Isnin, 8 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Adik-beradik teruskan resipi kejayaan

Posted:

Adik-beradik teruskan resipi kejayaan

Adik-beradik teruskan resipi kejayaan

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


SAJIAN beriani di JM Bariani House menggunakan resipi tradisi yang dihasilkan oleh pasangan Mustapa dan Jamilah.


SATU ketika dahulu, perniagaan nasi beriani, JM Bariani House Sdn. Bhd. hanyalah dijalankan secara suka-suka di hadapan rumah. Hari ini, perniagaaan yang dijalankan secara kecil-kecilan itu berubah menjadi empayar yang cukup popular dalam kalangan penggemar nasi beriani di Lembah Klang.

Perkembangan tersebut cukup membanggakan pengasas perniagaan itu iaiatu pasangan suami isteri, Mustapa Abdul Karim, 71, dan Jamilah Abu Bakar, 67. Apatah lagi, perniagaan tersebut kini dikendalikan oleh tiga putera kesayangan mereka yang menjadi tulang belakang perniagaan itu.

Lebih menarik, pasangan Mustafa dan Jamilah sanggup meninggalkan pekerjaan tetap mereka di Muar, Johor pada awal tahun 1980-an tanpa menoleh ke belakang. Semuanya dilakukan semata-mata ingin mengejar impian memulakan perniagaan di ibu kota.

Begitupun, dalam mencapai kejayaan yang dikecapi pada hari ini, mereka mengharungi pelbagai ranjau dan dugaan kerana menyangka memulakan perniagaan merupakan sesuatu yang mudah dilakukan tanpa perlu mempunyai latarbelakang perniagaan ataupun bidang masakan.

Pengarah Urusan JM Bariani House Sdn. Bhd., Zulkarnain Mustapa, 46, anak sulung pasangan itu berkata, ibu bapanya cukup meminati bidang masakan sehingga sanggup meninggalkan kerjaya tetap mereka dan berhijrah untuk memulakan perniagaan.


Zulkarnain menunjukkan antara hidangan utama yang ditawarkan di JM Bariani House.


"Ketika itu, ayah bertugas di Lembaga Letrik Negara (LLN), kini Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di Muar manakala emak pula bekerja sebagai guru. Keinginan mengejar cita-cita telah mendorong mereka meninggalkan pekerjaan tetap bagi memulakan perniagaan.

"Pembabitan awal dalam perniagaan dilakukan secara kecil-kecilan seperti menjual nasi lemak, air batu campur, karipap dan mi rebus," katanya sambil mengimbas kenangan lalu.

Bahkan, ia ibarat seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana sambutannya agak hambar. Mungkin, pada masa itu perniagaan kedua-dua ibu bapanya hanya beroperasi di hadapan rumah mereka.

Bagaimanapun, Zulkarnain menambah, perniagaan katering memenuhi seperti kenduri kahwin, keraiaan dan korporat secara kecil-kecilan yang dilakukan apabila berpindah di gerai seksyen 17 Shah Alam telah merubah segala-galanya.

Dia memberitahu, rezeki melalui perniagaan katering melimpah ruah sehingga perlu mencari lokasi baharu iaitu di Subang Jaya, Selangor bagi memastikan masakan dapat dilakukan lebih selesa dan sistematik selain dapat mengekalkan kualiti makanan.

Restoran pertama

"Menerusi perniagaan katering itu jugalah tercetus idea untuk membuka restoran yang terletak bersebelahan ruang masakan tempahan. Perniagaan restoran yang beroperasi di Seksyen 18, Subang Jaya dibuka tanpa dirancang pada tahun 1993.


MUSTAPA (duduk kanan) dan Jamilah bersama tiga anak lelaki mereka iaitu Zulkarnain (kiri), Zul Atfi (tengah) dan Abdul Hafiz.


"Saya masih ingat kami cuma mempunyai empat meja sahaja dan ia dibuka atas cadangan pelanggan-pelanggan yang mahukan kami membuka sebuah restoran," katanya.

Sambil memberitahu JM merupakan gabungan nama kedua-dua ibu bapanyanya, restoran yang terletak di Subang Jaya itu menyimpan pelbagai nostalgia.

Katanya, restoran yang pernah disewa daripada Uda Holdings Bhd. untuk bertapak dalam bidang perniagaan itu merupakan restoran pertama syarikatnya.

Selain Zulkarnain, perniagaan tersebut turut diuruskan oleh dua orang adiknya iaitu Abdul Hafiz, 43, dan Zul Atfi, 34.

Menyentuh mengenai keistimewaan nasi beriani, JM Bariani House, lelaki yang begitu ramah dengan pelanggan-pelanggan itu memberitahu ia adalah resipi air tangan orang tuanya.

"Mereka banyak menggunakan kaedah cuba-cuba untuk menyempurnakan adunan masakan nasi beriani tersebut.

"Tidak seperti sekarang, dahulu mereka memasak nasi beriani menggunakan kayu api dan memerlukan masa yang agak lama untuk mengekalkan kualiti serta cita rasa asli masakan tersebut," ujarnya ketika ditemui di JM Bariani House di Subang Jaya baru-baru ini.

Zulkarnain memberitahu, nasi beriani yang mereka hasilkan memiliki cita rasa dari Muar dan lebih ringan. Resipi tersebut tidak mencampurkan terlalu banyak ramuan rempah, kurang berminyak dan kurang pedas untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Tambahnya, nasi beriani Johor sememangnya mempunyai peminat tersendiri sehingga dapat mengekalkan perniagaan mereka hingga ke hari ini.

JM Bariani House popular dengan menu utama nasi beriani dan beriani gam dengan lauk pauk seperti daging kambing, lembu dan ayam dimasak dengan rempah beriani yang diadun sendiri.

Selain nasi beriani, JM Bariani House turut menawarkan mi bandung Muar, rojak petis, tauhu bakar dan banyak lagi. Sementara itu, Abdul Hafiz yang mengendalikan bahagian dapur berkata, setiap pekerja mempunyai kemahiran tersendiri dalam menguruskan masakan JM Bariani House.

"Ini bermakna kami mempunyai chef yang pakar dalam memasak nasi, lauk pauk dan sebagainya di bahagian dapur. Mereka juga telah diberikan ramuan dan catuan yang betul untuk mengekalkan cita rasa masakan.

"Selain daripada kepakaran yang dimiliki para pekerja, kita menggunakan bahan-bahan berkualiti bagi menjamin masakan mempunyai rasa sedap dan enak dinikmati," katanya yang mengambil jurusan arkitek di Amerika Syarikat.


JM Bariani House semakin berkembang dengan kini mempunyai 19 buah cawangan di sekitar Lembah Klang.


Dalam pada itu, Abdul Hafiz yang tidak memiliki kemahiran memasak sebelum ini memberitahu, mereka turut menggunakan kaedah dapur berpusat untuk memastikan cita rasa dan kualiti yang diguna pakai sejak dahulu dapat dikekalkan sehingga hari ini.

Sebagai contoh, Abdul Hafiz menjelaskan mereka masih menggunakan dapur api gas yang menggunakan periuk besar untuk memasak lauk-pauk.

"Walaupun tidak sama seperti menggunakan kayu api, dia memberitahu, ia masih dapat mengekalkan aroma dan cita rasa sama seperti masakan ayah memasak dahulu.

"Pendekatan dapur berpusat digunakan untuk memastikan setiap francais kami memperoleh makanan yang mempunyai kualiti sama untuk disajikan kepada pelanggan-pelanggan mereka," ujarnya lagi.

Katanya, menceburi bidang perniagaan ini, kualiti dan cita rasa amat penting untuk memastikan pelanggan-pelanggan sentiasa berpuas hati dengan sajian yang dinikmati mereka.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, Perbadanan Nasional Bhd. Banyak membantunya dalam bidang francais.

Buat masa ini, syarikatnya sudah menghentikan permohonan membuka restoran itu secara francais buat sementara waktu disebabkan kemudahan dapur berpusat yang terhad.

Katanya, kemudahan memasak yang dimiliki syarikat itu, hanya mampu menampung keperluan untuk 20 cawangan sahaja.

Bagaimanapun, JM Bariani House berharap mampu berkembang di luar Lembah Klang menerusi kemudahan pusat masakan baru yang lebih moden dengan kapasiti yang lebih besar dalam masa terdekat.

Untuk mengetahui lokasi-lokasi JM Bariani House boleh melayari laman web www.jmbariani.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Yogurt makanan warisan Bulgaria

Posted:

Yogurt makanan warisan Bulgaria

Yogurt makanan warisan Bulgaria


KEBANYAKAN biara di Bulgaria menghasilkan dan menjual yogurt tradisional.


PADA hari Sabtu minggu kedua pada bulan Julai lalu, kira-kira 20 lelaki dan wanita berdiri di belakang pasu dan balang yogurt buatan sendiri di kelab pesara Tran. Masing-masing berdebar menunggu pengumuman para juri mengenai resipi asli yogurt mereka.

Setiap tahun pada pertengahan Julai, pekan kecil Tran yang terletak di kaki bukit pergunungan Balkan berhampiran sempadan Bulgaria dan Serbia itu akan meraikan seni membuat yogurt sambil memperingati saintis tempatan yang menemui bakteria yang menukar susu dalam bentuk separa pejal dan masam.

Malah, yogurt dilihat sebagai sejenis makanan yang dikenali sebagai gastronomi mutiara warisan Bulgaria.

Tanpa menghiraukan gemuruh ucapan dan tarian rakyat yang berlangsung di dataran utama, seorang guru bersara, Evgenia Dimitrova dan pasangannya memilih untuk bersaing dalam menghasilkan yogurt terbaik. Yogurt tersebut dihasilkan daripada susu kambing, biri-biri, lembu dan kerbau.


Susu yang digunakan untuk membuat yogurt ditapis terlebih dahulu.


"Saya mewarisi resipi membuat yogurt daripada ibu yang sebelum itu ibu mewarisinya daripada nenek. Saya tidak pernah lupa untuk menyimpan sesudu yogurt untuk digunakan dalam proses menapai bagi susu keesokan harinya," kata Dimitrova yang berasal dari perkampungan Lomnica.

Resipi asli

Resipi asli Dimitrova untuk yogurt susu kambing dengan daun selasih dan thyme telah memenangi hadiah utama dalam kategori produk tenusu.

Bulgaria berbangga dengan penemuan yogurt sehingga sanggup memberikan namanya kepada bakteria yang menjadikan makanan tersebut iaitu Lactobacillus bulgaricus (LLB).

"Didihkan susu untuk membunuh bakteria jahat. Apabila ia menjadi suam, tambah sesudu yogurt dan kacau. Kemudian tutup balang tersebut dan balutkan.

"Dalam masa tiga jam, yogurt sedia untuk dinikmati," ujar Stamen Tsvetkov menerangkan proses menyediakan yogurt. Keluarga Tsvetkov telah memenangi hadiah untuk yogurt susu kambing biri-biri terbaik di Tran.

Tambahnya, ketebalan yogurt bergantung kepada haiwan dan hasil ragutan yang mereka peroleh di padang ragut. Jika padang ragut mempunyai rumput yang kering, ia menjadikan yogurt lebih tebal berbanding padang ragut dengan rumput lebih hijau. Sementara itu, biri-biri dan kerbau pula memberikan susu yang lebih lemak berbanding lembu dan kambing.

Yogurt tradisional


YOGURT buatan sendiri ini cuba dirasai oleh seorang lelaki pada acara meraikan hari pembuatan yogurt tradisional.


Ketika penduduk kampung menjual sejumlah kecil yogurt buatan sendiri kepada rakan-rakan dan jiran tetangga, banyak biara di Bulgaria telah mula menghasilkan dan menjual yogurt tradisional.

Biara Zhableno di barat Bulgaria contohnya menyediakan 750 kilogram yogurt susu lembu yang amat popular dalam kalangan penduduk tempatan dalam tempoh seminggu dan menjualnya di Sofia.

"Sesiapa yang telah merasai yogurt buatan sendiri pasti tidak gemar untuk menggunakan produk yogurt perindustrian yang ditambah dengan ketebalan dan pewarna tiruan.

"Yogurt asli tidak boleh terdiri daripada apa-apa sahaja, tetapi bakteria Bulgaria yang digunakan dalam proses penapaian tidak wujud di tempat lain kecuali di sini," kata paderi Kliment yang bertanggungjawab bagi pengeluaran yogurt di biara tersebut sekali gus mengulangi mitos yang tersebar luas itu.

Bakteria LBB yang digunakan untuk membuat yogurt ditemui oleh Stamen Grigorov, iaitu pelajar perubatan kelahiran wilayah Tran sewaktu mengkaji tentang tabiat makanan di pergunungan Rhodope di selatan Bulgaria.


SEORANG paderi menyejukkan yogurt tradisional yang dihasilkan di biara.


"LBB dan satu lagi bakteria, Streptococcus thermophilus sangat diperlukan dalam penghasilan yogurt," tegas cucu saintis tersebut, Julia Grigorova.

Tetapi persoalan tentang siapa yang membuat yogurt pertama dan siapa yang memperkenalkan kepada siapa semasa pemerintahan zaman Uthmaniyyah terus menjadi topik perbahasan antara Bulgaria dan Turki, yang kedua-duanya gemarkan ayran. Ayran merupakan sejenis minuman segar yang diperbuat daripada yogurt dan air sejuk.

Bagi Zdravko Nikolov, ketua makmal di Institut Yogurt LBBulgaricum, jawapannya jelas.

"Bulgaria adalah tanah air yogurt memandangkan di sini hanya simbiosis LLB dan Streptococcus thermophilus dibangunkan secara semula jadi.

"Di tempat lain di Eropah, simbiosis kedua-dua mikroorganisma tersebut diperoleh menerusi buatan manusia dan tidak asli," katanya.

Rakyat Bulgaria menggunakan 135,000 tan yogurt setiap tahun dan produk itu adalah sebahagian daripada kebanyakan hidangan tradisional seperti yogurt tarator sejuk dan sup timun, salad yogurt Snow White, timun jeruk, bawang putih dan walnut. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Op Pasir gantikan Op Padan

Posted:

Op Pasir gantikan Op Padan

Op Pasir gantikan Op Padan

Oleh RAIS YEOP JOHARI



SEJAK Operasi Pasir (Op Pasir) dilancarkan pada 18 September 2000 kira-kira 11 tahun lalu di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) keselamatan perairan dan kepulauan di kawasan pantai utara dan timur Sabah berjaya didaulatkan kembali.

Peranan MAB menerusi Op Pasir berjaya mengatasi masalah pencerobohan dan penculikan di kawasan berkenaan yang sebelum itu dihantui dengan dua tragedi kes penculikan membabitkan Kumpulan Abu Sayaf pada April dan September 2000.

Op Pasir yang menggantikan Op Padan mengambil singkatan lokasi insiden kes penculikan tersebut yang berlaku iaitu di Pulau Sipadan dan Pulau Pandanan Resort.

Usaha MAB itu sekali gus mengembalikan semula keyakinan pelancong luar terhadap tahap keselamatan kawasan perairan dan kepulauan di Sabah terutamanya dalam kalangan pencinta aktiviti menyelam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, ketika ini kawasan operasi di bawah kawal selia MAB meliputi 22 buah pulau dan 11 kawasan pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau di timur Sabah sehingga Kudat yang terletak di utara.

Ketumbukan MAB pada masa ini diperkuatkan dengan 1,500 pegawai dan anggota tentera Malaysia yang memantau perairan Sabah menggunakan radar canggih, kapal terbang tanpa pemandu, helikopter dan bot-bot pemintas.

Dalam lawatan ke Pangkalan Operasi Hadapan Op Pasir di Kem Kukusan di Tawau yang turut disertai media, Ahmad Zahid membayang tanggungjawab MAB akan diperluaskan ke Laut China Selatan kerana kemungkinan konflik ekoran tuntutan bertindih beberapa negara di perairan tersebut.


SERAMAI 1,500 pegawai dan anggota MAB bersiap siaga memantau keamanan di perairan Sabah.


"Op Pasir bukan sahaja menjaga aset negara tetapi, dalam masa lima tahun atau satu dekad akan datang MAB akan jadi lebih penting kerana kawasan-kawasan konflik yang dijangka timbul di Laut China Selatan.

"Operasi MAB ketika ini menjamin keselamatan negara terutamanya di kawasan berpulau di Laut Sulu. Jika tiada MAB kawasan ini memang menjadi kawasan sensitif khususnya aktiviti pelanunan," katanya.

Siap siaga menjaga Spratly

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid menjelaskan, negara-negara Asia Tenggara yakin perairan Spratly di Laut China Selatan bakal menjadi rebutan pada masa depan kerana potensi ekonomi dan simpanan petroleum di kawasan itu yang dianggarkan mengandungi 300 bilion tong minyak dan 600 bilion kubik padu gas.

"Kita tidak mahu Laut China Selatan menjadi kawasan konflik," tegas beliau.

Menurut Ahmad Zahid, selain rundingan pelbagai hala beliau mencadangkan supaya tuntutan bertindih di Spratly diselesaikan dengan cara yang lebih menguntungkan dengan cara menubuhkan Special Purpose Vehicle iaitu pembentukan sebuah 'syarikat' yang dikongsi bersama dengan penyertaan ekuiti dari seluruh negara ASEAN terlibat.


DEMONSTRASI menyelamatkan tebusan yang pertontonkan oleh Pasukan Khas Laut (PASKAL) di Pulau Siamil dan Program Jiwa Murni ATM di Pulau Danawan.


Lawatan yang disertai Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin turut menerangkan kepada media mengenai Sistem Pengawasan Op Pasir atau Joint Regional Command Centre (JRCC) yang terdapat di MAB. Ia bertindak sebagai pusat pemantauan semua maklumat pengawasan di kawasan tanggungjawab Op Pasir menerusi aset Unmaned Aerial Vehicle (UAV) atau pesawat terbang tanpa pemandu.

Maklumat-maklumat yang diperoleh melalui radar sloop atau real time video akan dipancarkan secara langsung ke JRCC iaitu Pangkalan Operasi Hadapan Op Pasir.

"Dalam pelaksanaan Op Pasir, salah satu kaedah yang digunakan adalah untuk mengoptimumkan penggunaan Government Integrated radio Network (GRIN) atau Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan.

"GRIN adalah sebuah projek sistem komunikasi bersepadu seluruh negara dan ia merupakan rangkaian radio digital bersepadu yang dibangunkan untuk agensi-agensi keselamatan, penguatkuasaan dan kecemasan yang berkongsi prasarana tetapi masih mengekalkan autonomi setiap agensi," kata Ahmad Kamarulzaman.

Program jiwa murni


SELEPAS 11 tahun menjaga keselamatan perairan Sabah tiada lagi kes penculikan seperti yang pernah berlaku di Pulau Sipadan.


Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, peranan MAB bukan sekadar untuk menjalankan tugas-tugas operasi ketenteraan, malah melaksanakan program-program jiwa murni untuk mengukuhkan tali persaudaraan dengan warga tempatan di Pulau Danawan di timur perairan Sabah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Danawan, Abd. Ghani Mahajud, 51, berkata, sepanjang tentera bertugas di pulau tersebut dan kawasan sekitar, nyata ia memberi kestabilan serta keamanan di mana tiada kes-kes pencerobohan berlaku.

"Ketenteraman penduduk di kampung ini sudah selesa sejak mereka (tentera) bertugas di sini. Tiada lagi kes penculikan mahupun rompakan di laut dan penduduk kampung rata-rata sebagai nelayan bebas melakukan aktiviti harian mereka.

"Sebagai ketua (Pengerusi JKKK) saya amat berterima kasih kepada ATM yang berkhidmat menjaga kesejahteraan kami di sini," katanya.

Tambah Abd. Ghani, daripada 1,706 penduduk kampung di Pulau Danawan lebih kurang 200 daripada jumlah itu adalah penduduk berstatus penduduk sementara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Replika pedang bangkit keinsafan

Posted:

Replika pedang bangkit keinsafan

Replika pedang bangkit keinsafan

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF


SALAH satu replika pedang sahabat yang terdapat di Pameran Pedang Rasulullah dan Sahabat di Taman Seni Islam Selangor.


TAKTKALA pertama kali melangkah masuk ke dalam 'rumah' Rasulullah SAW, aura hati para pengunjung tentu mula terasa syahdu. Mereka seolah-olah menjadi tetamu istimewa Rasulullah biarpun sebenarnya baginda sudah meninggalkan kita ribuan tahun dahulu.

Terasa indah apabila dapat meneroka ke segenap ruang rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.

Baju Rasulullah yang tergantung dan beberapa herba termasuk habbatussauda tersusun rapi di dalamnya meningkatkan lagi rasa kecintaan terhadap baginda.

Melihat ke arah bumbung pula, perasaan sayu seketika kerana hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah.

Walaupun semua itu sekadar buatan semula, namun ia mampu memberi gambaran kehidupan yang sangat sederhana yang pernah dilalui oleh seorang hamba, pesuruh Allah dan juga pemimpin agung umat manusia bernama Nabi Muhammad.


SALAH satu replika pedang sahabat yang terdapat di Pameran Pedang Rasulullah dan Sahabat di Taman Seni Islam Selangor.


Tiada perabot mewah atau hiasan mahal tetapi, dari rumah itulah berlaku perubahan yang besar ke seluruh muka bumi apabila nur Islam terpancar buat pertama kalinya.

Replika itu telah dipertontonkan sempena Pameran Pedang Rasulullah SAW dan Sahabat dan Replika Kediaman Rasulullah SAW yang berlangsung selama sebulan mulai 8 Julai lalu di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Yayasan Restu, Shah Alam, Selangor.

Ia merupakan replika dalaman Nabi Muhammad di Mekah berdasarkan maklumat yang pernah disampaikan oleh para sahabat baginda tentangnya.

Zaid Ibn Thabit pernah meriwayatkan bahawa Anas bin Malik r.a, khadam Rasulullah pernah memperlihatkan kepadaku tempat minum Rasulullah yang diperbuat daripada kayu keras yang dipateri dengan besi, lalu Anas berkata;

"Wahai Ibnu Thabit, inilah tempat minum Rasulullah. Dengan gelas kayu itulah Rasulullah minum air, perahan kurma, madu dan susu." (al-Tirmizi).

Mendekati cara hidup Baginda


SULTAN SHARAFUDDIN diiringi Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa (kiri) melihat salah satu replika pedang yang terdapat dalam pameran.


Konsep pameran anjuran Yayasan Restu itu benar-benar menarik minat para pengunjung agar kembali kepada sejarah perjalanan hidup baginda Nabi Muhammad dengan melihat sendiri pelbagai khazanah yang dipakai, diguna dan dimiliki oleh Rasulullah.

"Tersentuh hati ini seolah-olah air mata tidak mampu tertahan lagi apabila dapat melihat sendiri 'rumah' Rasulullah yang tercinta."

Kata-kata itu diungkap oleh seorang pengunjung, Khairul Ammar, 22, yang pertama kali dapat menyaksikan sendiri pameran seumpama itu yang disifatkan sebagai satu pengalaman berharga sepanjang hidupnya.

Katanya, walaupun Rasulullah tinggal di sebuah rumah yang sederhana namun, baginda mampu merubah dunia ke arah yang diredai Allah dan umat Islam pada masa kini perlu mencontohinya dalam memartabatkan agama Islam.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Yayasan Restu, Pauziah Pauzi berkata, pameran sempena Festival al-Quran dan Kesenian Islam itu adalah inisiatif ke arah menyemarakkan pembudayaan al-Quran dan al-Sunnah dalam kalangan masyarakat

"Menerusi pameran ini, ia dapat memupuk rasa kecintaan yang tinggi kepada junjungan besar Nabi Muhammad," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pedang Rasulullah


Seorang ibu membawa anak-anaknya melihat koleksi al-Quran yang asli atau disalin semula untuk pameran di Yayasan Restu.


Selain rumah Rasulullah, Fauziah memberitahu, orang ramai berpeluang menyaksikan kehebatan 12 bilah replika pedang milik Rasullullah dan para sahabat yang baru tiba dari Brunei selepas kesemua artifak itu dipamerkan di negara tersebut.

Pedang-pedang yang menjadi kesayangan baginda adalah Al-Ma'tsur, Al-Qadib, Al-Battar, Al-Hatf dan Al-Qal'i yang masing-masing mempunyai kisah tersendiri.

Al-Ma'tsur adalah pedang yang dimiliki Rasulullah sejak muda sebelum baginda menerima wahyu pertama di Mekah.

Pedang sepanjang 99 sentimeter yang diperbuat daripada emas dan berbentuk berupa ular tersebut sentiasa berada di tangan baginda baik ketika di Mekah mahupun semasa berhijrah ke Madihah.

Pedang Al-Qadib juga mempunyai sejarah tersendiri apabila ia yang dimiliki oleh baginda digunakan untuk mempertahankan diri ketika dalam pelayaran.

Bagaimanapun disebut dalam buku-buku sejarah bahawa baginda tidak pernah menggunakan pedang sepanjang 100 sentimeter itu di medan peperangan.

"Pameran pedang ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat secara dekat sejarah perjuangan menegakkan Islam.

"Walaupun ia juga sekadar replika pedang namun saiz, bentuk dan ukiran yang direka cipta pada setiap koleksi adalah menyamai dengan pedang yang sebenar," ujar Pauziah lagi.

Antara pedang milik para sahabat pula termasuk pedang Ja'afar Ath-Thayyar yang digunakan untuk membunuh malah, sesiapa sahaja yang terkena tikaman mangsa akan rebah serta-merta.

Panjang pedang itu ialah 140 sentimeter dan berat 2,854 gram.

Tapak kaki dan selipar


SELIPAR Rasulullah yang menggunakan tali diletakkan di antara dua jari kaki.


Setelah menatap satu persatu koleksi pedang, pengembaraan rohani diteruskan lagi dengan alatan busur panah yang merupakan salah satu lagi senjata selain daripada pedang.

Busur panah itu digunakan di medan pertempuran semasa menunggang kuda dan pasukan yang terlibat dianggap tinggi kedudukannya dalam tentera Islam.

Selain itu, tidak lengkap seandainya pengunjung tidak dapat menatap sendiri replika tapak kaki Rasulullah sepanjang pada pameran itu diadakan.

Menurut riwayat bahawa jari-jari kedua-dua tapak kaki baginda adalah tebal kerana Rasulullah berjalan dengan kuat seolah-olah berjalan di permukaan yang menurun.

Lebih menakjubkan, apabila tapak kaki baginda yang panjang dan berkulit licin menyusun langkah, air mudah mengalir ke atasnya.

Di sini timbul pula persoalan bagaimana bentuk selipar Rasulullah dan diriwayatkan dalam hadis Rasulullah bahawa Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik tentang perkara itu.

Anas mengatakan bahawa selipar Rasulullah menggunakan dua buah qibal (pelana selipar) iaitu batas depan selipar berupa tali yang diletakkan antara dua jari kaki.

Menurut riwayat Al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah melarang berjalan hanya dengan memakai sebelah kasut atau selipar sebaliknya hendaklah memakai kedua-duanya atau menanggalkan kedua-duanya.

Dalam pameran itu, para pengunjung juga bertuah kerana dapat menatap dua tongkat iaitu Tongkat Nabi Musa a.s dan Tongkat Nabi Muhammad SAW yang mungkin tidak pernah dilihat di tempat lain sebelum ini.

Menurut ahli ilmu, berdasarkan perkhabaran lampau bahawa di hujung tongkat Nabi Musa mempunyai dua cabang melengkung dan terdapat banyak keistimewaan antaranya boleh bertukar menjadi ular.

Di samping itu, tongkat itu mampu membelah laut agar baginda dan pengikutnya dapat menyeberangi untuk menyelamatkan diri daripada serangan firauan dan tenteranya.

Nabi Muhammad pula memakai tongkat sebagai pakaian seharian baik ketika berjalan mahupun beribadat.


REPLIKA tongkat Nabi Musa (kiri) dan tongkat Nabi Muhammad.


Para Khulaffa Ar-rasyidin, wali dan ulama zaman dahulu menggunakannya meskipun badan mereka masih sihat kerana dengan memakainya ia sebagai sunnah Rasulullah.

Meningkatkan semangat

Menurut Pauziah, koleksi pelbagai jenis al-Quran lama yang asli dan disalin semula sambil diiringi dengan alunan bacaan al-Quran dan penerangan oleh pegawai galeri turut memberi impak besar di hati pengunjung yang hadir.

Katanya, al-Quran adalah kebenaran sebagai Kalam Allah buat selama-lamanya walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi pada masa kini. Umat Islam akhirnya akan kembali semula kepada al-Quran sebagai petunjuk yang benar.

"Pameran ini sudah pasti meningkatkan semangat dan keazaman yang tinggi buat seluruh umat Islam bagi menjadikan Ramadan kali ini sebagai bulan ibadat yang paling berkualiti," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bakul besi balang kuih

Posted:

Bakul besi balang kuih

Bakul besi balang kuih

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


BAKUL meletakkan balang kuih yang diperbuat daripada besi disalut warna emas.


MENJELANG Aidilfitri, setiap kediaman pasti tercari-cari ilham dekorasi untuk kediaman masing-masing.

Tidak ketinggalan juga dengan pilihan biskut-biskut raya yang ingin dihidangkan kepada tetamu yang bertandang.

Dalam hal ini, ada yang cerewet terhadap pemilihan bekas atau botol kuih. Ada yang suka memilih botol yang sarat dengan corak, tidak kurang pula yang lebih cenderung memilih bekas kuih yang pelbagai bentuk.

Bagaimanapun, merujuk kepada trend semasa, itu semua kini ditolak ke tepi. Sebaliknya, wanita urban kini semakin gemar meletakkan balang kuih di atas bakul besi unik untuk menyerlahkan penampilan hidangan.

Pengurus Ebiza Sdn. Bhd., Sapura Mohd. Othman berkata, tempahan untuk inovasi terbaharu itu semakin mendapat sambutan terutama kepada keluarga yang mementingkan hiasan dalaman sofistikated.

"Mereka bukan saja mementingkan sofa, meja makan atau alat perhiasan, sebaliknya mereka yang teliti menitikberatkan hal-hal berhubung bakul yang akan dihidangkan bersama balang kuih raya," katanya ketika ditemui di Kompleks Kraf, Jalan Conlay baru-baru ini.


SYARIKAT Ebiza turut menghasilkan hiasan unik untuk memegang pinggan.


Terdapat pelbagai corak dan saiz yang ditampilkan oleh syarikat itu. Ada berbentuk bulat dan ada yang berbentuk segi empat tepat. Jika mahu ringkas, anda boleh memilih inovasi bakul yang mempunyai lima ruang atau pun enam ruang serentak.

Terkini, kata Sapura, para pelanggannya lebih gemar memilih besi yang disalut warna putih berbanding warna emas atau perak.

Apatah lagi, bakul memegang botol kuih itu tidak berat kerana menggunakan logam yang ringan dan tahan lama, jadi ia mudah untuk digunakan.

"Sebenarnya setiap satu bekas, kita hanya buat satu set saja, bermakna ia eksklusif untuk satu pelanggan saja.

"Pada masa sama, kita juga menerima tempahan daripada pelanggan yang mahu rekaan mereka dibentuk oleh kami," katanya sambil memberitahu setiap tahun, syarikatnya akan mengetengahkan corak baharu dan lebih kontemporari.


ANDA boleh menempah rekaan sendiri untuk hiasan rumah.


Selain bakul atau tempat meletak balang kuih, syarikat Ebiza turut menawarkan inovasi lain yang diperbuat daripada material besi seperti tempat meletak pinggan, bekas tisu, bekas potpori, bekas meletak kek cawan, rak majalah, bekas meletak minuman dan banyak lagi.

Anda digalakkan membuat tempahan dua minggu awal jika anda ingin corak anda direalisasikan syarikat itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Menyamar untuk dapatkan berita

Posted:

Menyamar untuk dapatkan berita

Menyamar untuk dapatkan berita

TERJUN dalam bidang kewartawanan ternyata membuka mata penulis betapa kerjaya ini bukan hanya sekadar memerlukan penulis membawa sebatang pen dan sekeping buku nota ke hulur ke hilir.

Apatah lagi, bertugas dalam sebuah organisasi akhbar yang memperjuangkan kepentingan pengguna, ia menuntut semua wartawan Kosmo! sentiasa bersiap sedia mencabar diri dalam apa jua keadaan.

Laporan berita dalam bentuk penyiasatan antara tugasan yang paling mencabar kerana ia menuntut kami para wartawan bersedia untuk membuat penyamaran demi membongkar sesebuah berita eksklusif.

Memutar waktu pada awal 2006, ketika itu masih muda lagi dalam arena kewartawanan. Menerima tugasan seperti itu sememangnya antara tugasan yang dinanti-nantikan walaupun ia mengundang bahaya untuk keselamatan diri. Namun, itulah antara keseronokan mencabar diri dalam bidang ini.

Ketika itu antara tugasan penyiasatan awal penulis adalah krisis bekalan air kotor di Lembah Klang yang heboh dijaja sana-sini. Semua media cetak dan elektronik masing-masing kalut mencari bahan berita eksklusif terbaik untuk dipaparkan.

Tidak hanya mahu melontarkan soalan kepada menteri berkenaan atau syarikat yang menguruskan air, penulis diarahkan untuk mencari punca sebenar bekalan air menjadi kotor. Itu tugasan yang terpikul atas bahu ini dan ia perlu dilunaskan.

Hanya dengan sedikit pembayang mengenai lokasi-lokasi kawasan tempat pembuangan sampah yang dikatakan menjadi punca air kotor di Hulu Selangor, pencarian terhadap tempat tersebut bermula.

Selepas bersusah-payah mencari tempat yang ingin dituju, berhujan panas meninjau dari satu lokasi ke satu lokasi pencarian itu berakhir apabila penulis menemui kawasan pembuangan sampah yang tidak teratur dan terdapat kesan air hitam mengalir ke sungai berdekatan.

Tanpa membuang masa, bersama jurufoto, Mohd. Najib Mohd. Noor kami terus merakam landskap kotor tersebut untuk dijadikan bahan bukti mengenai dakwaan terhadap tempat tersebut untuk dipaparkan dalam akhbar.

Kelekaan itu bagaimanapun terhenti seketika apabila kami disergah oleh seorang pegawai wanita syarikat penyelenggara sampah-sarap yang musykil dengan tindak-tanduk kami.

"Saya pelajar dari Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Mara, datang nak buat kajian mengenai struktur tanah di kawasan ini," jawab penulis selepas diajukan soalan mengenai latar belakang kami.

Ketika itu, kami terpaksa menyamar sebagai pelajar untuk memastikan kami bukan sahaja tidak tertangkap bahkan, kalau untung sabut kami boleh mendapat lebih maklumat daripada pegawai tersebut.

Disebabkan kami ketika itu sememangnya baru pun setahun dua menamatkan pengajian di universiti, penyamaran sebagai pelajar mudah membuatkan dia percaya. Pegawai itu tanpa banyak soal kemudian terus meninggalkan kami.

Kami pulang petang itu dengan kelegaan bukan sahaja kerana berjaya menyelesaikan misi membongkar salah satu sebab pencemaran air di Lembah Klang, bahkan kerana berjaya mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa penyamaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Rangka wanita Perancis di gua

Posted:

Rangka wanita Perancis di gua

Rangka wanita Perancis di gua

Oleh NUR AISHAH AMIN, NOR SHAFAWATI YUP dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
berita@kosmo.com.my



KUANTAN - Wanita Perancis yang hilang tiga bulan lalu selepas melancong ke Pulau Tioman dekat sini ditemui dibunuh kejam dengan mayat mangsa ditanam dalam sebuah gua di Kampung Tekek di pulau peranginan itu semalam.

Mayat Stephanie Foray, 30, yang belum berkahwin ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada 24 Julai lalu.

Mayat mangsa ditimbus dalam lubang di gua itu sedalam tiga meter dan polis mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan rangka dipercayai milik Stephanie.

Seorang daripada suspek itu merupakan seorang ahli perniagaan berumur 44 tahun yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu.

Mengikut laporan sebuah akhbar sebelum ini, mangsa tiba di pulau itu dengan feri pada 10 Mei lalu melalui jeti Mersing di Johor dan didakwa tinggal di pondok milik ahli perniagaan itu.

Sejak masuk ke pulau itu, tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pusat peranginan tersebut sama ada melalui jalan air atau udara.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan daripada atase Perancis di Singapura mengenai kehilangannya pada 27 Jun lalu.

Mengikut satu sumber, Stephanie sebelum ini kerap berhubungan dengan keluarganya di Perancis melalui e-mel.

"Namun selepas keluarga mangsa tidak menerima kiriman e-mel mangsa dalam tempoh yang lama, mereka membuat laporan kepada atase Perancis di Singapura," kata sumber itu.

Polis kemudian menghebahkan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai pegawai komunikasi di Perancis melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan suspek pertama, seorang ahli perniagaan. Lelaki itu ditahan selepas polis berjaya mengesan penggunaan telefon bimbit milik mangsa oleh suspek terbabit.

Beberapa hari selepas penahanan ahli perniagaan itu, polis kemudian menahan sepupu kepada suspek pertama itu yang memiliki sebuah kebun.

Suspek pertama didakwa penduduk kampung pernah menaiki motosikal bersama Stephanie.

Sumber itu memberitahu, soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan satu rangka manusia ditimbus dengan batu-batan di dalam sebuah gua di kampung tersebut. Jarak gua dengan pondok didiami mangsa ialah 100 meter.

Turut ditemui bersama rangka dipercayai milik Stephanie adalah sebuah bantal dan tilam serta cebisan pakaian.

Mangsa dipercayai dibunuh tiga bulan lalu ketika dia tinggal di pondok milik suspek pertama.

Mayat mangsa kemudian ditimbus dalam gua di belakang tempat pondok tersebut.

Motif pembunuhan masih disiasat. Polis juga menyiasat kemungkinan mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek itu.

Mangsa dikatakan tiba di ibu negara pada 5 Mei lalu dengan sebuah penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ke Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur.

Selepas itu, mangsa pergi ke Melaka dan pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka.

Sementara itu, sumber Kedutaan Perancis di Malaysia ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai Stephanie.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tujuh korban tanah runtuh

Posted:

Tujuh korban tanah runtuh

Tujuh korban tanah runtuh

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI dan MOHD. AZLI ADLAN
berita@kosmo.com.my


PASUKAN penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highlands kelmarin.


CAMERON HIGHLANDS - Enam sekeluarga disahkan antara tujuh mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di sini kelmarin.

Enam sekeluarga itu ialah Jaafar Balad, 48; isterinya, Normah Gunung, 51; anaknya, Mohd. Ikbal, 15; menantu, Yusniza Yusof, 22; adik ipar, Sara a/p Gunung, 37; dan ibu mentua, Normadiah Lasik, 69.

Turut terkorban dalam tragedi pukul 5.45 petang di perkampungan yang telah diduduki lebih 40 tahun lalu ialah jiran mereka, Mat Ali a/l Ah San, 50.

Dua lagi penduduk lain, Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, dan Serry Priary a/p Saari, 15, pula cedera parah. Mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Seorang penduduk Aida Uda, 29, memberitahu, kejadian tersebut begitu menakutkan kerana dalam sekelip mata, tiga buah rumah jirannya ranap dihempap tanah yang turut membawa pusaran air dan pokok.

Katanya, dia melihat Bah Anjang Besar terpelanting keluar dari rumahnya sebelum diselamatkan manakala yang lain hilang 'ditelan' tanah.

"Ketika kejadian saya dan dua anak sedang tidur sebelum hujan turun disusuli bunyi guruh seperti letupan hingga menggegarkan rumah saya di lereng atas.

"Tanpa berlengah saya membawa dua anak untuk lari dan sebaik membuka tingkap, saya lihat air deras bergulung-gulung yang turut membawa pokok dan tanah menghempap rumah yang berada di bawah," ceritanya.

Ibu Jaafar, Munjut a/p Kelet, 70, berkata, dia terpaksa menggunakan tangannya untuk menggali tanah bagi menyelamatkan ahli keluarganya tetapi gagal.


KAKITANGAN hospital mengangkat mayat salah seorang mangsa tanah runtuh.


Katanya, ketika kejadian dia berada di rumah lain berdekatan rumah Jaafar.

"Ketika lari, saya sempat tinjau rumah Jaafar dan terperanjat kerana ia telah lenyap. Saya kemudian menggali tanah dengan tangan untuk menyelamatkan mereka yang tertimbus namun gagal," ceritanya.

Tambahnya, dua cucunya, Sukarnain, 18 dan Norfifah, 20, terselamat kerana berada di rumah ketika kejadian.

Menurut Munjut, semasa kejadian, Jaafar, Normah dan Mohd. Ikbal yang baru setahun memeluk Islam sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Wan Zahari Wan Busu berkata, seramai 100 anggota keselamatan dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat. Mayat pertama yang ditemui ialah Normadiah pada pukul 6.15 petang.

"Seterusnya kita menemui mayat Mat Ali pada pukul 10.32 malam dan mayat Jaafar dua jam kemudian. Tidak lama kemudian, kita menemui mayat Mohd. Ikbal, Sara, Normah dan Yusniza," katanya yang memberitahu dua mangsa yang terselamat ditemui oleh penduduk pada awal kejadian.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata dan didiami 1,300 penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bonus setengah bulan untuk kakitangan awam, pesara

Posted:

Bonus setengah bulan untuk kakitangan awam, pesara

Bonus setengah bulan untuk kakitangan awam, pesara

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


22 komando AS maut di Afghanistan

Posted:

22 komando AS maut di Afghanistan

22 komando AS maut di Afghanistan


GAMBAR fail menunjukkan sebuah helikopter Chinook di sebuah pangkalantentera di daerah Arghandab, Afghanistan.


KABUL - Para pemberontak menembak jatuh sebuah helikopter tentera dalam satu pertempuran di timur Afghanistan menyebabkan 30 rakyat Amerika Syarikat (AS) mati, kata beberapa pegawai AS kelmarin.

Kebanyakan yang mati itu ialah anggota komando Tentera Laut AS iaitu unit SEAL.

SEAL merupakan unit komando elit yang bertanggungjawab melakukan serbuan ke atas persembunyian Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak pada awal tahun ini.

Seramai 22 anggota komando SEAL itu terbunuh dalam nahas helikopter tersebut.

Namun, mereka tidak terlibat dalam operasi membunuh Osama pada Mei lalu. Bangkai helikopter itu bertaburan di lokasi kejadian, kata seorang jurucakap Taliban.

Seorang pegawai kanan pentadbiran AS di Washington menyatakan helikopter berkenaan telah ditembak.

Presiden AS, Barack Obama menyatakan kematian anggota-anggota itu merupakan peringatan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki dan wanita yang berkhidmat dalam ketenteraan.

Turut terbunuh dalam nahas itu ialah tujuh anggota komando Afghanistan.

Helikopter Chinook itu terhempas di wilayah Maidan Wardak pada malam Jumaat lalu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Huru-hara di utara London

Posted:

Huru-hara di utara London

Huru-hara di utara London


BEBERAPA anggota polis pencegah rusuhan melihat sebuah bangunan dibakar di Tottenham, utara London semalam.


LONDON - Polis berusaha untuk memulihkan ketenteraman di bandar raya ini semalam selepas para perusuh mengamuk di utara London dengan membakar beberapa kenderaan dan bangunan.

Para perusuh itu mengamuk selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis.

Seramai lapan anggota polis cedera dalam kejadian yang berlaku itu.

Salah seorang anggota polis itu cedera di kepala.

Rusuhan itu bermula di Tottenham sebelum matahari terbenam.

Ia kemudian merebak dengan tunjuk perasaan membantah kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang mati semasa polis melepaskan tembakan.

Tunjuk perasaan itu bermula dengan aman di luar sebuah pejabat polis di Tottenham sebelum dua buah kereta polis dibakar dengan bom petrol.

Sebuah bas dua tingkat juga dibakar semasa keganasan berkenaan merebak.

Situasi kemudian dilihat gagal dikawal semasa ratusan orang mengamuk, membakar kedai dan beberapa buah kenderaan.

Terdapat kebimbangan bahawa kekacauan itu berlaku ekoran mesej hasutan di dalam media sosial.

Bagaimanapun, menjelang subuh semalam, polis menyatakan situasi tenang berlaku di Tottenham.

Tiada sebarang tangkapan dilaporkan.

"Berlaku insiden yang membimbangkan untuk penduduk London," kata seorang pegawai polis, Stephen Watson. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kapal tangki berlanggar dengan kapal layar

Posted:

Kapal tangki berlanggar dengan kapal layar

Kapal tangki berlanggar dengan kapal layar


SEBUAH kapal tangki berlanggar dengan sebuah kapal layar di Isle of Wight, Britain kelmarin.


ISLE OF WIGHT - Sebuah kapal layar dilanggar sebuah kapal tangki minyak dalam satu perlumbaan kapal layar di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Ratusan orang melihat perlanggaran itu yang melibatkan kapal layar seberat 124,000 tan.

Dua orang dari kapal layar itu tercampak ke dalam laut akibat perlanggaran tersebut.

Kedua-dua orang itu diselamatkan oleh sebuah bot penyelamat dari Southampton.

Seorang anggota pelayaran itu dibawa ke sebuah hospital kerana mengalami kecederaan di kepala.

Para penyiasat kemalangan laut telah diberitahu mengenai kejadian itu.

Layar kapal layar itu tersangkut pada sauh kapal tangki tersebut.

Kapal tangki dari Norway itu dalam perjalanan ke sebuah pusat penapisan minyak di Fawley.- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan

Posted:

Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan

Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan

08/08/2011 7:18pm

CAMERON HIGHLANDS – Jenazah tiga beranak yang maut dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang di sini semalam selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia di sini petang tadi.

Allahyarham Jaafar Balad, 48; isterinya, Normah Gunung, 51; dan anak mereka, Mohd Iqbal, 15, antara tujuh mangsa maut yang tertimbus dalam tragedi itu.

Anak-anak Allahyarham Jaafar, yang dalam lingkungan berusia antara 20-an dan lapan tahun, kelihatan sangat hiba dan tidak mampu berkata-kata, apabila kehilangan ibu bapa serta adiknya sekali gus dalam tragedi itu.

Orang ramai dan saudara mara mereka kelihatan memeluk erat anak-anak yatim piatu itu.

Tragedi tanah runtuh di perkampungan Sungai Ruil di Brinchang itu meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Musim perayaan: Titian kanopi FRIM ditutup

Posted:

Musim perayaan: Titian kanopi FRIM ditutup

Musim perayaan: Titian kanopi FRIM ditutup

08/08/2011 6:24pm

KUALA LUMPUR – Sempena cuti perayaan, laluan titian kanopi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong akan ditutup dari 27 Ogos hingga 5 September ini.

Ketua Pengurusan Korporat FRIM, Norhayati Nordin dalam satu kenyataan hari ini berkata, laluan titian kanopi itu akan beroperasi semula pada 6 September dari pukul 9.30 pagi hingga 2.30 petang.

Sebelum ini titian kanopi tersebut telah ditutup pada Disember tahun lalu bagi kerja pembaikan dan penyelenggaraan dan telah memulakan semula operasi Selasa lepas.

Titian kanopi sepanjang 150 meter itu digantung antara pokok ke pokok dengan ketinggian kira-kira 30 meter dari permukaan tanah.

Ia merupakan antara tarikan utama pengunjung ke FRIM yang terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis tahan lelaki disyaki samun jururawat

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SANDAKAN – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyamun beg tangan seorang jururawat di sebuah stesen bas berhampiran Hospital Duchess of Kent Sandakan dekat sini semalam.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Ashraf berangkat ke Mekah

Posted:

Ashraf berangkat ke Mekah

Ashraf berangkat ke Mekah



TARIKH 1 Syawal bakal menjadi tarikh yang bersejarah buat aktor, pengacara dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim. Tatkala takbir dilaungkan Ashraf yang akan menyambut Aidilfitri di Mekah turut akan menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya Noor Dayana Lokman, 24,

Kiranya tahun ini merupakan tahun terakhirnya menikmati bulan Ramadan sebagai orang bujang kerana selepas ini kehidupannya dilengkap wanita bergelar isteri.

"Saya akan berangkat ke Mekah pada 17 Ogos dan akan berada di sana sehingga 5 September. Sebelum bernikah pada 1 Syawal, saya akan menunaikan umrah terlebih dahulu.

"Puasa sebagai orang bujang, bagi saya sama sahaja dengan orang lain tidak ada bezanya, cuma selepas berkahwin kelak, akan ada orang yang menjaga makan minum saya dan tanggungjawab saya juga bertambah," ujarnya yang gemar menyambut puasa di Mekah.

Ashraf mengakui buat masa ini dia tidak terlibat dengan mana-mana komitmen lakonan kerana terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Gombak, Selangor dan juga sibuk dengan persiapan perkahwinannya.

"Sekarang saya sibuk dengan kerja dan juga persiapan akhir untuk perkahwinan, kerana terlalu sibuk kad kahwin pun saya belum hantar lagi sedangkan tarikh nikah serta resepsi perkahwinan sudah semakin hampir," jelasnya yang ditemui ketika sesi penggambaran program Jom Berbuka terbitan TV9.

Tuturnya lagi, sekembalinya mereka berdua dari Mekah, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada 17 September di kediaman bakal isterinya di Gombak.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan berlangsung pada 24 September bertempat di MITC, Melaka.

"Majlis kami berlangsung secara sederhana sahaja dan baru saya tahu bukan senang untuk melaksanakan sebuah majlis perkahwinan kerana banyak perkara perlu diteliti," balasnya.

Puasa, nikah, hari raya


ASHRAF mengakui sangat seronok mengerjakan amalan puasa di Mekah.


Pemergiannya ke Mekah pada bulan Ramadan tahun ini bukan yang pertama kali, sebaliknya kali yang ketiga. Tidak mahu mendabik dada, jelas Ashraf, pengalaman berpuasa di Mekah buat pertama kali pada tiga tahun yang lalu, kini membawanya ke sana saban tahun.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk terangkan keseronokan berpuasa di Mekah. Bila saya pulang ke Malaysia, rasa rindu untuk kembali ke sana, itu yang menyebabkan saya ke sana apabila tibanya bulan Ramadan," ujarnya.

Tambahnya, selain seronok dapat menikmati puasa dengan jutaan umat islam dari seluruh dunia, dia juga tidak dapat melupakan pemandangan indah setiap kali waktu berbuka di Mekah.

"Seronok puasa di Mekah, sebab apabila berbuka saya akan duduk di satu sudut yang pemandangannya sungguh indah dan rasa lain sangat kerana nampak Kaabah depan mata kita sendiri.


ASHRAF di samping bakal ibu dan bapa mertuanya.


"Di sana, saya hanya berbuka dengan buah kurma segar dan minum air, itu sudah cukup. Selepas solat tarawih baru mengambil makanan berat," katanya yang menyifatkan puasa di Mekah tidak kurang meriahnya seperti di Malaysia.

Satu perkara yang menarik, apabila tibanya Ramadan, Ashraf memilih masjid di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Kuala Lumpur untuk menunaikan solat tarawih.

"Bukan saya tidak suka solat tarawih di masjid lain, saya ada juga pergi tetapi saya suka bersolat terawih di UIA sebab cara mereka menunaikan solat tarawih sama seperti di Mekah. Jadi, tidak secara langsung saya terasa seperti menunaikan solat tarawih di Mekah," ungkapnya.

70 orang pesakit

Sejak memberi fokus pada kerjaya baharunya sebagai pengamal perubatan Islam, sesekali, Ashraf dipanggil doktor oleh pesakit yang dirawatnya.

Tidak kisah dengan apa sahaja panggilan buat dirinya kerana sebelum ini dia juga sudah terbiasa dipanggil ustaz dek kerana wataknya dalam drama popular Ustaz Amirul.

"Saya tidak kisah orang nak panggil saya apa asalkan mereka selesa tetapi saya masih Ashraf yang dulu tidak berubah," katanya.

Jika dulu Ahsraf Muslim lebih dikenali sebagai aktor tetapi sejak berkecimpung dalam dunia perubatan Islam bersama Pusat Rawatan Islam, Al-Hidayah, kelibatnya jarang-jarang kelihatan di kaca televisyen.


ASHRAF sempat meluangkan masa bergambar bersama anak-anak yatim dari pertubuhan amal Nur-Zahrah.


Jelasnya, dia bukannya mahu memencilkan diri daripada dunia seni, kerana hakikatnya kini dia masih sibuk dengan produksi program-program berunsur ilmiah.

"Saya masih lagi dalam dunia seni, cuma saya akan beralih ke bidang lain, bidang apa saya belum tahu lagi sebab dalam bidang seni ada pelbagai cabang kerjaya.

"Bukan saya tidak mahu jadi pelakon lagi, boleh, asalkan ada watak yang sesuai dan mengikut kelapangan waktu. tetapi buat masa ini jadual saya terlalu padat, bayangkan sehari saya harus merawat sehingga 70 orang pesakit.

"Jadi, waktu saya diberikan sepenuhnya untuk merawat pesakit dan sekarang saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan sekali gus tidak mengizinkan saya untuk terlibat dalam lakonan," ucapnya.

Beritahunya lagi, tidak lama lagi dia akan muncul dengan programnya sendiri yang memberi fokus kepada pesakit yang datang ke pusat rawatannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Upin & Ipin di Istana Budaya

Posted:

Upin & Ipin di Istana Budaya

Upin & Ipin di Istana Budaya

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


SITI Rohaya (kiri) dan Burhanuddin (tiga dari kanan) pada sidang akhbar Muzikal Upin & Ipin baru-baru ini.


UPIN & IPIN! Walau hanya sekadar figura animasi tiga dimensi (3D), penangan yang dibikin bukan hanya dalam kalangan kanak-kanak bahkan menjangkau setiap kelompok penonton termasuk warga veteran.

Siri animasi yang memulakan siaran sulung tahun 2006 itu kini sudah mendapat peminat sendiri di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain setelah sayap siarannya dilebarkan oleh syarikat Les'Copaque menerusi Disney Channel Asia.

Berbekalkan kejayaan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang mencapai kutipan tiket sebanyak RM6.3 juta selain aplikasi Pocket Ipin sebagai aplikasi berbayar sepuluh teratas untuk Malaysia's Apple App Store, karakter comel itu akan diterjemahkan ke pentas muzikal menjelang awal tahun depan.

Menurut Penerbit Eksekutif Muzikal Upin & Ipin, Burhanuddin Md. Radzi yang merupakan Pengarah Urusan Les'Copaque Production Sdn. Bhd., keyakinan yang tinggi disandarkan menerusi pembikinan teater muzikal itu.

"Sudah tiba masanya untuk pihak kami mengambil bahagian untuk memeriahkan pentas teater tanah air dan saya pasti Upin & Ipin telah pun mencipta satu fenomena dan ada pengikutnya sendiri," katanya yang bercadang mementaskan sebanyak 30 persembahan bagi menjamin peluang saksama dan kepuasan penonton yang hadir.

Tarikh sebenar pementasan teater muzikal berskala RM2 juta itu bagaimanapun masih dalam proses perbincangan dengan pihak Istana Budaya.

Muzikal Upin & Ipin itu turut mendapat kerjasama daripada penerbit teater muzikal ternama, CTRA Production yang berpengalaman menerbitkan 29 buah teater sepanjang 16 tahun berlegar di arena seni persembahan.


PELAKON cilik yang meminjamkan suara untuk karakter Upin & Ipin, Asyiela Putri Azhar (tengah) bersama karakter yang bakal muncul menerusi Muzikal Upin & Ipin.


Menurut penerbit bersama Muzikal Upin & Ipin, Siti Rohayah Attan, naskhah itu adalah yang pertama kali dihasilkan di Malaysia melalui proses transformasi karakter animasi 3D ke dalam format persembahan bercirikan kostum yang pelbagai.

"Pertama kali produksi di Malaysia yang merealisasikan watak dalam sebuah siri animasi dan menggabungkan pelbagai maskot serta kostum daripada siri Upin & Ipin untuk berlakon, menyanyi dan menari di pentas agung Istana Budaya," kata penerbit Muzikal Tun Mahathir dan Mak Dara Nyonya itu lagi ketika sidang akhbar Muzikal Upin & Ipin di Istana Budaya baru-baru ini.

Muzikal Upin & Ipin mengisahkan kehidupan kembar anak yatim piatu iaitu Upin dan Ipin di Kampung Durian Runtuh. Tinggal bersama kakak mereka, Kak Ros dan Opah, karakter comel itu juga memiliki kawan-kawan rapat yang belajar di Tadika Mesra antaranya Jarjit, Mei-Mei, Ehsan, Mail dan Fizi.

Pementasan itu kelak bakal menyelitkan imaginasi kanak-kanak di luar batasan dalam kehidupan seharian seolah-olah sebuah pengembaraan tanpa batasan menuju ke dunia angkasa lepas, lautan dan belantara.

Bakal mendapat sentuhan skrip dan arahan daripada pengarah berbakat Zaifri Husin, Muzikal Upin & Ipin akan disertai oleh barisan nama-nama berbakat besar seperti Pak Ngah dan A. Aris Kadir masing-masing selaku pengarah muzik dan koreografer.

Oleh itu, bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada tenaga produksi muzikal yang bakal meledakkan pentas berprestij Panggung Sari Istana Budaya boleh menghadiri sesi uji bakat yang akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad bertarikh 13, 14, 20 dan 21 Ogos ini di Istana Budaya bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Syarat-syaratnya mestilah berumur di antara 6 hingga 35 tahun, boleh menari, menyanyi dan berlakon, sihat dan lincah serta terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Keterangan lanjut hubungi 03-6186 6592 atau 03-5511 8089 serta laman sesawang www.lescopaque.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Caleb dilanda masalah

Posted:

Caleb dilanda masalah

Caleb dilanda masalah


CALEB (kanan) bersama (dari kiri), Nathan, Matthew dan Jared.


VOKALIS Band rock Kings of Leon, Caleb Followill dikhuatiri bakal menerima nasib yang sama seperti mendiang Amy Winehouse jika tindakan segera tidak diambil bagi mengatasi masalah ketagihan yang dialaminya. Namun dalam kes Caleb, 29, dia berhadapan dengan masalah ketagihan arak yang sudah di luar kawalan sehingga menyebabkan tiga lagi anggota kumpulan itu dikatakan mahu supaya Caleb segera didaftarkan masuk ke pusat pemulihan.

Kings of Leon terpaksa membatalkan konsert mereka yang ketika itu sedang berlangsung di Dallas, Texas pada 30 Julai lalu selepas Caleb tiba-tiba bertindak keluar dari pentas konsert tersebut dengan mendakwa dia tidak tahan panas. Ekoran itu, band tersebut membatalkan kesemua 29 konsert yang dijadualkan berlangsung sepanjang tahun ini.

Spekulasi mengenai masalah yang dihadapi Caleb itu mulai tercetus selepas seorang lagi anggota band itu yang juga abang Caleb iaitu Jared menulis dalam Twitter yang berbunyi: "Ada masalah dalaman (Kings of Leon) yang terpaksa diselesaikan. Saya tahu kamu semua (peminat) tidak bodoh. Aku tak boleh tipu. Ada masalah besar dalam band kami ini."

Selain Caleb dan Jared, band yang ditubuhkan pada tahun 1999 itu turut dianggotai seorang lagi adik-beradik Caleb dan Jared iaitu Nathan. Seorang lagi anggota Kings of Leon ialah sepupu mereka, Matthew.

Sumber memberitahu majalah USMagazine: "Jared, Nathan dan Matthew cuba untuk mendaftarkan Caleb masuk ke pusat pemulihan dan ia terutama sekali kerana masalah ketagihan alkohol yang dialami Caleb yang kini berada di luar kawalan."

Namun, wakil Kings of Leon menafikan spekulasi tersebut. Kata jurucakap mereka: "Caleb kini di bawah rawatan doktor kerana dia ada masalah suara. Doktor memintanya berehat daripada menyanyi buat seketika. Kings of Leon akan kembali untuk konsert jelahah mereka menjelang bulan September nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved