Ahad, 28 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ribuan lemang terjual sehari sebelum Syawal

Posted:

Ribuan lemang terjual sehari sebelum Syawal

Ribuan lemang terjual sehari sebelum Syawal

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

LEMANG, ketupat, lontong dan nasi impit adalah antara juadah utama yang sering menjadi menu wajib pada pagi Syawal. Juadah tradisional yang dimakan bersama kuah kacang, rendang, serunding atau sayur lodeh itu kebiasaannya hanya dapat ditemui ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Semua masakan itu dianggap sebagai makanan 'ruji' untuk menyambut ketibaan Syawal.

Kebiasaannya lemang mudah didapati dijual di tepi-tepi jalan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Namun, bagi pengguna Lebuh Raya Pantai Timur, sama ada menuju ke Timur atau Barat, panorama peniaga menjual lemang boleh dilihat setiap hari walaupun bukan pada musim perayaan umat Islam itu.

Jadi, bagi mereka yang teringin menjamah hidangan tradisional ini di luar musim perayaan, kawasan hentian jualan lemang di Kilometer 30 menghala ke Timur dan Hentian Sebelah Gombak di Kilometer 21 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak adalah lokasi yang tepat untuk dikunjungi.

Betapa popularnya kawasan itu hinggakan pihak berwajib meletakkan papan tanda yang tertera 'Gerai Lemang Di Hadapan' sebagai pemberitahuan awal kepada para pemandu.

Azizah Asmara, 45, yang merupakan salah seorang daripada lima peniaga lemang di hentian tersebut memberitahu, operasi menjual lemang dijalankan setiap hari termasuk pada hari-hari bukan musim perayaan.

Menurutnya, sebelum lebuh raya tersebut dibina, dia sudah pun mula berniaga lemang. Ketika itu, lokasi jualan bertempat di tapak lama iaitu berhampiran Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan Gombak sebelum dipindahkan atas faktor keselamatan.

"Lemang-lemang yang dijual ini dimasak sendiri di rumah saya di Batu 6, Gombak Setia. Pada hari biasa, kira-kira 40 batang lemang dapat dijual dalam sehari manakala 100 batang lemang pula mampu dijual pada hujung minggu.

"Tiada lebihan lemang yang dijual semula pada keesokan harinya kerana lazimnya, semua lemang habis dibeli pelanggan," katanya sambil matanya melihat ke arah jalan jika ada pelanggan yang berkereta mahu berhenti dan singgah di gerainya.

Katanya, gerai lemang di hentian tersebut dibuka pada pukul 9 pagi hingga lewat malam setiap hari dan beroperasi 24 jam pada malam raya.

Lazimnya, lebih 1,000 batang lemang dapat dijual sehari sebelum hari raya dan senario tersebut berlanjutan hingga seminggu hari raya berlangsung.


SELAIN lemang, gerai yang diusahakan Azizah turut menjual rendang daging dan ayam, sambal petai, serunding dan juga petai.


"Setiap hari pada pukul 3 pagi, saya dan suami akan bangun untuk bakar lemang yang mengambil masa selama tiga jam. Begitulah rutin setiap hari sebelum mula membuka gerai," katanya.

Elak berkerak

Lemang diperbuat menggunakan beras pulut, santan dan garam tetapi Azizah punya cara tersendiri untuk membakarnya. Menurut Azizah, perkara yang perlu dititikberatkan adalah penjagaan api untuk membakarnya. Suhu yang ideal perlu dijaga rapi bagi mengelakkan lemang jadi hangus dan 'berkerak'.

"Bagi mengelakkan terjadi sedemikian, kami membakarnya menggunakan arang supaya kepanasannya sekata seterusnya lemang akan masak cantik dan boleh tahan sehingga tiga hingga empat hari," ujar pemilik gerai lemang nombor lima itu.

Juadah lemang sememangnya tidak 'sempurna' dinikmati tanpa rendang. Kesemua gerai lemang lebuh raya itu turut menjual pelbagai jenis rendang iaitu rendang ayam, rendang daging, rendang kambing, serunding dan sambal petai yang dijual pada harga antara RM5 hingga RM8 manakala lemang pula dijual RM6 bagi saiz kecil dan RM7 bagi saiz besar.

Namun pada Hari Raya Aidilfitri, Azizah memberitahu harga setiap lemang naik RM1 kerana harga bahan mentah menjelang hari raya meningkat. Sungguhpun begitu, harganya masih berpatutan bagi para penggemar lemang.

Mungkin bagi kebanyakan daripada pelanggan, rasa semua lemang sama sahaja. Namun setiap penjual lemang mempunyai resipi tersendiri sehingga ada pembeli setia yang akan datang di gerai kegemaran masing-masing.

"Lemang akan sedap jika kita lebihkan santannya. Lemang yang dijual di sini sentiasa dipanaskan supaya pembeli dapat menikmatinya dengan lazat.

"Ia perlu dimasak hingga pecah minyak santannya. Jika tidak, lemang akan cepat basi. Ada di antara pelanggan bawa lemang yang saya bakar untuk dijual hingga ke Taiwan, Singapura dan Indonesia," katanya yang memperoleh pendapatan RM300 sehari pada hari biasa hingga ribuan ringgit pada musim perayaan.

Azizah turut menjual variasi lemang dengan rasa tambahan iaitu lemang jagung dan lemang pulut hitam jika ada permintaan. Meskipun istimewa, lemang tersebut tidak boleh disimpan lama berbanding lemang biasa.

Azizah menambah, rahsia kelazatan lemang juga terletak pada penggunaan buluh dan daun pisang yang baharu selain menggunakan santan yang segar.

"Kini, bukan orang Melayu sahaja yang gemarkan lemang. Orang Cina, India malah mat saleh pun turut menggemarinya.

"Selain menjual di sini, saya juga menerima tempahan jika ada pelanggan yang mahu membeli lemang dalam kuantiti yang banyak," katanya sambil memberitahu ada pelanggan yang membentang tikar di belakang gerainya semata-mata mahu menikmati lemang yang masih panas bersama keluarga.

Sama seperti Azizah, pemilik gerai lemang nombor tiga, Rosmah Mohd. Amir, 31, juga sudah berniaga di kawasan itu sebelum lebuh raya tersebut dibuka.

"Pada umur 11 tahun saya sudah mengikut pak cik saya berniaga lemang dan pada ketika itu sebatang lemang berharga RM2.50 sahaja dengan saiz panjang buluh yang tidak seragam.

"Kini, saya dan adik-beradik yang lain mewarisi perniagaan menjual lemang daripada ayah kami," kata Rosmah sambil tangannya cekap mengopek buah petai sementara menunggu kelibat pelanggan.

Bermula subuh

Menurut Rosmah, malam hari dia hanya membasuh buluh dan memasukkan daun di dalam buluh. Seterusnya, beras pulut dan santan diisi selepas waktu subuh.

Selepas subuh iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi, Rosmah dengan adik-adiknya mula sibuk menyediakan lemang untuk dibakar.

"Ketika membakar lemang kita boleh gunakan kayu api atau arang. Kalau guna kayu api, apinya sentiasa perlu dijaga sebaliknya kalau menggunakan arang, penjagaannya senang sikit tetapi tempoh memasaknya pula lebih lama.

"Resipi lemang kami juga berbeza daripada yang lain kerana ia adalah resipi sendiri. Antara bahan tambahan dalam lemang kami adalah bawang merah, bawang putih dan buah keras yang ditumbuk halus," ujarnya.

Anak kedua daripada sepuluh beradik itu memberitahu, lemang yang dijual bukan sahaja mendapat sambutan pada hari raya malah turut menjadi tumpuan pada perayaan Tahun Baru Cina.

Jika musim perayaan, rendang yang dijual Rosmah agak istimewa sedikit kerana ia menggunakan ayam kampung yang dibela sendiri. Tekstur dagingnya lebih lembut dan manis berbanding ayam biasa.

"Sudah menjadi kebiasaan, sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri kami

adik-beradik tidak menang tangan memenuhi permintaan lemang daripada pelanggan.

"Selain menjualnya di sini, ada juga orang datang ke rumah untuk membeli lemang secara borong yang dijual pada RM5 sebatang," katanya sambil memberitahu gerainya ditutup pada hari Rabu atau Selasa tetapi berniaga setiap hari pada hari raya.

Tambah Rosmah, lemang digemari oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira kaum.

"Mat saleh dan warga Jepun juga menyukainya. Mereka boleh makan sebatang lemang seorang yang dicicah dengan gula, susu pekat dan kaya.

"Selain lemang pulut biasa, saya juga menjual lemang pulut hitam, lemang jagung, lemang durian dan lemang kacang soya tetapi ia hanya dibuat andai ada permintaan," jelasnya.

Pelbagai jenis rendang turut dijual di gerainya dengan harga RM5 sahaja selain menjual petai yang dibeli daripada orang Asli.

Promosi lemang kepada pelancong

Posted:

Promosi lemang kepada pelancong

Promosi lemang kepada pelancong

SETIAP hari ribuan kenderaan melalui rentangan lebuh raya yang menghubungkan ibu kota dengan negeri-negeri di Pantai Timur.

Perjalanan yang mengambil masa yang lama menyebabkan ramai pemandu mengambil kesempatan berhenti seketika di kawasan rawat dan rehat yang disediakan untuk mengisi perut, membasahkan tekak ataupun membeli cenderamata.

Seorang pengguna Lebuh Raya Pantai Timur, Shaharuddin Musa, 53, sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Pahang atas urusan kerja.

Kakitangan swasta itu sedia maklum mengenai kewujudan gerai lemang yang beroperasi setiap hari di situ namun dia tidak pernah singgah untuk membeli hidangan tradisional itu.

"Ini kali pertama saya singgah membeli lemang kerana teringin pula nak makan lemang sebelum hari raya.

"Jika rasanya menepati selera saya, pasti setiap kali melalui lebuh raya ini saya akan singgah membelinya," katanya.

Shaharuddin menyifatkan penjualan lemang secara harian itu sedikit sebanyak dapat mempromosikan juadah tradisional. kepada pelancong asing yang singgah berehat di hentian tersebut.

"Mereka yang teringin menikmati juadah wajib hari raya ini juga tidak perlu menunggu sehingga hari raya kerana mereka boleh mendapatkan juadah tersebut di sini. Tidak semua tempat menjual lemang setiap hari," ujarnya.

Hamidon Mohd. Shazali, 31, yang baru pulang dari rumah ibu mertuanya di Gua Musang, Kelantan turut singgah membeli lemang.

Alasannya sama seperti Shaharuddin iaitu dia teringin hendak menjamah lemang yang sinonim dengan kedatangan Syawal yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Hamidon yang berasal dari Grik, Perak memberitahu bahawa dia sendiri tahu cara membuat lemang.

"Oleh kerana proses menyediakannya mengambil masa lama, saya mengambil keputusan untuk beli sahaja untuk merasa lemang di sini sedap atau tidak.

"Jika sedap, saya akan datang lagi dan menguar-uarkan kepada rakan-rakan lain," katanya sambil mencadangkan supaya Kementerian Pelancongan menjadikan Hentian Rehat Gombak Arah Barat sebagai destinasi yang wajib dikunjungi pelancong.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pemborong pertama terima padah jual ayam terlalu mahal

Posted:

Pemborong pertama terima padah jual ayam terlalu mahal

Pemborong pertama terima padah jual ayam terlalu mahal

MOHD. Aruwan melihat ayam yang dijual di Pasar Tani Mega di Kuantan semalam.


KUANTAN – Gara-gara menjual ayam melebihi harga siling yang ditetapkan kerajaan, seorang pemborong ayam dari Bera menerima padah apabila dia didenda RM10,000 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sebelum kesalahan itu dapat dihidu, Pejabat KPDNKK Negeri telah menerima aduan daripada orang ramai dua hari lalu berkaitan harga ayam mahal yang dijual oleh para peniaga ayam di sekitar daerah berkenaan.

Pengarah Pejabat KPDNKK Negeri, Mohd. Aruwan Abd. Aziz berkata, hasil penyiasatan, penjual di situ didapati terpaksa menjual harga tinggi berikutan tindakan pemborong terbabit menjual ayam sehingga RM7.20 sekilogram (kg) berbanding harga siling maksimum pemborong iaitu RM6.35 per kg.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Misi kemanusiaan Gaza berjaya salur RM1.5 juta

Posted:

Misi kemanusiaan Gaza berjaya salur RM1.5 juta

Misi kemanusiaan Gaza berjaya salur RM1.5 juta


KUMPULAN Aqsa Syarif2 yang menyertai Misi Konvoi Kemanusiaan Ramadan di Gaza bergambar kenangan sebaik tiba di KLIA Sepang semalam.


SEPANG – Misi Kemanusiaan Ramadan ke Gaza (AQSA2GAZA2) 2011 siri kedua anjuran badan bukan kerajaan Aqsa Syarif berjaya mencapai matlamat untuk menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM1.5 juta kepada penduduk Palestin.

Konvoi yang terdiri daripada 11 aktivis itu berlepas pada 21 Ogos lalu diketuai Prof. Madya Mohd. Zin Kandar (gambar) dan mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Mohd. Zin berkata, sumbangan itu disalurkan menerusi empat sektor iaitu perubatan, pendidikan, makanan dan kesihatan.

"Misi ini juga bertujuan untuk meninjau beberapa projek yang telah dipersetujui menerusi misi yang pertama pada tahun lepas," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

17 terkorban pada hari kelima Ops Sikap ke-24

Posted:

17 terkorban pada hari kelima Ops Sikap ke-24

17 terkorban pada hari kelima Ops Sikap ke-24

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my


KEADAAN trafik yang tidak sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh memudahkan orang pulang berhari raya semalam.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 17 orang maut dalam nahas jalan raya pada hari kelima Ops Sikap ke-24 pada Sabtu lalu.

Jumlah itu berkurangan berbanding 24 kematian yang dicatatkan pada hari keempat operasi itu walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di jalan-jalan utama di seluruh negara.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Terima kasih KOAM’

Posted:

'Terima kasih KOAM'

'Terima kasih KOAM'

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

NORASEELA akan kembali mendapat bimbingan Henni Kriel apabila menjalani latihan di Afrika Selatan.


KEPUTUSAN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) yang mahu menghantar Noraseela Khalid menjalani latihan di Afrika Selatan disambut baik oleh atlet 400 meter lari berpagar wanita negara.

Bukan sahaja dapat menjalani latihan, malah Noraseela juga akan kembali mendapat khidmat bimbingan jurulatihnya sebelum ini, Henni Kriel seperti mana ketika dia berada di Afrika Selatan tahun lalu.

Bagi Noraseela, KOAM telah melakukan satu keputusan yang bijak dengan menghantarnya ke Afrika Selatan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan.

"Memang saya gembira selepas mendapat tahu KOAM akan menghantar saya menjalani latihan di Afrika Selatan dan ia merupakan satu keputusan yang bijak.

"Apa yang lebih penting adalah saya kembali bersama dengan jurulatih saya sebelum ini Kreil.

"Selepas pulang ke Malaysia pada Jun tahun lalu, saya sudah tidak mendapat bimbingan daripada mana-mana jurulatih dan hanya berhubung dengan Kriel menerusi emel sahaja. Ia ternyata yang sukar untuk saya.

"Jadi... peluang menjalani latihan semula di Afrika Selatan kali ini akan saya gunakan sebaik-baiknya dalam usaha mempersiapkan diri sebelum menyerti Sukan SEA nanti," kata Noraseela.

Sebelum ini, Noraseela meluahkan kekecewaannya selepas terpaksa menjalani latihan secara bersendirian sejak pulang ke Malaysia dari Afrika Selatan pada Jun tahun lalu.

Malah, atlet berusia 32 tahun itu turut mengakui bahawa ia merupakan salah satu faktor utama mengapa dia gagal menyerlah pada Kejohanan Olahraga Trek dan Balapan Asia (ATF) 2011 di Kobe, Jepun pada Julai lalu.

Turut bersama Noraseela ke Afrika Selatan ialah tiga lagi atlet yang turut layak ke Sukan SEA iaitu dua atlet 400 meter lari berpagar lelaki, Mohd. Firdaus Masalan dan Mohd. Baihaqi Razlan serta Rayzam Syah Wan Sofian (110 meter lari berpagar lelaki).

Ditanya mengenai sasarannya pada Sukan SEA nanti, Noraseela menjawab: "Sudah pasti saya mahu mempertahankan pingat emas yang saya menangi di Loas pada 2009.

"Maltamat utama saya adalah memenangi pingat emas. Bagi saya itu adalah lebih penting jika dibandingkan dengan catatan masa yang akan saya rekodkan nanti.

"Sukan SEA bukanlah satu temasya yang besar malah atlet pun tidak ramai yang mengambil dalam acara saya ini.

"Jadi memenangi pingat emas sudah cukup memberi kepuasan dalam diri saya," ujar Noraseela yang memiliki catatan peribadi terbaik 56.02 saat.

Sebagai rekod, Noraseela berjaya memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Loas selepas mencatat masa 56.9 saat.

Villas-Boas balas ‘serangan’ Lambert

Posted:

Villas-Boas balas 'serangan' Lambert

Villas-Boas balas 'serangan' Lambert


VILLAS-BOAS mempertahan tindakan pegawainya pada aksi Liga Perdana England menentang Norwich City di Stamford Bridge kelmarin.


LONDON – Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas membalas kenyataan Paul Lambert selepas pengendali Norwich City itu mendakwa skuad kendaliannya sebagai 'kurang ajar'.

Lambert hilang pertimbangan setelah mendakwa jurulatih kecergasan Chelsea, Jose Mario Rocha menyerang kawasan teknikal pasukannya ketika Norwich tewas 1-3 kepada Chelsea di Stamford Bridge malam kelmarin.

Dakwa Lambert, Villas-Boas telah gagal mengawal para pegawainya sehingga membiarkan Rocha memasuki kawasan Norwich.

Namun Villas-Boas bingkas menafikannya sambil menyatakan kepada Lambert bahawa beliau tidak dapat mengawal situasi tekanan ketika itu.

"Saya tahu Lambert turut teruja bukan hanya dengan insiden itu. Ia sesuatu yang sukar untuk mengawal emosi ketika berada di bangku simpanan.

"Tapi saya beranggapan ia sesuatu yang sangat pelik jika dia mengatakan bahawa pegawai pasukan saya tidak menghormati pasukan lawan.

"Mungkin dia hanya mahu menunjukkan emosinya ketika itu, tetapi jika Lambert tidak dapat menerimanya, saya minta maaf," kata Villas-Boas.

Terdahulu, Lambert memberitahu bahawa dia begitu berang dengan tindakan Rocha itu.

"Saya tak tahu siapakah dia (Rocha), tetapi secara tiba-tiba dia masuk ke kawasan kami.

"Saya tak biasa dengan suasana di Portugal tetapi jika dia memahami adat kami orang Scotland, pasti dia akan tahu apa yang saya maksudkan.

"Dia tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian kerana ia umpama tidak menghormati lawan," jelas Lambert.

Pada perlawanan tersebut, jaringan Frank Lampard dan Juan Mata memastikan tiga mata penuh milik Chelsea.

Sebelum itu, Grant Holt berjaya memadam gol pendahuluan Chelsea menerusi Jose Bosingwa. – Agensi

Liverpool tunjuk taring sebenar

Posted:

Liverpool tunjuk taring sebenar

Liverpool tunjuk taring sebenar


HENDERSON (dua dari kanan) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan sepasukannya selepas meledak gol pertama Liverpool ketika menentang Bolton di Anfield kelmarin.


LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish tampil memuji barisan pemainnya selepas cemerlang membenam Bolton Wanderers 3-1 di Anfield awal pagi semalam.

Jaringan Jordan Henderson, Martin Skrtel dan Charlie Adam memastikan Liverpool merampas seketika tangga teratas Liga Perdana England.

Bolton pula berjaya memperoleh gol saguhati menerusi Ivan Klasnic pada masa kecederaan.

"Ia suasana yang seronok untuk dilihat. Kami memperolehi keputusan ini kerana kami telah berkerja keras, beraksi sebagai satu pasukan dan masing-masing melaksanakan tanggungjawab.

"Bolos satu gol pada 40 saat terakhir mungkin sedikit mengecewakan, tetapi para pemain telah memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan," kata Dalglish.

Biarpun tidak meledak gol pada perlawanan tersebut, penyerang utama Liverpool, Luis Suarez tetap mendapat pujian daripada rakan-rakan sepasukannya.

"Pergerakannya cukup pintar. Dia sentiasa bergerak dan menyelinap daripada belakang pemain lawan.

"Dia akan sentiasa memberikan mimpi ngeri kepada pemain pertahanan lawan," kata pemain tengah Liverpool, Henderson.

Seorang lagi pemain tengah Liverpool, Stewart Downing pula berkata: "Kami semua tahu yang dia (Suarez) merupakan seorang pemain yang cukup hebat."

"Dia mampu mencipta gerakan dan turut melakukan jaringan.

"Dia telah mengharungi musim panas dengan aksi yang padat tetapi ia langsung tidak menjejaskan prestasinya."

Liverpool kini mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan liga yang telah diharungi.

– Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Kisah raya Azura, Aida dan Diyana

Posted:

Kisah raya Azura, Aida dan Diyana

Kisah raya Azura, Aida dan Diyana

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my

BERGELAR usahawan pada usia muda sememangnya impian Azura Mazaruddin, 27, apatah lagi impian merealisasikan butik Azura Couture tercapai seiring pendakiannya untuk menjadi salah seorang pereka fesyen ternama di Malaysia.

Tahun ini, Aidilfitri lebih bermakna buat Azura kerana 2011 menjadi tahun pertama Azura Couture memulakan perniagaan pakej perkahwinan selepas berpindah butik ke Jalan Negara, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Sebelum ini Azura Couture berlokasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Mengakui Ramadan tahun ini amat memenatkan, Azura memberitahu, penat lelahnya berbaloi saat perniagaan hasil usaha kerasnya selama ini semakin berkembang maju.

"Ramadan kali ini saya jarang dapat bersosial bersama teman-teman kerana kekangan waktu akibat kesibukan bekerja terutama pada hari Jumaat dan hujung minggu.

"Ketika inilah pelanggan paling ramai datang ke butik dan perjumpaan dengan klien-klien disusun. Masa saya banyak dihabiskan di butik dan saya dapat berehat pada hari Isnin sahaja. Itu pun jika tidak ada sebarang perjumpaan dengan klien," katanya.

Azura memberitahu, dia juga sibuk menguruskan kelengkapan perkahwinan adiknya yang bakal berlangsung pada hari raya keenam.

"Sebagai perancang perkahwinan untuk adik, saya tidak menang tangan menguruskan majlis perkahwinan, tempahan baju raya serta baju pengantin untuk klien lain yang sudah menempah awal.

"Walaupun agak gementar tetapi saya sentiasa memastikan perjalanan aktiviti saya mengikut jadual yang telah disusun supaya dapat memuaskan hati semua pihak," katanya.

Begitupun, kesibukan bukan alasan buat Azura untuk membiarkan Ramadan berlalu begitu sahaja tanpa pengisian terutama menjalankan ibadah tarawih dan berkumpul bersama keluarga untuk berbuka puasa.

"Di Kuala Lumpur saya tinggal seorang diri, jadi saya akan pastikan saya pulang ke rumah ibu bapa yang terletak di Banting sekurang-kurangnya seminggu sekali.

"Jika berbuka di sini, saya selalunya tidak memilih juadah kerana seringkali hanya sempat menjamah kurma dan minum air sahaja untuk berbuka kerana terlalu sibuk," katanya.

Tambah Azura, Ramadan tidak bermakna jika tidak dapat menunaikan solat tarawih.

"Jika berkesempatan, saya akan menunaikan solat tarawih di masjid Taman Melawati dan sesudah itu saya akan bermain badminton di Sports Planet, Ampang bersama kawan-kawan.


DARI kiri: Azura, Diyana dan Aida sedang membina nama dalam bidang fesyen dan kecantikan.


Lebaran yang bahagia

"Walaupun berada pada bulan puasa, saya tidak jadikan ia alasan untuk tidak beriadah kerana saya mempunyai kecenderungan untuk naik berat badan lebih-lebih lagi sekiranya bersahur dan berbuka dengan masakan emak," katanya.

Bagi jurusolek, Razida Ahmad Senusi, 31 pula, Ramadan dan Aidilfitri tahun ini paling bermakna buatnya kerana kali ini dia dapat beraya berdua bersama anak kecilnya, Insyira yang berusia dua tahun.

"Walaupun tahun ini tahun pertama saya beraya dengan memegang status ibu tunggal tetapi saya sangat bahagia kerana dapat keluar daripada sebuah perkahwinan yang menyedihkan.

"Anak saya juga sudah pandai berlari berbanding Ramadan tahun lalu kerana ketika itu dia masih belum pandai berjalan," katanya yang bakal menyambut Aidilfitri bersama ibu angkatnya di Kuantan, Pahang.

Anak jati Batu Kurau itu memberitahu, kegembiraan berbuka puasa adalah momen yang tidak dapat dilupakan saat melihat gelagat si kecil yang turut sibuk di meja makan.

"Apabila waktu berbuka sudah dekat, dialah yang paling sibuk dan akan duduk di meja makan sebelum orang lain," katanya.

Tidak seperti wanita bekerjaya lain, Aida memperlahankan kerjayanya sepanjang Ramadan untuk memberi lebih tumpuan kepada anak tunggalnya.

"Sepanjang bulan Ramadan, saya hanya mengambil dua tempahan sehari dan bercuti pada hari Sabtu dan Ahad kerana tidak mahu pulang terlalu lewat ke rumah dan ada lebih banyak masa untuk berehat.

"Tambahan pula, saya masih mengajar di sebuah kolej di Melaka sebagai pensyarah kecantikan yang saya hadiri seminggu sekali pada setiap hari Khamis," katanya.

Bercerita mengenai persiapan Aidilfitri pula, katanya, dia tidak kisah mengenai pakaian raya tetapi mengaku teruja membeli-belah kelengkapan raya untuk anak kecilnya itu.

"Saya asyik membeli baju raya untuk anak sampai baju raya sendiri pun saya tidak sempat membelinya," katanya.

Tahun pertama bekerja

Dalam pada itu, dunia fesyen ternyata masih baru buat Ili Diyana Azmi, 23, kerana dia baru sahaja tiga bulan bergelar perunding imej dengan Media Prima selepas menamatkan pengajian dalam bidang fesyen di Universiti Lim Kok Wing.

Tetapi, pengalaman pertama itu amat bermakna buatnya kerana berpeluang menggayakan hos-hos program televisyen seperti rancangan Nasi Lemak Kopi O, Bersamamu dan Berita NTV7.

"Walaupun rakan-rakan seperjuangan ada yang berkecimpung secara serius dalam rekaan fesyen, saya jadikan pengalaman ini sebagai titik mula untuk saya mempelajari dengan lebih mendalam mengenai persekitaran bidang ini.

"Walaupun bukanlah rekaan sendiri, saya seronok melihat baju-baju dan busana yang saya pilih dipakai hos-hos dan selebriti televisyen setiap kali rancangan berkenaan ditayangkan di televisyen," katanya.

Diyana memberitahu, walaupun dia terpaksa bekerja semasa Aidilfitri, dia tidak mengeluh kerana dia telah membuat pilihan terbaik dengan memilih bidang yang digemari itu sebagai kerjaya.

"Pengalaman pertama bekerja memang memenatkan apatah lagi, saya bekerja mengikut syif dan setiap hari bekerja melebihi 12 jam. Tetapi kerja ini menyeronokkan walaupun penat.

"Disebabkan kerjaya ini juga, saya belajar berbuka puasa secara ala kadar terutama apabila perlu bersedia untuk paparan berita pukul 8 malam," katanya.

Katanya lagi, tahun pertama bekerja turut mengajarnya mengenai fasa baru kehidupan apabila dia tidak dapat lagi bersuka ria bersama kawan-kawan seperti ketika pada zaman universiti.

"Rakan-rakan saya kini adalah rakan sepejabat dan kami selalunya bersahur dan berbuka bersama di pejabat sahaja akibat kekangan masa.

"Sepanjang Ramadan ini, walaupun tinggal bersama keluarga di Bangi saya hanya sempat berbuka bersama mereka tiga kali," katanya.

Tambah Diyana, sebagai pekerja baru, dia perlu cepat belajar dan menerima persekitaran baru dan rakan-rakan baru di pejabat.

"Sebagai pekerja baru, sudah tentu banyak kritikan yang saya dapat, tetapi saya tidak menyesal memilih bidang ini kerana minat yang mendalam.

"Justeru, saya mengambil setiap kritikan secara positif dan memperbaiki setiap kekurangan yang ada untuk lebih maju," katanya yang turut menjalankan perniagaan dalam talian di laman web shop-thefashionandi.blogspot.com.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Nikmat merdeka seorang pejuang

Posted:

Nikmat merdeka seorang pejuang

Nikmat merdeka seorang pejuang

Oleh WAN SHAHARA
AHMAD GHAZALI

Ismail menunjukkan gambar kenangan beliau menjadi satu-satunya wakil dari Malaya ketika itu yang mewakili pasukan England dalam sukan hoki semasa beliau menjalani kursus senjata di Hampshire.


KEMERDEKAAN bukan sahaja bermakna negara bebas daripada penjajahan tetapi juga mencetuskan transformasi mengagumkan bagi negara.

Bagi Ismail Chemenggun, 72, beliau berasa bangga untuk menjelaskan pengertian nikmat Merdeka dari kaca mata seorang bekas askar.

Ismail menjemput penulis ke rumah yang didiami beliau sekeluarga sejak berpindah ke Batu Arang, Selangor pada tahun 1970.

Pekan Batu Arang itu sendiri, jelas Ismail, melalui transformasi daripada sebuah penempatan luar bandar kepada penempatan pinggir bandar. Beliau sempat menunjukkan gambar lama setiap kali menyiapkan ubahsuai rumah yang dilakukan sendiri dengan tulang empat kederatnya dan tetap mengekalkan gabungan warna biru, kuning dan merah iaitu warna kor Kejuruteraan Elektrikal dan Mekanikal Diraja (REME).

Warna itu mempunyai makna mendalam kerana beliau mahu sentiasa ingat betapa tingginya semangat muda beliau seawal usia 16 tahun sebagai askar British Malaya bersama REME.

Empat rakannya yang pernah sama-sama berkhidmat semasa di sekolah tentera Army Boys Trade dan REME di Singapura turut datang memberi sokongan moral pada sesi temu bual itu.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Ismail membuka bicara dengan menceritakan pelbagai cabaran yang dihadapi sebelum merdeka, khususnya pada zaman Perang Dunia Kedua (1941-45) dan darurat ekoran ancaman Komunis (1948-60).

"Rakyat terpaksa hidup dalam keadaan huru-hara dengan keadaan ekonomi yang teruk, tiada kemudahan sekolah dan klinik, jika adapun terlalu jauh dan tidak ramai yang mampu," luah beliau.

Sistem jalan raya, komunikasi dan pengangkutan pun sangat teruk, contohnya jika perlu ke Singapura dari Kuala Lumpur, rakyat terpaksa bergantung kepada perkhidmatan kereta api yang mengambil masa sekurang-kurangnya 16 jam.

"Itupun kalau tak rosak tengah jalan," sahut rakan-rakannya.

Ismail menggambarkan bahawa keperluan asas untuk rakyat biasa, seperti elektrik, bekalan gas dan air masih belum wujud, sebaliknya perlu bergantung kepada perigi yang digali sendiri, kayu yang ditebang sendiri dari hutan untuk memasak dan pelita minyak tanah bagi menerangi kegelapan.

Lebih menakutkan, rakyat bukan setakat miskin dengan makanan yang terhad, malah hidup dalam ketakutan bimbang disergah penjahat atau diserang musuh.


Gambar Ismail yang segak berpakaian seragam askar British Malaya.


Azam pemimpin

Tetapi berkat usaha para pemimpin kemerdekaan bermula dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar pada tahun 1946 menerusi UMNO, dan diikuti oleh usaha Tunku Abdul Rahman Putra serta yang lain, Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 secara aman, diikuti dengan gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam gagasan Malaysia pada 16 September 1963.

"Tetapi, negara ditimpa malang lagi apabila diganggu-gugat oleh dua peristiwa utama iaitu konfrontasi Indonesia pada 1962-66 dan rusuhan kaum 13 Mei 1969. Namun, dengan kebijaksanaan para pemimpin negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai usaha dilakukan supaya rakyat kembali hidup dalam keadaan harmoni dan muhibah," ulas beliau dengan panjang lebar.

Apapun, Ismail meletakkan harapan besar kepada generasi muda dan akan datang supaya peristiwa hitam seperti konfrontasi dan rusuhan berkenaan tidak lagi berulang di Malaysia, sebaliknya perasaan muhibah dan sepakat perlu sentiasa disemarakkan.

Usaha yang dilakukan, terang Ismail, termasuk rangkaian ceramah untuk menyampaikan maklumat dan penjelasan kerajaan terhadap situasi terkini, memperbanyakkan kawalan keselamatan, penempatan rakyat disusun semula, mewujudkan banyak kampung baru untuk keselamatan masyarakat dan melemahkan pengaruh Komunis.

Di samping itu, banyak nama khas yang berunsurkan penjajah telah digantikan dengan nama yang berjiwa kebangsaan seperti nama tokoh negara atau perkataan yang lebih patriotik termasuk nama bandar, sekolah, hospital, pelabuhan, bangunan, jalan raya dan destinasi bersejarah.

Kerajaan juga, katanya, mewujudkan pelbagai dasar dan kuota yang lebih adil dan saksama untuk menjaga masa depan keharmonian pelbagai kaum.

Akhirnya, kemajuan dapat dinikmati bersama apabila negara cukup aman dan kukuh sehingga mampu menarik pelabur dan pelancong luar negara, jelas Ismail yang turut gembira apabila kekuatan ekonomi membolehkan lebih banyak kemudahan asas, sekolah, hospital, jalan raya dan sebagainya dibina untuk rakyat.

"Rakyat lebih gembira, sihat, mampu mendapatkan peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih sempurna, selain dapat melakukan aktiviti sosial seperti bersukan dan berhibur. Inilah bukti nikmat kemajuan," jelas Ismail dengan penuh syukur.

Tetapi, beliau kecewa kerana generasi yang lahir selepas merdeka mudah pula terjerumus dengan pelbagai masalah sosial dan akhlak menyebabkan beliau berasa bimbang.

Berkorban demi anak

"Orang lain mungkin merasakan saya terlepas peluang kerana tidak mengambil tawaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas tamat perkhidmatan dengan pasukan tentera Komanwel British, tetapi masa itu saya baru berkeluarga dan tidak pasti keadaan masa depan keluarga jika bersama ATM yang biasanya perlu berpindah mengikut kenaikan pangkat.

"Masa itu, saya telah berkhidmat untuk negara selama 15 tahun, jika perlu tambah lagi 12 tahun berpindah-randah sebagai askar, bagaimana pula nasib dan pendidikan anak-anak yang masih kecil," katanya.

Keputusan beliau untuk menetap di Batu Arang yang merupakan lokasi kilang peluru Syarikat Malaysia Explosives (MALEX) yang baru ditubuhkan sebelum pasukan British Malaya dibubarkan banyak membantu beliau menstabilkan keluarga dan membolehkan enam anak dan 22 cucunya berjaya dalam pelajaran dan melahirkan profesional dalam pelbagai bidang. – Bernama

Menghargai sumbangan askar veteran

Posted:

Menghargai sumbangan askar veteran

Menghargai sumbangan askar veteran


ISMAIL (tengah) menunjukkan sijil tamat perkhidmatan tentera dan sijil pengiktirafan kepakaran senjata sambil diapit oleh rakan-rakan seperjuangan (dari kiri) Tayeb, Abd. Rahman, Osman dan Amirdat Khan.


ISMAIL CHEMENGGUN tidak menafikan semasa mula beliau tinggal di Batu Arang sekitar tahun 1969 banyak cabaran yang perlu ditangani.

Ketika itu, sistem penempatan Batu Arang belum tersusun seperti sekarang dan ramai daripada komuniti asal yang kebanyakannya bukan Bumiputera kurang senang dengan kedatangan bekas askar seperti beliau.

Tetapi berkat usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika itu, Batu Arang menjadi sangat makmur sebagai sebuah masyarakat majmuk yang hidup dalam harmoni hingga kini meskipun tidaklah semewah kehidupan moden di bandar.

"Istimewanya di Batu Arang, terutama semasa zaman generasi saya masih muda ialah muafakat antara kaum amat ketara. Semua orang saling memahami, amat mesra dan membantu antara satu sama lain," imbau Ismail sambil berseloroh generasi muda kini tidak boleh menandingi generasinya meskipun dengan pelbagai kempen 1Malaysia kini.

Tapi sayangnya, beliau menyedari kemuafakatan itu telah mula pudar dan lebih mengecewakan lagi apabila generasi tua sepertinya dapat melihat keretakan dalaman yang makin jelas dalam kelompok satu-satu kaum.

Kini, Ismail hanya mampu mengimbau kenangan suka duka sejarah hidupnya, menabur jasa dan bakti demi masa depan agama, negara dan anak bangsa.

Daripada lebih 20 orang rakan-rakan seperjuangan ketika zaman British Malaya yang menetap di Batu Arang, hanya tinggal lima orang yang terus meniti usia senja termasuk Ismail.

Rakan yang lain seperti Osman Ngah Mamat, 75, Tayeb Abdul Malek, 72, Amirdat Khan Zardat Khan, 69, dan Abdul Rahman Atan, 67, turut berasal daripada pasukan REME dan mula menetap di Batu Arang selepas tahun 1972.

Sebenarnya, mereka amat menghargai pengiktirafan Veteran Malaysia yang diberi kerajaan baru-baru ini yang membolehkan mereka mendapat kemudahan kesihatan yang sama dengan pesara ATM.

Tetapi mereka juga sedar baki hayat umur mereka tidaklah begitu lama lagi, dan mereka masih menanti bilakah kerajaan dapat memutuskan memberi sumbangan berbentuk pencen yang sesuai dengan kos hidup masa kini bagi membantu mereka menjalani saki-baki hidup dengan baik. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pemberontak Libya kepung bandar kelahiran Gaddafi

Posted:

Pemberontak Libya kepung bandar kelahiran Gaddafi

Pemberontak Libya kepung bandar kelahiran Gaddafi

BEBERAPA pejuang pemberontak menangkap seorang askar Gaddafi ketika operasi mencari pemimpin Libya itu di Tripoli kelmarin.


TRIPOLI - Pemberontak Libya menawan pos kawalan Ras Jdir di kawasan sempadan dengan Tunisia dalam usaha menutup laluan keluar yang boleh digunakan Muammar Gaddafi untuk meninggalkan negara ini.

Lokasi persembunyian Gaddafi masih menjadi misteri tetapi pemberontak percaya pemimpin berusia 69 tahun itu masih berada di Libya.

Beliau sebelum ini bersumpah akan "berjuang sehingga syahid" dan tidak akan sekali-kali meninggalkan tanah airnya.

Namun, pemberontak yang tidak mahu menanggung risiko Gaddafi meloloskan dirinya dari negara ini bertindak menawan pos sempadan Ras Jdir lewat kelmarin.

Seorang pegawai Tunisia berkata, beberapa askar yang menyokong Gaddafi cabut lari selepas melihat lebih 100 pejuang pemberontak menuju ke pos kawalan itu.

"Tiada pertempuran dalam erti kata sebenar berlaku, askar-askar Gaddafi melarikan diri dan pemberontak menaikkan bendera mereka di pos kawalan tersebut," katanya.

Ketika pemberontak menutup laluan yang berpotensi digunakan oleh Gaddafi, agensi berita rasmi Mesir, MENA pula memetik sumber pemberontak memberitahu satu konvoi mengandungi enam kereta berperisai yang mungkin membawa pemimpin berusia 69 tahun itu telah melintasi sempadan Libya dan memasuki Algeria.

Sumber berkenaan menyatakan, deretan yang terdiri daripada enam kereta Mercedes itu diiringi askar-askar pro-Gaddafi sehingga kenderaan-kenderaan tersebut memasuki bandar Ghadames di Algeria.

Pihak pemberontak tidak dapat mengejar konvoi berkenaan kerana kekurangan peluru dan peralatan.

"Kami fikir kenderaan-kenderaan itu membawa pegawai kanan Libya, mungkin Gaddafi dan anak-anak lelakinya," kata sumber sama.

Algeria kelmarin menegaskan bahawa negara itu tetap tidak mengiktiraf kepimpinan pemberontak iaitu Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya.

Algeria sebaliknya akan terus mengekalkan dasar neutral yang menjadi pegangan negara itu sejak konflik di Libya tercetus pada pertengahan Februari lalu.

Pendirian tersebut senada dengan polisi Kesatuan Afrika (AU) yang turut enggan mengiktiraf NTC.

Sementara itu, tiada tanda-tanda perang di Libya akan tamat dalam masa terdekat.

Menolak rundingan damai dengan Gaddafi, NTC menegaskan bahawa perang di Libya tidak akan berakhir sehingga Gaddafi ditangkap sama ada hidup atau mati.

Pada lewat kelmarin, NTC menghantar pejuang-pejuangnya untuk menggempur bandar kelahiran Gaddafi, Sirte yang terletak sekitar 450 kilometer ke timur ibu kota Libya.

Beberapa pemimpin NTC berkata, Sirte perlu ditawan kerana mereka percaya Gaddafi kini bersembunyi di bandar itu dengan dilindungi oleh ketua-ketua puak bersenjata.

"Namun, kami tidak pasti seratus peratus," kata seorang pegawai pemberontak.

Menjelang kepungan pemberontak ke atas Sirte, jet-jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meningkatkan tekanan terhadap tentera Gaddafi di bandar berkenaan dengan mengebom 15 kenderaan tentera dan empat sasaran darat sejak kelmarin termasuk sebuah kubu bawah tanah.

Pejuang-pejuang pemberontak kini mara ke barat Libya dan bertempur di beberapa buah bandar termasuk Rass Al Jadeer, Regdalen, Aljamil dan Alagelat dalam usaha membebaskan seluruh negara itu daripada cengkaman tentera Gaddafi.

Pada masa yang sama, NTC sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah pemerintahan pusat di sini bagi menyeragamkan operasi memburu Gaddafi.

Kepimpinan NTC menyatakan Tripoli kini bebas daripada tentera Gaddafi.

Seorang pegawai NTC, Ali Tarhuni berkata, ketua mereka, Mustafa Abdel Jalil akan tiba di sini selepas keadaan keselamatan bandar raya ini benar-benar terjamin.

Setakat ini sebanyak 57 negara, kebanyakannya negara Barat, telah mengiktiraf NTC sebagai pemerintah Libya yang sah.

Rakyat Libya bangkit menentang kepimpinan Gaddafi pada pertengahan Februari lalu kerana menuntut pembaharuan demokrasi dan ekonomi.

Pada Apri lalu, NATO mula melancarkan serangan udara di Libya bagi menguatkuasakan zon larangan terbang untuk menghalang rakyat biasa daripada menjadi mangsa keganasan tentera Gaddafi. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pengawal keselamatan maut akibat ditikam

Posted:

Pengawal keselamatan maut akibat ditikam

Pengawal keselamatan maut akibat ditikam

28/08/2011 5:29pm

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan maut akibat ditikam dalam satu kejadian pecah kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jinjang di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, kejadian kira-kira 3.15 pagi itu bermula apabila mangsa Shariff Din, 47, menghalang dua lelaki daripada memecah sebuah kereta proton Iswara milik rakan mangsa.

"Sebelum itu, isteri mangsa ternampak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta dari tingkat lapan rumah mereka, dan meminta mangsa turun memeriksa keadaan di situ.

"Mangsa turun ke kawasan parkir dan ternampak seorang lelaki cuba mengumpil sebuah kereta sebelum cuba menangkap seorang daripada suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zakaria berkata, ekoran itu, mangsa ditikam dipercayai menggunakan pisau oleh rakan suspek (suspek kedua).

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tulang rusuk kiri dan bahagian belakang badan, manakala kedua-dua suspek lari dan meninggalkan motosikal yang dinaiki mereka di tempat kejadian," kata Zakaria. – Bernama

Raja Puan Muda Perlis Pro Canselor Unimap

Posted:

Raja Puan Muda Perlis Pro Canselor Unimap

Raja Puan Muda Perlis Pro Canselor Unimap

28/08/2011 3:47pm

KANGAR – Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Menurut kenyataan Unimap hari ini, pelantikan itu akan berkuat kuasa selama lima tahun mulai 13 Disember 2011 sehingga 12 Disember 2016.

Pelantikan baru itu berkuat kuasa mulai Disember kerana pada masa ini, baginda masih memegang jawatan Pro Canselor universiti itu dan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Disember ini.

Pelantikan semula itu dilaksanakan atas cadangan Senat Universiti dan diperakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu, Naib Canselor Unimap, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor Unimap. – Bernama

Polis Kelantan, Thai tingkat kawal sempadan

Posted:

Polis Kelantan, Thai tingkat kawal sempadan

Polis Kelantan, Thai tingkat kawal sempadan

28/08/2011 3:44pm

KOTA BHARU – Polis Kelantan meningkatkan kerjasama dengan polis Thailand bagi mengawal kawasan sempadan dalam usaha membendung kegiatan jenayah dan penyeludupan termasuk mercun sepanjang musim perayaan ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, menjelang Aidilfitri tahun ini, sebanyak 40 orang di negeri ini telah ditangkap kerana menjual dan memiliki mercun yang merupakan barang larangan.

Seramai tujuh orang dilaporkan cedera akibat bermain mercun di negeri ini setakat ini, katanya kepada pemberita ketika melawat dua anggota polis yang sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini hari ini.

Jalaluddin berkata, polis negeri turut menubuhkan pasukan khas pemantauan dan penyiasatan bagi membendung kegiatan penyeludupan dan penjualan mercun yang aktif pada musim perayaan.

Beliau turut memuji semua pihak yang memberikan kerjasama dengan melaporkan mengenai penjualan mercun kepada pihak polis untuk tindakan. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ekspresi raya Remy, Khairy

Posted:

Ekspresi raya Remy, Khairy

Ekspresi raya Remy, Khairy

DUA figura daripada gelanggang berbeza, Remy Ishak dan Khairy Jamaluddin sebenarnya jauh berbeza sejak karier mereka bermula. Seorang pelaku dari gelanggang seni, seorang lagi ahli pencak di gelanggang politik, namun atas satu lintasan persamaan, wajah aktor Melayu jati serta pengemudi pemuda negara itu berjaya diterkam dalam warna dan nada yang bercantum likat.

Larut dan terpisah seketika dari variasi rutin seharian, secara rasminya, mereka bertemu mata dan berjabat salam buat pertama kalinya di sini, di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur (KL). Mengambil kira bisik orang, konon-kononnya Remy dan Khairy seakan seiras, sengaja paparan eksklusif ini Sensasi Bintang dihidangkan.

Indahnya, ia bukan sekadar drama tapi silaturahim antara Remy dan Khairy itu cepat terbentuk. Mereka bersembang tentang bola sepak, tentang rutin yang harus ditempuh. Borak-borak kosong orang lelaki.

Spontan kata Khairy, kalau dia bergelar artis, dia bukan jenis yang boleh berdepan bermacam kisah sensasi. Sengaja kami menyatakan bahawa para selebriti hanya dijentik manja dalam sensasi mereka. Terkejut seketika, Khairy menambah dalam jenaka:

"Kalau itu namanya jentik, memang saya tak sanggup jadi artis."

Bersambung cerita tentang iras muka yang bukan kali ini sampai di telinga mereka, Khairy melontar ramah:

"Rasanya sejak setahun lepas lagi, ada orang beritahu kononnya muka saya macam Remy Ishak. Ada juga yang SMS memberitahu perkara yang sama. Kalau kami dikatakan adik-beradik, Remy adalah 'the handsome brother'."

Mengakui ada mengikuti perkembangan dunia hiburan khususnya filem, ujarnya, dia juga salah seorang penonton filem Cun, filem berlatarkan sawah lakonan Remy bersama Maya Karin. Bukan sengaja direka-reka tetapi lelaki berkarisma 35 tahun ini memang mengikuti dunia perfileman. Kali terakhir, dia menonton siri Harry Potter di pawagam bersama isteri tersayang.

Sama juga dengan Remy, jujur ceritanya: "Dua tahun lepas lagi saya dengar ada orang kata muka saya sama dengan Khairy. Saya anggap pertemuan ini satu penghormatan besar sebab beri peluang kepada saya jumpa Khairy. Bagi saya dia mewakili generasi muda dalam politik. Daripada peribadi dan pendiriannya, nampak sifat pejuang dalam dirinya."

Kebetulan pula, jarak daerah kelahiran Khairy di Rembau, Negeri Sembilan dan Remy, Masjid Tanah, Melaka secara tidak langsung memesrakan lagi borak lokasi antara mereka.

Dari satu persepsi yang lain, dua nama itu ibarat dipinjamkan seketika sebuah kerusi bersepuhkan cahaya. Ada letaknya nama mereka di hati umum. Khairy laksana ayam yang tangkas di tengah gelanggang, tuturnya bijak berisi misi terhadap perjuangan yang didepani manakala untuk Remy, si pemain muda itu yang sedang beraja di mata banyak penerbit dan pengarah filem. Nasib dalam percaturan dan walau siapapun mereka, baik artis atau ahli politik, masing-masing dambakan restu dan sokongan ramai. Analoginya begitu, ia sekadar kiasan di sebalik kelibat sosok mereka yang disatukan ini.

Ekspresi Lebaran

Seiring langit Ramadan yang kian melabuhkan tirainya, pengertian 1 Syawal yang kebetulan jatuh dalam nafas negara sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan juga dipinta.

Kata Khairy, hari raya yang akan disambut pada 30 Ogos (Selasa ini) diharap membawa keistimewaan berganda. Ia bakal menjadi tanggal keramat buat Malaysia kerana menyambut Hari Kemerdekaan dalam suasana kemeriahan Aidilfitri.

"Saya cuma berharap masyarakat akan mengambil kesempatan untuk menikmati apa yang kita ada tanpa mengira agama atau bangsa. Jadi, hari raya nanti diharap akan membawa kegembiraan kepada semua, inilah saat keemasan yang jarang berlaku.

"Jadi, sekiranya ada sikit-sikit perasaan tidak puas hati, sambutlah raya ini dalam suasana aman damai," katanya yang menyifatkan patriotik cara generasi merdeka hari ini tidak sama dengan cara generasi terdahulu.


DIKATAKAN mempunyai air muka yang hampir seiras, Remy dan Khairy menerima jolokan itu dengan hati terbuka dan senyum membunga.


Tambah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu, setiap individu mempunyai jiwa patriotik cuma cara menzahirkan semangat itu tidak sama.

"Secara peribadinya, cukuplah saya zahirkannya dengan kesyukuran kepada Allah, agama dan tanah air, bila kesemua itu bercantum, jiwa patriotik itu indah. Ia tidak boleh dipaksa terutamanya terhadap anak muda, jiwa mereka mudah memberontak.

"Orang sekarang ada macam-macam cara patriotik, boleh tonjolkan dalam karya filem, pameran foto atau lukisan. Semuanya terpulang kepada niat," hurai menantu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi penuh mesej.

Menyambut hari raya dalam gaya pemimpin rakyat dan semenjak terpilih sebagai Ahli Parlimen Rembau, tuntutan bertemu rakyat jadi keutamaan.

"Kalau dulu raya hanya untuk diraikan bersama keluarga sendiri sekarang berbeza sedikit. Malam raya biasanya kami ahli keluarga akan berkumpul di Kuala Lumpur untuk sama-sama berbuka puasa pada malam terakhir Ramadan. Esoknya, saya akan berangkat ke salah sebuah masjid di Rembau untuk solat hari raya sebelum ziarah ke mana-mana rumah penghulu terdekat di situ. Menjelang tengah hari, saya akan pulang semula ke rumah mertua di ibu negara.

"Biasanya saya akan bercuti selepas raya, tahun lepas saya sekeluarga bercuti dalam negara, jadi tahun ini akan ke luar negara pula," kata Khairy.

Disentuh sedikit emosi jantannya, lelaki penuh gaya ini mengaku tidak dapat menahan sebak setiap kali menjelang malam raya.

"Perasaan sebak itu hadir malam raya mengenangkan bapa yang sudah tiada. Tetapi pagi raya esoknya, saya lontarkan kegembiraan dan menyambut Aidilfitri dengan famili seperti biasa," akuinya tanpa segan atau selindung malu.

Emosi Remy

Saat menghitung suasana Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan yang berselisih hari, Remy berlainan pegangan berbanding Khairy. Hero filem seram epik Azazil arahan Khabir Bhatia yang masih dalam pembikinan itu ada hemah tersendiri.

"Bagi sesetengah orang, ia memang bagus tapi dua perayaan itu sepatutnya disambut dengan dua emosi berlainan, memanglah hari raya adalah hari kemenangan manakala hari kemerdekaan pula hari pembebasan, tapi definisinya berbeza. Dalam kes raya tahun ini, kita harus sambut ia seadanya," katanya yang boleh diresap semangat patriotik pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu Hari Kemerdekaan.

"Jujurnya setiap kali 31 Ogos, secara automatik saya boleh sebak tapi cara nak menzahirkan jiwa patriotik itu bukan dengan tindakan sebaliknya lebih kepada nilai sentimental dan dalam momen-momen tertentu. Kadang-kadang, bila jalan-jalan dan nampak bendera berkibar pun timbul semangat patriotik. Walaupun tidak naik motosikal sambil kibar bendera, tapi nilai itu ada dalam hati," luah Remy yang akan meneruskan tradisi raya di Masjid Tanah, Melaka bersama keluarga.

Hari-hari terakhir Ramadan begini, akui Remy, hatinya mudah tersentuh bahkan tuturnya:

"Momen paling seronok adalah dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum raya. Malam raya sehinggalah menjelang sesi bersalaman pada pagi hari raya. Berkat hari itu terasa lain macam padahal setiap hari kita akan bersalaman."

Penutup cerita, salam mereka 'adik-beradik' bertaut pada petang tiga Ramadan. Bukan hanya di situ, selepas bersua muka, salam bersambung di laman sosial Twitter yang rajin dilawati mereka. Sama kacak rupa dan visi, semoga pengisian pertemuan ini sama-sama dirasai khalayak yang melihat dan membaca.

Nabila nekad cerai

Posted:

Nabila nekad cerai

Nabila nekad cerai


TEMPOH percintaan hampir tujuh tahun bukan jaminan untuk Nabila dan Zaidi kebal melawan gelora dalam berumahtangga. Belum sampai tiga tahun berkahwin, mereka berdepan konflik dan Nabila sendiri memanjat tangga pejabat kadi untuk menuntut haknya.


TERASA seperti masih basah dalam ingatan Nabila Huda rancak bercerita tentang keluarga yang dibinanya atas nama cinta. Tiga tahun hidup berkelamin bersama Zaidi Zailani, 30, putik cinta mereka membenihkan puteri comel, Keisha Laila yang kini berusia setahun.

Ketika si anak sedang laju membutirkan panggilan papa dan mama, hubungan suami-isteri aktres berusia 27 tahun itu akhirnya menjengah jua ke Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal minggu lalu.

Rupa-rupanya Nabila selama ini menyembunyikan kisah hidupnya daripada diselak oleh sesiapa. Jika ada pun, ia sekadar cerita yang mampu dibawa oleh angin, seperti tidak menjejaskan langsung kerukunan antara Nabila dan Zaidi yang dikenalinya bertahun-tahun sebelum bergelar suami isteri pada Disember 2008.

Namun, Nabila yang juga puteri sulung rockers popular Amy Search itu sendiri sudah memberikan penjelasan bahawa kehadirannya ke Jawi adalah untuk membuat permohonan perceraian. Dia bagaimanapun tidak berjaya memfailkan tuntutan perceraian kerana tertinggal surat nikah.

Sepintas lalu, lucu juga apabila Nabila mengunjungi Jawi untuk tujuan memfailkan perceraian tetapi tidak membawa sijil pengesahan perkahwinan.

Atau mungkin, ada hikmahnya di sebalik perkara itu, mungkin Nabila memerlukan ruang untuk berfikir secara lebih matang, lebih masak untuk memutuskan sesuatu yang telah sebati dengan dirinya.

"Saya nekad dengan keputusan saya dan berharap segala-galanya berjalan dengan baik. Mereka (Jawi) minta saya datang semula, tetapi tidak pasti bila ada kelapangan," memetik kata-kata Nabila ketika ditemui wartawan, Isnin lalu.

Nabila bagaimanapun menolak pergolakan dalam rumah tangganya berpunca daripada orang ketiga seperti dakwaan sesetengah pihak. Sebaliknya masalah mereka berdua semakin kompleks sejak sebelum disahkan hamil anak pertamanya, Keisha.

Dalam keadaan sekarang, Nabila juga mengakui sudah tidak gembira jika pulang ke rumah serta sudah tidak mampu hidup sebumbung walaupun mengakui suaminya seorang yang baik hati.

Kemelut perkahwinan Nabila yang baru hendak memasuki tahun ketiga pada 2 Disember nanti itu turut mengheret penjelasan daripada bapanya, Amy dan ibu tirinya, Norish.

Sebagai ibu bapa, tugas mereka sudahpun dilakukan sebaik mungkin.

Amy dan Norish enggan membuka banyak cerita. Apa yang termampu, mereka mengharapkan jika perceraian juga yang dipilih oleh Nabila, biarlah perkara itu diselesaikan dengan cara terbaik.

"Walau apapun yang berlaku antara Nabila dan Zaidi, itu adalah masalah dalaman mereka. Kami sudah memberikan nasihat terbaik dan mendoakan yang terbaik buat mereka," ujar Norish tidak mahu mengulas lebih.

Untuk Nabila dan Zaidi, barangkali cahaya Aidilfitri yang sedang menanti hari bakal membawakan seribu pengharapan.

Amal jariah Yuna

Posted:

Amal jariah Yuna

Amal jariah Yuna


YUNA bakal beraya di Perak. Kesibukan kerja sejak balik ke Malaysia membuatkan dirinya belum sempat untuk membuat persediaan raya.


ANAK rantau pulang ke desa. Berbekal pengalaman dan ilmu, Yunalis Zarai tetap pulang ke Malaysia bagi meraikan lebaran pada tahun ini. Walaupun jauh beribu kilometer di Amerika Syarikat, membaca status Twitter Yuna kadangkala membuah cemburu tetapi kadangkala terbalut rasa kasihan melihat perjuangannya sendirian di negara orang.

Namun penyanyi yang kini diangkat sebagai duta produk Canon ini pastinya menyimpan 1001 pengalaman emas bergelar anak rantau.

Bertemu mata dengan penyanyi antarabangsa terkenal seperti Pharrel Williams dan Guy Sebastian, pastinya menjadi salah satu portfolio berharga wanita muda berusia 25 tahun ini.

Terkini, selain kekemasan menyanyi semula lagu popular grup Nirvana yang bertajuk Come As You Are dan mendapat perhatian penulis blog terkenal Perez Hilton, Yuna bakal berlagu di tanah air.

Tanda tarikh 12 September kerana di tarikh itu suara unik Yuna akan berkumandang di Dewan Filharmonik Petronas.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved