Jumaat, 12 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kad raya masih relevan

Posted:

eticketing.my gabungkan 15 operator bas

BAGI yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan awam seperti kapal terbang, kereta api dan bas adalah alternatif untuk perjalanan pulang ke kampung. Namun, atas sebab tiket yang terhad dan harga yang lebih murah, akhirnya perkhidmatan bas sering menjadi pilihan utama bagi kebanyakan orang. Lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harun resah

Posted:

Harun resah

Harun resah

HARUN


KETUA jurulatih olahraga kebangsaan, Harun Rasheed dalam keresahan. Buat kerja tapi tak ada gaji.

Justeru, dia meminta pihak Majlis Sukan Negara (MSN) supaya membayar gaji beliau yang tertunggak.

Harun yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, terpaksa berkhidmat sebagai jurulatih tanpa dibayar gaji selama lapan bulan sejak Januari lepas dan jumlah tunggakan itu kini mencecah RM32,000.

Katanya, MSN tidak memberi sebarang penjelasan kepada beliau mengenai perkara itu.

"Saya tidak terima sebarang surat (daripada MSN). Saya pun tidak tahu apa sebab saya tidak dibayar gaji," katanya kepada Bernama.

Harun berkata, beliau terpaksa mengeluarkan duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung keperluan kewangannya.

Katanya, tindakan badan induk itu seolah-olah tidak meng hargai jasa dan sumbangan beliau.

Biarpun demikian, Harun berkata, beliau masih komited untuk terus membimbing atlet-atlet olahraga negara.

"Walaupun tidak mendapat gaji, saya terus melatih mereka untuk persiapan ke Sukan SEA dan kalau boleh, mereka capai sasaran yang saya tetapkan.

"Lepas itu, (barulah saya fikirkan sama ada) saya akan terus kekal sebagai jurulatih atau ambil keputusan untuk letak jawatan," katanya.

Nasib yang serupa turut menimpa atlet-atlet di bawah bimbingan beliau apabila dikatakan tidak dibayar elaun oleh MSN sejak Jun lepas dan beberapa atlet tidak dibenarkan tinggal di MSN. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sapura United juara Liga Komuniti

Posted:

Sapura United juara Liga Komuniti

Sapura United juara Liga Komuniti


PEMAIN-PEMAIN Sapura United meraikan kejayaan mereka muncul juara Liga Komuniti Mizi Sports 2011.


SAPURA UNITED muncul juara berganda Liga Bola Sepak Komuniti Mizi Sports 2011 apabila mengalahkan FC Cannes 8-2 pada perlawanan akhir pusingan kalah mati di Stadium Majlis Perbandaran Selayang baru-baru ini.

Dua jaringan masing-masing daripada Hanifuddin Abd. Rahman, Mohd. Shariduan dan Mohd. Norazman serta satu gol daripada Reduan Abdullah dan Mohd. Aizat sudah cukup untuk menghadiahkan gelaran kedua buat pasukan mereka.

Begitupun, FC Cannes tetap berjaya mencemaskan pasukan Sapura United seketika apabila berjaya merapatkan jurang 3-2 pada babak kedua menerusi dua jaringan Anggi Abdullah.

Namun, Sapura United membuktikan status mereka sebagai pasukan handalan dalam saingan ini apabila beraksi dengan tenang dan menguasai semula permainan untuk meledakkan lima gol lagi pada babak ketiga.

Sebelum ini, pasukan yang muncul juara liga bulan lepas itu berjaya mengalahkan Kosmo! 6-1 pada separuh akhir manakala FC Cannes, pasukan tangga kedua liga, mara ke final setelah menang 3-1 ke atas Kawan Lama.

Sebagai juara, Sapura membawa pulang trofi kemenangan, medal dan hadiah iringan, namun tiada insentif berupa wang tunai disediakan demi semangat kesukanan.

Sementara itu, di pusingan final kategori Plate pula, FC FC muncul juara dengan menewaskan Kayooz 4-2.

Liga bola sepak ini diperkenalkan buat julung kalinya hasil inisiatif syarikat pengeluar barangan sukan yang sedang meningkat naik di negara ini, Mizi Sports dengan kerjasama Planet Football sebagai penganjurnya.

Semua perlawanan selama 10 minggu ini hanya diadakan pada Sabtu dan Ahad sahaja di beberapa padang bola sepak yang berkualiti dan terpilih sekitar Lembah Klang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rajagobal tutup kem latihan

Posted:

Rajagobal tutup kem latihan

Rajagobal tutup kem latihan

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


RAJAGOBAL (berdiri empat dari kiri) menutup sementara kem latihan skuad kebangsaan kerana tiada aksi antarabangsa buat mereka dalam masa terdekat.


KEM latihan pusat skuad bola sepak kebangsaan selama 10 hari bermula 3 Ogos berakhir hari ini.Sepanjang kem tersebut, hanya satu perlawanan ujian sahaja sempat diharungi skuad negara ketika menentang Selangor pada 6 Ogos lalu berikutan pembatalan dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Oman dan Indonesia.

Namun jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tidak menganggap kem latihan sempena bulan Ramadan ini satu kegagalan akibat ketiadaan perlawanan persahabatan antarabangsa.

"Memang sepatutnya kita bertemu Selangor tempoh hari sebagai persediaan untuk menentang Oman pada 10 Ogos (kelmarin) tetapi perlawanan itu dibatalkan. Begitu juga perlawanan menentang Indonesia.

"Walaupun tiada perlawanan persahabatan antarabangsa, saya fikir bahawa kesempatan selama 10 hari ini dapatlah untuk saya melihat perkembangan pemain-pemain baru yang dipanggil sepanjang sesi latihan.

"Apabila kita tak dapat satu perlawanan yang berkualiti, lebih baik kita tumpukan perhatian kepada sesi latihan pusat ini," kata Rajagobal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Untuk kem latihan kali ini, Rajagobal telah memanggil beberapa muka lama yang diketepikan sebelum ini akibat kecederaan seperti Farizal Marlias, Khyril Muhymeen Zambri, Norhafiz Zamani Misbah dan Faizal Muhamad.

Manakala beberapa pemain baru turut diberi kesempatan untuk dinilai prestasi mereka seperti Joseph Kalang Tie, Shahrom Kalam dan penjaga gol, Norazlan Razali.

Rajagobal turut membayangkan bahawa kem latihan skuad kebangsaan akan kembali bersambung pada November depan selepas tamat saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung dari 6 September hingga 29 Oktober depan.

"Buat masa ini tiada aksi persahabatan untuk Oktober tetapi mungkin jika ada pasukan yang layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 yang ajak lawan, kita akan pertimbangkan.

"Jika tidak, kem latihan dan aksi persahabatan hanya akan bersambung pada November depan untuk kita buat persiapan serius menghadapi Piala Suzuki AFF 2012 dan Kelayakan Piala Asia 2013," jelas Rajagobal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kad istimewa Smart Reader Kids

Posted:

Kad istimewa Smart Reader Kids

Kad istimewa Smart Reader Kids

Oleh NURUL IZZA ROSLY

KANAK-KANAK Smart Reader Kids mendapat potongan harga istimewa sebagai pemegang kad keahlian di premis terpilih.


KANAK-KANAK sering tertanya-tanya ketika ibu bapa mereka mengeluarkan kad kredit atau kad debit sewaktu membeli-belah di pasar raya sehingga sesetengahnya meragam dan mengamuk untuk memiliki kad seperti itu.

Dek kerana situasi itulah, Smart Reader Kids Worldwide Sdn. Bhd. (Smart Reader Kids) mengambil inisiatif tampil dengan memperkenalkan kad keahlian istimewa Smart Reader Kids dan Smart Reader Kids Junior khusus untuk kanak-kanak.

Kad tersebut mula diperkenalkan sejak tahun 2007 dengan penglibatan 10 rakan niaga dan baru-baru ini pelancaran semula kad itu buat keempat diadakan di Zoo Negara, Kuala Lumpur. Ia menampilkan beberapa lagi rakan niaga baharu.

"Kad ini bukan sahaja memberikan keistimewaan kepada pemegang kad malah, seisi keluarga dapat menikmati faedahnya. Ia membolehkan pemegang kad mendapat potongan harga istimewa.

"Projek kad istimewa seperti ini membolehkan pelajar kami menikmati keistimewaan dan faedah tambahan daripada premis-premis mesra kanak-kanak," kata Ketua Jabatan Latihan Smart Reader Kids, S. Gnanambal ketika majlis pelancaran kad keahlian istimewa Smart Reader Kids dan Smart Reader Kids Junior baru-baru ini.

Antara rakan niaga baharu yang bekerjasama ialah Action City, Domii, ELC, Gingersnaps, Jigsaw Puzzle World, KidStyle, Little Haven, Lost World of Tambun, Mothercare, My Lil One's, Poney, Treehouse, Windancer dan Zoo Negara.

Pada masa yang sama, Gnanambal turut mengucapkan terima kasih kepada rakan niaga sedia ada yang setia bekerjasama iaitu Aquaria, AXA Insurance, Axxezz, Taman Tema Berjaya Times Square, CIMB Bank, Focus Point, KPJ Healthcare Berhad, MegaKidz, Secret Recipe, Snips, Kolej Sri, Sunway Lagoon dan Yamaha Music.

"Kanak-kanak adalah harta yang tidak ternilai harganya dan kita harus menjaga aset ini sebaik mungkin kerana mereka adalah cermin kepada masa depan negara.

"Oleh itu pembentukan jati diri dan keyakinan perlu dilaksanakan ketika usia mereka kecil lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah memberitahu, pihaknya mahu memperkenal dan melibatkan zoo sebagai aktiviti luar kelas yang dapat mendidik kanak-kanak.

"Selain membentuk kesedaran terhadap alam sekitar dan belajar mengenai haiwan, kami mahu menerapkan kemahiran mengira, mengenali huruf, membezakan saiz dan mengeja dalam kalangan kanak-kanak," katanya.

Majlis pelancaran kemudian dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian daripada 64 kanak-kanak Smart Reader.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hanya RM10.40 berbuka di A&W

Posted:

Hanya RM10.40 berbuka di A&W

Hanya RM10.40 berbuka di A&W


HANIZA ROS (depan tiga dari kiri) membawa hidangan berbuka puasa A&W untuk kakitangan Kosmo!.


ANDA inginkan kelainan untuk juadah berbuka puasa? Kini restoran makanan segera kesukaan ramai, A&W memperkenalkan set istimewa sempena Ramadan iaitu XXXcellent Chicken Rice Combo yang pastinya enak hingga membuatkan anda mahu menikmatinya lagi.

Nasi ayam istimewa itu dihidangkan dengan ayam goreng resipi istimewa yang diberikan cita rasa baharu iaitu Simply XXXcellent Golden Aroma Chicken yang mula diperkenalkan pada 21 Jun lalu.

"Set istimewa sempena Ramadan ini merupakan kesinambungan daripada hidangan ayam yang dilancarkan Jun lalu. Untuk bulan ini kami menggandingkannya dengan nasi ayam yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

"Promosi XXXcellent Chicken Rice Combo ini didatangkan dengan sup, kuah kari, acar buah, kurma, jeli pencuci mulut dan semestinya air rut bir terkenal kami," kata Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Kumpulan KUB, Haniza Ros Nasaruddin.

Tambahnya, set Ramadan itu boleh didapati di semua cawangan A&W pada harga RM10.40.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli set XXXcellent Chicken Rice Combo layak mendapat rut bir percuma. Malah bagi mereka yang mahukan nasi tambah, hanya bayaran RM1.50 dikenakan.

"Dengan hanya menambah RM7, mereka boleh memilih salah satu daripada tujuh pilihan menu yang ditawarkan dan berpeluang mendapat isian semula air rut bir tanpa had.

"Menu XXXcellent Chicken Rice Combo ditawarkan sehingga 31 Ogos ini pada harga RM10.40 dan boleh didapati di semua 45 cawangan A&W di Semenanjung Malaysia," ujarnya ketika ditemui di pejabat Kosmo! bagi mengedarkan juadah berbuka puasa kepada kakitangan Kosmo! baru-baru ini.


SEN SAVERS pula adalah promosi hidangan tengah hari untuk yang bukan muslim.


Menu XXXcellent Chicken Rice Combo juga sesuai untuk dijadikan hidangan sahur.

Walaupun baru beberapa hari di pasaran, sambutan yang diterima terhadap menu itu sangat memberangsangkan.

Mereka yang mahu bersahur dengan hidangan nasi ayam istimewa itu boleh mengunjungi restoran A&W 24 jam dan bebas memilih untuk makan di sana atau membelinya melalui kaunter pandu lalu.

Bagi pelanggan bukan Islam pula, A&W turut menawarkan promosi menarik untuk hidangan tengah hari iaitu promosi Sen Savers yang bermula pada harga RM4.50 berserta air rut bir.

Hidangan Sen Savers itu boleh didapati pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 3 petang.

"Dalam kemeriahan menyambut puasa dan Hari Raya Aidilfitri, A&W bersama-sama KUB Malaysia Berhad akan membuat kunjungan amal ke rumah orang-orang tua di Cyberjaya pada 15 Ogos ini selain memberikan sumbangan keperluan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, A&W yang berkongsi usia dengan Malaysia bakal menyambut ulang tahun kelahirannya di negara ini yang ke-48 pada Disember ini merancang untuk mengadakan sesuatu yang istimewa. - NURUL IZZA ROSLY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sup gear box Grand Season

Posted:

Sup gear box Grand Season

Sup gear box Grand Season


SUP gear box antara menu yang harus dicuba oleh setiap pengunjung di Hotel Grand Season.


TAHUN ini Hotel Grand Season yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur menawarkan lebih 60 jenis makanan untuk tetamunya berbuka puasa sempena Ramadan.

Bertempat di Season Cafe Teh Halia, antara lauk-pauk yang dihidangkan merangkumi makanan tradisi Melayu, hidangan India, makanan laut Cina dan sajian Barat.

Makanan pengenalan hotel yang harus dicuba sebelum merasa hidangan lain sudah tentunya sup gear box.

Menurut Chef Eksekutif Hotel Grand Season, Chef Randy Y.L Liow, sup tersebut hanya menggunakan bahagian-bahagian daging lembu terpilih.

"Rempah-ratus dan daging lembu itu akan direneh antara lima hingga enam jam bagi mendapatkan rasa daging lembu yang pekat pada sup.

"Bahan-bahan yang terpilih pula akan dipastikan segar dan berkualiti baik tanpa menggunakan rempah segera," ujar Chef Randy yang berpengalaman selama 28 tahun dalam bidang kulinari.

Tambah Chef Randy, pihak hotel turut menyediakan makanan tradisional lain seperti nasi kandar dengan lauk-pauk seperti kari kepala ikan gaya mamak Pulau Pinang dan kambing masak kicap berempah.

"Kami juga membawa khas seorang chef dari Johor yang pakar dalam memasak hidangan Melayu seperti pelbagai jenis kerabu, sate, masak ketam lemak cili api, daging kerutup, sotong sambal dan lain-lain," kata Chef Randy lagi.

Hidangan nasi beriani dari Johor dan rendang daging batang pinang juga disediakan bagi penggemar tegar kedua-dua masakan itu.

Sajian lain yang turut dihidangkan adalah kulinari India dengan makanan yang dikenali ramai iaitu roti naan dan ayam tandoori.

Berbeza dengan dijual di kedai-kedai mamak, roti naan yang terdapat di Hotel Grand Season lebih nipis dan rangup dan jika dicecah, kuah akan meresap dalam rongga roti dengan mudah.

Jika inginkan kelainan, kupang goreng ala kam heong, ikan tiga rasa gaya Cina dan makanan Jepun seperti sushi dan gulungan futumaki pasti membuka selera. - MOHD. ADLAN JAAFAR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Kisah Rushdi penggemar halia

Posted:

Kisah Rushdi penggemar halia

Kisah Rushdi penggemar halia

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

MELIHAT empayar bisnes kecantikannya semakin berpengaruh dan dikenali, hati Rushdi Abdullah berbunga puas. Selaku Pengasas Dunia Herbs Sales & Marketing, beliau telah berjaya merealisasikan impian ribuan wanita yang mendambakan tubuh yang langsing dan menggiurkan.

Bagaimanapun ujar lelaki yang berusia 41 tahun itu, untuk mengecapi impian tersebut, pelbagai onak dan cabaran terpaksa diharunginya. Hal itu kadangkala membuatkan beliau hampir berputus asa.

Ketika membutirkan setiap pengalamannya kepada Kosmo!, ada kesedihan yang begitu mencengkam jiwanya.

Beliau bercerita : "Sejak kecil saya membantu ayah berniaga di kedai dan ketika berumur dalam lingkungan 20 tahun, saya mengambil alih perniagaan kain bapa saya, bila duit di depan mata, saya boros.

"Impaknya, pada tahun 2008 iaitu ketika umur saya 25 tahun, saya kehilangan semuanya dalam erti kata lain, bankrap. Kedai, kereta dan rumah semuanya lenyap, bukan saya saja yang terkena tempiasnya tapi ia turut melibatkan seluruh ahli keluarga."

Enggan mengalah, percaturan Rushdi diarahkan kepada bidang hartanah. Sayangnya, itu juga tidak menjadi. Rushdi mengakui, fikirannya berserabut dalam merencana semula perjalanan hidupnya yang semakin bercelaru itu.

Sama ada suratan atau kebetulan, pertemuannya dengan seorang saudara lelakinya yang berjaya mencorak sisi positif dalam kerjayanya.

Namun kata ahli perniagaan yang kreatif itu, beliau tidak pernah terjangkau dek fikirannya yang beliau akan bergelar penjual kuih char kue.

Mengapa? Jawabnya, dulu beliau menganggap berniaga di tepi jalan sungguh tidak berprestij.

"Ya, saya akui dulu saya ego dan pernah terdetik di hati bahawa saya tak mahu berniaga di tepi jalan tapi Tuhan itu Maha Kaya," katanya menginsafi sikapnya dulu.

Rahsia halia


RUSHDI (tengah) dan pegawai-pegawainya sentiasa berbincang mengenai strategi-strategi tertentu perniagaan.


Kata anak kelahiran Rantau Panjang, Kelantan itu, selama dua tahun berniaga di sebuah tapak kecil di Kampung Baru, beliau berjaya mengumpul sejumlah wang yang diyakininya dapat dimanfaatkan dalam melebarkan perniagaannya.

Rushdi begitu melankolik dalam meneruskan penceritaan tentang titian perjalanan hidupnya.

Melihat situasi itu, beliau terus disogok beberapa soalan. Bagaimanakah idea mengusahakan bisnes kecantikan itu boleh timbul? Mengapakah beliau memilih untuk mengembangkan bisnes losen dan tidak kepada produk lain?

Ahli perniagaan itu memberitahu, beliau sebenarnya adalah seorang penggemar halia.

"Saya suka halia, namun saya lihat penggunaan halia agak terhad di pasaran, jadi saya terfikir mengapa usahawan Melayu tidak mempelbagaikan penggunaan halia selain untuk memasak saja.

"Justeru, atas bantuan daripada pihak tertentu, saya menjalankan penyelidikan dan sememangnya halia mempunyai kaitan rapat dengan kecantikan tubuh," katanya yang pernah mendapat pendedahan awal memasarkan produk-produk kesihatan yang lain sebelum itu.

Berkat usahanya, pada 6 September 2005, tertubuhlah Dunia Herbs Sales & Marketing yang memasarkan produk kecantikan dan kesihatan berkualiti yang berasaskan herba.

Anak kedua daripada enam beradik itu masih ingat, seawal memulakan perniagaan losen menggunakan pati halia, beliau hanya mempunyai tiga pekerja dan mempunyai kedai yang kecil saja.

Produk pertama


KELUARAN TERKINI. Rushdi memperkenalkan produk-produk terbaru keluaran syarikat Dunia Herbs.


Dari aspek pemasaran pula, pasukannya mempromosikan produk mereka dari rumah ke rumah dan mengiklankannya secara kecil-kecilan di akhbar.

Tanpa disangka, inisiatif itu sangat berhasil. Kata Rushdi, beliau menerima panggilan yang tidak putus-putus daripada orang ramai.

Mustahil Rushdi tidak gembira apabila produk Losyen Mustajab Pati Halia yang merupakan produk pertama keluaran syarikat Dunia Herbs laris hingga jualannya mencecah 100,000 unit sebulan.

"Saya betul-betul tak sangka, ramai yang ingin tahu dengan produk baharu yang kita hasilkan ini, kepada yang telah mencuba, semuanya memberi respons yang positif.

"Perkembangan itu memberi saya semangat untuk menghasilkan inovasi-inovasi terbaru," katanya penuh semangat.

Dunia Herbs kata lelaki itu terus mengorak langkah. Aspek pengiklanan terus diberi penekanan. Bahkan, iklan losen mustajab menguasai ruang-ruang iklan media cetak mahu pun elektronik.

Melihat senario itu, syarikat itu memperluaskan lagi kerjasama penyelidikan dengan badan-badan seperti Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Bhd., Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Bukankah sudah tiba masanya, jenama Dunia Herbs yang semakin kuat di Malaysia menjengah pasaran antarabangsa dalam kapasiti yang besar?

"Itu sudah pasti, kita sasarkan untuk pasarkan produk kita ke negara-negara Asia Tenggara, China, India termasuk Turki dalam tempoh lima tahun lagi," balasnya.

Produk tiruan

Jatuh bangun dalam dunia perniagaan itu memang lumrah. Rushdi yang menaungi sebuah empayar kecantikan juga tidak terlepas daripada sebarang musibah.

Mengulas mengenainya, katanya, pendiriannya sangat mudah. Ujar lelaki itu tanpa menunjukkan riak kecewa: "Dalam berniaga ini, pasti ada pesaing, mengenai produk tiruan sebenarnya itu tak patut berlaku.


RUSHDI (kiri) dikenali sebagai bos yang sangat disenangi dalam kalangan pekerja-pekerjanya.


"Tapi itu tak mengganggu saya sangat, apa-apa pun kita adalah perintis (produk losen berdasarkan pati halia) dan berdasarkan kualiti, produk kita adalah yang terbaik."

Rushdi memberitahu Kosmo!, beliau menyimpan satu azam yang cukup besar.

"Matlamat jangka panjang saya ialah setiap rumah punya satu botol losen mustajab pati halia," ujarnya bersungguh.

Daripada seorang pembantu kedai, kemudian jatuh bankrap sekelip mata, beliau bangun semula menjadi penjual char kue dan akhirnya Rushdi berjaya memiliki sebuah empayar kecantikan yang termasyhur di negara ini.

Kejayaan Rushdi itu juga membuktikan bahawa seseorang mampu cemerlang walaupun mereka tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi.

"Alhamdulillah, bila Tuhan kurniakan kesusahan kepada kita, sebenarnya ia adalah indikator supaya kita sedar lebih awal. Selepas melewati saat-saat getir, barulah saya tahu apa erti syukur," katanya.

Walaupun sudah berada puncak tertinggi dalam karier dan kini melebarkan sayap bisnesnya dengan menubuhkan Bumidotcom Sdn. Bhd., Rushdi menegaskan, beliau sama sekali tidak akan lupa asal usulnya.

Malah ujarnya, sehingga saat ini beliau masih mengingati secara jelas bagaimana untuk menghasilkan char kue yang merupakan satu entiti yang sangat sentimental dalam dirinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ijazah daripada 'universiti' Ramadan

Posted:

Ijazah daripada 'universiti' Ramadan

Ijazah daripada 'universiti' Ramadan


REBUT peluang untuk bermuhasabah pada bulan Ramadan ini dan diteruskan pula dalam bulan-bulan yang lain juga.


SYUKUR kepada Allah kerana mengizinkan kita untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadan, bulan suci penuh rahmah, barakah dan maghfirah (keampunan) daripada-Nya.

Hakikatnya, Ramadan bukan saja mengajar kita menahan lapar dan dahaga, sama seperti mereka yang tidak berkemampuan bahkan, Ramadan juga adalah satu transformasi pendidikan tidak rasmi yang secara tidak kita sedari, kita belajar banyak perkara sepanjang menjalani ibadah daripada Rukun Islam yang ketiga itu.

Menepati masa

* Sebelum Ramadan, tidak ramai yang arif tentang masuknya waktu solat Maghrib. Berbanding ketika Ramadan, hampir segenap lapisan masyarakat maklum tentang masuknya waktu Maghrib yang juga waktu berbuka puasa. Sewajarnya sikap ini dipraktikkan terus, bukan saja ketika Ramadan malah, sepanjang 11 bulan lainnya, bukan saja ketika berbuka puasa tetapi dalam segala aspek hidup kita seperti bekerja, bersahabat dan berhubungan dengan pasangan mahupun anak-anak.

Menjaga perlakuan

* Ketika Ramadan, ramai individu yang meninggalkan tabiat bergosip atau lebih maklum dengan mengumpat. Oppss! Jangan tidak tahu, lelaki pun dah ramai yang pandai mengumpat ya! Tabiat itu dikurang atau ditinggalkan ketika Ramadan bagi menjaga pahala puasa agar tidak cair menjelang petangnya.

* Sama jugalah dengan cara anda tampil di khalayak. Tinggalkan terus cara berpakaian yang tidak sesuai, jangan diulang corak pergaulan yang tidak sihat dan bercampur bebas lelaki dan perempuan. Bagi yang merokok, kalau boleh bersabar lebih 13 jam tanpa rokok, anda akan boleh tinggalkan terus tabiat merokok ini jika anda usahakan lebih sikit sahaja lagi. Kalau hendak seribu daya, mahu pula seribu cara kan!

Menghubung silaturahim

* Amalan yang masih diteruskan ketika zaman serba maju ini ialah berkongsi hidangan ketika puasa, mengajak rakan berbuka puasa ataupun menaja majlis berbuka puasa. Sikap ini adalah sikap terpuji namun, sewajarnya jiran-jiran terdekat perlu diberikan keutamaan. Inilah waktu yang sesuai untuk lebih mengenali jiran yang menjadi 'saudara' terdekat kita ketika waktu kecemasan.

Menjadi hamba-Nya yang soleh

* Setuju atau tidak, saya terpaksa nyatakan, lebih ramai orang kita yang berpuasa daripada yang solat. Ramai yang puasa tetapi, tidak bersolat dan kalau yang solat pula, selalunya memang akan puasa.

* Hakikat sebenar, berpuasa itu lebih payah daripada solat. Solat tidak perlukan anda berlapar cuma peruntukan antara lima hingga 10 minit untuk lima waktu yang ditetapkan sehari-hari. Jika anda boleh menahan lapar dan dahaga hingga 13 atau 14 jam, sudah pasti anda boleh peruntukan masa tidak sampai satu jam untuk melaksanakan perintah solat lima waktu sehari semalam.

Dekatkan diri berdoa kepada-Nya

* Bagi mereka yang menghadapi ujian, gunakanlah peluang ketika Ramadan ini untuk memanjatkan doa mohon yang terbaik daripada-Nya. Berserah sepenuh hati, tanpa ada sebarang keputusan mengganggu emosi dan minda.

Ramadan akan berlalu pergi, memberikan kita pendidikan dan pengajaran jika kita betul-betul menghayatinya.

Bergantung kepada diri sendiri untuk merebut segala modul yang ada dan menikmati ijazahnya selepas ini. Selamat berpuasa. Moga dapat kita kutip barakah, rahmah dan maghfirah daripada-Nya. Amin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Anak jutawan, budak 11 tahun didakwa merompak

Posted:

Anak jutawan, budak 11 tahun didakwa merompak

Anak jutawan, budak 11 tahun didakwa merompak

BUDAK lelaki berusia 11 tahun yang dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mahkamah Majistret Highbury, London kelmarin.


LONDON - Seorang anak perempuan jutawan dan pembantu guru didakwa di mahkamah kelmarin atas dakwaan merompak dalam rusuhan yang berlaku di London, lapor sebuah akhbar semalam.

Rusuhan yang berlaku sejak Sabtu lalu sebelum berakhir pada Rabu lalu itu berlaku selepas seorang lelaki berkulit hitam yang dianggap tidak mempunyai kesalahan ditembak mati oleh polis pada minggu lalu.

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan sejumlah lagi golongan profesional juga berdepan dakwaan serupa semasa didakwa di sebuah mahkamah di London.

Budak lelaki itu didakwa mencuri tong sampah semasa golongan muda merusuh di Romford, Essex pada malam Isnin lalu.

Pendakwa raya Steven Davis berkata, polis melihat dia mendekati tingkap yang telah dipecahkan.

Menurutnya, dia kemudian tunduk masuk dan mengambil tong sampah dan melarikan diri.

Apabila ditangkap polis, budak lelaki itu berkata, dia mahu menghantar tong sampah itu kepada seseorang.

Turut didakwa bersama puluhan orang lagi kelmarin ialah Laura Johnson yang berusia 19 tahun yang merupakan anak seorang jutawan.

Dia ditangkap dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan barang-barang elektrik yang dicuri, rokok dan minuman keras yang bernilai £5,500 (RM26,637).

Polis menyatakan, dia sedang memandu dari kedai di Charlton, tenggara London.

Laura ditangkap pada malam Isnin lalu bersama Alexander Elliott-Joahill, 18 dan seorang lagi berusia 17 tahun.

Mereka didakwa menutup muka masing-masing daripada dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Seorang lagi pelajar, David Attoh berusia 18 tahun merupakan antara yang dibebaskan walaupun dia mengaku mencuri dua helai baju T.

Majistret menerima ceritanya bahawa dia menemui baju itu di sebatang jalan raya di Hackney.

Seorang suspek, David Benjamin, 25, mendakwa dia mencuri gogal yang digunakan semasa meluncur salji bagi melindungi matanya daripada terkena serpihan kaca yang berterbangan di Ealing.

Seorang lagi remaja yang didakwa merompak menggunakan penampilannya di sebuah mahkamah di Croydon untuk mengadu mengenai elaun kebajikan.

Remaja itu, Aaron Samuels, 19, menjerit ke arah hakim dan berkata: "Saya tidak penah mendapat wang untuk elaun kebajikan rumah."

Seorang pembantu guru yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dihadapi pelajar, Alex Bailey, 31, mengaku melakukan rompakan semasa rusuhan berlaku.

Dia kini dipenjarakan sementara menunggu hukumannya dijatuhkan.

- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis London serbu rumah perusuh

Posted:

Polis London serbu rumah perusuh

Polis London serbu rumah perusuh


BEBERAPA anggota polis menangkap seorang lelaki di Eltham, selatan London kelmarin dalam operasi mengekang rusuhan.


LONDON - Bandar-bandar di Britain yang terlibat dalam rusuhan sejak Sabtu lalu kini tenang selepas hampir 900 orang ditangkap.

Polis berikrar untuk menangkap para perusuh yang menyebabkan rompakan dan kebakaran berlaku dalam rusuhan itu.

Pihak polis mula menyerbu rumah-rumah untuk mencari para perusuh yang terlibat dalam rusuhan tersebut.

Polis Britain telah menangkap 880 orang berhubung rusuhan yang berlaku di London dan di beberapa bandar lain.

Bandar Manchester, Birmingham dan Liverpool yang dilanda rusuhan pada Selasa lalu turut tenang semalam.

Di London, seramai 371 orang setakat ini sudah disabitkan kesalahan berhubung ketenteraman awam.

Bandar Birmingham kekal tegang semalam selepas tiga lelaki Asia dilanggar sebuah kereta semasa mereka cuba mengawal kediaman daripada dirompak perusuh.

Namun, situasi di bandar tersebut tenang semula semalaman selepas bapa salah seorang mangsa meminta orang ramai tidak membalas dendam ekoran kematian tersebut.

Seorang lelaki berusia 37 tahun sudah ditangkap dan satu siasatan pembunuhan telah bermula.

Keganasan dan rompakan bermula pada Sabtu lalu di Tottenham di utara London ekoran kematian suspek penjenayah, Mark Duggan dalam satu operasi polis.

Suruhanjaya Bebas Aduan Polis menyatakan pada Selasa lalu bahawa, tidak ada bukti bahawa Duggan yang berkulit hitam melepaskan tembakan sebelum dia mati ditembak. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Obama anjur majlis buka puasa

Posted:

Obama anjur majlis buka puasa

Obama anjur majlis buka puasa


BARACK OBAMA memberi ucapan kepada komuniti Islam di White House, Washington kelmarin.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama mengadakan majlis berbuka puasa di White House kelmarin.

Beliau menggunakan majlis itu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Islam yang berkhidmat untuk AS.

Obama juga menyatakan dalam majlis itu bahawa terdapat rakyat AS yang beragama Islam mati dalam serangan pengganas pada 11 September 2001 di negara ini.

Beliau memberitahu bahawa penduduk Islam di AS turut memberikan reaksi terhadap serangan pengganas yang berlaku di New York dan Washington.

Menurutnya, penduduk Islam di AS turut berkhidmat dalam tentera negara ini.

"Dalam tempoh sebulan, kita akan meraikan ulang tahun ke-10 serangan yang dahsyat yang membawa kesakitan yang amat sangat ke dalam hati kita," kata Obama kepada komuniti masyarakat Islam di White House.

Obama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk komuniti masyarakat Islam pada setiap tahun sama seperti yang dilakukan oleh George W. Bush semasa beliau berkuasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perak akan wujudkan Kolej Pengajian Al-Quran dan hadis

Posted:

Perak akan wujudkan Kolej Pengajian Al-Quran dan hadis

Perak akan wujudkan Kolej Pengajian Al-Quran dan hadis

12/08/2011 6:21pm

LUMUT — Kerajaan negeri Perak akan menubuhkan sebuah lagi institusi pengajian Islam bertaraf kolej sebagai usaha melahirkan lebih ramai ulama dan ilmuan Islam, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, kolej itu yang akan menjadi satu-satunya seumpama itu di Perak dicadangkan dibina di sebuah tapak di Ipoh dan kertas kerja berkaitan dengan penubuhannya sedang giat disediakan.

"Kerajaan negeri berharap, penubuhan kolej baru itu dapat melahirkan golongan cerdik pandai Islam yang berketerampilan dalam bidang pengajian Islam, Al-Quran dan Hadis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat dan van jenazah yang disumbangkan oleh Bank Simpanan Nasional di Kampung Sungai Tiram dekat sini hari ini.

Beliau berkata, kos pembinaan kolej tersebut masih dalam kajian dan hanya dapat dipastikan sebaik sahaja kertas kerja penubuhannya itu siap tidak lama lagi.

Katanya, pada masa yang sama, kerajaan negeri sedang melaksanakan rancangan menaik taraf Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar) kepada Kolej Universiti Islam Darul Ridzuan bagi menyediakan lebih banyak lagi peluang kepada lepasan Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah.

Zambry berkata, bagi tujuan itu, Rektor Kisdar Prof. Madya Dr. Jamil Hashim dan pasukannya sedang giat menyediakan kertas cadangan untuk menaiktaraf kolej tersebut kepada peringkat universiti.

"Ini antara komitmen kerajaan negeri yang prihatin dengan institusi pengajian Islam di negeri ini termasuk akan memperhebatkan lagi penubuhan Maahad Tahfiz di setiap daerah," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri turut meluluskan tanah seluas kira-kira 5,000 ekar bagi tujuan tabung khas untuk menjaga kebajikan Sekolah Agama Rakyat seluruh negeri.

"Kemudahan infrastruktur semua Sekolah Agama Rakyat seluruh negeri juga akan dinaik taraf secara berperingkat bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang sempurna di situ," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lelaki miliki mercun bernilai RM9,000 ditahan

Posted:

Lelaki miliki mercun bernilai RM9,000 ditahan

Lelaki miliki mercun bernilai RM9,000 ditahan

12/08/2011 5:41pm

KUANTAN — Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM9,000 di sebuah stesen minyak, Semambu di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Marin Polis Wilayah Tiga Kuantan, Supt. Sapian Salihin berkata bertindak berdasarkan maklumat awam sepasukan gerakan Marin telah membuat intipan di kawasan berkenaan.

"Dalam intipan 3.50 pagi tersebut, suspek, 38, yang memandu kereta berseorangan telah ditahan berhampiran stesen minyak berkenaan.

"Hasil pemeriksaan polis telah menemui 17 jenis mercun yang disimpan di dalam kenderaan berkenaan dan dianggarkan bernilai RM9,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, mercun berkenaan dipercayai untuk diedarkan di kawasan bazar Ramadan di sekitar Kuantan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Persekutuan Thalasemia mohon bantuan peruntukan

Posted:

Persekutuan Thalasemia mohon bantuan peruntukan

Persekutuan Thalasemia mohon bantuan peruntukan

12/08/2011 5:33pm

ALOR SETAR — Persekutuan Pertubuhan Thalasemia Malaysia merayu kepada kerajaan agar meluluskan permohonan mereka mendapatkan peruntukan bagi menggunakan ubat berbentuk pil untuk pesakit Thalasemia.

Presidennya, Ramli Mohd. Yunus berkata, pada masa ini kerajaan hanya membiayai rawatan menggunakan mesin dan jarum suntikan bagi mengeluarkan zat besi berlebihan terhadap penghidap Thalasemia yang merupakan penyakit keturunan berkaitan ketidakseimbangan komponen darah.

"Pesakit Thalasemia di negara ini bertuah kerana kerajaan menanggung sepenuhnya rawatan untuk mereka sejak 2004. Bagaimanapun kita berharap untuk dapat menggunakan rawatan tanpa jarum dan mesin," katanya di sini.

Ini kerana kata Ramli, kaedah rawatan 'infusion pump' ini yang mengambil masa lapan jam amat menyakitkan, namun disebabkan kos yang tinggi pesakit Thalasemia masih belum dapat menikmati kemudahan ubat pil yang ada sejak 2006.

"Kami menyedari kos ubat pil amat tinggi berbanding rawatan sekarang iaitu dua kali ganda. Tetapi demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada pesakit, kami mohon peruntukan untuk penggunaan ubat pil bagi pesakit Thalasemia di seluruh negara," katanya.

Ramli yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persekutuan Thalasemia Antarabangsa turut memohon kepada Kementerian Kesihatan agar meneliti semula pam yang diguna untuk rawatan sedia ada kerana peralatan terbabit cepat rosak. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ingin dikenali sebagai Nora J

Posted:

Ingin dikenali sebagai Nora J

Ingin dikenali sebagai Nora J

UMURNYA baru menjangkau tujuh tahun tetapi lontaran suara dan keletahnya di atas pentas memukau para hadirin. Sehinggakan kehadiran penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, Nora ditenggelami oleh adik bernama Putri Dahlia ini saat paduan suara kedua-duanya digabungkan di atas pentas.

Tidak sedikitpun perasaan cemburu timbul di benak Nora bahkan dia merasa teruja memperkenalkan adik Putri Dahlia di atas pentas saat mereka selesai menyanyi.

Masakan tidak, adik Putri Dahlia atau nama sebenarnya Putri Dahlia Johan Nawawi merupakan anak bongsu kepada Nora dan Johan.

Tuah Nora kerana memiliki anak yang bukan sahaja pandai menyanyi tetapi memiliki bakat mencipta lagu seperti ayahnya dalam usia yang baru mencecah tujuh tahun.

Bismillah. Itulah judul lagu ciptaan adik Putri yang dimuatkan dalam album Voices Of Ummi (VOU).

"Syukur kerana semua anak-anak saya ada bakat menyanyi. Anak lelaki saya, Alif Johan juga pandai menyanyi dan sudah banyak menyertai pertandingan menyanyi di sekolah.

"Apa yang menggembirakan saya apabila Putri turut pandai mencipta lagu. Lagu Bismillah yang dimuatkan dalam album Voices Of Ummi (VOU) adalah lagu ciptaan dia bersama Johan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran album Voices Of Ummi di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lama tidak muncul di dada-dada akhbar, Nora kelihatan semakin cantik dan langsing. Ditanyakan apakah rahsianya, kata Nora, dia terlalu sibuk dengan pembikinan album itu selain menguruskan anak-anak.

Penyanyi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu juga mengakui tidak makan nasi selama empat bulan.

"Kurus mungkin disebabkan sibuk dengan pembikinan album. Saya juga tak ambil makanan bergula dan tidak makan nasi selama empat bulan. Hanya buah-buahan dan sayur kukus menjadi santapan setiap hari," ujarnya mengamalkan cara pemakanan begitu bukan semata-mata ingin kurus tetapi juga ingin tampil lebih sihat.

Biskut secukup rasa


KELUARGA bahagia Nora J bersama suami, Johan. anak lelakinya, Alif Jihan dan anak perempuannya, Putri Dahlia.


Pemilik nama Wan Norafizah Ariffin itu juga kini ingin dikenali sebagai Nora J. Bukan ingin mengejar glamor semata-mata tetapi sekadar mencari kelainan.

Katanya, setiap kali dia menghubungi orang dan memberitahu nama Nora Ariffin ramai yang keliru kerana nama tersebut menyerupai nama model profesional Singapura.

"Nora J boleh dikatakan penjenamaan semula nama komersial saya. Sekurang-kurangnya orang tidak lagi keliru dengan nama Nora.

"Bahkan kalau taip nama Nora di laman sesawang akan muncul banyak Nora. Jadi, saya guna nama Nora J dan ia sememangnya merujuk kepada saya semata-mata," katanya yang berharap dengan pertukaran kepada nama Nora J tidak menimbulkan tanggapan buruk buat dirinya.

Ditebak dengan soalan siapakah J yang berada di hujung namanya itu, kata Nora, J itu merujuk kepada nama suami kesayangannya Johan.

Menyentuh tentang bulan Ramadan Nora, setiap kali bulan Ramadan penyanyi itu akan menjual biskut raya yang diberi jenama Secukup Rasa.

Untuk tahun ini pula, Nora yang sudah berada selama 17 tahun dalam industri seni itu menambah pendapatan keluarganya dengan menjual tudung pula.

Disebabkan banyak perkara yang ingin dilakukannya, Nora tidak mempunyai kesempatan menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka.

"Seperti setiap kali bulan Ramadan, Nora akan menjual biskut raya dan kek yang juga dijenamakan sebagai Secukup Rasa. Pada tahun ini, Nora juga ada menjual tudung pula.


MERIAH sekali majlis pelancaran album VOU yang dirasmikan oleh Shukor Ahmed (kanan).


"Persiapan juadah berbuka pada tahun ini tidak begitu meriah daripada tahun-tahun lepas kerana saya terlalu sibuk," katanya.

Animasi kanak-kanak

Selama tempoh dua tahun Nora tidak muncul dengan sebarang perkembangan, ada rahsia di sebalik hal itu. Dia sebenarnya merancang projek besar yang juga melibatkan suami dan anak-anaknya.

Nora kini tampil dengan album berkonsepkan kerohanian. Malah, dia dan suami turut menghasilkan siri animasi muzikal kanak-kanak berjudul UMMI - Ceritalah pada kami.

Menurut Johan Nawawi selaku Pengarah Urusan Hud Hud Media Sdn. Bhd. dan juga penerbit album VOU, album itu diterbitkan untuk santapan rohani kanak-kanak dan seisi keluarga.

"Album ini merupakan gabungan lagu-lagu dalam produksi siri animasi muzikal kanak-kanak bertajuk UMMI - Ceritalah pada kami terbitan Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn. Bhd.

"Siri animasi kanak-kanak ini masih dalam proses pembikinan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2011," katanya mengenai siri animasi kanak-kanak 36 episod itu.

Bercerita tentang VOU pula, kata Johan, ia merupakan sebuah kumpulan penyanyi kanak-kanak yang digabungkan kerana suara mereka juga adalah suara watak-watak utama dalam siri animasi UMMI - Ceritalah pada kami.

Bakat-bakat cilik tersebut terdiri daripada Alif Johan, 12, Aiman Abbas, 14, Hana Hamdan, 11, Jihad Hamdan, 8, dan Putri Dahlia, 7. VOU turut mengundang artis undangan untuk menyumbangkan suara seperti Nora, Bringgo dan Mosyi.


PELANTUN lagu yang pernah popular suatu ketika dulu, Di Persimpangan Dilema kini kembali aktif menyanyi selepas tidak muncul sekian lama.


Kedua-dua projek Johan dan Nora itu juga mendapat kerjasama dengan syarikat Erama Creative Sdn. Bhd. dan Erama Records Sdn. Bhd.

Erama juga menyatakan keterujaan mereka untuk bekerjasama dengan syarikat Johan.

Kata Ketua Pegawai Operasi Erama, Shukor Ahmed: "Pelancaran album VOU sangat sesuai untuk bulan Ramadan dan hari raya serta mengisi kekosongan Quality Islamic Content untuk keluarga dan kanak-kanak di Malaysia."

Sempena bulan Ramadan ini juga syarikat Erama mengadakan promosi menjual lagu-lagu VOU dengan hanya RM1 setiap satu secara dalam talian di portal mereka.

"Apa yang perlu dibuat pembeli harus 'Register On Line' dalam portal kami www.erama.tv dan membuat pembelian secara dalam talian menggunakan Erama Prepaid Cards," kata Shukor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bazaar Ramadan Karyawan

Posted:

Bazaar Ramadan Karyawan

Bazaar Ramadan Karyawan

Oleh HARYATI KARIM


PARA artis bergambar kenangan dengan Ismail Sabri.


SEMPENA bulan Ramadan, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) telah menyediakan tapak perniagaan buat artis terutamanya mereka yang bernaung di bawah persatuan tersebut.

Dikenali sebagai Bazaar Ramadan Karyawan dan julung kali diadakan, projek Karyawan itu nyata mendapat sambutan hangat daripada para artis. Daripada 60 tapak gerai yang disediakan, 10 gerai tersebut dikendalikan oleh artis termasuk Datuk Sarimah Ahmad, Atilia dan Jamal Abdillah.

"Matlamat Karyawan kali ini adalah untuk membantu para artis berniaga pada bulan Ramadan. Selain menambah pendapatan, cara ini juga dapat mendekatkan artis dengan peminat mereka," kata Presiden Karyawan, Datuk Freddie Frenandez pada majlis pelancaran bazar tersebut baru-baru ini.

Bazar yang terletak di River City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang menyempurnakan majlis pelancaran bazar itu menyifatkan program seumpama itu sangat berguna untuk persediaan masa depan para artis.


FREDDIE dan Sarimah bersama Ismail Sabri yang merasmikan pelancaran Bazaar Ramadan Karyawan.


"Artis veteran hari ini pernah popular satu masa dulu, hal yang sama akan berlaku pada artis muda kita sedikit masa lagi.

"Jika mereka tidak menyimpan dan berusaha untuk menambah pendapatan dari sekarang, apabila mereka jadi veteran siapa yang mahu tolong mereka jika bukan diri mereka sendiri.

"Kementerian memberi galakan dan sokongan setakat yang kami mampu, selebihnya terpulang kepada diri artis itu sendiri," kata Ismail.

Pada majlis yang sama, Bank Rakyat turut memberi sumbangan berjumlah RM20,0000 untuk dua rumah anak yatim baharu yang terletak di Bukit Jelutong serta 17 artis veteran yang bernaung di bawah Karyawan.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis termasuk Kilafairy, Roslan Shah, Neelofa, Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman dan Azza Elite.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bieber, Gomez berkuasa

Posted:

Bieber, Gomez berkuasa

Bieber, Gomez berkuasa


SELENA GOMEZ (tengah) memeriahkan suasana dengan persembahan konsertnya.


BERLANGSUNG pada 7 Ogos lalu, satu-satunya anugerah hiburan tahunan yang 'lari' daripada landasan formal kebanyakan anugerah sedia ada, Teen Choice Awards 2011, berlangsung dengan cukup meriah dan penuh kejutan.

Selain menjadi medan bakat-bakat muda diiktiraf secara serius mengikut kredibiliti mereka, anugerah ini mengangkat populariti seseorang artis untuk diberi anugerah.

Menariknya anugerah tersebut pada tahun ini, ia telah didominasi oleh pasangan muda yang sempat dikhabarkan sudah putus cinta baru-baru ini, Justin Bieber dan Selena Gomez.

Bieber telah menggondol empat penghargaan termasuk menjadi pemenang kategori Choice Twit kerana rajin menulis Twitter, Gomez yang membuat persembahan pada majlis itu tidak kurang hebat apabila membawa pulang lima anugerah termasuk anugerah Choice Music: Love Song: Love You Like A Love Song.


TAYLOR SWIFT menerima enam anugerah.


Hadir bersama dan kelihatan cukup mesra dengan asyik berpegangan tangan, saling berbisik serta berkucupan apabila nama mereka digelar sebagai pemenang, ia sekali gus menepis dakwaan tentang cinta mereka yang berantakan.

Bieber sendiri dalam satu temu bual selepas anugerah tersebut memberitahu: "Dia adalah gadis idaman semua orang. Dia baik, menarik dan memahami."

Sementara itu, Taylor Swift semakin mengukuhkan kehebatannya apabila menjadi 'juara' anugerah tersebut apabila membawa pulang enam anugerah sekali gus menjadikan dia sebagai pemenang paling banyak pada malam itu.

Penyanyi tersebut yang dipilih untuk menerima anugerah Ultimate Choice Award sebagai penghargaan istimewa atas jasa dalam dunia hiburan, Swift turut memenangi kategori Choice Music: Female Artist, Choice Music: Female Country Artist, Choice Music: Country Single dengan lagu Mean, Choice Break-Up Song untuk lagu Back to December, juga Choice Red Carpet Fashion Icon.


SELENA GOMEZ menerima anugerah bersama The Scene.


Bagi penyanyi 'segera' yang lahir dari laman sosial Youtube, Rebecca Black, walau dicemuh kerana tidak memiliki vokal yang bagus, nyata ia membawa keuntungan buatnya.

Pelantun lagu Friday yang berusia 14 tahun itu telah dipilih sebagai pemenang Choice Web Star.

Menambah keunikan terhadap majlis itu adalah ia turut mempunyai sebuah kategori baharu yang dibikin tidak mengikut landasan formal.

Ia adalah kategori Choice Vampire yang menyaksikan aktor Robert Pattinson menggondol anugerah tersebut dan mengetepikan puntianak-puntianak tampan yang lain termasuk Ian Somehalder dan Alexander Skarsgard.

Malah banyak lagi nama-nama besar lain dalam dunia hiburan Hollywood yang turut menerima pengiktirafan di dalam majlis tersebut.


BARISAN pelakon Glee meraikan kejayaan drama bersiri mereka.


Namun satu yang pasti, selain menang besar, ia adalah malam paling istimewa oleh pasangan Bieber-Gomez kerana mereka telah membuktikan khabar angin tentang hubungan mereka berakhir adalah palsu.

Sebaliknya, pada malam majlis tersebut, selain menunjukkan cinta mereka masih utuh, Teen Choice Awards 2011 menjadi medan mereka membuktikan pengaruh dan kredibiliti sebagai artis muda yang bukan calang-calang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved