Rabu, 13 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Antaraks kes paling mencabar Adams

Posted:

Antaraks kes paling mencabar Adams

Antaraks kes paling mencabar Adams

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha@kosmo.com.my



KEJADIAN penyebaran Antaraks, serbuk berbentuk talkum yang boleh membunuh apabila dihidu, mengambil masa lapan tahun untuk diselesaikan. Salah seorang penyiasat forensik yang terlibat dalam penyiasatan menyelesaikan kes itu ialah Pengarah Sains Forensik Universiti Central Oklahoma, Amerika Syarikat, Dr. Dwight Adams.

Beliau menggambarkan kejadian itu sebagai paling mencabar dalam pengalaman menjadi ejen perisik Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Walaupun memegang jawatan Pengarah Sains Forensik Universiti Central Oklahoma dan pernah bertugas sebagai ejen khas FBI selama 23 tahun, Adams sedikit pun tidak menunjukkan perwatakan formal.

Pendekatan yang ditunjukkan beliau semasa bertemu pelajar-pelajar sekolah menengah dan kolej antarabangsa INTI di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini amat mesra dan penuh humor.

"Setiap kali gambar foto saya dirakam oleh jurugambar seperti anda, saya berasa teruja dan ternanti-nanti untuk menunjukkannya kepada ibu saya. Saya mahu beritahu dia, inilah pekerjaan saya. Malangnya gambar yang keluar adalah bayangan seperti ini atau gambar salah kapsyen!" katanya sambil menunjukkan dua potongan akhbar dengan gambarnya yang tidak jelas.

Kata-katanya menjemput lawak tawa pendengar. Adams terus mempertahankan perhatian pendengar sambil berkongsi kisah-kisah menarik dalam hidupnya menjadi ejen khas FBI.

"Apa yang menyebabkan anda memilih menjadi ejen khas FBI?" tanya seorang pelajar perempuan dari Kolej Inti. Seakan-akan membisik, Adams menggunakan mikrofon berkata: "Isteri saya! Dia sering bertanya, bila saya mahu bekerja kalau asyik belajar. Ketika itu saya baru selesaikan pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Biologi. Saya membuat keputusan untuk menjadi pensyarah tetapi, saya tidak diterima kerana tiada pengalaman. Oleh itu, saya membuat permohonan di FBI.

"Mereka membalas permohonan saya melalui telefon dan bertanya apa sebenarnya jawatan atau tugas yang saya pohon." Persoalan itu tidak dijawab Adams. "Ejen khas atau ejen perisik? Ejen khas ditawarkan gaji yang lebih tinggi, soal wanita dalam telefon. Saya terus menjawab, ejen khas! Itulah jawatan yang saya pohon," tambahnya lagi.

DNA kepakaran Adams

Ternyata keputusan Adams bukan sahaja mengubah seluruh hidupnya, tetapi kemudian komitmen lelaki itu telah mengubah dunia penyiasatan forensik dunia. Mungkin tidak lengkap jika kejayaan Adams tidak dikaitkan dengan pembangunan teknik asid deoksiribonukleik (DNA) dalam penyiasatan forensik. Lelaki tersebut adalah antara individu yang membangunkan penggunaan DNA pada tahun 1988 dan telah diiktiraf sebagai pakar DNA dalam menyelesaikan pelbagai kes jenayah.


Tragedi mayat seorang pelarian Myanmar yang disumbat di dalam kotak televisyen di sebuah kawasan perindustrian Seksyen 36 Shah Alam, Selangor antara kes kendalian Adams.


Berikutan itu dan pelbagai kejayaan dalam bidang penyelesaian jenayah, Adams turut dianugerahkan Anugerah Presidential Rank Award selaku Eksekutif Kehormat iaitu salah satu anugerah tertinggi yang disampaikan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2003.

Adams yang pernah berkhidmat di Majlis Penasihat DNA Kebangsaan untuk mewujudkan standard serta mengawal semua makmal jenayah penyelidikan DNA di AS. Majlis tersebut juga mengurus pangkalan data yang menghubungkan 175 kes jenayah dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan lebih 80,000 kes seluruh negara.

DNA selesaikan kes

"Ketika pertama kali menggunakan teknik DNA untuk menyelesaikan jenayah, kami berhadapan dengan pelbagai cabaran. Di AS, setiap kali kita menggunakan sesuatu teknik, kami terpaksa mendapatkan keputusan hakim untuk memastikan sama ada teknik itu boleh diguna atau sebaliknya. Kadangkala kami terpaksa menunggu keputusan lebih lama daripada perlaksanaan," kata Adams.

Dalam nada rendah, beliau juga memberitahu, tidak semestinya DNA dapat membantu sepenuhnya dalam penyelesaian sesuatu kes. Katanya ada juga kes-kes yang tidak dapat dirungkai atau diselesaikan walaupun pihak FBI menggunakan DNA, termasuk kes antaraks itu sendiri.

Ujar beliau saat ditanya mengenai kerjaya sebagai ejen perisik, "Anda bukan sahaja perlu belajar mengenai DNA atau forensik jika mahu menjadi ejen perisik, malah pelbagai lagi skop turut boleh dijadikan kepakaran. Antaranya matematik, seni, media, multimedia dan beberapa pilihan lain kursus yang boleh digunakan untuk kepakaran perisikan forensik," katanya sambil mempromosi kursus Ijazah Sains Forensik yang ditawarkan di Universiti Central Oklahoma (UCO) di kepada pelajar-pelajar Kolej Inti.

Selama lebih 20 tahun bertugas antara kes yang paling mencabar dan sukar diselesaikan akuinya, adalah kes penyebaran dan pembunuhan melalui serbuk antaraks.

"Dalam tempoh perkhidmatan saya, antaraks merupakan kes fail yang paling mencabar. Bayangkan, anda perlu mengesan seorang manusia yang menjadi dalang di sebalik penghantaran sampul berisi serbuk antaraks tanpa mengetahui apa-apa mengenainya, termasuk serbuk itu sendiri. Ia bukan seperti siri Crime Scene Investigation (CSI), Bones atau Criminal Minds yang boleh menyelesaikan sesuatu kes dalam sehari dua atau paling lama pun, seminggu. Ini realiti, ia mengambil masa lapan tahun yang kritikal!" katanya yang mengakui banyak kes di bawah FBI yang masih tidak dapat diselesaikan atau dalam usaha diselesaikan walaupun mengambil masa bertahun lamanya.


ADAMS semasa memberikan ceramah mengenai pendidikan Sains Forensik di Kolej INTI di Subang Jaya.


Serbuk antaraks

Bercerita lanjut tentang kes antaraks Adams berkata, serangan biologi yang berlaku pada September 2001 itu membangkitkan kejutan dalam kalangan biro forensik sepertinya.

Kes itu sangat berbeza, daripada jutaan sampul, bagaimana pihak FBI harus mengenal pasti yang satu sampul yang mempunyai kandungan serbuk antaraks.

"Kami melakukan pelbagai perkara untuk menangani kes ini. Kami terpaksa memakai baju bio hazard dan memeriksa satu demi satu peti surat di Monmouth, New Jersey setelah mengenal pasti kawasan sampul-sampul itu diposkan melalui poskod. Tentu sekali pemeriksaan peti surat dilakukan pada waktu malam supaya ia tidak mengejutkan orang awam," katanya.

Mengimbas kembali kenangan menyelesaikan kes antaraks, Adams berkata pasukannya terpaksa menganalisis setiap 628 peti surat dan satu daripadanya memberikan penemuan positif. "Kami menemui ames strain iaitu salah satu daripada 89 kandungan bacterium antaraks yang ketika itu tidak tahu ia boleh dimodifikasi secara genetik."

Bagaimanapun, Adams mengakui, kes tersebut mencapai satu penyelesaian apabila Dr. Bruce Edwards Ivins yang merupakan seorang mikrobiologi, vaksinologis dan penyelidik pertahanan bio kanan di Institut Penyelidikan Perubatan Ketenteraan Penyakit Berjangkit AS (USAMRIID) di Fort Detrick, Maryland membunuh diri.

Beliau salah seorang suspek utama kes antaraks dikatakan telah mencabut nyawa sendiri dengan mengambil tylenol secara berlebihan selepas mendapat tahu dirinya akan didakwa oleh FBI di atas jenayah berkaitan serbuk antaraks.

"Itu salah satu contoh kes yang memerah tenaga kira-kira 200 orang perisik, ejen khas dan pihak FBI sebelum ia diselesaikan," katanya sekali lagi merujuk salah satu adegan CSI yang diselesaikan oleh satu pasukan kurang lima orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aidora pakar forensik DNA negara

Posted:

Aidora pakar forensik DNA negara

Aidora pakar forensik DNA negara


AIDORA pernah mengendalikan kes-kes besar seperti Nirmala Bonat dan Anwar Ibrahim.


WALAUPUN berpangkat Ketua Unit Peterniti Forensik DNA Jenayah, perwatakan yang ditunjukkan Nor Aidora Saedon penuh kelembutan.

Beliau tidak jemu-jemu melemparkan senyuman walaupun maklumat yang dikongsi agak serius.

Ibu kepada seorang anak itu merupakan antara orang penting yang bertanggungjawab membuat analisis ke atas DNA kes-kes jenayah di Malaysia.

Daripada kes pembantu rumah Indonesia yang didera, Nirmala Bonat hinggalah kepada kes berprofil tinggi, Datuk Anwar Ibrahim, Aidora sudah masak dengan segala bahasa forensik mahu pun DNA.

"DNA ialah bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang individu dan ia unik kecuali kembar seiras. Ia boleh digunakan secara efektif bagi kes jenayah yang melibatkan bahan biologi seseorang," kata Aidora. Beliau bagaimanapun mengakui bukan semua kes dapat diselesaikan walaupun mempunyai DNA dan bukan semua DNA boleh digunakan.

"Ini kerana memandangkan negara kita bermusim tropika iaitu lembap dan panas, ia mempengaruhi sifat DNA. Oleh itu, ada banyak kes di mana DNA tidak dapat digunakan sebagai bahan solusi kerana ia terjejas dengan kepanasan atau kelembapan," kata wanita yang mempunyai Ijazah Kimia dari Universiti Malaya dan Ijazah Lanjutan Sains Forensik dari Universiti of Auckland, New Zeland.

Katanya lagi, penggunaan DNA dalam analisis Forensik bukan sahaja terhad kepada kes-kes jenayah, malah ia turut digunakan sama ada untuk tujuan awam atau persendirian dalam menentukan ibu bapa seseorang, kes-kes kewarganegaraan dan pendaftaran lewat kelahiran.

Pihaknya akan memperoleh bahan DNA daripada pihak polis dan analisis akan dibuat di makmal.

Apa yang membanggakan semua teknologi dan kepakaran yang digunakan di Makmal Analisis DNA di Jabatan Kimia Malaysia bukan sahaja mempunyai akreditasi Persatuan Pengarah Makmal Jenayah Amerika (ASCLD) bahkan, diberi mandat sebagai penggerak Rangkaian Forensik Sains Asia yang mewakili benua Asia.

Kekurangan pakar

Ulas wanita yang bekerja dengan 35 orang kakitangan di bawah unit Forensik DNA itu, dengan kecekapan teknologi sedia ada pihaknya dapat membekalkan analisis yang konkrit. Cuma akuinya, jumlah pakar yang ada sekarang dalam bidang forensik masih agak kecil.

"Jumlah kakitangan 35 orang tetapi jika diambil kira jumlah pakar, saya rasa kurang 10 orang," katanya yang juga memberitahu buat masa sekarang hanya Universiti Kabangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sahaja yang menawarkan kursus khusus Sains Forensik.

Kekurangan pakar dalam bidang itu, menurut Aidora dipengaruhi pelbagai faktor antaranya kesukaran tugas tersebut.


KERJAYA dalam dunia penyiasatan forensik menuntut cabaran yang bukan sedikit baik di lokasi, makmal mahu pun di mahkamah.


"Dalam kebanyakan kes kami akan menerima kes jenayah dan perkhidmatan analisis luar lain. Analisis DNA akan dilakukan dan bagi individu luar, kami juga akan membekalkan penerangan hasil analisis."

"Kami juga mendidik pelajar, polis dan pihak berkuasa tertentu. Ini diikuti tekanan daripada pihak luar termasuk media, orang awam, ahli politik dan sebagainya terhadap sesuatu kes. Setelah siap kad laporan yang melalui beberapa siri penapisan, pembetulan, kami perlu berhadapan dengan pihak mahkamah.

"Pada kes-kes tertentu kami akan dicabar atau dicemuh khususnya melibatkan kes berprofil tinggi," katanya tersenyum.

Ternyata, tanggungjawab dan kecekapan yang perlu dipikul ahli sains forensik itu mungkin bukan pilihan kebanyakan orang kecuali, keghairahan mengatasi segala-galanya.

Sama seperti Aidora yang menyertai pasukan forensik seawal 1998, wanita yang kini berusia 38 tahun itu berkata, dengan tunjuk ajar daripada kakitangan kanan terdahulu speerti Primulapathi Jaya, N. Hithaya Jeevan dan Lim Kong Boon, beliau berpuas hati dengan kedudukannya sekarang.

Apabila ditanya, bagaimana pihaknya mengendalikan sesuatu kes, Aidora berkata, "Semua kes ada suspek dan mangsa. Setiap suspek dan mangsa mempunyai keluarga sama seperti kita. Bagaimana agaknya kita mengendalikan sesuatu yang melibatkan keluarga sendiri? Bersungguh-sungguh dan adil bukan.

"Jadi saya melihat suspek mahupun mangsa sebagai seorang yang berkeluarga dan penting bagi seseorang, jadi saya akan mengikut prosedur dan melakukannya secara adil supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kebaikan manusia itu sendiri," jelas wanita itu.

– NIZHA PERIASWAMY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Terjatuh kalau gopoh melangkah

Posted:

Terjatuh kalau gopoh melangkah

Terjatuh kalau gopoh melangkah

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my



LELAKI itu mengakui dadanya berdegup kencang. Sesekali tangannya menyeka peluh jantan yang mula mengalir ke dahinya. Affendy Abdullah, 27, sedikit gementar. Maklumlah, ia merupakan pengalaman pertamanya mencuba aktiviti pengembaraan di atas pokok dikenali sebagai Skytrex Adventure.

Walaupun sudah biasa menggunakan harness atau abah-abah, carabiner dan pulley ketika melakukan aktiviti memanjat tembok di sekitar Putrajaya sebelum ini, cabaran yang dilaluinya kali itu nyata berbeza.

Pengembaraan kategori ekstrem tersebut memerlukannya melepasi 34 jenis halangan yang disediakan dalam tempoh dua hingga tiga jam.

Lebih menambah cabaran, kesemua cabaran seperti Zig Zag Bridge, Sky Bridge, Slack Track, The Quake, Thrilling Trunk, Wild Rocket dan Flying Fox dilakukan pada ketinggian 20 hingga 23 meter dari permukaan tanah.

"Pastikan carabiner disangkut di tali penanda yang disediakan di setiap platform. Ambil masa ketika melakukan setiap halangan, jangan tergopoh-gapah.

"Ingat, keselamatan diri adalah paling penting semasa berada di atas nanti," kata-kata seorang petugas semasa sesi taklimat keselamatan dan demonstrasi sebelum itu seakan-akan terngiang-ngiang di telinganya.

Tanpa membuang masa, jurutera reka bentuk di sebuah syarikat antarabangsa itu memulakan aksinya. Satu-persatu halangan yang terhidang ditempuh dengan berhati-hati. Perasaan gementarnya mula berkurangan malah dia semakin seronok.


BIARPUN gayat dan 'menakutkan' kepuasan jelas dirasai para peserta sebaik sahaja menghabiskan satu-satu cabaran.


Selain menjalani aktiviti itu, dia juga terpesona melihat pokok-pokok yang menjulang tinggi di sekitar Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) atau dulunya lebih dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam itu.

"Sebelum ini saya hanya berpeluang melihat aktiviti ini di kaca televisyen. Apabila sudah mencubanya sendiri barulah saya tahu ia tidaklah semudah yang disangkakan.

"Perasaan gayat, gementar, penat, teruja semua bercampur-baur semasa berada di atas platform, lebih-lebih lagi apabila menoleh ke bawah," katanya yang menetap di Gombak, Kuala Lumpur.

Ujian mental

Affendy yang baru pertama kali berkunjung ke TBNSA berkata, adventur tali tinggi itu mendesak adrenalin kerana ia melibatkan ketinggian, kepantasan dan ujian mental serta tenaga tubuh.

"Aktiviti ini sangat mengujakan. Peserta sengaja diuji dengan halangan berbeza-beza pada tahap awal dan penghujung pengembaraan. Biarpun kepenatan, saya cukup teruja melakukannya," ujarnya yang turut meraikan sambutan hari keluarga syarikatnya di taman itu.

Terletak di kawasan seluas 10 hektar, Skytrex Adventure merupakan merupakan lokasi pertama di negara ini yang menyediakan perkhidmatan eko-rekreasi merentasi halangan ketinggian.


BERGAYUT umpama Tarzan mungkin menjadi pengalaman yang seronok dan tidak akan dilupakan.


Tidak hairanlah, sejak beroperasi sekitar tahun 2007, ia menjadi tarikan utama pengunjung-pengunjung ke TBNSA selain daripada aktiviti berbasikal, memancing dan beriadah di kawasan hutan seluas 817 hektar itu.

Pengarah Urusan Skytrex Adventure Sdn. Bhd., Azlan Idrus berkata, terdapat tiga kategori pakej yang ditawarkan kepada pengunjung ke situ bermula dari Little Adventure, Big Thrill dan Extreme Challenge dengan bayaran antara RM35 hingga RM50.

Azlan menambah, setiap cabaran yang disediakan pada setiap laluan mempunyai darjah kesukaran berbeza-beza pada ketinggian antara tiga hingga 23 meter.

"Disebabkan itu, peserta perlu berada dalam keadaan berjaga-jaga dan berwaspada ketika melakukan setiap cabaran dan halangan.

"Pengembaraan yang dilalui adakalanya memerlukan peserta berdiri, memanjat, berjalan, bergayut dan melakukan pelbagai pergerakan tubuh. Di sinilah ketangkasan dan kekuatan mental dan fizikal mereka diuji," jelasnya.

Laluan kecemasan

Di samping itu, peserta yang tidak mahu meneruskan cabaran berikutnya boleh menarik diri dengan menggunakan beberapa laluan kecemasan yang disediakan dikenali sebagai Chicken Exit.

"Namun begitu, peserta tidak perlu panik atau bimbang sekiranya berlaku sebarang kecemasan kerana terdapat petugas yang sentiasa mengawasi di atas dan di bawah platform untuk mengawasi pergerakan dan memberi pertolongan sekiranya perlu," katanya.

Azlan menjelaskan, usaha mempopularkan aktiviti itu di negara ini tercetus ketika dia dan salah seorang pengasas Skytrex Adventure, Jullien Repllien bercuti di Perancis ketika mereka menuntut di Universiti Hull, United Kingdom sekitar penghujung tahun 90-an dahulu.

Di sana, katanya, terdapat lebih 500 taman eko-rekreasi seumpama itu yang sering menjadi tumpuan penggemar-penggemar sukan lasak dan ekstrem dari sekitar Eropah.

"Namun, selepas pulang ke Malaysia saya mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai undang-udang di sebuah syarikat pertoleum terkemuka menyebabkan impian itu terpaksa dipendamkan seketika.

"Hanya sekitar tahun 2007, barulah ia dapat direalisasikan. TBNSA dipilih kerana ia strategik dan menjadi tumpuan warga Lembah Klang di samping keindahan alam semula jadinya yang unik dan kekal terpelihara," katanya.


FAKTOR gender tidak menjadi halangan bagi sesiapa yang mahu mencuba cabaran yang disediakan.


Jelas Azlan, pihaknya bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menentukan jenis pokok yang sesuai digunakan. Pokok-pokok itu perlu dipastikan jenis dan ketahanannya agar selamat untuk kerja-kerja mengikat kabel dan pembinaan platform.

Antara pokok-pokok yang digunakan setakat ini, kata Azlan ialah dari jenis meranti, kempas dan jelutong.

Sijil keselamatan

Berbicara tentang soal keselamatan, Azlan menjelaskan telah mendapatkan sijil khas yang dikeluarkan oleh sebuah badan antarabangsa, Apave, untuk menilai semua aspek teknikal seperti tahap ketahanan, keselamatan dan kepatuhan syarat-syarat tertentu.

"Pada masa yang sama, pemantauan secara berkala turut dilakukan secara harian dan bulanan bagi memastikan peralatan seperti tali, kabel dan alat keselamatan berada di dalam keadaan baik dan selamat.

"Malah, kami turut mewajibkan setiap peserta mengisi borang pengisytiharan diri dan menjalani sesi taklimat dan demonstrasi keselamatan yang disediakan di samping memakai kasut dan pakaian yang sesuai sebelum membenarkan mereka mencuba aktiviti ini," katanya.

Bagi seorang peserta, Faizal Hasan, 27, cabaran yang disediakan sesuai untuk semua peringkat umur, dari peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.

"Ia bukan sekadar aktiviti lasak semata-mata, sebaliknya direka untuk turut menguji keberanian, memupuk semangat kerjasama dan keyakinan diri seseorang.

"Di samping keseronokan beraktiviti, peserta juga dapat melepaskan tekanan apabila menikmati keindahan alam semula jadi yang ditawarkan di sini. Pengalaman ini pasti akan mereka ingati," katanya.

Sementara itu, Mohd. Arshad Lateh, 47, yang telah mencuba cabaran itu memberitahu, Skytrex Adventure menjadi tarikan kepada pengunjung ke TBNSA selain tarikan sedia ada seperti Taman Haiwan, Rumah Iklim Empat Musim, Kolam Pancing dan tapak sukan paintball.

Menurutnya, aktiviti itu mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan, sama seperti aktiviti perkelahan atau mengunjungi destinasi percutian lain yang sering dilakukannya sekeluarga.

"Apabila anak-anak ini melihat kita turut sama beraktiviti dengan mereka, secara tidak langsung mereka akan rasa lebih dekat dengan kita seterusnya membuka ruang untuk berinteraksi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tunisia cuba bangkit selepas revolusi

Posted:

Tunisia cuba bangkit selepas revolusi

Tunisia cuba bangkit selepas revolusi


MENARA masjid di salah satu lorong petempatan di Tunis.


TIADA apa yang lebih buruk sehingga menjejaskan sektor pelancongan sesebuah negara selain daripada revolusi. Namun, Tunisia, kini bergelut untuk bangkit dan sanggup melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan sektor pelancongannya selepas siri kekalutan politik di sekitar negara-negara Arab termasuk yang terletak di benua Afrika.

Kempen-kempen pelancongan telah dilaksanakan secara agresif dalam mengurangkan kebimbangan pelancong terhadap negara itu.

Antara usaha terkini adalah sebuah iklan yang menunjukkan seorang wanita sedang diurut dengan tertera perkataan: 'Mereka kata di Tunisia, sesetengah orang menerima layanan mesra.'

Iklan-iklan itu kini terpampang di beberapa buah bas di sekitar London. Sistem kereta api bawah tanah di Paris turut memaparkan mesej iklan yang cenderung mengisahkan kemusnahan selepas revolusi dan tapak-tapak arkeologi di negara itu melalui tapak-tapak arkeologinya.

Pencipta kempen itu mahu meningkatkan kefahaman kelompok pelancong dengan menakrif semula tanggapan mereka mengenai keadaan sebenar di Tunisia selepas revolusi.

Menteri pelancongan negara itu turut memberi jaminan bahawa keadaan di Tunisia adalah selamat untuk pelancong-pelancong meskipun berada dalam kegawatan politik. Ia jauh lebih baik daripada Afrika Selatan.

Kempen-kempen agresif itu hadir tatkala industri pelancongan di negara itu kini terkapai-kapai untuk kembali bangkit selepas pergolakan yang berlaku.

Pelancong-pelancong dari Eropah sebelum ini pernah menjadikan Tunisia sebagai destinasi percutian mereka kerana terpesona dengan keindahan pantainya dan pelbagai tarikan yang ditawarkan.

Situasi itu sekali gus menjana pendapatan sektor pelancongan negara itu kepada 6.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memberikan peluang pekerjaan kepada seorang daripada lima rakyat di negara itu.

Selepas kehadiran pelancong mula berkurangan, negara itu sekali lagi berhadapan dengan masalah yang berlaku terhadap jirannya, Libya.

Semangat kembara

Tidak hairanlah, Tunisia kini bergantung sepenuhnya kepada semangat pengembaraan para pelancong dari Eropah untuk memulihkan sektor utama ekonominya.


SOUK di sekitar Tunisia banyak menjual pelbagai jenis cenderamata popular seperti produk kaca, minyak wangi, dekorasi manik dan pasu tanah liat.


Suasana resort pesisiran pantai Tunisia, Yasmine Hammamet, umpama gambaran sekeping poskad pada musim panas dengan pasir pantai halus, kehangatan laut yang membiru dan rangkaian hotel mewah untuk menyambut kehadiran pelancong. Namun, ia kosong tanpa penghuni.

Pelancong-pelancong dari Eropah, Algeria dan Libya yang telah lama meninggalkan bandar Hammamet yang terletak di barat laut Tunisia itu sedangkan ia masih selamat untuk dilawati.

Situasi itu sekali gus menyaksikan musim kehadiran pelancong yang terburuk di dalam sejarahnya, ketika kebanyakan bandar pesisiran pantai di bahagian utara Afrika turut terjejas sejak Januari akibat revolusi menentang presiden republik itu.

"Ia lebih buruk daripada sebuah malapetaka," kata Kamel ben Abdallah.

Pengurus hotel bertaraf tiga bintang itu lazimnya menjana pendapatan sebanyak 65 peratus pada musim panas ini. Biarpun terdapat diskaun sebanyak 40 peratus daripada harga asal, kebanyakan bilik di hotelnya masih kosong.

Keadaan itu, turut memaksa Ben Abdallah untuk mengurangkan jumlah kakitangannya kepada 40 orang berbanding 100 orang pada musim yang sama tahun lalu. Dia juga tidak lagi mengambil pekerja-pekerja sementara.

Pengurus hotel itu menyalahkan media yang menjadi punca 'kerugian luar biasanya'. Kesan laporan yang menggambarkan negara itu sebagai 'sangat tidak stabil' sejak Januari lalu amat merugikan rakyat tempatan dan pengusaha pelancongan.

Pejabat Pelancongan Kebangsaan pada Selasa lalu turut mengumumkan lebih 3,000 orang kehilangan pekerjaan dalam sektor pelancongan negara itu tahun ini.

Resort sepi

Kehadiran pelancong ke negara itu juga kini merosot kepada 39 peratus. Begitu juga dengan pendapatan yang menjunam sebanyak 51 peratus.

Biarpun resort Yasmine Hammamet kelihatan sepi, ia sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelancong. Diskaun separuh harga yang ditawar diharapkan dapat menarik pelancong ke situ pada tahun ini.


Budaya santun warga tempatan menjadi tarikan ramai pelancong ke Tunisia.


Walaupun terkenal dengan pelbagai festival sebelum ini, resort peranginan itu kini sunyii. Peniaga-peniaga, pembuat kraf tangan dan pemandu pelancong kini bergelut untuk menjana pendapatan.

"Unta saya kini menjadi gemuk kerana ia langsung tidak bergerak," kata Hichem, yang terdesak mencari pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan menunggang unta di sekitar pelabuhan.

Di bahagian pantai resort yang indah itu kelihatan banyak kerusi yang kosong. Saber, seorang pemuda 23 tahun menghabiskan masa harian dengan menunggu di atas salah sebuah daripada 10 basikal miliknya yang dihias indah dengan bendera pelbagai negara.

"Sepanjang sehari suntuk berada di sini, saya tidak mampu menyewakan basikal biarpun memberi potongan harga sebanyak lima dinar (RM10.80) bagi tempoh setengah jam.

"Beberapa pelancong kelihatan menjauhi kami dan berkurung di dalam hotel mereka," keluhnya.

"Mereka tidak lagi keluar pada waktu malam kerana bimbang diserang. Terdapat banyak khabar angin yang tersebar sehingga menakutkan mereka," terang Laila, seorang peniaga yang merancang menutup perniagaannya pada bulan hadapan.

Faktor keselamatan

"Saya dinasihatkan supaya tidak keluar malam tanpa berteman," kata Florence, seorang pelancong dari Perancis yang enggan meninggalkan hotel penginapannya atas faktor-faktor keselamatan.

Pada minggu lalu, pihak Kementerian Dalam Negeri republik itu mengumumkan bahawa usaha mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan tumpuan pelancong. Bagaimanapun, tindakan itu dianggap sebagai tidak mencukupi dan suatu usaha terdesak untuk menghidupkan kembali Tunisia.

Menurut seorang pengurus hotel lima bintang, Philippe Belhay yang kini kerugian lebih 52 peratus perniagaannya, khabar angin tentang bahaya dan ketidakstabilan Tunisia sangat menjejaskan ekonomi sektor pelancongan.

Sebahagian pengurus hotel di negara itu percaya khabar angin yang tersebar telah menjejaskan kehadiran pelancong dari Algeria, yang lazimnya menjadi pelanggan utama mereka sebelum ini.

Dalam usaha mengatasi keadaan itu, golongan profesional pelancongan di Tunisia terus berharap untuk menerima tempahan di saat-saat akhir.

Sementara itu, penduduk tempatan kini turut dihujani iklan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan promosi hotel-hotel dengan kadar luar biasa sehingga mencecah 35 peratus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah nostalgia P. Ramlee

Posted:

Rumah nostalgia P. Ramlee

Rumah nostalgia P. Ramlee

AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my


RUMAH P. Ramlee ini mengenang jasa dan pengorbanan P. Ramlee dalam dunia seni tempatan.


SIAPA yang tidak mengenali Tan Sri P. Ramlee? Biarpun sudah 38 tahun seniman agung itu pergi meninggalkan kita, namanya masih tetap terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat.

Sehingga kini, karyanya masih hidup dan tidak pernah ditelan zaman. Beberapa filemnya yang terus disiarkan di kaca televisyen seperti Nujum Pak Belalang, Bujang Lapok, Labu Labi masih mampu membuatkan peminat-peminatnya ketawa.

Begitu juga lagu-lagunya seperti Getaran Jiwa, Jangan Tinggal Daku dan Di Manakan Ku Cari Ganti yang masih kedengaran merdu.

P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh membina nama sebagai insan seni yang serba boleh. Dialah pelakon, dia juga penyanyi, pelawak, komposer serta pengarah filem.

Bermula dengan filem Chinta dan Laksamana Do Re Mi menutup tirai seninya, kehebatan beliau terus diakui malah mendapat pengiktirafan di pesta-pesta filem antarabangsa.

Tidak hairanlah, berita pemergiannya menghadap Ilahi pada 29 Mei 1973 begitu mengejutkan peminat-peminatnya. Pemergiannya diibaratkan satu kehilangan besar dalam industri hiburan negara dan terus dikenang sehingga kini.

Menghargai jasa

Justeru, tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan untuk mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee kepada warisan seni bangsa dan negara bagi tatapan generasi akan datang.


RUANG dapur yang serba sederhana ini menyuntik rasa rendah diri dan insaf dalam diri pengunjung.


Paling ketara adalah usaha pemuliharaan rumah kelahiran seniman agung itu yang terletak di Jalan P. Ramlee (dulu dikenali sebagai Counter Hall Road), Pulau Pinang.

Rumah itu pada asalnya dibina pada tahun 1926 oleh bapa beliau, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim bersama bapa saudaranya, Rejab Hussain. Ia kemudian dibaik pulih oleh bapa saudaranya pada zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi pada 1948.

Di rumah itulah P. Ramlee membesar dan mengharungi zaman kanak-kanak serta alam persekolahan sebelum beliau berhijrah ke Singapura dan Kuala Lumpur untuk mengorak langkah lebih jauh dalam bidang seni.

Menyedari nilai sejarah yang ada, Arkib Negara Malaysia telah mengambil alih dan menjadikan rumah itu sebagai muzium yang menjadi salah satu tarikan pengunjung di negeri Pulau Mutiara itu.

Bagi tujuan itu, pihak Arkib telah melakukan kerja baik pulih bermula pada tahun 1991. Bentuk asalnya masih dikekalkan termasuk perincian pelbagai ukiran kayu yang menghiasi setiap sudut rumah itu.

Pada 31 Disember 1991, ia telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia ketika itu, Datuk Sabbaruddin Chik.

Tradisional

Seperti rumah-rumah tradisional Melayu di Pulau Pinang, Rumah P. Ramlee mempunyai beberapa bahagian utama seperti bilik, ruang tamu, serambi serta dapur.


BASIKAL tua di bawah rumah ini mengimbas semula banyak adegan filem-filem P. Ramlee.


Melangkah ke ruang dalamnya, pengunjung pasti terpesona melihat perjalanan kehidupan yang pernah dilalui legenda perfileman Melayu itu satu ketika dahulu. Pelbagai koleksi peribadi P. Ramlee bermula dari zaman remaja sehinggalah kejayaan yang dicapai dalam bidang seni dipamerkan di ruang tersebut.

Antara yang dipamerkan ialah poster-poster filem, buku muzik, poskad, serta pelbagai dokumen peribadi lain.

Ketika menjengah ke ruang biliknya pula, pengunjung dapat melihat beberapa barangan peninggalan beliau dan keluarganya. Antaranya adalah katil, peti besi menyimpan pakaian dan koleksi pakaian kegemaran.

Ruang dapur juga tidak terkecuali memiliki aura nostalgia. Ia mempamerkan peralatan memasak dan set-set alat hidangan yang pernah digunakan P. Ramlee sekeluarga.

Sementara itu, di bahagian bawah rumah pula pengunjung boleh melihat model basikal kegemaran beliau. Kawasan sekitarnya juga sengaja dihiasi dengan pelbagai landskap asal yang sinonim dengan kehidupan legenda itu satu ketika dahulu.

Ternyata, kunjungan ke Rumah P. Ramlee besar ertinya khususnya kepada peminat-peminat setia seniman agung itu.

Biarpun hari-hari terakhir kehidupan yang dilalui hakikatnya lebih banyak duka berbanding suka, namun P. Ramlee ibarat manusia yang matinya diberi 'peluang kedua' dengan kehidupannya dikenang orang sepanjang masa.

Memori P. Ramlee tidak akan mati sampai bila-bila kerana namanya akan tersemat di dalam ingatan masyarakat di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ibu bapa diminta tidak panik

Posted:

Ibu bapa diminta tidak panik

Ibu bapa diminta tidak panik

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sabar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Selepas tiga hari orang ramai khususnya ibu bapa berhadapan kesukaran untuk mengakses laman web www.khidmatnegara.gov.my, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) semalam menasihatkan mereka supaya tidak panik dengan masalah tersebut.

Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata, ini kerana mereka mempunyai tempoh enam bulan dari sekarang untuk menyemak status senarai pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi 2012.

Sambil meminta maaf berikutan masalah yang timbul sejak Isnin lalu, beliau berkata, pihaknya telah menaik taraf pelayan Internet laman web tersebut sebanyak lima kali.

Menurut beliau, antara proses menaik taraf laman web mereka di www.khidmatnegara.gov.my itu termasuklah membuka laman kontigensi baharu, selain kapasiti pelayan juga dipertingkat secara berperingkat.

"Saya nasihatkan ibu bapa supaya bersabar dan jangan panik kerana tempoh masa untuk menyemak status anak mereka adalah selama enam bulan iaitu dari sekarang sehingga akhir tahun ini.

"Saya memohon maaf atas apa yang berlaku tetapi saya sudah arahkan pegawai saya supaya memantau situasi itu dari masa ke semasa,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan kekecewaan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ibu bapa apabila gagal menyemak status kumpulan sesi baharu sesi 2012 PLKN gara-gara pelayan laman web itu tergendala sejak Isnin lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tempoh seminggu tebus mangsa

Posted:

Tempoh seminggu tebus mangsa

Tempoh seminggu tebus mangsa

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


MAZLINA menunjukkan gambar bekas suaminya kepada anak mereka di skrin komputer di rumah mereka di Sungai Buloh kelmarin.


KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini usaha menyelamatkan seorang rakyat Malaysia, Mohd. Nazaruddin Saidin, 38, yang diculik oleh kumpulan Abu Sayaf di selatan Filipina dikatakan kian tipis kerana penculiknya telah menutup pintu rundingan, perkembangan terbaharu semalam mungkin memberikan sinar baru.

Ia kerana orang tengah bagi kumpulan penculik itu dikatakan telah menghubungi keluarga mangsa kelmarin dan memaklumkan wang tebusan telah dikurangkan daripada 80 juta peso atau RM5.6 juta kepada hanya RM60,000.

Menurut bekas isterinya, Mazlina Mohamad, 38, sekiranya wang tebusan tidak dibayar dengan segera dalam tempoh seminggu, penculik terbabit mengugut akan menutup pintu rundingan.

"Saya sendiri baru mengetahui perkara ini daripada keluarga Mohd. Nazaruddin tetapi walau macam mana pun bagi saya jumlah sebanyak itu juga masih terlalu tinggi.

"Saya juga tidak mampu untuk membantu kerana pendapatan menjual kuih tidak seberapa dan hanya cukup untuk menampung kehidupan secara sederhana," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendaftaran biometrik lancar

Posted:

Pendaftaran biometrik lancar

Pendaftaran biometrik lancar


PEGAWAI Jabatan Imigresen merekodkan pendaftaran biometrik pekerja asing yang sah di Jabatan Imigresen Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR – Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah bermula semalam dan berjalan lancar di Jabatan Imigresen seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, program yang akan berlangsung selama dua minggu itu memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat besar yang mempunyai jumlah pekerja melebihi 500 orang mendaftar awal.

"Dengan biometrik ini, Jabatan Imigresen berupaya mengenal pasti dengan tepat pekerja asing yang sah dan yang telah lari daripada majikan termasuk mereka yang telah membuang dokumen pengenalan diri sedia ada dan menukar dengan dokumen baharu dengan identiti yang berbeza.

"Melalui teknologi ini, kita dapat mengumpulkan semua maklumat mengenai setiap individu termasuk gambar, geometri muka dan tangan, ukuran iris mata atau cap jari dan maklumat lain yang biasanya terkandung dalam teknologi ini termasuk nama penuh, nama ibu bapa, alamat, pekerjaan, kerakyatan dan jenis darah individu tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Program pendaftaran biometrik akan berlangsung sehingga 31 Julai ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia tumbang di tangan

Posted:

Malaysia tumbang di tangan <i>Gunners</i>

Malaysia tumbang di tangan Gunners

Laporan WAN FAKHRUL BAKAR dan SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG Malaysia, Ahmad Fakri Saarani diasak keras oleh pemain pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


SKUAD bola sepak kebangsaan gagal mencipta kejutan apabila tewas 0-4 kepada kelab Liga Perdana England, Arsenal pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Di hadapan 65,000 penonton yang majoritinya berjersi merah sambil dicelah-celah mereka terselit penyokong berjersi kuning, empat jaringan skuad The Gunners itu dijaringkan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky.

Tiada kelibat Robin van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan Andrei Arshavin dalam kesebelasan Arsenal, sebaliknya pengurus The Gunners, Arsene Wenger membariskan Ryo Miyaichi, Carl Jenkinson, Thomas Vermaelen dan Marouane Chamakh.

Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal pula meletakkan penjaga gol ketiga, Nasril Nourdin dalam kesebelasan utama dan hanya memasukkan Khairul Fahmi Che Mat selepas rehat.

Menerusi serangan pertama ke arah pintu gol Malaysia pada minit keempat, Arsenal berjaya memperoleh sepakan penalti setelah Aidil Zafuan Radzak menjatuhkan Jack Wilshere.

Ramsey yang mengambil sepakan penalti itu mudah menewaskan Nasril untuk gol pertama Arsenal.

Malaysia hanya melakukan serangan sulung pada minit kelapan, tetapi hantaran lintang Asraruddin Putra Omar mudah ditanduk Alex Song ke arah penjaga golnya, Wojciech Szczesny.

Pada minit ke-24, stadium bergema seketika apabila sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim dari sebelah kanan hampir memerangkap Szczesny yang terpaksa melompat untuk menepis bola ke belakang.

Namun kelekaan pertahanan Malaysia dihukum pada minit ke-36 apabila hantaran lintang Wilshere berjaya disudahkan dengan lambungan kemas oleh Walcott untuk kedudukan 2-0.

Bermula babak kedua, Wenger melakukan lapan pertukaran sementara Rajagobal hanya memasukkan Khairul Fahmi dan Abdul Hadi Yahaya menggantikan Nasril dan Ahmad Fakri Saarani.

Kehebatan Arsenal ternyata sukar dibendung apabila mereka berjaya memperoleh gol ketiga hasil penyudah kemas penyerang gantian, Vela pada minit ke-58.

Pada minit ke-67, Wenger mula melakukan empat pertukaran serentak memasukkan Van Persie, Nasri, Sagna dan Arshavin.

Arsenal melengkapkan malam gemilang mereka dengan gol keempat menerusi Rosicky pada minit ke-90.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Giliran Liverpool uji Malaysia

Posted:

Giliran Liverpool uji Malaysia

Giliran Liverpool uji Malaysia

SELEPAS Arsenal, kini giliran Liverpool pula yang akan menguji kehebatan skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Menurut penganjur, ProEvents Sdn. Bhd., skuad The Reds dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini dari Guangzhou, China.

Peminat bola sepak tempatan boleh menyaksikan kelibat pemain-pemain pujaan mereka pada sesi latihan yang akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 7 malam.

Bagaimanapun, sesi latihan itu dibuka kepada peminat-peminat yang mempunyai pas khas sesi latihan berkenaan sahaja.

Penaja rasmi Liverpool iaitu Standard Chartered dan Courts, masing-masing mempunyai program tersendiri meraikan ketibaan barisan bintang The Reds.

Bagi Standard Chartered Malaysia, mereka telah menubuhkan Standard Chartered-LiverpoolFanzone pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (Pavilion KL) untuk meraikan ketibaan pasukan serta peminat kelab tersebut.

Ia bermula sejak Isnin lalu dan acara kemuncak ialah penampilan khas barisan pemain Liverpool pada pukul 3 petang esok.

Courts turut mengatur sesi bertemu peminat di premisnya di Setapak dan Cheras juga pada pukul 3 petang, hari yang sama.

Liverpool akan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 5.45 petang, Sabtu ini.

Sementara itu, skuad The Reds bermula hambar pada Siri Jelajah Asia 2011 apabila sekadar mencatatkan kemenangan tipis 4-3 ke atas kelab Divisyen Dua China, Guangdong Sunray Cave malam tadi.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Kenny Dalglish itu bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi Christian Poulsen pada minit ke-20 sebelum David Ngog meledak gol kedua berselang dua minit kemudian.

Begitupun, Ricardo Steer berjaya merapatkan jurang buat Guangdong Sunray Cave menerusi jaringan pada lewat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua bersambung, anak-anak buah Dalglish terus garang apabila berjaya menambah dua lagi gol menerusi Conor Coady pada minit ke-72 dan Andy Caroll (85).

Biarpun ketinggalan dengan tiga gol, Guangdong Sunray Cave masih belum berputus asa apabila berjaya meledak dua gol dalam tempoh dua minit pada lewat babak perlawanan masing-masing menerusi Lu Lin dan Yin Hongbo.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PHM congak langkah lebih awal

Posted:

PHM congak langkah lebih awal

PHM congak langkah lebih awal

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Skuad hoki kebangsaan meraih pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, China.


BARISAN pemain hoki kebangsaan akan menjalani beberapa siri ujian dengan pihak Institut Sukan Negara (ISN) bagi menganalisis tahap kecergasan dan stamina mereka ketika mengadakan aksi persahabatan pada bulan puasa, Ogos depan.

Siri ujian tersebut membabitkan lima perlawanan persahabatan dengan Jepun di Kuala Lumpur sebagai persiapan awal jika Malaysia layak beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Maninderjit Singh berkata, ISN akan mengumpul data dan maklumat kesemua pemain negara dalam lima ujian perlawanan tersebut.

"Ujian ini amat penting kerana pertama sekali, Sukan Olimpik 2012 di London akan berlangsung ketika bulan puasa (mengikut kalendar Islam) tahun depan.

"Seandainya kita layak pada temasya Olimpik nanti, kita sudahpun memiliki data dan maklumat mengenai kajian terhadap tahap stamina dan kecergasan pemain negara ketika beraksi sambil berpuasa.

"Jadi, PHM akan bekerjasama dengan ISN dalam menjalankan ujian tersebut pada lima perlawanan persahabatan menentang Jepun di Kuala Lumpur bulan depan," kata Maninderjit semalam.

Selepas memenangi pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, China, November lalu, Maninderjit berkata, sasaran Malaysia pada tahun ini pula ialah muncul lima pasukan terbaik dalam Cabaran Juara-Juara I yang akan berlangsung di Johannesburg, Afrika Selatan bermula 26 November hingga 4 Disember depan.

"Kita perlu menduduki kelompok lima pasukan terbaik pada saingan itu nanti sekiranya mahu layak pada edisi tahun depan.

"Saingan di peringkat kumpulan tidak diambil kira kerana kesemua pasukan akan layak ke suku akhir.

"Tetapi di peringkat kalah mati, kalau kita kalah, kita tersingkir. Jadi, untuk mendapatkan rentak yang baik, Malaysia perlu beraksi dengan baik walaupun dalam peringkat kumpulan," katanya.

Pada Cabaran Juara-Juara I, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Kanada, Argentina dan Jepun, manakala Kumpulan A dibarisi New Zealand, Afrika Selatan, Belgium dan Poland.

Kejohanan itu juga dilihat sebagai persiapan terbaik bagi kempen Kelayakan Olimpik 2012 yang diadakan di tiga gelanggang berbeza awal tahun depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


MPPA untuk jurufoto media

Posted:

MPPA untuk jurufoto media

MPPA untuk jurufoto media

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


MAT SALIM menunjukkan bip khas yang digunakan oleh para jurufoto berdaftar dengan MPPA pada perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


DUA jurugambar termasuk seorang dari agensi berita asing cedera dibelasah oleh sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika membuat liputan penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh pada 17 Ogos 2008 telah membuatkan kelompok jurufoto di negara ini tersentak.

Walaupun tragedi itu sememangnya telah mendapat perhatian luar biasa daripada para pemimpin negara dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ), bagaimanapun para jurufoto terfikir, mengapa tidak mereka bersatu dan mewujudkan persatuan yang dinaungi oleh kalangan mereka sendiri?

Susulan daripada itu, perancangan demi perancangan yang dibincang dan akhirnya pada 1 Julai lalu, tertubuhlah Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) yang dianggotai oleh 400 ahli dari seluruh pelosok tanah air.

"MPPA sebenarnya ditubuhkan demi mempertahankan hak-hak jurufoto dalam tugasan seharian, menjaga kebajikan, memberi latihan, menerapkan etika kewartawanan serta meningkatkan disiplin dalam tugasan," ujar Presiden MPPA, Mat Salim Shaari pada Majlis Pelancaran MPPA yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertindak sebagai Penaung MPPA.


SELAKU penaung, Dr. Mahathir berharap persatuan yang mempunyai lebih 400 ahli itu terus menyumbang kepada keamanan serta keharmonian negara.


Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Penasihat MPPA dan Pengarah Produk Pengimejan Komunikasi Canon, Simon Wong. Jenama kamera terkemuka dunia, Canon yang sejak dulu lagi memainkan peranan penting membantu industri fotografi negara adalah penaja utama pada majlis itu.

Hak terbela

Dalam pada itu, ketika berucap, Dr. Mahathir meluahkan rasa gembiranya terhadap inisiatif penubuhan persatuan yang turut disertai oleh jurufoto dari agensi asing di Malaysia seperti Reuters dan Xinhua News Agency.

"Gambar kata orang memberikan seribu makna, pemberita kena tulis banyak perkataan tapi jurufoto hanya satu klik saja, sudah dapat cerita. Saya mengaku, ketika membaca surat khabar, setiap kali saya akan tengok gambar dulu, demikian pentingnya gambar pada zaman moden ini," kata Dr. Mahathir.

Tambah beliau, kerjaya sebagai jurufoto seharusnya diiktiraf dan dihargai sumbangannya oleh kerajaan memandangkan golongan itu adalah perakam sejarah. Mantan Perdana Menteri itu juga mengingatkan kepada seluruh jurufoto supaya sentiasa menjaga etika dan mengutamakan sikap saling bekerjasama.

Dalam pada itu mengulas mengenai MPPA, jurufoto Bernama, Mazlan Samion, 34, berkata, penubuhan persatuan tersebut seiring dengan prinsip kebebasan akhbar itu sendiri.


TANDA PENGHARGAAN. Simon (dua dari kiri) menyerahkan sebuah kamera digital kepada Dr. Mahathir sebagai kenang-kenangan sambil diperhatikan oleh Mat Salim (paling kiri) dan Ahmad Maslan ( kanan).


"Dalam menjalankan kerja-kerja seharian, ramai tak tahu kami kadangkala ditindas dan lebih teruk lagi ada pihak yang menafikan hak kami ketika membuat liputan, jadi dengan adanya MPPA, nasib kami akan lebih terbela," katanya.

Sementara itu, jurufoto agensi berita asing, Reuters, Bazuki Muhammad, 46, berkata, MPPA yang ditubuhkan baru-baru ini sememangnya kena pada waktunya. "Ia merupakan platform terbaik untuk kami sama-sama menyuarakan apa juga perkara yang dirasakan ingin dibangkitkan," katanya.

Bagi salah seorang daripada 35 petugas jurufoto wanita, Norafifi Ehsan, 39, beliau juga optimis dan bersama-sama mencari idea untuk sama-sama memastikan tugasan seorang jurufoto tidak dinafikan oleh mana-mana pihak.

"Sejurus saja selepas MPPA dirasmikan, kita terus laksanakan idea baru iaitu menyediakan bip untuk semua para petugas yang ditugaskan untuk membuat liputan di kawasan bencana atau rusuhan," katanya.

Baru-baru ini, pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu, kesemua jurufoto media yang berdaftar dengan MPPA mengenakan bip media demi keselamatan bersama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shoyuemi permainan online Facebook

Posted:

Shoyuemi permainan online Facebook

Shoyuemi permainan online Facebook


CHENG KENG (lima dari kiri) bergambar bersama-sama dengan peserta yang menyertai flash mob.


MASIH ingatkah lagi pada awal tahun 90-an, makanan ringan berjenama Tam Tam dan Mi-Mi keluaran Snekku memang popular dalam kalangan kanak-kanak.

Seiring dengan masa berlalu, Snekku telah pun mengeluarkan pelbagai produk baru seperti Shoyoemi, keropok berasaskan tepung gandum dengan salutan lapan perisa yang berbeza pada tahun 2006.

Bulan lalu, Snekku melancarkan permainan dalam talian dalam laman sosial Facebook dengan menggunakan karakter Shoyoemi sebagai watak utama.

Shoyoemi merupakan seekor penyu yang tidak mempunyai cengkerang, berwarna kuning dan kelihatan comel dan manja.

Permainan dalam talian itu boleh diakses dengan membuka laman www.facebook.com/snekku. Pelayar perlu mengklik butang like untuk menyertai permainan tersebut.

Menurut Pengurus Jualan dan Pemasaran Snekku, Hing Cheng Keng, 53, tujuan permainan tersebut dilancarkan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap produk keluaran mereka.

"Diharap, Shoyoemi dapat mengurangkan tekanan masyarakat bandar yang bekerja keras setiap hari.

"Selain itu, permainan Facebook kini menjadi trend golongan remaja dan kanak-kanak. Setiap orang pasti pernah bermain Facebook," ujar Cheng Keng pada majlis pelancaran permainan itu di Sunway Pyramid.

Cari peket tersembunyi

Katanya lagi, permainan Syoyuemi dalam laman Facebook mengambil masa lebih sebulan untuk direka bermula dengan pembinaan konseptual idea.


MAJLIS pelancaran permainan oleh Snekku diserikan dengan persembahan flash mob yang diketuai kumpulan Wakaka Krew.


"Kemudian, ia perlu melalui peringkat kesesuaian dengan laman Facebook dan disusuli dengan kaji selidik serta meneliti maklum balas orang ramai," ujarnya lagi.

Terdapat empat peringkat tahap kesukaran dalam permainan itu. Pelayar Facebook perlu melakukan penyiasatan menggunakan kanta pembesar untuk mencari peket makanan Shoyumie yang tersembunyi.

Dengan menggunakan latar tempat yang berbeza iaitu taman, ruang tamu, dapur dan pejabat, bilangan paket yang perlu dicari akan meningkat seiring dengan peningkatan tahap kesukaran.

Selain bermain, pelayar Facebook juga berpeluang menyertai pertandingan yang diadakan selama tujuh minggu dari 25 Julai hingga 20 Ogos 2010.

Setiap minggu, pemenang yang berjaya mengumpul mata tertinggi dalam masa yang singkat akan mendapat alat penyimpan memori USB (thumb drive) berkapasiti empat gigabait selain hamper barangan Snekku.

Pemenang juga berpeluang memenangi hadiah utama berupa iPhone 4, Samsung Galaxy Tab dan Nikon CoolPix L120 pada minggu terakhir nanti.

Walaupun pertandingan tamat pada bulan Ogos ini, orang ramai masih lagi boleh bermain permainan Shoyoemi di laman Facebook tersebut.

Majlis pelancaran yang diadakan di pekarangan pintu masuk Sunway Pyramid bahagian Oren diserikan dengan persembahan tarian Break Dance. Pemberian hadiah kepada orang ramai yang dapat menjawab soalan dengan tepat juga diadakan.

Ketika majlis berlangsung, orang ramai turut dikejutkan dengan persembahan flash mob yang diketuai oleh ahli kumpulan Wakaka Krew.

Kira-kira 100 orang penari yang terdiri daripada penari profesional dan separa profesional menyertai flash mob tersebut dengan menyertai Wakaka Krew secara berperingkat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Nyaris jatuh hanya kerana bola besbol

Posted:

Nyaris jatuh hanya kerana bola besbol

Nyaris jatuh hanya kerana bola besbol


KEITH CARMICKLE nyaris terjatuh apabila beberapa orang memegang tubuhnya di sebuah stadium di Phoenix, Amerika Syarikat kelmarin.


PHOENIX - Seorang penonton, Keith Carmickle nyaris maut selepas beberapa rakannya memegang dua kaki dan kaki kanannya semasa dia terjatuh dari tempat duduk semata-mata untuk menangkap bola besbol di sebuah stadium di sini pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia diselamatkan oleh seorang rakan dan sekumpulan peminat selain seorang saudaranya semasa dia melompat untuk menangkap bola tersebut.

Insiden yang mencemaskan itu berlaku semasa seorang pemain besbol, Prince Fielder memukul bola ke arah kanan stadium.

Carmickle yang berdiri di atas sebuah meja tunduk tetapi dia hilang imbangan badan.

"Saya berpendapat, saya mendapat kehidupan yang baik," katanya.

Sebelum ini, seorang anggota bomba, Shannon Stone pernah terbunuh apabila terjatuh kerana mahu menangkap bola besbol dalam perlawanan yang berlangsung pada Khamis lalu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ekonomi Itali, Sepanyol dikhuatiri runtuh

Posted:

Ekonomi Itali, Sepanyol dikhuatiri runtuh

Ekonomi Itali, Sepanyol dikhuatiri runtuh

BRUSSELS, Belgium - Situasi panik menyelubungi pasaran kewangan Eropah semalam selepas para pelabur bimbang Itali dan Sepanyol turut terheret ke dalam krisis hutang yang telah melanda Greece dan beberapa negara Eropah lain.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan dana berjumlah 750 bilion euro (RM3.1 trilion) untuk menyelamatkan ekonomi Greece, Ireland dan Portugal daripada muflis.

Ketiga-tiga negara itu yang memiliki beban hutang tinggi sekali gus memerlukan pelan penyelamatan ekonomi bagi mengelakkan krisis hutang tersebut merebak ke negara-negara lain di Eropah.

Namun, pelan penyelamatan ekonomi itu gagal memulihkan keyakinan pelabur semalam selepas Itali yang merupakan kuasa ekonomi ketiga terbesar di Eropah, didapati memiliki hutang luar mencecah 1.8 trilion euro (RM7.8 trilion).

Keadaan semakin gawat apabila Sepanyol yang merupakan kuasa ekonomi keempat terbesar di Eropah turut dibebani hutang luar sekitar dua trilion euro (RM8.4 trilion).

"Itali kini mengalami tekanan pasaran yang teruk. Situasi yang menimpa ekonomi ketiga terbesar di Eropah itu menandakan krisis hutang dan krisis perbankan di rantau ini telah mencapai tahap meruncing," kata seorang pakar ekonomi di London, Vladimir Pillonca.

Ekonomi kedua-dua negara itu dilihat terlalu besar untuk diselamatkan menerusi pelan penyelamatan EU atau Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Perkembangan di Itali dan Sepanyol turut menyebabkan mata wang euro susut 0.9 peratus dengan bursa saham di seluruh Eropah juga merudum semalam.

Turut mengalami kejatuhan dalam pasaran mata wang semalam ialah mata dolar Amerika Syarikat.

Susulan perkembangan itu, Menteri Luar Itali, Franco Frattini semalam mengumumkan bahawa Itali akan melaksanakan bajet jimat cermat.

Langkah itu dibuat bagi memulihkan ekonomi Itali dengan mengurangkan defisit negara kepada 0.2 peratus menjelang 2014 berbanding 4.6 peratus pada tahun lalu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mila Kunis terima pelawaan askar marin di YouTube

Posted:

Mila Kunis terima pelawaan askar marin di YouTube

Mila Kunis terima pelawaan askar marin di YouTube


KLIP video di YouTube menunjukkan seorang askar marin Amerika Syarikat, Sarjan Scott Moore yang mengajak Mila Kunis keluar bersamanya.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang anggota marin AS di Afghanistan menggunakan laman YouTube di Internet untuk mengundang aktres Mila Kunis keluar temu janji dengannya.

Pelawaan askar marin itu diterima aktres berkenaan.

Dalam satu wawancara bersama saluran berita Fox News baru-baru ini, bintang Hollywood itu ditanya sama ada dia mengetahui tentang klip video Sarjan Scott Moore di YouTube yang mahu mengundangnya menghadiri majlis tari menari Kor Marin di Greenville, negeri Carolina Utara pada November depan.

Kunis memberi reaksi terkejut dan meminta penjelasan lanjut mengenai majlis tersebut.

Selepas dipujuk oleh rakannya yang turut membintangi filem komedi Friends With Benefits, Justin Timberlake, Kunis kemudian menerima pelawaan itu.

Pelakon wanita itu seterusnya memandang ke arah kamera dan memberitahu Moore bahawa dia akan memastikan agar hasrat lelaki itu tercapai.

Maklumat lanjut sama ada Kunis pasti akan menghadiri acara itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan selepas pegawai perhubungan awamnya enggan memberikan komen mengenai perkara tersebut. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved