Isnin, 11 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Manipal ikon pendidikan India

Posted:

Manipal ikon pendidikan India

Manipal ikon pendidikan India

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my
(Yang mengikuti rombongan media ke Universiti Manipal di Mangalore dan Bangalore, India)



TERLETAK di pantai barat India Selatan, Manipal hanyalah sebuah bandar di tengah-tengah tanah tandus. Lebih lima dekad lalu, ia sekadar dataran yang menjadi habitat hidupan liar.

Tiada seorangpun pada ketika itu yang terfikir tentang kemajuan di Manipal, hinggalah Dr. Tonse Madhav Ananth Pai atau singkatannya, TMA Pai menubuhkan sebuah kolej perubatan di situ.

Sebagai doktor dan pendidik, dia mempunyai visi jelas untuk membangunkan Manipal sebagai pusat pendidikan.

Begitupun, ada pihak yang mentertawakannya lantaran menganggap dirinya gila kerana mahu membina menara gading di kawasan ceruk pedalaman.

Ternyata usaha dermawan itu yang mahu memperluaskan pendidikan di bandar kelahirannya menjadi kenyataan. Manipal akhirnya menjadi sebutan sebagai lokasi pilihan untuk melanjutkan pengajian selepas tertubuhnya Kolej Perubatan Kasturba pada tahun 1953.

Usahanya tidak terhenti di situ sahaja apabila pada tahun 1957, Institut Teknologi Manipal ditubuhkan dan diikuti dengan institusi pendidikan yang lain termasuklah Kolej Perubatan Kasturba, Mangalore; Kolej Sains Pergigian Manipal dan Kolej Sains Farmaseutikal Manipal.

Kini, legasi TMA Pai diteruskan oleh anak lelakinya, Dr. Ramdas M. Pai yang menyandang jaatan Pengerusi Kumpulan Pendidikan dan Perubatan Manipal dan juga Canselor Universiti Manipal.

Universiti Manipal yang dulunya dikenali sebagai Manipal Academy of Higher Education (MAHE) mempunyai lebih 20,000 orang pelajar dari lebih 50 buah negara.

Doktor Malaysia

Hampir 30 peratus doktor di Malaysia merupakan kelahiran produk Manipal termasuk Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Selain itu, terdapat juga lebih 4,000 alumni Kolej Perubatan Kasturba kini berada di Amerika Syarikat.

Rekod itu sekali gus menunjukkan kehebatan kolej tersebut melahirkan golongan profesional untuk berkhidmat dalam bidang perubatan di seluruh dunia.

Rombongan petugas media Malaysia ke Universiti Manipal cawangan Bangalore dan Mangalore baru-baru ini dibawa melihat institusi itu dengan lebih dekat.

Walaupun landskap menuju ke Universiti Manipal tidak seperti persekitaran universiti di Malaysia, namun itu bukan indikator gred sesebuah institusi pengajian tinggi.

Biarpun kampus-kampus universiti itu dibina di kawasan pedalaman, namun pihak pengurusannya tidak pernah menidakkan keperluan para penuntutnya.

Selain penginapan yang selesa, mereka turut menyediakan prasarana kelas pertama termasuk pusat sukan, perpustakaan khusus, muizum anatomi dan makmal simulasi.

"Di sini kami memberikan pendidikan terbaik kepada para penuntut sejajar dengan kehendak industri supaya apabila tamat pengajian, pelajar kami tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

"Lebih lima dekad menyediakan pendidikan profesional, Manipal Education dianggap sebagai badan pendidikan tinggi terbaik di India dan antara badan pendidikan tinggi swasta terbesar di dunia yang mempunyai lebih 75,000 alumni," kata Pro Canselor Universiti Manipal, Dr. H. S. Ballal.


SALAH seorang tenaga pengajar di Univerisiti Manipal menunjukkan hasil seni lukisan dan animasi yang dilakukan oleh para pelajarnya.


Utamakan penuntut

Sungguhpun beberapa kolej Manipal menduduki ranking 10 teratas dalam sistem pendidikan di India, namun bagi H. S. Ballal itu bukan fokus utama Manipal Education.

"Bukan pengiktirafan yang menjadi keutamaan. Penuntut lebih penting daripada ranking. Apa yang kami mahukan adalah memberikan pendidikan yang terbaik kepada para pelajar supaya mereka boleh mendapat tempat di pasaran kerja selepas tamat belajar," ujarnya.

Tidak hanya terkenal dalam bidang pendidikan perubatan, Universiti Manipal mempunyai lebih 22 kolej konstituen yang menawarkan pelbagai program seperti pergigian, kejururawatan, farmasi, bioteknologi, sains kesihatan bersekutu, seni bina, kejuruteraan, pengurusan, hospitaliti, reka bentuk barang kemas, komunikasi massa dan regenerative Medicine.

Kini, Manipal Education merupakan ekosistem pendidikan multi disiplin yang komprehensif di peringkat global dengan kekuatan empat buah universiti, lebih 30 buah kolej dan memiliki lebih 250,000 pelajar daripada 53 buah negara termasuk Malaysia.

Sama seperti Ballal, Naib Canselor Universiti Antarabangsa Manipal (MIU), Dr. M. P. Ravindra memberitahu bahawa, program-program yang ditawarkan adalah bersandarkan kehendak pasaran dan industri dek kerana itu, beliau berpendapat mana-mana universiti perlu 'berkomunikasi' dengan industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mereka.

"Senario graduan lepasan universiti yang menganggur kini, bukan sahaja melanda Malaysia, malah ia berlaku di seluruh dunia.

"Bagi mengatasi masalah tersebut, perlu ada usahasama dengan industri supaya para pelajar dapat diserap ke dalam industri tidak kira sama ada dalam bidang perbankan, syarikat minyak dan gas, pelancongan atau teknologi maklumat dan komunikasi," jelasnya.

Terang Ravindra, sesebuah universiti itu akan berjaya jika ia menawarkan program pengajian yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada para graduan selepas tamat pengajian

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi kebanyakan universiti, Ravindra dengan yakin menjawab, MIU akan menyediakan keperluan masa akan datang mengikut keperluan industri dengan kurikulum baru.

"Maksudnya perubahan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut arus keperluan industri dan pasaran. Ia perlu ada situasi menang-menang, jika tiada kebaikan untuk kedua-dua pihak tidak dapat direalisasikan.

"Program pengajian paling mendapat sambutan di Universiti Manipal ialah dalam pengajian perubatan dan kejuruteraan," ujarnya sambil menambah bahawa ibu bapa kini perlu lebih prihatin dan terbuka dalam membuat pemilihan pengajian untuk anak-anak mereka.


MAKMAL simulasi memudahkan para pelajar perubatan memahami pembelajaran secara lebih mendalam dan praktikal.


Prasarana cemerlang

Sepanjang tiga hari melawat ke kampus-kampus di bawah naungan Manipal Education, media dari Malaysia terkesima dengan beberapa prasarana yang disediakan kepada penuntut Manipal.

Dengan pengalaman melahirkan ribuan graduan dengan disokong oleh tenaga pengajar yang komited, prasarana klinikal dan akademik yang canggih, Universiti Manipal berjaya memberikan suasana pembelajaran bertaraf dunia.

Perpustakaan sains kesihatan yang canggih mampu menempatkan 1,300 pelajar dalam satu-satu masa mempunyai lebih 62,000 buku dan lebih 600 buah jurnal.

Kemudahan perpustakaan itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan e-pembelajaran, komputer dan kemudahan Internet malah Makmal Kemahiran dan Muzium Anatominya dikatakan antara yang terbaik di dunia.

Terbaru, ia dilengkapi dengan makmal simulasi dengan patung simulasi. Ia membantu pelajar perubatan berdepan dengan pelbagai situasi mencemaskan yang dicipta supaya mereka dapat menyelesaikannya dengan baik seolah-olah merawat pesakit sebenar.

Tidak hanya menyediakan prasarana menjurus kepada akademik, Universiti Manipal juga membina kompleks sukan enam tingkat bernilai RM50 juta.

Pelbagai kemudahan disediakan di bawah satu bumbung kerana kompleks sukan tersebut menempatkan gelanggang bola keranjang, tenis, futsal, skuasy, ping pong, kolam renang dan pelbagai permainan simulasi. Ia turut mempunyai gimnasium dilengkapi peralatan canggih.

Bagi memperluaskan pendidikan Manipal di Malaysia kerana melihat negara ini sebagai hab pendidikan serantau, Manipal Education melaburkan sebanyak RM650 juta bagi menubuhkan MIU di Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai disiplin pengajian bertaraf dunia.

Penubuhannya bagi memenuhi keperluan pelajar Malaysia dan antarabangsa dari negara Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Barat dan Asia Tengah.

Sejak 10 tahun lalu, Manipal Education telah menubuhkan dan menguruskan Melaka-Manipal Medical College (MMMC) di Melaka dan MIU merupakan pelaburan terbaru bagi membuktikan lagi komitmennya di Malaysia dan menjangkakan 50 peratus pelajar MIU terdiri daripada pelajar antarabangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Graduan terbaik Great Eastern terima anugerah

Posted:

Graduan terbaik Great Eastern terima anugerah

Graduan terbaik Great Eastern terima anugerah


PING SIEU (lima dari kiri) bersama para pelajar pada majlis Graduasi LPA Great Eastern kali ke-4 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


CEMERLANG. Seramai sepuluh daripada 477 graduan program Penasihat Perancangan Hayat (LPA) Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern) menerima Anugerah Khas Terunggul LPA di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis Graduasi LPA Great Eastern kali ke-4 yang berlangsung di Dewan Great Eastern, Menara Great Eastern tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu.

Menurut Ping Sieu, program tersebut merupakan langkah positif yang dapat meningkatkan sumber manusia yang berkemahiran di Malaysia khususnya dalam bidang insurans.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suri rumah ikuti kursus sulaman manik

Posted:

Suri rumah ikuti kursus sulaman manik

Suri rumah ikuti kursus sulaman manik


ROZITA (duduk, tiga dari kiri) bersama sebahagian suri rumah yang menyertai kursus sulaman manik di Kolej Komuniti Ketereh, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


KREATIF. Jabatan Pembangunan Wanita Kelantan (JPWK) dan Kolej Komuniti Ketereh, Pasir Tumboh, Kota Bharu melatih 40 suri rumah dengan kursus sulaman manik baru-baru ini dalam usaha meningkatkan kemahiran mereka seterusnya membantu meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing.

Kursus tersebut disampaikan oleh seorang pakar jahitan manik dari Kuala Lumpur, Rozita Jaafar yang turut memberikan tip rekaan tersendiri untuk dipraktikkan oleh para peserta.

Rozita berkata, ilmu jahitan sulaman manik yang sebenarnya berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan lumayan oleh golongan wanita.

"Selain tip-tip rekaan yang saya berikan untuk dipraktikkan, peserta juga boleh menghasilkan rekaan tersendiri mengikut kreativiti masing-masing yang pasti mampu menarik perhatian pelanggan yang datang untuk menjahit baju," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar sekolah agama lawat Loji Percetakan Utusan Melayu

Posted:

Pelajar sekolah agama lawat Loji Percetakan Utusan Melayu

Pelajar sekolah agama lawat Loji Percetakan Utusan Melayu


PELAJAR SABK, Gerik menatap akhbar Kosmo! ketika melakukan lawatan sambil belajar di Loji Percetakan Utusan Melayu di Seberang Jaya baru-baru ini.


PENDEDAHAN. Seramai 45 pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Gerik, Perak telah membuat lawatan sambil belajar ke Loji Percetakan Utusan Melayu (UM) Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Rombongan diketuai seorang guru sekolah, Wan Khairul Wan Zahari itu kemudiannya diberi taklimat mengenai operasi kilang oleh Penyelia Elektronik loji percetakan tersebut, Hisyamuddin Mohd. Mokhtar.

"Lawatan kali pertama ini turut disertai oleh tiga lagi guru sekolah kami dan banyak perkara menarik dapat kami pelajari sepanjang berada di kilang itu," kata Wan Khairul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ramai calon kesal, hampa

Posted:

Ramai calon kesal, hampa

Ramai calon kesal, hampa

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
berita@kosmo.com.my


KESERONOKAN menyertai PLKN bagi kumpulan pelatih baru untuk sesi 2012 tergendala selepas ramai gagal menyemak status kelayakan mereka menyertai program itu semalam. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR – Keinginan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta ibu bapa mereka di seluruh negara untuk menyemak status kumpulan pelatih baru sesi 2012 bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ternyata hampa apabila pelayan laman web PLKN tergendala sejak kelmarin dan berlarutan hingga malam tadi.

Kekecewaan mereka itu bertambah apabila usaha menyemak menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) juga tidak berjaya apabila mesej yang dihantar tidak dibalas.

Berdasarkan maklumat pengendali program, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), akses bagi status pelatih terpilih sepatutnya boleh diketahui dengan melayari laman web PLKN di alamat www.khidmatnegara.gov.my atau menghantar SMS ke 15888.

Dianggarkan lebih 515,000 remaja yang berusia 18 tahun atau lahir pada 1994 membuat semakan untuk mengetahui jika mereka terpilih mengikut skim latihan selama tiga bulan itu.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil (gambar kecil) ketika dihubungi menjelaskan, ia berlaku disebabkan pelayan sistem komputer mereka tidak dapat menampung bebanan akses yang terlalu banyak pada satu-satu masa.

Katanya, JLKN menjangkakan semalam kira-kira 500,000 bakal pelatih cuba mengakses laman web mereka selain menggunakan khidmat SMS.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak pernah minum kopi

Posted:

Tidak pernah minum kopi

Tidak pernah minum kopi

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


Saad (tengah) diraikan sanak saudara di rumahnya di Kampung Paya Guring, Pauh, Arau, Perlis semalam.


ARAU - Seorang warga emas di sini yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 bukan sahaja masih kuat bekerja malah mampu berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari mengalahkan orang muda.

Saad Jasin memiliki rahsia tersendiri untuk kekal sihat walaupun usia sudah lanjut iaitu dia tidak mengambil makanan bergoreng dan tidak minum kopi.

Kelmarin insan istimewa itu diraikan oleh anggota keluarganya seramai 76 orang di rumahnya di Kampung Paya Guring dekat sini.

Majlis berlangsung cukup meriah termasuk acara memotong kek dan pulut kuning oleh insan berkenaan.

"Saya tidak pernah makan makanan bergoreng dan minum kopi kerana ia melemahkan anggota badan dan tulang.

"Saya hanya makan nasi berlauk dan minum air kosong dan teh sahaja setiap hari.

"Bagi mengelak badan jadi bongkok, saya bangun pagi dengan duduk perlahan-lahan sebelum berjalan.

"Elak bangun dengan keadaan tergesa-gesa yang boleh mengejutkan tulang kita," katanya pada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Proses pemutihan PATI ditangguh

Posted:

Proses pemutihan PATI ditangguh

Proses pemutihan PATI ditangguh


PENDATANG asing tanpa izin akan berpeluang melalui proses pemutihan apabila operasi 6P dilaksanakan tidak lama lagi. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Berjuta pekerja asing khususnya yang masuk secara haram di negara ini masih boleh berasa lega apabila kerajaan menangguhkan program pemutihan besar-besaran pendatang itu berikutan tahap persiapan pelaksanaan program itu belum memuaskan hati.

Program itu yang meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran (6P) sepatutnya bermula semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perancangan yang baik sahaja tidak cukup jika elemen pelaksanaan belum mencapai tahap cukup bersedia.

"Saya mahu apabila kita nak mulakan program 6P ini, semua yang terlibat termasuk pekerja asing, majikan dan pihak negara ketiga telah tersusun supaya tidak berlaku kekangan bila operasi bermula,'' katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Artikulasi metafora tiga bandar raya

Posted:

Artikulasi metafora tiga bandar raya

Artikulasi metafora tiga bandar raya

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


YUSOF menggalakkan pelukis generasi muda supaya hidup mengembara bagi memperoleh idea selain meluaskan perspektif.


KEMBARA bagi seorang pelukis tersohor, Yusof Ghani, 61, bukan sekadar untuk beroleh ketenangan dan melepaskan lelah kerja.

Sebaliknya, perjalanan lelaki ini ke tiga lokasi di Central Park, New York; Hyde Park, London dan St. Denis, Paris telah menerbitkan artikulasi yang luar biasa untuk diluahkan di dada kanvas.

Untuk kesekian kalinya, karya Yusof dilihat menyimpang daripada kelaziman. Daripada terbiasa dengan tema alam semula jadi, persekitaran dan isu sosial, lelaki itu bereksperimentasi pula dengan latar pemandangan dan wacana landskap visual.

Beliau menzahirkannya menerusi refleks deria yang tajam dan pemerhatian jitu ketika meneroka kesemua bandar raya tersohor itu selama lebih kurang empat bulan baru-baru ini.

"Justeru, saya simpulkan karya-karya terbaru saya dengan tema Taman iaitu satu rangkuman inspirasi yang dikumpulkan ketika saya mengembara. Idea Taman itu datang dengan tiba-tiba saja.

"Peluang melihat persekitaran memberi cetusan idea kepada saya. Sesungguhnya, hidup ini umpama roda, pelbagai perasaan yang akan lahir. Sama juga seperti saya, perasaan itu diterjemahkan ke dalam karya-karya saya," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Pameran Taman oleh Yusof kini mengambil posisi di ruang pameran Galeri Seni Puncak, Bukit Jelutong, Shah Alam yang dibuka pada bila-bila masa kepada orang ramai melalui panggilan temu janji.

Buku lakaran Yusof

Barangkali pengalaman telah membezakan antara Yusof dengan pelukis-pelukis lain. Biarlah dikatakan tidak seiring dengan teknologi, beliau selesa melakar setiap landskap yang ditemuinya dengan hanya menggunakan dakwat pen dan buku lakaran.

"Mungkin orang lain bawa kamera untuk merakam tetapi saya tidak begitu. Saya hanya bawa buku lakaran.

"Bagi saya, ia lebih praktikal dan banyak membantu saya menyimpan setiap memori yang terlintas ketika itu dengan baik," ujar graduan seni dari University Catholic di Washington, Amerika Syarikat (AS) itu.

Secara keseluruhannya, pelukis yang prolifik dan mempunyai ramai penggemar itu telah menghasilkan 33 buah lukisan untuk Taman.

Sebanyak 11 buah karya pelbagai saiz menceritakan tentang landskap di Central Park, New York, 10 lakaran dibawakan dari suasana di Hyde Park, London, manakala dari Paris pula, sembilan keping gambar berlatarbelakangkan kemeriahan St. Denis dihasilkan.

Rona warna


YUSOF menggunakan warna-warna terang dan ceria dalam memperincikan suasana dalam Hyde Park, London #1.


Dari kepingan lakaran kenangan, anak kelahiran Johor itu terdorong untuk memindahkannya ke medium kanvas. Yusof dilihat bermain dengan keindahan pelbagai rona warna pada setiap karyanya. Ada lukisan yang ditata rapi dengan warna pastel dan hitam, namun penghasilannya terhad.

Ia terserlah pada wajah Central Park, New York #4; Central Park, New York #7; St. Denis, Paris #4 dan Hyde Park, London #4.

Yusof pernah berkata, hayunan emosi si pengkarya memainkan peranan penting dalam melontar persepsi, motif dan imej. Ya, barangkali mood Yusof lebih banyak disulami dengan bunga-bunga keriangan ketika itu.

Ini terbukti apabila sentuhan abstraknya pada kanvas, rata-ratanya menyuntik warna terang dan ceria seperti kuning, biru, jingga, ungu dan sedikit kehijauan.

Paling menarik perhatian adalah gabungan warna-warna ceria dan garisan lincah yang diabadikan pada lukisan St. Denis, Paris #2.

Daripada sudut artistik, calitan demi calitan pada karya Yusof umpama menggambarkan transisi perasaan dan musim di bandar raya negara itu.

Seperti kata Yusof: "Pengalaman merasai musim sejuk dan tiga musim yang penuh keindahan di negara-negara terbabit memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan siri kepada lukisan-lukisan ini."

Bagaimanapun, untuk menembusi maksud tersirat di sebalik lukisan itu, seseorang harus berfikir sejenak. Tidak semua individu mampu menghadam dan memahami seni abstrak sebegitu.

Dalam pada itu, praktis penghasilan karya Yusof masih statik. Lorekan kanvasnya masih setia menggunakan medium minyak, akrilik, pastel dan arang.

"Saya menggunakan gaya ekspresif dengan strok berus dalam menghasilkan suasana spontan pada lukisan.

"Pada masa sama, saya menggunakan teknik warna tulen dan warna campuran supaya kesan pencahayaan warnanya berkesan," ujar figura itu lagi.

Hidup mengembara

Yusof sudah lebih 30 tahun bergelumang dengan seni. Daripada seorang artis grafik, beliau melakukan anjakan dengan melibatkan diri dengan seni halus.

Seusai tamat Ijazah Sarjana Seni Halus di AS pada tahun 1984, beliau diberi ruang untuk mengadakan pameran solo di galeri berprestij iaitu di Galeri Anton, Washington.

Lukisan-lukisannya ketika itu mengekspresikan lakaran perihal situasi yang berlaku di Nicaragua dan El Salvador.

Sekembalinya beliau ke tanah air, Yusof meneruskan kelangsungan bakatnya dengan mengadakan pameran dengan mengangkat tema-tema tertentu di negara ini.

Pameran pertama yang mula memperkenalkan nama Yusof di Malaysia ialah pameran bertemakan Tari yang diadakan di Galeri Citra pada tahun 1989.

Kemudian diikuti dengan Topeng (1993), Hijau (2002), Segerak (2004), Segerak III (2006) dan Biring (2007).


DARI sudut artistik, warna yang dicalitkan pada setiap kanvas menggambarkan transisi perasaan dan musim di tiga bandar raya yang dilawati seniman ini.


Pelukis tersohor itu juga terlibat sama dengan lebih daripada 20 pameran berkumpulan di serata dunia. Lukisan hasil calitan berus pada kanvasnya pernah di tatapi khalayak pencinta seni AS, Iraq, Kanada, Indonesia, Arab Saudi, India, Hong Kong dan juga Thailand.

Melihat kepada prestasi dirinya yang berada di kemuncak kejayaan, Yusof ditanya mengenai cara beliau mendokumentasi imej sehingga memberikan kesan tampak yang amat kuat dan jelas pada pecinta seni.

Jawabnya penuh teliti: "Sebagai seorang seniman, kita harus banyak mengembara. Bila mengembara, pelbagai perkara yang dapat dilihat dan daripada itu wujud idea untuk melakukan sesuatu pada karya kita seterusnya.

"Apabila saya duduk di Shah Alam, idea saya kurang. Jadi penting untuk kita mengembara waima ke mana sekalipun. Golongan seni juga harus sensitif dan lebih prihatin terhadap isu-isu semasa," jelas beliau.

Justeru, tidak hairanlah lelaki yang penuh falsafah itu berupaya menghidupkan figuratif ataupun subjek pada dada kanvas pelbagai acuan.

Memetik kata-kata seorang pelukis muda: "Dia (Yusof) adalah antara artis seni yang mempunyai keghairahan yang kuat terhadap seni.

"Misalnya koleksi Tari, yang menghasilkan pergerakan yang amat menarik, lebih-lebih lagi di atas kanvas. Ia sejenis karya yang paling bernilai dan pastinya akan menawan setiap mata yang memandang."

Yusof juga pernah berkata, pameran bukan hanya tentang lukisan. Namun ia adalah perantara yang mampu menyumbang dalam usaha merapatkan hubungan antara negara-negara luar.

"Seni merupakan bahasa sejagat yang tidak mengenal perbezaan antara manusia," ungkap beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nafas baru Red Box di Pulau Pinang

Posted:

Nafas baru Red Box di Pulau Pinang

Nafas baru Red Box di Pulau Pinang

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


RUANG sambutan yang unik dan ceria.


SELURUH negara mengenali jenama Red Box yang merupakan pusat karaoke berkonsep santai kontemporari pilihan ramai. Di situlah lokasi untuk melepaskan tekanan yang memuncak dan tempat paling ideal untuk keluarga mahupun rakan taulan berkumpul.

Ramai berpendapat bahawa konsep yang ditampilkan Red Box bersesuaian dengan kehendak pelbagai lapisan masyarakat.

Red Box turut menerima kata-kata pujian apabila mementingkan konsep berkaraoke dalam suasana sihat, bersih dan selamat. Jadi, tidak hairanlah sekiranya pusat karaoke itu semakin menjadi tumpuan.

Justeru, bagi memastikan setiap pelanggannya berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan, Red Box memberi nafas baru kepada salah satu cawangannya iaitu di Red Box Karaoke di Plaza Gurney, Pulau Pinang.

Bukan itu saja, lokasinya yang sebelum ini di aras bawah juga dialih ke tempat yang lebih strategik iaitu di tingkat tujuh plaza beli-belah yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk Pulau Mutiara itu.

Imej dramatik

Menurut Pengarah Urusannya, Valerie Choo, paparan idea hiasan dalaman Red Box Plaza Gurney menjurus kepada penerapan imej yang dramatik. Ia sekali gus menjadikan pusat itu berbeza dengan lokasi hiburan seumpamanya yang lain.

"Di situ, kami menampilkan elemen moden dan kontemporari yang menggabungkan warna hitam dan putih bagi mewujudkan suasana dan mood yang lebih klasik.

"Begitu juga sentuhan kreatif pada kemasan pada dinding, lantai, lounge dan ruang lobi," beritahunya kepada Kosmo!.

Secara keseluruhannya, pusat karaoke itu mempunyai keluasan 17,000 kaki persegi (1,579 meter persegi) dan memuatkan 45 unit bilik pelbagai saiz.

Bilik berskala besar boleh memuatkan sehingga 50 orang sementara bilik yang paling kecil berupaya menampung sekitar dua hingga empat pengunjung.

Red Box di negeri itu turut dilengkapi kemudahan untuk majlis keraian keluarga, pelancaran produk, sidang akhbar, sambutan hari jadi, majlis tahunan syarikat dan pelbagai acara lain.


RUANG khas Red Box 1st Avenue ini boleh dijadikan lokasi untuk pelancaran produk mahupun acara keraian tertentu.


Setakat ini, Red Box mempunyai 15 cawangan merangkumi Lembah Klang, Negeri Sembilan, Johor termasuk Pulau Pinang.

Tidak keterlaluan jika melabelkan Red Box Plaza Gurney mewakili pusat karaoke mewah dan eksklusif untuk golongan sosial dan korporat di Pulau Pinang.

Sajian makanan

Tanyalah kepada semua penggemar karaoke. Salah satu daya penarik yang dipersetujui bersama di Red Box ialah kompilasi hiburan bersama sajian makanan dan minumannya.

Tidak tertakluk kepada set makan tengah hari, Red Box turut menawarkan hidangan minum petang dan bufet makan malam. Ujar Valerie, sajian di situ lebih kepada hidangan Barat dan tempatan.

Lebih menarik, pelanggan boleh membuat tempahan ala-carte semasa sesi Happy Hour.

Ciri nilai tambah lain di Red Box Plaza Gurney ialah kemudahan WiFi, sistem audio yang canggih, kelengkapan sistem pemilihan lagu yang sistematik dengan lebih 30,000 lagu lama dan baharu.

"Secara keseluruhannya, apa yang saya boleh katakan ialah selain dekorasi yang memukau, kelengkapan dan prasarana yang ditawarkan adalah berorientasikan perkhidmatan yang lebih mantap dan berdaya saing," kata Valerie.

Cawangan baru

Nampaknya, Red Box terus menempa sejarah. Tidak cukup dengan transformasi terhadap Red Box Plaza Gurney, mereka terus mengorak langkah dengan membuka cawangan baru yang ke-15 dan masih di negeri Pulau Pinang iaitu di 1st Avenue Mall.

Setanding dengan Red Box Plaza Gurney, Red Box 1st Avenue dilengkapi dengan 44 buah bilik karaoke yang canggih dan pengunjung dijanjikan dengan suasana berhibur yang mengasyikkan.

Premis pusat hiburan seisi keluarga yang diteraju oleh Grand Surf Sdn. Bhd. itu turut mempunyai keluasan 1,579 meter persegi.

Seperti cawangan-cawangannya di tempat lain, pusat karaoke itu tampil megah dengan kelengkapan sistem audio visual meliputi skrin LCD gergasi yang turut dilengkapi dengan mikrofon tanpa wayar di setiap bilik.


PELBAGAI seleksi hidangan lazat menanti pengunjung yang mahu menjamu selera.


Bagaimana pula dengan dekorasi ruangnya? Kata Valerie, Red Box 1st Avenue menonjolkan warna-warna yang garang dan ceria. Aura warna merah, hitam dan putih yang diterapkan pastinya membangkitkan rasa keterujaan pelanggan.

Sedikit berbeza dengan cawangan yang lain, keistimewaan cawangan tersebut adalah penyediaan masakan popular Pulau Pinang.

Untuk itu, Red Box telah menjalin usahasama dengan Ali Nasi Lemak Daun Pisang, Teochew Cendol (Lebuh Keng Kwee), Pasembor Gurney Drive, Eucharkoay (People Court) dan Asam Laksa (Lebuh Keng Kwee).

"Ia dimasak oleh anak-anak negeri ini. Berhibur sambil menikmati signatur makanan sendiri pastinya mengujakan. Kami sangat berharap dua pusat karaoke yang satu dinaik taraf dan sebuah lagi yang baru dibuka akan memenuhi cita rasa pelanggan. Kami juga yakin konsep terbaharu yang dijayakan ini amat sempurna bagi pengunjung yang mementingkan servis, formaliti dan kualiti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Radius Residence di pinggir kota

Posted:

Radius Residence di pinggir kota

Radius Residence di pinggir kota

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my


GAMBARAN Radius Residence yang dijual bermula dari harga RM249,800.


SUDAH menjadi trend orang kota hari ini untuk memiliki kediaman di pinggir Kuala Lumpur kerana tidak terlalu sesak dengan hiruk-pikuk tengah kota.

Kerana itu Radius Residence, Selayang Heights, Selangor menjadi kediaman terbaharu yang mungkin dapat memenuhi sebuah rumah idaman anda.

Selayang Heights mempunyai 352 unit apartmen yang dibina ala resort dengan pagar berperimeter memberikan nilai tambah kepada projek tersebut.

Unit apartmen itu yang dibina khas untuk golongan berpendapatan sederhana, terdiri daripada satu blok dengan tiga menara yang saling berhubung.

"Harga unit rumah bermula dari RM249,800 untuk keluasan 916 kaki persegi (85 meter persegi) hingga RM474,800 untuk 1,633 kaki persegi (151.7 meter persegi). Tambahan diskaun tujuh peratus juga dberikan untuk bumiputera," kata pegawai hartanah projek tersebut, Vincent Wong.

Beliau yang ditemui di Pameran Hartanah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu, pembeli juga akan diberi pelepasan membayar caj guaman Perjanjian Jual Beli bagi pembeli projek tersebut.

"Unit-unit kediaman Radius Residence @ Selayang Heights yang berpaling ke arah selatan memberikan penghuni pengalaman pemandangan indah bandar Selayang dan Kepong, manakala di sebelah utara pula kawasan perumahan yang cantik.

"Di sebelah barat, ia berjiran dengan satu lagi apartmen yang dibina oleh pemaju yang sama dan di timur pula pemandangan menghijau dan bergunung," katanya lagi.

Pemaju hartanah, Syabas Pemaju (M) Sdn. Bhd. juga membangunkan satu lagi projek tidak jauh dari Radius Residence iaitu projek rumah berkembar Blue Sky.

Menyentuh lanjut mengenai unit Radius Residence, Vincent memberitahu, semua unit didatangkan dengan satu tempat letak kereta berbumbung dan boleh ditambah dengan membuat pembelian. Selain itu, setiap tingkat mempunyai empat lif dan caj pengurusan yang akan dikenakan ialah serendah RM0.15 setiap kaki persegi termasuk pembetungan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penunjuk perasaan halang akses ke pejabat Mesir

Posted:

Penunjuk perasaan halang akses ke pejabat Mesir

Penunjuk perasaan halang akses ke pejabat Mesir


SEBAHAGIAN penunjuk perasaan menghalang laluan ke pintu masuk ke sebuah bangunan pemerintah di Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir semalam.


KAHERAH - Sejumlah penunjuk perasaan membuat halangan di pintu masuk ke pejabat pemerintah Mesir di sini semalam.

Para penunjuk perasaan itu mengancam untuk melanjutkan lagi tempoh halangan tersebut jika pihak berkuasa gagal untuk mempercepatkan proses pembaharuan.

Antara proses pembaharuan yang dituntut daripada pemerintahan ialah mempercepatkan siasatan ke atas penyalahgunaan kuasa yang dilakukan anggota-anggota pihak berkuasa semasa tunjuk perasaan menentang pemerintahan Presiden Hosni Mubarak pada Febraurai lalu.

Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu selepas penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di sini selama 18 hari bagi menuntut peletakan jawatannya.

Kumpulan tunjuk perasaan itu mahu keadilan selepas hampir 900 orang terbunuh oleh anggota keselamatan dalam tunjuk perasaan menuntut hosni meletakkan jawatan.

Mereka juga menuntut tokoh-tokoh dalam pentadbiran Hosni yang melakukan rasuah dibicarakan dengan segera.

Para penunjuk perasaan itu membuat sekatan di laluan masuk ke pusat pentadbiran utama dekat dengan Dataran Tahrir.

Mereka juga menyebabkan laluan trafik terjejas dan mengancam untuk duduk di bangunan Kementerian Dalam Negeri dan stesen televisyen milik pemerintah jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Pada Jumaat lalu, mereka melakukan tunjuk perasaan di Kaherah dan beberapa bandar di seluruh Mesir bagi membantah apa yang dilihat sebagai proses perlahan oleh tentera untuk membersihkan institusi pentadbiran daripada sekutu Hosni. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Katy Perry beli rumah RM19.27j

Posted:

Katy Perry beli rumah RM19.27j

Katy Perry beli rumah RM19.27j


BEBERAPA gambar yang menunjukkan bahagian dalam dan landskap rumah baharu milik Katy Perry dan suaminya.


NEW YORK - Pasangan selebriti terkenal, Katy Perry dan suaminya yang merupakan seorang pelawak dari Britain, Russell Brand membeli rumah baru di Los Angeles, yang berharga £4 juta (RM19.27 juta), lapor akhbar News of The World semalam.

Menurut satu sember, pasangan itu mahu membeli sebuah rumah yang lebih besar kerana meraka merancang untuk mendapatkan anak.

Pada awal tahun ini, Perry yang merupakan seorang penyanyi terkenal menyatakan dia mahu memperoleh anak.

Russell juga pernah menyatakan bahawa dia juga berharap akan dapat menjadi bapa dalam tempoh yang singkat. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pentas Rihanna buat persembahan terbakar

Posted:

Pentas Rihanna buat persembahan terbakar

Pentas Rihanna buat persembahan terbakar


API menjulang di pentas persembahan Rihanna di Pusat American Airlines di Dallas, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.


DALLAS, Amerika Syarikat (AS) – Konsert penyanyi terkenal Rihanna, terpaksa dibatalkan di sini akibat kebakaran di pentas persembahannya di sini kelmarin.

Pada awalnya, konsert itu bermula seperti biasa dengan kemunculan penyanyi wanita, Bajan dan beberapa penari lain.

Namun, sebaik sahaja cahaya lampu di atas pentas terbakar, ia menyebabkan penduduk di dalam Pusat American Airlines panik dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut laporan CBS Dallas-Fort Worth, kebakaran itu didapati bermula daripada bahan kimia yang digunakan menjadikan persembahan kelihatan berwarna-warni ketika Bajan membuat persembahan.

Apabila kru mula menyedari kejadian tersebut, Rihanna, 23, segera dibawa keluar dari pentas.

Kebakaran itu berlaku selama lima minit dan orang ramai menjerit.

Terdapat sebilangan peminat mengambil kesempatan merakamkan gambar kebakaran.

Para peminat yang duduk di bahagian hadapan pentas pula bergegas berlari ke arah pintu keluar.

Anggota-anggota Jabatan Bomba Dallas tiba untuk memadamkan kebakaran itu.

Menurut seorang pegawai bomba, Johnny Bates, tiada masalah serius yang berlaku ekoran kebakaran itu. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Keropok lekor losong ke pasaran global

Posted:

Keropok lekor losong ke pasaran global

Keropok lekor losong ke pasaran global

11/07/2011 7:12pm

KUALA TERENGGANU – Pengusaha keropok lekor Losong, KY Food Industries (M) Sdn Bhd, berhasrat memperluaskan pasarannya ke peringkat global di masa hadapan.

Menurut pemiliknya Sariah Ismail atau lebih dikenali sebagai Kak Yah, 52, beliau yakin dapat merealisasikan impian itu setelah mendapat jemputan menyertai Program Malaysia Kitchen di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di London tidak lama lagi.

Katanya, dalam usaha untuk menembusi ke peringkat global dia mengambil inisiatif mengeluarkan produk keropok lekor sejuk beku bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berada di luar Terengganu.

Menurut Kak Yah, pengiktirafan status sijil halal yang diperoleh daripada Jabatan Agama Islam Terengganu pada tahun 2007 sedikit sebanyak membuka peluang kepadanya untuk meluaskan lagi pasaran keropok lekornya di bawah jenama Kak Yah.

Selain mendapat tempahan daripada hotel terkemuka di Terengganu, syarikat itu juga mempunyai 10 pembekal tetap di Terengganu, Johor dan Kuala Lumpur, katanya di sini, hari ini.

Kak Yah juga merupakan pengusaha keropok lekor pertama di Terengganu yang memperoleh sijil halal dan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah bagi pengusaha produk halal daripada kerajaan negeri pada tahun 2008. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilang terbakar: Dua bomba cedera

Posted:

Kilang terbakar: Dua bomba cedera

Kilang terbakar: Dua bomba cedera

11/07/2011 6:07pm

MELAKA – Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh di sini, cedera semasa memadamkan kebakaran sebuah kilang perabot di kawasan perindustrian Bukit Rambai dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka R.Ezhumalai berkata dua anggota tersebut, Amran Kassim, 36, dan Sabri Ahmad, 40, mengalami kecederaan ringan ketika mereka bersama anggota lain memadamkan kebakaran kali kedua yang berlaku ke atas kilang itu.

Dalam kejadian tersebut, berlaku letupan kecil di kilang itu yang mengakibatkan percikan api yang mengenai dua anggota tersebut, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ezhumalai berkata kedua-dua anggota berkenaan dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk menerima rawatan dan sudah dibenarkan keluar dari hospital itu.

Beliau berkata bomba menerima panggilan mengenai kebakaran pertama kilang itu pada pukul 12.43 malam tadi dan api berjaya dikawal kira-kira pukul 3 kemudian bagaimana pun bomba menerima panggilan mengenai kebakaran kedua kilang itu pada pukul 9.31 malam tadi.

Katanya pihaknya berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran daripada merebak ke premis berdekatan kilang itu pada pukul 6 pagi tadi.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan sebanyak RM2 juta.

Sebanyak lima jentera bomba dengan 36 anggota terlibat dalam memadamkan kebakaran kilan itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kadar jenayah di Kelantan menurun 11%

Posted:

Kadar jenayah di Kelantan menurun 11%

Kadar jenayah di Kelantan menurun 11%

11/07/2011 6:49pm

KOTA BHARU – Kadar jenayah di Kelantan bagi tempoh Januari hingga semalam menurun 11 peratus atau 402 kes berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

"Tahun lepas, sebanyak 3,658 keseluruhan kes (untuk tempoh sama) dilaporkan dan tahun ini sehingga semalam, ada sebanyak 3,256 kes, menurun 402 kes," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini hari ini, sempena majlis pertukaran beliau.

Rahim akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan dan Latihan bermula 16 Julai ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian jenayah kekerasan menurun 14 kes setakat ini kepada 450 kes berbanding 464 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata, jenayah harta benda menurun 388 kes daripada 3,194 kes tahun lepas kepada 2,806 kes tahun ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kembali kerana skrip

Posted:

Kembali kerana skrip

Kembali kerana skrip



TEMPOH dua tahun tidak mendengar arahan 'action-cut', 'berkahwin' dengan kawan-kawan lama di set penggambaran, ada keterujaan yang meluap-luap di hati pelakon Que Haidar saat ditemui pada sesi sidang media dan penggambaran filem Rock Ooo di Ipoh, Perak pada hari Rabu lalu.

Banyak yang diluahkan pelakon versatil itu. Kembalinya dia ke lapangan yang tidak pernah melupakan kredibiliti anak seni sejati sepertinya terus dirai. Namun empunya diri sendiri yang berasa kekok.

Que tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara dengan media. Bimbang reaksi yang bakal diterima kelak apabila dia kembali ke lapangan ini. Takut khalayak melemparkan kejian kepadanya kerana 'memakan semula' kata-kata kononnya mahu bersara.

Ironi, aktor berusia 32 tahun itu bukan mahu bersara. Dia hanya menyatakan akan mengurangkan aktiviti sebagai pelakon kerana mempunyai kepentingan lain sebagai ketua keluarga yang dibina lebih dua tahun lalu.

Namun apabila ada naskhah yang bagus pada pandangannya, dia juga tidak mahu melepaskan peluang itu. Kerana itu dia kini kembali melakukan rutin anak seni dengan bergabung semula bersama sutradara Mamat Khalid dan teman-teman seperjuangan yang lain seperti Sofi Jikan, Khir Rahman, Pekin, Azmi dan ramai lagi dalam usaha merealisasikan sekuel filem Rock itu.

Kepada pihak media, Que turut menghuraikan banyak dakwaan nakal terhadap kehilangannya selama dua tahun dan mengapa dia kembali berlakon.

Dakwaan-dakwaan tersebut semua menuduh ia disebabkan oleh isterinya, Linda Jasmine yang tidak membenarkan dia berlakon kerana cemburu serta dakwaan dia muflis yang menyebabkan Que kini berlakon semula.


PENAMPILAN seorang rocker daripoada Que khusus untuk naskhah Rock Ooo.


"Selepas bernikah, memang saya ada membuat kenyataan untuk tidak lagi aktif sebagai pelakon. Ini kerana saya mahu menumpukan fokus kepada kerjaya baharu saya sebagai tenaga pengajar di kolej Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Kuala Lumpur secara kontrak dan di Linda Jasmine Studio.

"Hari ini, saya kembali berlakon adalah atas keputusan saya sendiri. Ia tidak ada kena-mengena dengan Linda dan isteri saya amat menyokong saya kembali aktif. Selama ini, Linda juga tak pernah menghalang saya daripada berlakon, namun ia adalah keputusan saya sendiri untuk memberi fokus kepada pekerjaan lain.

"Saya juga menafikan dakwaan muflis dan sebagainya. Saya kembali berlakon terutama untuk filem ini adalah kerana ia sebuah skrip yang bagus, sutradara yang bagus, tenaga krew yang bagus dan pelakon-pelakon yang bagus, " katanya bersungguh-sungguh.

Malah dia kini melihat dirinya seperti pelakon baru yang hampir tidak dapat mengejar momentum kehebatan pelakon-pelakon di dalam filem ini seperti Sofi Jikan, Khir Rahman dan lain-lain.

Selain itu, Que juga berasa begitu kecil dan kekok untuk kembali berlakon, Que mengaku dia menangis pada hari kedua penggambaran dijalankan.

"Pada hari pertama penggambaran, abang Mamat cakap saya macam 'kayu'. Saya sangat terpukul. Pada hari kedua pula, saya menangis kerana mencari dan tertekan bimbang tidak dapat mengejar momentum lakonan pelakon-pelakon hebat yang lain," ujarnya.

Bagaimanapun perasaan cuak dan kurang keyakinan diri beransur hilang selepas semua memberi semangat dan dia kembali mendapat rentak untuk memuntahkan kredibiliti yang terperosok jauh entah ke mana selama dua tahun tidak berlakon.


QUE bersetuju untuk kembali aktif dalam dunia lakonan jika karakter yang ditawarkan berjaya memikat hatinya.


Sementelah, karakter Amy Mat Piah, vokalis kumpulan Rimba Bara dan sejarah filem ini juga banyak membantu dia bangkit.

Ditanya tentang naskhah Rock Ooo dan karakter Amy, Que memberitahu Rock Ooo kali ini memberi penekanan kepada Amy, seorang penyanyi yang tidak boleh menyanyi namun yakin dia adalah penyanyi yang hebat.

Katanya yang harus menyanyi di dalam filem ini: "Amy percaya dia adalah seorang vokalis rock, namun sebenarnya dia tidak rock langsung. Dia tak sedar bahawa selama ini, dia hanya terikut-ikut dengan trend rock yang cukup hebat pada tahun 80-an itu."

Keputusan

Apabila Que kembali berlakon, ia seperti memberi isyarat bahawa dia mungkin akan terus aktif selepas usai penggambaran Rock Ooo.

Saat persoalan itu dilontarkan, Que menegaskan dia belum berminat untuk kembali aktif seperti dahulu, malah apa yang terjadi pada hari ini (berlakon filem Rock Ooo) juga tidak menjadi perancangannya sebelum ini.

"Saya memilih untuk tidak berani nak cakap bahawa saya akan aktif atau tidak aktif selepas filem ini. Saya tak fikir soal itu. Jadi saya tak ada jawapan. Namun sekiranya ada cerita yang menepati cita rasa saya, mungkin saya tidak akan menolak.

"Tetapi buat masa ini, saya selesa dengan kehidupan saya yang sederhana dan mempunyai masa untuk keluarga serta kerjaya saya sekarang," katanya yang juga memberitahu dia hanya akan bekerja dengan orang yang dipercayainya sahaja selepas ini.

Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, bapa kepada Ratu Haidar, satu tahun lapan bulan itu memberitahu dia cukup teruja menjadi seorang bapa.

Malah tanpa berselindung, Que memberitahu dia dan Linda ingin menimang cahaya mata kedua, namun masih belum mempunyai rezeki. "Kalau boleh, saya nak anak lelaki pula," kata Que ringkas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zac, Ashley bercinta?

Posted:

Zac, Ashley bercinta?

Zac, Ashley bercinta?


KEINTIMAN Zac-Ashley tidak boleh disembunyikan lagi.


BEKAS teman lelaki Vanessa Hudgens, Zac Efron kelihatan gembira menghabiskan masa santainya dengan membeli-belah di Studio City, California, Selasa lalu.

Pelakon utama High School Musical itu membawa telefon bimbit iPhone4 di tangannya sambil menyertai kawan-kawannya termasuk pelakon Rumer Willis menuju ke kedai Urban Outfitters.

Sebelum ini, Zac dikhabarkan berada di pantai Malibu bagi menyambut sambutan hari jadi Ashley Tisdale yang ke-26.

Menggendong Ashley yang juga pelakon siri High School Musical itu di belakang badannya, kedua-dua teman rapat itu bersuka ria berpesta di pantai yang menyebabkan khabar angin segera bertiup kencang bahawa mereka sedang dilamun cinta.

Ekoran gosip di tabloid yang telah menyiarkan gambarnya bersama Zac itu, Ashley telah menulis di laman sosial twitter miliknya yang berbunyi, "Jangan percaya dengan semua gambar-gambar yang disiarkan. Mereka sengaja mereka perkara itu bagi melariskan jualan! Saya gembira menyambut sambutan hari jadi yang hebat di samping teman-teman, keluarga dan teman lelaki saya, Scott. Saya tidak akan membiarkan gosip bodoh ini merosakkan apa yang saya miliki! Xoxo."

Sumber turut memberitahu, sedang dia gembira menyambut ulang tahunnya yang ke-26, Ashley dikejutkan dengan kehadiran Zac.

Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya dengan kehadiran pelakon kacak itu, Ashley juga menghantar tweet kemudiannya yang berbunyi: "Saya sangat gembira dengan kehadiran Zac. Dia merupakan abang dan rakan baik saya!".

Ashley juga berterima kasih kepada peminat-peminatnya yang menghantar ucapan Selamat Hari Jadi. Tulisnya lagi di Twitter: "Terima kasih kepada semua peminat yang menghantar ucapan. Anda yang terbaik. Saya sayang anda semua!".

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua naskhah, satu teater

Posted:

Dua naskhah, satu teater

Dua naskhah, satu teater

Oleh NOR IDAYU BOSRO
berita@kosmo.com.my


LAGAK tersendiri. Dari kiri: Sarimah, Misha dan Norzizi menyuntik tenaga lakonan masing-masing untuk karakter cucu-cucu saudara naskhah Mak Dara Nyonya.


NAMA Mak Dara yang terkenal dek jamu tradisionalnya sudah tidak asing lagi tetapi ramai yang mungkin tidak mengetahui kisah pahit getir kehidupannya sebelum bergelar usahawan wanita berjaya.

Riwayat hidup Mak Dara atau nama sebenarnya Halimah Shuib diangkat ke pentas teater buat kali pertama dalam pementasan teater berjudul Mak Dara Nyonya yang digabungkan bersama kisah dari Indonesia berjudul Nyonya.

Dia yang mewarisi keturunan Arab dari ibunya, Kamariah Latif dan darah Jawa dari bapanya, Suib Elias dilahirkan pada 1 Oktober 1945 di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Berkat dorongan adiknya, Munawwar, dia menyertai pertandingan ratu dan berjaya menyandang takhta Ratu Kebaya sebanyak 12 kali.

Menurut Siti Rohayah Attan selaku penerbit dan penulis skrip Mak Dara, konflik hidupnya bermula apabila mahligai perkahwinan yang dibina bersama suami, Syed Ali diracuni orang ketiga iaitu pembantu rumahnya sendiri.

"Mak Dara menukar hak milik rumah pemberian ibu bapanya kepada nama suami sebagai bukti cintanya namun dijual kepada orang lain.

"Syed Ali kemudiannya berpindah keluar bersama isteri barunya meninggalkan Mak Dara bersama lima anak hasil perkongsian hidup mereka tanpa sebarang nafkah," ulasnya mengenai jalan cerita Mak Dara.

Bukan sahaja kehilangan kasih sayang suami, dia juga kehilangan harta pusaka dan situlah bermulanya kesengsaraannya Mak Dara membesarkan kesemua enam anaknya termasuk seorang hasil daripada perkahwinan pertama yang hanya mampu bertahan selama setahun.

Kisah Mak Dara diselang-selikan dengan naskhah Nyonya yang berunsurkan komedi sinis yang mengisahkan kehidupan seorang nyonya di Indonesia.


ZAIFRI sebagai ahli perniagaan yang cuba menggoda Nyonya lakonan Sherry.


Nyonya terpaksa berperang dengan saudagar antik yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya sepanjang suaminya terlantar di hospital akibat barah lidah.

Dia juga terpaksa berhadapan dengan cucu saudaranya yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut ingin membunuhnya.

Tidak dinafikan kedua-dua naskhah tersebut berlainan genre namun menurut pengarahnya, Rosminah Tahir, terdapat keserasian pada kombinasi naskhah tersebut iaitu berperihalkan wanita dan masyarakat.

"Saya cuba cungkil kisah ketabahan dan kejayaan seorang wanita yang disebaliknya terselit kesengsaraan dan duka lara.

"Selain itu, elemen perlakuan wanita Nyonya yang sudah berasimilasi dengan budaya dan norma masyarakat Melayu di Indonesia turut saya garapkan dalam teater ini," tambahnya lagi.

Bagi penonton yang menyaksikan teater ini, mereka bakal dihidangkan dengan paparan kisah wanita sebagai isteri dan ibu dalam dua situasi yang berbeza yang pasti memberi keunikan dalam teater terbitan CTRA Production ini.

Watak Mak Dara yang diterajui karyawan teater, Juhara Ayob dihayati dengan begitu baik sekali walaupun pada mulanya dia agak takut untuk menjiwai watak orang yang masih hidup kerana bimbang akan disamakan dengan karakter sebenar Ibu Halimah.

Walaupun beraksi secara solo, Juhara bijak menggunakan pentas sebaik-baiknya membuatkan penonton seolah-olah berada dalam peristiwa yang berlaku.

Sementara itu, watak Nyonya pula dijayakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Teater Akademi Seni Kebudayaan dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Sherry Syed Abdullah.


AKSI Fara dan Zaifri berjaya menggamatkan suasana.


Berbekalkan pengalaman berlakon dalam 23 teater sebelum ini, dia harus menghidupkan watak Nyonya yang bukan sahaja penuh dengan ekspresi malahan memerlukan sedikit penguasaan bahasa Indonesia.

"Syukurlah saya pernah ke Bandung selama dua minggu untuk mempelajari dan mendalami 'randai' atau teater tradisional suku Minangkabau yang kaya dengan nilai etika dan estetika.

"Dari situ saya mempelajari sedikit sebanyak bahasa Indonesia daripada segi dialek dan lenggok pertuturannya yang betul," kata Sherry ketika ditemui wartawan pada majlis previu teater Mak Dara Nyonya di Panggung Eksperimen Aswara baru-baru ini.

Turut sama terlibat ialah Norzizi Zulkafli, Sarimah Ibrahim dan Misha Omar untuk karakter cucu-cucu saudara.

Di samping itu, Zaifri Husin yang memegang watak saudagar bergelar Tuan dan Fara Fauzana sebagai isterinya juga berjaya merealisasikan naskhah Nyonya.

Kemunculan Fara sebagai pendatang baru dalam dunia teater tidak mengecewakan apabila diberi tanggungjawab menggalas watak isteri saudagar antik.

"Dia benar-benar komited terhadap watak yang diberi dan banyak bertanya kepada pelakon lain yang jauh lebih berpengalaman" kata Pengarah Pemasaran CTRA Production, Chloe H.B Siao.

Teater Mak Dara Nyonya dipentaskan dari 6 hingga 12 Julai ini di Auditorium Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved