Isnin, 23 Mei 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jintan hitam herba penawar penyakit

Posted:

Jintan hitam herba penawar penyakit

Jintan hitam herba penawar penyakit

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my



SELEPAS tiga hari melakukan ekspedisi menggali sebuah kawasan di Lembah Raja, Mesir, pada 26 November 1922 tepat pukul 4 petang, Howard Carter, akhirnya menemui sebuah makam yang telah menjadi obsesnya sejak bertahun-tahun.

Artifak-artifak berharga yang dijumpai di makam Firaun Tutankhamun itu terlalu banyak yang sesuai dengan tarafnya sebagai seorang raja. Howard memerlukan masa selama sedekad untuk merekodkan 3,000 artifak yang ada.

Kesemua barang yang didapati di dalam makam yang tidak pernah terusik oleh penjarah itu merupakan keperluan dan cara hidup seorang raja Mesir. Hanya yang terbaik sahaja dibawa bersama ke alam selepas mati.

Antara barang-barang yang ditemui oleh ahli arkeologi dari London itu adalah singgahsana yang diperbuat daripada emas, tempat beradu, balang-balang berisi minyak dan makanan yang berkhasiat dan sebagainya.

Salah satu bahan yang dijtemui di makam berusia ribuan tahun itu adalah sejenis minyak hasil perahan herba jintan hitam atau lebih dikenali di dunia Arab sebagai habbatus sawda.

Habbatus sawda adalah sejenis herba yang boleh didapati di kawasan-kawasan tertentu terutama di Mediterranean dan telah diamalkan sejak zaman nabi.

Walaupun masyarakat Melayu mengenalinya sebagai jintan hitam, tetapi bentuknya berbeza dengan jintan manis atau putih.

Bersaiz lebih kecil berbanding jintan manis dan berwarna hitam, ia mengeluarkan sejenis bau yang nipis dan berempah tetapi tidak terlalu kuat.

Jika dimakan mentah-mentah atau masih belum diproses rasanya agak pahit.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Gunakanlah habbatus sawda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat daripada segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)."


BIJIAN jintan hitam diperoleh dari pistil bunganya.


Menurutnya, hadis sahih riwayat Al-Bukhari itu adalah saranan dan galakan Rasulullah kepada umatnya untuk menggunakan herba tersebut.

"Ia bertindak sebagai penyelaras perjalanan darah dan ia tidak khusus kepada satu-satu penyakit sahaja.

"Ia lebih banyak mencegah penyakit daripada mengubatinya," kata Mohd. Daud ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Disebut dalam al-Quran

Kata Daud, atas gesaan Nabi itu, para sahabat seperti Saidina Ali dan Abdullah Auf turut sama mengamalkan habbatus sawda.

Sebaik-baiknya, habbatus sawda dimakan bersama madu, tambahan pula terdapat ayat dalam al-Quran, surah An-Nahla ayat 68 menceritakan berkenaan manisan lebah itu.

Mohd. Daud menegaskan, setiap perkara yang disebut dalam hadis dan al-Quran adalah yang terbaik untuk umat manusia serta mempunyai khasiat yang banyak.

Ia terbukti secara saintifik melalui kandungan bahan-bahannya yang terdiri daripada glukosa, polisakarida, kalsium, ferum, karotan dan asid amino.

Pakar Pemakanan Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Shariza Abd. Razak berkata, habbatus sawda juga berfungsi sebagai bahan antitumor.

"Jadi, habbatus sawda amat baik untuk mengurangkan risiko dan mengawal penyakit kanser serta mampu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan melawan penyakit seperti selesema," katanya.

Menurut Dr. Shariza, individu yang mengalami alahan juga sesuai menggunakan habbatus sawda kerana terdapat bahan antihistamin di dalam jintan hitam itu.

"Bahan tersebut akan melawan histamin yang dihasilkan di dalam badan ketika alahan berlaku dan ia sesuai digunakan oleh penghidap ekzema atau radang kulit," ujarnya.


BIJIAN habbatus sawda yang diimport oleh syarikat Seribu Dinar Distributor Sdn. Bhd. akan terus diproses bagi mengekalkan kualitinya.


Tinggi glukosa

Habbatus sawda juga boleh membunuh kuman kerana ia bertindak sebagi antibakteria.

Sehubungan itu, pesakit yang mengalami jangkitan bakteria terutamanya escherichia coli atau E. coli yang menyebabkan cirit-birit dan masalah penghadaman boleh mengamalkanya.

Bagi individu yang sentiasa mengalami keletihan dan sering tidak bermaya, habbatus sawda amat sesuai diamalkan kerana kandungan glukosanya yang tinggi.

"Habbatus sawda boleh bertindak sebagai bahan penambah tenaga dan biasanya dijadikan minuman atau sebagai salah satu bahan campuran dalam minuman seperti kopi dan teh," ulas Shariza.

Selain dijadikan minuman, pengguna bebas membuat pilihan dalam apa bentuk sekalipun seperti kapsul atau minyak.

"Tiada had tertentu dalam pengambilannya malah kajian mendedahkan, seorang individu yang sihat dengan berat badan sebanyak 50 kilogram boleh mengambil antara satu hingga dua sudu teh sehari," ulasnya.

Bagi sesetengah individu, jika habbatus sawda diambil berlebihan ia akan menyebabkan ketidakselesaan badan, panas badan dan gangguan fungsi tubuh tetapi ia masih lagi selamat untuk diambil.

"Tindak balas bergantung kepada individu dan sebaik-baiknya, ambil dalam sukatan yang disyorkan," katanya berkongsi tip.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Sekolah Jitra terima komputer riba 1Malaysia

Posted:

Sekolah Jitra terima komputer riba 1Malaysia

Sekolah Jitra terima komputer riba 1Malaysia


SEBAHAGIAN penerima komputer riba 1Malaysia bergambar bersama Johari (lima dari kanan) di SMK Tanjung Pauh, Jitra baru-baru ini.


AGIH. Sebanyak 1,321 unit komputer riba 1Malaysia diagihkan kepada pelajar di tujuh buah sekolah menengah sekitar Jitra, Kedah pada satu majlis khas yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pauh, Jitra baru-baru ini.

Pengagihan komputer riba oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) itu adalah sebahagian daripada 1.2 juta komputer riba di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) yang diperuntukkan untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, pemberian komputer riba tersebut adalah bagi memastikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dan jalur lebar adalah lebih meluas di negara ini.

"Dengan adanya komputer riba ini, pelajar dari luar bandar akan menjadi celik teknologi maklumat.

"Ini seterusnya mampu merapatkan jurang digital serta komunikasi antara penduduk di kawasan bandar dan luar bandar," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Pada majlis itu, pelajar yang menerima komputer riba termasuk dari SMK Tanjung Pauh, SMK Bandar Darul Aman, SMK Hosba dan SMK Mahawangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lebih 700 orang hadir Karnival Komuniti Maybank 2011

Posted:

Lebih 700 orang hadir Karnival Komuniti Maybank 2011

Lebih 700 orang hadir Karnival Komuniti Maybank 2011


KANAK-KANAK ceria ketika menyertai Karnival Komuniti Maybank 2011 di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 700 penduduk termasuk 400 kakitangan Maybank dari 12 cawangan menjayakan Karnival Komuniti Maybank 2011 di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan baru-baru ini.

Karnival sehari itu meriah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak, kaum ibu, warga emas termasuk lebih menarik dengan kehadiran maskot Upin dan Ipin.

Pengurus Rantau Maybank Selangor dan Negeri Sembilan, Ahmad Asmuni Sudin berkata, karnival komuniti kali kedua itu dianjurkan dengan penglibatan 12 cawangan Maybank dari Serdang dan Kajang untuk mendekati dan bermesra dengan masyarakat setempat.

"Walaupun sentiasa sibuk dengan pengurusan kewangan harian, karnival komuniti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat dengan kakitangan Maybank.

"Karnival ini juga diadakan secara serentak di seluruh negara hari ini (semalam) dan program amal ini akan diteruskan untuk masa akan datang selepas ini," katanya selepas upacara perasmian karnival baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar pintar sertai kursus KEX 11

Posted:

Pelajar pintar sertai kursus KEX 11

Pelajar pintar sertai kursus KEX 11


SEBAHAGIAN daripada 119 lepasan SPM yang menyertai program Karisma's English Explorer 11 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


PENGALAMAN. Seramai 119 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan menyertai program Karisma's English Explorer 11 (KEX 11) di sebuah hotel di Kota Bharu baru-baru ini.

Penyertaan tersebut merupakan antara aktiviti berkesan dalam melengkapkan diri berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebagai persiapan memasuki institusi dalam dan luar negara.

Pengetua KEX 11, Nik Marina Datuk Hussin berkata, semua peserta merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu dari sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara, sekolah elit dan harian dari sekitar Kota Bharu.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut, peserta mengikuti pelbagai modul dalam mendapatkan pengalaman untuk menghilangkan rasa rendah diri berikutan tidak dapat berinteraksi dalam bahasa tersebut dengan baik sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ukay Perdana dalam bahaya

Posted:

Ukay Perdana dalam bahaya

Ukay Perdana dalam bahaya

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


HAKISAN... beginilah keadaan tanah runtuh di Ukay Perdana, Ampang semalam.


AMPANG – Trauma kematian sebanyak 16 mangsa tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini pada Sabtu lalu masih terasa dan kini penduduk di kawasan Ukay Perdana di sini pula berada dalam bahaya.

Sehari selepas kejadian tanah runtuh di Jalan UP 1/8, Ukay Perdana di sini berlaku namun hingga petang semalam tiada usaha membaiki kerosakan di kawasan tersebut dilakukan.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata penduduk di kawasan itu dilanda kebimbangan dan mahu pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya berbuat sesuatu menanganinya.

Seorang pekerja syarikat swasta, Nurul Firdaus, (gambar) 42, berkata, dia bimbang dengan keadaan tersebut kerana tebing terbabit tidak stabil sejak kejadian tanah runtuh di tebing itu petang kelmarin.

"Saya bimbang tebing ini akan runtuh dengan lebih teruk memandangkan kini kerap hujan. Sepatutnya pihak terlibat mengambil tindakan pantas apabila laporan dibuat berhubung kejadian tanah runtuh," dakwanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bakal sambut anak sulung

Posted:

Bakal sambut anak sulung

Bakal sambut anak sulung

SHAH ALAM - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menetapkan pada 14 Julai depan bagi menyemak afidavit pembelaan isteri Jimmy Shanley, Norjahan Salleh berhubung dua permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan selebriti itu pada awal tahun ini.

Peguam syarie, Saadiah Din yang mewakili isteri Jimmy, Nursuhaila Eliani, 25, bagaimanapun meminta tarikh sebutan semula kes itu ditetapkan selepas bulan Julai.

Ini kerana jelas beliau, anak guamnya dijangka melahirkan bayi sulung pasangan itu pada waktu terdekat dan akan menjalani tempoh berpantang selama dua bulan.

Walaupun dibantah peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus yang mewakili Jimmy namun Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membenarkan permohonan defendan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keputusan subsidi petrol minggu depan

Posted:

Keputusan subsidi petrol minggu depan

Keputusan subsidi petrol minggu depan


KEPUTUSAN sama ada kerajaan mahu meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas akan diumum minggu depan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil).

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat daripada RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.

Ismail Sabri berkata, kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Hari terbaik memiliki kekayaan

Posted:

Hari terbaik memiliki kekayaan

Hari terbaik memiliki kekayaan

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my



BERIKUTAN berita mengenai harga emas yang berkemungkinan naik sehingga RM171 bagi satu gram, orang ramai berpusu-pusu membeli logam mewah itu di Jalan Tengku Kelana, Klang.

Di samping menunggu giliran dengan penuh sabar untuk membeli aksesori emas pilihan, ada juga yang sekadar memilih pantas sekeping syiling emas ber wajah dewa atau dewi untuk memenuhi syarat membeli emas.

Itu gelagat yang dapat disaksikan di beberapa kedai emas sekitar kawasan Little India, Klang bersempena hari yang dianggap bertuah!

Pada 6 dan 7 Mei lalu, beberapa kedai emas yang dimiliki oleh peniaga India di Jalan Tengku Kelana seperti mengadakan promosi jualan penghabisan stok barangan emas.

Apa tidaknya pada kedua-dua hari tersebut bukan sedikit pelanggan yang bersesak-sesak ke kedai mereka. Selain harga emas yang semakin stabil, tanggal 6 dan 7 Mei lalu mengikut mengikut kalendar Vedik agama Hindu adalah hari yang paling bertuah membeli emas atau perak.

Oleh kerana itu, kebanyakan pelanggan yang tinggal di sekitar kawasan Klang, seperti Shah Alam, Pelabuhan Klang, Kapar dan Petaling Jaya sanggup memenuhi kedai emas di Jalan Tengku Kelana dan sekitarnya untuk mendapatkan tuah membeli emas pada hari tersebut.

"Saya tidak tahu hari ini adalah Hari Akshaya Tritiya. Apabila secara tidak sengaja saya memberitahu ibu bahawa akan menghadiahkannya seutas rantai emas, ibu menyuruh saya membelinya pada hari ini," kata S.Litha, 36.

Dia yang ditemui di kedai emas V. Gopal Pather and Sons juga menambah, ibunya yang menyedari ketibaan Akshaya Tritiya pada hari itu turut mendesak dirinya membeli emas untuk diri sendiri supaya mendapat restu dan tuah.

"Apabila ibu suruh saya berbuat demikian, saya pun ikut. Walaupun ini kali pertama kami membeli emas pada hari Akshaya Tritiya, saya berharap pembelian hari ini dapat membawa tuah sepanjang tahun dengan lebih banyak emas," katanya yang mengakui emas sebagai satu pelaburan yang baik.

Tambah ibu Litha, T. Selvi, pula: "Orang India memang suka melabur emas. Ini sahaja yang menjadi pilihan. Saya membeli emas kerana sukakan emas selain satu pelaburan dan spiritual disebabkan emas dianggap satu lagi bayangan Dewi Laxmi iaitu Dewi Kekayaan."


PELANGGAN tetap melakukan aktiviti tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang berpatutan.


Menurut kepercayaan agama Hindu, Akshaya Tritiya ialah salah satu hari yang paling bertuah dan ideal untuk membeli logam seperti emas dan perak kerana pembelian pada hari itu akan membawa kesejahteraan dan restu yang berpanjangan.

Menurut kalendar Vedik Hindu, lagenda Tritiya daripada epik Mahabharata, Akshaya dalam bahasa Sanskrit bermaksud sesuatu yang tidak akan berkurangan, mengecil atau lemah. Malahan, seperti kepercayaan penganut Hindu, bintang Akshaya dipercayai akan terus memberikan segala kekayaan dan kesejahteraan material jika diikuti syaratnya.

"Hari Akshaya Tritiya amnya jatuh pada hari ketiga kalendar lunar bulan Chittirai mengikut kalender Hindu iaitu di antara April 14 hingga Mei 14. Tidak ketinggalan ia jatuh pada hari bulan mengambang penuh."

"Pada hari ini, dipercayai dikuasai oleh restu Dewa Vishnu, dewa penjaga daripada Trimuthi Hindu dan dewa pasangan kepada dewi kekayaan, Dewi Laxmi. Ia juga dipercayai sebagai hari kelahiran Parashurama, kelahiran semula keenam Dewa Vishnu."

Demikian penerangan yang diberi oleh pendeta di Persatuan Penganut Sri Ragavendra di Pelabuhan Klang, Swaminathan, 70.

Beliau juga menambah, pada hari tersebut penganut digalakkan menderma dan pembelian emas adalah sebahagian daripadanya.

Walau bagaimanapun, orang ramai lebih memilih membeli emas. Swaminathan percaya, emas sebagai pelaburan, hari tersebut sangat mulia untuk memulakan perniagaan atau usaha baru.

Potongan harga

Di India, sebuah pusat beli-belah Gold Souk di Gurgaun, Delhi melaporkan telah menjual barangan emas bernilai lebih Rs10 juta (RM1 juta) pada hari Akshaya Tritiya, hari Jumaat, 6 Mei lalu.


KEDAI emas V. Gopal Pather and Sons antara kedai emas di Jalan Tengku Kelana yang dipenuhi pelanggan.


Dengan kehadiran lebih 13,000 orang pelanggan ke pusat beli-belah itu, kedai-kedai emas dikatakan dibuka sehingga pukul 3 pagi. Kedai emas di Gold Souk menawarkan diskaun 15 hingga 25 peratus bagi kerja pembuatan serta lebih 15 peratus bagi barangan kemas berlian.

Bagi peniaga tempatan di Jalan Tengku Kelana, mereka turut membekalkan tawaran yang hebat. Kebanyakan peniaga memberi jaminan kepada pelanggan akan menawarkan harga yang paling ideal.

"Kami memberikan tawaran bukan sahaja dari segi caj pembuatan yang rendah, malah RM1 kurang bagi setiap gram. Lebih banyak mereka beli, lebih banyak dapat berjimat. Lebih-lebih lagi pada waktu harga emas yang mahal akhir-akhir ini," kata pemilik kedai emas S.O. Nadarajah Pather & Sons Jewellery & Gems, Sarojini Murugiah, 48.

Beliau menambah, berbanding hari-hari biasa, perniagaan di kedainya meningkat pada hari Akshaya Tritiya. "Lazimnya, pada Akshaya Tritiya perniagaan secara keseluruhan akan meningkat sehingga 80 peratus!" katanya lagi.

"Hari ini, saya terpaksa tolong ibu kerana ramai orang yang akan datang membeli emas. Walaupun ia hari yang sibuk, saya berasa gembira melihat orang ramai yang berpusu-pusu kerana tidak mahu melepaskan peluang memiliki emas pada hari ini," kata anak Sarojini, Lalithaa Subramaniam, 16, sambil membawa sebuah lampu Kuthuvilaku perak untuk pelanggannya, Thanaletchumi Muniandy, 59.

Rahmat Akshaya Tritiya

Risvina Balakrishnan, 34, juga dari Shah Alam mengakui dirinya percaya pada hari tersebut kerana mempunyai pengalaman manis pada tahun lalu.

Katanya, dia pernah membeli emas pada hari Akshaya Tritiya buat kali pertama pada tahun lepas dan hasilnya, dia dapat membeli lebih banyak aksesori mewah itu sepanjang tahun.

"Jadi, saya tidak mahu ketinggalan tahun ini. Saya membeli rantai untuk diri sendiri, tetapi sebelum itu saya akan meletakkannya di tempat pemujaan sebelum memakainya sebagai mendapat restu Tuhan," kata Risvina.

Venessa, bukan beragama Hindu juga mahu mencuba nasib. Wanita yang berusia 56 tahun ditemani seorang rakan berketurunan Cina berkata, tujuan mereka datang membeli pada hari itu adalah kerana mahu mencuba nasib.

"Saya belum bercadang apa jenis emas yang mahu dibeli. Tetapi yang pasti saya akan membeli aksesori. Saya pilih hari ini kerana percaya ia hari yang baik," katanya yang menunggu giliran sejak lebih setengah jam di kedai emas di Jalan Tengku Kelana itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emosi dan air mata tragedi Hulu Langat

Posted:

Emosi dan air mata tragedi Hulu Langat

Emosi dan air mata tragedi Hulu Langat

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


PENGHUNI-penghuni di pusat tahfiz ini dikatakan banyak mendiamkan diri setelah peristiwa tragis ini mengorbankan rakan-rakan mereka sekelip mata.


ALUNAN suara-suara gemersik penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, Selangor berlatih menyanyi lagu nasyid pada petang Sabtu lalu itu tiba-tiba bertukar nada kepada jeritan yang mengerikan.

Sebilangan penghuni yang dari tadi sibuk menyusun kerusi dan menghias dewan makan juga terkejut bukan kepalang. Tempat pengajian tahfiz yang sebelum ini tenang telah dikejutkan oleh bunyi gegaran yang luar biasa.

Walaupun Bukit Semungkis yang terletak di belakang rumah itu pernah memberi isyarat kecil tanah runtuh, namun tiada siapa yang menyangka ia akan bertukar menjadi seteruk itu. Begitupun, pada 21 Mei lalu, lebih kurang pukul 2.30 petang, tanah merah di bukit itu tidak lagi mampu bertahan.

Runtuhan tanah itu sama sekali telah menimbuskan khemah dan dewan makan hingga meragut 16 nyawa penghuni sementara sembilan yang lain cedera.

Mohd. Awie Abdul Latiff, 12, bersyukur dirinya masih bernyawa. Bagaimanapun, terselit lara di hati si kecil itu yang menangisi pemergian adiknya, Mohd. Riezman, 9. Trauma yang dialami tatkala melihat darah daging sendiri terkambus di dalam runtuhan tanah sememangnya sukar untuk dibuang.

Awie juga seperti diuji keimanannya oleh Yang Maha Esa. Sepupunya yang juga rakan sepermainannya, Mohd. Kamarul Amiezan Johari, 11, atau Boboy turut pergi buat selama-lamanya.

Sungguh pilu mendengar rintihannya. Ujar Awie dengan linangan air mata jernih: "Saya cuba mengorek tanah untuk mencari adik dan sepupu, tapi dihalang oleh anggota polis yang menyuruh saya menjauhi tempat kejadian."

Di wad khas Hospital Ampang pula, Mohd. Alauddin Shafie, 14, nampak tidak bermaya. Dia sukar untuk merungkai kisah di hati. Tangan kirinya patah dan dirinya dilihat seperti ditakluk perasaan serba salah. Wajahnya jelas kelihatan sangat sugul. Dia hanya mampu memberitahu bahawa adiknya, Mohd. Haz, 10, telah menghadap Ilahi.

Barangkali Alauddin tidak berupaya menahan perasaan melihat jenazah tujuh rakannya dikebumikan di dalam satu liang lahad menerusi kaca televisyen.

Mayat berbau wangi

Melihat badai yang melanda pusat pengajian tahfiz yang selama ini tidak diendahkan sesuatu yang begitu menghiris kalbu. Kepada para penyelamat, mungkin mereka lebih merasai emosi itu.


ORANG ramai membanjiri pekarangan masjid bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa dalam tragedi tanah runtuh yang menggemparkan negara.


Rizan Hassan, 35, merupakan antara puluhan sukarelawan dalam tragedi itu berkata, seumur hidupnya, dia tidak pernah akan dapat melupakan detik-detik cubaan menyelamatkan sepasang adik-beradik yang terkorban dalam kejadian itu.

"Saya antara yang terawal sampai, ketika itu hanya orang kampung yang berkerumun di lokasi itu, suasana sangat kelam-kabut, muram, jeritan di sana sini. Pada saat itu juga saya dan beberapa sukarelawan lain masih lagi dapat mendengar sayup-sayup suara orang minta tolong dari timbunan tanah," katanya yang juga merangkap Setiausaha Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia (MBM).

Namun kata Rizan, cubaannya untuk mengeluarkan Mohd. Zaim Azahari, 14, dan adiknya Mohd. Azed, 8, telah menyedarkannya tentang betapa hebatnya kuasa dan kebesaran Allah.

"Kami tak mahu memikirkan mereka telah mati, bila mereka dikeluarkan, saya dan rakan-rakan tetap berikan bantuan pernafasan dan akhirnya kami akur, nadi mereka sudah terhenti.

"Namun, selang beberapa ketika, kami dapat mencium bau wangi yang semerbak daripada mayat kedua-dua beradik yang merupakan pelajar tahfiz. Kami saling berpandangan dan akhirnya semua bercucuran air mata," ujarnya.

Rizan juga belajar erti ketabahan daripada waris-waris mangsa. Katanya, keluarga yang terpalit dengan peristiwa hitam itu sedikit pun tidak melenting. Sebaliknya, pasrah dan gema bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan sememangnya sangat menginsafkan.

Kejadian tanah runtuh di rumah yang didiami oleh 49 penghuni yang terdiri daripada anak yatim, penuntut, warden dan kakitangan lain bukan kejadian ngeri yang pertama tercetus. Sebelum ini, negara dikejutkan dengan tragedi kondominium Highland Towers runtuh di Hulu Klang, begitu juga kejadian tanah runtuk di Bukit Antarabangsa.

Projek di lereng bukit


ORANG kampung turut bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih hidup.


Sejak dari itu, ramai melontarkan pandangan agar kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan projek-projek di lereng berbukit. Namun, adakah itu dilaksanakan?

Kenyataan bahawa semua pembangunan di kawasan berisiko seperti itu tidak akan dihentikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin harus dipertimbangkan semula.

Ya, memang benar, kata Raja Nong Chik, ia boleh diteruskan selagi pemilik tanah dan pemaju mematuhi syarat-syarat teknikal. Namun, persoalannya sekarang, sejauh mana seriusnya pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)?

Lihat saja di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa itu. Beritahu Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor, kawasan tersebut dipercayai telah beberapa kali mengalami kejadian tanah runtuh, tetapi tidak dilaporkan.

Kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pula harus dijadikan iktibar. Ujarnya, setiap pembangunan di lereng bukit harus diberi perhatian khusus bagi mengelak berlakunya lagi bencana alam. Kita juga tidak mahu fenomena tuding-menuding jari dan mencongak siapa mencari siapa yang bersalah apabila tragedi berlaku.

Percayalah, wang bukan segalanya tatkala malapetaka menjengah. Sesungguhnya, wang juga tidak mampu mengembalikan sebuah kegembiraan apatah lagi untuk membeli nyawa seorang insan yang dicintai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terjemahan Bismillah kelirukan pengunjung

Posted:

Terjemahan Bismillah kelirukan pengunjung

Terjemahan Bismillah kelirukan pengunjung

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


TERJEMAHAN tidak tepat, ayat Bismillah yang ditulis dalam tulisan jawi pada papan tanda sebuah restoran di Kuala Lumpur.


SIKAP segelintir pengguna Islam yang tidak mempedulikan soal halal dan haram menjadi faktor penyumbang banyak premis makanan memandang ringan terhadap isu ini.

Terdapat segelintir premis makanan yang mengaburi pengunjung bukan saja menggantung ayat-ayat al-Quran di premis masing-masing, malah menggunakan pekerja Indonesia yang bertudung untuk membuktikan premis mereka halal.

Berdasarkan aduan orang ramai, Detektif Urban melakukan tinjauan di sebuah restoran yang beroperasi di Medan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini. Hasil tinjauan mendapati, sebuah restoran yang mengakui menyajikan makanan halal itu diragui statusnya.

Walaupun premis makanan tersebut mendapat pengiktirafan Gred A untuk tahap kebersihannya, namun restoran tersebut tidak memaparkan logo halal.

Seorang pengusaha kuih yang berniaga hampir dua tahun berdekatan restoran tersebut berkongsi maklumat. Tanpa berselindung, pengusaha itu memberitahu, restoran tersebut tidak mendapat pengiktirafan halal kerana pemiliknya bukan penganut agama Islam.

Ditutup pada Deepavali

"Memang saya tahu mengenai hal itu (dimiliki bukan Islam), malah saya juga ada memberitahu kepada orang ramai yang pernah singgah di kedai saya untuk bertanya mengenai restoran mamak yang sedap di sini.

"Para pekerjanya juga kebanyakannya bukan beragama Islam dan bukan India Muslim," katanya yang turut mendakwa restoran tersebut akan ditutup selama beberapa hari ketika perayaan Deepavali.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Maskah, 40, berharap pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat segera mengambil tindakan terhadap restoran tersebut yang bijak mengaburi para pengunjung dengan memaparkan papan tanda nama dengan tulisan jawi.

Walaupun tinjauan mendapati tiada kalimah suci al-Quran ataupun gambar seperti Kaabah dipamerkan di dalam restoran tersebut, namun penggunaan ayat Dengan Nama Tuhan Yang Amat Pemurah Lagi Amat Pengasih dalam tulis jawi pada papan tanda restoran tersebut seperti mahu membuktikan bahawa restoran itu diusahakan oleh orang Islam.

Mengakui mengetahui status halalnya diragui, seorang pegawai bank yang hanya mahu dikenali sebagai Rozman, 39, sebaliknya masih memilih untuk makan di restoran tersebut terutama pada waktu makan tengah hari.

"Ya memang saya ada dengar orang bercakap kedai itu tidak halal, tapi saya tengok ramai (orang Islam) yang makan di restoran tersebut, malah wanita yang bertudung pun ramai makan di restoran ini," katanya.

Bagi seorang penghantar surat, Wan Zafarin Wan Samsudin, 25, selepas mengetahui mengenai pemilik restorannya bukan Islam, dia tidak lagi menjamu selera di premis berkenaan.

"Dulu memang saya ada makan di restoran tersebut dan pernah pergi ke cawangannya di beberapa tempat lain, tetapi selepas saya tahu statusnya, saya sudah tidak pergi. Walaupun kedai itu bersih, tapi saya tidak selesa makan di restoran yang diragui status halal," terangnya.


MASYARAKAT Islam bertanggungjawab memilih dan memastikan restoran yang halal sebelum menjamu selera di sesebuah restoran. – Gambar hiasan


Rakannya, Mohamad Hazizi Omar, 23, pula berharap pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera terhadap pemilik restoran itu.

"Walaupun kita nampak dengan jelas, restoran tersebut menggunakan ayat Dengan Nama Tuhan menggunakan tulisan jawi pada papan tandanya, tetapi ada juga yang tidak perasan atau kurang peka.

"Justeru itu, diharap pihak-pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera," katanya yang bimbang jika lebih ramai pengunjung Islam menikmati makanan yang diragui status halalnya.

Mengulas mengenai penggunaan perkataan tuhan dan bukannya Allah pada papan tanda nama restoran tersebut, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup mengakui beliau tahu mengenai perkara tersebut.

"Saya sendiri tahu mengenai perkara ini dan pernah melihat papan tanda nama itu. Cuma yang saya boleh kata mengikut syarat-syarat tulisan papan tanda nama kedai, pemilik itu tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Perlesenan DBKL.

"Bagaimanapun, pihak kami tidak bertanggungjawab dalam perkara halal atau tidak, ia bukan di bawah kuasa DBKL, tetapi saya akan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenaan kerana ia melibatkan sensitiviti agama Islam," katanya sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai penggunaan terjemahan yang tertera di papan tanda nama restorna tersebut.

Kelirukan pengunjung

Dalam pada itu, pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah menjelaskan, adalah salah sekiranya Bismillah diterjemah dalam ayat Dengan Nama Tuhan.

"Salah dan tidak patut jika terjemahan Bismillah digunakan oleh orang bukan Islam lebih-lebih terjemahaan Allah ditukar kepada Tuhan.

"Kalau dia bukan Islam, tidak boleh guna terjemahan itu, penggunaan di kedai makan itu adalah tidak wajar kerana dia mengelirukan pengunjung," tegasnya yang turut bimbang mengenai lambakan restoran makanan yang kebanyakkan diragui status halal.

Md. Daud yang nyata kecewa apabila penggunaan ayat al-Quran ataupun terjemahaannya digunakan oleh orang bukan Islam itu adalah tidak lain untuk mengelirukan pengunjung. Pada masa yang sama untuk mengaut keuntungan.

"Sebagai nasihat, saya ingatkan masyarakat Islam supaya lebih peka dalam memilih makanan yang halal, kita tidak boleh menuding jari kepada pemilik kedai itu semata-mata kerana kita juga ada akal, waras untuk berfikir dan memilih premis yang halal untuk kita menjamu selera.

"Sepatutnya pihak yang berkenaan tidak boleh terlepas pandang isu-isu yang serius seperti ini kerana ia melibatkan sensitiviti agama Islam," katanya.

Carian maklumat di laman Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halaljakim.gov.my pula mendapati maklumat nama dan alamat restoran berkenaan tiada dalam senarai premis makanan di bawah Semakan Status Halal.

Dalam pada itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Jakim bagi menghentikan kekeliruan tersebut menemui jalan buntu kerana pihak Jakim enggan memberikan komen dan meminta hal itu dilanjutkan ke pengetahuan menteri yang bertanggungjawab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ruang udara Eropah berjaga-jaga

Posted:

Ruang udara Eropah berjaga-jaga

Ruang udara Eropah berjaga-jaga


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan gunung berapi Grimsvotn meletus dengan mengeluarkan debu ke udara.


PARIS - Debu dari sebuah gunung berapi di Iceland mungkin tiba di utara Scotland menjelang esok sekali gus menjejaskan penerbangan.

Jika letusan gunung berapi Grimsvotn itu berterusan, debu berkenaan akan tiba di sebahagian wilayah di Britain, Perancis dan Sepanyol menjelang Khamis ini.

Beberapa lapangan terbang di Iceland ditutup semalam ekoran kebimbangan bahawa debu dari gunung berkenaan yang meletus pada Sabtu lalu bakal mengancam keselamatan penumpang pesawat.

Ekoran angin bergerak ke arah utara, pihak berkuasa menyatakan terdapat risiko yang sedikit akan berlakunya gangguan ke atas laluan penerbangan di Eropah dalam tempoh 24 jam.

Semalam, pihak berkuasa Britain menimbang untuk menghantar kumpulan pesawat bagi memantau pergerakan debu itu.

Beberapa pihak pengendali pesawat kini kerap diberitahu mengenai situasi yang terkini berhubung debu gunung tersebut.

Pakar-pakar menyatakan, gunung itu mungkin tidak akan mencetuskan suasana yang sama seperti gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada April tahun lalu.

Gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada tahun lalu menyebabkan sejumlah pesawat menghentikan operasi kerana debu yang berterbangan di udara. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ditahan selepas muat naik video di Facebook

Posted:

Ditahan selepas muat naik video di Facebook

Ditahan selepas muat naik video di Facebook


MUKA surat Facebook yang menyokong wanita memandu di Arab Saudi.


RIYADH - Seorang wanita di Arab Saudi telah ditahan pihak berkuasa negara itu semalam selepas dia melancarkan kempen menentang wanita memandu kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Manal al-Sherif juga memuat naik klip video yang menunjukkan dia sedang memandu kereta di Khobar ke laman sosial Facebook dan YouTube agar wanita lain mengikut perbuatannya.

Dia bersama sekumpulan wanita lain turut mewujudkan muka surat dalam Facebook.

Muka surat itu berjudul 'Ajar saya bagaimana untuk memandu justeru saya boleh melindungi diri saya.'

Dia kini memiliki 11,000 penyokong bagi mendesak kerajaan menggugurkan larangan itu.

Manal yang belajar memandu semasa berusia 30 tahun di New Hampshire, Amerika Syarikat berkata, kebaikan memandu bagi wanita adalah boleh menyelamatkan nyawa, masa dan martabat seorang wanita.

"Ini adalah kempen sukarelawan untuk membantu wanita di negara ini belajar memandu kereta, sekurang-kurangnya pada masa kecemasan," katanya dalam video berkenaan.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia, Maha Taher berkata, Manal telah ditahan oleh polis agama negara itu pada pukul 3.30 pagi semalam. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gadis Turki berbogel mengaku bukan Muslim

Posted:

Gadis Turki berbogel mengaku bukan Muslim

Gadis Turki berbogel mengaku bukan Muslim


Sila Sahin


BERLIN - Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam.

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.

Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.

"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam.

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.

Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Futsal antara acara terbesar Hari Belia

Posted:

Futsal antara acara terbesar Hari Belia

Futsal antara acara terbesar Hari Belia

23/05/2011 8:53pm

PUTRAJAYA – Acara futsal menjadi antara program yang menerima sambutan hebat sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 dan Himpunan Sejuta Belia di sini selama tiga hari, mulai Jumaat ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebanyak 1,624 pasukan telah berdaftar untuk Kejohanan Rentap Futsal, yang akan diadakan selama empat hari tanpa henti mulai Khamis ini.

Katanya jumlah penyertaan itu melepasi sasaran sebanyak 1,600 pasukan.

"Sukan futsal mendapat sambutan tersebsar sekali sehingga pihak penganjur terpaksa menolak sebahagian daripada permohonan," katanya kepada pemberita selepas menerima tajaan bagi kejohanan itu di sini hari ini.

Pelancaran Himpunan Sejuta Belia akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini.

Ahmad Shabery berkata antara acara lain yang turut diadakan sempena acara tersebut ialah sukan bermotor, marathon dan sukan rakyat.

Sempena sambutan itu, katanya, pihaknya bercadang mengumpul derma bagi membantu mangsa kejadian tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, pada Sabtu lalu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emas dirompak rugi RM7,000

Posted:

Warga emas dirompak rugi RM7,000

Warga emas dirompak rugi RM7,000

23/05/2011 8:52pm

YAN – Seorang ibu tunggal warga emas mengalami kerugian sebanyak RM7,050 selepas dirompak di rumahnya di Kampung Permatang Kechil, Kuala Sungai Daun di sini semalam.

Mangsa Azizah Mat Isa, 63, bersama seorang anak lelaki serta rakan lelakinya yang berusia lingkungan 20-an diikat pada tangan dan kaki oleh tiga perompak kira-kira 8 malam semalam, manakala cucu perempuannya, berusia 11 tahun, turut berada dalam rumah berkenaan tidak diapa-apakan.

Menurut Azizah tiga orang perompak yang datang ke rumahnya itu pada mulanya disangkakan anggota polis kerana menyoal siasat mereka dengan pelbagai pertanyaan.

"Makcik baru sudah sembahyang Maghrib tiba-tiba dengar ketukan pintu, cucu makcik buka pintu sebab dia ingat ayah dia rupa-rupanya tiga orang yang tidak dikenali yang berlagak seperti polis cuba tanya banyak soalan daripada kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya selepas beberapa minit tiga orang perompak itu menyerbu masuk rumahnya dan mengacukan senjata tajam di lehernya dan merompak barang kemas dan wang tunai RM50.

"Makcik tidak berani melawan sebab diacu pisau di leher, mereka menyelongkar rumah dan salah seorang daripadanya merentap barang kemas makcik ini iaitu dua utas rantai, seutas gelang, sebentuk cincin dan duit," kata Azizah.

Katanya ketiga-tiga penjenayah itu melarikan diri selepas merompak dan cucunya yang tidak diikat cuba melepaskan ikatan mereka.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan.

"Sehingga kini polis masih belum mengenal pasti suspek dan siasatan sedang giat dijalankan," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hati-hati ubat Cina palsu di pasaran

Posted:

Hati-hati ubat Cina palsu di pasaran

Hati-hati ubat Cina palsu di pasaran

23/05/2011 6:53pm

SIBU - Orang ramai di Sarawak dinasihati berhati-hati dengan ubat Cina palsu yang terdapat di pasaran.

Presiden Persekutuan Persatuan Tabib dan Penjual Ubat Cina Malaysia, Ting Ka Hua berkata, adalah tidak mudah untuk mereka membezakan antara yang palsu dan tulen hanya kerana melihat bungkusannya.

Tetapi orang ramai boleh mengetahuinya kerana yang tulen ada hologram Kementerian Kesihatan pada bungkusan atau periksa pada laman web www.bpfk.gov.my untuk nombor penghantaran produk wajib Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Tuah lagu Janji Manismu

Posted:

Tuah lagu Janji Manismu

Tuah lagu Janji Manismu



BERKAT membawakan lagu Aishah, Janji Manismu di dalam album pertamanya yang berjudul Terry, Terryana Fatiah, 26, dikenali di Indonesia. Baginya, lagu yang pernah hit di tahun 80-an itu memberi tuah kepadanya sehingga menyebabkan namanya meniti di bibir peminat sehingga ke hari ini.

Mengakui teringin benar bertemu empat mata dengan Aishah, penyanyi berdarah campuran Belanda, Arab dan Padang itu juga menyimpan keinginan untuk berduet dengan Aishah menerusi lagu Janji Manismu.

"Sejak menyanyikan lagu Janji Manismu memang saya teringin benar datang ke Malaysia bertemu dengan Aishah. Sebabnya, bagi saya Aishah memiliki suara yang powerful dan lagu Janji Manismu yang dinyanyikannya sangat menyentuh perasaan saya," tuturnya ketika ditemui di PNB Darby Park, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Membawakan lagu Janji Manismu dengan gaya penghayatan berbeza, Terry memberitahu, pemilihan lagu itu dibuat oleh penerbit albumnya iaitu Jan Djuhana.

Katanya, dia tidak mengikut cara Aishah membawakan lagu tersebut. Penyanyi berasal dari Jakarta, Indonesia itu membawakan lagu Janji Manismu dengan lebih santai dan harmoni.

"Ketika saya menyanyikan lagu Janji Manismu di Indonesia, peminat-peminat turut sama menyanyikan lagu itu. Mereka sangat gemar menyanyikan lirik 'lidah tidak bertulang' yang terdapat dalam lagu Janji Manismu. Bagi mereka, perkataan itu sesuatu yang baharu didengar dan ia sedap.

"Saya betul-betul serius mahu tembusi pasaran Malaysia," katanya yang datang ke Malaysia membuat persembahan di Eksekutif Suite Hotel, PNB Darby park sempena sambutan Hari Ibu, Rafflesia Pearl Centre pada 28 April lalu.

Ternyata dengan membawakan lagu Janji Manismu, Terry menerima tepukan gemuruh daripada audien yang terdiri daripada ibu-ibu, artis-artis dan media-media pada malam sempena sambutan Hari Ibu itu.

Penyanyi iringan Dewa 19

Mengenali sisi awal Terry, pada mulanya anak bongsu daripada dua beradik itu ditentang keras oleh ayahnya menceburi bidang muzik.

Namun disebabkan terlalu mencintai bidang muzik dan dipujuk oleh ibunya, ayah Terry akhirnya akur dan mengikut sahaja kemahuan anak perempuannya itu.

"Saya mula menyanyi sewaktu di sekolah. Ini semuanya disebabkan teman yang menyedari bakat saya. Jika tidak saya kurang yakin untuk menonjolkan bakat nyanyian saya kepada orang ramai.

"Selepas itu, saya mula aktif menyanyi mewakili sekolah dan mendapat sokongan daripada guru-guru. Sejak itu, keyakinan saya mula tinggi dan minat untuk menceburi bidang nyanyian semakin manjadi-jadi," ceritanya.


ALBUM terbaru Terry baru sahaja berada di pasaran Malaysia hujung April tahun ini.


Justeru, selepas tamat sekolah Terry mula menyanyi di kelab-kelab dan kafe-kafe. Sehinggalah, dia bertemu dengan salah seorang anggota Dewa 19 iaitu Think Monican.

Saat itu, Terry diperkenalkan kepada ahli-ahli Dewa 19 dan mereka berkenan untuk menjadikannya sebagai penyanyi iringan kumpulan terkenal itu.

Antara lagu-lagu Dewa 19 yang diiringi Terry ialah Pupus, Cemburu dan Hidup adalah perjuangan.

Pandai menjaga diri dan nama keluarga, tiada langsung gosip-gosip liar mengenai hubungannya bersama anggota-anggota Dewa 19.

Saat diajukan soalan, penyanyi berketinggian 168 sentimeter itu mengakui bahawa dirinya sudah punya pacar yang bukan terdiri daripada orang seni dan sangat setia dengan kekasih hatinya itu.

Single pertama

Selepas album pertama yang berjudul Terry sukses empat tahun lalu, penyanyi berbintang Gemini itu tidak menunggu lama untuk melancarkan album keduanya menerusi single berjudul Haruslah Kau Pilih Aku.

Baru sahaja dipasarkan akhir April lalu di Malaysia, namun akuinya album keduanya itu lebih istimewa kerana kesemua lagu yang dimuatkan berkisarkan tentang hidupnya.

"Terdapat 12 buah lagu dalam album kedua ini yang kesemuanya berkisarkan tentang hidup saya.

"Single pertama, Haruslah Kau Pilih Aku telah menjadi permintaan utama daripada 100 buah stesen radio di Indonesia," katanya mengenai lagu yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang sangat dia cintai tetapi sudah mempunyai teman wanita lain.

Ditanya mengenai perbezaan album kedua berbanding album pertama, Terry memberitahu, album pertamanya itu mempunyai muzik yang lebih tenang seperti jazz manakala album keduanya memuatkan lagu-lagu yang lebih rancak dan bertenaga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

S.Y.O.K pecah tradisi RTM

Posted:

S.Y.O.K pecah tradisi RTM

S.Y.O.K pecah tradisi RTM

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


MANTAP. Nama-nama yang cukup sinonim dengan lawak jenaka mewakili setiap zaman (depan, dari kiri), Johan, A. R. Badul, (belakang, dari kiri), Kartina, Adibah, Harun dan Saiful Apek (tengah) bakal menggeletek penonton menerusi sitkom muzikal, S.Y.O.K.


MEMANDANGKAN konsep muzikal masih segar dan galak diterima umum, RTM dengan penuh yakin menerbitkan sitkom komedi muzikal berjudul S.Y.O.K, yang mana ia merupakan muzikal komedi sulung diwujudkan oleh sebuah stesen televisyen.

Selaku pemecah tradisi dalam menerbitkan rancangan sebegitu, rancangan berdurasi satu jam itu membariskan pelawak-pelawak terkemuka tanah air daripada muka-muka lama sehinggalah bakat-bakat baharu.

Idea menerbitkan sitkom muzikal tersebut berakar atas dasar kejayaan rancangan khas S.Y.O.K yang disiarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri empat tahun lalu.

Penerimaan penonton terhadap rancangan berbentuk komedi muzikal nyata mampu menarik orang ramai untuk terus melekat di hadapan kaca televisyen, justeru, RTM tanpa ragu-ragu menggunakan formula tersebut bagi memberikan penonton setia mereka rancangan hiburan berkualiti tinggi.

Penglibatan nama-nama besar dalam S.Y.O.K seperti Saiful Apek, Harun Salim Bachik, A. R. Badul dan Kartina Aziz mampu membuatkan rancangan tersebut mudah diterima ramai, apatah lagi ia bakal turut digamatkan dengan kehadiran Jep Sepah dan Johan Raja Lawak.

"Rancangan ini merupakan satu kelainan dan menerbitkan rancangan komedi bukan mudah kerana ia perlu sentiasa menampilkan sesuatu yang baharu."

"Dalam rancangan ini kesemua pelakon perlu melakukan tiga perkara dalam setiap episod iaitu berlakon, menyanyi dan menari dan pada masa yang sama kami perlu mengekalkan momentum jenaka itu agar ia sampai kepada penonton," jelas Harun Salim Bachik yang terlibat dalam sembilan episod S.Y.O.K.

Pelakon dan pelawak senior itu juga memberitahu S.Y.O.K bukan sekadar rancangan hiburan semata-mata malah setiap episod diselitkan dengan mesej-mesej berguna yang telah disesuaikan dengan konteks masyarakat Malaysia.

Bakal menemui penonton saluran TV1 bermula 27 Mei ini, S.Y.O.K yang membawa maksud Sempoi, Yakin, Optimis, Kelakar itu mengandungi 15 episod dan akan bersiaran setiap Jumaat pada pukul 9 malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cheryl Cole laku

Posted:

Cheryl Cole laku

Cheryl Cole laku


CHERYL COLE


KEMUNCULAN Cheryl Cole pada Festival Filem Cannes baru-baru ini ternyata telah memukau karyawan industri filem di Hollywood.

Buktinya, sebaik tampil pada majlis berprestij tersebut, mantan anggota grup Girls Aloud itu telah ditawarkan berlakon filem. Bukan satu tawaran yang diterima, sebaliknya tiga!

"Sebaik dia pulang ke Amerika Syarikat, terdapat beberapa orang penerbit dan agensi yang menelefonnya dan memberi tawaran berlakon dalam projek terkini mereka," ujar satu sumber kepada Splash News.

Tambah sumber tersebut, selepas berunding, Cole telah bersetuju untuk membintangi tiga buah filem, namun sedang berusaha menyusun jadual kerjanya yang semakin padat.

Namun ada yang mengatakan, tawaran tersebut bukan datang hanya disebabkan dia telah hadir ke festival tersebut. Sebaliknya ia disebabkan oleh impak daripada program realiti yang disertainya, The X Factor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved