Jumaat, 29 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pendidikan untuk yang terpinggir

Posted:

Pendidikan untuk yang terpinggir

Pendidikan untuk yang terpinggir

Oleh ADLAN JAAFAR



TERLETAK di aras dua dan tiga bangunan rumah kedai, anak-anak kecil berumur lingkungan tiga hingga 14 tahun sedang khusyuk mendengar dengan tekun akan ajaran yang disampaikan oleh guru mereka.

Di Madrasah Hashimiah, dekat Kompleks Pasar Borong Selayang, Selangor, insan-insan kecil yang rata-ratanya berkulit sawo matang itu kelihatan begitu dahagakan ilmu pengetahuan walaupun belajar dalam keadaan serba kekurangan.

Selain menempatkan asrama di aras tiga, aras dua premis itu yang berkeluasan 1,000 kaki persegi (93 meter persegi) mempunyai bilik pejabat, bilik guru dan tandas. Baki ruang tersebut pula dijadikan bilik darjah yang juga berfungsi sebagai ruang bersolat.

Bilik darjah mereka hanya terdapat sekeping papan putih dan beberapa buah meja kecil mudah alih untuk meletak kitab al-Quran ketika kelas mengaji diadakan.

Bagi Pengetua Madrasah itu, Hafiz Hashim Qassim, 41, tempat pengajian tersebut menyediakan anak-anak pelarian Myanmar dengan pendidikan asas demi kelangsungan hidup. Di situ, mereka diajar menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.

Menurutnya yang mesra dipanggil dengan nama Hashim, pendidikan Islam turut diserapkan dalam sesi pembelajaran termasuk melatih mereka menghafal al-Quran.

Penubuhan madrasah tersebut bermula pada tahun 1994. Ketika itu, Hafiz tersentuh hati menyaksikan kedaifan anak-anak rakan senegaranya yang baru sahaja kematian ayah mereka. Lebih malang, anak-anak itu ditinggalkan tanpa pendidikan agama.

"Ketika itu, memang tiada tempat untuk anak-anak itu bersekolah. Lalu saya tawarkan diri mengajar mereka sembahyang dan membaca al-Quran.


SEBAHAGIAN daripada anak pelarian Myanmar yang diajar membaca al-Quran di Madrasah Hashimiah di Selayang.


"Ibu mereka juga tidak kisah jika saya mengenakan hukuman rotan kepada anak-anaknya kerana dia percaya kepada saya," ujar lelaki yang berasal dari Moulmein, Myanmar itu.

Jika dia tidak mengambil inisiatif tersebut, mungkin anak-anak pelarian itu akan terus hidup melarat dan keselamatan mereka sudah tentu tidak terjamin.

Pendidikan

Sesi pembelajaran di Madrasah Hashimiah terbahagi kepada dua. Sesi pertama bermula seawal pukul 8 hingga 11 pagi sementara sesi seterusnya bersambung semula pada pukul 2 hingga 4.30 petang.

Hanya lima subjek yang diajar iaitu bahasa Myanmar, bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik dan Pengajian Islam.

Bermula dengan seorang guru iaitu Hashim sendiri, kini madrasah tersebut memiliki 10 orang guru yang terdiri daripada pelarian Myanmar dan dua orang rakyat Malaysia yang ditaja badan bukan kerajaan bagi mengajar subjek bahasa Melayu.

Salah seorang guru yang mengajar di sana, Abdul Rahim Mohd. Yusof, 28, mula mengajar subjek pengajian Islam dan bahasa Myanmar sejak tahun 2009.

Bercerita tentang tempat asalnya di Yangon, Abdul Rahim berasa bernasib baik kerana sekolah-sekolah pengajian agama di bandar itu tidak ditutup berbanding di kawasan pedalaman lain.

Selepas menamatkan pelajaran dan memperoleh sijil, Rahim sempat mengajar di salah sebuah sekolah di Yangon sebelum sekolah itu dihentikan operasinya oleh pemerintah tentera.

Lantaran itu, dia mengambil keputusan untuk datang ke Malaysia. Berbekalkan ilmu yang dimilikinya, dia merencana pertemuan dengan Hashim. Ternyata, pertemuan itu telah membuka peluang kepadanya untuk menjadi tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah.

Kelayakan

Sehingga kini sudah hampir 300 orang anak-anak Myanmar mendapat pendidikan di situ. Untuk mengikuti pembelajaran, tiada sebarang had umur dikenakan tetapi mereka diasingkan mengikut pengetahuan yang dimiliki.

Hashim memberi contoh seorang pelajar bernama Abdul Karim Hussein, 13, yang baru sahaja tiga bulan menuntut di madrasah tersebut.


PENGHUNI Madrasah Hashimiah diajar untuk berdikari menguruskan diri.


"Dia dihantar oleh bapa saudaranya. Saya dapati bahawa dia tidak tahu membaca atau menulis malah tidak pernah mendapat pendidikan agama. Jadi, dia ditempatkan ke dalam kelas yang rata-rata pelajarnya berusia antara tiga hingga lima tahun," ujar Hashim.

Semua pelajar baharu akan melalui sebuah ujian dan temu ramah bagi menilai tahap ilmu yang dimiliki. Soalan-soalan yang ditanyakan lazimnya berkisar mengenai latar belakang pelajar dan tahap kemahiran mereka membaca al-Quran.

Melalui penilaian itu, mereka akan diagih-agih ke kelas masing-masing yang secara keseluruhannya terdapat lima tahap. Hashim berjanji anak-anak pelarian yang dihantar di situ akan diberi tunjuk ajar sehingga boleh membaca al-Quran dalam tempoh setahun sahaja.

Antara pelajarnya yang dianggap cemerlang ialah Mohd. Anuar Hassan, 11, yang kini sudah tujuh tahun menetap di Madrasah Hashimiah.

"Tahun lalu, dia menjuarai pertandingan majlis tilawah al-Quran di Shah Alam peringkat kanak-kanak dengan mengalahkan para pesaingnya yang merupakan anak-anak tempatan," kata Hashim.

Menurut Mohd. Anuar yang menjadi warga madrasah itu sejak kehilangan ibunya, dia mengambil masa selama dua bulan untuk berlatih secara intensif termasuk memperbaiki teknik bacaan dan pernafasan.

"Saya berasa seronok walaupun tidak menaruh harapan untuk menang," ujarnya dalam nada segan sambil dibantu oleh seorang penterjemah.

Yuran asrama

Yuran yang dikenakan bagi seorang pelajar oleh Madrasah Hashimiah sangat berpatutan iaitu sebanyak RM50 sebulan.

"Bagaimanapun, tidak semua mampu melunaskan yuran kerana mereka juga hidup dalam keadaan susah dan saya faham situasi mereka," jelasnya.

Selain menyediakan sebuah tempat untuk menuntut ilmu, Madrasah Hashimiah turut menyediakan asrama kepada anak-anak yatim piatu dan mereka yang datang dari keluarga susah.

Di asrama itu, tiada susunan katil-katil bertingkat seperti yang biasanya ditemui dalam sesebuah asrama biasa.


HAFIZ mula menubuhkan madrasah untuk anak pelarian selepas tersentuh dengan nasib anak seorang kawannya.


Sebaliknya, asrama madrasah berkenaan hanya terdapat beberapa susunan rak yang menempatkan kelengkapan tidur seperti bantal dan selimut selain bakul-bakul yang mengandungi pakaian.

Kata pengetuanya, ruangan itu memang dibiarkan lapang tanpa dipenuhi perabot kerana ia turut menjadi ruang permainan.

Tinjauan Kosmo! pada waktu lewat petang itu menyaksikan lebih kurang 10 orang pelajar berumur lingkungan 12 hingga 15 tahun sedang beristirehat. Ada antara mereka yang bermain karom manakala segelintir yang lain sekadar bermain bola dalam ruang terhad.

Di asrama yang menyediakan hidangan makanan sebanyak empat kali sehari itu, penghuninya yang terdiri daripada pelajar lelaki hidup berdikari dengan mengemas dan membasuh pakaian sendiri.

Kos perbelanjaan bulanan asrama yang dihuni seramai 40 orang itu mencecah sehingga RM3,500 sebulan. Sehingga kini, ia terus beroperasi sepenuhnya dengan wang hasil derma orang ramai.

Selain itu, Hashim juga ada melakukan kerja-kerja sampingan dengan menjadi pembekal daun sireh kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar pasar borong.

Hashim berkata, setiap kali bersolat, dia pasti berdoa agar urusan di asrama itu permudahkan.

"Alhamdulillah, walaupun serba kekurangan, saya sentiasa mendapat bantuan setiap kali berdepan masalah," ujarnya sambil menadah tangan tanda syukur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mohd. Ashraf murung teruk, muntah-muntah

Posted:

Mohd. Ashraf murung teruk, muntah-muntah

Mohd. Ashraf murung teruk, muntah-muntah


KERATAN muka depan Kosmo! 19 Julai 2011.


KUALA TERENGGANU - Lelaki yang tidak berjaya untuk bergelar seorang wanita dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini baru-baru ini kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dipercayai akibat mengalami kemurungan ekoran kegagalannya itu.

Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz , 25, dikatakan mengalami masalah tersebut ekoran tertekan sejak Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menolak permohonan menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz pada 18 Julai lalu.

Kemuncaknya kira-kira pukul 3 pagi semalam, dia terpaksa dikejarkan ke HSNZ selepas mengalami muntah-muntah yang teruk.

Difahamkan, sehingga lewat petang semalam, dia masih menerima rawatan di ICU ke-rana tekanan darahnya terlalu rendah iaitu 80/40 namun Mohd. Ashraf masih sedar dan mampu bercakap dengan ahli keluarganya.

Bapa lelaki itu, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi HSNZ bagaimanapun meminta wartawan supaya tidak menemui anaknya itu kerana keadaannya masih dipantau rapi oleh doktor.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Garis panduan kalori makanan di sekolah diperkenal

Posted:

Garis panduan kalori makanan di sekolah diperkenal

Garis panduan kalori makanan di sekolah diperkenal

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pelajaran menegaskan ia tidak akan menyenaraikan 15 jenis makanan tidak sihat untuk dijual di sekolah sebagaimana diuar-uarkan hampir dua bulan lalu sebaliknya memperkenalkan garis panduan baharu jumlah kalori bagi keperluan pelajar.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, satu pasukan telah dibentuk oleh kementeriannya bersama Kementerian Kesihatan bagi menghasilkan garis panduan tersebut secara komprehensif.

Beliau bagaimanapun menegaskan, makanan yang telah dikenal pasti sebagai tidak sihat dan mempunyai pewarna tiruan, misalnya snek, masih dilarang untuk dijual di kantin.

"Menerusi pengenalan garis panduan baharu kalori ini, pelajar perlu memilih makanan terbaik berdasarkan garis panduan tersebut yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Konvensyen MCA Terengganu di sini semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Isnin lalu bagaimanapun berkata, senarai 15 jenis makanan itu akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.



Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bekas PM Vietnam Selatan meninggal

Posted:

Bekas PM Vietnam Selatan meninggal

Bekas PM Vietnam Selatan meninggal


ORANG RAMAI memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ky di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Hampir 40 orang termasuk ahli keluarga hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Vietnam Selatan, Nguyen Cao Ky semalam.

Pemimpin yang mentadbir Vietnam Selatan ketika Perang Vietnam itu meninggal pada minggu lalu semasa berusia 80 tahun akibat komplikasi pernafasan.

Mayatnya dibakar di sebuah pusat pengebumian Buddha di Shah Alam manakala abunya dijangka dibawa pulang ke Amerika Syarikat (AS) oleh anak-anaknya.

Beliau dipercayai meninggal dunia di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah isterinya, Le Kim Nicole.

Mayat Ky ditempatkan di dalam sebuah keranda kaca dengan dihiasi bendera lama Vietnam Selatan, Malaysia dan AS manakala tubuhnya dipakaikan sut berwarna putih bersama tali leher bow berwarna hitam.

Menurut seorang anak perempuannya, Nguyen Cao Ky Duyen, permintaan terakhir bapanya yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu ialah membantu pelajar miskin menguasai bahasa Inggeris.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Pusat 3S, dua model baharu dilancarkan

Posted:

Pusat 3S, dua model baharu dilancarkan

Pusat 3S, dua model baharu dilancarkan

Oleh SHAWKATH AZDE



APRILIA sebenarnya bukannya satu jenama motosikal baharu di negara ini. Pengedaran jenama gah itu dalam pasaran tempatan sudah bermula sekitar tahun 2004. Namun, perjalanan jenama tersebut ibarat layang-layang putus talinya.

Untuk menghidupkan semula suatu jenama yang sudah 'terkubur' bukannya tugas mudah. Ditambah pula untuk mendapat semula kepercayaan pelanggan. Ini cabaran yang dihadapi pengedar baharu jenama Aprilia di Malaysia iaitu Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira).

"Sewaktu Kumpulan Naza memutuskan untuk mendapat hak pengedaran Aprilia, kami sedar akan cabarannya. Jenama ini secara praktikalnya tidak lagi bernyawa di Malaysia," kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Naza Premira merupakan anak syarikat Kumpulan Naza. Hak pengedaran Aprilia diperoleh menerusi pemeteraian satu perjanjian bersama Piaggio Group pada bulan Mei 2010.

Selain Aprilia, Naza Premira turut diberikan hak pengedaran jenama Piaggio, Gilera dan Vespa. Piaggio Group memiliki rangkaian produk jenama Piaggio, Vespa, Gilera, Aprilia, Moto Guzzi, Derbi dan Scrabble.

Sejak Disember 2010, enam model Aprilia telah diperkenalkan dalam pasaran. Ia meliputi model RS125R, Shiver 750, Mana 850, Dorsoduro 750, RSV4R dan RSV4 Factory. Setiap model untuk segmen motosikal berlainan.

Sejauh mana kejayaan Aprilia masih terlalu awal untuk dinilai. Strategi harus tepat. Jika tidak, kecundanglah jawabnya. Naza Premira mengambil dua pendekatan logik. Keutamaan pelanggan dan penetapan harga kompetitif berbanding jentera buatan Jepun.

Dalam tempoh enam bulan sahaja, sebanyak 140 unit motosikal Aprilia sudah dijual. Pengedar sebelum Naza Premira hanya berjaya menjual sebanyak 110 unit Aprilia dalam tempoh dua tahun. Sedikit? Ini bukannya motosikal kapcai yang senang-senang sahaja mampu meraih jualan sebanyak 2,000 atau 4,000 unit sebulan.

Pertama di Asia


DORSODURO 1200 mencetuskan persaingan dalam segmen motard tempatan.


Baru-baru ini, dua model baharu ditambah dalam rangkaian produk Aprilia. Apa lagi jika bukan model Tuono V4 APRC dan Dorsoduro 1200. Pujian harus diberikan kepada Naza Premira kerana berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara Asia pertama yang melancarkan model Tuono V4 APRC.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh SM Faisal dan Pengurus Jualan Piaggio Asia Pasific Pte. Ltd., Judah Sangaran. Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, Pengurus Besar Naza Two Wheel Division, Nik Danial Nik Mahmood dan Ketua Jualan dan Operasi Naza Premira, Idon Pang.

Spesifikasi

Model Tuono V4 APRC merupakan naked bike yang dilengkapi dengan enjin 16v V4 bersesaran 999.6cc. Enjin sama seperti jentera superbike RSV4 tetapi dengan talaan baharu. Antaranya ialah pemasaan injap baru, pengambilan trompet lebih panjang dan roda tenaga (flywheel) yang lebih berat.

Padanan transmisi enam gear diberikan. Tuono V4 APRC dikatakan mempunyai had putaran enjin mencecah 12,300 rpm. Meskipun begitu, ia mampu menghasilkan 165 kuasa kuda (hp) pada 11,500 rpm. Tork maksimum ialah 111.5Nm pada 9,500rpm. Kelajuan maksimum didakwa mampu melepasi paras 240 kilometer/sejam (km/j).

Untuk memberhentikan jentera seberat 183 kilogram (kg) itu, brek jenama Brembo diketengahkan. Roda hadapan dilengkapi dua set brek cakera berukuran 320 milimeter (mm) dengan empat omboh. Bahagian belakang mengguna pakai brek cakera berukuran 220 mm dan omboh berkembar.

Sistem suspensi Tuono V4 APRC menggunakan khidmat Sachs sepenuhnya. Bahagian hadapan menggunakan fork USD (upside-down fork) boleh laras 43mm, manakala penyerap hentak tunggal boleh laras dipadankan pada roda belakang.


METER laju analog dan digital dipadankan pada Dorsoduro 1200.


Motosikal itu hadir bersama tiga mode pemetaan enjin iaitu Track, Sport dan Road. Mode Track membolehkan respon pendikit minyak menjadi lebih agresif. Sementara mode Sport untuk respons lebih lancar dengan kekangan tork berdasarkan gear. Ia juga dikenali sebagai mode 'keseronokan maksimum'. Mod Roade pula menyalurkan respons pendikit minyak paling lembut dan ia sesuai untuk tunggangan dalam bandar atau di atas jalan yang basah.

Pesaingnya terdiri daripada Ducati Streetfighter S, KTM Super Duke R dan Triumph Speed Triple. Didatangkan dalam dua warna iaitu kuning dan hitam, jentera itu memiliki tangki petrol berkapasiti 17 liter. Ia dijangka ditawarkan pada harga RM93,000 seunit.

Dorsoduro 1200 pula mencetuskan keterujaan dalam segmen motosikal motard tempatan. Ia dipasang enjin 90 darjah V-twin dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 1,197cc. Jentera motard itu dijana oleh kuasa sebanyak 130hp pada 8,700rpm. Tork maksimum ialah 115Nm @ 7,200rpm. Kelajuan maksimum dikatakan melepasi 200km/j.

Motosikal seberat 203 kilogram itu memiliki sistem suspensi sama seperti Tuono V4 APRC. Cuma penyerap hentak belakang ditempatkan di bahagian kanan. Sistem brek juga sama kecuali saiz cakera belakang yang lebih besar iaitu 240mm.

Tiga pemetaan enjin diberikan iaitu Sport, Touring dan Rain. Mode Sport memberikan akses pada kuasa penuh 130hp. Kuasa penuh dan keselesaaan dapat dirasai dalam mode Touring. Manakala mode Rain untuk jalan basah.


PENYERAP hantak tunggal belakang berada pada bahagian kanan jentera.


Harga dianggarkan RM79,000 seunit. Kedua-dua model tersebut diberi pakej penyelenggaraan selama tiga tahun.

Pelaburan RM600,000

Seiring dengan pelancaran dua jentera tersebut, majlis perasmian sebuah pusat pameran dan pusat 3S Aprilia di Jalan Raja Muda Aziz, Kampung Baru di Kuala Lumpur diadakan. Dengan keluasan 11,000 kaki persegi, premis tersebut membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM600,000.

Ia dilengkapi kemudahan lapan ruangan menyelenggara jentera, di samping peralatan dan kelengkapan untuk semua rangkaian motosikal Aprilia. Mekanik di sana sudah menerima latihan daripada Pusat Latihan Aprilia di Itali.

Turut diperagakan ialah rangkaian model Vespa, Champion Corner dengan dua replika jentera perlumbaan RSV4 Factory dan RS125R. Tidak lama lagi, barisan model Piaggio dan Gillera turut akan dipamerkan.

Selain itu, aksesori, pakaian kasual dan perlumbaan untuk penunggang motosikal turut dijual. Pusat itu dibuka seawal 9 pagi sehingga 8 malam setiap hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suzuki catat pertumbuhan memberangsangkan

Posted:

Suzuki catat pertumbuhan memberangsangkan

Suzuki catat pertumbuhan memberangsangkan



SUZUKI Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) mengumumkan prestasi setengah tahun pertamanya baru-baru ini.

Perkongsian pasaran Suzuki meningkat daripada 1.1 peratus tahun lalu kepada 1.4 peratus pada tahun ini (Januari hingga Jun 2011). Ia juga mencatatkan peningkatan sebanyak 27 peratus dalam tempoh tersebut dengan jualan sebanyak 4,086 unit kenderaan Suzuki.

Dalam pasaran segmen kereta bukan nasional, perkongsian pasaran Suzuki meningkat daripada 2.6 peratus kepada 3.1 peratus hingga Jun tahun ini. Sumbangan terbesar datangnya daripada permintaan kukuh terhadap model Swift yang meliputi 67 peratus jualan keseluruhan syarikat.

Sebagai tambahan, jualan Swift menokok sebanyak lima peratus berbanding tahun lalu apabila Suzuki berjaya menjual 2,730 unit Swift dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Ketika Swift mendominasi segmen B hatchback dengan 59 peratus, model kompak Alto dilihat semakin mendapat maklum balas positif dalam segmen A hatchback. Jualan Alto mencecah 610 unit dan mewakili 23 peratus perkongsian pasarannya.

Sementara jualan model SX4 Crossover meningkat sebanyak 28 peratus dengan perkongsian pasaran mencecah 23 peratus dalam segmen C hatchback. Ini bermakna sebanyak 461 unit berjaya dijual berbanding 329 unit pada tahun lalu.

Jualan model Grand Vitara turut menunjukkan peningkatan apabila memperoleh empat peratus perkongsian pasaran dalam segmen SUV bukan nasional.

Dalam majlis sama, SMA memperkenalkan model Swift yang telah ditambah baik. Dikenali sebagai Swift GLX, penambahbaikan kosmetik itu dibuat berikutan minat terhadap Swift yang tidak pernah menurun.

"Kami menyasarkan jualan sebanyak 500 unit Swift GLX sebulan, walaupun pasaran kini berdepan beberapa cabaran termasuklah kesan pasca tsunami di Jepun dan pindaan akta sewa beli," jelas Pengarah Urusan SMA, Ibrahim Maidin.

Menurut Ibrahim, Swift merupakan gabungan teknologi Jepun dengan rekaan Eropah. Jadi, ia sememangnya sebuah jentera kompak yang terbukti bagus dan pastinya mampu memuaskan hati setiap pemiliknya.

Antara penambahbaikan yang diterima Swift GLX ialah jeriji baharu pada bampar hadapan, lampu belakang baharu, selain bampar belakang, skirting sisi dan penutup enjin yang sporty.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terhad untuk 100 unit sahaja

Posted:

Terhad untuk 100 unit sahaja

Terhad untuk 100 unit sahaja


AKSESORI Ralliart membuatkan Lancer Sportback ini kelihatan jauh lebih sporty.


PENGIMPORT dan pengedar kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia, (MMM) baru-baru ini melancarkan model Mitsubishi Lancer Sportback RA Edition. Berdasarkan kepada model Lancer Sportback 2.4 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Edisi RA eksklusif ini hanya ditawarkan sebanyak 100 unit sahaja.

Edisi RA menambah pakej sporty yang sudah sedia ada pada model Lancer Sportback menerusi pelbagai aksesori Ralliart, jenama untuk produk Mitsubishi yang mempunyai kaitan dengan sukan bermotor.

Dihasilkan buat peminat tegar Ralliart, setiap Lancer Sportback Edisi RA hadir bersama pakej aksesori eksklusif yang meliputi tempat duduk kulit Nappa dengan rekaan sporty, rim aloi, diffuser belakang, plat Ralliart, stiker, kamera mengundur, bampar hadapan, emblem Ralliart dan banyak lagi.

Model ini ditawarkan pada harga RM137, 980 seunit di atas jalan termasuklah insurans. Ia didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu biru, putih dan hitam. Pelanggan juga akan menikmati jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (km), selain pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun daripada Mitsubishi.

Apa yang pasti, penampilan sporty Lancer Sportback dipertingkatkan melalui penggunaan bampar hadapan Ralliart dan logonya yang memang terkenal itu. Sementara gegelang pada lampu kabus membuatkannya menyerlah biarpun lampunya belum dinyalakan.

Bagi nampak sepadan, bahagian belakang dipasang dengan unit diffuser pada bahagian bawah bampar. Manakala rim aloi bersaiz 18 inci dicat dengan warna Gun Metal.

Ciri sporty itu diteruskan hingga ke bahagian kabin. Plat Ralliart edisi khas tahan calar diletakkan pada setiap pintu. Pemandu dan penumpang juga pasti berpuas hati dengan keselesaan yang ditawarkan oleh tempat duduk kulit Nappa tersebut. Untuk membantu pemandu ketika memarkir kenderaan, kamera mengundur disediakan.

Sejak dilancarkan ke pasaran tempatan pada akhir tahun lalu, Lancer Sportback merupakan hatchback lima pintu yang popular dalam rangkaian model Lancer.


TEMPAT duduk dibalut dengan kulit Nappa.


Ia dijana oleh unit enjin bersesaran 2.4 liter MIVEC yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 170PS dan 22Nm tork. Enjin DOHC 16 injap itu dipadankan dengan transmisi INVECS-II Continuously Variable Transmission (CVT) yang menawarkan pemanduan lebih sporty, cekap dan selesa.

Kecemerlangan pengendalian Lancer Sportback di atas jalan dibantu oleh suspensi jenis bebas yang menerima talaan khas. Kuasa membrek pula diserahkan kepada sistem brek cakera ventilasi untuk roda hadapan dan brek cakera solid pada roda belakangnya.

Lancer Sportback juga dipasang dengan barisan senarai peralatan standard yang mengujakan. Antaranya, sistem kawalan suhu automatik, sistem audio 2-DIN dengan skrin sentuh LCD dan kamera mengundur. Alat pengesan hujan automatik pada penggilap cermin, lampu utama dan cruise control merupakan antara ciri-ciri yang ada pada Lancer Sportback.

Sebagai tambahan, Lancer Sportback didatangkan dengan system keselamatan terbaik termasuklah Active Stability Control (ASC) dengan Traction Control (standard), selain ABS, Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA).

Maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Mitsubishi Motors atau layari www.mitsubishi-motors.com.my. Anda juga boleh menghubungi Mitsubishi Motors Customer Care Line di talian 03-7622 2202.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pondan gagal tukar nama, masuk ICU

Posted:

Pondan gagal tukar nama, masuk ICU

Pondan gagal tukar nama, masuk ICU

29/07/2011 9:02pm

KUALA TERENGGANU - Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesya Farhana, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi.

"Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau "unstable angina with cardiogenic shock"," katanya.

Beliau berkata, anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd. Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bapa gilis anak perempuan

Posted:

Bapa gilis anak perempuan

Bapa gilis anak perempuan

29/07/2011 7:03pm

KOTA BAHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan maut selepas tidak sengaja digilis kenderaan yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika keluarga mangsa, Nuramni Atirah Che Pauzi bersiap untuk keluar membeli kelengkapan menyambut Ramadan.

Bapa mangsa, Che Pauzi Mamat, 44, berkata beliau memanaskan enjin kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alzanya dan sama sekali tidak menyangka anak tunggalnya mengekori di belakang.

Beliau berkata, sambil menunggu isterinya, Noraini Othman, 38, bersiap, beliau keluar dari rumah untuk memanaskan enjin dan menyangkakan anaknya itu berada bersama ibunya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Program sarjana minyak dan gas di UMS

Posted:

Program sarjana minyak dan gas di UMS

Program sarjana minyak dan gas di UMS

29/07/2011 6:27pm

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakar sejarah sebagai universiti pertama di negara ini yang menyediakan program pengajian peringkat sarjana dalam jurusan minyak dan gas apabila ia dimulakan September ini.

Dekan Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat UMS Prof Madya Dr Rosalam Sarbatly berkata kumpulan pertama pelajar bagi program itu akan dipilih dalam kalangan mereka yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik atau kimia.

"Empat elemen kejuruteraan ini selalunya menjadi kriteria bagi seseorang jurutera untuk diambil bekerja dalam industri minyak dan gas.

"Pelajar akan mengikuti kursus selama setahun, termasuk menjalani latihan perindustrian selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program itu di sini hari ini.

Rosalam berkata kursus baru itu menarik minat ramai termasuk pelajar kejuruteraan dari Indonesia. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Makanan lembut tapi khasiat hilang

Posted:

Makanan lembut tapi khasiat hilang

Makanan lembut tapi khasiat hilang

Oleh NURUL IZZA ROSLY



LAZIMNYA, kebanyakan kita menganggap nikmat makan sebagai satu perkara remeh yang tidak perlu disyukuri. Namun, kita lupa bahawa perbuatan mudah seperti menyuap makanan ke dalam mulut, mengunyah dan menelan adalah satu perkara yang amat mencabar dan sukar bagi golongan pesakit yang nazak.

Sesetengah ubat-ubatan atau terapi mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan pesakit hilang selera makan dan mengganggu sistem pencernaan mereka.

Keadaan tersebut agak biasa berlaku malah, ada segelintir pesakit yang langsung tidak boleh menelan makanan ataupun air.

Kajian telah menunjukkan bahawa kekurangan nutrien penting tertentu di dalam tubuh boleh menyebabkan seseorang pesakit itu menjadi lemah, letih dan hilang daya tahan penyakit atau kurang kekuatan untuk menjalani rawatan.

Oleh yang demikian, kebanyakan penjaga atau ahli keluarga pesakit akan memaksa pesakit untuk menjamah makanan.

Kepayahan menjamah makanan membuatkan penjaga pesakit menyediakan makanan dengan memasaknya sehingga lembut supaya senang ditelan.


PEMBERIAN makanan melalui tiub merupakan salah satu cara memberi pesakit makan.- Gambar hiasan


Makanan yang dimasak terlalu lama mungkin senang dimakan oleh pesakit, namun ia bukanlah penyelesaian yang betul kerana kebanyakan kandungan nutrisi di dalam makanan tersebut akan musnah dalam proses tersebut.

Pesakit yang tidak mampu mengambil makanan biasanya tergolong dalam kelompok mereka menghidapi penyakit peringkat akhir, masalah buah pinggang, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) atau warga emas yang sakit tua.

Pelbagai perubahan berlaku kepada seseorang individu yang bergelar warga emas. Antara perubahannya ialah kemerosotan deria rasa, hidu, penglihatan, pendengaran, sentuhan, kurang selera makan, masalah pencernaan, sembelit, masalah metabolisma, masalah kardiovaskular, ginjal, sistem saraf dan sebagainya.

"Semua perubahan tersebut mempengaruhi status nutrisi dan kesihatan yang menyebabkan peningkatan risiko untuk mengalami kekurangan nutrisi atau zat.

"Apabila kekurangan nutrisi, seseorang pesakit itu berisiko untuk mendapat penyakit dan komplikasi terhadap penyakit sedia ada," kata Pengurus Perhubungan Perubatan Pemakanan Wyeth Nutrition, Dr. Shree Jacob.


PESAKIT tenat tidak mampu untuk makan makanan pejal yang lebih banyak khasiat.


Oleh yang demikian, pengambilan makanan tambahan penting bagi pesakit atau warga emas untuk mendapatkan tenaga, protein mikronutrien.

Pengambilan makanan tambahan itu dapat meningkatkan kualiti kehidupan dan tahap kesihatan serta zat nutrisi dalam tubuh badan.

"Sokongan nutrisi dapat membantu pesakit dalam memperbaiki fungsi imunologi, penyembuhan luka, memperbaiki kebolehtelapan usus, mengurangkan perpindahan bakteria dan mengelak komplikasi penyakit.

"Bagaimanapun keperluan nutrisi berbeza mengikut kumpulan. Bagi warga emas, mereka memerlukan penghidratan yang mencukupi, kandungan serat yang tinggi dan makanan yang mengandungi nilai nutrien," katanya.

Tambah Shree, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti barah, sakit jantung dan sebagainya pula memerlukan keperluan nutrisi yang berbeza.

"Pesakit dalam kelompok ini memerlukan makanan yang mengandungi protein dan kalori yang tinggi, kurang lemak, vitamin dan mineral mencukupi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

HONDA PACU IMPIAN PELAJAR

Posted:

HONDA PACU IMPIAN PELAJAR

HONDA PACU IMPIAN PELAJAR

Oleh ALIF ABU BAKAR


PARA peserta bengkel Dare to Dream bersama sijil masing-masing selepas tamat program.


KEM COPE Adventure yang terletak di Pusat Pelancongan Menara Tinjau Ampang meriah dengan kehadiran 55 peserta bengkel Dare to Dream yang datang dari serata Malaysia. Peserta-peserta yang berusia antara 17 sehingga 24 tahun itu menjalani bengkel tersebut selama lima hari pada 8 Jun hingga 12 Jun lalu.

Pengisian program sepanjang bengkel itu menjurus kepada pembentukan karakter peserta-peserta dengan menerapkan elemen-elemen kerjasama dan semangat setiakawan.

Salah satu aktiviti yang digemari oleh peserta bengkel tersebut ialah Amazing Race. Dalam aktiviti ini mereka perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan di setiap lokasi yang telah ditetapkan di sekitar Menara Tinjau tersebut.

Tindak-tanduk dan cara mereka menangani masalah dalam tugasan tersebut akan dinilai bagi menentukan siapakah yang layak tersenarai dalam 20 penerima biasiswa.

Impian para peserta

"Kita tidak hanya menilai daripada aspek akademik dan kebijaksanaan sahaja, bahkan nilai-nilai murni dalam diri mereka juga penting.

"Sepanjang bengkel ini berlangsung, kita akan perhatikan setiap peserta berdasarkan personaliti mereka daripada segi kerjasama dan komunikasi bersama peserta-peserta lain," jelas Ketua Perhubungan Awam Honda Malaysia, Monique Low.

Seorang peserta masalah penglihatan, Loke Weng Hang, dari Port Dickson, Negeri Sembilan memberitahu, dia bercita-cita untuk menjadi pengaturcara komputer.

"Saya ingin mencipta perisian yang memudahkan individu seperti saya mengendalikan komputer dengan lebih mudah," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.



Sementara itu Mok Yi-Lin, 19, mempunyai alasan bersifat peribadi mengapa dia memilih peguam sebagai kerjayanya.

Remaja dari Ipoh, Perak itu berhajat untuk membantu mereka yang tidak mendapat keadilan di mahkamah terutama berhubung kes perceraian.

Kesan perceraian ibu bapanya ketika dia baru berusia lapan tahun telah menyemarakkan semangat anak sulung itu untuk membela nasib insan seperti ibunya yang berdepan kesukaran membesarkannya dan adik lelakinya.

Salah seorang peserta dari Sabah, Nor Syafiqah Saliza Saripuddin pula menanam cita-cita untuk bergelar mekanik wanita berikutan kebiasaan pergaulannya yang cenderung bersama lelaki.

Walaupun kerjaya tersebut dimonopoli kaum Adam, Syafiqah tidak menganggap ia sesuatu yang mustahil lebih-lebih lagi selepas kakaknya bergelar mekanik.

Biasiswa Honda Dreams diperuntukkan buat mereka yang berasal daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM1,500 dan ke bawah serta lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Penerima biasiswa tersebut boleh dikatakan bertuah kerana mereka bebas memilih institusi pilihan yang diingini untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati. Pengajian mereka ditaja sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Selepas lima tahun menyumbang kepada masyarakat, usaha Honda Malaysia itu nyata berhasil apabila majoriti penerima biasiswa mereka berjaya mencapai impian masing-masing.

Bekas penerima biasiswa tersebut, Wong Eddron memberitahu, biasiswa yang diterimanya pada 2007 membuka peluang buat dirinya bergelar seorang pereka grafik dan kartunis.


KOMUNIKASI antara ahli kumpulan penting dalam setiap cabaran.


"Saya telah menamatkan diploma dalam bidang Ilustrasi di The One Academy dan kini bekerja sebagai pelukis bebas. Tawaran melukis juga semakin banyak dan saya selesa bekerja sebegini tanpa terikat dengan mana-mana syarikat," luahnya yang tidak bercadang untuk bekerja di mana-mana syarikat.

Seramai 20 penerima biasiswa tersebut dipilih secara adil berdasar penilaian oleh wakil daripada Honda Malaysia dan empat organisasi lain. Empat organisasi tersebut ialah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Program Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Majlis Belia Malaysia (MYC) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Sebanyak 1,700 permohonan diterima sejak ia dibuka sepanjang bulan Januari sehingga Mac lalu yang kemudiannya disenarai pendek kepada 60 orang peserta sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Memahami pendidikan seks

Posted:

Memahami pendidikan seks

Memahami pendidikan seks


ANAK-ANAK perlu diajar tentang adab dan tata susila sesama mereka yang berlawanan jantina demi menjaga kehormatan serta mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.


APABILA memperkatakan mengenai pendidikan seks, ramai ibu bapa yang salah anggap mengenai maksud sebenar. Hakikatnya, pendidikan seks bukan bererti mengajar anak-anak mengenai hubungan seksual antara lelaki dan wanita semata-mata.

Menurut Kamus Dewan, perkataan seks bermaksud sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan iaitu jantina atau keinginan syahwat. Secara umum, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan iaitu hubungan antara berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan.

Bagi sesetengah masyarakat, perbincangan tentang topik seks dianggap sebagai pantang larang atau tidak wajar dibicarakan. Ia dianggap perkara yang terlalu peribadi. Namun, apabila perkataan seks dikaitkan dengan pendidikan, ia akan memberi satu maksud yang amat berbeza.

Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internal consiousness / spiritual / morality) dan jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan di antara dua jantina tersebut.

Ia boleh dilaksanakan sama ada secara formal ataupun tidak formal. Dalam konteks ini, pendidikan seks adalah wajar.

Ajarkan batasan aurat

Setiap ibu bapa perlu ajarkan anak-anak mengenai batasan aurat. Islam telah menggariskan batasan aurat yang perlu dipatuhi, bukan saja kepada wanita malah kepada lelaki.

Aurat asas bagi seorang lelaki adalah menutup bahagian antara pusat dan lutut. Aurat wanita pula ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita, terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

i) Aurat ketika sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

ii) Aurat ketika bersama mahram

Pada asasnya, aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Namun, wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutamanya dalam menjaga kehormatan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

iii) Aurat ketika di hadapan lelaki bukan mahram

Aurat wanita di hadapan lelaki bukan mahram ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat melihat wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Sehubungan itu, anak-anak perlu diajar untuk memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

Batasan pergaulan

Ibu bapa wajib mengajar anak-anak mengenai batasan pergaulan seperti yang disarankan oleh syariat.

Terdapat enam etika pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuk antara anak lelaki dan anak perempuan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan daripada mendekati zina iaitu:

a) Menundukkan pandangan, menutup aurat, batasan aurat, ada penghalang antara lelaki dengan wanita, tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan, tidak melunakkan ucapan atau percakapan dan tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.

b) Pengasingan anak lelaki dan perempuan

Ibu bapa perlu mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan. Bukan sekadar berasingan katil tetapi juga berasingan bilik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan) solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun, dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya." (hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).

Hadis ini jelas menyuruh kita agar memisahkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan apabila mereka berusia 10 tahun. Ia menjelaskan hikmah perlunya anak-anak ini diasingkan tempat tidur bukan saja daripada saudara kandung tetapi juga daripada ibu bapanya sendiri.

c) Adab masuk ke bilik ibu bapa dan adik-beradik

Anak-anak juga perlu diajar mengenai adab masuk ke bilik ibu bapa dan bilik saudara kandung. Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat Isyak.

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ratusan uji bakat program jadi jutawan di Florida

Posted:

Ratusan uji bakat program jadi jutawan di Florida

Ratusan uji bakat program jadi jutawan di Florida


SEBAHAGIAN peserta yang menghadiri uji bakat kuiz televisyen Who Wants To Be A Millionaire di Hotel Grand Hyatt Tampa, Florida kelmarin.


TAMPA BAY, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 600 orang hadir untuk sesi uji bakat kuiz televisyen Who Wants To Be A Millionaire dengan harapan mereka berpeluang untuk bergelar seorang jutawan, lapor sebuah akhbar semalam.

Sesi uji bakat musim terkini kuiz popular itu yang menawarkan peluang memenangi wang tunai AS$1 juta (RM2.95 juta), diadakan di Hotel Grand Hyatt di sini, negeri Florida kelmarin.

Seorang wanita yang ditemui di lokasi itu berkata, minatnya yang mendalam terhadap kuiz Who Wants To Be A Millionaire mendorongnya mencuba nasib dalam sesi uji bakat tersebut.

Para peserta yang berjaya dalam sesi uji bakat di sini akan dihantar ke New York bersama peserta lain dari seluruh AS.

Beberapa peserta yang bertuah dalam kalangan mereka akan dipilih sebagai antara finalis yang berpeluang untuk bertanding dalam kuiz Who Wants To Be A Millionaire. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Poster undang-undang syariah ditampal di Britain

Posted:

Poster undang-undang syariah ditampal di Britain

Poster undang-undang syariah ditampal di Britain


SEORANG aktivis, Anjem Choudary menunjukkan poster mengenai larangan perbuatan menyalahi undang-undang syariah di Leyton, timur London baru-baru ini.


LONDON - Golongan ekstremis Islam melancarkan kempen poster untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai kewujudan zon penguatkuasaan undang-undang Islam di serata Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Poster berkenaan memberitahu para pengunjung bahawa mereka memasuki zon undang-undang Islam dan dilarang melakukan aktiviti yang melanggar hukum syarak seperti meminum alkohol atau melanggan pelacur.

"Anda memasuki zon kawalan syariah, lokasi undang-undang Islam dikuatkuasakan," menurut tulisan pada satu poster itu di sini.

Poster berwarna kuning terang itu turut tertera amaran meminta dilarang berjudi, tidak dibenarkan mengadakan konsert, merokok dan dadah.

Sejumlah poster berkenaan ditampal di stesen bas dan tiang lampu beberapa kawasan di sini.

Seorang pendakwah, Anjem Choudary mengaku bertanggungjawab melancarkan kempen poster syariah itu.

"Kami memiliki beribu-ribu orang di seluruh Britain yang sanggup meronda untuk memastikan undang-undang syariah dikuatkuasakan di zon-zon berkenaan," kata Anjem.

"Kami memiliki antara 10,000 hingga 50,000 poster untuk diedarkan di kawasan penduduk Islam di Britain," tambahnya.

Bagaimanapun, pihak Scotland Yard bekerjasama dengan majlis kerajaan tempatan untuk menanggalkan poster-poster itu dan mencari dalang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar wanita jumpa kamera intip

Posted:

Pelajar wanita jumpa kamera intip

Pelajar wanita jumpa kamera intip


BENTUK alat pengesan asap yang didakwa mengandungi kamera tersembunyi.


TAMPA, Florida - Dua pelajar wanita dari Bulgaria terkejut apabila mendapati terdapat beberapa kamera tersembunyi yang mengintip pergerakan mereka di setiap bilik dalam apartmen mereka di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kedua-dua pelajar itu, Vanya Amokovareva, 22, dan Ralitsa Dzhambazova, 23, bertindak menghubungi polis apabila mereka mendapati terdapat kamera tersembunyi pada alat pengesan asap.

Kamera itu juga didapati terdapat di dalam bilik mandi.

Selama tiga bulan mereka berada di dalam apartmen tersebut, setiap pergerakan pelajar itu dirakamkan menerusi kamera berkenaan.

Mereka menemui kamera itu pada Isnin lalu.

"Saya tidak pernah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku pada saya dan rakan saya," kata Dzhambazova.

Menurutnya, mereka datang ke sini untuk menghabiskan cuti musim panas dengan bekerja di Amerika Syarikat.

Para penyiasat kini mencari individu yang meletakkan kamera itu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Berhak pilih cara berpakaian

Posted:

Berhak pilih cara berpakaian

Berhak pilih cara berpakaian



UMPAMA serampang dua mata apabila aktiviti yang kita lakukan dapat melangsaikan dua perkara yang diimpikan dalam masa serentak.

Begitulah perkara yang dialami oleh penyanyi dan pencipta lagu yang berbakat, Ana Raffali kerana dia bukan sahaja dapat menunaikan impiannya untuk membuat busking atau persembahan jalanan di stesen-stesen komuter, malahan dapat beramal bagi mengumpul dana Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membantu golongan miskin menyambut bulan Ramadan menerusi program Sinar Kasih Ramadan.

Program yang berlangsung pada 21 Julai lalu, memerlukan Ana dan kumpulannya, Marhaens menaiki komuter dari Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Seremban, Negeri Sembilan sebelum memulakan busking amal tersebut.

Ana tampil semata-mata untuk menarik lebih ramai orang awam tampil beramal membantu golongan yang memerlukan bantuan tersebut.

Pengalaman mengikuti program amal tersebut sememangnya tidak dapat dilupakan apabila dapat melihat sendiri Ana menyanyi dengan penuh semangat di setiap stesen terpilih walaupun dia sebenarnya tidak sihat pada ketika itu.

Persembahan yang termasuklah di stesen KTM Seremban, Bangi, UKM, Kajang, Mid Valley dan KL Sentral itu sebenarnya telah memerlukan Ana melakukan pengorbanan memandangkan keadaan kesihatannya ketika itu.

"Walaupun tidak beberapa sihat sejak kebelakangan ini kerana demam, namun amanah yang diberikan oleh YBK perlu saya tunaikan kerana sudah lama saya nantikan program sebegini.


ANA bersama kumpulannya, Marhaens tidak kekok membuat busking biarpun di stesen komuter.


"Pelbagai persediaan telah dibuat untuk menjayakan program ini seperti mengambil vitamin C serta makanan tambahan lain agar saya tetap bertenaga untuk meneruskan aktiviti hari ini," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Impian termakbul

Ana ternyata berpuas hati kerana impiannya untuk membuat persembahan di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) tercapai apabila KTM Berhad (KTMB) telah memberi kerjasama menyediakan tempat sepanjang program tersebut berlangsung.

Dia yang popular dengan lagu Kalau Berpacaran berkata, keinginannya untuk membuat persembahan secara langsung di stesen komuter mula timbul sejak masih belajar lagi.

"Sudah lama saya nak buat persembahan nyanyian di sini kerana waktu belajar dulu saya agak kerap menggunakan komuter untuk berulang-alik dari rumah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam," katanya.

Ana amat bersyukur, apabila peluang kali ini datang berganda kerana bukan sahaja impiannya tercapai malahan Ana Raffali juga dapat beramal untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik khususnya golongan miskin.


ANA tidak menyangka impiannya selama ini untuk menyanyi di stesen komuter kini sudah tercapai.


"Berterima kasih pada KTMB kerana bagi peluangnya menyempurnakan program Sinar Kasih Ramadan untuk membuat persembahan serta pada masa yang sama dapat beramal.

"Saya harap dengan cara ini, lebih ramai orang akan mengenali program tersebut pada masa yang sama dapat beramal," ujarnya.

Aktiviti dii bulan Ramadan

Sering mencari idea-idea baharu untuk meningkatkan kualiti persembahan nyanyian, Ana seperti tidak pernah kenal erti letih kerana sanggup meluangkan hampir waktu sehariannya bersama pengguna KTM semata-mata untuk mendekati pendengar dengan lebih dekat.

"Membuat persembahan secara busking dapat mendekatkan diri kepada pendengar kerana tiada pentas yang menjadi penghalang antara pendengar dengan penyanyi," katanya.


PENGERUSI Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom tidak ketinggalan menghulurkan derma untuk program Sinar Kasih Ramadan.


Tambahnya, melakukan persembahan tersebut juga dapat mengeratkan hubungan dengan ahli kumpulan Marhaens serta memantapkan lagi komunikasi antara mereka khususnya ketika melakukan persembahan nyanyian.

Sementara itu, ditanya perancangan aktiviti sepanjang bulan puasa yang bakal tiba kelak, Pengurus Pemasaran Korporat About The Letter A Sdn. Bhd., yang juga pengurus peribadi Ana, Azlie Halim berkata, ia bergantung kepada jadual harian Ana kerana aktivitinya masih dalam perancangan.

"Jadual Ana sepanjang bulan Ramadan masih dalam perancangan, kemungkinan ada persembahan di majlis-majlis amal seperti Majlis Amal Ramadan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hattan, Ramli Sarip masuk sawah

Posted:

Hattan, Ramli Sarip masuk sawah

Hattan, Ramli Sarip masuk sawah


RAMLI SARIP bersama Hattan, Black, Lina AF9, Zarina AF, Yus Maharajalawak, Achong dan Rudy Kristal bakal menghiburkan penduduk Kampung Dadong, Kemaman, Terengganu bermula pukul 8 malam ini.


PENDUDUK Kampung Dadong, Air Putih Kemaman, Terengganu berhak untuk berasa teruja dan gembira kerana tanggal 29 Julai ini sekumpulan artis-artis popular dari Kuala Lumpur akan berkampung di halaman mereka untuk menjayakan Pesta Mengemping sempena dengan musim menuai padi.

Program untuk merapatkan rakyat dengan kelompok artis ini dikendalikan oleh artis popular tanah air Hattan. Seperti yang diketahui ramai Hattan adalah antara artis tempatan yang sering mengadaptasikan kehidupan desa dalam karya seninya jadi bertepatan dia menganjurkan program sebegini.

Niat murni Hattan bersama rakan-rakan artis untuk mendekati masyarakat desa tidak keseorangan kerana Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik telah menyatakan persetujuan untuk bersama turun padang demi mendekati denyut nadi rakyat di desa.

Antara nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan yang telah mengesahkan untuk bertandang ke Kampung Dadong ialah Ramli Sarip, Black Mentor, Lina AF 9, Zarina AF, Yus Maharajalawak, Achong dan Rudy Kristal.

"Program Pesta Mengemping diisi dengan aktiviti bertemu penduduk, sukan rakyat dan berakit. Motifnya hanya satu iaitu mendekatkan artis dengan penduduk desa dan pada masa yang sama mendengar dan mengambil pendapat mereka mengenai apa jua isu semasa.

"Bagi saya program sebegini boleh merubah persepsi negatif terhadap artis yang selama ini dilabelkan sebagai pengejar populariti, selain artis dikatakan kurang mesra dengan peminat di desa. Dengan ada program sebegini diharap artis tidak dipandang serong lagi," jelas Hattan mengenai motif program anjurannya itu.


HATTAN


Tambah penyanyi itu lagi: "Program ini juga ingin mendekati anak-anak muda demi membetulkan hala tuju mereka. Kalau mereka berminat dengan bidang seni, kami akan memberi panduan yang betul. Kelas gitar juga akan diadakan pada hari tersebut dan ia akan dikendalikan oleh Rudy dari kumpulan Kristal."

Artis-artis yang bertandang ke Kampung Dadong akan dilibat sama dalam acara sukan rakyat dan acara-acara lain yang dianjurkan sempena dengan Pesta Mengemping ini.

Hattan juga berterima kasih kepada Shabery Chik yang kebetulan merupakan Ahli Parlimen Kemaman kerana memberi sokongan kepada program yang dianjurkannya ini.

Kemuncak program Pesta Mengemping nanti ialah Konsert Rakyat, di mana persembahan para artis akan dilakukan di dalam sawah padi. Orang ramai yang menonton konsert ini nanti tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

"Motif pemilihan sawah sebagai tapak konsert adalah untuk mengingatkan artis yang dibawa, bahawa tanah sawah inilah yang menjadi punca rezeki penduduk Kampung Dadong. Konsert ini dipersiapkan seperti mana konsert berbayar di Kuala Lumpur bezanya tiada bayaran dikenakan," jelas Hattan lagi.

Penyanyi kelahiran Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga merancang untuk mengadakan program sebegini di beberapa negeri lagi. Hattan juga mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama untuk menjayakan program sebegini. - MALIAH SURIP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Amaran daripada Amy Winehouse

Posted:

Amaran daripada Amy Winehouse

Amaran daripada Amy Winehouse


ANTARA ribuan peminatnya yang memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi tersebut.


LADY GAGA menyifatkan kejayaan dirinya menjadi bintang tersohor hari ini adalah kerana seorang wanita. Penyanyi terkenal British, Adele pula menyifatkan wanita yang sama seperti yang disebut Gaga itu sebagai individu yang bertanggungjawab merintis jalan buat dirinya dan seorang lagi penyanyi British terkenal, Duffy untuk turut mencipta nama di Amerika Syarikat.

Wanita yang dimaksudkan Gaga dan Adele itu ialah Amy Winehouse. Namun bermula Sabtu lalu, tiada lagi figura yang cukup dikenali dengan fesyen rambut 'sarang tebuan'nya yang unik itu. Meninggal dunia atas sebab yang belum dapat dipastikan dari segi perubatan buat masa ini, dia menghembuskan nafas yang terakhir pada usia yang masih muda.

Namun, apa yang mengejutkan adalah Winehouse sendiri sememangnya telah menjangka dia akan meninggal dunia pada usia 27 tahun dan menyertai 'Kelab 27' yang mana 'ahli-ahlinya' terdiri daripada ikon muzik tersohor yang meninggal dunia pada usia 27 tahun termasuklah Jimi Hendrix, Janis Joplin dan vokalis Nirvana, Kurt Kobain.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Rehab itu ditemui sudah tidak bernyawa oleh pengawal peribadinya, Andrew Morris pada pukul 4 petang, 23 Julai lalu di kediamannya di Camden yang terletak di bahagian selatan London.

Dia dikatakan kali terakhir menghubungi pengawal peribadinya pada pukul 10 pagi dan sehubungan itu, timbul desas-desus mengatakan Winehouse sudah meninggal dunia enam jam sebelum kematiannya itu disedari Andrew.


WINEHOUSE meninggal dunia pada usia 27 tahun, sama seperti vokalis Nirvana, Kurt Cobain dan Jimi Hendrix.


Menurut laporan akhbar Britain, The Sun, punca kematian penyanyi itu tiada kaitan dengan dadah tetapi berkemungkinan disebabkan keracunan alkohol, namun perkara itu belum dapat dipastikan kesahihannya.

Biarpun punca kematiannya belum dapat dipastikan, namun ia jelas boleh dikaitkan dengan personalitinya yang dikatakan agak obses terhadap dadah, alkohol dan makanan.

Sahabat Winehouse yang pernah tinggal bersamanya buat seketika dahulu, Alex Foden memberitahu akhbar Britain Daily Mirror: "Malang sekali, dia mempunyai personaliti yang sangat obses. Dia melakukan semua perkara secara ekstrem, khususnya apabila berkaitan makanan, dadah dan alkohol."

Tambahnya: "Dia sangat suka makan. Dia akan makan dengan banyak dan kemudiannya berlari ke tandas untuk memuntahkannya semula atau dia tidak akan makan selama empat hingga lima hari tetapi hanya makan dadah, gula-gula dan minum arak dalam tempoh tersebut."

Menurut Alex lagi, Winehouse selalu memberitahunya, dia akan meninggal dunia pada usia muda dan bakal menyertai 'Kelab 27'. Dia mendakwa bahawa masalah dadah yang dialami rakannya itu berada pada tahap ekstrem apabila Winehouse kadang-kadang sanggup membelanjakan sehingga 1,000 pound sterling (RM4,857) untuk satu malam bagi membeli dadah untuk dinikmati bersama semua kawan-kawannya.


PEMERGIAN Winehouse amat mendukacitakan peminatnya.


Katanya: "Dia sangat pemurah dan suka belanja kawan-kawannya untuk menikmati dadah, biasanya dari jenis heroin dan kanabis. Paling teruk, dia pernah membelanjakan sebanyak RM4,857 membeli dadah untuk dihabiskan dalam tempoh satu malam bersama kawan-kawannya. Namun, dia biasanya tahu jumlah dadah yang diambilnya."

Namun, apa yang positif tentang pemenang lima Anugerah Grammy itu adalah dia seorang yang sangat pembersih. "Winehouse sangat mementingkan kebersihan dan memastikan kediamannya sentiasa berada dalam keadaan kemas. Dia akan memasak dan menjemput ahli keluarga dan rakan-rakannya untuk menikmati hasil masakannya itu. Mendiang Amy hanyalah seorang gadis yang mahu disayangi oleh semua orang."

Apa yang ditakdirkan berlaku terhadap Amy yang akhirnya dikebumikan di Golders Green Crematorium, di utara London pada 26 Julai lalu itu sesungguhnya menjadi peringatan dan amaran keras buat bintang-bintang rock ternama lain yang 'seangkatan' dengannya iaitu yang juga menghadapi masalah ketagihan dadah dan alkohol.

Seperti kata pemain gitar bass band Blur yang juga sudah bertahun-tahun menghidap masalah ketagihanan dadah dan arak, Alex James, 42, ketika bercakap kepada akhbar The Sun: "Apa yang dialami Amy Winehouse itu dengan mudah sahaja boleh juga dialami oleh saya pada peringkat umur yang sama!"

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved