Jumaat, 2 September 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


karpet pelengkap kekemasan lantai

Posted:

karpet pelengkap kekemasan lantai

karpet pelengkap kekemasan lantai

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my

BAGI Nurul Haniz Jennifer, 36, bersantai di ruang tamu rumahnya yang berkonsepkan gaya kontemporari Eropah sememangnya merupakan rutin harian yang cukup menyenangkan.

Lazimnya, usai menguruskan perihal anak-anak dan rumah tangga, wanita yang mesra disapa Nurul itu gemar menghabiskan masa di ruang tamu yang indah dengan set sofa, meja kopi dan televisyen digital paparan cecair kristal (LCD).

"Selain menonton televisyen dan melayari internet, saya juga gemar membaca koleksi majalah di sini. Lagipun, suasana di ruang tamu bukan saja tenang malah menyegarkan memandangkan ia terletak berhampiran pintu gelangsar.

"Sebab itu, saban hari saya memastikan persekitaran ruang tamu sentiasa tersusun rapi dan berada dalam keadaan bersih termasuklah karpet.

"Ini bagi mengelakkan hama dan debu yang boleh menyebabkan kegatalan dan rengsa pada bahagian kaki," tutur Nurul sambil menunjukkan karpet jenis Shaggy rona coklat gelap dan lembut yang menghiasi ruang tamunya.

Berbicara lanjut, Nurul yang merupakan jurusolek sambilan menyatakan karpet adalah kelengkapan hiasan yang perlu ada dalam kediamannya.

Jelas beliau, hamparan permaidani di beberapa ruang utama seperti ruang tamu, ruang makan dan kamar tidur membantu menyuntik mood ceria.

Atas faktor berkenaan, ibu kepada empat orang cahaya mata itu cenderung menukar warna dan corak karpet setiap kali dia menukar warna cat dinding serta set perabot.

"Kini saya mengetengahkan konsep Eropah moden. Set sofa terdiri daripada warna terang seperti ungu, putih dan merah, manakala kusyen mini pula nuansa coklat gelap, krim, putih dan kelabu.

"Disebabkan dinding rumah dicat skim warna O'keefe Gray dan Jefferson, maka saya memilih karpet warna coklat dan krim yang senada dengan warna dinding.


JENNIFER sentiasa memastikan permaidani yang diletakkan di ruang makan dibersihkan setiap hari.


Menyerikan dekorasi kediaman

"Karpet yang sama turut saya hamparkan di bawah meja makan bagi memberi keselesaan pada tapak kaki. Tidak dinafikan sesetengah individu bimbang untuk memasang karpet di ruang makan kerana tidak mahu butir nasi dan lauk-pauk melekat pada karpet.

"Tetapi, amalan saya selesai menjamu selera, saya akan membersihkan karpet menggunakan vakum," jelas Nurul yang pernah dihadiahkan permaidani Mesir buatan tangan berharga RM5,000 oleh seorang teman.

Sementara itu, pereka fesyen dan perunding dekorasi kediaman, Rico Rinaldi Tono, 27, menyarankan setiap kediaman sama ada jenis banglo, teres, kondominium ataupun pangsapuri wajar memiliki permaidani yang bersesuaian dengan keluasan ruang.

Tutur Rico, permaidani bukan sekadar bertindak mengelakkan tapak kaki kedinginan tatkala memijak lantai terutamanya lantai marmar dan jubin, malah merupakan salah satu elemen yang melengkapkan dekorasi rumah. Selain ruang tamu, karpet juga menarik diletakkan di ruang menonton televisyen, ruang bacaan dan kamar tidur.

"Rumah tanpa karpet tampak polos dan kurang seri. Namun, itu tidak bermakna untuk menaikkan seri rumah individu perlu membentangkan permaidani yang rona sedondon dengan warna perabot, dinding dan langsir. Impaknya, suasana rumah akan kelihatan pelik.

"Misalnya, jangan sekali-kali memilih karpet merah sekiranya perabot dan langsir juga daripada warna yang sama.

"Saranan saya, idea dekorasi rumah kelihatan lebih menarik apabila warna karpet itu sejajar dan serasi dengan warna dinding," jelas Rico sambil memberikan beberapa tip pemilihan karpet.

Katanya, bagi ruang tamu yang menempatkan set perabot warna gelap atau suram, permaidani warna terang serta kontra adalah pilihan ideal.

Sementara itu, bilik bersaiz kecil atau sempit pula, elok dihiasi permaidani warna cerah atau putih. Tetapi warna berkenaan tidak bersesuaian bagi keluarga yang memiliki anak kecil kerana karpet akan mudah comot.

"Selain mengambil kira aspek keluasan ruang, konsep dekorasi rumah turut memainkan peranan penting dalam pemilihan karpet.

"Sebagai contoh, gaya hiasan ala Bali atau etnik sesuai dipadankan dengan ambal yang diperbuat daripada rotan atau buluh.

"Jika memilih seni hiasan konsep tradisional Melayu atau Asia Barat, maka permaidani motif kerawang dan flora buatan Mesir, Iran atau Turki merupakan pilihan yang bijak.

"Bagi dekorasi urban, pilih saja karpet jenis Shaggy yang bak bulu kucing dan semakin popular," tegas Rico yang menasihati orang ramai supaya merancang sebelum membeli karpet untuk kediaman.


JENNIFER sentiasa memastikan permaidani yang diletakkan di ruang makan dibersihkan setiap hari.


Membantu pelanggan memilih

Dalam pada itu, pembantu jualan karpet Jakel, Ressa Faradika Junaidy, 22, memberitahu, kebiasaannya sebelum pelanggan membeli permaidani yang ditawarkan, petugas gedung karpet Jakel akan mengadakan sesi rundingan ringkas.

"Sesi ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada jenis dan ciri-ciri karpet yang dikehendaki pelanggan bersesuaian dengan ruang kediaman pilihan. Kami tidak mahu pelanggan membeli koleksi karpet yang salah dan bertentangan dengan gaya hiasan rumah.

"Lagipun prinsip kami, pelanggan berhak memiliki seleksi karpet yang bermutu, terbaik dan ideal setimpal dengan wang ringgit yang mereka laburkan.

"Sebab itu, sebelum membeli karpet pelanggan perlu mengukur keluasan ruang, konsep dekorasi dan warna cat dinding," terang Ressa yang tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus mengunjungi gedung karpet Jakel di Jalan Bunus, Kuala Lumpur.

Sempena hari lebaran yang bakal menjelang, Jakel menawarkan promosi jualan karpet secara besar-besaran di semua cawangan Jakel yang beroperasi di setiap negeri.

Jualan satu juta karpet

Seperti tahun lepas, pada tahun ini Jakel turut menyasarkan jualan sebanyak satu juta keping karpet untuk dihamparkan sewaktu meraikan Aidilfitri.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel, keistimewaan karpet Jakel bukan saja terletak pada material yang terbaik, malah ia dijual pada harga berpatutan memandangkan Jakel berurusan terus dengan pihak pengilang dari Asia Barat.

"Kami cukup memahami kehendak pelanggan yang sentiasa tercari-cari karpet yang cantik tetapi dijual pada harga mampu dimiliki. Apatah lagi sebelum menyambut detik lebaran bermacam-macam barang yang hendak dibeli.

"Maka, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Jakel kerana sebahagian besar karpet kami dijual pada harga yang lebih rendah berbanding gedung karpet yang lain. Bukan itu saja, kami turut menawarkan promosi jualan karpet beli satu percuma satu bagi koleksi karpet yang terpilih.

"Ini termasuklah menyediakan karpet daripada saiz yang paling kecil (1.2 meter x 1.8 meter) sehinggalah ukuran saiz besar (3.6 meter X 4 meter)," kata Faroz sambil menunjukkan rangkaian karpet Jakel yang diimport dari Mesir, Dubai, India dan Pakistan.

Menyentuh mengenai trend permaidani masa kini, Faroz menyatakan karpet Shaggy atau lebih sebagai karpet bulu kucing paling diminati ramai. Tekstur karpet itu yang lembut, berwarna terang dan bercorak abstrak antara faktor ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan warga urban dan golongan muda.

Wajar cuci tiga bulan sekali

Posted:

Wajar cuci tiga bulan sekali

Wajar cuci tiga bulan sekali


Zulkarnain Mohd. Saidin, Abdul Nazir Mohamed, Mohd. Riduan Rizal Ahmad ANITA (kanan) menerima tempahan cucian karpet daripada pelanggan setiap hari.


SEMPENA sambutan Aidilfitri, selain halaman dan dalaman rumah serta perabot, proses pembersihan permaidani juga wajar dititikberatkan. Langkah itu bertujuan menyerikan semula permukaan karpet yang kusam dek kotoran dan menyegarkan kembali helaian bulu-bulu karpet yang telah menguncup.

Perkara itu diakui sendiri oleh Pengarah Urusan Desa Ringgit Sdn. Bhd., Anita Hanim Ahamaddi Hazali, 30, yang menawarkan khidmat cucian karpet kediaman, premis dan bangunan pejabat.

Syarikat yang telah beroperasi selama enam tahun itu ditunjangi oleh belia bumiputera yang bertanggungjawab membersihkan pelbagai jenis dan saiz karpet tanpa mengira jenama serta kualiti karpet.

"Kami mencuci semua jenis karpet tidak kira jenis atau jenama. Kadangkala karpet yang tidak berjenama itu boleh tampak cantik dan terang sama seperti karpet mahal. Asalkan ia dicuci dengan teknik cucian dan menggunakan bahan cucian yang betul.

"Di Desa Ringgit, kami mempraktikkan cucian deep clean atau cucian dalaman yang mencuci fabrik karpet dari permukaan hingga ke dasar karpet.

"Bagi mendapatkan hasil cucian yang terbaik, sekeping karpet akan melalui beberapa fasa cucian yang menggunakan alat dan bahan cucian terpilih," terang wanita yang mesra disapa Anita ini. Beliau memberitahu, setiap hari pusat itu mampu membersihkan 30 keping karpet.

Jelasnya, selepas mengenal pasti kotoran, jenis dan kualiti karpet pelanggan, karpet tersebut akan dihantar ke pusat cucian di Senawang, Negeri Sembilan. Di sana petugas mula melakukan proses-proses pembersihan.

Pertama, bahagian permukaan dan belakang karpet akan dibersihkan menggunakan vakum yang diimport khas dari Perancis. Selesai proses berkenaan petugas akan memeriksa permukaan karpet dan mencari bahagian yang terlekat kotoran degil.

"Kami akan meletakkan bahan cucian di atas kotoran dan memberusnya dengan lembut sehingga kotoran hilang. Kemudian, barulah karpet dibersihkan menggunakan mesin brush up yang mencuci setiap helaian bulu karpet dari atas hingga ke dasar.

"Seterusnya, karpet akan disembur dengan wangian dan dijemur di atas lantai batu sehingga ia kering. Meletakkan karpet di atas lantai batu mampu mempercepatkan proses mengering," kata Anita yang dibantu seramai 120 staf operasi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tipu guna nombor Bukit Aman

Posted:

Tipu guna nombor Bukit Aman

Tipu guna nombor Bukit Aman

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

Ahli sindiket Macau Scam akan membuat panggilan secara rambang untuk mencari mangsa.


KUALA LUMPUR – Kes-kes penipuan tidak pernah surut. Saban hari pasti ada individu yang menjadi mangsa penipuan sama ada oleh sindiket yang berpangkalan dalam negara mahupun di seberang laut.

Pelbagai modus operandi digunakan oleh sindiket-sindiket terbabit untuk meraih wang daripada mangsa-mangsa. Tren paling mudah kebelakangan ini ialah ahli sindiket terbabit membuat panggilan telefon dengan menyamar sama ada sebagai pegawai polis atau pegawai bank.

Macau Scam merupakan salah satu sindiket yang berpangkalan di Taiwan dan Hong Kong, Sindiket itu dikesan paling aktif melakukan penipuan dengan membuat panggilan secara rambang kepada mangsa-mangsa termasuk rakyat negara ini.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Supritendan Victor Sanjos berkata, berdasarkan laporan diterima, suspek-suspek yang menyamar sebagai pegawai polis kebiasaannya akan mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap dan boleh ditahan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Rugi RM10 juta dalam tempoh enam bulan

Posted:

Rugi RM10 juta dalam tempoh enam bulan

Rugi RM10 juta dalam tempoh enam bulan

KUALA LUMPUR – Polis menerima sebanyak 454 laporan berhubung kes panggilan telefon dengan menyamar sama ada sebagai pegawai polis atau pegawai bank dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang melibatkan kerugian mencecah RM10 juta.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Supritendan Victor Sanjos berkata, dalam tempoh sama polis menahan seramai 39 orang dan ada dalam kalangan suspek telah dituduh di mahkamah.

"Kegiatan sindiket Macau Scam ini dikesan aktif memperdaya rakyat negara ini sejak tahun 2008. Jumlah laporan diterima pada tahun tersebut sebanyak 21 kes," kata beliau.

Menurut beliau, jumlah kes tersebut kemudian bertambah pada tahun 2009 sebanyak 333 kes dan pada 2010 sebanyak 1,201 kes.

"Mengikut aduan dalam tempoh dua tahun itu kerugian mangsa-mangsa mencecah RM24 juta," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

800,000 peminjam bakal pilih ujrah

Posted:

800,000 peminjam bakal pilih ujrah

800,000 peminjam bakal pilih ujrah


PEMINJAM PTPTN diberi tempoh sehingga 30 September ini untuk memberi respons pertukaran skim pembiayaan kepada skim ujrah sebelum tawaran itu luput. – Gambar hiasan.


PASIR PUTEH – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan 800,000 peminjam akan menukar kaedah pinjaman mereka daripada sistem konvensional kepada sistem pinjaman Islam atau ujrah pada tahun ini.

Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 1.8 juta individu yang mendapat pinjaman selepas tahun 2008.

PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (tiga peratus) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (satu peratus) secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, tarikh akhir untuk menukar kaedah pinjaman ialah sebelum 30 September ini.

Mereka yang tidak memberikan maklum balas sebelum tarikh itu akan kekal dengan skim lama yang mengenakan caj kos pentadbiran tiga peratus.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said sebelum ini dilaporkan berkata, hampir 600,000 peminjam tidak layak menukar skim konvensional kepada ujrah kerana terlibat dengan tindakan saman, melanggar perjanjian terdahulu atau sudah menyelesaikan keseluruhan pinjaman.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Hatchback eksotik tiga pintu

Posted:

Hatchback eksotik tiga pintu

Hatchback eksotik tiga pintu

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my

SEWAKTU dipertontonkan di Geneva Motor Show di Switzerland pada 1 Mac lalu, model terbaharu Ferrari iaitu FF sudah mencetuskan pelbagai reaksi berbeza. Ada yang memuji tindakan pengeluar Itali itu kerana berani menonjolkan kelainan pada barisan produknya. Jika ada pujian, pastinya akan ada juga kritikan.

Model FF ialah akronim untuk Ferrari Four. Namanya berkait rapat pada dua ciri utama. Empat tempat duduk dan pacuan empat roda. Model Prancing Horse terbaharu itu ialah sebuah hatchback grand

tourer.

Pengganti kepada model Ferrari 612 Scaglietti itu mempunyai ruang kargo yang besar seluas 450 liter. Jika tempat duduk belakang diturunkan, kapasiti ruang simpanan ditingkatkan sehingga 800 liter! Apa relevannya ruang kargo sebesar ini pada sebuah kereta supersport mewah?

Itulah antara persoalan pengkritik. Mereka mendakwa ciri itu menjadi penyebab model FF gagal meraih perhatian peminat. Sejauh mana kata-kata itu bukan untuk saya mengadilinya. Masing-masing ada pendapat. Berhubung soal ruang kargo, ada juga kebenarannya. Ruang kargo lazimnya bukan antara ciri-ciri utama untuk sebuah jentera supersport mewah.

"Ferrari suatu ketika dahulu merupakan kereta yang anda simpan dalam garaj. Keluar untuk dikilatkan dan menayangkannya. Kemudiannya, ia dimasukkan semula dalam garaj. Tetapi hari ini, orang ramai mahu melakukan lebih dengan kereta mewah mereka," demikian kata Presiden Ferrari, Luca Cordero di Montezemolo, Itali berhubung model FF.

Sewaktu artikel ini ditulis, Ferrari FF menduduki tangga ketiga kereta sport eksotik dalam portal U.S News. Jentera itu berkongsi kedudukan dengan Audi R8 2012. Ketinggalan di belakang dua model Lamborghini iaitu Gallardo 2011 dan Aventador 2012.


MODEL FF dibina berdasarkan kepada konsep Shooting-Brake.


FF di Malaysia

Hanya selepas lima bulan pelancarannya, model tersebut diperkenalkan di negara ini. Tugas itu direalisasikan oleh Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia). Naza Italia diberikan hak eksklusif mengimport jenama ikonik mewah itu oleh Ferrari SpA pada Mac 2008.

Harus tahu bahawa model FF ialah GT paling eksklusif dalam pasaran. Ia merupakan jentera empat tempat duduk paling berkuasa dalam dunia.

Jentera itu dilengkapi sistem pacuan empat roda. Pertama dalam keluarga Ferrari. Sistem pacuan itu dipasang dengan sistem pembeza elektronik pada bahagian belakangnya (E-Diff). Selain itu, sistem pacuan FF turut diintegrasi dengan traction control F1-Trac.

Hatchback tiga pintu itu dipasang dengan enjin V12 bersesaran 6,262cc yang dipadankan bersama transmisi klac berkembar dan kotak gear tujuh kelajuan F1. Satu lagi pembaharuan dalam segmen kenderaan mewah supersport.


RUANG kargo seluas 450 liter pasti berguna jika ingin bersiar-siar bersama keluarga.


Keseluruhan rangkaian kuasa itu memberikan hasil terbaik. Jentera berupaya menjana tambahan 20 peratus kuasa dan mengurangkan penggunaan bahan bakar sebanyak 25 peratus!

Rekaan luaran dan dalaman

Paras rupa model FF pada bahagian hadapan menonjolkan karismatik sebuah Ferrari. Lampu bahagian hadapan merangkumi padanan bi-xenon dan LED. Bampar pula dilengkapi gril yang agak besar dengan lambang Prancing Horse di hadapannya. Turut jelas kelihatan ialah dua lubang saluran udara, masing-masing di bahagian kiri dan kanan bampar.

Jika memandang dari sudut tepi, anda akan melihat rekaan sebenarnya yang dikenali sebagai shooting-brake. Untuk makluman, shooting-brake adalah kombinasi bentuk wagon dan coupe yang menawarkan ruang penumpang dan kargo.

Rekaan bahagian belakang menampilkan kombinasi lampu isyarat membelok, membrek dan undur. Turut kelihatan ialah ekzos kembar pada kiri dan kanan bampar belakang. Tidak lupa juga penggunaan diffuser mengemaskan lagi aspek aerodinamiknya.


DARI KIRI: Pengurus Perniagaan Ferrari Asia Pasifik, Paolo Ferrari dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin melancarkan ikon terbaru Naza Italia baru-baru ini.


Melangkah masuk ke dalam kabin jentera dengan anggaran harga lebih RM2.8 juta itu, ternyata semua aspek dalamannya cukup sempurna. Pilihan enam jenis warna dalaman disediakan. Turut kelihatan ialah beberapa bahagian dalaman jentera yang diperbuat daripada gentian karbon.

Stereng model FF dikatakan menyamai rekaan Ferrari F1. Ada beberapa butang kawalan yang diadun padanya termasuklah butang penghidup, lampu tinggi, petunjuk dan pengelap cermin. Tidak terlupa juga ciri paddle shifter di bahagian belakang stereng.

Pandang sahaja ke hadapan, takometer berada di tengah-tengah panel instrumen. Di bahagian kiri takometer, ada satu skrin yang memaparkan pelbagai penetapan (setting) jentera. Sementara bahagian kanan pula ialah meter laju elektronik.

Sistem infotainment turut didatangkan pada Ferrari FF. Dua skrin dipasang pada belakang kerusi barisan hadapan dengan sistem stereo 16 saluran Dobly Surround Sound berkuasa 1,280 watt.

Hanya sebuah FF ditawarkan buat setakat ini. Naza Italia memberitahu, FF bakal melonjakkan jualan Ferrari yang sebelum ini banyak disumbang oleh model Ferrari 458 Italia.

Honda Accord 2.4

Posted:

Honda Accord 2.4

Honda Accord 2.4

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my


Honda Accord generasi kelapan ini merupakan kenyataan Honda terhadap aspek sofistifikasi binaan sebuah sedan mewah.


SEDAN eksekutif buatan Honda ini tidak memerlukan pengenalan panjang lebar. Namanya sudah cukup gah di setiap pasaran yang disertainya. Sama ada di Asia, Eropah mahupun Asia Barat, pengguna tidak akan menyifatkannya sebagai satu model yang asing.

Mula dihasilkan pada tahun 1976, ia mempunyai sejarah menjangkau 35 tahun. Dalam tempoh itu, Accord sudah menjelma menjadi sebuah sedan global dengan barisan anugerah serta inovasi dipadatkan ke dalamnya.

Maka, tidak hairanlah jika ia merupakan salah satu model terlaris keluaran Honda. Dijual di lebih 160 buah negara, jualan Accord sudah mencecah 18 juta unit sehingga tahun 2010. Dengan jualan sebanyak 7,322 unit pada tahun lalu, Malaysia menjadi pasaran Accord nombor satu dalam kalangan negara Asean.

Begitulah popularnya model Honda Accord. Jadi, kalau ada sesiapa yang mengaku peminat kereta tetapi tidak kenal dengan Honda Accord, tukar sahaja pengakuan itu kepada minat penyanyi K-Pop. Lain kali, kalau ditanya lagi tidaklah malu sangat.

Kenapa Accord laku? Selain jenama Honda yang kukuh, faktor-faktor seperti prestasi enjin, penjimatan bahan api, kualiti pemanduan dan reka bentuk dalaman serta luaran menjadi penyumbang kepada pembelian sebuah Accord.

Namun, situasi tidak lagi mudah buat Honda. Dengan kehadiran model buatan Korea seperti Sonata dan Optima, ditambah dengan seteru tradisinya Camry serta kehadiran Nissan Teana, Honda nampaknya tidak lagi dapat duduk dengan selesa. Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memastikannya kekal relevan dan terus mampu menarik perhatian pembeli.

Itulah yang dibuat oleh Honda. Honda Accord dengan varian enjin 2.4 liter yang saya pandu uji baru-baru ini bukanlah model baru dalam pasaran. Ia merupakan model yang telah menerima proses penambahbaikan ke atasnya pada Mac lalu.

Jadi, anda boleh lihat perubahan pada bahagian luaran. Misalnya, gril radiator dan trunk lid berwarna krom, selain rim aloi bersaiz 17 inci yang mendapat rekaan baru. Perkara lain, tidak ada yang berubah pada penampilan Accord. Harus ingat, bukan mudah untuk mengubahsuai sesuatu yang sudah sedia cantik.


SEDAN eksekutif ini merupakan antara model penting buat Honda.


Boleh tidur lena

Ruang kabin jentera itu mengetengahkan warna hitam pada papan pemuka dan tempat duduknya. Honda mengaplikasikan kemasan gabungan warna kelabu pada bahagian konsol tengah yang biasanya menggunakan kemasan kayu berwarna coklat terang. Ia bagi menjadikannya terasa lebih sporty.

Sekali pandang, papan pemuka Accord macam ada terlalu banyak butang. Jangan risau, ia mudah dioperasi dan dicapai oleh pemandu. Ada satu perkara yang saya tidak suka. Tempat duduknya, tidak kiralah untuk pemandu atau penumpang terasa agak keras. Walaupun tidaklah sekeras tempat duduk kedai gunting mamak, tetapi ia tetap membuatkan perjalanan jauh kurang selesa.

Accord memang sebuah sedan yang panjang dan besar berbanding generasi sebelumnya. Jadi, anda boleh mengharapkan ruang kaki dan kepala yang luas. Ditambah dengan kualiti NVH yang bagus, tidur pun semakin lena.

Namun begitu, saiznya itu membuatkan pemandunya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Mujurlah ia hadir bersama alat pengesan ketika hendak memarkir.


REKAAN papan pemuka yang nampak mewah.


Dijana dengan unit enjin berkuasa 180PS dan tork maksimum 22Nm, ia sudah memadai untuk menggerakkan tubuhnya tanpa rasa malas. Kuasa tersebut diagih menerusi kotak transmisi automatik lima kelajuan konvensional. Sebagai sebuah Honda, kadar penggunaan minyaknya adalah menjimatkan. Inilah ciri yang ramai orang paling suka.

Kombinasi antara struktur badan berteknologi Advanced Compatibility Engineering (ACE) dengan suspensi double wishbone pada roda hadapan dan jenis multi link untuk roda belakang memberikan keyakinan ketika mengambil selekoh.

Untuk semua itu, Honda tidak meminta wang tambahan. Harga Accord kekal pada takat sebelum penambahbaikan iaitu RM172,800 seunit. Jika harga itu terlalu tinggi untuk anda, pilih sahaja varian yang lebih murah seperti 2.0L VTi (RM142,800) dan 2.0L VTi-L (RM149,800).

Memang betul banyak pilihan di luar sana. Tetapi, pastinya lebih selamat dan menenangkan fikiran untuk memilih sesuatu yang sudah terbukti tahap kualitinya.

Lori komersial Chana Era Star

Posted:

Lori komersial Chana Era Star

Lori komersial Chana Era Star


LORI kecil ini sangat laris di China berikutan kualiti dan harganya yang berpatutan.


BERITA baik buat golongan yang terlibat dalam perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS). Ini kerana mereka kini boleh memiliki lori pikap pada harga yang cukup berpatutan.

Diberi nama Chana Era Star, lori tersebut diedar dan dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pihak Changan Berjaya Auto Sdn. Bhd. (Changan Berjaya).

Lori bagi tujuan komersial itu terdiri daripada beberapa varian seperti bertubuh besi, kayu, van luton, van kotak dan lori untuk pasar malam. Ia ditawarkan pada harga bermula RM36,000 hingga RM39,000 sahaja.

Menggunakan teknologi Jepun, jentera tahan lasak itu dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan terkemuka di China, Changan Automobile. Syarikat itu merupakan pengeluar kenderaan nombor satu di China berdasarkan kepada pengeluarannya yang mencecah lebih satu juta unit pada tahun lalu.

Tahun 2010 juga menyaksikan Changan Automobile menduduki tempat ke-17 dalam senarai pengeluar kenderaan dunia.

Harus tahu bahawa lori Chana Era Star telah mencipta nama sebagai lori mini terunggul di China dari tahun 2006 hingga 2010. Ia dilengkapi dengan enjin bersesaran 1.3 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 58Kw dan tork maksimum 11 kg.cm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan.

Lori yang mampu menampung beban dalam jumlah tinggi itu dipasang di kilang Oriental Assemblers di Johor. Pelancaran model pemasangan tempatan (CKD) dijangka dibuat pada suku terakhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Changan Berjaya, Datuk Tony Khor menyatakan bahawa pihaknya optimis untuk menjadi hab pengeluaran lori komersial Chana Era Stardengan pemanduan kanan bagi pasaran Asean dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Keyakinan itu berdasarkan kepada maklum balas positif yang diterima daripada pasaran tempatan dan serantau. "Buat masa sekarang, kami baru membawa masuk sebanyak 100 unit lori Chana Era Star dalam bentuk CBU. Kebanyakannya sudah pun dijual.

"Berikutan perkembangan itu, kami yakin dengan potensi lori Chana Era Star di Malaysia. Kenderaan ini amat sesuai untuk kegunaan para peniaga kerana saiz dan keupayaan muatannya yang tinggi," kata Tony.

Beliau turut memberitahu aspek harga berpatutan, perkhidmatan sokongan selepas jualan yang kukuh dan kemudahan pinjaman menjadi faktor penarik kepada para pelanggan untuk memiliki lori komersial tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Doa dalam minyak wangi

Posted:

Doa dalam minyak wangi

Doa dalam minyak wangi

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

FARASUZIE (kanan) memberitahu, syarikatnya akan menjadi salah satu penaja majlis perkahwinan artis Noraniza Idris (kiri) kelak.


SUDAH lumrah wanita, minyak wangi adalah produk yang paling dekat di hati mereka. Bagi Farahsuzie Sulaiman, 31, dia sanggup melabur sejumlah wang untuk mendapatkan minyak wangi yang digemarinya.

Selaku peminat minyak wangi yang tegar, pada satu ketika, wanita ini terfikir mengapa tidak dia menghasilkan minyak wangi dengan jenamanya sendiri. Itu lebih mendatangkan kepuasan, getus hatinya.

Lantas, niat itu dipanjangkan kepada suaminya, Ahmad Kamil Arifin, 43. Farahsuzie mengambil masa kira-kira dua tahun untuk mencairkan hati suaminya supaya bersetuju dengan cadangannya itu.

"Ya, benar. Saya ambil masa selama dua tahun untuk membuat keputusan. Saya mahu mencari yang terbaik. Lagi satu, saya mahu pastikan saya berpuas hati dengan testimoni yang dijalankan," jawab Ahmad Kamil yang mengiyakan kenyataan isterinya.

Mereka berdua ditemui ketika majlis pelancaran DD's Perfume dan majlis meraikan Anak-Anak Yatim Asrama Ampang di Shah Alam. Majlis itu dirasmikan oleh penyanyi irama tradisional terkenal Noraniza Idris baru-baru ini.

Import dari Perancis

Setelah berhempas-pulas mencari mekanisme terutamanya dari aspek pemasaran dan persaingan, maka lahirlah jenama DD.

Nama DD, kata Farahsuzie yang juga pengasas jenama ini adalah singkatan maksud 'dekat di hati selalu'.

"Saya mahukan produk ini sentiasa meniti di bibir masyarakat dan saya mengimpikan setiap tas tangan wanita ada sebotol minyak wangi jenama DD," kata bekas graduan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) ini.

Menjelaskan lebih lanjut tentang minyak wangi terbaharu keluaran SK Fragrance ini, Farahsuzie memberitahu, minyak wangi yang diimport dari Perancis ini diinspirasikan dengan sejumlah jenama minyak wangi antarabangsa.

Antaranya ialah Gucci, DKNY, Polo, Jadore, Burberry, Paris Hilton, Bvlgary, Armani dan JLo.

Sebanyak empat set haruman dengan empat jenama yang berbeza diperkenalkan. Pek-pek tersebut iaitu pek famili (RM60), pek wanita (RM55), pek lelaki (RM55) dan pek untuk remaja (RM55).

"Kami ingin menunaikan impian masyarakat di luar sana yang mahu memakai minyak jenama antarabangsa tetapi tidak berkemampuan.

"Jika tidak mahu membeli secara pek, pelanggan boleh membeli sebotol minyak wangi pada harga RM15 sahaja. Ia sesuai dipakai pada bila-bila masa," kata wanita ini sambil memberitahu bau wangiannya mampu bertahan selama dua hari.

Bacaan doa

Pasangan suami isteri ini sedar dengan saingan produk-produk yang sealiran dengannya di pasaran sekarang. Ditanya apa keistimewaan yang dibawa oleh jenama ini berbanding dengan yang lain, jawab Ahmad Kamil:

"Pati haruman yang dibawa dari Perancis ini seratus peratus tulen. Kepekatan minyaknya lebih tinggi, daya tahan haruman lebih lama dan paling penting harganya mampu milik."

Selain itu, produk ilham pasangan serasi itu turut membawa kelainan apabila minyak wangi yang dibekalkan dibacakan sekali dengan ayat al-Quran.

"Semasa minyak wangi ini dipakejkan, ia dibacakan dengan surah Yusof (ayat 4) dan surah Thoha (ayat 39) oleh seorang ustaz bertauliah," terangnya.

Bagaimana idea itu dirintis? Jawab lelaki yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur itu, pemakaian minyak wangi harus disertakan dengan keterampilan dan keyakinan.

"Justeru, surah Yusof dibacakan bertujuan untuk membangkitkan seri kecantikan sementara surah Thoha lebih kepada membentuk keyakinan diri, jadi, kami memilih pendekatan itu," ujar Ahmad Kamil.

Meskipun baru lima bulan di pasaran, pasangan suami isteri ini tersenyum puas. Ini berikutan jenama yang dibawa mereka mendapat sambutan hangat di pasaran.

Untuk fasa pertama, sebanyak 2,000 unit telah terjual.

Stokis dan ejen makin bertambah meliputi Sabah dan Sarawak, ujar Farahsuzie.

Justeru, kepada yang berminat untuk terlibat sama dengan perniagaan ini, anda sangat dialu-alukan.

Pesta Terengganu di Menara KL

Posted:

Pesta Terengganu di Menara KL

Pesta Terengganu di Menara KL

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my


PELBAGAI barangan kraf dipamer dan dijual sempena Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur.


MENARA Kuala Lumpur (MKL) tidak pernah sunyi daripada aktiviti. Salah satu aktiviti bulanan yang dianjur ialah Pesta Negeri yang diadakan di Kampung Budaya 1Malaysia MKL.

Baru-baru ini, MKL di bawah program yang sama menganjurkan Pesta Negeri Terengganu yang menampilkan pelbagai aktiviti di samping memperkenalkan makanan, kebudayaan dan tarikan pelancongan negeri Pantai Timur itu.

Pesta yang membabitkan negeri Terengganu itu adalah kali kedua selepas pesta yang sama diadakan pada tahun 2008 di tempat yang sama. Apa yang menarik, Pesta kali ini menerima penyertaan dua kali ganda lebih banyak daripada pesta sebelumnya.

Pada majlis pelancarannya, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu, Datuk Abd. Rahin Mohd. Said berkata, pihaknya amat gembira melihat kedatangan orang ramai ke Pesta Negeri Terengganu itu iaitu sebanyak 6,630 pengunjung pada tiga hari pertama sahaja.

"Ini satu angka yang besar kerana kami menyasar antara 2,000 hingga 3,000 orang sahaja," ujar Rahin.

Ketua Pegawai Eksekutif MKL, Zuraidah Mohd. Said berkata, pesta negeri seperti ini juga menjadi platform kepada pengunjung dari pelbagai negeri di Malaysia dan luar negara untuk mendekatkan diri dengan seni dan budaya negeri lain.

"Ini secara tidak langsung membantu mempromosikan warisan dan budaya. Ia juga menggalakkan perkembangan industri pelancongan negeri tersebut," katanya.


ABDUL RAHIN (tiga dari kanan) menyaksikan aktiviti menenun songket di Menara Kuala Lumpur.


Promosi produk tradisi

Tambah Zuraidah, sebagai destinasi pelancongan utama yang menarik kira-kira tiga juta pengunjung tahun lepas dan sekitar 2.8 juta pengunjung setakat Ogos tahun ini, MKL berpotensi menjadi pusat paling ideal untuk mempromosikan pesta sedemikian.

"Ini satu peluang keemasan bagi kami memperkenalkan negeri Terengganu yang unik dan istimewa," ujar pengukir dari Tanjung Bakawali Sdn. Bhd., Norikhwan Nordin, 28.

Beliau yang sibuk membuat ukiran kerawang memberitahu, pesta tersebut merupakan tempat yang sesuai untuk pengunjung mengenali dan membeli ukiran yang dijual.

Bagi Maimunah Yusof, penggerai kerepek dan makanan ringan Terengganu pula, memperkenalkan kerepek kepada pengunjung luar negara adalah satu pengalaman yang mengujakan.

"Ramai yang tertarik dengan kerepek di gerai saya kerana saya bukan menjual kerepek yang biasa, tetapi saya mengolah kerepek baru yang lebih sedap," katanya sambil menawarkan kerepek yang dibuat daripada roti canai.

Dengan jumlah pengunjung yang ramai, pihak MKL dan Pelancongan Negeri Terengganu berharap dapat menganjurkan pesta serupa pada masa akan datang.

Pesta Negeri seterusnya membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi talian 03-2020 5454 atau layari laman web www.menarakl.com.my.

Jiwa patriotik wataniah

Posted:

Jiwa patriotik wataniah

Jiwa patriotik wataniah

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


PENUBUHAN Kompeni AW Parlimen diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2000.


WALAUPUN hasrat untuk menyertai pasukan tentera pernah dihalang keluarga, namun minat terhadap pasukan seragam itu sejak kecil kekal membara dalam jiwanya. Buktinya, Oh Kean Kwee, 44, telah berjaya terpilih untuk menyertai Askar Wataniah (AW) sebagai rekrut sukarela di Batalion 1 Rejimen 509 AW di George Town, Pulau Pinang kira-kira 11 tahun lalu.

Mengakui latihan yang dijalani selama sebulan sangat mencabar, namun demi minat yang mendalam, Kean Kwee melaluinya dengan tabah. Berkat kesungguhannya, akhirnya dia diumumkan sebagai rekrut terbaik dalam latihan tersebut.

Bertitik tolak dari saat itu, penglibatannya dalam bidang ketenteraan semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Bermula daripada pangkat Prebet, dia telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran I, iaitu pangkat paling kanan untuk anggota peringkat bawahan tentera.

"Penyertaan saya kerana tanggungjawab sebagai rakyat yang sayangkan negara. AW merupakan platform terbaik untuk menyumbang tenaga walaupun negara dalam keadaan aman," ujar bapa kepada seorang anak ini.

Menurut pengurus operasi di sebuah syarikat swasta ini, kesibukan tugas tidak menghalang dia untuk bergiat aktif dalam latihan dan aktiviti AW termasuk mengikuti kursus kerjaya tentera.

Daripada empat kursus yang dihadiri di Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan), dia terpilih menjadi pelatih terbaik sebanyak dua kali iaitu bagi Kursus Ketua Seksyen dan Ketua Penolong Ketua Platun.

Kini, Kean Kwee adalah Sarjan Mejar Kompeni di Batalion 1 Rejimen 509 (AW) di George Town. Matlamatnya kini ialah mahu menggalakkan lebih ramai golongan muda terutama kaum bukan Melayu menganggotai pasukan tersebut.

"Jika ingin berbakti kepada negara, AW pilihan terbaik kerana kita bukan sahaja dilatih dengan ilmu ketenteraan tetapi disiplin untuk menjadi warganegara yang baik.

"Latihan ketenteraan mengajar kita menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa atau agama serta bersama-sama memupuk semangat setiakawan," ujarnya.


AHMAD ZAHID HAMIDI turut menggalakkan golongan bukan bumiputera untuk menyertai pasukan tentera negara.


Saranan yang sama turut disuarakan rakan sepasukannya yang juga seorang wanita, Kapten Goh Hui Leng, 35.

Kata Hui Leng, tanggungjawab mempertahankan negara terletak di bahu semua rakyat Malaysia.

"Sebagai pegawai wanita, saya amat menggalakkan penyertaan lebih ramai kaum hawa ke dalam AW kerana bukan sahaja kita dilayan sama seperti lelaki, malah diberi peluang mempamerkan kebolehan.

"Sama ada wanita atau lelaki, tiada perbezaan jantina dalam AW, malah kedua-duanya mempunyai peranan yang sama penting," ujar guru di Sekolah Menengah Convent Dato' Keramat yang telah menyertai AW selama 10 tahun setelah ditauliahkan daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Sains Malaysia (USM).

Kedua-dua mereka ditemui pada perbarisan Pelancaran Kompeni AW Kawasan Parlimen Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan secara gilang-gemilang oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd. Yusoff.

Kompeni Parlimen AW

Abdul Rahim yang mewakili Panglima Tentera Darat telah menerima tabik hormat perbarisan yang melibatkan kira-kira 600 pegawai dan anggota daripada Rejimen 509 (AW) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mazlan Mohammad.

Menyorot kembali penubuhan Kompeni AW Parlimen, ia sebenarnya diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2000.

Selain bertujuan menambah paras keanggotaan AW, usaha ini juga sejajar dengan Dasar Pertahanan Negara (DPN) yang berkonsepkan Pertahanan Menyeluruh (Hanruh) bagi memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap tugas ketenteraan.

Dalam ucapannya, Abdul Rahim memberitahu, sebanyak 23 lagi Kompeni Askar Wataniah (AW) bagi kawasan Parlimen akan ditubuhkan di empat negeri bagi melengkapkan jumlah sasaran sebanyak 222 pasukan seperti yang dirancang.


LEFTENAN Muda Chew Chong Ooi (paling kiri), Pegawai Waran II Oh Kean Kwee, Kapten Goh Hui Leng dan Leftenan Khor Aik Keong merupakan contoh kaum bukan Melayu yang terlibat dalam pasukan simpanan sukarela Tentera Darat.


Tambah beliau, setakat ini sebanyak 199 kawasan Parlimen telah menubuhkan Kompeni AW.

Beberapa kawasan Parlimen di Kedah, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur yang belum mempunyai pasukan AW itu akan ditubuhkan secara berperingkat sehingga penghujung tahun ini.

"Rancangan penubuhan ini selaras dengan Prestasi Petunjuk Utama (KPI), Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu pelancarannya disempurnakan sebelum penghujung tahun," ujarnya.

Abdul Rahim berkata, penubuhan Kompeni AW di setiap kawasan Parlimen telah memberi impak dan kesan positif kepada masyarakat.

"Kita berupaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat termasuk individu yang boleh dijadikan ikon seperti selebriti, atlet sukan dan mereka yang mengharumkan nama negara dengan kebolehan tertentu.

"AW juga telah memberikan pendedahan kepada orang awam tentang tugas ketenteraan dan ia mampu meningkatkan kefahaman mereka sekali gus menjadi penghubung antara tentera dan rakyat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sneijder tidak tamak

Posted:

Sneijder tidak tamak

Sneijder tidak tamak

LONDON – Wesley Sneijder menegaskan kegagalan dia berpindah ke Manchester United dengan harga £35 juta (RM170.3 juta) bukan berpunca daripada sikapnya yang tamak.

United dikatakan enggan menyamai gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu yang diperolehi Sneijder di Inter Milan dan menjelaskan mereka tidak akan membayar gaji melebihi £190,000 (RM924,493) seminggu.

Sneijder berkata, dia memang sudah hampir untuk menyertai United, namun perpindahan tersebut tidak menjadi kerana dia mahu terus berada di San Siro.

"Bagi saya, semuanya bukan berpunca daripada isu gaji," kata perancang Belanda itu.

"Saya berasa sangat selesa di Inter. Saya sayang kelab ini dan juga budaya Itali serta masyarakat di sini. Ia sesuai dengan jiwa saya.

"Perpindahan itu memang hampir berlaku. Ada beberapa perbincangan dibuat. Ini kerana Inter perlu menjual seorang pemain iaitu sama ada saya atau Samuel Eto'o."


SNEIJDER (kiri) Eto'o tidak lagi bersama selepas penyerang Cameroon itu dijual kepada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.


Inter telah menjual penyerangnya, Eto'o kepada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.

"Mereka (United) adalah antara kelab terbaik di dunia, jadi ia bukan sesuatu yang teruk bagi saya," tambah Sneijder.

"Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu meninggalkan Inter.

"Serie A amat bagus bagi saya dan saya tidak nafikan bahawa saya juga berminat menyertai United.

"Tetapi perpindahan ini bukan satu kemestian bagi saya dan ada beberapa perkara yang membuatkan ia tidak berlaku." – Agensi

Malaysia sudah temui formula

Posted:

Malaysia sudah temui formula

Malaysia sudah temui formula

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


JAMALUDDIN (tengah) dalam fasa memperkemas skuad sepak takraw negara.


BUKAN suatu yang pelik apabila skuad sepak takraw negara sering kali dibayangi kehebatan Thailand pada mana-mana kejohanan di pentas antarabangsa.

Entah apa puncanya, skuad negara tampak terlalu sukar untuk mencatatkan keme- nangan setiap kali berdepan barisan pemain dari negara Gajah Putih itu.

Lihat sahaja persembahan barisan pemain negara ketika tewas di tangan Thailand pada aksi final Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Kuala Lumpur, Julai lalu.

Bukan mahu memperkecilkan kemampuan serta kualiti barisan pemain negara tetapi Thailand ternyata jauh lebih hebat daripada aspek strategi serta corak permai- nan mereka.

Ketua jurulatih skuad elit negara, Jama- luddin Hassan yang menyedari hakikat tersebut bagaimanapun sudah mendapat menghidu kelemahan yang dimiliki anak- anak buahnya berdasarkan persembahan pada kejohanan tersebut.

Jamaluddin berkata, barisan pemain negara hanya tewas daripada satu aspek sahaja iaitu pemain Thailand mampu melaku- kan rejaman menerusi kaedah lompatan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan anak-anak buahnya.

"Jika dilihat kepada aksi pemain Thailand ketika perlawanan akhir Kejohanan Dunia lalu, saya dapati pemain mereka mampu melakukan rejaman dengan lompatan yang tinggi, sekali gus menyukarkan pemain kita untuk melakukan halangan.

"Malah mereka juga turut berkemampuan untuk membaca gerakan pemain kita setiap kali mereka melakukan rejaman," kata Jamaluddin baru-baru ini.

Melihat kepada situasi tersebut, Jamalud- din kini mempunyai strategi tersendiri dalam usaha mengatasi kelemahan skuad kendaliannya.

"Semua masalah pasti ada jalan penyele- saian. Kita perlu menerapkan corak latihan yang lebih agresif kepada barisan pemain, terutamanya killer (apit kanan) bagi memas- tikan mereka juga dapat melakukan lompa- tan yang tinggi ketika melakukan rejaman.

"Selain itu, saya juga sudah dapat menge- san beberapa kelemahan pemain Thailand. Memang mereka hebat ketika melakukan halangan setiap kali pemain kita membuat rejaman.

"Namun tidak di semua sudut mereka mampu melakukan halangan kerana ada sudut-sudut tertentu yang mereka lemah. Jadi pemain-pemain kita perlu kreatif bagi mencari sudut-sudut tersebut dalam usaha mengutip mata," jelas Jamaluddin.

Skuad negara kini sedang dalam persiapan bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia pada November depan.

MSS hadiah raya buat Zaqhwan

Posted:

MSS hadiah raya buat Zaqhwan

MSS hadiah raya buat Zaqhwan


KELUARGA menjadi 'tulang belakang' di sebalik karier Zaqhwan (belakang) selama ini.


SELAIN dapat meluangkan masa bersama keluarga dan juga sahabat handai, sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, Mohd. Zaqhwan Mohd. Zaidy.

Ini kerana, pelumba pasukan Pachie Yuzy Honda Racing ini semakin melebarkan sayapnya selepas dua tahun beraksi dalam arena Cub Prix apabila dipilih pihak pengurusan Boon Siew Honda untuk beraksi dalam saingan Malaysian Super Series (MSS) untuk kategori Supersports.

Dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sejak 2002, MSS diperkenalkan bagi melahirkan lebih ramai pelumba baharu selain menjadi medan buat mereka beraksi pada peringkat yang lebih tinggi.

"Saya sangat terkejut dan tidak menjangka dipilih untuk beraksi dalam kategori Supersports di MSS kerana saya baru beraksi selama dua tahun dalam Cub Prix.

Pelumba-pelumba senior seperti Mohd. Zamri Baba (Petronas Syntium Moto Yamaha AHM) pula memerlu- kan masa yang lebih lama sebelum dapat beraksi dalam saingan kompetitif seperti ini.

"Namun begitu, saya cukup gembira dan bersyukur dengan pencapaian ini," ujar pelumba kelas CP130 itu.

Ketika ditanya sama ada pemilihan itu mengubah sambutan hari raya pada ta- hun ini, Zaqhwan, 16, menjelaskan: "Mengetahui yang saya akan beraksi dalam Cub Prix dan juga Super- sports, ia menjadikan suasana hari raya saya pada tahun ini semakin bermakna.

"Saya dapat berkongsi kegembiraan ini dengan rakan-rakan dan juga keluarga. Ini adalah penghargaan di atas segala kerja keras selama ini dalam karier perlumbaan saya."

Sebelum terpilih, Zaqhwan terpaksa menghabiskan banyak masa di Sepang dan juga litar Pasir Gudang di Johor bagi menguji keupayaannya mengendalikan jentera 600cc.

"Menunggang jentera 600cc begitu sukar. Secara fizikalnya ia sangat berbeza berbanding jentera Cub Prix, malah jauh lebih pantas.

"Pada mulanya saya agak takut dan gementar namun setelah beberapa kali menjalani latihan saya sudah mula dapat membiasakan diri dan mula berasa sero- nok dapat menunggang jentera berkuasa tinggi," kata Zaqhwan.

"Walaupun saya sudah mula dapat membiasakan diri pada ketika ini, namun masih banyak perkara yang perlu saya pelajari, terutamanya berkaitan dengan kemahiran mengendalikan jentera 600cc.

"Saya perlu mengubah corak kawalan jentera, penggunaan brek, bagaimana untuk mengambil selekoh dan banyak lagi. Proses ini memerlukan tempoh yang lama jadi saya tidak mahu terlalu tergesa-gesa.

"Tempoh yang ada pada tahun ini akan digunakan bagi menimba pengalaman dan pendedahan terhadap perlumbaan Supersports," kata Zaqhwan yang turut mengambil bahagian dalam kategori Underbone 115cc pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas.

Anak sulung daripada tiga beradik ini juga tidak sabar untuk berkongsi pengalaman mengenai berita baik dengan saudara-mara serta rakan-rakannya apabila pulang berhari raya di kampung di Pahang.

"Selalunya kami sekeluarga akan memandu pulang ke kampung di Pahang dua atau tiga hari lebih awal. Kami akan meluangkan masa bersama-sama untuk membuat ketupat dan juga melawat saudara mara dan rakan-rakan.

"Sambutan tahun ini pasti lebih meriah apabila saya dapat berkongsi pengalaman dan berita baik ini bersama mereka.

"Cuma saya berharap agar ini tidak dijadikan alasan untuk mengelakkan dari memberi duit raya kepada saya," jelas Zaqhwan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Makan secara sihat pada hari lebaran

Posted:

Makan secara sihat pada hari lebaran

Makan secara sihat pada hari lebaran

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

SELEPAS sebulan berpuasa, majoriti yang bercadang menurunkan berat badan dan mengikut diet yang betul pasti tersenyum puas kerana misi peribadi itu berjaya dicapai.

Berkat amalam berpuasa dalam tempoh sebulan, organ tubuh badan direhatkan. Serentak dengan itu, toksin serta segala kekotoran dalam tubuh badan dapat disingkirkan.

Namun, disiplin dan faedah itu lazimnya tidak pernah kekal lama apabila Syawal menjelma. Ini semua gara-gara nafsu kita yang tidak mampu mengekang keinginan menjamah variasi makanan yang rata-ratanya disajikan pada rumah-rumah terbuka. Rendang, lemang, ketupat, kuih-muih serta air pelbagai perisa yang dihidangkan sememangnya sukar untuk ditolak.

"Itu fenomena biasa kerana sukar untuk menghalang diri menjamu pelbagai makanan ketika hari raya lebih-lebih lagi apabila kita perlu berkunjung ke rumah sanak saudara dan teman-teman.

"Tidak salah untuk mencuba semua makanan yang ada tetapi dengan syarat ia perlu diambil dalam kuantiti sederhana.

"Anda bebas makan apa sahaja tetapi pastikan amaun setiap jenis itu terkawal dan kalau boleh kurangkan minuman berkarbonat atau kordial," jelas Lim Ai Leng, Ketua Pakar Pemakanan, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Apa yang dimaksudkan dengan kesederhanaan? Jelas Ai Leng, setiap jenis makanan terutama makanan berkuah perlu diselaraskan dengan betul kerana ia mengandungi minyak yang banyak berbanding makanan kering lain.

Begitu juga dengan minuman. Jarang sekali kita melihat air putih atau mineral dihidangkan bersama variasi minuman yang berperisa lain.

Tambah Ai Leng, tidak salah meletakkan air putih bersama minuman manis lain kerana setidak-tidaknya ia menunjukkan keprihatinan kita terhadap tetamu untuk memilih mana satu air yang mereka inginkan.


KAMBING panggang memang juadah yang menyelerakan tetapi ia haruslah diambil dalam jumlah yang terkawal terutama bagi pesakit yang menghidap darah tinggi.


Modifikasi makanan

Sememangnya musim perayaan tidak akan lengkap tanpa rendang ayam dan daging. Namun, harus disedari bahawa dalam kelazatan itu, terselit pelbagai bahan yang wajar dielakkan oleh tubuh badan.

Akan tetapi, siapa yang mampu mengelak daripada mencedok rendang ayam ke dalam pinggan untuk dijamah bersama-sama ketupat ataupun lemang? Justeru, saran Ai Leng, proses pengubahsuaian makanan itu perlu dilakukan.

Modifikasi makanan tidak hanya rasional buat individu yang berpenyakit sahaja, malah ia juga sesuai diaplikasikan oleh semua orang yang bercadang mengekalkan pemakanan sihat pada hari raya.

Apa pendekatan yang boleh dijalankan? Antara inisiatif yang dicadangkan ialah dengan membuang kulit ayam yang hendak digunakan dalam masakan.

"Seperti yang diketahui umum, kulit ayam mengandungi kolesterol tinggi dan berpotensi mengundang masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi penghidap darah tinggi," beritahu Ai Leng.

Mengulas isu sama, Chef Eksekutif, Pusat Perubatan Gleneagles Intan Kuala Lumpur, Rezuan Sulaiman memberitahu, pengubahsuaian makanan mampu membuatkan semua orang menikmati juadah Aidilfitri tanpa apa-apa pantang kerana bahan-bahan yang digunakan adalah terpilih.

"Nasi tomato, contohnya, selalunya kita masak menggunakan beras biasa, tetapi bagi mengurangkan kadar karbohidrat, kita boleh gantikannya dengan beras perang.

"Walaupun rasanya sedikit berbeza tetapi kandungan serat yang tinggi dalam beras perang tidak akan membuatkan kita berasa terlampau kenyang seperti yang dialami dengan beras biasa," ujar Rezuan yang telah berkecimpung selama 25 tahun dalam penyediaan makanan hospital.

Rezuan turut mengajak tukang masak atau suri rumah supaya mengubal stail memasak rendang dan mee kari tanpa menggunakan santan. Santan secara prinsipnya mengandungi kolestrol yang tinggi.

Katanya, penggunaan susu rendah lemak untuk penyediaan juadah Aidilfitri lebih praktikal di samping rasanya yang lebih sedap.

"Tetapi mungkin ada segelintir yang tidak yakin dengan rasa masakan yang dihasilkan dengan penggunaan susu rendah lemak dan masih mahu menggunakan santan.

"Sebenarnya, mereka tetap boleh menggunakan santan tetapi perlu dicampurkan dengan susu rendah lemak. Ini bermaksud hidangan itu akan mengandungi separuh santan dan separuh susu rendah lemak," jelas Rezuan lagi.

Menerusi usaha-usaha tersebut, ramai orang dapat menikmati hari raya dengan tubuh badan yang sihat tanpa apa-apa gangguan kesihatan, tambah chef yang berpengalaman itu.

Disiplin diri

Namun, harus diingat bahawa kunci kesihatan itu terletak kepada disiplin diri dalam mengawal kuantiti makanan yang diambil serta cara seseorang itu membakar semula kalori yang diambil.

Jika tidak dikawal, maka terjadilah pelbagai masalah kesihatan seperti cirit-birit, masalah pencernaan akibat makanan tidak hadam, angin dan juga masalah-masalah lebih besar bagi mereka yang mempunyai penyakit sedia ada.

Dalam hal ini, Ai Leng berkongsi cerita: "Pernah terjadi, seorang pesakit yang saya rawat menunjukkan prestasi kesihatan memberangsangkan sepanjang bulan Ramadan hingga dia dibenarkan pulang ke rumah untuk berhari raya bersama keluarga.

"Tetapi sayangnya, dia tidak mampu mengekang nafsu makan sehingga dia terpaksa dimasukkan ke hospital semula dan tahap kesihatannya kembali merosot."

Ai Leng turut memberi amaran kepada pesakit darah tinggi dan gastrik supaya mengelakkan diri daripada menjamah makanan seperti rendang daging, lemang serta makanan terlalu pedas, masam dan berlemak.

Pesakit diabetes pula katanya, perlu berjaga-jaga dengan makanan manis seperti kuih-muih, makanan bergoreng dan minuman berkarbonat yang sememangnya harus dielakkan.

Puasa enam

Fenomena pertambahan berat badan sewaktu sambutan Aidilfitri memang kerap terjadi.

Hal ini sememangnya menjadi igauan lebih-lebih kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, ujar Ai Leng, ia dapat diselesaikan sekiranya seseorang itu bersenam dan kembali berpuasa.

Puasa enam yang disunatkan kepada setiap umat Islam sesungguhnya memberi banyak manfaat.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein, 30, memilih untuk mengekalkan kesihatan tubuh badannya dengan berpuasa enam pada tahun ini.

Walaupun tidak meletakkan apa-apa pantang makan, Elly memberitahu, hari raya pertama merupakan waktu untuk menikmati segala juadah yang ada namun, dalam keadaan terkawal.

"Masuk hari raya kedua, saya akan mula berpuasa enam. Selain untuk mendapat keberkatan pahala pada puasa enam, ia juga dapat mengelakkan berat badan saya naik mendadak.

"Niat berpuasa enam tu biarlah betul, bukan sahaja disebabkan mahukan tubuh badan cantik, tetapi juga untuk beribadah dan mengekalkan kesihatan," ujarnya.

Panduan untuk ibu muda oleh Pet Pet

Posted:

Panduan untuk ibu muda oleh Pet Pet

Panduan untuk ibu muda oleh Pet Pet

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


PET PET mengambil inisiatif untuk berkongsi maklumat mengenai penjagaan bayi dalam kalangan ibu muda.


RASA bahagia, cemas, gelisah, bangga dan letih. Begitulah antara beberapa rentetan rasa yang dialami kebanyakan ibu sewaktu melalui alam keibuan.

Pengalaman itu lebih-lebih lagi dirasai oleh ibu muda yang bukan sahaja terpaksa mengimbangkan antara perubahan emosi dengan perubahan hormon. Bahkan, mereka juga perlu mengetahui gerak hati dan mempunyai pengetahuan tentang hal penjagaan yang terbaik bagi bayi yang baru dilahirkan.

Sejajar dengan usaha Pet Pet untuk memudahkan ibu muda menempuh alam keibuan, jenama lampin bayi baru lahir yang popular di Malaysia itu kini mengadakan bengkel bertajuk Menjawab Kebimbangan Ibu Terhadap Persoalan Bayi Baru Lahir.

Ia dikendalikan oleh Dr. Khoo Phaik Choo, pakar perunding pediatrik yang mempunyai pengalaman lebih daripada 25 tahun dalam bidang pediatrik.

Antara matlamat bengkel itu diadakan adalah untuk mendekati ibu-ibu di Malaysia dan pada masa sama berkongsi petua serta pengetahuan agar golongan itu berupaya menempuh alam keibuan dengan lebih mudah.

"Sebagai produk yang menyentuh kehidupan si ibu dari detik pertama kelahiran, kami rasa ia sangat penting untuk membimbing ibu yang menempuh alam baaru dengan melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran.

"Menjadi ibu adalah suatu tanggungjawab yang besar. Pet Pet berhasrat untuk menjadikan ibu-ibu sebagai kawan sejati agar kehidupan akan menjadi lebih lega, mudah dan selesa," ujar Pengarah Perdagangan Disposable Soft Goods (DSG), Pet-Pet Foo Yoke Mun.

Bayi normal

Phaik Choo berkata, lazimnya, sejak bayi dalam kandungan lagi, terdapat banyak persoalan yang berlegar-legar di benak para ibu.

Antara yang kerap kedengaran ialah persoalan sama ada anak yang dikandung itu normal atau sebaliknya.

Menjawab tanda itu, pakar pediatrik itu memberi idea dan panduan yang boleh membantu.

"Untuk menentukan sama ada bayi baru lahir itu normal atau tidak, bayi perlu menjalani beberapa ujian untuk mengukur kadar denyut jantung, daya pernafasan, tonus otot, iritasi refleks dan warna berdasarkan markah yang dipanggil APGAR pada saat kelahiran bayi.

"Markah 8 hingga 10 adalah normal dan ini menandakan bayi baru lahir itu dalam keadaan sihat," jelasnya.

Ujar beliau lagi, ibu muda seringkali bimbang sama ada bayi mereka mendapat secukupnya susu ibu atau tidak.

"Untuk memastikan keadaan itu, pemberian susu hendaklah dimulakan secepat mungkin selepas kelahiran. Seelok-eloknya ibu hendaklah menyusukan bayi dengan susu ibu sekurang-kurangya lapan hingga 12 kali setiap 24 jam," katanya.

Menambah satu lagi senario kerisauan para ibu, Phaik Choo berkata, bayi yang baru lahir juga kerap membuang air kecil dan air besar.

Bagaimanapun, katanya kekerapan dan konsistensi air kencing dan najis berbeza-beza antara setiap bayi kerana ia bergantung kepada makanan yang diberikan.

Kekerapan bayi menangis

Menyambung topik bengkel, Phaik Choo berkata, bayi baru lahir yang kerap menangis adalah satu perkara lumrah. Dan itu sebenarnya antara elemen yang paling merisaukan oleh ibu-ibu di luar sana.

Dalam hal ini, sememangnya tiada cara untuk merungkai masalah itu kerana bayi menangis sebenarnya adalah satu cara mereka menyampaikan mesej tentang rasa lapar atau ketidakselesaan yang disebabkan oleh kekotoran lampin, kesakitan, ketakutan dan macam-macam lagi.

Ya, cabaran yang paling rumit yang dihadapi ibu adalah untuk mentafsirkan tangisan bayi.

"Jika bayi baru lahir menangis dan fikiran anda buntu serta tidak mengetahui apa yang perlu dibuat, anda dinasihatkan supaya bertenang dan cuba amalkan petua seperti mendakap, gosok lembut atau urut bayi, pegang bayi rapat-rapat pada dada, alihkan perhatiannya atau menyanyi menghiburkan mereka," nasihat beliau lagi.

Sesi demonstrasi mengenai penjagaan kawasan lampin dan penukaran lampin turut diadakan oleh Phaik Choo.

Untuk sesi itu, beliau banyak memberi panduan yang berguna kepada para ibu.

"Pada hari-hari pertama selepas bayi dilahirkan, tali pusat perlulah dijaga dengan baik. Pastikan keadaannya tetap bersih dan kering, ia penting untuk mengelakkan terkena jangkitan.

"Pilihlah lampin bayi baru lahir yang mempunyai rekaan keselesaan khas untuk melindungi pusat bayi yang belum sembuh," katanya.

Pemilihan lampin yang tepat juga harus dilakukan kepada bayi yang disusukan sepenuhnya. Bayi seperti itu lebih kerap mengeluarkan najis yang cair.

"Ibu perlu memastikan bahawa mereka menggunakan jenama lampin yang mempunyai ciri daya serap dan kekeringan yang baik, keselesaan, mudah guna dan tidak akan menyebabkan ruam pada punggung lembut bayi," katanya.

Selain sesi kesedaran yang disampaikan oleh Phaik Choo, Pet Pet turut mengundang Dynas Mokhtar dan bayinya, Khyra Khalyssa dalam bengkel itu.

Kehadiran usahawan dan aktres itu membolehkan pelbagai persoalan termasuk pengalamannya menjaga bayi dilontarkan.

Dynas mengakui bahawa dia berdepan dengan pelbagai kepayahan dan cabaran ketika mula-mula menjaga Khyra.

"Kebimbangan saya yang paling utama adalah mengenai ruam pada lampin. Khyra mempunyai masalah ekzema.

"Kulitnya yang sensitif menyebabkan dia mudah terdedah kepada masalah ruam lampin. Oleh yang demikian, saya memilih lampin yang baik dan sesuai untuknya," kata Dynas.

Tidur mampu menurunkan berat badan

Posted:

Tidur mampu menurunkan berat badan

Tidur mampu menurunkan berat badan

JIKA anda mahu meningkatkan peluang mengurangkan berat badan, turunkan aras stres anda dan dapatkan tidur yang cukup.

Kajian terbaharu Kaiser Permanente menunjukkan orang yang cuba menghilangkan 10 paun berat badan akan lebih mudah mencapai matlamat itu jika mereka tidak tertekan dan tidur lebih enam jam. Bagaimanapun, pastikan tidur itu tidak melebihi lapan jam setiap malam.

Penyelidikan yang turut disiarkan dalam International Journal of Obesity pada 29 Mac lalu secara keseluruhannya melibatkan hampir 500 responden.

Antara yang soalan-soalan yang ditanya meliputi waktu tidur responden, tekanan dan tahap kemurungan.

Waktu menonton televisyen dan skrin komputer yang sering dikaitkan dengan kehilangan berat badan turut diselidiki.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved