodenkan premis peruncit yang sedia ada, ia akan menjurus kepada penaiktarafan premis itu.

Malah, dengan pemodenan itu ia dapat menggalakkan penyertaan koperasi dalam peruncitan dan mewujudkan pusat pengedaran setempat.

Program TUKAR dengan peruntukan RM30 juta daripada kerajaan itu diwujudkan selepas mendengar luahan hati serta masalah yang dihadapi peniaga kedai runcit yang sukar bersaing dengan pasar raya.

TUKAR tingkatkan jumlah pelanggan

Fatimah Bibi, 40, telah mengusahakan kedai runcit selama lapan tahun, tetapi pelanggan yang datang ke kedainya membeli barang dengan cepat dan meninggalkan kedai dengan kadar yang segera.


MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) melawat kedai runcit TUKAR di Desa Murni, Temerloh, Pahang.


Beliau bimbang jika keadaan itu berterusan, bilangan pelanggan akan berkurangan.

Tidak lama kemudian, Fatimah telah dihubungi oleh pihak KPDNKK dan dia ditawarkan untuk memodenkan premis perniagaannya.

"Setelah kedai runcit saya dimodenkan di bawah program TUKAR, saya mendapati pelanggan yang datang ke kedai semakin meningkat dan pelanggan akan mengambil masa untuk membeli barang keperluan mereka," kata Fatimah.

"Setakat ini sebanyak 175 buah kedai dapat dimodenkan di bawah TUKAR," kata pengurus Program TUKAR, Zahari Md. Afandi.

Pemodenan kedai runcit akan meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan secara kompetitif.

Dengan peningkatan itu, ia juga mampu meningkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan dan menyelarikan kualiti proses perniagaan secara menyeluruh, kata Zahari.

"Hasilnya, promosi rantaian penawaran yang berkos efektif dan efisien dan menjurus kepada penggalakan jualan produk berkualiti melalui pelbagai langkah. Malah, program TUKAR akan dapat menyediakan peruncit untuk pelaksanaan Good Service Tax (GST)," katanya kepada Bernama.

Di bawah program TUKAR, bukan sahaja kedai runcit dimodenkan malah, ia merangkumi aspek modal insan, mesin dan peralatan, kemahiran dan prosedur operasi standard (SOP) termasuk susun atur barangan dan inventori.

Kriteria pemodenan tukar

Menurut Zahari, kriteria pemodenan TUKAR memberi fokus kepada pembangunan modal insan iaitu pengusaha perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan khususnya dalam bidang peruncitan.

Pengusaha perlulah menghadiri kursus keusahawanan dalam bidang peruncitan yang akan dikendalikan oleh konsultan.

Dalam proses pemodenan itu, mesin dan peralatan diberi keutamaan untuk ditukarkan. Antaranya ialah Point Of Sale (POS), Counter Terminal (GST ready) yang meliputi sistem kod bar dan pangkalan data inventori, susun atur gondola, pencahayaan, papan tanda berlogo TUKAR dan capaian internet.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) akan menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000 hingga RM60,000 dengan caj perkhidmatan tiga peratus setahun sebagai pinjaman kepada pemilik kedai yang menyertai program TUKAR.

Pinjaman yang diperuntukkan tidak akan diberikan dalam bentuk tunai kepada peniaga tetapi, akan dibayar terus kepada kontraktor bagi kos peralatan dan perkhidmatan pengubahsuaian.

"Setakat ini kita ada 11 konsultan untuk program ini yang terdiri daripada Giant, Carrefour, Tesco dan hypermarket tempatan seperti Mydin dan Econsafe. Mereka berperanan sebagai penasihat terutamanya dalam sistem POS," kata Zahari.

Sistem POS penting bagi membantu seseorang peruncit dalam mengetahui margin keuntungan, bilangan stok yang terjual dan bilangan stok yang masih ada kerana maklumat seumpama itu amat penting bagi seseorang peruncit menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Natasha berjanji jalani kehidupan normal

Posted:

Natasha berjanji jalani kehidupan normal

Natasha berjanji jalani kehidupan normal

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

NATASHA


KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis akan membimbing seorang pondan, Natasha bagi membantunya kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki.

Pengarahnya, Abdul Malik Hussin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah memberi nasihat serta buku agama sebagai rujukan untuk mengubah dirinya sekali gus melupakan niat menjalani kehidupan songsang dengan teman lelaki.

Menurut beliau, jabatan itu akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat perubahan yang dijanjikan Natasha dalam pertemuan di rumahnya semalam.

"Pegawai saya telah menemuinya bagi melihat keadaannya dan menasihati mengenai hukum, agama dan fitrah seorang lelaki.

"Dia akur dengan penjelasan kami dan berjanji mahu berubah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Natasha untuk menjalani kehidupan bersama teman lelakinya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, di luar negeri ini.

Tindakan itu berikutan hubungan mereka dicemburui pihak tertentu sehingga Mohd. Hafizuddin disimbah asid pada Sabtu lalu ketika berada di rumah sewanya di Taman Seri Bakau di sini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Pengguna perlu bayar lebih

Posted:

Pengguna perlu bayar lebih

Pengguna perlu bayar lebih

Oleh HISHAM IDRIS dan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
berita@kosmo.com.my


Kenyataan akhbar syarikat telekomunikasi mengenai caj baharu pembeli kad prabayar.


KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

"Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu," kata kenyataan itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Terlepas tuduhan bunuh jiran

Posted:

Terlepas tuduhan bunuh jiran

Terlepas tuduhan bunuh jiran

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


Ismail (tengah) dipeluk ahli keluarga selepas dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang lelaki tergamam selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh tanpa niat seorang jiran kerana berebut seekor kerbau di Kampung Belimbing, Tanah Merah dekat sini dua tahun lalu.

Hakim Zainal L. Salleh ketika memutuskan perkara itu berkata, tindakan yang dilakukan tertuduh Ismail Jusoh, 59, adalah untuk mempertahankan diri dan tidak melampaui undang-undang.

Sejurus keputusan selesai dibacakan, bapa kepada lapan anak yang berada di kandang tertuduh itu terus memeluk ahli keluarga dengan linangan air mata sambil menadah tangan berdoa.

"Selama dua tahun (kes) dibicarakan di mahkamah, saya tahu saya tidak bersalah kerana melakukan perbuatan itu untuk mempertahankan diri.

"Kes ini berlaku apabila Mohamed Jusoh (mangsa) mendakwa kerbau saya adalah haiwan miliknya. Dalam pergaduhan itu saya juga cedera dengan tiga jahitan di kepala," kata Ismail yang diwakili peguam Rosmizan Sulaiman.

Sementara itu, Zainal dalam penghakimannya pula berkata, selepas meneliti fakta keterangan, mahkamah mendapati tindakan Ismail adalah untuk mempertahankan diri.

Malah pada waktu kejadian, tertuduh didatangi oleh mangsa bersama anak dan menantunya yang bertindak memegang warga emas itu.

"Walaupun cedera mangsa menerkam tertuduh sehingga keempat-empat mereka terjatuh," kata Zainal.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Anggun seorang peguam

Posted:

Anggun seorang peguam

Anggun seorang peguam

Oleh NURUL IZZA ROSLY

TIGA finalis teratas diraih oleh peserta tempat pertama Toh Mi Mi (tengah), tempat kedua, Umayaal (kanan) dan hadiah ketiga, Juliana.


YAKIN, anggun, bertenaga dan menawan. Itu kata-kata tepat menggambarkan warna-warni personaliti 15 orang jelitawan yang terdiri daripada golongan ibu berusia 30, 40 dan 50 tahun yang mengambil bahagian dalam pertandingan akhir Glowing Youthful Mother yang berlangsung pada 30 Jun lalu.

Kesemua 15 finalis itu berentap di pentas peragaan Majlis Makan Malam Glowing Youthful Mother yang diadakan secara gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur.

Masing-masing kelihatan jelita dan berseri-seri menggayakan busana rekaan Nila Palacios yang merupakan seorang pereka fesyen dari Venezuela.

Walaupun masing-masing sudah melepasi usia 30 tahun, namun penampilan mereka pada malam itu jauh lebih muda berbanding usia sebenar mereka.

Hadirin pula tidak henti bersorak kerana terlalu teruja dengan penampilan ala ratu cantik yang diberikan oleh para finalis ketika melakukan catwalk di pentas peragaan.

Pengarah Serantau, Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Sudhir Gandhi memberitahu, para finalis diuji berdasarkan pembawaan diri, keyakinan serta imej yang terserlah pada wajah mereka.


GAYA salah seorang ibu anggun sempena pertandingan akhir Glowing Youthful Mother.


Selain mengenakan gaun menarik di pentas peragaan, para finalis juga turut mempersembahkan tarian bersama anak masing-masing dengan memakai pakaian khas bagi menggambarkan tugas ibu sebagai wanita berkerjaya, eksekutif dan chef dalam sesebuah keluarga.

Ramai yang terpesona dengan kelincahan para finalis menari mengikut irama lagu rancak terutamanya kepada peserta paling senior iaitu Ramona Ramli, 58, nenek kepada lima orang cucu.

Lima finalis mara

Daripada pemerhatian juri terhadap keyakinan dan penampilan finalis ketika beraksi di atas pentas, lima daripada 15 finalis telah dipilih untuk mara ke pusingan seterusnya.

Lima finalis yang berjaya tersebut ialah Norhayati Mohd. Ariffin, K. Vanitha, Juliana Mohamed, V. Umayaal dan Toh Mi Mi. Mereka kemudian diuji mengenai pengetahuan mereka dalam aspek penjagaan kecantikan dalaman.

Selepas melalui sesi soal jawab bersama barisan juri iaitu tokoh politik, aktivis sosial, bekas ratu cantik Sudhir Gandhi; duta Glow dari Sri Lanka, Rosy Senanayake; pelakon, Noniswara Baharudin dan penerbit, Nancie Foo, gelaran Glowing Youthful Mother 2011 dinobatkan buat ibu kepada dua anak, Toh Mi Mi yang juga seorang peguam.

Kemenangan tersebut melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 bersama produk suplemen kulit daripada Mega Lifesciences Sdn. Bhd.

Tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh V. Umayaal dan Juliana Mohamed. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000 serta produk suplemen kulit daripada Mega Lifesciences Sdn. Bhd.

"Saya tidak menyangka akan meraih kemenangan sebegini kerana saya sudah cukup gembira apabila berada di kelompok tempat tiga teratas.

"Bagi saya, semua wanita boleh lakukan apa yang saya lakukan iaitu menjaga kecantikan dari dalaman. Apa yang perlu ada ialah keyakinan, hidup lebih positif selain disusuli dengan gaya hidup sihat serta mengambil mikronutrien," ujar Umayaal.

Hormati tubuh

Sebagai seorang doktor yang baru enam bulan melahirkan bayi, Umayaal memberitahu, wanita kini perlu menghormati tubuh badan masing-masing.


KIRI: Peserta turut diuji dalam acara tarian yang dijayakan bersama anak masing-masing.


"Kita ialah apa yang kita makan. Kita perlu menjaga diri sendiri sebelum kita boleh menjaga orang lain.

"Jadi, bagi saya Glow adalah suplemen yang bagus untuk kesihatan kulit berbanding kosmetik," ujarnya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak, Juliana pula memberitahu, ramai orang tidak percaya bahawa dia memiliki tiga orang anak.

"Setiap kali orang bertanya, saya akan memberitahu bahawa saya mengambil makanan tambahan mikronutrien selain mengamalkan gaya hidup sihat serta positif.

"Walaupun ramai wanita di luar sana yang berkerjaya, jangan sesekali berkompromi dengan kesihatan. Segalanya bermula dari dalam diri," jelasnya.

Selain mahkota kemenangan diberikan buat peserta yang menduduki tempat tiga teratas, beberapa kategori anugerah turut diberikan kepada para finalis.

Anugerah Miss Confidence diberikan kepada Toh Mi Mi, Miss Personality dan Miss Priviledge Glow Member Choice Award jatuh kepada Joanne Tan manakala Miss Energetic pula menjadi milik Nordiana Ibrahim.

Tidak ketinggalan, Miss Charming (Norhayati Mohd. Ariffin), Miss Popular Public Choice Award (Juliana Mohamad) dan Miss Beautiful (Jaycee Koh).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Her latih Koo-Tan

Posted:

Kim Her latih Koo-Tan

Kim Her latih Koo-Tan

MULAI minggu depan, sesi latihan untuk beregu lelaki utama negara, Koo Kean Keat-Tan Boon Heong akan dikendalikan oleh Tan Kim Her.

Kim Her dilantik menjadi ketua jurulatih beregu lelaki dalam satu rombakan oleh Jawatankuasa Latihan dan Kejurula- tihan (C&T) Persatuan Badminton Malay- sia (BAM) semalam.

Pengerusinya, Ng Chin Chai berkata, rombakan itu juga menyaksikan bekas jurulatih beregu tersebut, Rexy Mainaky dilantik sebagai ketua jurulatih beregu wanita dan campuran.

"Kim Her yang akan dibantu Pang Cheh Chang dan Rosman Razak, akan bertang- gungjawab menyusun bentuk latihan termasuk menentukan sama ada pasangan Koo-Tan diletakkan di bawah seliaan Cheh Chang seperti yang diminta mereka," katanya semalam.

"Keputusan tersebut diambil bukan atas kehendak pemain semata-mata tetapi setelah kita mendengar pendapat daripada semua pihak termasuk media dan blogger.

"Kami sebenarnya mahu menghantar mesej yang tegas kepada pasangan beregu itu bahawa faktor utama kejayaan adalah diri mereka sendiri.

"Mereka harus bekerja keras dan sedia berkorban jika mahu berjaya, terutamanya pada Sukan Olimpik akan datang."

Chin Chai berkata, rombakan itu dilaku- kan selepas BAM dan Institut Sukan Negara (ISN) membuat 'bedah siasat' sele- pas Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu, selain mengambil kira sasaran utama merangkul emas pada temasya Olimpik di London tahun depan.

Pada kejohanan itu, beregu utama negara itu terkandas di suku akhir setelah tewas kepada beregu Korea Selatan, Ko Sung-hyun/Yoo Yeon-seong.


KIM HER (kanan) akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih beregu negara daripada Rexy Mainaky.


"Dalam rombakan ini kita juga akan meletakkan pemain pelapis untuk berlatih bersama skuad elit.

"Dengan cara ini, harapan utama kita, Datuk Lee Chong Wei, Koo dan Tan mempunyai lebih ramai sparring partner dan pelapis kita juga akan mendapat faedah berlatih bersama mereka," katanya.

Sementara itu, Rexy yang ditemui sejurus tamat mesyuarat itu kelihatan riang dan positif dengan keputusan tersebut.

"Saya masih tidur di Malaysia malam ini," katanya sebagai mengulas perubahan terbaharu dalam barisan kejurulatihan BAM itu

Safee Sali bakal cetus fenomena baharu

Posted:

Safee Sali bakal cetus fenomena baharu

Safee Sali bakal cetus fenomena baharu

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


SAFEE akan menjalani latihan bersama Cardiff City pada 12 September ini.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menganggap pemergian penyerang prolifik kebangsaan Mohd. Safee Mohd. Sali untuk menjalani ujian dan latihan dengan Cardiff City pada 12 September ini merupakan medan terbaik untuk membuktikan kehebatan anak tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peluang tersebut perlu digunakan untuk menimba seberapa banyak ilmu bagi membantu meningkatkan tahap kemahiran serta melonjakan ranking bola sepak negara seterusnya mendapat permit kerja bagi memboleh mereka beraksi di Liga Perdana England (EPL).

Menurutnya, KBS yakin isu permit kerja akan menjadi pendorong kepada pemain kebangsaan meningkatkan pretasi bagi menaikkan ranking negara ke kedudukan yang lebih baik.

"Syarat bagi seseorang pemain untuk beraksi di EPL ialah pasukan kebangsaannya perlu berada dalam senarai 70 pasukan terbaik dunia mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Anta- rabangsa (FIFA).

"Kalau pemain kita berpotensi, berkemungkinan akan ada usaha untuk mengecualikan syarat permit kerja bagi membolehkan pemain negara beraksi dan jika ini berlaku tidak mustahil suatu hari nanti kita akan mendengar nama pemain Malaysia yang bermain di sana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Belia Beliawanis dan Pemimpin Masyarakat Siam Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Repek Pasir Mas, Kelantan semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin dan pimpinan tertinggi masyarakat siam serta pengerusi Persatuan Wanita Siam Negeri Kelan- tan (PWSNK), Kc Ngiam Eh Khuan.

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan, Safee akan menjalani sesi ujian dan latihan bersama kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara yang mendapat peluang menimba pengalaman di sana.

Dia akan menjalani sesi ujian dan latihan dengan pasukan utama kelab Bluebirds yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.

Ahmad Shabery memberitahu, sukan bola sepak juga kini merupakan satu industri yang mana

Asia dilihat sebagai pasaran yang sangat berkembang dan sebab itu pemain dari rantau Asia kini menjadi pilihan kepada kelab-kelab ternama untuk beraksi dengan mereka.

"Sekiranya ada pemain dari Asia beraksi dengan kelab England, ia merupakan satu lonjakan perniagaan kepada kelab terbabit untuk meluaskan pasaran mereka yang sudah tentu pengikutnya adalah besar.

Ini juga adalah satu strategi pemasaran," katanya.

Semangat Perak tidak luntur

Posted:

Semangat Perak tidak luntur

Semangat Perak tidak luntur


KAPTEN Perak, Shahrulnizam turut terlepas aksi ekoran penggantungan oleh FAM.


KEHILANGAN lima pemain utama yang digantung lima perlawanan tidak akan melunturkan semangat skuad Perak untuk mengharungi saingan Piala Malaysia musim ini.

Demikian tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Padzi Paharuddin semalam.

Katanya, barisan pemain yang ada akan digarap sebaik mungkin oleh jurulatih Norizan Bakar bagi membentuk pasukan terbaik untuk meneruskan saingan selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama menentang Sabah, Selasa lalu.

Perak 'tempang' berikutan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) kelmarin yang menge- kalkan hukuman penggantungan tujuh perlawanan ke atas lima tonggak utama Perak selepas insiden menyerang pegawai pertandingan di Stadium Lumut pada 19 Mei lalu.

Ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa bersama-sama penjaring terbanyak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli; penjaga gol, Mohd. Nasril Nourdin; pemain tengah, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff digantung tujuh perlawanan dan didenda sebanyak RM4,000 pada 18 Julai lalu.

Keputusan yang mengejutkan itu membuatkan khidmat kelima- lima pemain itu tidak dapat digunakan dalam lima perlawanan awal saingan Piala Malaysia.

"Ketiadaan kelima-lima pemain berkenaan meletakkan Perak dalam situasi yang kurang selesa bagi menghadapi perlawa- nan Piala Malaysia akan datang.

"Kita amat kesal dengan keputusan itu dan menyifatkanya sebagai tidak adil tetapi kita tidak mempunyai sebarang pilihan. Kita tetap meneruskan saingan dengan barisan pemain yang ada," kata Zainol Padzi.

Sebelum ini, FAM membenarkan kelima-lima pemain tersebut bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia di Kota Kinabalu dua hari lalu tetapi Norizan hanya menyenaraikan Shahrulnizam, Akmal Rizal dan Mohd. Nasril dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.

Perak akan turun menentang Johor di Ipoh esok.

Selain Sabah dan Johor, satu lagi pasukan dalam Kumpulan A ialah skuad Hijau Kuning, Kedah.

Jika Perak layak ke perlawanan suku akhir, kelima-lima pemain ini masih tidak boleh beraksi dalam dua perlawanan pusi- ngan pertama dan kedua.

Perak sebelum ini telah meminjam penjaring terbanyak pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd. Failee Mohd. Ghazli bersama-sama pemain Perlis, Mohd. Hafiszuan Salehuddin dan pemain Harimau Muda, Muhammad Rafiuddin Roddin bagi mengharungi Piala Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jurugambar sambilan didenda RM99

Posted:

Jurugambar sambilan didenda RM99

Jurugambar sambilan didenda RM99

08/09/2011 6:55pm

IPOH - Seorang jurugambar sambilan hari ini didenda RM99 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini kerana kesalahan menggunakan perkataan kurang sopan dan mengaibkan terhadap seorang penjawat awam, April lepas.

P. Manivanan, 37, didapati bersalah menggunakan perkataan yang kurang sopan dan mengaibkan terhadap anggota polis trafik Muhammad Ramli, 45, di Jalan Sultan Idris Shah pada 9.30 malam, 25 April lepas Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh melalui perbicaraan yang menampilkan empat saksi memberi keterangan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika memberi kenyataan membela diri, tertuduh mendakwa pihak berkenaan sengaja mahu menganiayanya dengan kuasa mereka.

Peguam M. Kulasegaran yang mewakili Manivanan berhujah bahawa pertuduhan ke atas anak guamnya adalah cacat dan tidak difahami.

Pertuduhan tidak lengkap kerana ia tidak menunjukkan tertuduh mempunyai niat mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu, katanya.

Beliau juga memohon anak guamnya dilepaskan dengan diberikan amaran kerana disabit kesalahan kecil.

Timbalan Pendakwa Raya K. Sitartha pula dalam hujahnya berkata, kenyataan membela diri oleh tertuduh dibuat selepas difikirkan kemudian dan versi pembelaan itu tidak dikemukakan kepada saksi pendakwaan bagi mendapatkan penjelasan.

Beliau memohon mahkamah memberi hukuman setimpal supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan dan sebagai pengajaran. - Bernama

Ribuan tilapia mati di Sungai Arau

Posted:

Ribuan tilapia mati di Sungai Arau

Ribuan tilapia mati di Sungai Arau

08/09/2011 6:28pm

KANGAR — Ribuan ikan tilapia yang diternak dalam sangkar di Sungai Arau dekat sini ditemui mati oleh para pengusahanya hari ini.

Ikan-ikan yang hampir matang dan boleh dituai dalam tempoh beberapa minggu lagi ditemui terapung di permukaan air oleh lima peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin yang mengusahakan projek itu.

Salah seorang peserta, Mohamad Almi Salleh, 35, menganggarkan kerugian yang mereka alami berikutan kematian ikan-ikan di dalam 27 buah sangkar itu ialah kira-kira RM40,000.

Katanya, beliau tidak tahu mengapa ikan-ikan yang diternak itu mati tetapi tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada pencemaran air sungai itu.

"Saya sedih dengan kematian ikan-ikan yang kami ternak sehingga mengundang kerugian besar," katanya kepada pemberita, semasa meninjau Sungai Arau hari ini.

Menurut Mohamad Almi, mereka mengusahakan projek itu sejak tiga tahun lalu dan sebelum ini, mereka menghadapi kerugian akibat pencemaran sungai dan banjir.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad yang turut melakukan tinjauan di projek ternakan itu berkata, kerajaan negeri akan cuba membantu para pengusaha memulihkan kegiatan ternakan itu.

Menurutnya, projek di bawah program Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu diwujudkan sejak tiga tahun lalu bagi membantu meningkatkan taraf hidup para peserta yang merupakan rakyat termiskin di kawasan itu.

Para peserta menuai hasil ternakan itu antara tiga dan enam bulan sekali bergantung kepada permintaan dan saiz ikan yang diperlukan.

Turut berada di kawasan ternakan ikan itu ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perlis, Marzuki Mokhtar dan para pegawai Jabatan Perikanan Perlis. - Bernama

Warga emas mati ditemui mati di rumah

Posted:

Warga emas mati ditemui mati di rumah

Warga emas mati ditemui mati di rumah

08/09/2011 6:17pm

SEREMBAN — Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Tun Dr Ismail di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Abdul Majid berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Lai Chun, 77, dijumpai mati di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari oleh seorang wanita, yang merupakan adik iparnya.

"Ketika kejadian wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu datang ke rumah lelaki itu untuk memberikan mangsa makanan. Apabila tiba di depan pintu rumah berkenaan wanita itu memanggil mangsa beberapa kali namun tiada jawapan.

"Kerana hairan adik ipar mangsa kemudiannya masuk ke dalam rumah dan terkejut apabila menemui mayat lelaki itu terbaring di atas lantai," katanya di sini. Hamdan berkata, mangsa yang tidak berkahwin tinggal di rumah kayu berkenaan seorang diri sejak beberapa tahun lalu.

"Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul. Buat masa ini punca sebenar kematian dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lokasi persembunyian Gaddafi diketahui

Posted:

Lokasi persembunyian Gaddafi diketahui

Lokasi persembunyian Gaddafi diketahui

BEBERAPA penduduk kelmarin menyaksikan kediaman Muammar Gaddafi yang ditawan kumpulan pemberontak di Tripoli.


TRIPOLI, Libya – Seorang jurucakap kumpulan pemberontak yang menguasai sebahagian besar Libya menyatakan, mereka mengetahui lokasi persembunyian Muammar Gaddafi.

Jurucakap itu, Anis Sharif turut memberitahu semalam bahawa mereka kini menunggu masa yang sesuai untuk menangkap atau membunuh Gaddafi.

Menurutnya, pemimpin berusia 69 tahun itu masih berada di Libya dan dikesan dengan menggunakan khidmat risikan manusia serta teknologi moden.

Beliau enggan mendedahkan lokasi Gaddafi sedang bersembunyi tetapi memberitahu pemimpin Libya berkenaan kini bersembunyi di kawasan seluas 60 kilometer yang dikepung oleh pemberontak.

"Gaddafi tidak dapat keluar," kata Anis.

Katanya, pihak pemberontak yang menubuhkan majlis tentera baharu di Tripoli sedang melakukan persiapan untuk menahan atau membunuh Gaddafi.

Menurut Anis, mengesan lokasi persembunyian Gaddafi itu membantu pihak pemberontak untuk memerintah Libya sepenuhnya.

Sementara itu, satu konvoi bersenjata membawa beberapa pegawai yang setia kepada Gaddafi serta beberapa lori yang sarat dengan muatan emas dan wang tunai dilaporkan memasuki negara jiran Libya, Niger pada Isnin lepas.

Rejim Gaddafi tumbang menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu selepas kumpulan pemberontak memasuki Tripoli yang merupakan ibu kota Libya dan tempat persembunyiannya sebelum beliau melarikan diri.

Pergolakan di Libya itu bermula Februari lalu dengan sejumlah penduduk berhimpun menentang kepimpinan Gaddafi di bandar Benghazi.

Peperangan kemudian meletus melibatkan tentera Gaddafi dengan kumpulan pemberontak.

Ketika ini, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mentadbir Libya buat sementara waktu. – Agensi

Barang kemas Elizabeth Taylor akan dilelong

Posted:

Barang kemas Elizabeth Taylor akan dilelong

Barang kemas Elizabeth Taylor akan dilelong


CINCIN berlian Elizabeth Taylor berharga RM7.4 juta hingga RM10.4 juta.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Firma lelongan AS, Christie akan menjual koleksi penuh barang kemas milik pelakon legenda Hollywood, mendiang Elizabeth Taylor dalam satu lelongan di sini.

Koleksi bernilai jutaan dolar AS tersebut yang akan dilelong pada 13 dan 14 Disember depan melibatkan tiara, rantai leher, gelang tangan dan cincin berlian.

Antara barang kemas yang bakal menarik perhatian pembeli termasuk sebentuk cincin berlian seberat 33.19 karat yang dianggarkan berharga antara AS$2.5 juta (RM7.4 juta) hingga AS$3.5 juta (RM10.4 juta).

Cincin tersebut dihadiahkan kepada aktres itu oleh aktor legenda Hollywood, Richard Burton yang merupakan bekas suaminya.

Seutas loket bertatahkan mutiara, berlian dan delima dari abad ke-16 dikenali sebagai La Peregrina dianggarkan berharga antara AS$2 juta (RM5.9 juta) hingga A$3 juta (RM8.9 juta) akan juga dilelong.

Turut akan dilelong ialah seutas rantai berlian berharga di antara AS$200,000 (RM596,800) hingga AS$300,000 (RM895,349) yang dihadiahkan oleh bekas suaminya, Mike Todd dan rantai leher berlian bertatahkan zamrud yang tidak dinyatakan harganya.

Selain itu, Christie akan juga melelong sebentuk kerongsang yang dianggarkan berharga di antara AS$400,000 (RM1.19 juta) hingga AS$600,00 (RM1.7 juta), sebuah tiara berharga di antara AS$60,000 (RM178,920) hingga AS$80,000 (RM238,759) gelang tangan berharga di antara AS$12,000 (RM35,784) hingga AS$15,000 (RM44,767), seutas rantai emas gading dari kurun ke-19 yang berharga di antara AS$1,500 (RM4,476) hingga AS$2,000 (RM5,969) dan sepasang anting-anting bernilai di antara AS$100,000 (RM298,449) hingga AS$150,000 (RM447,674) serta barang kemas loket bertatahkan berharga di antara AS$70,000 (RM208,740) hingga AS$100,000 (RM298,449).

Elizabeth yang meninggal dunia pada 23 Mac lalu ketika berusia 79 tahun kerana kegagalan jantungnya berfungsi telah membintangi lebih 54 buah filem sejak dia berusia seawal 12 tahun.

Sepanjang hidupnya, aktres berkenaan pernah berkahwin sebanyak lapan kali termasuk dengan Burton, penyanyi Eddie Fisher, aktor Michael Wilding dan penerbit filem Michael Todd. – Agensi

Lapangan terbang angkasa lepas hampir siap

Posted:

Lapangan terbang angkasa lepas hampir siap

Lapangan terbang angkasa lepas hampir siap


LAKARAN artis menunjukkan sebuah lapangan terbang angkasa lepas untuk pesawat Virgin Galactic di Las Cruces, Amerika Syarikat.


LAS CRUCES, Amerika Syarikat – Fasa pertama sebuah lapangan terbang angkasa lepas komersial yang pertama di dunia untuk syarikat penerbangan Virgin kini 90 peratus lengkap, lapor sebuah akhbar semalam.

Tapak lapangan kapal angkasa Amerika seluas 728.43 hektar itu di Las Cruces, New Mexico, merupakan milik pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson yang turut memiliki syarikat penerbangan angkasa lepas Virgin Galactic.

Lapangan tersebut mempunyai landasan yang menjangkau hampir 3.21 kilometer dan bangunan hangar yang bercirikan futuristik.

Kerja-kerja pembinaan bakal berakhir menjelang akhir tahun ini dan ia akan digunakan pada 2013.

– Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kenangan menarik sambut Aidilfitri

Posted:

Kenangan menarik sambut Aidilfitri

Kenangan menarik sambut Aidilfitri

MEREKA bukan sahaja memiliki pakej menarik dan berbakat sebagai seorang anak seni, malah ketiga-tiga pelakon ini boleh dikatakan antara artis wanita yang sering dilanda dengan pelbagai kontroversi.

Bagaimanapun, bukan kisah kontroversi mereka yang ingin kembali diungkitkan pada bulan yang mulia ini. Sebenarnya, Miera Liyana Kasmi, Nur Fathia Abd. Latiff dan Syakila Nisha Jahangir atau lebih mesra dengan panggilan Kilafairy ingin berkongsi kenangan menarik ketika menyambut Aidilfitri.

Pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi mengenai isu baju yang dipakai sehingga mengundang kritikan ramai, Miera Liyana mempunyai kenangan tersendiri yang sukar untuk luput dalam ingatannya.

Menurutnya, ia merupakan sebuah kejadian yang agak buruk, tetapi sangat melucukan untuk dikenang kembali terutama apabila setiap kali umat Islam menyambut hari raya.

"Kira-kira dua tahun yang lalu sewaktu malam menjelang satu Syawal, ketika ahli keluarga lain sedang sibuk membuat persiapan raya, saya pula telah mengalami kemalangan motosikal.

"Pada masa itu, saya menunggang motosikal superbike milik ayah dan dia pula menjadi pembonceng. Akibat tidak dapat mengawal motosikal tersebut, akhirnya saya telah melanggar pasu bunga dan terjatuh," ujarnya.

Cerita Miera lagi, dia agak bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang teruk selain luka-luka kecil sahaja, sementara ayahnya pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemudian pada hari raya pertama ramai rakan yang datang beraya termasuklah seorang rakan lelaki yang memang saya minat dalam diam. Ketika itu memang rasa malu sangat sebab keadaan yang luka-luka, sedangkan rakan-rakan yang lain semuanya cantik dengan pakaian raya," ujarnya.

Sementara itu, Kilafairy yang merupakan anak penyanyi terkenal Rohana Jalil pula pernah menyambut 1 Syawal dengan pergi memancing bersama beberapa orang abang sepupunya sewaktu berusia 14 tahun.

Jelas Kilafairy, idea memancing di pagi raya timbul secara tiba-tiba dan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, dengan memakai baju kurung dia dan kakak serta abang sepupunya terus pergi memancing seharian di tepi pantai.


KILA, Miera dan Fathia mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan.


"Kalau orang lain sedang sibuk menziarahi rumah jiran dan saudara-mara,kami pula telah melakukan suatu aktiviti yang rasanya tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun.

"Malah, kami bernasib baik kerana ahli keluarga yang lain tidak marah dengan tindakan kami itu. Lagipun mereka faham kami semua memang jarang berjumpa dan hanya pada hari raya sahaja barulah kami dapat berkumpul beramai-ramai," jelasnya.

Sama seperti Miera yang pernah mengalami kecederaan ketika menyambut hari lebaran, Kilafairy juga pernah melalui situasi yang hampir sama apabila jarinya tercedera setelah tersepit pintu kereta.

Menurutnya, kejadian jarinya tersepit berlaku sewaktu kecil dahulu akibat gemar berebut-rebut tempat duduk hadapan kereta ketika hendak memulakan perjalanan pulang ke kampung sehari sebelum raya.

"Kejadian itu berlaku semasa saya dan kakak masih kecil lagi. Ketika berebut-rebut itu akhirnya saya berjaya dapat tempat duduk hadapan, namun ketika itu tangan saya masih lagi di pintu dan kakak yang tidak perasan terus menutup pintu tersebut," ujarnya.

Menurutnya, akibat tindakan kakaknya itu telah menyebabkan tangannya tersepit dan terus dikejarkan ke hospital, tetapi kecederaan yang dialami tidak terlalu parah. Malah, perjalanan pulang ke kampung juga terpaksa ditangguhkan dan akhirnya dia menyambut 1 Syawal dengan jari yang berbalut.

Seorang lagi pelakon yang terbabit dengan kontroversi membaling telefon bimbit baru-baru ini, Nur Fathia Abd. Latiff menceritakan dia pernah menyambut 1 Syawal seorang diri di asrama.

Ujar Fathia, kisah dia terpaksa menyambut Aidilfitri di asrama terjadi ketika menjadi penuntut tahun pertama jurusan praundang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

"Memandangkan saya agak sibuk dengan kuliah dan tugasan menyebabkan saya terlupa untuk membeli tiket bas, sedangkan pelajar-pelajar lain semuanya sudah beli lebih awal tiket bas untuk pulang ke kampung masing-masing.

"Apabila saya pergi ke terminal bas, semua tiket sudah pun habis dan akhirnya saya terpaksa keseorangan di asrama pada pagi hari raya. Hanya pada hari kedua barulah ahli keluarga dapat jemput saya," ujarnya yang menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran yang cukup berguna.

Selain itu, pelakon berkenaan juga mempunyai satu lagi insiden yang cukup melucukan ketika menyambut Aidilfitri apabila bajunya terbakar ketika bermain bunga api di kampungnya yang terletak di Pengkalan Pegoh, Perak.

"Apa yang saya ingat insiden tersebut berlaku semasa berumur 13 tahun ketika bermain bunga api beramai-ramai. Secara tidak sengaja baju saya telah terkena bunga api yang dimainkan oleh salah seorang sepupu saya.

"Memang agak kelam kabut juga keadaan pada masa itu dan saya memang cukup bernasib baik apabila datuk saya perasan baju saya terbakar. Akhirnya dia dengan segera memadamkannya dan tidak ada sebarang kecederaan yang menimpa saya," ujarnya.


DARI atas: Miera, Fathia dan Kilafairy mempunyai memori raya dengan versi tersendiri.


Miera raya dii London

Sambutan perayaan Aidilfitri kali ini ternyata memberikan satu kelainan buat Miera berbanding pada tahun-tahun sebelumnya apabila mereka sekeluarga telah merancang untuk menyambut hari lebaran di luar negara.

Menurut pelakon berkenaan, perancangan untuk beraya di luar negara itu sudah lama dirancang oleh ibunya dan tiket penerbangan ke London, England telah pun dibeli beberapa bulan yang lalu.

"Memandangkan setiap tahun kami menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur, maka keluarga saya membuat keputusan untuk merasa suasana berhari raya di luar negara dan akan disertai dua buah keluarga lagi.

"Bagaimanapun, kami tidaklah akan bertolak ke sana pada malam raya. Sebaliknya, kami tetap beraya selama seminggu di Kuala Lumpur dan selepas itu barulah kami akan berada di sana selama dua minggu," ujarnya.

Tambah Miera lagi, antara sebab utama keluarga membuat keputusan sedemikian adalah untuk meraikan hari raya bersama beberapa orang saudara yang telah lama menetap di negara tersebut.

Namun begitu, secara jujurnya, dia meluahkan berasa tidak terlalu teruja, meskipun akan merasai pengalaman kali pertama berhari raya di negara asing.

"Kalau nak diikutkan memang agak sedih sebab tidak dapat berhari raya dengan lebih lama bersama rakan-rakan yang lain. Malah, sudah tentu juadah di sana juga agak berbeza dengan juadah yang terdapat di sini," ujarnya.

Selain itu, pelakon tersebut turut memberitahu mengenai salah satu sikap buruknya sewaktu kecil dahulu iaitu suka meminta duit raya daripada tuan rumah sehingga kerap ditegur ayah dan ibunya.

Kilafairy cuti seminggu

Jika kebanyakan artis yang lain mengambil cuti yang panjang untuk menyambut hari lebaran, namun Kilafairy memberitahu dia hanya sempat beraya selama seminggu sahaja disebabkan jadual kuliah dan kerjaya seni yang padat.

Ujarnya, tahun ini dia sekeluarga akan pulang beraya di kampung halaman bapanya di Besut, Terengganu memandangkan pada tahun lalu mereka sudah menyambut hari lebaran di kampung ibunya di Kota Tinggi, Johor.

"Bagi saya sambut hari lebaran di mana-mana pun saya tak kisah dan kami sekeluarga selalu menyambutnya secara sederhana. Saya sendiri sekadar menyediakan tiga pasang baju sahaja.

"Cuma sambutan pada tahun ini sudah tentu sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Kalau sebelum ini orang hanya lebih mengenali ibu sebagai penyanyi, tetapi sekarang saya juga akan beraya sebagai seorang artis," ulasnya.

Jelasnya lagi, selain agak sibuk dengan jadual kuliahnya, Kilafairy memberitahu sepanjang bulan Syawal ini dia turut terbabit dengan beberapa program raya bersama-sama dengan ibunya.

Fathia tolak tawaran

Meskipun namanya sebagai pelakon kini sedang memuncak, namun Fathia memberitahu dia telah mengambil keputusan yang agak drastik untuk berehat sementara daripada lapangan seni lakonan.

Berkemungkinan besar, pelakon yang sedang hangat menerusi drama bersiri Stanza Cinta itu hanya akan kembali berlakon semula pada tahun hadapan disebabkan beberapa faktor.

Menurut pelakon tersebut, dia sebenarnya sudah tidak terbabit lagi dalam sebarang penggambaran drama sejak bulan puasa yang lalu. Malah pada bulan Syawal ini dia turut menolak beberapa tawaran berlakon.

"Memang ramai yang tertanya-tanya tentang keputusan yang saya buat, namun pada bulan Ramadan yang mulia ini saya sebenarnya mahu lebih memberi tumpuan untuk menjalani ibadah puasa.

"Pada bulan Syawal pula saya akui ada menerima beberapa tawaran lakonan termasuk filem, tetapi saya terpaksa tolak. Memandangkan Aidilfitri hanya disambut setahun sekali, jadi saya mahu menyambut sepuas-puasnya bersama ahli keluarga," jelasnya.

Menurutnya, pada bulan September ini juga dia akan kembali menjalani kuliah di UiTM Shah Alam dan sepanjang pengajian dia sememangnya tidak akan berlakon bagi mengelakkan pembelajarannya terjejas.

"Biasanya saya akan menjalani penggambaran pada cuti semester sahaja. Lagipun pengajian saya dalam jurusan undang-undang sudah pun masuk pada tahun ketiga dan sebab itu saya perlu berusaha dengan lebih keras lagi.

"Namun begitu, ia bukan bermakna saya akan menolak terus sebarang tawaran dan akan menerima jika diminta untuk berlakon iklan komersial memandangkan tempoh penggambaran biasanya mengambil masa sehari sahaja," ujarnya.

Projek solo Hyun Joong

Posted:

Projek solo Hyun Joong

Projek solo Hyun Joong

AKTOR dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Hyun Joong baru-baru ini telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan album mini solo pertamanya yang berjudul, Break Down.

Meskipun sidang media promosi albumnya terlewat daripada waktu yang dijadualkan, namun, sidang akhbar yang berlangsung tidak sampai 30 minit itu berjalan dengan dengan lancar walaupun sehari sebelum itu, Kim Hyun Joong baru selesai sesi promosi di Singapura.

Bercerita mengenai aktor drama siri popular Boys Over Flowers yang juga ketua band pop SS501 ini, dia sangat teruja dengan kemunculan album mininya.

"Ini kali pertama saya muncul dengan album mini solo, saya akui proses pembikinannya agak sukar tetapi banyak yang saya pelajari.

"Lagu yang paling saya suka adalah Break Down kerana lagu itu rancak dan sebuah lagu yang senang diterima ramai," ujarnya.

Jika sebelum ini, imej Kim Hyun Joong lebih lembut tetapi untuk album baharunya ini, dia muncul dengan imej yang lebih gelap dan matang.

Pertaruhannya menjadi apabila lagu Break Down berjaya mendaki carta serta album itu terjual sebanyak 100,000 unit.

"Saya bersyukur kerana peminat menerima dengan baik album mini saya dan saya tujukan semua lagu dalam album ini khas untuk peminat. Album ini sangat bermakna buat saya," tuturnya.

Walaupun sudah terbiasa melakukan persembahan dengan ahli band SS501, tetapi muncul sebagai penyanyi solo di atas pentas membuatnya gementar.

"Berbeza ketika membuat persembahan dengan ahli kumpulan dan solo. Walaupun saya ada banyak pengalaman di atas pentas tetapi muncul sebagai penyanyi solo memang membuat saya gementar terutama sebelum membuat persembahan," katanya sambil menjelaskan dia cuba melakukan yang terbaik.

Selain itu, Kim Hyun Joong juga disoal bagaimana dia menjaga tubuh badannya supaya kekal cergas di dalam jadual kerja yang padat.

"Saya akan melakukan senaman ketika waktu rehat atau hari cuti dan saya akan makan makanan yang sihat," luahnya.

Kini, Kim Hyun Joong sedang sibuk bekerja untuk album mini keduanya yang dijangka akan berada di pasaran pada Oktober depan.

"Untuk album kedua nanti, saya akan menonjolkan sesuatu yang berbeza daripada album Break Down," katanya,

Selain itu, dia juga sedang menyiapkan diri untuk konsert jelajah Asia yang akan bermula pada Disember depan di Seoul, Korea Selatan,

Sebelum mengundur diri, Kim Hyun Joong berjanji untuk melawat Malaysia pada masa akan datang dan meletakkan Malaysia dalam senarai siri jelajah Asianya.

Wzlyn pilih 20.11.11

Posted:

Wzlyn pilih 20.11.11

Wzlyn pilih 20.11.11

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


EZLYNN


TARIKH 11.11.11 yang digembar-gemburkan untuk penyanyi Ezlynn, 30, menamatkan zaman solo nampaknya tidak kesampaian. Ibarat kata-kata 'kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya'.

Walaupun begitu, penyanyi Hi Hi Bye Bye ini tidak patah semangat dan bersedih menerima kebenaran itu sebaliknya dia lebih teruja mengumumkan tarikh perkahwinannya yang baharu iaitu 20.11.11. Tarikh tersebut lebih memberi erti buat dirinya dan bakal suami daripada tarikh 11.11.11. Soalnya kenapa tarikh tersebut dikatakan lebih memberi makna hanya dia sahaja yang mengetahuinya.

"Tarikh 11.11.11 mungkin terpaksa ditunda ke 20.11.11. Ini hanya perancangan Lynn di mana sekarang ini hanya fasa permulaan, jadi Lynn tidak berani untuk memberi sebarang komen tentang majlis tersebut buat masa ini.

"Apa yang pasti majlis akad nikah Lynn hanya akan dihadiri oleh ahli-ahli keluarga terdekat dan ia adalah permintaan daripada kedua-dua belah pihak keluarga," katanya menerusi kiriman e-mel kepada Kosmo!.

Walaupun begitu, pemilik nama sebenar Azline Ariffin itu tetap memilik tarikh 11.11.11 untuk melangsungkan majlis pertunangannya. Sememangnya dia berniat untuk terus melangsungkan perkahwinan tanpa melakukan sebarang majlis pertunangan tetapi keluarga kedua-dua belah pihak berhasrat untuk melakukannya.

Ezlynn juga masih belum memilih tempat untuk melangsungkan pernikahan dan juga majlis resepsi.

Puas dipujuk siapakah gerangan sang arjuna yang berjaya membuatkan Ezlynn mengucapkan selamat jalan zaman solonya, ternyata Ezlynn begitu 'kedekut' untuk berkongsi kepada umum buat masa ini.

"Lynn akan umumkan siapa bakal suami Lynn dalam masa terdekat nanti," katanya.

Penyanyi berasal dari Ulu Kinta, Perak itu turut berkongsi mengenai sambutan rayanya. Hanya beraya di Setapak, Kuala Lumpur, namun sambutan Syawalnya ternyata begitu meriah dengan kehadiran anak-anak buah yang mengenakan pakaian raya yang dijahit sendiri oleh Ezlynn.

"Tahun ini, Lynn raya di Setapak. Memang meriah dan seronok bila tengok anak-anak buah cantik pakai baju yang dijahit Lynn. Baju kurung dan beberapa baju raya yang lain Lynn jahit sendiri. Menjahit sudah jadi hobi baru Lynn. Lynn ada juga menjahit baju untuk anak-anak buah Lynn. Baju Lynn sendiri hanya dua pasang.

"Lynn mempunyai enam orang adik-beradik, kakak dan tiga adik Lynn dah berkahwin dan mempunyai anak jadi tahun ini raya memang cukup meriah," katanya mengenai ahli keluarganya yang sudah mencecah 16 orang.

Beralih pula tentang projek terbaharu, Ezlynn yang juga merupakan pelakon itu baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem arahan Mamat Khalid iaitu Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

Dalam filem tersebut Ezlynn memegang watak Mon, pasangan kepada watak utama Awie iaitu Husin. Filem ini adalah kesinambungan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang dan ia bakal ditayangkan hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Sudah lama tidak menghasilkan single atau album baharu, penyanyi berzodiak Libra itu akan tampil dengan satu lagi single terbaharu berjudul Dusta terbitan Alibi Music.

"Ini adalah single kedua selepas lagu TicTacToe hasil karya Noh Hujan. Lynn sudah berbincang dengan pihak syarikat rakaman dan kemungkinan tahun hadapan Lynn akan merakamkan lagu raya pertama," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved