Khamis, 23 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


China mangsa cuaca

Posted:

China mangsa cuaca

China mangsa cuaca

Susunan AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammar.jazlan@kosmo.com.my



DI perkampungan Huanshan, di tengah-tengah wilayah Hubei atau lebih dikenali sebagai Tanah bagi Seribu Tasik, penduduknya beratur panjang sambil membawa bekas plastik untuk mengambil air yang dihantar oleh jentera bomba.

Air bersih yang diperoleh digunakan sebaik mungkin, seperti siapa antara anggota keluarga yang akan membasuh tangan atau membasuh beras terlebih dahulu, sebelum digunakan sekali lagi untuk menyiram tanaman atau memberi minum pada ternakan, kata Ketua Kampung, Yu Chunming.

"Penduduk kampung tidak mahu membazir air walaupun ia telah beberapa kali digunakan, tidak kira sekotor mana airnya," ujarnya.

Sungai Yangtze yang sekian lama menjadi nadi penduduk di beberapa wilayah di China seperti Hunan, Hubei, Jiangxi, Jiangsu dan Anhui kini mengalir lesu. Kemarau panjang yang berlaku sejak awal tahun lalu telah menyebabkan paras air turun mendadak.

Sungai sepanjang 6,418 kilometer yang juga diiktiraf ketiga terpanjang di dunia itu mencatatkan paras taburan hujan terendah sejak tahun 1961 iaitu kurang 40 hingga 60 peratus berbanding kadar sebelumnya.

Di wilayah Jiangxi, bot-bot nelayan tersadai di atas padang rumput yang sebelum itu merupakan bekas Tasik Poyang iaitu tasik air tawar terbesar di China.

"Saya tidak pernah melihat kemarau seburuk begini. Lihatlah beras kami, semuanya bertukar kuning dan akan mati sekiranya hujan tidak turun," kata seorang petani, Ouyang Jinghuang, 66, yang mengusahakan tanaman padi berhampiran tasik berkenaan.

"Kami semua terpaksa menggali perigi dan membeli air untuk mendapatkan air bersih. Lazimnya kami hanya bimbangkan tentang banjir, bukan kemarau."

Krisis air

Pihak berkuasa menyatakan 1,300 tasik di negara itu kini kering akibat kemarau. Bencana alam itu menyebabkan masalah pengairan dan krisis bekalan air bersih.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh State Flood Control and Drought Relief Headquarters (SFDH) memberitahu, kemarau menyebabkan seramai 4.4 juta rakyat dan 3.2 juta tanaman dan ternakan di lima wilayah berkenaan terjejas.

Kerajaan pusat menghantar pam air dan penjana kuasa di Hubei dan Hunan bagi membekalkan air di kawasan-kawasan terjejas teruk dalam usaha mengurangkan impak kemarau. Malah Empangan Three Gorges iaitu sebuah projek elektrik hidro terbesar di dunia turut melepaskan airnya bagi tujuan yang sama.

Tatkala semua pihak berusaha mencari penyelesaian bagi menangani kemarau yang melanda sejak enam bulan lalu, China tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian banjir terburuk yang berlaku dalam tempoh 50 tahun di negara itu.

Hujan lebat yang berterusan sejak 3 Jun lalu di kawasan selatan dan tengah di negara itu menyebabkan air Sungai Yantze meningkat melebihi paras selamat.

Beberapa wilayah seperti Zhejiang, Jiangsu, Hunan, Hubei, Jiangxi and Guizhou yang kering kontang akibat kemarau sebelum ini kini mula ditenggelami air.

Rangkaian televisyen tempatan yang sebelum ini sering memaparkan imej tasik-tasik kering kini memaparkan kediaman penduduk yang ditenggelami air dan bot-bot yang tersadai di atas jalan raya.


SEORANG kanak-kanak melihat air banjir dari atas bumbung rumahnya di Laibin, tenggara China di wilayah Guangxi.


Kementerian Luar Awam China melaporkan sekurang-kurangnya 175 mangsa terkorban akibat dihanyutkan air atau kejadian tanah runtuh, manakala 86 mangsa dilaporkan masih hilang.

Pihak Kementerian berkata, sebanyak 13 wilayah terjejas teruk dalam banjir manakala lebih 1.6 juta penduduk telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Di samping kematian, lebih 1,000 perniagaan dan lebih 400,000 hektar kawasan tanaman telah musnah akibat banjir selama lebih dua minggu itu. Jumlah kerugian yang dicatatkan dianggarkan mencecah AS$5.4 billion (RM16.3 bilion).

Menurut agensi berita tempatan, beberapa pasar besar sekitar di Hangzhou, ibu kota Zhejiang, harga buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin telah meningkat kira-kira 40 peratus, jauh lebih tinggi daripada sebulan lalu. Harga makanan juga dilaporkan meningkat di wilayah Anhui dan Jiangxi.

Kesan itu telah meningkatkan kadar inflasi ke paras lebih tinggi dalam tempoh tiga tahun. Harga makanan pada bulan Mei naik 11.7 peratus daripada tahun sebelumnya, lebih daripada dua kali kenaikan 5.5 peratus dalam harga indeks pengguna.

Sementara itu, seorang penduduk yang dipindahkan berasal dari Zhuji, sebuah bandar di selatan Zhejiang memberitahu penduduk kini mula beransur-ansur pulang ke kediaman mereka.

Shou Qoingdam, 22, memberitahu Reuters bahawa dua tambak yang dibina bersebelahan dengan bandar mungkin telah dibaiki, bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar.

"Ketika air mula-mula memasuki tambak, rekahan tidaklah begitu besar, ia mampu dibaiki dengan mudah.

"Bagaimanapun kerajaan tidak berbuat apa-apa. Disebabkan itu kita mengalami kerugian ekonomi yang agak tinggi dan menyebabkan ramai penduduk yang terjejas akibat banjir."

Suhu global


PARA petani menanggung kerugian yang banyak ekoran kemarau yang melanda Yongxiu di wilayah Jiangxi di China.


Peralihan iklim yang dramatik itu selaras dengan trend cuaca yang telah dikenal pasti oleh Pusat Iklim Beijing dua tahun lalu yang menyatakan hujan akan turun dalam waktu yang singkat, lebat sebelum diiringi kemarau yang berpanjangan.

Pusat itu turut memberi amaran bahawa peningkatan suhu global akan menyaksikan kekerapan berlakunya kemarau, banjir dan ribut.

Chen Zhenghong, jurutera kanan di Biro Meteorologi Hubei, wilayah tengah China pula berkata, peralihan ketara antara kemarau dan banjir di timur dan tengah China mempunyai kaitan dengan kesan pemanasan global.

"Biasanya hujan bermula di tengah-tengah bulan Jun dan paras lembah Sungai Yangtze yang rendah akan meningkat sebaik sahaja musim hujan monsun dan ribut taufan bermula.

"Bagaimanapun hujan yang mencurah-curah turun sejak awal bulan lalu menyebabkan banjir dashyat dalam tempoh beberapa dekad," katanya.

Sementara itu, menurut satu laporan yang dikeluarkan firma insurans di Jerman, Munich Re, angka bencana alam di China melibatkan ribut ganas, banjir, peningkatan suhu, kemarau dan kebakaran hutan meningkat kepada 48 kes pada tahun 2010 berbanding 11 kes pada awal 1980-an.

Ketua Penyelidikan Georisk Munich, Peter Hoeppe, menggariskan arah aliran jangka panjang dan risiko yang dikaitkan dengan perubahan iklim.

"Banjir dahsyat di China adalah dimensi dramatik, satu fenomena yang malangnya berlaku di China dengan kekerapan meningkat sejak beberapa dekad lalu.

"Setiap tahun, berjuta-juta rakyat China menjadi mangsa cuaca yang berkaitan dengan bencana alam. Risiko semakin meningkat, perubahan iklim mengakibatkan potensi hujan lebat di samping risiko kemarau di kawasan-kawasan tertentu juga meningkat," katanya dalam satu e-mel yang dilaporkan oleh AFP baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Rumah rakyat di Sungai Besi

Posted:

Rumah rakyat di Sungai Besi

Rumah rakyat di Sungai Besi


SEBAHAGIAN daripada kawasan Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur akan turut dibangunkan dengan projek perumahan rakyat.


PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bahawa sebahagian daripada tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi di sini akan dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima).

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Perbadanan Putrajaya untuk membangunkan Prima berkonsepkan perniagaan sosial.

"Ia merupakan satu kawasan yang selesa, besar dan mampu memberi impak yang penuh.

"Bayangkanlah, satu kawasan ini (yang bernilai tinggi) dijadikan kawasan perumahan yang mampu dimiliki oleh rakyat," katanya semasa ditemu bual di konti Radio One FM di Sri Pentas.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Unipeq nafi sahkan Barbican halal

Posted:

Unipeq nafi sahkan Barbican halal

Unipeq nafi sahkan Barbican halal

KUALA LUMPUR – Unipeq, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menafikan ia telah mengesahkan status halal terhadap produk minuman malta berperisa buah-buahan Barbican seperti didakwa pengeluar produk itu pada Khamis lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Unipeq, Dr. Siti Noorbaiyah Abdul Malek berkata, syarikat itu hanya mengeluarkan sijil analisis yang menunjukkan kandungan kompaun yang diuji dan bukannya status halal.

"Sesuatu produk itu hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berwibawa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk status halal dan Kementerian Kesihatan untuk piawai makanan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Juruterbang maut nahas pesawat

Posted:

Juruterbang maut nahas pesawat

Juruterbang maut nahas pesawat


PESAWAT model Cristian Eagle.


JAKARTA - Seorang juruterbang Malaysia terbunuh apabila pesawat ringan yang dipandunya dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 terhempas di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, Sumatera Barat petang semalam.

Juruterbang itu dikenali sebagai Kolonel (B) Zakaria Salleh dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor.

Kedutaan Besar Malaysia di sini mengesahkan laporan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menguruskan penghantaran pulang jenazahnya ke Malaysia.

Konsul General Malaysia di Medan, Norlin Othman berkata, pesawat yang dipandu Zakaria ialah dari jenis Cristian Eagle dengan nombor pendaftaran N21H dan kejadian berlaku pada pukul 5.24 petang waktu tempatan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Siap siaga ibu cantik

Posted:

Siap siaga ibu cantik

Siap siaga ibu cantik


SERAMAI 15 finalis yang terdiri daripada kaum ibu terpilih untuk menyertai Pertandingan Glowing Youthful Mother yang akan berlangsung pada 30 Jun ini.


WALAUPUN ada antara mereka pertama kali membuat catwalk di pentas peragaan, namun masing-masing mencuba sehabis baik untuk berjalan persis seorang model.

Walaupun sebahagian daripada ibu-ibu tersebut nampak kekok, namun selepas beberapa kali berlatih, lenggok jalan mereka semakin meyakinkan.

Mereka yang dimaksudkan bukanlah model tetapi, 15 finalis pertandingan Glowing Youthful Mother yang menyertai bengkel kecantikan baru-baru ini.

Mereka adalah 15 ibu bertuah yang terpilih daripada lebih 500 ibu yang menghantar borang bagi menyertai pertandingan yang berlangsung sejak Mac hingga Mei lalu.

Setiap daripada mereka datang dari latar belakang kerjaya dan keluarga yang berbeza tetapi mempunyai satu persamaan iaitu keremajaan kulit merentasi usia.

Para finalis yang terdiri daripada wanita berusia 30-an sehingga 50-an itu berjaya menjaga kecantikan dan kesihatan diri sehingga membuatkan mereka kelihatan jauh lebih muda.

Bengkel catwalk dan kecantikan tersebut adalah bagi mempersiapkan mereka untuk malam gala pertandingan Glowing Youthful Mother yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

"Selain menggayakan gaun malam yang direka eksklusif, finalis akan membuat persembahan bersama anak mereka pada pusingan pertunjukan bakat selain menjawab soalan pada pusingan akhir.

"Bengkel ini diadakan bagi melengkapkan para finalis dengan tip mengenai tata rias, cara berjalan yang betul dan mendidik mereka tentang pentingnya mikronutrien pada kulit," kata Pengarah Serantau, Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Sudhir Gandhi.

Rahsia remaja

Bengkel sulung yang dianjurkan baru-baru ini dimulakan dengan sesi bual bicara bersama pakar estetik dan pakar bedah kosmetik, Dr. Alice Prethima Michael. Alice berkongsi tip mengenai rahsia mengekalkan keremajaan kulit dan kelihatan bermaya.

Para finalis diterangkan tentang jenis-jenis kulit dan punca kulit pramatang serta cara-cara untuk mencegahnya.

Para finalis kemudiannya di bawa ke kelas catwalk bersama Nila Palacios yang merupakan seorang pereka fesyen dari Venezuela.

Salah seorang finalis, Ramona Ramli, 58, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan kini menetap di Sungai Buloh, Selangor tidak menyangka dirinya terpilih ke peringkat akhir.

"Ini semua galakan daripada anak-anak. Walaupun sedikit tercabar dengan peserta-peserta lain yang jauh lebih muda, saya akan melakukan yang terbaik pada malam gala tersebut.

"Bukan kemenangan yang dikejar tetapi saya mahu membuktikan kepada wanita seusia saya bahawa kita masih boleh aktif, ceria, muda dan sihat walaupun sudah bergelar nenek," katanya yang merupakan jurulatih fizikal di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Setia Ikhlas, Semenyih, Selangor.

Turut hadir memberikan sokongan sebagai salah seorang juri pada malam gala tersebut ialah pelakon, Datin Noniswara Baharudin, pelakon dan penerbit, Nancie Foo serta pengacara majlis pada palam tersebut Miss Malaysia World 2010/2011, Nadia Heng.

– NURUL IZZA ROSLY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia waspada

Posted:

Malaysia waspada

Malaysia waspada

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


MAHALI tidak dapat beraksi malam ini kerana menjalani penggantungan perlawanan selepas menerima dua kad kuning.


MALAYSIA turun tanpa tonggak pertahanan, Mahali Jasuli pada aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Justeru, sesuatu perlu direncanakan oleh jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee selepas kehilangan khidmat 'kereta kebal' itu yang sebelum ini memperlihatkan ketahanan menyekat asakan lawan.

Mahali tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini selepas menerima dua kad kuning.

Kad kuning pertama tonggak pertahanan kanan berusia 22 tahun itu dikutip ketika aksi menentang Pakistan pada pusingan pertama 9 Mac lalu manakala kad kuning kedua diterimanya pada aksi pertama menentang Lebanon Ahad lalu.

Yang pasti, kehilangan Mahali itu sememangnya dirasai oleh Kim Swee memandangkan dia kini semakin terdesak dalam usaha menurunkan barisan terkuatnya terutama di bahagian pertahanan bagi mengelakkan kubu skuad negara dibolosi lawan.

"Mahali seorang pemain yang berpengalaman bukan sahaja beraksi bersama skuad Olimpik malah dia juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan.

"Kehilangan Mahali pasti akan kami (skuad Olimpik negara) rasai. Tanpa dia, kami kekurangan seorang pemain di bahagian pertahanan kanan yang sentiasa mempamerkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan," kata Kim Swee.

Kim Swee berkata demikian ketika sidang akhbar menjelang aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu terlalu cepat mengalah melihat situasi terkini yang melanda skuad Olimpik negara itu apabila menjelaskan bahawa dia mempunyai beberapa pilihan pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mahali itu.

"Memang kami merasai kehilangan Mahali tetapi saya mempunyai dua pemain yang dilihat mampu menggantikan pemain itu beraksi di bahagian pertahanan kanan.

"Ketika ini, dua pemain

berada dalam fikiran saya bagi menggantikan Mahali iaitu Hafizi (Faizal Mohammad) dan Fandi (Othman) namun saya hanya akan membuat

keputusan sebelum perlawanan bermula nanti," jelas Kim Swee.

Jika dibuat penilaian, Kim Swee dijangka memilih Hafizi bagi beraksi di bahagian pertahanan kanan memandangkan Fandi tampil dengan aksi konsisten beraksi di bahagian sayap kanan pada aksi pertama sebelum ini.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengakui bahawa anak-anak buahnya perlu memburu gol awal bagi memastikan keadaan lebih selesa memandangkan format perlawanan menyaksikan kelebihan gol di tempat lawan akan diambil kira jika perlawanan berakhir dengan seri.

Pada aksi pertama di Beirut Ahad lalu, skuad Olimpik negara seri tanpa jaringan dengan Lebanon.

Skuad Olimpik negara mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada Mac lalu.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow, Rusia, tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pen cerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Villas-Boas pengurus baharu Chelsea

Posted:

Villas-Boas pengurus baharu Chelsea

Villas-Boas pengurus baharu Chelsea



LONDON - Andre Villas-Boas (gambar) akhirnya dilantik menjadi pengurus ketujuh Chelsea dalam tempoh lapan tahun semalam.

Bekas pengurus Porto yang meletak jawatan di kelab itu kelmarin akan menyertai kelab Liga Perdana England tersebut dengan kontrak selama tiga tahun.

Villas-Boas, 33, yang seringkali disamakan dengan rakan senegara dan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho akan memulakan tugas serta merta di kelab London itu.

Villas-Boas akan menggantikan tempat Carlo Ancelotti sebagai pengurus di Stamford Bridge selepas penggendali dari Itali itu dipecat pada hari terakhir musim lalu.

Ancelotti dipecat selepas dia gagal membantu Chelsea memenangi sebarang gelaran musim lalu meskipun berjaya merangkul gelaran berganda iaitu trofi Liga Perdana England dan Piala FA pada tahun sebelumnya.

"Villas-Boas adalah calon terbaik untuk jawatan itu," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Chelsea semalam.

"Dia adalah pengurus muda paling berbakat dalam arena bola sepak hari ini dan sudah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam tempoh yang singkat.

"Cita-cita, gaya dan keazaman yang dimiliki Villas-Boas selari dengan Chelsea dan kami yakin dengan kepimpinannya, pasukan ini akan memperoleh keputusan yang lebih baik, sekali gus mencapai kejayaan dalam liga domestik serta Eropah."

Kontrak Villas-Boas bersama Porto telah ditamatkan selepas Chelsea membayar 15 juta euro (RM 65.4 juta) untuk membatalkan klausa daripada juara Portugal itu.

Oleh kerana Villas-Boas tidak pernah merasai saingan Liga Juara-Juara, pelantikan itu mungkin berdepan risiko kerana pemilik skuad The Blues, Roman Abramovich sudah lama menyimpan hasrat untuk memenangi kejohanan kelab elit Eropah itu.

Bagaimanapun, Villas-Boas dianggap sebagai calon yang paling sesuai kerana dia seringkali disamakan dengan Mourinho yang ketika ini membimbing Real Madrid.

Ketika ini, Mourinho boleh dianggap sebagai pengurus paling berjaya di Eropah.

Untuk rekod, Claudio Ranieri, Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink dan Ancelotti pernah menduduki 'kerusi panas' itu sejak Abramovich mengambil-alih Chelsea pada tahun 2003.

- AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sharapova idam gelaran kedua

Posted:

Sharapova idam gelaran kedua

Sharapova idam gelaran kedua


SHARAPOVA mahu memenangi gelaran kedua Kejohanan Tenis Wimbledon bagi melupakan memori pahit yang dialami selama ini.


LONDON - "Saya perlu meraih kemenangan kedua Kejohanan Tenis Wimbledon kerana hanya itu sahaja cara terbaik untuk melupakan memori pahit yang saya alami selama ini."

Demikian tegas bekas juara Wimbledon, Maria Sharapova menjelang saingan di gelanggang Kelab Seluruh England itu minggu ini.

Pemain Rusia itu bergelut dengan pelbagai masalah kecederaan sejak dua tahun lalu dan situasi itu telah menjejaskan kedudukannya dalam ranking dunia.

Malah, situasi itu turut mencetuskan tanya tanya mengenai kemampuan Sharapova untuk terus bersaing hebat, sekali gus memenangi gelaran utama.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu seringkali menampilkan semangat juang yang tinggi dan sentiasa berazam untuk mengembalikan prestasi terbaiknya.

Sharapova yang kali pertama memenangi gelaran Wimbledon pada usia 17 tahun (2004) kembali melonjak di ranking keenam dunia selepas mara ke separuh akhir Terbuka Perancis.

Pemain pilihan kelima itu turut beraksi cemerlang dalam kempen terbaharu di Kelab Seluruh England apabila menewaskan rakan senegara, Anna Chakvetadze 6-2, 6-1.

Diletakkan selaku pemain pilihan untuk memenangi kejohanan ini, Sharapova menganggap ia sebagai mimpi yang menjadi kenyataan untuk memenangi gelaran Grand Slam pertama sejak Terbuka Australia 2008.

"Sudah tentu ia sangat penting. Ia bakal menjadi satu pencapaian yang menarik. Tetapi saya berasa sangat gembira untuk melakukan sesuatu yang saya sayang," kata Sharapova.

"Sudah tentu saya beruntung kerana memiliki keyakinan untuk merangkul trofi itu tanpa mengetahui betapa baik sekiranya saya dapat merealisasikan.

"Tetapi saya juga berfikir sebaliknya, jika kamu mahu sesuatu yang buruk dan menyebabkan kamu tidak boleh tidur, di mana kedudukan kamu?.

"Saya fikir, masa akan menentukan dan kamu hanya perlu bersabar serta terus bekerja keras. Lakukan yang terbaik dan selebihnya akan diperoleh dengan sendiri." - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Identiti penggodam didedahkan

Posted:

Identiti penggodam didedahkan

Identiti penggodam didedahkan


RUMAH yang diduduki oleh Ryan Cleary bersama ibunya di Wickford, Britain.


WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin

Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.

Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.

- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Korea Selatan timbang masa bekerja lebih awal

Posted:

Korea Selatan timbang masa bekerja lebih awal

Korea Selatan timbang masa bekerja lebih awal


BEBERAPA pekerja berjalan dari pejabat mereka di sebatang jalan raya do Seoul, Korea Selatan kelmarin.


SEOUL - Korea Selatan kini menimbang untuk meminda masa bekerja dan cuti sekolah bagi menggalakkan rakyat negara ini lebih banyak berbelanja sekali gus meningkatkan ekonomi domestik.

Dalam satu mesyuarat, anggota-anggota Kabinet dan beberapa pegawai kanan mencadangkan beberapa cara untuk mengurangkan penggantungan eksport dengan meningkatkan perbelanjaan dalam negara sekali gus membantu perniagaan kecil serta golongan pendapatan rendah.

Salah satu idea itu adalah dengan mempercepatkan waktu bekerja iaitu pada pukul 8 pagi dan balik pada pukul 5 petang.

Ketika ini masa bekerja bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 6 petang.

Cadangan tersebut untuk membolehkan mereka meluangkan lebih masa dan berbelanja bersama keluarga.

Turut dipertimbangkan adalah untuk memecahkan cuti sekolah panjang pada musim sejuk dengan mewujudkan cuti musim bunga dan musim luruh selain menggalakkan pekerja sektor awam mengambil lebih banyak cuti.

Kabinet Korea Selatan turut menimbang untuk melaksanakan cuti gantian pada hari bekerja jika cuti umum jatuh pada hujung minggu.

Para pegawai juga menimbang untuk mengawal waktu operasi pasar raya bagi membantu perniagaan kedai runcit dan pasar tradisional.

Dasar lebih terperinci mengenai perkara itu akan diumumkan pada hujung bulan ini. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Porsche 911 jadi sasaran latihan menembak

Posted:

Porsche 911 jadi sasaran latihan menembak

Porsche 911 jadi sasaran latihan menembak


KERETRA Porsche 911 dipenuhi dengan kesan tembakan di Jamaica Plain, Massachusetts baru-baru ini.


JAMAICA PLAIN, Massachusetts - Seorang pemilik kereta mewah Porsche 911 mengambil keputusan membiarkan keretanya yang berharga AS$80,615 (RM244,300) menjadi sasaran latihan menembak.

Beliau bertindak demikian kerana bosan dengan kerosakan enjin kereta tersebut yang kerap berlaku.

Kereta itu diberikan kepada sebuah persatuan yang dikenali sebagai Comm2A yang terletak di Jamaica Plain, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Hasilnya, kereta yang berwarna perak itu menerima 10,000 tembakan peluru dari 140 pucuk senjata api.

Ia diletakkan di kawasan latihan menembak dan menjadi sasaran latihan oleh ahli persatuan terbabit.

Tembakan yang datang dari beberapa mesingan dan senjata automatik menyebabkan rupa sebenar bentuk Porsche tersebut sukar dikenali.

Sebelum ini, pemilik yang tidak mahu dikenali itu dikatakan telah membelanjakan beribu-ribu dolar untuk membaiki masalah enjin dan sistem penyejukan kereta tersebut. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Peras ugut: 4 polis bebas dengan jaminan

Posted:

Peras ugut: 4 polis bebas dengan jaminan

Peras ugut: 4 polis bebas dengan jaminan

23/06/2011 6:00pm

KUALA LUMPUR - Empat anggota polis termasuk seorang wanita yang sebelum ini ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam kes peras ugut, Khamis lepas, telah dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, kesemua mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu dibebaskan atas arahan Timbalan Pendakwa Raya.

"Mereka kini akan bertugas di bahagian yang tidak berurusan dengan orang awam untuk tempoh tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau menerima replika kunci 60 kereta jenis Chevrolet Captiva dari Ketua Pegawai Operasi Naza Quest Sdn Bhd, Datuk Maruan Mohd Said, untuk kegunaan rasmi polis pada Pameran dan Persidangan Kedua Peralatan Polis (GPEC) Asia 2011 bermula 27 hingga 29 Jun ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga remaja cedera dipanah petir

Posted:

Tiga remaja cedera dipanah petir

Tiga remaja cedera dipanah petir

23/06/2011 5:55pm

BESUT - Tiga remaja lelaki cedera dan pengsan selepas disambar petir ketika sedang berteduh daripada hujan bersama sembilan yang lain di sebuah wakaf di Kampung Durian Telur, Pasir Akar, Hulu Besut, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika kesemua mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun berteduh di pondok berkenaan sementara menunggu hujan reda.

Mohd. Sahadam Nik Mar, 17; Muhamad Fariz Ismail,15, dan Mohd. Zailani Keria, 23, yang kesemuanya berasal dari Kampung Durian Telur di sini dikejarkan ke Hospital Daerah Besut oleh penduduk kampung kira-kira 6.15 petang.

Keadaan ketiga-tiga mereka yang masih dirawat di hospital itu dilaporkan stabil. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Promosi berjaya tambah kutipan cukai WP

Posted:

Promosi berjaya tambah kutipan cukai WP

Promosi berjaya tambah kutipan cukai WP

23/06/2011 4:50pm

KUALA LUMPUR - Pelbagai insentif dan promosi bayaran cukai tanah anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) berjaya meningkatkan hasil kutipan cukai tanah pada tahun tahun lepas kepada RM400 juta berbanding RM221 juta yang disasarkan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, usaha kerajaan menyediakan pelbagai insentif untuk meningkatkan hasil kutipan di samping memberi galakan kepada rakyat membayar awal, berkesan.

"Usaha kerajaan amat baik... seperti program hadiah 'Jom Bayar dan Menang' dapat meningkatkan kutipan dua kali ganda daripada sasaran serta memberi kepuasan kepada pemilik-pemilik tanah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada 32 pemenang cabutan bertuah "Jom Bayar dan Menang 2011" sempena Hari Bertemu Pelanggan PPTG WP hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Musim Aaron popular

Posted:

Musim Aaron popular

Musim Aaron popular



SEJAK kebelakangan ini tiba-tiba sahaja nama Aaron Aziz meniti dari bibir ke bibir. Bukan kerana kontroversi tetapi kerana lakonan berkesannya di dalam dua buah karya yang kebetulan disiarkan dalam masa yang sama iaitu filem KL Gangster dan drama Nora Elena.

Maka tidak hairanlah mengapa kini penonton semakin menggilai Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz terutamanya wanita yang jatuh cinta dengan sisi romantisnya di dalam drama-drama lakonannya.

Tersenyum dan tidak henti mengucapkan syukur, kata Aaron yang kini berusia 35 tahun, keikhlasan dalam melakonkan setiap watak serta kerja kerasnya selama ini semakin membuahkan hasil.

"Ini sudah rezeki saya, saya percaya kalau kita buat sesuatu dengan penuh keikhlasan orang akan nampak dan hargai lakonan serta karya itu.

"Tahun ini tahun ke-11 saya berlakon dan rasanya tahun ini merupakan tahun tuah dan tepat kerana kebetulan dua buah karya lakonan saya berjalan serentak di televisyen dan layar perak," ujarnya.

Meskipun namanya kini berada di puncak, katanya selera penonton boleh berubah-ubah mengikut musim, mungkin kini dia diminati dan digilai tetapi ia tidak akan berkekalan.

"Dulu masa drama Nur Kasih keluar, semua orang bercakap tentang drama Nur Kasih dan pelakonnya, sekarang bila masa berlalu ada drama lain pula yang diminati, sebab itu saya cakap saya popular hari ini juga kerana musim.

"Mungkin pada masa akan datang akan ada fenomena pelakon lain pula, cuma saya rasa bertuah kerana penonton menghargai diri saya sebagai pelakon," ucapnya.

Walaupun namanya sedang hangat, Aaron masih mengekalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa supaya dia tidak hilang fokus dan menyusahkan orang lain.


AARON AZIZ dan isteri bakal menunaikan umrah pada bulan depan dan bakal menukar kerakyatan Singapura kepada Malaysia.


"Sejak awal berlakon saya memang amalkan konsep satu kerja dalam satu-satu masa. Saya tidak mahu kerana saya mahukan wang yang banyak, saya terkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

"Memanglah saya akan dapat duit dengan cara macam itu, tetapi kualiti kerja belum dapat dipastikan lagi. Saya juga bimbang akan menyusahkan orang lain," katanya yang menolak beberapa tawaran lakonan kerana kini terlibat dengan penggambaran drama Stanza Cinta.

Romantis Aaron

Jika dilihat kembali kebanyakan watak yang dipegang Aaron dalam filem adalah watak gengster atau samseng, manakala di dalam drama adalah watak romantis.

Akui Aaron dia sendiri tidak tahu mengapa dia sering diberikan watak sebegitu, tetapi tegasnya setiap kali melakonkan watak gengster dan romantis ia sentiasa berbeza.

"Memang saya selalu diberikan watak yang lebih kurang saya tetapi saya lakonkannya dengan cara berbeza. Romantis Seth Tan dan Nora Elena dan romantis Irfan dalam drama Stanza Cinta sangat berbeza," kata duta L'Oreal Men itu lagi.

Dalam dunia realiti, Aaron sendiri tidak seperti Seth Tan atau jahat dalam filem KL Gangster. Semuanya itu hanya watak lakonannya sahaja.

"Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.

"Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.

"Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri," ucap Aaron.

Singapura ke Malaysia


BARISAN pelakon Stanza Cinta bergambar dengan pengarah drama ini. Along Kamaluddin (dua dari kanan).


Cerita bapa kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia aktif berlakon di Singapura selama lima tahun, sebelum meneruskan kerjanya di Malaysia.

Sejak menjejakkan kaki di dalam industri seni Malaysia, terangnya, dia tidak lagi menoleh ke belakang dan pada tahun 2007 Aaron membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.

Tahun ini, selepas lima tahun di Malaysia, Aaron sekeluarga sudah bersedia untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia.

"Saya sudah lama bekerja di Malaysia dan sudah mempunyai ramai rakan dan kerjaya yang stabil di sini. Malah, isteri dan anak-anak saya juga selesa tinggal di Kuala Lumpur.

"Tahun ini, saya sudah jual semua aset saya di Singapura dan bersedia untuk memohon status penduduk tetap di Malaysia. Keluarga saya di Singapura tidak menghalang keputusan saya kerana mereka memahami jiwa saya kini di Malaysia," jelasnya.

Bagaimanapun, sebelum memohon status penduduk tetap, Aaron dan isterinya Diyana terlebih dahulu akan terbang ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada 13 Julai depan selama 11 hari.

"Ini kali pertama saya akan ke Mekah bersama isteri. Saya memang rasa teruja, kerana tidak pernah ke sana, selama ini pun saya hanya dengar cerita daripada orang sahaja.

"Nanti di sana saya juga ingin berdoa agar permohonan status penduduk tetap saya akan dipermudahkan dan saya akan uruskan proses permohonan itu sekembalinya saya dari Mekah," tuturnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar drama Stanza Cinta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pujian bukan penghalang penyingkiran

Posted:

Pujian bukan penghalang penyingkiran

Pujian bukan penghalang penyingkiran

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


PASANGAN adik-beradik Mohammat Arziwan dan Azirah Nabinah Amat terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pertandingan tersebut.


BIARPUN baru seminggu beraksi, namun nasib ternyata tidak menyebelahi dua pasangan rancangan Mari Menari musim kedua setelah tersingkir pada minggu yang pertama.

Memulakan aksi di pentas tarian pada Sabtu lalu, pasangan Ummi dari kumpulan Ray mendapat undian terendah berbanding empat lagi pasangan.

Pasangan tersebut yang merupakan pasangan adik-beradik iaitu Mohd. Hairul Izuan, 25, dan Siti Ummi Nur Faitul Zilla Dahalan, 27, itu hanya mendapat sebanyak 16.6 peratus.

Menampilkan satu persembahan tarian yang cukup menarik dengan diiringi lagu Joget Angan Tak Sudah nyanyian Jay Jay, namun ia masih belum mampu lagi memikat hati juri dan penonton.

Sementara pasangan Nora pula mendahului saingan selepas tamat persembahan apabila mereka memperoleh undian tertinggi iaitu sebanyak 24.75 peratus.

Merupakan pasangan suami isteri, Mohd. Faizule Abdullah, 23, dan Tengku Puteri Norazilina Tengku Aman Shah, 22, mempersembahkan tarian yang diiringi lagu Zapin Cinta SMS nyanyian Adibah Nor dan Senario.

Dalam saingan yang berlangsung pada hari Ahad membabitkan kumpulan Belalang, pasangan Wan telah diumumkan memperoleh undian terendah, sekali gus tersingkir dan tidak dapat beraksi pada minggu berikutnya.

Walaupun mendapat pujian yang positif daripada juri profesional, ternyata pasangan tersebut tidak dapat menyaingi undian empat peserta lain.

Pasangan Mohammat Arziwan, 25, dan Azirah Nabinah Amat, 18, yang juga pasangan adik-beradik itu sekadar mendapat 18.13 peratus undian.

Ditemui selepas tamat persembahan, pasangan tersebut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana tidak dapat meneruskan saingan walaupun telah melakukan satu persembahan yang menarik.

Menurut Arziwan, persaingan pada malam tersebut sememangnya dilihat cukup sengit dan jarak undian antara setiap peserta tidak jauh berbeza.

"Secara jujurnya kami memang tidak dapat menjangka untuk tersingkir awal, namun kami sedar bahawa persembahan pasangan lain juga tidak kurang hebatnya.

"Memang keputusan ini agak mengecewakan, tetapi kami tetap berpuas hati kerana dapat menyertai rancangan ini walaupun adik saya tidak ada asas dalam tarian," ujarnya yang juga merupakan artis budaya di Jabatan Kebudayaan Sarawak.

Sementara itu, Azirah yang tidak dapat menahan air mata kerana tersingkir pula menyatakan penglibatan mereka berdua bukan sekadar suka-suka.

Ujarnya, mereka bersetuju untuk menyertai rancangan tersebut kerana mahu merapatkan lagi hubungan mereka yang pernah renggang sebelum ini.

"Sebelum saya mendirikan rumah tangga, hubungan saya dengan abang agak rapat, namun selepas saya berkahwin ketika berusia 16 tahun, hubungan kami tidak lagi rapat.

"Walaupun hanya seminggu dalam rancangan ini, saya tetap gembira kerana banyak perkara saya pelajari dan sangat berterima kasih kepada suami yang memberi keizinan kepada saya," ujarnya.

Persembahan pada minggu pertama yang bertemakan Gemalai Extravaganza itu diadili tiga orang juri tetap iaitu Vanida Imran, Harith Iskandar dan Joseph Gonzalez serta seorang juri jemputan, Jaafar Onn.

Dengan penyingkiran kedua-dua pasangan tersebut, kini tinggal lapan lagi pasangan iaitu Nora, Azlin, Sarah, Bibi, Nita, Faiz, Mizi dan Razman akan bersaing pada minggu berikutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beast wakil Korea ke Malaysia

Posted:

Beast wakil Korea ke Malaysia

Beast wakil Korea ke Malaysia


BEAST


CUBE Entertainment baru-baru ini mengumumkan kumpulan Beast akan membuat persembahan sebagai wakil dari Korea Selatan di MTV World Stage Live in Malaysia 2011 yang akan berlangsung di i-City Shah Alam pada 24 Julai depan.

Beast merancang untuk memberikan sebuah persembahan hebat buat penonton yang hadir. Mereka akan berkongsi pentas dengan band dari Amerika, 30 Seconds to Mars dan juga wakil dari Malaysia, Pop Shuvit.

"Kami gembira kerana akan ke Malaysia untuk membuat persembahan bersama dengan penyanyi-penyanyi terkenal yang lain. Ramai orang hanya mendengar dan melihat Beast menerusi YouTube sahaja, sebab itu kami sangat teruja kerana persembahan secara langsung kami akan disiarkan hampir di seluruh dunia," kata Beast.

Beast merupakan satu-satunya penyanyi dari Korea Selatan yang diundang untuk menyertai konsert MTV World Stage Live in Malaysia 2011 dan merupakan penyanyi Korea yang kedua menyertai konsert ini, selepas kumpulan Wonder Girls pada tahun lalu.

"Impian menjadi kenyataan untuk mengadakan sebuah konsert untuk peminat kami di Malaysia," kata Beast lagi.

Berita gembira buat peminat Beast, mereka bukan sahaja boleh menyaksikan persembahan secara langsung kumpulan Beast tetapi mereka juga bakal bertemu dengan penyanyi pujaan mereka dalam majlis ramah mesra bersama peminat sempena dengan agenda promosi di luar negara bermula dengan Malaysia pada 1 Julai.

MTV World Stage Live in Malaysia 2011 akan disiarkan di 160 negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved