Isnin, 1 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Terjemahan imej dasar laut

Posted:

Terjemahan imej dasar laut

Terjemahan imej dasar laut

Oleh NIZHA PERIASWAMY



KETIKA membuat tinjauan di sekitar Pameran Penyelam Antarabangsa Malaysia (MIDE) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini, suasana di PWTC yang padat dengan pengunjung jelas menunjukkan bahawa hobi atau keghairahan terhadap aktiviti menyelam semakin mendapat sambutan rakyat Malaysia.

Menyelam bagi kebanyakan orang merupakan satu hobi yang penuh keterujaan. Bahkan, hampir semua orang yang ditemuramah percaya menyelam mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia seolah-olah membawa seseorang itu ke satu dunia yang lain.

"Kita mungkin sudah biasa berada di atas darat dan berada di ruang angkasa tetapi, berapa ramai yang dapat membiasakan diri di dasar laut?" tanya seorang pengunjung, Danial Iskandar, 30, dari ibu kota.

Beliau bukan sahaja datang ke pameran itu untuk berjinak-jinak dengan bidang selaman memandangkan Danial sudahpun mempunyai pengalaman menyelam di lebih 120 tapak selam di Malaysia dan di sekitar Asia Tenggara.


DANIAL bersama beberapa karyanya yang dihasilkan melalui pengalaman beliau di dasar laut.


"Saya menyelam sekurang-kurangnya 20 kali di tiga atau empat buah lokasi dalam masa setahun. Tetapi menyelam sahaja tidak berbaloi jika ia tidak direkod," kata Danial. Beliau bukan sekadar menyelam dan mengambil gambar bahkan menariknya, Danial turut melukis imej di dasar laut itu.

Danial mempunyai kira-kira 32 buah lukisan dasar laut hasil tangan sendiri yang dilukis sejak dua tahun lalu. Katanya minat melukis imej dasar laut wujud selepas beliau merasakan gambar foto dasar laut bukan paling sempurna.

"Saya dapati, gambar foto yang dirakam di dasar laut boleh diubah suai. Ia menjadikan imej itu tidak semula jadi. Ia telah mengecewakan saya sekali gus mengerakkan saya untuk berkecimpung dalam bidang seni lukis," katanya yang sememangnya sudah ada kemahiran melukis sejak kecil. Kini selain lukisan dasar laut, Danial mempunyai 37 lukisan lain.

Danial belajar menyelam hanya dua tahun lalu dan selepas mendapat lesen, beliau terus menyelam sebagai hobi. Namun, selepas melawati kira-kira 50 tapak selaman, Danial merasakan selaman itu sia-sia jika ia tidak dirakam.


LELAKI berusia 30 tahun ini, mendapat lebih kepuasan dengan aktiviti menyelam apabila momen menyelam itu dirakamkan menerusi kamera dan dilukiskan di atas kanvas.


"Saya sudah puas menyelam di sekitar Malaysia. Antara lokasi kegemaran saya ialah Pulau Perhentian Besar dan Kecil di Terengganu, Pulau Tioman di Johor dan Pulau Sipadan di Sabah," katanya yang sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah dalam bidang hartanah, di samping menguruskan perniagaan sendiri.

Danial sudah menjual tujuh daripada lukisan dasar laut dengan harga paling tinggi sekitar RM12,000.

Dalam karyanya Danial bukan sahaja memaparkan lukisan secara terus tetapi, adakalanya dia turut mempamerkan reka bentuk dan corak gerakan air. Bagaimanapun, Danial akan mengambil gambar foto sebelum diterjemah dalam bentuk lukisan.

Kini, di samping mengumpulkan rakan daripada pelbagai latar belakang, Danial juga turut menyelam bersama anak perempuan beliau, Danisyah Irdina yang baru berusia 11 tahun, manakala anak lelaki berusia enam tahun, Muhammad Damien pula sedang belajar menyelam.

"Saya selalu menyelam bersama rakan baik saya, Mejar Muhammad Anuar Harun dan anak perempuan saya. Isteri saya pula pernah sampai ke tahap menyertai latihan tetapi, kerana kecederaan kecil, dia terus trauma dan enggan menyertai latihan seterusnya," katanya.

Danial memberitahu, trauma air juga boleh diatasi dan ia bergantung kepada semangat seseorang. Jika kebanyakan orang trauma air menyebabkan mereka tidak mencuba menyelam, ia sebenarnya boleh diatasi sebaik anda menyelam.


KIRI: Melukis sekadar mengisi masa lapang kerana Danial juga masih bergelar pelajar.


"Pemandangan dasar laut yang cantik dapat mengubah trauma anda," ujarnya yang bagaimanapun mengakui tidak berjaya memujuk isterinya berbuat demikian.

Di sebalik semua pengalaman manis di dasar laut, Danial turut berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semasa khusyuk menyelam mengejar ikan jerung di poin jerung Pulau Sipadan, Danial hampir lemas apabila tanpa disedari oksigen beliau hanya tinggal 30 bar sahaja.

Lazimnya, seseorang penyelam akan menyelam sehingga oksigen tinggal 50 bar supaya dia mempunyai bekalan yang mencukupi semasa naik. Pada waktu itu, Danial cuba tidak panik kerana dia tahu, panik dan tindakan menyelam naik dengan cepat boleh memberi tekanan pada peparu sehingga membahayakan nyawa. "Mujur ketika itu ada buddy iaitu teman menyelam, selepas memberitahu situasi saya, dia membantu membekalkan dengan oksigen kecemasan. Itu sebabnya anda perlu memastikan menyelam bersama seseorang dan bukan bersendirian."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bangkit selepas banjir terburuk

Posted:

Bangkit selepas banjir terburuk

Bangkit selepas banjir terburuk


KERJA baik pulih infrastruktur awam sedang giat dijalankan di Madyan iaitu sebuah penempatan di tebing Sungai Swat.


SETAHUN selepas kejadian banjir yang memusnahkan rumah dan meragut banyak nyawa, rakyat Pakistan yang masih hidup di sebuah kawasan lembah bernama Swat nekad untuk tidak berpindah ke tanah yang lebih tinggi.

Kira-kira pukul 7 malam pada 29 Julai tahun lalu, Sayed Zamin Khan, 55, terpaku melihat rumahnya dihanyutkan arus deras Sungai Swat yang berlumpur. Satu demi satu rumah-rumah jirannya di perkampungan Ariana itu runtuh disebabkan malapetaka itu.

"Tidak mengapa, ia selamat!" Itulah yang Sayed Zamin katakan kepada anak saudaranya, Shujat Ali, yang ketakutan dan bimbang. Sayed Zamin sekadar menyuruhnya menjauhi arus sungai itu.

"Kemudian tanah yang kami duduki runtuh dan turut menenggelamkan anak saudara saya bersama sebahagian rumahnya," katanya tentang Shujat, 36, seorang pekedai yang berkulit cerah dan berambut merah.

Sebelum kedatangan air bah pada musim panas tahun lalu itu, terdapat sebanyak 45 buah rumah di Ariana. Bencana itu begitu dahsyat sehingga menenggelamkan 20 peratus daripada keluasan negara berkenaan dan menjejaskan kehidupan 21 juta orang.

Kurang daripada 24 jam banjir itu melanda, bahagian yang selamat hanyalah kawasan belakang kampung berkenaan yang paling jauh dengan aliran sungai, termasuk rumah yang dihuni Shujat dan keluarganya.

Laporan rasmi memberitahu, sebanyak 150 orang telah terkorban di lembah Swat, 3,000 buah rumah musnah dan 200,000 orang penduduk dipindahkan ke kawasan pergunungan yang sukar dibangunkan selepas dua tahun pemberontakan Taliban.

Pesuruhjaya Daerah, Kamran Rehman Khan memberitahu dari pejabatnya yang tidak terjejas di Mingora, 250 kilometer di barat laut Islamabad, bahawa pembangunan semula Pakistan sedang rancak berjalan.

"Di kawasan Kalam (utara Pakistan) pula kami bertungkus-lumus membangunkan semula jalan raya dan mengaktifkan kembali bekalan kuasa. Selain itu tidak ada masalah besar lain.

"Semua kerja membaik pulih boleh selesai dalam tempoh enam bulan atau setahun," katanya.

Bantuan tentera


SEORANG lelaki merentasi sebuah jambatan sementara di atas Sungai Swat dengan membawa alatan pembinaan.


Rakyat Pakistan begitu berterima kasih kepada pihak tentera kerana telah membantu mereka mengharungi bencana itu.

Bantuan pihak tentera diibaratkan sebagai penyelamat kepada mereka yang masih hidup khususnya sepanjang pemberontak Taliban menunjuk kuasa dari tahun 2007 hingga 2009.

Seramai 30,000 orang tentera telah mengusir militan yang sewenang-wenang memancung pekerja kerajaan, menutup kedai-kedai dan membakar sekolah hanya kerana mahu melaksanakan undang-undang syariah.

Bagi Zahid Khan, Ketua Program Sokongan Luar Bandar Sarhad iaitu sebuah program kebajikan terbesar di kawasan itu yang dibiaya oleh penderma dari Barat, kehadiran pihak tentera adalah suatu rahmat.

"Sebanyak 42 buah jambatan dimusnahkan dan pihak tentera telah membinanya semula dengan struktur sementara dalam masa 35 hingga 40 hari.

"Pihak tentera telah banyak menolong kami," kata Zahid, walaupun selepas dua tahun mengumumkan Swat kembali terkawal, pihak tentera masih belum mahu melepaskan kuasa kepada para pentadbir awam.

Begitupun, ramai juga yang mengkritik kerajaan tahun lalu kerana dikatakan tidak memberi respons sewajarnya terhadap skala banjir tersebut. Agensi bantuan mengulas, keadaan itu sama teruk ketika gempa bumi tahun 2005 yang membunuh 73,000 orang di Pakistan.

Mangsa dikhabarkan layak menerima bantuan sebanyak 20,000 hingga 25,000 rupee (RM686 hingga RM857). Namun, janji bantuan sebanyak 100,000 rupee (RM3,429) bagi mereka yang kehilangan rumah masih belum ditunaikan.


PENDUDUK di sekitar Sungai Swat di Madyan sedang berehat berdekatan dengan sebuah khemah yang dijadikan masjid sementara.


Selain penduduk sungai Swat, mereka yang kehilangan rumah tidak berharap pada bantuan kerajaan untuk membina semula rumah mereka.

Seorang peniaga pakaian, Mian Mohammed Iqbal, 46, telah kehilangan segala-galanya termasuk wang simpanan sebanyak dua juta rupee (RM68,582) dan perniagaannya yang berusia 25 tahun. Air berlumpur dan berpasir merosakkan bekalan pakaian di kedainya di Behrain.

Seperti orang lain di lembah tersebut, dia bimbang banjir akan berlaku lagi. Atas faktor keselamatan, dia telah menyewa kedai di tanah yang lebih tinggi di bandar.

Ancaman monsun

Bulan lalu, pihak berkuasa pengurusan bencana negara Pakistan memberi amaran bahawa banjir yang dicetuskan hujan monsun tahun ini mampu memberi kesan ke atas enam juta penduduk.

Behrain adalah sebuah kawasan luas dengan pola petempatannya dibina di tebing gunung dan menghadap pertemuan dua batang sungai. Kawasan itu telah musnah sama sekali tahun lalu.

Hotel-hotel kegemaran pelancong kerana suhu yang nyaman di pergunungan juga telah musnah, termasuk rumah penginapan lima bilik milik Mohammed Si'ddiq.

Lelaki berusia 51 tahun itu tahu bahawa pihak berkuasa telah memberi amaran supaya dia membina rumah tetamu lebih jauh dari sungai. Namun, seperti kebanyakan mangsa yang terselamat, dia tidak mengendahkan nasihat itu.

"Saya tahu ia berbahaya, tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain," kata bapa kepada tujuh orang anak itu.

Penduduk di Swat berkata, mereka lebih rela tidak berpindah kerana yakin akan terus dilindungi pihak tentera dan optimis bahawa para pelancong akan kembali.

Harapan itu bagi mereka, lebih baik daripada tinggal merempat di pinggir bandar yang sesak dan dipenuhi penjenayah.

Tegar dengan keputusan mereka, lokasi bencana itu sekali lagi menjadi tempat mereka memulakan kehidupan baharu, walaupun terdapat risiko ancaman seterusnya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Apa kami nak makan?

Posted:

Apa kami nak makan?

Apa kami nak makan?


SEBAHAGIAN daripada hampir 400 pekerja Dawama berpiket selepas diarah bercuti tanpa gaji di Hulu Klang semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 380 pekerja syarikat percetakan dan pemasaran buku, Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) di Hulu Klang dekat sini kini hilang punca pendapatan apabila diberi notis cuti tanpa gaji dengan tiada tempoh tamat berkuatkuasa mulai semalam.

Tindakan itu sekali gus mencetuskan kesedihan di kalangan pekerja dan keluarga masing-masing yang kesemuanya beragama Islam memandangkan ia dilakukan tanpa notis serta serentak dengan hari pertama umat Islam berpuasa semalam.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama, Zainal Alwit berkata, pihak pengurusan hanya memberi alasan syarikat menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi harian termasuk bayaran gaji kakitangan.

"Sehingga kini, pihak syarikat tidak memberikan kata putus sampai bila cuti tanpa gaji ini dibuat.

"Soalnya, sampai bila hendak tunggu? Bagaimana kami boleh menampung kos sara hidup keluarga lebih-lebih lagi Aidilfitri semakin hampir," katanya ketika ditemui di pekarangan kilang syarikat itu semalam.

Sebelum itu, seramai 80 kakitangan menyertai demonstrasi aman di hadapan kilang sebagai membantah keputusan syarikat.

Dawama yang beroperasi sejak September 2002 diberi kontrak mencetak serta mengedarkan buku dan majalah terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) melalui kontrak yang akan berakhir pada 2014.

Zainal berkata, terdapat sebilangan kakitangan menerima surat daripada bank menyatakan mereka tidak melunaskan pinjaman peribadi sedangkan potongan gaji dilakukan syarikat bermula November 2010 sehingga Februari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Buta akibat bisul lambat dirawat

Posted:

Buta akibat bisul lambat dirawat

Buta akibat bisul lambat dirawat

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my


MATA kanan Nur Natashah buta akibat bisul.


GOMBAK – Seorang kanak-kanak, Putri Nur Natashah Mirsha Muhammad Amin, 6, yang pada mulanya hanya didakwa mengalami bengkak akibat gigitan nyamuk mengalami nasib malang apabila mata kanannya kini buta.

Ibu kanak-kanak itu, Nurul Huda Ahmad, 28, berkata, keadaan bengkak pada mata Nur Natashah pada mulanya dikesan ketika dia berusia dua tahun tiga bulan iaitu pada tahun 2008.

Selepas bengkak tersebut semakin membesar, anaknya dibawa ke Hospital Selayang pada 12 Mac 2008 untuk menjalani rawatan namun, Bahagian Kecemasan di hospital tersebut memberitahu, bengkak yang berlaku berpunca daripada kesan gigitan nyamuk.

"Mereka kata tiada apa yang harus dirisaukan walaupun ketika itu anak saya meronta-ronta kesakitan," ujarnya kepada Kosmo! di rumahnya di Selayang Baru di sini semalam.

Bagaimanapun, pada petang hari yang sama, Nurul Huda datang semula ke Hospital Selayang membawa anaknya kesakitan tetapi dia masih dimaklumkan perkara yang sama.

"Tidak puas hati dengan alasan gigitan nyamuk yang diberi doktor di Hospital Selayang saya kemudian membawa anak saya ke sebuah klinik di Selayang dua hari kemudian dan doktor di klinik itu mengesahkan bahawa ia bisul dan memberi surat rujukan ke Hospital Selayang untuk membuat pembedahan membuang nanah," ujarnya.

Menurut Nurul Huda, ketika itu, mata anaknya sudah tersembul keluar dan keadaan di sekeliling matanya juga membengkak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Misteri bau busuk terungkai

Posted:

Misteri bau busuk terungkai

Misteri bau busuk terungkai


ANGGOTA polis mengusung mayat Mamadou Aliou yang ditemui mati di biliknya (dalam bulatan) di UIAM, Gombak semalam.


GOMBAK - Misteri bau busuk di sebuah bilik asrama Kolej Bilal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini terbongkar apabila mayat seorang pelajar warga Afrika ditemui dalam keadaan berulat semalam.

Mayat tersebut ditemui pada pukul 11 pagi oleh seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci ketika dia sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar asrama terbabit.

Wanita tersebut yang curiga dengan bau itu kemudian membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di asrama berkenaan sebelum menemui mayat mangsa di atas lantai di biliknya.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mamadou Aliou Tela Dialo, 25, dari Guinea di Afrika barat itu merupakan penuntut tahun tiga jurusan ekonomi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati mayat tersebut telah berulat dan dipercayai mati sejak lima hari lalu.

"Ketika kejadian, tiada penghuni lain di dalam bilik mangsa dan blok asrama yang menempatkan warga asing itu juga kosong kerana semua pelajar sedang cuti semester.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh menjadi punca kematian lelaki warga asing itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat masalah kesihatan kerana mengikut rekod, mangsa mempunyai penyakit sawan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Bazaria ubah imej Pantai Dalam

Posted:

Bazaria ubah imej Pantai Dalam

Bazaria ubah imej Pantai Dalam

Oleh NIZHA PERIASWAMY



PANTAI DALAM berlokasi di barat daya Kuala Lumpur, dengan demografi penduduk kebanyakannya terdiri daripada pekerja kolar biru, penuntut universiti dan anggota polis. Dengan pembangunan yang semakin ketara di kawasan berhampirannya seperti Bangsar South, Pantai Dalam juga tidak ketinggalan merasa tempiasnya. Pengenalan gerai-gerai makanan di bawah label Bazaria, adalah antara pelan mengindahkan wajah Pantai Dalam.

Menyedari ada kelainan baharu yang wujud di sekitar kawasan Bazaria yang terletak beberapa meter sahaja dari simpang bertentangan menghala ke Pantai Hillpark atau lebih tepat di separuh jalan menghala ke lebuh raya Pantai Baru, Kosmo! cuba mendekati pembangunan kawasan tersebut.


SUDAH ada pengusaha gerai di tepi jalan sekitar Pantai Dalam berpindah ke Bazaria yang lebih tersusun, bersih dan selesa.


Dibina secara berteres, Bazaria dipercayai bakal menghimpun kesemua peniaga di tepi jalan kawasan Pantai Dalam dalam usaha menjadikan kawasan itu bebas kesesakan.

"Saya sedang menanti-nantikan tempat baharu. Ia lengkap dengan fasiliti air, elektrik, tandas dan surau untuk mereka yang beragama Islam. Berniaga di tepi jalan mempunyai pendapatan yang baik tetapi, kita perlu fikir isu kesesakan yang melanda tiap pagi dan petang," kata Cecilia Arlandoo, 58.

Berniaga menjual makanan India di tepi jalan sejak 20 tahun, Cecilia sedikit pun tidak berasa kecewa. "Di sini, air dan elektrik kena ambil bekalan dari kedai atau tempat lain. Kesesakan pula semakin menjadi-jadi. Bazaria lebih dekat dengan rumah saya dan kelihatan selesa," katanya yang yakin akan mendapat surat tawaran dalam beberapa bulan dan akan diarah berpindah hujung tahun ini.

Menyokong kenyataan yang sama ialah peniaga Rahim Lan @ Alan, 52. Berniaga di tepi jalan di Pantai Dalam, Rahim mengakui tempat baharunya itu, cantik dipandang, lebih tersusun dan dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan.


PENIAGA di Bazaria bimbang, jumlah parkir yang sedikit akan menyusahkan pelanggan bertandang ke sana.


Tetapi, Rahim meluahkan rasa bimbangnya dengan kemudahan parkir yang sedikit di hadapan gerai kerana ia mungkin menyebabkan pelanggan akan memarkir kereta di bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Selain itu, jumlah meja yang terhad iaitu hanya tiga meja makan untuk setiap gerai boleh menyebabkan peniaga memilih untuk meletakkan meja tambahan di tempat parkir.

"Selagi tempat ini kosong, tidak mengapa. Bila sudah penuh, mesti ada masalah lain, khususnya kesempitan ruang, ketiadaan parkir dan sebagainya."

Walaupun peniaga di sini percaya langkah yang cuba diambil pihak berkuasa tempatan, iaitu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai satu usaha murni demi penjenamaan semula kawasan Pantai Dalam, mereka masih kurang selesa.

"Bukan nak mengeluh tetapi, lihatlah sendiri keluasan gerai. Pintu belakang pun tiada. Letak dapur dan periuk, ruang sudah tiada. Bagaimana hendak memasak, mencuci pinggan mangkuk, simpan peti ais dan peralatan lain?" tanya Kassim Salleh seorang pesara tentera yang sudah 30 tahun berniaga makanan di kawasan itu.

Kedai sempit


SEBUAH butik pakaian yang sudah mula dibuka di Bazaria.


Jika dulu, mereka membina sendiri gerai mengikut keselesaan, kemudahan gerai yang ditawarkan DBKL itu dikatakan sangat sempit iaitu 9 kaki x 9 kaki (2.7 meter x 2.7 meter) sahaja. Kedudukan gerai bersebelahan terlalu sempit sehingga peniaga terpaksa mencari jalan sendiri untuk menempatkan peralatan mereka kelak.

Kassim yang berusia 65 tahun, menjual nasi campur dan air dibantu enam orang pekerja di gerainya yang sempit itu. "Sekarang kami gunakan gerai bersebelahan. Bila mereka semua masuk, memang susah," katanya.

Sementara itu, Rahim juga memberikan pandangan yang sama merujuk kepada saiz. "Jika kami tempatkan rak warung di hadapan gerai, ia seolah-olah menutup gerai kami. Jika berlaku apa-apa kecemasan, memang susah kerana tiada pintu belakang," katanya lagi.

Bagi dua orang pelanggan yang ditemui sedang menikmati makan tengah hari, mereka menyokong rintihan peniaga itu. Ruslan Abu Latiff, 51 dan Rashidah Hassan, 40 berkata, mereka melihat Bazaria sebagai satu tempat yang cantik dan terurus tetapi apabila dilihat daripada perspektif peniagai, ia agak tidak selesa.

"Pelanggan mempunyai kemudahan tandas yang baik, surau dan persekitaran perniagaan yang cukup kondusif. Ini satu lokasi yang baik dan landskap pembinaan juga menarik," katanya lagi.

"Mungkin bagi gerai makanan dan gerai basah, ia agak sempit tetapi bagi gerai kering seperti gerai menjual pakaian saya, tiada masalah. Cuma saya harap papan tanda akan ditambah kerana ia agak jauh dari gerai saya," kata Nurhafizah Alis, 29, yang berniaga di kawasan itu sejak 10 tahun.

Kebanyakan mereka baru sahaja berpindah ke Bazaria sejak sebulan lalu dan ada yang baru hari pertama berniaga. Kira-kira 10 gerai dilihat sudah memasang papan tanda dan lima lagi sudah mula beroperasi di situ.


BAZARIA menyediakan fasiliti yang lebih selesa untuk pengunjung.


Bazaria adalah salah satu projek komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak pemaju Kumpulan Amona. Dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin pada 4 November tahun lalu, Bazaria menempatkan 157 gerai basah dan kering.

Sasaran utama Bazaria adalah untuk penempatan semula peniaga berdaftar yang berniaga di tepi jalan sekitar Jalan Bukit Angkasa untuk mengurangkan kesesakan kawasan itu. Projek fasa pertama telah pun disiapkan pada Julai 2011 dan fasa kedua pula dijangka akan siap pada hujung tahun ini.

Buat masa kini, seramai 117 peniaga ditempatkan dan kebanyakan dijangka akan berpindah selepas hari raya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Amona bangunkan Pantai Dalam

Posted:

Amona bangunkan Pantai Dalam

Amona bangunkan Pantai Dalam

PIHAK pemaju Bazaria Amona, sudah lama terlibat dalam bidang hartanah, iaitu sejak tahun 1998 lagi. Penglibatan mereka bermula apabila diamanah untuk membaik pulih projek terbengkalai yang melibatkan penempatan pegawai polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami memulakan pembangunan semasa Pantai Dalam sinonim dengan gelaran sebagai setinggan. Ketika membina penempatan PDRM, kami diarah membina 360 unit kediaman pegawai polis dan 60 unit teres di Desa Aman 1.

"Berikutan kejayaan itu, kami diamanah membangunkan Fasa 2, iaitu 452 unit apartmen pegawai kanan dan 116 rumah teres dan pusat komersial," kata Pengerusi Kumpulan Amona, Datuk Othman Ahmad.

Seterusnya, Amona melibatkan diri dalam pelbagai projek pembangunan di Pantai Dalam dan luar termasuk yang terbaru dan bakal dibangunkan pada November dan Disember 2011 iaitu 18 unit vila dan 408 unit kondominium bersebelahan Pantai Hillpark.

"Kami juga menjalankan tanggungjawab korporat sosial dengan memperuntukkan sejumlah RM3.3 juta untuk membina bazaria di kawasan Pantai Dalam kepada penggerai di tepi jalan. Projek tersebut yang dijangka akan habis hujung tahun ini," katanya merujuk kepada projek baharu mereka.

Pihaknya baru-baru ini diberi tanggungjawab membangunkan kawasan berdekatan taman simpanan Pantai Dalam yang akan dikenali sebagai Taman Pantai Dalam.

"Kami akan membina sebuah kawasan yang lengkap dengan kawasan komersial, taman dan sebagainya untuk mewujudkan satu penempatan yang serba lengkap. Mengikut pelan asal, kawasan itu terdiri daripada 115.3 hektar (285 ekar) tetapi 58.7 hektar (145 ekar) telah digazetkan sebagai hutan simpanan. Kami juga memulangkan 6.9 hektar (17 ekar) lagi untuk Taman Rekreasi Rakyat.

"Selain masjid dan tanah perkuburan, baki tanah akan digunakan untuk menjadikan kawasan itu sebuah bandar yang berkonsep hijau dan dalam masa yang sama penempatan idaman semua," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Keajaiban pesawat Boeing patah dua

Posted:

Keajaiban pesawat Boeing patah dua

Keajaiban pesawat Boeing patah dua


BEBERAPA anggota penyelamat memeriksa pesawat Caribbean Airlines yang patah dua di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan, Georgetown, Guyana kelmarin.


GEORGETOWN - Sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan Caribbean yang membawa 163 penumpang terhempas dan patah dua ketika mendarat di Guyana pada malam kelmarin.

Namun, tiada seorang pun yang mati dalam nahas itu tetapi 12 orang mengalami kecederaan.

Pesawat Boeing 737-800 itu terbabas dari landasan dan melanggar pagar selepas ia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan, Georgetown.

Pesawat itu terhenti beberapa meter dari gaung.

Menurut syarikat penerbangan tersebut, punca nahas masih belum diketahui manakala para penyiasat dari Amerika Syarikat dan Guyana telah dihantar untuk mencari kotak hitam.

Para penumpang menjerit apabila pesawat itu hilang kawalan.

"Apa yang berlaku di Georgetown adalah sesuatu yang ajaib," kata Pengerusi Caribbean Airlines, George Nochloas yang melawat kawasan kejadian.

Pesawat milik syarikat dari Trinidad dan Tobago itu tiba di sini dari New York. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Berat kucing paling berat di dunia berkurangan

Posted:

Berat kucing paling berat di dunia berkurangan

Berat kucing paling berat di dunia berkurangan


KUCING paling berat di dunia, Otto pada Januari lalu.


TRENTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing paling berat di dunia, Otto mengalami penurunan berat badan selepas ia dihantar ke sebuah hospital haiwan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berat badan asal haiwan itu ialah 16.4 kilogram (kg) tetapi ia berkurangan lebih 2.3kg.

Haiwan itu mempunyai berat badan 13.4kg semasa ia dipamerkan dalam satu program televisyen msnbc.com pada Khamis lalu yang berjudul Today.

Kucing itu dihantar oleh pemiliknya ke sebuah hospital haiwan di New Jersey pada Januari lalu untuk menjalani prgram diet selama enam bulan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Angelina Jolie dapat anugerah istimewa

Posted:

Angelina Jolie dapat anugerah istimewa

Angelina Jolie dapat anugerah istimewa


ANGELINA JOLIE bergambar dengan anugerah berbentuk hati yang diterimanya dalam Festival Filem Sarajevo di Sarajevo kelmarin.


SARAJEVO - Aktres Hollywood, Angelina Jolie hampir menangis selepas dia menerima anugerah istimewa ketika menghadiri Festival Filem Sarajevo kelmarin bersama kekasihnya, Brad Pitt.

"Saya akan menangis jika anda tidak berhenti," jelas bekas pemenang anugerah Oscar itu yang merujuk kepada tindakan penonton yang memberi tepukan penghormatan kepadanya di Teater Kebangsaan di sini.

Jolie memilih perang Bosnia pada tahun 1992 hingga 1995 untuk dijadikan tema cerita filem pertama arahannya berjudul In the Land of Blood and Honey yang akan ditayangkan pada Disember ini.

Dia juga telah melawat Bosnia sebagai Duta Muhibah Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan membiayai beberapa buah rumah pelarian di timur Bosnia.

Pengarah festival, Mirsad Purivatra menyampaikan award berbentuk hati kepada bintang berbibir seksi itu semasa dia tiba ketika majlis hampir selesai.

"Malam ini, kita memberi penghormatan Hati Dari Sarajevo kepada seorang selebriti yang hebat. Bukan sahaja impaknya dalam dunia filem tetapi juga disebabkan penglibatan aktifnya dalam dunia yang semakin kompleks kini," kata Purivatra. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pelajar dakwa didera semasa kem motivasi

Posted:

Pelajar dakwa didera semasa kem motivasi

Pelajar dakwa didera semasa kem motivasi

01/08/2011 6:48pm

JOHOR BAHRU – Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda mendakwa didera secara fizikal dan rambut mereka dibotakkan semasa mengikuti kursus motivasi di Penjara Kluang, hujung minggu lepas.

Sepanjang program tiga hari itu, mereka mendakwa dipukul di bahagian perut, digari, dicengkam di tengkuk selain diarah memakai pakaian banduan.

Seorang peserta Mohd Fakhrullah Masali, 16, mendakwa, mereka dilayan seperti banduan, malah dikejutkan seawal 4.30 pagi untuk menjalani latihan kawad dan sebagainya.

Seorang lagi peserta Firdaus Mohammad, 16, pula berkata, mereka didera melakukan tekan tubi, berguling atas jalan dan ketuk ketampi sebanyak 150 kali.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Datuk Samsol Bari Jamali ketika dihubungi mengakui pihaknya mengetahui bahawa pelajar yang mengikuti program itu perlu menjalani simulasi kehidupan di penjara.

Malah katanya, sekolah itu adalah yang ketiga mengikuti program tersebut.

"Konsultan yang dilantik oleh pihak sekolah juga merupakan konsultan yang biasa dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan mungkin modul sahaja yang berbeza," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar UIAM dari Guinea ditemui mati

Posted:

Pelajar UIAM dari Guinea ditemui mati

Pelajar UIAM dari Guinea ditemui mati

01/08/2011 6:05pm

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki rakyat Guinea ditemui mati di dalam bilik asramanya di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, mayat Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berulat oleh rakan sebiliknya pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, pelajar itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira seminggu lepas dan hanya ditemui rakannya itu yang baru pulang daripada menjalankan tugasan luar.

"Bagaimanapun tiada kesan pergelutan dan kesan darah hanya ditemui di sekitar tubuh mangsa sahaja," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, rakan pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Sharif mengesahkan rakannya itu mempunyai penyakit sawan dan sering menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital.

Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tukar agama: Shamala tarik balik rayuan

Posted:

Tukar agama: Shamala tarik balik rayuan

Tukar agama: Shamala tarik balik rayuan

01/08/2011 5:31pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan rayuan bekas kerani bank S. Shamala yang terbabit dalam pertikaian hak penjagaan dua anak lelakinya dengan suaminya yang telah memeluk agama Islam.

Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, bersidang bersama-sama panel tiga anggota dengan Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, membuat keputusan itu selepas Shamala menarik balik rayuan itu.

Walaupun suami Shamala, Dr Muhammad Ridzwan, 43, memohon Shamala membayar RM15,000 bagi kos undang-undang, panel itu selepas menimbangkan pandangan kedua-dua pihak dalam rayuan itu, memutuskan untuk tidak mengeluarkan perintah mengenai kos.

Shamala, 39, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi satu deklarasi untuk membatalkan penukaran agama kedua-dua anak lelakinya kepada Islam oleh suaminya yang telah berpisah dengannya.

Shamala, yang dipercayai berada di luar negara, juga menarik balik rayuan balasnya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kepadanya dan Dr Muhammad Ridzwan yang dahulunya dikenali sebagai Dr Jeyaganesh C. Mogarajah, hak penjagaan bersama kedua-dua anak mereka, Saktiwaran dan Theiviswaran, tetapi mengenakan kaveat ke atas Shamala, melarangnya mengajar anak-anaknya amalan agama Hindu dan memberi mereka makan babi. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Erti puasa Malek Noor

Posted:

Erti puasa Malek Noor

Erti puasa Malek Noor



ADA yang bertanya mengapa Malek Noor menjadi figura pertama untuk ditemu bual pada hari pertama Ramadan Al Mubarak yang bermula hari ini.

Relevannya mudah. Barangkali ada yang beranggapan bekas jaguh bina badan negara ini terlalu 'senior' untuk dijadikan bahan utama. Namun bukan itu yang Kosmo! pedulikan.

Sebaliknya, kami mahu berkongsi cerita tentang pengalaman puasa bagi figura yang mengaku tidak pernah berpuasa sepanjang usianya sehingga menjangkau usia tua.

Sebelum ini, umum tahu Malek telah membogelkan kisah hidupnya yang tidak pernah hidup berlandaskan jalan Islam. Tidak solat, memakan makanan haram termasuk daging khinzir dan meminum arak adalah hal bukan tabu bagi dirinya.

Begitu juga soal kewajipan berpuasa. Malek tidak berasa penting untuk dia berpuasa sedangkan ia adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.

Namun selepas mendapat hidayah sekitar usia 46 tahun, kehidupan Malek kini berubah secara total. Dia telah lama meninggalkan segala yang haram dan berusaha menjadi umat Islam yang baik dengan menunaikan sebanyak mungkin kewajipan yang disyariatkan, termasuklah berpuasa di bulan Ramadan.

Tahun ini, baru genap 10 tahun Malek Noor berpuasa penuh. Dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut walaupun kini usianya sudah menjangkau 55 tahun.

Banyak cerita yang dikongsi Malek tentang keterujaannya berpuasa. Bagi figura yang baru pulang mengerjakan umrah pada awal tahun ini, nikmat berpuasa tidak boleh ditukar ganti.

"Alhamdulillah, sejak selepas bertaubat, saya masih belum pernah tertinggal satu hari pun puasa. Malah saya juga melakukan puasa sunat seperti puasa enam dan sebagainya.

"Saya kini berusaha sehabis baik untuk menggantikan semua dosa tidak berpuasa yang pernah saya lakukan dahulu," ujarnya sambil tersenyum.

Malek memberitahu, sewaktu zaman dia tidak mempedulikan kewajipan berpuasa, dia akan makan pada waktu siang hari seperti biasa.

"Tapi saya masih hormat orang lain yang berpuasa, jadi saya tidak makan di tempat umum. Lagi pula saya pun dikenali orang, saya harus menjaga nama juga pada waktu itu. Jadi saya hanya akan makan di rumah seperti biasa dan tidak mempedulikan tentang ibadat ini," luahnya jujur.


KASIH seorang bapa yang jelas terserlah antara Malek dan Amelin.


Mengenang semula proses pertama kali dia berpuasa, ujar Malek dia sangat teruja untuk melaksanakan ibadat tersebut. Justeru, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk memulakan puasa walaupun tidak pernah berpuasa selama lebih 40 tahun sebelum itu.

Malah kini sepanjang Ramadan, selain menahan lapar dan dahaga, apa yang dititikberatkan oleh anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga adalah amalan-amalan sunat yang dapat meningkatkan pahalanya.

Mengaku jarang bersahur, ujar Malek: "Aktiviti saya di bulan Ramadan banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran, Yassin dan berwirid. Saya berusaha sebaik mungkin bukan sahaja menahan lapar berpuasa, sebaliknya mencuci segala keburukan diri sebersih-bersihnya."

Bagaimanapun kata Malek, amalan tersebut bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan, sebaliknya ia juga harus diteruskan pada setiap masa. Ini termasuklah menjaga pertuturan atau bersedekah.

Ditanya tentang menunaikan solat tarawih, seperti 'melompat' daripada satu masjid ke masjid lain, Malek ternyata mempunyai persepsi sendiri.

Dia memberitahu, dia bukan individu yang mengejar jemaah tarawih. Bukan tidak menyedari ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T, namun kata Malek, dia lebih gembira jika solat wajib lima waktu dilaksana sempurna dan dijaga baik, sebelum melakukan solat sunat.

"Saya akui, ada masa, saya akan ke masjid menunaikan solat tarawih, tetapi bukanlah setiap hari saya ke masjid, kerana kadang-kadang saya memang terlepas ke masjid melakukan tarawih secara berjemaah.

"Jadi saya akan lakukannya secara berseorangan di rumah. Secara peribadi, bagi saya sendiri, saya amat menitikberat soal solat wajib lima waktu. Apa yang penting solat wajib ini tidak tercicir hanya kerana mahu mengejar ganjaran bertarawih," katanya jujur.

Sementara itu, ditanya tentang juadah berbuka, Malek tidak memilih juadah, cukup sekadar kurma pembuka selera dan sesekali dia mahu merasa nasi beriani, itu sudah memadai baginya.


MALEK dan Amelin bersama ibu dan bapa kandung Amelin, Sharifah Rohani dan Nik Mahmood.


Bukan ulama

Mengajak Malek berkongsi serba sedikit tentang transformasi dirinya kini, dia tidak mahu khalayak melihatnya sebagai seorang alim ulama, sebaliknya cukup sebagai salah seorang manusia yang pernah melakukan terlalu banyak khilaf dan sudah bertaubat nasuha untuk kembali patuh ke jalan-Nya.

Mengaku menjalani transformasi negatif kepada positif secara berperingkat-peringkat, perkara keji yang dilakukan secara drastik sebaik mendapat hidayah adalah berhenti memakan daging khinzir dan meminum arak. Sementara hal-hal buruk lain seperti pergi ke kelab malam dan sebagainya dilakukan secara berperingkat.

"Selepas saya mendedahkan kehidupan lampau saya, saya telah mendapat pelbagai respons daripada banyak orang.

"Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya mengatakan saya memalukan diri dan keluarga kerana membuka aib yang tidak akan dibuka oleh orang lain.

"Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan mahu memalukan keluarga atau membuka aib, sebaliknya saya mahu berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya ruang untuk memperbaiki diri dengan menyedarkan saya tentang khilaf yang dilakukan sebelum saya meninggal dunia dalam kesesatan.

"Saya juga tidak malu mengaku keburukan lampau kerana saya tidak takut atau malu dengan pandangan masyarakat, sebaliknya saya mahu dan takut hanya pada Allah S.W.T sahaja," tegasnya.

Biarpun sudah berubah paksi, itu tidak bermakna Malek melupai duniawi terus. Dia memberitahu kadang-kala masih bertemu teman-teman lama dan masih mengunjungi karaoke.

Katanya: "Sebab itu saya kata saya bukan alim ulama. Kehidupan saya banyak berubah tetapi saya juga harus menyeimbangi kehidupan duniawi asal ia tidak berlebihan dan sentiasa mementingkan akhirat."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Deruan David Archuleta

Posted:

Deruan David Archuleta

Deruan David Archuleta

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


DAVID menerima cenderamata yang merupakan sebuah wau daripada Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Adrian Lim.


DAVID James Archuleta atau David Archuletta, namanya melonjakkan deruman adrenalin serata alam. Berbeza pula dengan pencabarnya yang dinobatkan juara American Idol musim ketujuh, David Cook, aura dan gema suara David jelas sekali mampu didengar sehingga ke wilayah Asia.

Cukup gah untuk menggegar dunia apatah lagi Stadium Negara pada hari Selasa lalu, David mengukir namanya sekali lagi selepas konsert sulungnya di Malaysia pada tahun 2009 menerusi David Archuleta The Other Side of Down Tour Live In Malaysia 2011.

Menginjak ke usia dewasa 21 tahun berbekalkan panggilan manja Archie, figura kelahiran Utah, Amerika Syarikat (AS) itu kini sudah berjaya melahirkan album ketiganya The Other Side of Down.

Siri jelajah konsertnya di Asia bermula di Jakarta, Indonesia seterusnya ke Manila, Filipina sebelum meninggalkan bumi Ho Chi Minh dan Hanoi, Vietnam untuk menoktahkan sebaran suara emasnya di Kuala Lumpur.

Konsert yang pada masa yang sama bertujuan mempromosi album ketiganya itu membuka tirai persembahan dengan lagu Stomping The Roses.

Dengan hanya menyarung sehelai jaket kulit, sehelai kemeja-t kelabu serta sepasang jeans hitam hingga ke akhir persembahan yang berdurasi sejam setengah itu, Archie turut melantunkan beberapa lagu baharunya antaranya Touch My Hand, My Kind of Perfect, Everything and More dan Zero Gravity.

Tidak ketinggalan menunjukkan skil bermain piano sambil dan mengulit 5,000 pengunjung penuh syahdu dengan dendangan notasi dan irama My Kind Perfect dan A Thounsand Miles (lagu asal Vanessa Carlton).

Selain itu, Archie juga melantunkan beberapa buah lagu nyanyian asal Tears For Fears (Everybody Wants To Rule The World), Ben E King (Stand By Me) dan Bryan Adams (Heaven).


SUASANA meriah kunjungan kira-kira 5,000 peminat menjadikan konsert David Archuleta di Kuala Lumpur kali ini cukup mengujakan.


Empat single daripada album terbaharunya, The Other Side of Down, Falling Stars, Elevator dan Something 'Bout Love, turut menghiasi persembahan.

Pelengkap persembahan tidak lain tidak bukan single pertama yang menjulang namanya tinggi di persada dunia, Crush sebagai hadiah teristimewa dan penutup konsert penuh energetik di Asia.

Semanis wajahnya, kaya pelbagai gaya dan tawa kecil, Archie yang ditemui pada sidang akhbar di Hotel Hilton sehari sebelum konsertnya nyata girang teruja menjejakkan kaki buat kali kedua di bumi Malaysia.

"Masih saya ingat pengalaman kali pertama datang ke sini (Malaysia) berjumpa dengan peminat saya, dan kini buat kedua kalinya kenangan ini pasti tidak akan dilupakan," bicaranya yang terbuka untuk bertandang lagi jika diberi peluang kali ketiga.

Tambahnya, Touch My Hand benar-benar sebuah naskhah bermakna baginya, selain dicipta khas untuk didendangkan di depan khalayak ramai ia punya mesej tersendiri.

"Seumpama mimpi menjadi realiti, lagu itu amat luar biasa dan saya cukup teruja untuk berkongsinya dengan khalayak," ceritanya santun.

Sebanyak 17 buah lagu, sepersalinan dan diiringi pemuzik dari Los Angeles dan New Zealand, Archie mengakhiri persembahan penuh memukau dengan ucapan "Terima Kasih Malaysia!"

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suhaila hilang sabar

Posted:

Suhaila hilang sabar

Suhaila hilang sabar

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


IBU dan bapa Suhaila banyak memberi sokongan moral buatnya dalam perancangan masa depan untuk membesarkan Zahrah Rania Shanley.


BADAI yang melanda rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, nampak masih belum ada titik noktahnya. Bahkan, jalan penyelesaian yang dicari untuk berbaik semula semakin tidak menampakkan sinarnya.

Suhaila sebelum ini yang enggan bersuara mengenai masalah rumah tangganya kini mula tampil ke hadapan untuk memprotes segala kenyataan yang dilemparkan Jimmy terhadapnya sebelum ini.

Ibu kepada Zahrah Rania Shanley yang kini berusia sebulan, ditemui pada majlis cukur jambul anaknya pada Rabu lalu di kediaman ibu bapanya di Sungai Buloh, Selangor berkata, dia dan bapanya hilang sabar selepas Jimmy menghebohkan kepada pihak media bahawa majlis cukur jambul itu dibatalkan.

"Saya tidak faham kenapa dia kata majlis hari ini batal sedangkan tarikh 27 Julai ini dipilih olehnya sendiri kerana pada hari Sabtu dan Ahad dia sibuk bekerja. Kenyataan itu yang membuatkan bapa saya marah kepadanya dan melarang dia datang ke rumah kami, sedangkan majlis ini sudah dirancang untuk majlis doa selamat sambut puasa sekali," ujarnya.

Disoal mengapa sekarang baru Suhaila tampil untuk memberikan kenyataan sedangkan sebelum ini sudah terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy, tidak ada satu pun yang dibalasnya.

Dia menjawab: "Saya ada perniagaan sendiri, saya tidak mahu masalah rumah tangga kami diperbesarkan sebab itu saya sanggup mendiamkan diri dan dalam masa yang sama saya melantik penguam untuk kes yang difailkan Jimmy iaitu permohonan kembali taat dan nusyuz serta mendapatkan hak penjagaan anak."

Tiada persefahaman

Luah Suhaila lagi, tiada persefahaman antara mereka menjadi penyebab utama mengapa dia nekad memilih jalan untuk bercerai dengan suaminya itu.


TEKAD Suhaila kini hanya mahu mencurahkan sepenuh kasih sayang buat anak sulungnya ini.


"Saya nekad untuk bercerai, cukuplah saya pernah bagi peluang sekali kepadanya sebelum ini, jadi buat masa ini saya tunggu apa kata peguam. Keluarga saya memang tidak menyokong keputusan saya kerana kalau boleh mereka ingin melihat kami berbaik semula kerana anak, saya maafkan dia tetapi saya tidak akan kembali kepadanya," tutur Suhaila tegas.

Selain tidak ada persefahaman antara mereka, kejadian Jimmy mengasari Suhaila sebanyak dua kali, pertama pada malam sebelum perkahwinan mereka dan kedua ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand juga merupakan faktor dia mengambil keputusan untuk tidak kembali kepada suaminya.

"Selepas berkahwin, baru saya tahu perangai sebenar dirinya. Saya tidak sangka dia baran macam itu. Memanglah dia ada minta saya berubah dan saya pun meminta dia berubah, tetapi manusia tidak boleh berubah begitu cepat.

"Dia tidak bagi saya berjumpa rakan-rakan saya sedangkan saya tidak banyak rakan di Kuala Lumpur kerana saya membesar sejak kecil dan bersekolah di Kedah. Jadi, rakan-rakan saya di Kuala Lumpur semuanya saudara-mara dan pekerja syarikat keluarga saya.

"Keluarga saya besar dan saya memang sukakan suasana riuh-rendah bila berkumpul dengan keluarga tetapi dia tidak boleh menerima situasi itu kerana dia sukakan suasana privasi," jelasnya.

Suhaila juga menafikan bahawa Jimmy tidak tahu tarikh sebenar majlis cukur jambul anaknya, malah, ibunya turut menjemput Jimmy untuk datang ke majlis tersebut. Bagaimanapun kelibat Jimmy dari awal sehingga majlis berakhir langsung tidak kelihatan.

"Ibu saya sudah menjemput Jimmy, saya tidak tahu kenapa dia tidak datang," jelasnya mengenai majlis cukur jambul itu turut disertai oleh anak abang Suhaila yang baru berusia 16 hari.

Sebelum mengundur diri, Suhaila, memberitahu, selepas ini dia akan memberi tumpuan kepada anaknya dan berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Menurutnya, Jimmy sebagai bapa dibenarkan untuk melawat anaknya.

"Masalah antara saya dan Jimmy, saya tidak mahu membebankannya kepada anak.

"Walau apa yang berlaku Jimmy tetap bapa kepada Zahrah, jadi saya tidak akan menghalangnya untuk datang ke rumah menjenguk Zahrah. Sebelum ini pun dia ada datang menjaga Zahrah ketika saya baru lepas bersalin," tutur Suhaila yang melahirkan anaknya secara pembedahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved