Selasa, 7 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Keunikan siput tanpa cengkerang

Posted:

Keunikan siput tanpa cengkerang

Keunikan siput tanpa cengkerang

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my



HIDUPAN yang habitatnya di dasar laut ini mempunyai saiz sebesar kepala mancis sehingga ibu jari. Kepada para penyelam biasa, mungkin mereka terlepas pandang dengan kewujudannya. Namun, kepada penyelam dan jurufoto marin tegar, haiwan ini menjadi salah satu objek buruan lensa kamera mereka.

Mata mereka cekap mengenal pasti kewujudan siput tanpa cengkerang atau lebih mesra dikenali sebagai nudibranch. Selain saiznya yang comel, haiwan tersebut juga terkenal kerana corak pada badannya yang berwarna-warni.

"Sebelum ini sukar melihat nudibranch kerana saiznya yang kecil. Maklumlah, dasar laut dipenuhi dengan pelbagai hidupan. Tetapi kekerapan menyelam akhirnya memberi saya kemahiran mengesan nudibranch di merata-rata tempat di dasar laut," jelas penyelam skuba Mohamad Tajuddin Mohd. Kassim, 40, sambil memberitahu di Pantai Penunjuk, Kijal, Terengganu terdapat beberapa spesies nudibranch.

Antaranya nembrotha kubaryana, black spot jorunna, glossodoris atromarginata dan flabellian exoptata.

Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, aktiviti menyelam memberinya kepuasan yang sukar ditemui di darat. Anak kelahiran Trong, Perak yang mempunyai lapan tahun pengalaman menyelam itu menjelaskan, menyelam memberi seseorang pengalaman berada di kawasan tanpa graviti.

"Mengenali dan mendekati pelbagai spesies di dasar laut antara aktiviti yang paling ditunggu-tunggu setiap kali menyelam," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Tajuddin, lazimnya apabila menyelam dia akan terus ke sekitar kawasan yang berbatu atau terumbu karang semata-mata untuk mencari nudibranch. Kadangkala anak ketiga daripada empat beradik itu tidak melepaskan peluang merakam gambar nudibranch untuk koleksi peribadinya.

Menakjubkan

Kepada Fredy Tansari, 26, pula dia berasa bertuah kerana dilahirkan di Jakarta, Indonesia yang dikelilingi pulau-pulau yang memiliki keistimewaan khususnya buat penyelam skuba sepertinya.

Fredy yang merupakan jurufoto dasar laut sepenuh masa berkata, dia sudah menyelam hampir separuh pulau yang terdapat di Indonesia. Antaranya termasuklah Pulau Bali, Pulau Derawan, Pulau Maratua, Pulau 1000, Pulau Shang Hiang dan Pulau Raja Ampat. Dia juga mengakui aktiviti menyelam memberi pengalaman yang menakjubkan.

Menyelam, kata Fredy, memberinya peluang mendalami ekologi dan hidupan laut serta sejarah sesebuah pulau. Selain itu, dia dapat menenangkan fikiran setiap kali lensa kameranya sibuk mencari objek menarik dan pelik di dasar laut untuk dirakamkan.

"Buangkan persepsi bahawa pemandangan yang cantik hanya boleh dilihat di darat sedangkan dasar laut juga menawarkan kepelbagaian hidupan laut yang memukau pandangan. Selain menemui pelbagai jenis ikan yang cantik dan unik dari segi bentuk dan warna, saya menemui hidupan yang pelik.


PERBANDINGAN saiz nudibranch dengan hujung jari manusia.


"Salah satunya nudibranch yang berwarna-warni. Bayangkan, hidupan bersaiz antara dua hingga 21 sentimeter (sm) itu amat cantik dan terdapat dalam bermacam-macam jenis. Badannya lembut dan bercorak. Kadangkala ada spesies nudibranch yang hadir dalam dua warna seperti kuning dan hitam, ungu dan putih serta kuning dan coklat," tambah Fredy yang berkelulusan dalam bidang sains komputer.

Menurut Fredy, nudibranch merupakan haiwan yang bertoksik bagi menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa ikan. Biasanya, nudibranch makan makanan yang bertoksik bagi mengekalkan kandungan toksik di dalam badannya.

Hidupan beracun

Penyelam dan jurufoto dasar laut dari Pasir Mas, Kelantan, Tan Pee Pheng, 37, mengakui bahawa nudibranch merupakan hidupan yang beracun. Dengan bentuk fizikalnya yang kecil maka haiwan tersebut dapat melindungi diri daripada menjadi makanan si pemangsa.

"Selain dikenali dengan panggilan singkatan nudi, segelintir penyelam menggelarkan nudibranch sebagai permata dan rama-rama di dasar laut. Lihat saja warna-warna dan corak di badan nudi yang begitu menarik.

"Namun, jangan sangka hidupan yang kecil dan secantik itu tidak bahaya. Ia beracun dan bertoksik. Toksik tersebut diperoleh menerusi proses makan bunga karang, alga, rumput laut, obor-obor, binatang moluska, krustasia atau telur ikan," terang Pee Pheng mengenai pemakanan nudibranch.

Nudibranch mampu menghasilkan racunnya sendiri. Biasanya haiwan tersebut menyimpan zat-zat beracun di dalam badan dan mengeluarkannya menerusi sel kulit atau kelenjar apabila diancam atau diganggu si pemangsa.

Selain itu, warna terang yang menghiasi nudibranch bukan sekadar daya penarik semata-mata malah ia bertindak memberi tanda visual pada pemangsa bahawa hidupan yang berwarna terang bermakna dagingnya tidak enak dimakan.

Menyentuh mengenai aktiviti merakam foto nudibranch, Pee Pheng memberitahu, ia adalah pengalaman yang menyeronokkan dan wajib dilakukan setiap kali pergi menyelam.

"Memang tidak dinafikan kehadiran nudibranch sukar dilihat kerana saiz kecil. Tetapi, biasanya ia berada di sekitar terumbu karang.

"Bagi memudahkan proses mencari haiwan ini, saya menggunakan kanta pembesar. Begitu juga dengan kamera, saya menggunakan kamera Canon G9 dan kanta makro," kata Pee Pheng. Nudibranch boleh ditemui di pulau-pulau di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Jepun dan Korea.

Dalam pada itu, Pengarah dan Jurulatih Skuba, Ocean Elements, Mohd. Halimi Abdullah, 40, turut menyatakan kecantikan yang dimiliki nudibranch sering menjadi perhatian jurufoto dasar laut.

"Pulau Tenggol di Terengganu antara pulau di Malaysia yang menjadi kawasan habitat utama hidupan laut ini. Hidupan-hidupan laut di pulau itu agak banyak kerana pulau itu masih kekal terpelihara dan kurang dibangunkan.

"Tak silap saya terdapat lebih daripada 50 spesies nudibranch di Pulau Tenggol," tambah Halimi, yang kerap ke Pulau Tenggol, selain Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu dan Pulau Mabul, di Semporna, Sabah untuk aktiviti merakam foto nudibranch.

Namun Halimi menyarankan supaya berhati-hati sewaktu merakam hidupan berkenaan. Dia menasihatkan kumpulan jurufoto terutamanya yang baru berjinak-jinak agar tidak bersandar atau memijak terumbu karang.

Terumbu Karang


HALIMI bersama kelengkapan fotografinya yang sering dibawa ketika menyelam di dasar laut.


"Seperti yang kita ketahui kebanyakan nudibranch berada di celah-celah dan sekitar terumbu karang. Jadi, memandangkan saiznya kecil maka ia memerlukan jurugambar mengambil gambar dari sudut yang lebih dekat.

"Namun, apa yang menyedihkan, dek terlalu teruja untuk merakamkan gambar hidupan itu, sesetengah individu secara tidak sengaja merosakkan terumbu karang. Ramai yang tidak tahu terumbu karang memerlukan ribuan tahun untuk membesar. Dianggarkan haiwan tersebut membesar satu sentimeter setahun," ujar Halimi.

Mengulas lanjut mengenai aktiviti merakamkan foto nudibranch di dasar laut, Halimi menerangkan penyelam boleh menggunakan kamera kompak digital ataupun kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR).

"Berdasarkan pengalaman peribadi saya, kedua-dua jenis kamera ini boleh digunakan untuk merakam foto nudibranch. Cuma perbezaannya dari segi kualiti dan perincian foto tersebut.

"Bagi mereka yang selesa menggunakan kamera kompak pastikan anda bawa bersama perumah kamera kedap air. Ia bukan saja mengelakkan kerosakan pada kamera malah membantu menghasilkan foto-foto nudibranch yang menarik," jelas Halimi yang menggunakan kamera kompak digital jenama Canon G9.

Halimi dari Taman Melati, Kuala Lumpur mengakui kamera DSLR lebih baik berbanding kamera kompak dalam menghasilkan rakaman foto terbaik. Rupa dan corak nudibranch jelas kelihatan memandangkan aktiviti fotografi berkenaan dibantu dengan teknik fokus menggunakan lensa kamera yang sesuai.

Menurut Halimi, dia membelanjakan RM15,000 untuk membeli kelengkapan kamera di dasar laut. Bagi mendapatkan foto yang menakjubkan, sebaik-baiknya gunakan lensa makro berukuran antara 90 milimeter (mm) hingga 150 mm.

"Pemilihan lensa makro yang betul memudahkan aktiviti fotografi sekali gus membantu penyelam merakam nudibranch yang menyorok di celah-celah terumbu karang," ujar Halimi ketika ditemui Kosmo!.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tangan seni Chai Tiam

Posted:

Tangan seni Chai Tiam

Tangan seni Chai Tiam

Oleh NURUL IZZA ROSLY



SEPASANG mata tuanya begitu teliti melihat hasil calitan berusnya. Dia mewarnakan motif bunga sakura di atas sepasang terompah kayu.

Siapa sangka daripada sepasang terompah kosong yang langsung tidak dipandang orang, ia dilukis indah dengan cat berwarna-warni sehingga menjadi hasil seni yang mengagumkan.

Walaupun suasana di Makan Kitchen

di DoubleTree, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sibuk dengan tetamu yang mahu menjamu selera, Ng Chai Tiam, 70, tekun melukis pelbagai motif di atas terompah. Adakalanya dia menulis kaligrafi di atas lembaran kertas.

Keghairahan lelaki yang sudah beruban kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu terhadap seni lukisan dan kaligrafi Cina membuatkannya nekad mengembara jauh untuk mendalami seni tersebut lima dekad lalu.

Ketika usianya 21 tahun, Chai Tiam meninggalkan tanah tumpah darahnya dari tahun 1962 hingga 1966 semata-mata mahu mempelajari seni mengecat terompah, kaligrafi dan ukiran Cina di New Asia College di Kowloon, Hong Kong.

Menyelami hatinya untuk membongkar cerita di sebalik kebolehannya itu agak sukar. Dia juga kurang fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sebaliknya, Chai Tiam lebih selesa berbicara dalam dialek Hokkien dan Mandarin.


PROSES melukis corak di atas terompah memerlukan ketelitian pelukisnya.


Mujur anak perempuannya yang kebetulan menemaninya, Ng Sin Tean, 34, dengan bantuan daripada Eksekutif Komunikasi dan Pemasaran DoubleTree, Lim Chi Yee, memudahkan urusan menterjemah.

"Tiada siapa yang mendorong saya untuk berkecimpung dalam bidang seni lukisan dan kaligrafi Cina. Semunya didorong oleh minat saya sendiri. Ibu dan ayah juga tidak menunjukkan minat yang sama, begitu juga dengan sembilan adik-beradik lain," katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Motif

Chai Tiam memberitahu, terompah yang dihias dengan motif menarik itu bergantung kepada permintaan. Ada yang mudah dilukis dan ada yang sukar bergantung pada motif yang dikehendaki dan saiz terompah.

"Ia memerlukan ketekunan, kesabaran, ketelitian dan yang paling penting kemahiran," ujarnya sambil memberitahu perkara paling penting ialah lukisan itu perlu nampak hidup dan bukan kusam.

Untuk mendapatkan kesan hidup itu, sesebuah lukisan pada terompah mahupun pada lembaran kertas memerlukan kombinasi warna yang betul.

"Sepasang terompah yang siap diwarna dan dilukis indah mengambil masa di antara tiga hingga empat jam untuk disiapkan kerana ia melibatkan beberapa proses yang memerlukan ketelitian dan kesabaran," jelasnya.

Antara peralatan yang diperlukan ialah berus Cina pelbagai saiz, kertas pasir, syelek dan cat air.

Katanya, sesebuah terompah sebelum diwarnakan perlu digosok permukaannya dengan menggunakan kertas pasir sebelum dicat dengan warna asas.

"Selepas ia kering, proses melukis dilakukan secara berperingkat-peringkat. Mula-mula ranting dan kelopak-kelopak bunga dilukis dan dikeringkan sebelum membuat perincian lukisan seperti daun dan sebagainya.

"Selepas ia kering, barulah terompah tersebut disapu dengan syelek bagi mengilatkan kayu sekali gus menjadikan lukisan itu tahan lama," terangnya bersungguh-sungguh sambil memberitahu kayu terompah biasanya diperbuat daripada kayu pokok durian dan pokok getah.


SALAH seorang pelanggan mencuba terompah hasil kerja tangan Chai Tiam.


Terompah hasil kerja tangannya sering dijadikan cenderamata dan digunakan dalam perkahwinan masyarakat Cina.

Menurutnya, dalam kepercayaan kaum Cina, terompah tersebut akan diletakkan di atas katil bertujuan memijak segala unsur jahat bagi membolehkan perjalanan sesebuah perkahwinan itu lancar dan harmoni.

"Kini, tiada lagi yang memakai terompah. Dahulu, terompah digunakan sebagai alas kaki bagi mengelakkan seseorang itu tergelincir apabila melalui kawasan licin kerana tapaknya kesat yang mencengkam.

"Bagi mengembalikan kegemilangan terompah supaya ia lebih dikenali, kini permukaannya dilukis dengan pelbagai motif seperti bunga sakura, buluh, ikan dan sebagainya," katanya yang mempunyai kedainya sendiri di Tian Hua Arts & Antique di 85, Carnarvon Street, George Town, Pulau Pinang.

Terompah Chai Tiam yang indah dijual pada harga antara RM38 hingga RM58 mengikut saiz manakala terompah mini dijual pada harga di antara RM12 hingga RM28.

Walaupun lima dekad mengabdikan dirinya dalam seni melukis terompah dan kaligrafi, dua orang anaknya, Sin Tean, 34 dan Ng Weng Leng, 38, sedikit pun tidak menunjukkan minat yang sama seperti bapa mereka.

Namun, Chai Tiam tidak terguris malah tidak pernah memaksa anak-anakmengikut jejaknya itu. Begitupun, hatinya mungkin berbunga riang apabila cucunya, Laurel Soo Zhi Ying, 7, menunjukkan minat melukis.

Selain melukis pada terompah, Chai Tiam turut membuat kaligrafi dan mengukir cop mohor.

Kaligrafi memerlukan seseorang itu mahir mengendalikan berus untuk melukis dan menulis. Ia nampak mudah tetapi bagi yang pernah mencubanya pasti sukar untuk mengawal pergerakan tangan.

Bagi Chai Tiam yang suka membaca buku dan menonton televisyen, dia hanya memerlukan masa antara lima hingga 10 minit untuk menyiapkan sesuatu hasil kaligrafi mengikut saiz.

Katanya, sesuatu motif yang dilukis membawa maksud yang tersendiri. Kura-kura membawa maksud panjang umur, buluh membawa maksud peningkatan dalam karier, udang sebagai simbol kegembiraan dan bunga sakura pula diertikan sebagai tabah, tekun dan kesungguhan.

"Cop mohor seperti ini juga jarang digunakan. Ia adalah pengganti tandatangan yang seringkali digunakan oleh seseorang pelukis pada hasil seninya.

"Ia sukar ditiru dan diukir pada batu dengan penuh cermat. Tulisan perlu ditulis dengan pensel terlebih dahulu sebelum diukir dan sesuatu cop mohor itu disiapkan dalam tempoh dua jam yang dijual pada harga antara RM150 hingga RM300," katanya yang mendapat tempahan dari tokong dan orang perseorangan.

Ditebak soalan sampai bilakah dia mahu meneruskan minatnya itu, Chai Tiam menjawab: "Saya akan melakukannya selagi tangan masih kuat dan mata boleh melihat," katanya yang gemar mengisi masa lapang dengan membaca buku dan menonton televisyen.

Ketekunan


TEROMPAH mini sesuai dijadikan cenderamata.


Walaupun Sin Tien tidak menunjukkan minat untuk mendalami bakat bapanya, namun dia berbangga dengan penglibatan ayahnya itu kerana tidak ramai individu yang mahir dalam seni tersebut.

"Sungguhpun tidak mewarisi bakat bapa, tetapi semasa kecil saya suka menolong bapa di kedai dan menemaninya ke mana sahaja.

"Ayah seorang yang tekun melukis tetapi untuk mengikut jejak langkahnya adalah mustahil kerana saya tidak mahir melukis," katanya.

Walaupun bapanya itu mempunyai minat yang mendalam terhadap seni lukisan dan tulisan kaligrafi, dia tidak pernah memaksa anak-anaknya untuk melakukan perkara yang sama.

"Ayah lebih suka jika kami mempunyai minat yang lahir daripada diri kami sendiri," katanya.

Rakan baik Chai Tiam, Lee Chee Cheng, 48, turut memuji ketekunan rakannya itu walaupun jarak umur mereka jauh berbeza.

"Kedai kami berhampiran sahaja. Kami dalam aliran yang sama iaitu membuat seni tradisional Cina. Minat saya lebih kepada kaligrafi dan ukiran kayu.

"Kami selalu berbincang dan bertukar-tukar pandangan selain memenuhi jemputan membuat demonstrasi ke seluruh negara bagi mempromosikan hasil seni yang semakin jauh dari hati masyarakat terutamanya anak-anak muda," ujarnya yang mendapat tunjuk ajar daripada seorang guru di Ayer Hitam, Pulau Pinang tujuh tahun lalu.

Chee Cheng memberitahu, mereka yang benar-benar berminat sahaja akan melibatkan diri dalam seni lukisan dan kaligrafi Cina.

"Ramai anak muda kini tidak mahu membuat kerja-kerja ini sebab tidak boleh jadi kaya. Memang benar, kerana kami mahu menjadikan apa yang kami lakukan sebagai karier memang sukar.

"Kami berkorban kerana sangat meminati bidang seni ini," akuinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bandar kuil tarikan India

Posted:

Bandar kuil tarikan India

Bandar kuil tarikan India

Trend melancong di India yang lebih terarah kepada lokasi-lokasi keagamaan mendorong para pengusaha hotel untuk menyediakan infrastruktur yang lebih baik.


Dimensi pelancongan di India lebih terarah kepada tempat-tempat keagamaan.


TEMPAT-TEMPAT suci di India menjadi aset dan persaingan sihat kepada rangkaian hotel domestik dan antarabangsa menyediakan penginapan yang berkualiti untuk para pelancong di negara itu.

Dalam banyak-banyak lokasi, pelancong dikatakan lebih tertumpu di kawasan-kawasan yang digelar bandar kuil. Antaranya ialah Shirdi yang terletak di barat Maharashtra iaitu sebuah bandar suci Sikh di Amritsar, Punjab dan Haridwar yang hanya dilengkapi kemudahan asas sejak bertahun-tahun lamanya.

Bagaimanapun, peningkatan jumlah pelancong yang memberi rezeki kepada penduduk tempatan dan pengalaman rakyat India melancong ke luar negara telah membuka satu dimensi baru kepada industri pelancongan di India.

Timbalan President Best Western India, Gaurav Sarin berkata, sebelum ini pelawat-pelawat yang melawat ke bandar-bandar kuil tidak mampu menginap di hotel yang berkualiti.

"Tetapi, senario ini telah berubah secara drastik sejak beberapa tahun lalu. Pelancong seboleh-bolehnya mahukan kemudahan dan layanan yang bertaraf antarabangsa.

"Mereka yang berpendapatan besar mahu menyewa sebuah bilik atau prasarana-prasarana lain," katanya.

Sarin berkata, bandar kuil dan bandar Tier II adalah lokasi yang paling berkembang pesat dan menjadi tumpuan para pelancong yang menitikberatkan unsur-unsur keagamaan.

Menyentuh tentang pelancong seperti itu, pegawai hotel itu berkata, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ujarnya, selain kelompok itu, mereka yang berpendapatan rendah, para eksekutif korporat, pemain kriket malah bintang filem Bollywood juga gemar melancong di sekitar India yang kaya dengan pelbagai warisan.

Menurut perangkaan, kunjungan pelancong domestik meningkat sebanyak 15.5 peratus pada awal tahun lalu dan menjadikan jumlah keseluruhannya menjangkau seramai 650 juta orang. Angka itu tidak termasuk 5.1 juta pelancong asing pada tahun yang sama.

"Kebanyakan kumpulan pelancong domestik terdiri daripada mereka yang berpegang kuat kepada agama yang mereka anuti. Mereka ingin melawat lokasi seperti di Shirdi berdekatan Mumbai, Vaishnodevi, Haridwar dan Rishikesh yang terletak di Himalaya," kata Pengarah Eksekutif Bird Group, Ankur Bhatia.

"Sektor perhotelan berkembang sangat baik. Kita sasarkan pertumbuhan sebanyak 10 peratus setiap tahun. Sektor ini sebenarnya meliputi mereka yang berada di peringkat bawah termasuk atasan," katanya. Permintaan untuk bilik di lokasi seperti Tirupati iaitu bandar kuil di selatan Andhra Pradesh, misalnya, menerima tempahan yang luar biasa, ujar Bhatia. Hotel-hotel di Tirupati menerima tempahan pelawat di antara 50,000 hingga 70,000 orang sehari.

Pelancong antarabangsa

Dalam pada itu, Pengarah Urusan, Analisis Sektor Hotel India, Kaushik Vardharajan berkata, pasaran pengembara antarabangsa di India bermusim dan berubah-ubah.

Perubahan paling ketara dan mengecewakan ialah ketika Mumbai diserang pengganas di November 2008.

Bagaimanapun, Vardharajan berkata, ada perancangan untuk membina 90,000 hingga 95,000 bilik penginapan baru di Mumbai dalam tempoh lima tahun akan datang untuk menarik minat orang luar ke India.

Best Western yang mempunyai rangkaian hotel di Amritsar dan Shirdi juga merancang untuk membangunkan hotel di Ajmer yang terletak di utara Rajasthan, Puri di bahagian timur Orissa dan Kapra di Andhra Pradesh.

Tanpa ingin menjelaskan dengan lebih lanjut, Best Western juga dikatakan sedang melihat potensi di tiga atau empat pusat agama yang lain di India.

Bagi Bird Group pula, mereka merancang membangunkan resort di Rishikersh untuk memenuhi selera golongan mewah.

Ginger Hotel, rangkaian hotel bajet di bawah Indian Hotels Company Limited yang turut memiliki hotel bertaraf lima bintang seperti Mumbai Taj Mahal Palace juga mahu meluaskan pasaran mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian dan Pengarah Hotel negara itu, Prabhat Rani memberitahu, antara lapan hingga 10 buah daripada 40 hingga 50 hotel baru bakal dibuka dalam tempoh lima tahun ini di bandar-bandar kuil.

"Permintaan penginapan yang meningkat secara mendadak ini secara tidak langsung melonjakkan ekonomi India," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Berhenti merokok dengan Champs Circle

Posted:

Berhenti merokok dengan Champs Circle

Berhenti merokok dengan Champs Circle

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my



TAHUKAH anda bahawa tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2006 mendapati terdapat seramai 2.8 juta perokok dewasa di Malaysia sementara 0.2 juta lagi adalah perokok bawah umur?

Lebih membimbangkan, angka tersebut dijangka terus meningkat setiap tahun sehingga boleh mencecah seramai 4.6 juta orang pada tahun 2025.

Data yang dibentangkan oleh Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif itu turut menyatakan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan besar bagi merawat pesakit yang menderita disebabkan oleh produk tembakau itu.

"Kira-kira RM1 bilion telah dibelanjakan oleh perokok tegar dalam setahun, manakala kerajaan pula terpaksa mengeluarkan tiga kali ganda jumlah tersebut bagi merawat mereka. Penyakit-penyakit yang dirawat termasuklah strok, kanser paru-paru dan ia memerlukan perbelanjaan yang sangat mahal," katanya dalam ucapan pelancaran laman sesawang Champs Circle di pusat beli-belah Sunway Piramid, Petaling Jaya baru-baru ini.

Laman web www.champscircle.com itu adalah manifestasi kepada usaha syarikat farmaseutikal, Pfizer Malaysia dalam membantu orang ramai berhenti merokok sekali gus menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Ia dilancarkan sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang jatuh pada 31 Mei setiap tahun.

Langkah memperkenalkan laman web tersebut amat tepat kerana terdapat banyak bukti menunjukkan seseorang perokok itu perlu mencuba sehingga tujuh kali untuk berhenti merokok sebelum berjaya.

Maklumat nikotin

Dalam laman web itu, orang ramai boleh mendapat maklumat mengenai nikotin yang bukan sahaja menjadi penyebab seseorang menjadi ketagih kepada rokok tetapi juga menjadi punca pelbagai jenis penyakit yang boleh meragut nyawa. Fakta itu turut disokong oleh Presiden Jawatankuasa Bertindak mengenai Merokok dan Kesihatan (ASH), Datuk Dr. Khoo Kah Lin.

Katanya, setiap kali nikotin diambil, ia akan memberi perasaan yang menyeronokkan kepada badan secara psikologi dan fizikal.

"Ia menyebabkan perokok yang mahu menghentikan ketagihan mula mendapat simptom-simptom seperti pening kepala, kekeliruan dan ketidakselesaan.

"Jadi, perokok tegar akan kembali kepada ketagihan nikotin ditambah dengan kurang sumber sokongan dan pengaruh rakan sebaya," katanya.

Selain itu, menurut Penasihat Perubatan Pfizer, Dr. Kamalanathan, Champs Circle turut memberi pelbagai maklumat dan trivia mengenai bahaya ketagihan rokok.

Antara maklumat yang menarik yang boleh didapati daripada laman web tersebut adalah jika setitik nikotin tulen dititis kepada seekor arnab, ia akan menyebabkan kematian mengejut haiwan itu.


LAMAN web Champs Circle direka dengan susun atur yang mudah dan mesra pengguna bagi mengelak lebih ramai perokok menjadi penagih nikotin.


Kesan-kesan jika seseorang itu berjaya menghentikan ketagihan turut dipaparkan supaya dapat menjadi motivasi kepada perokok.

Pemahaman mengenai kesan rokok terhadap ekonomi akan turut menarik perhatian pelayar laman web tersebut dengan mengklik butang Reason To Stop Smoke.

Antara fakta yang mencuri perhatian ialah seorang perokok yang menghisap 20 batang sehari membelanjakan sebanyak RM3,650 setahun.

Dengan jumlah tersebut, perokok boleh membeli sebuah gajet terbaru seperti Ipad2.

Kategori perokok

Pada dasarnya, terdapat empat bahagian dalam www.champscircle.com iaitu pemahaman mengenai rokok, cara alternatif untuk berhenti, berhenti sekarang dan link yang boleh membantu.

Laman web yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara itu turut mempunyai satu seksyen untuk memberi kategori kepada perokok.

Terdapat lima kategori perokok iaitu pengurus yang bercita-cita tinggi, pasangan yang bertolak-ansur, perokok yang mempunyai kesedaran kesihatan, perokok untuk imej dan status serta kategori ibu bapa bertanggungjawab.

Kategori tersebut boleh didapati dengan mengklik butang What type of smoker are you. Jika ia tidak dapat membantu dalam memberi tafsiran kepada diri, sebuah kalkulator soalan turut disediakan.

Set soalan itu dapat menentukan tahap kebergantungan seseorang terhadap nikotin, ia direka oleh seorang penyelidik mengenai bahaya tembakau, Dr. Karl Fagerstrom.

Fagerstrom yang berkelulusan Pakar Psikologi dari Universiti Uppsula telah mengkaji tingkah laku ubat, tembakau dan nikotin serta pernah menulis 80 buah penerbitan.


KAH LIN (tengah), Kamalanathan (kanan) dan tetamu kehormat mematahkan replika rokok sebagai menyokong sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Petaling Jaya baru-baru ini.


"Set soalan tersebut dapat membantu perokok memahami profil mereka dan boleh menentukan cara untuk berhenti," kata Kamalanathan dalam sesi penerangan laman web.

Antara soalan yang ditanya adalah tabiat pengambilan rokok setiap hari dan juga cara seseorang itu merokok bergantung kepada situasi.

Champs Circle turut menyediakan senarai semak dan tarikh sasaran untuk berhenti merokok dalam bentuk fail PDF. Jadi kepada mereka yang berhajat untuk berhenti merokok anda boleh mencetak dokumen tersebut untuk sentiasa dikemaskini.

Bagi sokongan yang berterusan, laman web yang menggunakan rona hijau dan biru cair itu turut menyiar klip-klip video iklan kempen berhenti merokok.

Maklumat-maklumat yang terdapat dalam laman web itu juga dapat dikongsi dalam Twitter dan laman sosial Facebook.

Kepada perokok-perokok yang mahukan maklumat lebih terperinci daripada apa yang terdapat di Champs Circle, mereka boleh menekan butang Helpful Link.

Di muka web itu, terdapat lebih 20 buah link ke laman-laman web dan blog yang mengulas mengenai tembakau.

Majlis pelancaran laman web itu turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kawalan Tembakau Kementerian, Dr. Zarihan Zain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nasib malang beruang hitam Asia

Posted:

Nasib malang beruang hitam Asia

Nasib malang beruang hitam Asia


PAPARAN iklan yang mengingatkan pengedar haram hidupan liar boleh menerima hukuman berat jika tertangkap.


SEEKOR beruang hitam liar mengaum sambil menggoncangkan galang-galang sangkar segi empat tepat yang kelihatan hanya besar sedikit daripada tubuhnya.

Mamalia yang mempunyai bulu tebal itu tidak ubah seperti ribuan beruang lain merentasi Asia apabila hanya menanti detik pemiliknya mengekstrak hempedu daripada tubuh gebunya.

Hempedu merupakan bahan yang dihargai dalam perubatan tradisional Cina. Dalam sebuah bangunan tidak bertingkap berbau hancing di bandar Boten, Laos, berdekatan sempadan negara China, terdapat kira-kira 15 sangkar logam tersusun rapi.

Setiap satu sangkar logam berkenaan menempatkan seekor beruang. Sukar bagi mamalia itu untuk bergerak apatah lagi berdiri kerana ruang yang sempit.

"Sekiranya sangkar lebih besar, ia akan mengundang bahaya kepada orang yang menjaga haiwan ini," kata Se yang merupakan pemilik 'ladang' beruang hitam Asia itu.

Di halaman ladang tersebut, terdapat empat ekor anak beruang yang baru dilahirkan beberapa minggu lalu. Ia akan dijual pada harga AS$750 (RM2,255) setiap seekor kepada pedagang haram. Anak beruang malang itu akan menerima nasib yang sama tidak lama lagi.

"Sekali sehari, kami akan mengekstrak hempedu daripada seekor beruang dengan menggunakan jarum. Kami melakukan penukaran beruang setiap hari," kata Se, yang hanya memberitahu nama pendeknya selain tidak membenarkan gambar-gambar beruang dirakam.

Pejuang kempen hak asasi haiwan menuntut pengharaman terhadap amalan mengekstrak hempedu beruang kerana ia menyeksa haiwan tersebut selain memendekkan usia beruang.

Malah, selepas beberapa tahun beruang-beruang itu akan dibunuh untuk membolehkan penternak atau pemburu menjual anggota badannya yang lain.

Permintaan China

"Pada kebiasaannya, hempedu akan diekstrak menggunakan pembedahan yang sangat kasar atau melalui penanaman kateter.

"Kerosakan teruk pada pundi hempedu sudah biasa malah tumor juga akan terhasil daripada tindakan ini," kata Jude Osborne yang menguruskan tempat perlindungan yang dibangunkan Dana Pembebasan Beruang Australia berhampiran Luang Prabang, Laos.

"Keadaan beruang di ladang ini amat menakutkan dengan kesakitan tidak terhingga dan penderitaan mental," kata Osborne.


HEMPEDU daripada tubuh beruang diproses sebagai ubat kapsul atau cecair.


Akibatnya, jangka hayat mamalia tersebut berkurangan kepada 10 tahun, sambung Pengarah Penyelidikan Keprihatinan Haiwan dan Pendidikan Masyarakat (ACRES), Loius Ng yang berpangkalan di Singapura. Beruang liar mampu hidup menjangkau sehingga 25 tahun.

"Selepas membunuh haiwan-haiwan ini, mereka akan mengambil pundi hempedu untuk membuat ubat tradisional Cina, malah kakinya dimasak sebagai sup.

"Mereka percaya bahawa amalan meminum sup tersebut akan menjadikan seseorang itu sekuat beruang," kata Ng.

Menurut laporan yang dikeluarkan TRAFFIC, sebuah rangkaian memantau perdagangan haiwan liar, terdapat sekurang-kurangnya 12,000 beruang berdepan dengan senario tersebut di Asia.

Majoriti beruang terlibat ialah beruang hitam Asia yang juga dikenali sebagai beruang bulan.

Perdagangan beruang telah diharamkan oleh Persidangan Antarabangsa Perdagangan Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES).

China merupakan pengeluar terbesar hempedu dengan pengeluaran dianggarkan mencecah enam hingga 30 tan satu tahun, kata TRAFFIC.

Negara berkenaan juga mengeksport produk beruang dengan banyak di wilayahnya yang masih sah dalam perdagangan beruang.

Organisasi yang berpangkalan di United Kingdom mendapati hempedu dari China terdapat dalam sejumlah ubat tradisionalnya yang dijual di seluruh Asia.

Ia didapati dalam pelbagai bentuk termasuk cecair, serbuk dan pil. Hempedu beruang biasanya digunakan dalam rawatan pelbagai penyakit dari kerongkong ke sawan dan terseliuh.

"Perladangan beruang mempunyai permintaan dan hempedu juga kini boleh didapati dalam ubat gigi, gula-gula dan syampu," kata Kaitlyn Foley dari TRAFFIC.

Ladang baru di Laos


SANGKAR besi sempit sengaja dibina untuk memudahkan penternak mengekstrak hempedu beruang hitam Asia.


Dalam pada itu, menurut kumpulan kebajikan haiwan, Laos kini menjadi lokasi tumpuan untuk penternakan beruang di Asia.

"Kebanyakan peladang dari negara Vietnam kini beralih arah ke Laos untuk memulakan ladang kerana kerajaan Vietnam mengetatkan kawalan terhadap mereka," kata Ng.

Foley menambah, satu kebimbangan TRAFFIC adalah dengan tekanan yang meningkat untuk menutup ladang-ladang di China dan Vietnam, kemungkinan terdapat satu pasaran yang sedang berkembang di Laos dan Myanmar.

Di Laos, pembiakan dijalankan oleh peladang Vietnam atau China

"Kami perlu lebih berwaspada terhadap sebarang percubaan mewujudkan ladang-ladang secara haram di Laos.

"Kami bekerja rapat dengan pihak berkuasa di sini dalam usaha memastikan keadaan ini tidak berlaku," ujar Foley lagi.

Di Lapangan Terbang Vientiane, terdapat satu papan iklan besar menunjukkan gambar-gambar beruang untuk mengingatkan pengedar haram hidupan liar boleh dihukum oleh undang-undang.

"Setiap kali anda membeli, alam semula jadi akan membayar," katanya.

Di Boten, kedai Se sangat terkenal.

"Saya membeli beberapa hempedu untuk sepupu saya yang mempunyai masalah lemah lutut," kata seorang pelanggan yang meninggalkan kedai tersebut dengan bebuli kecil dibeli pada harga AS$4 (RM12).

Se turut menawarkan gigi beruang, kulit gajah dan racun wain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kamera moden gaya klasik

Posted:

Kamera moden gaya klasik

Kamera moden gaya klasik


CUBA mengekalkan reka bentuk klasik, namun FinePix X100 diperhebat dengan pelbagai teknologi terkini.


MEMILIKI sebuah kamera dengan reka bentuk klasik tetapi masih lagi mempunyai fungsi-fungsi moden mungkin kedengaran mustahil hari ini. Bagaimanapun, pengeluar kamera Fujifilm yang sudah menapak di Malaysia selama 20 tahun merealisasikan idea tersebut baru-baru ini dengan mengeluarkan kamera model FinePix X100.

Mengadun nilai-nilai estetika kamera lama dan teknologi terkini, FinePix X100 sangat mudah dikendalikan untuk apertur, kelajuan shutter dan konfigurasi pendedahan kamera dengan masalah yang minimum.

Lensa FinePix X100 menawarkan jarak fokus sepanjang 23 milimeter yang membolehkan jurugambar mengambil pelbagai jenis gambar sambil mengekalkan foto beresolusi tinggi dan kejelasan optikal.

Apertur F2 yang besar bukan sahaja memberi kecerahan dan kontras, bahkan mendapatkan resolusi tinggi apabila apertur ditutup pada tahap satu atau dua.

Reka bentuk pada bahagian atas dan bawah menggunakan tuangan aloi aluminium untuk memberi ketepatan dan tidak mudah dibengkok.

Kemasan di bahagian pemegang disaluti dengan bahan seakan-akan kulit berwarna hitam bagi memberi rekaan berunsur klasik yang original.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kejohanan bola sepak sembilan sepasukan 1Malaysia meriah

Posted:

Kejohanan bola sepak sembilan sepasukan 1Malaysia meriah

Kejohanan bola sepak sembilan sepasukan 1Malaysia meriah


SAID ANUAR (tengah) dan Megat Zulkarnain (berdiri, lima dari kanan) bergambar bersama para pemain pasukan Taman Bolton Seri Gombak B di Gombak baru-baru ini.


MENANG. Sebanyak 28 pasukan menyertai kejohanan bola sepak sembilan sepasukan 1Malaysia 2011 selama dua hari di padang Taman Greenwood, Gombak baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Penyelaras Pembangunan (Persekutuan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Taman Greenwood itu bertujuan merapatkan hubungan dalam kalangan belia dalam kawasan DUN tersebut serta mencungkil bakat baharu dalam sukan tersebut.

Pasukan Taman Bolton Seri Gombak B muncul juara kejohanan tersebut dengan membawa pulang hadiah RM1,000 dan pasukan Kelab Sukan Komuniti Gombak Utara Senior pula merangkul naib juara dengan menerima hadiah RM700.

Tempat ketiga dan keempat pula ialah Kelab Sukan Komuniti Cangkat FC dan Kelab Sukan Komuniti Gombak Utara Junior yang masing-masing membawa pulang RM350.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Said Anuar Said Ahmad dan Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

300 AJK JKKKP Bahagian Tasek Gelugor terima watikah pelantikan

Posted:

300 AJK JKKKP Bahagian Tasek Gelugor terima watikah pelantikan

300 AJK JKKKP Bahagian Tasek Gelugor terima watikah pelantikan


SEBAHAGIAN daripada AJK JKKKP Tasek Gelugor bergambar selepas menerima watikah pelantikan masing-masing di Bertam Golf Resort, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


TANGGUNGJAWAB. Seramai 300 Ahli Jawatankuasa (AJK) dari 15 kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bagi Bahagian Tasek Gelugor, Pulau Pinang menerima watikah pelantikan baru-baru ini.

Majlis penyerahan watikah tersebut telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya di Bertam Golf Resort, Kepala Batas.

Menurut Shabudin, pelantikan mereka berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun iaitu bermula pada 1 Januari lalu dan tamat pada 31 Disember 2012.

"Mereka akan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan aduan serta masalah yang timbul di kawasan masing-masing.

"Malah, mereka juga perlu aktif dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti agar mereka tahu bahawa kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hidup rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Patah tulang dirempuh kuda

Posted:

Patah tulang dirempuh kuda

Patah tulang dirempuh kuda

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


ARINA Kirana yang patah tulang selangka dibawa ke Hospital Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Kegembiraan empat sekeluarga menikmati percutian di pantai Batu Feringghi dekat sini menjadi mimpi ngeri apabila seorang kanak-kanak cedera parah dirempuh seekor kuda yang ditunggangi lelaki tempatan semalam.

Ketika kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, mangsa Arina Kirana Azrin, 5, sedang bermain pasir di pantai bersama kakaknya, Athirah Balqis, 12, di hadapan Hotel Parkroyal yang didiami keluarga mereka di sini.

Tanpa disedari, mangsa tiba-tiba dirempuh seekor kuda yang ditunggangi seorang lelaki menyebabkan kanak-kanak itu melambung dan berpusing beberapa kali sebelum dia terjatuh tidak jauh dari lokasi tempat dia bermain.

Akibat kejadian itu, mangsa yang datang dari Putrajaya pada Isnin lalu mengalami patah tulang selangka kiri dan terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Semasa kejadian, didakwa tiada seorang pengusaha atau penjaga kegiatan pantai mengawal kuda yang dinaiki lelaki tempatan itu.

Selepas kejadian itu, penunggang kuda terbabit menghilangkan diri.

Bagaimanapun, dikatakan terdapat dua anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berada di lokasi kejadian namun tiada bantuan diberikan kepada mangsa mahupun tindakan diambil ke atas penunggang kuda terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah tangguh keputusan lupus anjing Pit Bull

Posted:

Mahkamah tangguh keputusan lupus anjing Pit Bull

Mahkamah tangguh keputusan lupus anjing Pit Bull

GEORGE TOWN - Nyawa empat ekor anjing jenis Pit Bull milik Joseph Teoh Boon Aun, 42, dan isterinya, Teoh Bee Eng, 56, masih panjang apabila Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam membenarkan permohonan pasangan itu menggantung keputusan melupuskan anjing peliharaan itu sehingga perbicaraan penuh didengar pada 5 Julai depan.

Hakim Yaacob Md. Sam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan dalam prosiding yang dikemukakan peguam Jerald Gomez yang mewakili pasangan suami isteri itu.

Yaacob berkata, perbicaraan penuh itu diadakan bagi mengetahui sama ada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai hak dan kuasa mengikut undang-undang untuk menghapuskan anjing tersebut seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau pada 4 April lalu.

"Ia juga bagi memastikan sama ada cara MPPP menarik balik lesen yang telah diberikan kepada pemilik anjing tersebut telah dibuat secara sah dan betul seperti garis panduan ditetapkan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Daftar kes TTPM melalui SMS

Posted:

Daftar kes TTPM melalui SMS

Daftar kes TTPM melalui SMS


ISMAIL Sabri mengakses portal 1MPB pada pelancarannya di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pengguna yang berasa tertipu dan ingin mendapatkan ganti rugi terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan kini boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membuat aduan dan pendaftaran kes masing-masing di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan tersebut bertujuan menarik lebih ramai golongan muda dan pengguna di luar bandar mengemukakan tuntutan.

"Kaedah alternatif ini diharap dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna di luar bandar kerana banyak kes yang melibatkan mereka.

"Saya harap lepas ini lebih banyak pengguna yang rasa diri tertipu akibat pembelian barangan, perkhidmatan boleh membuat aduan untuk mengambil tindakan undang-undang melalui TTPM,'' katanya selepas melancarkan portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) di sini semalam.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi TTPM, Pretam Singh.

Ismail Sabri berkata, SMS yang dihantar tidak dikira sebagai pemfailan kes kerana ia hanya sebagai pendaftaran.

Sebaliknya pengguna perlu memfailkan tuntutan mereka di cawangan TTPM atau di laman web http://ttpm.kpdnkk.gov.my.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Quick Q jimatkan masa beratur

Posted:

Quick Q jimatkan masa beratur

Quick Q jimatkan masa beratur


JEGEN (tengah) menunjukkan tulisan Sedia Membantu bersama kakitangan Tesco pada majlis taklimat media dan pelancaran Quick Q di Tesco Kepong Village, Bandar Manjalara, Kepong baru-baru ini.


MENUNGGU giliran untuk membuat pembayaran di pasar raya-pasar raya hiper adakalanya cukup meletihkan. Selain pelanggan terpaksa menunggu lama kerana lazimnya mereka membeli barang dalam jumlah yang banyak, tempoh yang lama boleh disifatkan membazir masa jika barisan tersebut agak panjang.

Sehubungan itu, bagi menambah keselesaan kepada para pelanggannya, pasar raya Tesco memperkenalkan Quick Q di kesemua 39 cawangannya.

Pengenalan sistem yang mengisi sambutan ulang tahun ke-10 pasar raya yang telah melabur lebih RM5 bilion itu untuk mengembangkan operasinya menggunakan sistem pemantauan berkamera. Sistem itu memberi tumpuan kepada garisan hijau di hadapan kaunter bayaran.

"Sekiranya barisan menunggu menjangkaui garisan hijau berkenaan, pengawal trafik Quick Q Tesco akan membuka satu lagi kaunter dan memberi panduan kepada pelanggan untuk ke barisan yang lebih pendek.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UP&D hargai khidmat guru

Posted:

UP&D hargai khidmat guru

UP&D hargai khidmat guru

Oleh NIZHA PERISWAMY


GERAI Kumpulan Utusan menjadi tumpuan orang ramai pada Festival Hari Guru di Kuching, Sarawak pada pertengahan bulan Mei lalu.


SEMPENA Festival Hari Guru 2011 yang berlangsung di tebing Sungai Kuching, Sarawak, dari 13 hingga 16 Mei lalu, pelbagai aktiviti telah diadakan di gerai-gerai yang mengambil bahagian.

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D), misalnya, tidak ketinggalan mempromosikan buku dan pelbagai bacaan di samping menghebahkan terbitan buku terbaharu syarikat tersebut.

Festival tersebut umpama hadiah daripada Kumpulan Utusan kepada warga pendidik yang telah banyak menabur jasa mendidik anak bangsa. Apa yang membanggakan, program tersebut menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, penganjuran itu diharap dapat memberikan nilai tambah kepada sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap tahun.

"Sebagai syarikat media terunggul, Kumpulan Utusan sangat berbesar hati kerana berpeluang menganjur acara seumpama ini.

"Program seumpama ini merupakan tanggungjawab kami kepada masyarakat untuk menghasilkan insan cemerlang khususnya buat rakyat negeri ini," katanya.

Pelancaran buku baru

Pada 16 Mei lalu, UP&D telah melancarkan buku bertajuk Razali Ismail - Arkitek Pendidikan Negara dan set terjemahan empat tajuk buku karya L Ron Hubbard di pentas utama acara tersebut.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Buku Razali Ismail - Arkitek Pendidikan Negara adalah biografi Allahyarham Datuk Razali Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang berkhidmat dari bulan Mac 2008 hingga November 2008. Buku itu ditulis oleh seorang sahabat Allahyarham yang juga seorang guru iaitu Tuan Sharif Tuan Putera.

Tuan Sharif atau lebih dikenali dengan Sharif Putera merupakan anak kelahiran Terengganu. Beliau merupakan seorang penulis yang sangat prolifik dalam menghasilkan karya-karya sastera sejak tahun 1962. Bahkan beliau juga menulis ratusan cerpen, drama radio dan rencana.

Razali sebenarnya bukanlah nama yang asing dalam dunia pendidikan negara. Rata-rata individu yang mengenali beliau mengakui sifat peribadinya yang komited terhadap tanggungjawab yang digalas dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Jasa Allahyarham dalam bidang pendidikan amat besar. Dunia pendidikan adalah dunia yang mewarnai hidup Allahyarham, seperti kata Allahyarham kepada Setiausaha Sulitnya, Mohd. Shahar Abdullah:

"Tidur saya sebagai guru, sedar saya sebagai guru. Hidup saya sebagai guru dan mati juga dalam guru."

Pengakuan itu ternyata benar dan hal itulah yang berlaku dalam kehidupannya.

Sementara itu, set empat buku terjemahan karya L Ron Hubbard merupakan sebahagian daripada koleksi klasik sains fiksyen yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, diterbitkan semula dan diedarkan oleh UP&D.

Buku-buku tersebut ialah Budak Hingusan (The Chee Chalker), Seandainya Aku Kamu (If I Were You), Pembunuh Perisik (Spy Killer) dan Di Bawah Panji-panji Hitam (Under The Black Ensign).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kereta api Bukit Bendera rosak lagi

Posted:

Kereta api Bukit Bendera rosak lagi

Kereta api Bukit Bendera rosak lagi

07/06/2011 8:07pm

GEORGETOWN - Kereta Api Bukit Bendera hari ini rosak lagi, kali ketiga dalam tempoh hanya lebih sebulan setelah disambung semula perkhidmatannya pada 25 April selepas menelan kos penambahbaikan sebanyak RM73 juta.

Dalam kes pertama, kereta api berkenaan mengalami kerosakan mekanikal apabila sekumpulan anjing menceroboh relnya selepas lapan hari perkhidmatannya disambung semula, manakala pada Sabtu lepas pula, perkhidmatannya terpaksa dihentikan sekali lagi kerana masalah mekanikal.

Hari ini, perkhidmatannya terhenti pada kira-kira pukul 10 pagi, dipercayai akibat masalah teknikal, ketika beratus-ratus pelancong berbaris untuk membeli tiket di stesennya di puncak Bukit bendera.

Bagaimanapun, lebih kurang 400 penumpang yang terkandas itu telah dibawa turun dengan jip dan bas.

Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC) Datuk Lee Kah Choon berkata, siasatan awal mendapati masalah itu berpunca daripada sistem elektrik yang tidak berfungsi dengan baik. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki Nigeria ditahan seludup syabu RM2.4j

Posted:

Lelaki Nigeria ditahan seludup syabu RM2.4j

Lelaki Nigeria ditahan seludup syabu RM2.4j

07/06/2011 6:21pm

SHAH ALAM - Tiga lelaki warga Nigeria yang cuba menyeludup 9.6 kg dadah jenis syabu bernilai RM2.4 juta ke negara ini diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang awal bulan ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Ketiga-tiga mereka yang berumur antara 25 hingga 37 tahun itu diberkas pada 3, 5 dan 6 Jun sebaik tiba di KLIA dari Doha, Qatar, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek pertama ditahan pada 3 Jun setelah 3.7 kg syabu ditemui dalam 18 bungkusan makanan ringan yang disimpan di dalam begnya, manakala tangkapan kedua dibuat pada 5 Jun apabila 19 bungkusan makanan ringan berisi dadah yang sama seberat 3.9 kg ditemui di dalam beg suspek.

Dalam tangkapan pada pukul 3.45 petang semalam pula, suspek ketiga ditahan selepas polis menemui 14 daripada 27 kotak sabun yang dibawanya diisi dengan syabu seberat dua kilogram.

Tun Hisan berkata, modus operandi sedemikian pernah digunakan oleh keldai dadah warga negara Iran pada tahun 2009 dan 2010. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dipenjara panggil polis bodoh

Posted:

Dipenjara panggil polis bodoh

Dipenjara panggil polis bodoh

07/06/2011 5:50pm

KUALA TERENGGANU - Gara-gara memanggil seorang anggota polis bodoh, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dikenakan denda RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 1 petang, 28 Mei lepas di kawasan LTSM dan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1957 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju kurung berwarna biru, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Adila Abd Latif. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Straus-Kahn diejek di mahkamah

Posted:

Straus-Kahn diejek di mahkamah

Straus-Kahn diejek di mahkamah


SEKUMPULAN penunjuk perasaan berhimpun di luar Mahkamah Tinggi New York ketika menunggu ketibaan Dominique Strauss-Kahn semalam.


NEW YORK - Ketibaan bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, 62, disambut dengan cemuhan apabila dia dicemuh hampir 100 wanita yang berpakaian seperti pembantu rumah di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Laungan penunjuk perasaan yang kuat itu boleh didengari sehingga tingkat ke-13 bangunan tersebut semasa Straus-Kahn tiba untuk menghadapi perbicaraan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja hotel di sini pada bulan lalu.

Strauss-Kahn yang keluar dari kenderaan utiliti sukan kelihatan memakai kot biru gelap dan bertali leher sebelum memasuki mahkamah dengan ditemani isterinya, Anne Sinclair yang tersenyum sambil memegang erat lengan suaminya.

Penunjuk perasaan itu merupakan anggota Kesatuan Pekerja Hotel New York turut membawa sepanduk yang tertera ayat: 'Kecederaan terhadap salah seorang daripada kami juga akan menyebabkan kecederaan kepada semua pekerja.'

Strauss-Kahn membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan melakukan serangan seksual tersebut semalam di kamar mahkamah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh seorang kerani mahkamah.

"Tidak bersalah," kata bekas ketua IMF itu kepada kerani mahkamah itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Seorang peguam bela Strauss-Kahn, Benjamin Brafman kemudian memberitahu pemberita: "Apabila wujud bukti, ia jelas menunjukkan tiada sebarang paksaan."

Perbicaraan seterusnya yang dikendalikan oleh Hakim Michael Obus di Mahkamah Tinggi New York akan berlangsung pada 18 Julai ini. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adik Ryan Giggs berpisah dengan isteri curang

Posted:

Adik Ryan Giggs berpisah dengan isteri curang

Adik Ryan Giggs berpisah dengan isteri curang


NATASHA GIGGS


LONDON - Adik bintang kelab bola sepak Manchester United, Ryan Giggs berpisah dengan isterinya, Natasha yang telah dikahwininya selama lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Perpisahan itu berlaku selepas timbul laporan bahawa Natasha mempunyai hubungan sulit dengan abangnya itu. Akhbar News of the World kelmarin melaporkan Giggs meniduri Natasha yang merupakan isteri adiknya, Rhodri semasa hubungan sulit berlangsung selama lapan tahun.

Natasha dikatakan mempunyai hubungan dengan Giggs sebelum dia mengahwini Rhodri.

Giggs tetap menjalin hubungan sulit itu walaupun dia sudah berkahwin dengan Stacey dan mempunyai dua anak.

Rhodri yang berusia 34 tahun dilihat sangat sedih dan tidak lagi memakai cincin perkahwinannya semalam.

Satu sumber memberitahu: "Dia sangat sedih dan tidak percaya bagaimana dia boleh dimalukan isteri dan abangnya itu.

"Walaupun Rhodri ada mengesyaki sesuatu yang tidak kena di antara Natasha dan Ryan, tetapi dia tidak sangka ia sampai ke tahap itu."

Hubungan sulit itu terbongkar selepas skandal Giggs dengan model terkenal, Imogen Thomas turut didedahkan media pada bulan lalu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jet Britain serang ibu pejabat agensi perisikan Libya

Posted:

Jet Britain serang ibu pejabat agensi perisikan Libya

Jet Britain serang ibu pejabat agensi perisikan Libya

TRIPOLI - Serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyasarkan ibu pejabat agensi perisikan tentera Libya semalam, kata seorang pegawai tentera Britain, Mejar Jeneral Nick Pope di London.

Menurutnya, jet-jet Tentera Diraja Britain yang menyertai serangan NATO itu melakukan serangan pada awal semalam.

Seorang pegawai di Kementerian Penerangan Libya di sini menyatakan, jet-jet pejuang NATO turut melakukan serangan ke atas pejabat penyiaran kelmarin.

Kerosakan turut dilihat oleh seorang wartawan agensi berita AFP di bangunan Parlimen Libya selepas serangan berkenaan.

Pergolakan di Libya berlaku sejak 15 Februari lalu selepas para penunjuk perasaan menuntut lebih banyak kebebasan hak asasi dan pengunduran Muammar Gaddafi sebagai pemimpin yang sudah memerintah sejak 1969.

Pihak NATO kemudian campur tangan dengan melancarkan serangan bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di negara tersebut selepas mendapat mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved