Ahad, 22 Mei 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tumbuh segar di tanah tinggi

Posted:

Tumbuh segar di tanah tinggi

Tumbuh segar di tanah tinggi

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my



LELAKI berkulit hitam manis itu tekun membelek serumpun tanaman herba parsli yang segar menghijau. Melihat kesuburan pohon kecil yang ditanam di Taman Dapur (Edible Garden) itu, bibirnya pantas mengukir senyuman.

Berpuas hati dengan perkembangan tumbuhan dari Barat itu, langkahnya diatur pada tanaman yang lain. Daun pudina, stevia, thyme, rosmari, oregano, sage, selasih, lemon balm dan nasturtium semuanya tumbuh mekar.

Situasi itu secara tidak langsung menjadikan suasana di taman tersebut diselubungi kehijauan yang cukup menyejukkan pandangan.

Itulah antara rutin Mohd. Syawali Hamid, 37, selaku Pembantu Penyelidik, Bahagian Penyelidikan Hortikultur di Taman Agro Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Cameron Highlands sejak empat bulan lalu.

Beliau pernah bertugas selama dua tahun di stesen Mardi Serdang, Selangor sebelum dipindahkan ke stesen Mardi Cameron Highlands pada awal Januari lalu dan diberi tanggungjawab khusus untuk menjaga tumbuhan herba.

"Setiap pagi, saya akan meluangkan masa untuk melihat perkembangan aneka tumbuhan herba Inggeris yang terdapat di Laman Dapur dan Taman Herba yang terletak berhampiran pintu masuk taman agroteknologi ini.

"Taman Herba di Cameron Highlands mula diusahakan sejak tahun 2009. Sehingga kini terdapat 22 jenis herba Inggeris dan tujuh jenis herba kampung yang ditanam dan membiak dengan sempurna menggunakan kaedah biji benih.


TAMAN DAPUR dipenuhi suasana kehijauan hasil penanaman pelbagai jenis herba Inggeris dan sayur-sayuran lain.


"Malah, dalam keadaan cuaca sejuk di Cameron Highlands ini, tidak susah untuk menjaga kesemua tumbuhan tersebut. Namun, hujan yang kerap akan memberi kesan terhadap pertumbuhan pokok herba," ujar beliau sambil menunjukkan tanaman herba rosmari yang berada di hadapannya.

Tambahnya, tumbuhan herba seperti rosemary, thyme, pudina dan oregano paling mudah dijaga memandangkan ia terdiri daripada spesies menjalar.

"Tumbuhan daripada spesies ini tidak memerlukan penjagaan yang teliti. Biasanya pembajaan dilakukan dua minggu sekali.

"Di samping itu, daun-daun herba ini juga perlu disembur dengan sejenis baja cecair iaitu folikr kerana herba tersebut mendapat makanan daripada daunnya. Herba Inggeris berbeza dengan herba kampung yang memperoleh makanan dari bahagian akarnya," terang Mohd. Syawali.

Bagaimanapun katanya, bagi rosemary, ia agak sensitif dengan hujan kerana boleh menjejaskan pertumbuhannya.

"Jika terlindung daripada hujan dan cuaca teruk, tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi dua hingga tiga kaki seperti yang terdapat di Taman Dapur," ungkap beliau sambil memberitahu di Asia, kebiasaannya daun herba rosmari digunakan untuk menghilangkan bau hanyir daging.

Sementara itu, menurut Pengurus Stesen Mardi Cameron Highlands, Dr. Wan Abdullah Wan Yusoff, kesemua benih herba Inggeris yang ditanam di Cameron Highlands diimport dari dalam dan luar negara.

Bekalan yang diperoleh ditanam di kawasan Taman Dapur yang berkeluasan kira-kira 500 meter persegi. Taman ini merupakan konsep baru landskap masa kini yang mempunyai dwifungsi iaitu kecantikan dan hasilnya boleh dinikmati.


LANDSKAP Taman Herba di Mardi Cameron Highlands dijaga dengan rapi.


Melalui Taman Dapur ini pelbagai jenis tanaman yang boleh dimakan dan diolah dalam bentuk landskap edible dipamerkan di dalamnya.

"Ia direka dengan gabungan, gubahan dan adunan pelbagai variasi tanaman makanan. Antaranya sayuran berdaun seperti kobis dan salad, sayuran berbuah (tomato dan cili), sayuran umbisi (lobak dan kentang) dan sayuran memanjat (petola dan labu).

"Selain itu, ia turut ditanam dengan tanaman ulaman dan herba serta tanaman dalam air seperti selada air (water crest), daun kesum dan pegaga.

"Kombinasi tanaman jangka pendek seperti sawi dengan tanaman jangka panjang (asparagus) dengan nisbah sesuai 70:30, dapat memberikan impak landskap yang berpanjangan," kata Wan Abdullah sambil berkongsi teknik untuk menghidu bau tumbuhan herba dengan cara memetik dan kemudian direnyukkan dengan jari sebelum dicium.

Di taman ini, pelawat berpeluang melihat pelbagai jenis tanaman dan merasai kemanisan daun stevia, keharumnya lurutan herba rosemary dan indahnya gantungan buah di pergola.

Apa yang pasti, konsep landskap begini dapat memberi pengajaran dan pembelajaran terutama kepada pelawat daripada golongan pelajar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Konvoi Amal Aman Palestin

Posted:

Konvoi Amal Aman Palestin

Konvoi Amal Aman Palestin


SEBAHAGIAN daripada 500 peserta bergambar semasa Konvoi Amal Aman Palestin di Petaling Jaya baru-baru ini.


PERSAUDARAAN. Sebagai tanda simpati terhadap keperitan yang dilalui saudara seagama di Palestin, Pertubuhan Aman Palestin cawangan Kota Damansara telah menganjurkan program Konvoi Amal Aman Palestin baru-baru ini.

Konvoi yang disertai oleh 500 orang peserta yang terdiri daripada peserta berbasikal dan motosikal berkuasa besar itu memulakan konvoi dari Sri Pentas, Bandar Utama ke pekarangan bangunan Aman Palestin di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Pada sepanjang konvoi itu, peserta mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda sokongan moral kepada rakyat negara itu termasuk kepada pelarian-pelarian Palestin yang berada di Lebanon, Syria dan Jordan.

Pertubuhan bukan kerajaan itu turut berjaya mengumpul wang derma daripada orang ramai berjumlah RM14,673 yang telah dikutip sejak sebulan lalu untuk membantu rakyat Palestin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjual akhbar Pulau Pinang hargai jasa isteri dan ibu

Posted:

Penjual akhbar Pulau Pinang hargai jasa isteri dan ibu

Penjual akhbar Pulau Pinang hargai jasa isteri dan ibu


AHLI-AHLI PNBSA meraikan isteri dan ibu masing-masing sempena Hari Ibu di George Town baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Sumbangan besar wanita bergelar isteri dan ibu diluahkan oleh ahli-ahli Persatuan Penjual-penjual Akhbar dan Buku Pulau Pinang (PNBSA) sempena majlis sambutan Hari Ibu di Kompleks Masyarakat Penyayang George Town baru-baru ini.

Pada majlis itu, isteri dan ibu kepada ahli-ahli PNBSA menerima sepotong kek serta sekuntum bunga ros tanda cinta dan kasih.

Sebagai gimik majlis, kira-kira 15 orang ibu dijemput naik ke pentas bagi menyempurnakan acara memotong kek diikuti nyanyian selamat Hari Ibu.

Menurut Presiden PNBSA, M. Murugesu, inisiatif untuk mengadakan sambutan secara sederhana tetapi meriah itu adalah hasil perbincangan antara ahli-ahlinya bagi menghargai sumbangan isteri dan ibu masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TNB Johor rai petugas media di atas kapal persiaran

Posted:

TNB Johor rai petugas media di atas kapal persiaran

TNB Johor rai petugas media di atas kapal persiaran


MOHD. AMINUDDIN (tengah) beramah mesra dengan wartawan dan jurugambar pada majlis makan malam di atas kapal persiaran Danga Cruise di Teluk Danga, Johor Bahru baru-baru ini.


MERAIKAN. Tenaga Nasional Berhad (TNB) Johor meraikan petugas-petugas media di negeri Johor pada majlis makan malam di atas kapal pesiaran Danga Cruise di Teluk Danga, Johor Bahru baru-baru ini.

Majlis tersebut bertujuan merapatkan hubungan dan menghargai sumbangan pihak media kepada TNB Johor.

Pelbagai acara sampingan turut diadakan seperti cabutan bertuah, pertandingan karaoke antara wakil media dan cucuk belon.

Pengurus Besar TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin dalam ucapannya berharap agar hubungan erat antara kedua-dua pihak dapat dipertingkatkan lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


7 mangsa dikebumi satu liang lahad

Posted:

7 mangsa dikebumi satu liang lahad

7 mangsa dikebumi satu liang lahad


orang ramai memenuhi Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat tempat tujuh jenazah mangsa tanah runtuh disembahyangkan semalam.


hulu langat - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.

Tujuh jenazah daripada 16 mangsa yang terkorban itu ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18, Mohd. Azret Azahari, 8, Wan Ahmad Hashim Hazim, 11, Mohd. Mustakim Mamat, 12, Mohd. Zaim Azahari, 14, Mohd. Imal Fahad, 9, dan Mohd. Hazim Sapri, 10.

Turut disemadikan dalam liang lahad sama ialah sebelah kaki milik Zulkhairi Aminuddin, 13, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Upacara pengebumian itu selesai pada pukul 3.20 petang.

Terdahulu, kesemua jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14. Lebih 500 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, waris, dan penduduk setempat mulai memenuhi masjid tersebut sejak pukul 10 pagi bagi menunaikan solat jenazah untuk mangsa-mangsa malang itu.

Zaiton Abdullah, 30-an, ibu saudara salah seorang mangsa, Dzahir Haziq ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Zaiton berkata, dia yang menetap di Terengganu terus bergegas ke ibu kota setelah menerima panggilan pada malam kejadian mengenai tragedi menimpa Dzahir Haziq.

"Saya terkilan kerana tidak dapat menatap wajah Dzahir Haziq buat kali terakhir kerana baru sampai ke sini," kata Zaiton yang memberitahu dia menganggap arwah seperti anak kandungnya.

Roslan Osman, 69, yang bertugas secara sukarela di rumah anak yatim itu berkata, rumah tersebut mempunyai 42 orang penghuni yang terdiri daripada empat golongan iaitu anak yatim, yatim piatu, anak-anak fasuki dan anak-anak hidayah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaki dua mangsa cedera parah terpaksa dipotong

Posted:

Kaki dua mangsa cedera parah terpaksa dipotong

Kaki dua mangsa cedera parah terpaksa dipotong


ORANG ramai melihat kawasan tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam.


KUALA LUMPUR - Kesemua sembilan orang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat kelmarin dan sedang dirawat di hospital dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lapan mangsa dirawat di Hospital Ampang manakala seorang lagi mangsa dirawat di Hospital Pakar KPJ Kajang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, enam mangsa kejadian di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Al-Taqwa itu ditempatkan di wad khas di Hospital Ampang manakala dua lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

"Dua mangsa berumur 13 dan 33 tahun kini stabil di ICU walaupun kaki masing-masing terpaksa dipotong akibat kecederaan teruk," kata Rosnah sambil menangis kerana sebak dengan kejadian itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib, Rosmah gembira anak terima ijazah

Posted:

Najib, Rosmah gembira anak terima ijazah

Najib, Rosmah gembira anak terima ijazah


NAJIB dan Rosmah bergambar kenangan bersama anak sulung mereka, Nooryana Najwa yang menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika Syarikat semalam.


WASHINGTON - Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat anak mereka memperoleh segulung ijazah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak terkecuali.

Semalam, Najib, yang berada di Amerika Syarikat sejak 17 Mei lepas untuk lawatan kerja seminggu ke New York dan Washington, meluangkan masa lebih tiga jam berada di Universiti Georgetown dan duduk bersama beratus-ratus ibu bapa dan kaum keluarga masing-masing di majlis konvokesyen anaknya di universiti itu.

Anak perempuan mereka, Nooryana Najwa, 22, menerima ijazah Sains Dalam Perkhidmatan Luar Negara selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service universiti berusia 222 tahun itu.

"Saya amat bersyukur bahawa anak saya dapat kelulusan ijazah pertama dari Georgetown School of Foreign Service.

"Sebagai bapa tentu saya rasa tanggungjawab saya sudah saya melunaskan dan anak saya berjaya mendapat pendidikan dalam lapangan yang beliau minati," katanya selepas majlis konvokesyen di Healy Lawn universiti itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Giliran anak menyolek ibu

Posted:

Giliran anak menyolek ibu

Giliran anak menyolek ibu


BAGAIMANAKAH agaknya rupa si ibu tatkala menjadi bahan eksperimen bakat solekan anak masing-masing?


HANYA satu perkataan dapat dizahirkan apabila dua hari penting digabungkan dalam sebuah acara yang sangat meriah.

Hari Ibu yang disambut pada hari Ahad minggu pertama bulan Mei ditambah dengan sambutan ulang tahun ke-10 Stesen Sentral Kuala Lumpur (SSKL), ternyata acara tersebut menambat ratusan pengunjung di SSKL baru-baru ini.

Dengan kerjasama Avon, suasana gamat berjaya dihidupkan seawal pukul 10 pagi di tingkat satu bangunan hab stesen pengangkutan dan transit tersebut.

Kira-kira 100 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan solekan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu solekan ibu dan solekan ibu dan anak yang mempertaruhkan bakat anak-anak kecil mencantikkan ibu mereka.

Menurut jurucakap acara, sambutan bersempena Hari Ibu dan ulang tahun ke-10 SSKL itu membariskan pelbagai aktiviti menarik termasuk jualan kebajikan dengan keuntungan hasil jualan akan disalurkan kepada Persatuan Ibu Tunggal Kuala Lumpur dan Selangor.

"Orang ramai sudah datang ke sini sejak pukul 10 pagi tetapi, pertandingan hanya dimulakan pada pukul 12 tengah hari.

"Para pengunjung yang datang bukan sahaja dalam kalangan ibu-ibu dan anak-anak yang ingin mengambil bahagian bahkan, acara itu turut menarik pengguna perkhidmatan di SSKL serta mereka yang teruja menyaksikan acara ini," katanya.


SALAH seorang peserta cilik tekun menyapukan bedak asas di wajah ibunya dalam pertandingan solekan ibu dan anak di SSKL baru-baru ini.


Ketika peserta kategori pertama menunjukkan bakat terpendam mereka menata rias wajah masing-masing, kategori kedua adalah yang paling mendapat sambutan hadirin dan hakim.

"Kreativiti dan imaginasi anak-anak kecil yang menyolek ibu mereka membuatkan para penonton teruja bagi melihat hasil solekan tersebut," katanya.

Terdapat juga kios Avon yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengunjung yang hadir iaitu analisis kulit, karaoke, kesedaran kanser payudara dan produk-produk Avon.

Acara sampingan yang dianjurkan pula adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir memeriahkan majlis.

Terdahulu, jurusolek artis Zul Fazli Suhadi selaku hos acara melakukan demonstrasi solekan bagi menunjukkan cara mudah menggunakan bedak asas, pembayang mata, pemerah pipi dan lipstik dengan.

"Para peserta dilihat cuba mengaplikasikan tunjuk ajar yang ditunjukkan jurusolek Zul Fazli untuk mendapatkan hasil yang cantik seperti ditunjukkan," kata jurucakap Avon.

Pemenang acara itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500, manakala ibu yang hadir bersama anak pula menerima hadiah produk-produk daripada Avon.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Bergaya santai dengan Fipper

Posted:

Bergaya santai dengan Fipper

Bergaya santai dengan Fipper

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my



PENGARUH pemakaian selipar ringkas atau flip flop sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.

Sejak beberapa tahun lalu, trend itu kembali menjadi pilihan generasi masa kini. Ia bangga dipakai sebagai aksesori bergaya selepas ia melalui beberapa fasa perubahan reka bentuk, warna dan fesyen.

Mendapat jolokan popular selipar Jepun suatu masa dahulu, flip flop kini diakui sebagai pilihan fesyen sepanjang zaman yang tidak luput ditelan arus kemodenan.

Tidak lagi dilihat sebagai aksesori yang tidak seiring perkembangan fesyen semasa, flip flop sebaliknya semakin popular dalam kalangan golongan muda terutamanya remaja masa kini untuk melengkapi aktiviti santai mereka.

Justeru, EarthFour Sdn. Bhd. yang membangunkan jenama Fipper pada tahun 2008 menghasilkan rekaan-rekaan flip flop yang trendy dan terkini untuk dipakai generasi penggemar yang mahu tampil bergaya dengan mudah dan ringkas.

Pengurus Besarnya, Dylan Cheong berkata, jenama Fipper dibangunkan selepas satu kumpulan kecil yang terdiri daripada empat anak muda melihat perkembangan fesyen sandal flip flop di negara luar yang begitu pesat membangun.

"Kini, Fipper mempunyai tiga orang pereka khas kreatif yang merupakan anak tempatan. Mereka menghasilkan rekaan yang menepati cita rasa semua golongan tidak kira usia," katanya ketika ditemui di butik Fipper di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan Minggu lalu.

Menurut Dylan, Fipper merupakan 100 peratus jenama tempatan tetapi melalui proses pembuatan di Thailand.

Walaupun rupanya tidak seperti kasut atau sandal berjenama, ia tetap dilihat menarik di kaki pemakainya. Bukan sahaja cantik dan berkualiti, Fipper turut dijual dalam variasi pilihan warna yang sesuai dipadankan dengan pakaian santai.


DYLAN (tengah) gembira koleksi selipar Fipper mendapat sambutan anak-anak muda.


"Fipper dihasilkan menggunakan getah asli sepenuhnya dan bahan mentah yang paling sesuai boleh didapati di Thailand. Disebabkan itu, logo jenama ini menggunakan imej gajah yang terkenal di negara berkenaan," katanya.

Dylan memberitahu, fesyen flip flop masih baru di Malaysia tetapi sudah berkembang dengan cepat di luar negara yang menyediakan pelbagai rekaan berkualiti tinggi dan dijual pada harga tinggi.

"Fipper merupakan jenama peneraju di Malaysia dan kami mahu menghasilkan rekaan-rekaan terkini seiring permintaan dan perkembangan fesyen flip flop di sini.

"Kelebihan Fipper bukan sahaja pada harganya yang rendah berbanding kualitinya yang tinggi, malah ia antikulat dan bahan aslinya memastikan pengguna tidak tergelincir ketika pemakainya melangkah di permukaan licin," katanya.

Dalam pada itu, Dylan memberitahu, setiap rekaan Fipper tampil di antara 30 hingga 40 pilihan warna berbeza yang menepati cita rasa fesyen yang pelbagai.

Warna-warna terang seperti oren, hijau, merah, kuning, biru, firus dan ungu menjadi 'buruan' ramai, apatah lagi keluaran yang menggabungkan dua atau lebih warna.

"Setiap pasang Fipper mempunyai padanan warna yang sepadan atau kontra atau berjalur, terpulang kepada cita rasa pelanggan. Ada yang mahu tampil klasik dengan gabungan warna asas, atau tampil funky dengan gabungan warna-warna terang dan kontra.

"Ia bukan sahaja sesuai untuk kedua-dua aktiviti dalaman dan luaran, generasi masa kini memakai flip flop di mana-mana sahaja, sama ada ketika membeli-belah, keluar bersantai bersama teman atau ke pantai untuk menikmati masa percutian berkualiti," katanya.

Jelas Dylan, sejak diperkenalkan, Fipper mempunyai komuniti Facebooknya sendiri yang bukan sahaja membeli Fipper untuk kegunaan harian tetapi dijadikan koleksi peribadi yang lain daripada yang lain.

"Ada penggemar flip flop kini menjadi pengumpul jenama Fipper dengan memastikan mereka mempunyai koleksi warna-warna menarik yang menjadi kegemaran mereka.

"Selain itu, dengan koleksi tersebut, ia boleh dipakai dengan warna pakaian yang sepadan setiap kali keluar rumah. Pengguna tidak akan rasa terbeban untuk menyimpan koleksi Fipper kerana ia murah tetapi cantik dan selesa," katanya.


DYLAN menunjukkan selipar Fipper yang antikulat dan tidak licin kerana diperbuat daripada bahan berkualiti.


Sementara itu, Dylan memberitahu Fipper menawarkan empat pilihan flip flop iaitu Classic, Strong, Strip dan Comfort yang dijual pada harga berbeza.

"Kedai Fipper kini boleh didapati empat lokasi di Lembah Kelang iaitu di Plaza Sungei Wang, Ampang Point, Berjaya Times Square dan di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan, manakala dua lokasi di Pulau Pinang ialah di pusat beli-belah First Avenue dan Lapangan Terbang Bayan Lepas.

"Selain itu, kami juga bakal membuka kedai baru di Mydin Subang Jaya, Selangor pada bulan Jun ini diikuti dua buah kedai lagi di Leisure Mall dan Sunway Pyramid akhir tahun ini," katanya.

Tambah Dylan, Fipper juga boleh didapati di pasar raya Carrefour dan bakal dipasarkan di kedai kesihatan dan kecantikan Guardian dalam masa terdekat.

"Kami mempunyai sasaran untuk mengembangkan jenama ini sebagai salah satu pilihan fesyen untuk semua golongan. Berdasarkan sambutan menggalakkan kini, kami bakal tampil dengan rekaan-rekaan fesyen flip flop terkini dan belum pernah dipasarkan di negara ini.

"Selain itu, Fipper juga bakal mengeluarkan koleksi Fipper Junior untuk kanak-kanak dan Fipper Metalic yang berkilat untuk mereka yang berani," katanya.

Katanya lagi, bagi menarik golongan berkeluarga atau pasangan kekasih untuk memiliki koleksi Fipper di rak kasut mereka, Fipper menawarkan pakej keluarga. Mengikut pakej itu, pelanggan yang datang bersama keluarga atau pasangan dapat membeli Fipper dengan harga diskaun.

"Ia sesuatu yang menggembirakan kami sekiranya dapat melihat pasangan atau keluarga tampil sedondon memakai sepasang flip flop Fipper dengan penuh bergaya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keceriaan musim bunga

Posted:

Keceriaan musim bunga

Keceriaan musim bunga


BEG tangan motif hati ideal digayakan dengan busana konsep santai


YAKIN melangkah dalam gaya santai, funky dan ranggi, barisan model di pentas peragaan di Minggu Fesyen Mid Valley Megamall 2011 baru-baru ini berjaya mencuri perhatian khalayak.

Menyarung koleksi musim bunga Carlo Rino yang mengangkat tema The Rhythm of Spring, para tetamu memberi tepukan gemuruh dengan seleksi busana ilham pereka jenama itu.

Demikian gambaran kemeriahan acara yang berlangsung dalam suasana dekorasi pentas yang mempesonakan itu.

Selain berpeluang menyaksikan barisan model profesional mengatur langkah dalam persalinan busana menawan, para pengunjung acara tidak ketinggalan mencuci mata dengan seleksi aksesori dan pakaian daripada pelbagai jenama yang diperagakan.

Jenama Carlo Rino yang sememangnya popular menghasilkan koleksi beg tangan dan sepatu mengikut cita rasa anak muda ternyata tidak mengecewakan penggemarnya. Jenama antarabangsa tersebut sudahpun bertapak di sembilan buah negara seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Vietnam, China, Hong Kong, Jepun dan Arab Saudi.

Saban tahun, Carlo Rino yang diasaskan oleh warga Itali iaitu Carlo Pollini dan Rino Luiza sekitar tahun 1986 itu tidak pernah menghampakan pencinta fesyen tempatan. Ia sentiasa menampilkan rekaan dan potongan produk yang cantik sekali gus menjadi koleksi wajib buat wanita Malaysia.


KONSEP suai padan antara pakaian polos dan bercorak menyuntik gaya funky pada penampilan remaja.


Selain ideal digayakan sewaktu bersantai atau menghadiri majlis formal, himpunan kasut dan beg tangan jenama Carlo Rino juga menarik untuk diperagakan ke majlis minum petang mahupun melancong bersama teman.

Namun, keistimewaan Carlo Rino tidak terhad pada koleksi kasut dan aksesori semata-mata.

Dalam majlis peragaan itu, suasana pentas bagaikan kembali ke era fesyen retro yang berwarna-warni dan sarat motif flora serta corak. Kombinasi pakaian yang dipamerkan tampak menarik dengan kehadiran item pakaian popular dalam kalangan kelompok wanita moden hari ini seperti sarung kaki ketat (legging), jaket mini dan skirt pendek.

Lebih menarik perhatian, koleksi blaus dan baju-T polos rona lembut tidak dibiarkan kelihatan ringkas begitu saja. Ia dipadankan bersama skirt dan seluar bercorak.

Melihat kreativiti dan keberanian wanita kini yang tidak lagi konservatif dalam bab berfesyen secara tidak langsung mendorong Carlo Rino memperkenalkan himpunan beg tangan dan kasut rona terang serta kontra.

Barangkali, segelintir wanita enggan melakukan sedemikian kerana terlalu biasa dengan pemilihan warna-warna selamat. Walau apapun alasannya, tidak salah kalau sesekali mencuba kelainan agar dapat mempelbagaikan imej mengikut situasi dan acara yang mereka hadiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fenomena fesyen K-Pop

Posted:

Fenomena fesyen K-Pop

Fenomena fesyen K-Pop


KUMPULAN Wonder Girls gemar membawa konsep fesyen retro yang berwarna-warni.


PENGHUJUNG tahun lalu, media antarabangsa melaporkan situasi transisi dan trend fesyen yang sedang melanda kelompok generasi muda Myanmar terutamanya wanita di kawasan bandar.

Seiring dengan perubahan fesyen semasa, pemerhati fesyen mendapati wanita urban tidak lagi gemar memakai pakaian kebangsaan mereka iaitu longyi. Sebaliknya, obses pada pemakaian skirt atau seluar pendek bersama baju-T potongan sendat.

Selain itu, wanita muda Myanmar dilihat berani memilih pakaian berasaskan warna terang dan kontra berbanding rona lembut dan gelap. Ini termasuklah, memiliki koleksi pakaian konsep funky, comel dan ceria.

"Trend fesyen ini tercetus daripada pengaruh muzik fesyen Korea atau K-Pop yang terkenal dengan imej seumpama itu. Penampilan artis Korea cukup menarik dan sarat dengan elemen segar serta mempesonakan," jelas model remaja kelahiran Myanmar, Chan Chan yang turut menyatakan koleksi skirt mini, jaket, seluar pendek dan legging (sarung kaki ketat) antara item fesyen ala Korea yang semakin popular di Myanmar.

Namun, gelombang fesyen dan muzik K-Pop bukan saja melanda Myanmar malah pengaruhnya telah melanda Malaysia. Paling ketara, penjualan koleksi baju-T konsep funky dan legging pelbagai corak yang dijual secara meluas di beberapa gedung di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, perunding imej dan pereka fesyen Faizal Hamid, turut mengakui bahawa pengaruh muzik dan artis K-Pop, sedikit sebanyak memberi inspirasi fesyen kepada anak-anak muda tempatan terutamanya stail pemakaian dan potongan rambut.

"Era K-Pop kini cukup gah di persada antarabangsa dan dijangka bertahan lama selagi peminat menggilai dan memberi sokongan padu kepada idola mereka tidak kira solo atau artis berkumpulan. Pada pengamatan saya, trend meniru gaya artis tidak hanya berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan malah turut dipraktikkan peminat muzik di Eropah dan termasuklah di Korea.

"Sebab itu, budaya remaja di Korea mereka begitu obses bergaya sama seperti selebriti pujaan. Ketaksuban meniru gaya artis pujaan kadangkala menyebabkan mereka sanggup membelanjakan sejumlah wang semata-mata penampilan mereka salin tak tumpah bak selebriti pilihan," jelas Faizal yang turut memberitahu segelintir peminat fanatik sanggup menjalani pembedahan plastik agar raut wajah menyamai idola pujaan mereka.

Tambahnya, selain aksi, pakaian dan aksesori yang comel, pakaian warna kontra yang dipraktikkan oleh selebriti K-Pop turut menarik perhatian.

Buktinya, lihat saja pada penampilan grup Wonder Girls, 4 Minute, 5 Dolls, Kara, Sistar dan Orange Caramel. Keenam-enam kumpulan tersebut bukan saja memikat peminat dengan koleksi lagu dan persembahan pentas yang memukau malah sentiasa tampil bergaya dan stailo.

– IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kelantan kekal status pendahulu

Posted:

Kelantan kekal status pendahulu

Kelantan kekal status pendahulu

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR dan HAFIZ ABBAS
sukan@kosmo.com.my


NORSHAHRUL (tengah) mengelak daripada diterjah pertahanan Harimau Muda A, Gary Steven Robbat pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.


KELANTAN kekal di tangga teratas Liga Super meskipun sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam malam tadi.

Izzaq Faris Ramlan meletakkan Harimau Muda A di hadapan pada minit ke-13 menerusi lambungan cantik menewaskan Khairul Fahmi Che Mat hasil hantaran jauh penjaga golnya, Izham Tarmizi Roslan.

Namun Kelantan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 setelah S. Chanthuru menanduk masuk sepakan sudut Badhri Radzi.

Harimau Muda A kembali di hadapan pada minit ke-69, juga hasil ledakan Izzaq Faris yang menyudahkan hantaran cantik Fandi Othman dari sebelah kiri.

Bagaimanapun, Norshahrul Idlan Talaha muncul penyela- mat Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-86 hasil rembatan dari dalam kotak penalti mene- waskan Izham Tarmizi.

Sementara itu, Terengganu berjaya merampas tangga kedua daripada Selangor setelah mudah menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Abdul Manaf Mamat mele- dak dua gol pada minit ke-26 dan 57, manakala satu lagi gol disumbang Ashari Samsudin minit ke-64.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Selangor terus bernasib malang apabila tewas 1-2 kepada Pahang.

Pahang membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi Azamuddin Mohd. Akil yang merembat kencang bola ke gawang Selangor bagi menewaskan penjaga gol, Mohd. Iqbal Suhaimi.

Pahang kian bersemangat dan menggandakan usaha untuk menambah gol, namun keputusan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.

Di babak kedua, Pahang menambah derita Selangor apabila Mohd. Munir Ahmad meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-80.

Selangor mendapat gol sagu hati menerusi jaringan D. Surendran yang mengambil sepakan percuma pada masa kecederaan.

Berbaki lima perlawanan, Kelantan dan Terengganu kini berkongsi 44 mata tetapi Kelantan berkelebihan dari segi perbezaan gol, manakala Selangor turun ke tangga ketiga dengan kekal 42 mata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ronaldo di puncak kejayaan

Posted:

Ronaldo di puncak kejayaan

Ronaldo di puncak kejayaan

MADRID - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya memecah rekod penjaring terbanyak Liga Sepanyol dengan meledak keseluruhan 40 gol.

Pada aksi terakhir liga di Santiago Bernabeu awal pagi semalam, Ronaldo meledak dua gol untuk membantu Real membelasah Almeria 8-1 dengan baki enam lagi gol di- sumbang oleh Emmanuel Adebayor (tiga), Karim Benzema (dua) dan Joselu (satu).

Sebelum turun beraksi, Ronaldo berkongsi rekod jaringan terbanyak 38 gol yang dilakukan bekas pemain Athletic Bilbao, Telmo Zarra pada 1951 dan le- genda Real, Hugo Sanchez (1990).

Dengan kejayaan menyumbat 40 gol pada saingan Liga Sepanyol musim ini, Ronaldo buat pertama kali berjaya merangkul anugerah Pichichi selaku penjaring terbanyak.

Ia pastinya sedikit mengubat kekecewaan Ronaldo yang hanya mampu merangkul satu piala iaitu juara Piala Raja-Raja Sepanyol musim ini setelah dia beraksi dua musim bersama Real.

"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan yang membantu usaha mendapatkan 40 gol ini. Anugerah Pichichi ini ditujukan kepada mereka dan juga semua penyokong Real.

"Biarpun musim ini tidak begitu memihak kepada kami, jurulatih mahu kami menjaringkan banyak gol supaya kami dapat memulakan musim depan dengan penuh harapan.

"Menjaringkan 102 gol dalam semusim sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Tidak mustahil ia mampu diulangi musim depan tetapi memang ia cukup sukar," kata Ronaldo.

Sementara itu, tiga pasukan yang tersingkir daripada saingan Liga Sepa- nyol musim depan ialah Deportivo La Coruna, Hercules dan Almeria. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liverpool cabar United

Posted:

Liverpool cabar United

Liverpool cabar United


DALGLISH masih menganggap Liverpool memiliki rekod cemerlang berbanding United di pentas Eropah.


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish secara sinis mencabar musuh tradisi mereka, Manchester United supaya menyamai terlebih dahulu rekod lima gelaran Liga Juara-Juara yang dimenangi skuad The Reds.

Peringatan dibuat Dalglish itu dibuat menjelang aksi final Liga Juara-Juara menemukan United dan Barcelona di Stadium Wembley pada awal pagi Ahad ini.

Bagi Dalglish, sekiranya United muncul juara Liga Juara-Juara musim ini, kelab tersebut masih kurang satu kejuaraan berbanding rekod lima kejuaraan yang dimiliki Liverpool.

"Jika penyokong United boleh membawa kain rentang yang tertulis perkataan 'United juara 19 kali' di Anfield minggu lalu, mungkin kami boleh bawa kain rentang tertulis lima kejuaraan Eropah milik Liverpool ke Old Trafford musim depan.

"Pada saya, tak kiralah apa yang difikirkan oleh United. Bagi saya, Liverpool tetap kelab paling penting buat jutaan penyokong di seluruh dunia.

"Sama seperti Everton yang menjadi kelab penting untuk sesetengah orang.

"Apabila terdapat seseorang yang meletakkan kami sebagai kayu pengukur untuk mencapai sesuatu kejayaan, kami tak percaya yang kami ini sebuah kelab yang teruk.

"Kami rasa kami perlu meletakkan ketetapan yang betul untuk terus maju. Kami mahu meningkat pada tahun ini dan kami akan cuba mencapainya selepas ini," kata Dalglish.

Minggu lalu, rekod 18 kejuaraan Liga Perdana England milik Liverpool telah dipecahkan oleh United apabila mereka mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-19 musim ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


'Macho Man' meninggal akibat sakit jantung

Posted:

'Macho Man' meninggal akibat sakit jantung

'Macho Man' meninggal akibat sakit jantung


Randy 'Macho Man' Savage


ATLANTA - Bintang gusti terkenal era tahun 1980-an dan sezaman dengan Hulk Hogan, Randy 'Macho Man' Savage meninggal dunia di Seminole, Florida, Amerika Syarikat (AS) selepas terlibat dalam satu kemalangan kerana diserang sakit jantung ketika memandu.

Berusia 58 tahun, kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok pada pukul 9.25 pagi waktu tempatan.


AKSI 'Macho Man' melawan Hulk Hogan dalam pertarungan Wrestlemania V pada tahun 1989 di Atlantic City.


Isterinya, Lynn Payne yang dikahwini sejak Mei tahun lalu turut berada di dalam kenderaan sama. Payne bagaimanapun selamat dengan hanya mengalami cedera ringan.

Macho Man yang nama sebenarnya ialah Randy Mario Poffo cukup terkenal dengan fesyen pakaian berwarna terang, topi koboi dan ungkapan 'Ooh yeah!'. Memulakan kerjaya sebagai ahli gusti profesional pada tahun 1985, Savage telah memenangi lebih 20 gelaran dalam pertandingan gusti WWF, WCW dan WWE. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilang iPad 2 di Chengdu terbakar

Posted:

Kilang iPad 2 di Chengdu terbakar

Kilang iPad 2 di Chengdu terbakar


ORANG ramai dan pihak polis berkumpul di luar kilang Foxconn yang terbakar di Chengdu, China.


SAN FRANCISCO - Syarikat pengeluar alat elektronik, Apple Inc. kini menyiasat punca letupan yang mengakibatkan dua orang pekerja terbunuh dan mencederakan 16 yang lain.

Insiden sama turut menyebabkan kilang Foxconn International Holdings Ltd. yang mengeluarkan iPad 2 di Chengdu, China memberhentikan produksinya.

Foxconn merupakan sebahagian daripada syarikat dari Taiwan, Hon Hai Precision Industries dan rakan pengilang utama Apple menyatakan letupan berlaku pada pukul 7 malam waktu tempatan.

"Pengeluaran telah dihentikan sehinggalah siasatan disempurnakan. Keselamatan pekerja adalah keutamaan kami. Kami akan melakukan apa sahaja untuk mengetahui apakah punca kejadian tragik ini," kata Foxconn dalam satu kenyataan. Syarikat itu juga masih menilai jumlah kerugian yang dialaminya.

Kejadian itu menjadi tamparan terbaru kepada Foxconn. Sebelum ini, Foxconn menjadi perhatian selepas laporan mengenai kondisi tempat kerja yang teruk di kilang-kilangnya di China disiarkan. Pengkritik juga menyatakan keadaan itu juga menyumbang kepada beberapa kes pekerjanya membunuh diri.

"Kami bekerjasama rapat dengan Foxconn untuk mengetahui punca letupan ini," kata jurucakap Apple, Steve Dowling. Letupan itu pasti akan menjejaskan bekalan iPad dan para pelabur memantau perkembangan dengan teliti.

iPad dan iPad 2 keluaran Apple menguasai 80 peratus pasaran komputer tablet yang turut disaingi oleh produk keluaran Motorola Inc. dan Samsung Electronics Co. Ltd. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pink selar Selena kerana kuda merah jambu

Posted:

Pink selar Selena kerana kuda merah jambu

Pink selar Selena kerana kuda merah jambu


SELENA bersama seekor kuda yang diwarnakan dengan warna merah jambu di lokasi penggambaran klip videonya di pantai Malibu.


CALIFORNIA - Penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS), Pink menyelar artis remaja, Selena Gomez dalam laman sosial Twitter atas tindakan mewarnakan seekor kuda dengan warna merah jambu untuk digunakan dalam klip video terbarunya.

Selena yang berusia 18 tahun itu dikatakan merakam lagu bertajuk I Love You Like A Love Song di pantai Malibu kelmarin.

Pink memang sudah lama dikenali sebagai seorang penyokong Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA). Mempunyai lebih empat juta pengikut di laman Twitter, Pink menulis: "Ada kuda yang dicat dengan warna merah jambu untuk satu klip video bodoh. Memalukan. Artis sepatutnya lebih peka dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka."

Selepas mendapat mesej daripada peminat bintang Disney itu, Pink membalas: "Sama ada anda peminat saya atau tidak, saya tidak akan berhenti bercakap tentang kekejaman ke atas binatang." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Skuad Sayang agih makanan

Posted:

Skuad Sayang agih makanan

Skuad Sayang agih makanan

22/05/2011 6:12pm

KUALA LUMPUR - Pelbagai cawangan Skuad Sayang bersedia memberi bantuan kebajikan kepada petugas menyelamat sehingga operasi pembersihan di kawasan berlakunya kejadian tanah runtuh di Hulu Langat selesai.

Komandan Skuad Sayang Ampang, Shahbanu Baba, 42, berkata skuad dengan kekuatan 30 anggota dari pelbagai cabang di Selangor, termasuk Petaling Jaya Utara, Ampang dan Pandan, ditugas mengagihkan makanan kepada mereka sejak petang semalam.

"Makanan dan minuman ini disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jaya Jusco, Starbucks serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Bantuan akan diagihkan kepada semua petugas di sini sehingga operasi pembersihan di kawasan kejadian berhenti," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangunan bukit di KL diteruskan

Posted:

Pembangunan bukit di KL tidak dihenti

Pembangunan bukit di KL tidak dihenti

22/05/2011 6:09pm

KUALA LUMPUR - Semua pembangunan di kawasan lereng dan berbukit di Kuala Lumpur tidak akan dihenti asalkan pemilik tanah dan pemaju mematuhi syarat-syarat teknikal mengikut Garis Panduan bagi Perancangan Pembangunan di kawasan bukit dan cerun di Wilayah Persekutuan 2010 (GPWPKL 2010).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, selain pemantauan berterusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), pihaknya juga akan memastikan mereka yang ingin memajukan sesuatu kawasan perlu mengikuti setiap perkara dalam garis panduan itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelatih dipukul senior

Posted:

Pelatih dipukul senior

Pelatih dipukul senior

22/05/2011 6:00pm

JITRA — Seorang pelatih Asrama Akhlak (Perempuan) di sini dimasukkan ke Hospital Jitra setelah mendakwa dipukul sehingga retak tulang rahang oleh dua pelatih senior di asrama berkenaan, Rabu lalu.

Pelatih berusia 15 tahun itu mendakwa pada malam kejadian dua pelatih yang sebelum itu berselisih faham dengannya telah mengekorinya ke surau asrama selepas makan malam kira-kira pukul 9 malam.

"Saya merungut sebab asyik disuruh basuh pinggan mangkuk mereka. Selepas itu saya ke surau, mereka ikut saya dan tolak serta tampar pipi saya," katanya ketika ditemui pemberita di wad hospital itu hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Fizo operator kilang filem

Posted:

Fizo operator kilang filem

Fizo operator kilang filem


SEDIA bergelar aktor filem, Fizo dalam proses untuk menjenamakan namanya yang dirasakan sedang menuju fasa kebangkitan.


TEPAT jarum jam menunjukkan waktu 12.30 tengah hari, terpantul namanya pada skrin telefon yang berdering. Daripada nada yang mengucapkan 'hello', sudah dapat diagak, si pemanggil itu sudah sedia untuk memulakan sesi fotografi yang dijanjikan.

Ada kesungguhan dan etika positif yang terlihat daripada riak aktor muda ini. Walaupun di awal kemunculannya, dia masuk menjadi sebahagian angkatan anak seni Malaysia dengan berbekalkan wajah 'jambu' dan saiz peragawan, itu bukan satu-satunya faktor yang mengekalkannya hingga ke tahap ini.

Berbanding empat tahun dahulu, Fizo Omar merasakan kompas kariernya berputar lebih daripada 360 darjah, lebih pantas dan menunjukkan arah yang seiring dengan impian setiap pelakon.

"Dulu memang 'jambunya' ada, sekarang sudah lunyai, hari-hari balik dari penggambaran hingga pukul 3 pagi, kadang-kadang lepas subuh.

"Dulu saya pelakon juga, tapi sekarang penat bergelar selebriti itu lebih terasa. Pernah saya terlibat dengan sebuah penggambaran program travel log, 3 Hari 2 Malam selama tiga bulan. Ketika itu, masa untuk bersama ibu dan adik-beradik pun sempat. Nak luangkan masa dengan hobi pun tak ada, tengok wayang pun tidak sempat, cuma lepas filem Kongsi keluar, barulah saya pergi tengok bersama peminat," cerita Fizo mesra.

Berbangkit isi cerita Kongsi yang sedang hangat di pawagam, menjadi salah seorang pemain watak filem berkenaan membuatkan Fizo bersinar anak mata. Menanyakan impak dari pandangan penulis, manifestasi watak ASP Sharif Sharifudin yang berseteru dengan Tumulap (Shaheizy Sam) itu menuntut pengamatan umum terhadap karakter yang digalasnya.

Di fikirnya, dia tertanya-tanya apakah kemunculan sulung ke layar perak itu membuahkan hasil. Berganding pula bersama aktor Shaheizy Sam yang sedang 'besar' di mata khalayak, Fizo terdetik rasa bangga.

"Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang Sam. Sudah tentu saya bangga sebab ada dalam filem yang meletakkan Sam sebagai taruhan, bahkan Kongsi juga sudah mencatat kutipan jutaan ringgit sejak ditayangkan.

"Alhamdulillah, banyak juga respons yang saya terima daripada filem Kongsi. Saya sedar, kemampuan saya masih di tahap sederhana. Saya tidak terlalu bagus tetapi tidak juga terlalu teruk. Komen sebegitu sudah memadai untuk saya yang masih dalam kategori pendatang baru," katanya merendah diri.

Kepuasan berbeza menjadi pelakon filem dan drama juga mula dirasai Fizo. Tempoh setahun dalam pembikinan sementara menunggu hasil dipuji atau dikritik, rugi atau untung pembikin membakar adrenalinnya menyahut apa sahaja cabaran bergelar aktor filem.

Mahu jadi ustaz

Tahun 2011 menjadi pengenalan kepada Fizo masuk ke filem. Ketika Kongsi masuk panggung, dia baru sahaja selesai penggambaran filem Halim Munan. Selang seminggu, skrip filem ketiganya, sekali gus menjadi jodoh keduanya bersama MIG harus ditelaah. Jika Kongsi dalam genre aksi, Halim Munan masuk kategori komedi, filem terbaru berjudul 7 Petala Cinta berkonsep islamik arahan Azhari Zain itu bakal mengubah imej Fizo menjadi lulusan Universiti Al-Azhar yang berdepan konflik sebuah kehidupan.

"Dalam filem itu, saya baru pulang ke tanah air setelah tamat belajar syariah di Al-Azhar. Ketika hendak berkahwin, dia mahu memberikan hantaran senaskhah al-Quran yang ditulis sendiri kepada bakal isterinya.

"Watak pemuda alim memang watak yang saya impikan sejak dahulu. Bukan hendak kata saya ini budak baik, tapi daripada watak sebegitu saya boleh belajar banyak benda, boleh baiki diri sendiri dan kalau beri mesej baik, itu sudah bagus," katanya yang berkira-kira untuk menonton semula judul Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih sebagai pemanas enjin sebelum memulakan penggambaran filem terbarunya.

Sengaja saya gelarkan MIG sebagai 'kilang filem', manakala Fizo pula seorang daripada 'operator pengeluaran' yang baru mendaftar masuk ke kilang berkenaan. Lantas, sudah bersediakah Wan Hafizol Wan Omar, 26, berdepan rutin dan tekanan menjadi operator di kilang milik tauke besar bernama David Teo?

"Tanyakan kepada semua pelakon, rasanya semua mahu bergelar pelakon filem. Itu sasaran semua orang. Saya anggap situasi ini sebagai penjenamaan semula Fizo Omar kerana sebagai pelakon filem, kita diberi kepercayaan untuk menarik penonton membeli tiket.

"Kalau dulu juga, orang kata saya jadi pelakon bersandarkan rupa atau mahukan popular, tapi sekarang saya mencari kepuasan. Saya mahu dengar komen-komen, bahawa saya sudah ada peningkatan. Untuk jangka masa panjang, saya pasti menjadi orang paling bertuah jika dapat genggam anugerah pula," ujarnya yang baru ditawarkan watak sebuah produksi teater di Singapura.

Memandangkan faktor logistik harus diambil kira, pelakon watak Ketua Lipas dalam Muzikal Siti Di Alam Fantasi itu masih menimbangkan tawaran berkenaan.

Masuk ke ruang peribadi, peminat motosikal berkuasa besar yang bercita-cita memiliki buku resipi masakan warisan Thailand itu mengakui, masih belum tiba masa untuk memulakan komitmen hati dengan mana-mana wanita.

Katanya, cinta biar dahulu, kerana sekarang waktu menuntutnya untuk membina nama di persada lakonan. Anak kedua daripada empat beradik ini juga menjadi harapan keluarga. Perpisahan yang berlaku antara kedua ayah dan ibunya menjadikan dia seorang anak yang lebih bertanggungjawab.

"Kalau boleh saya tak mahu hal keluarga dibawa ke tengah. Walaupun sudah berpisah, kami masih okey. Ibu dan ayah saya masih berbaik, saya tinggal bersama ibu dan dua adik perempuan saya yang masih menuntut," ceritanya ringkas.

Sempat berbisik sebelum meminta diri untuk urusan lain, katanya dia baru sahaja menubuhkan kelab peminat atas nama FOFC yang boleh dilayari menerusi www.fizoomar.com. Sasarannya mengumpul sejuta peminat termasuklah di Facebook dan Twitter.

"Saya baru sahaja menganjurkan satu percutian bersama peminat ke Langkawi, kalau ada peluang, akan banyak lagi acara melibatkan saya bersama peminat," katanya menutup bicara dengan satu bayangan, bakal bergelar duta jenama penjagaan diri tidak lama lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kualiti Kongsi tidak sehebat kutipan

Posted:

Kualiti Kongsi tidak sehebat kutipan

Kualiti Kongsi tidak sehebat kutipan


FARID KAMIL mengaku Kongsi punya cacat cela namun bersyukur dengan kepercayaan khalayak.


DALAM sibuk cakap-cakap tentang 'kesinambungan' cinta Farid Kamil dan kekasihnya Diana Danielle, jejaka kelahiran Kedah Darul Aman ini muncul dengan sebuah cerita yang lebih 'hangat meletup.'

Seperti menutup sebuah kisah yang belum ada kesudahan, Kongsi memberi satu bunga bahagia buat jiwa dan semangat Farid Kamil. Kutipan RM1 juta dalam masa sehari tayangan, sutradara mana yang tidak akan tersenyum bangga dan 'kaya' menerima berita paling mahal ini.

Berbaloilah Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo melaburkan wang RM2.5 juta hanya untuk menampung kos penerbitan filem kedua arahan Farid Kamil ini. Banyaklah pula nanti perumpamaan nakal dan lucu bakal keluar daripada bibirnya nanti.

Mencipta sejarah tersendiri dan baru, Kongsi yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Bront Palarae dan Putri Mardiana tidak kedengaran mustahil untuk mencapai sasaran RM10 juta kutipan seperti yang diramalkan oleh David. Tahniah buat produksi Kongsi juga sejarah filem tempatan.

Sensasi Bintang: Bagaimana perasaan Farid apabila Kongsi meraih RM1 juta dalam masa sehari sekali gus memecah rekod sejarah tayangan filem.

FARID KAMIL: Sebenarnya saya rasa sangat terkejut dengan pecapaian kutipan filem Kongsi. Dalam masa yang sama saya sangat bersyukur, semakin hari semakin ramai penonton menonton wayang di pawagam. Secara tidak langsung filem Kongsi memberi sumbangan kepada sejarah tayangan filem tempatan apabila mencatat RM1 juta pada hari pertama tayangan. Alhamdulillah.

Jangkaan awal Farid terhadap filem ini?

Sejak proses praproduksi lagi, saya dan David Teoh selaku penerbit filem ini sudah berbincang untuk membuat sebuah filem yang mampu menarik penonton ke pawagam. Malah kami turut meletakkan target untuk memberikan kawalan mutu terhadap filem Kongsi supaya melebihi tahap filem-filem aksi Metrowealth yang lain.

Mungkin 100 salinan untuk Kongsi di pawagam turut membantu rekod dan kutipan untuk filem ini?

Sebenarnya tambahan sebanyak 20 salinan adalah permintaan daripada pegurus panggung sendiri. Ini secara tidak langsung memberi impak positif terhadap kutipan filem ini.

Awalnya setelah ditayangkan, filem ini menerima kritikan.

Saya akui memang filem arahan kedua saya ini mempunyai cacat cela daripada sudut teknikal dan naratif. Tetapi apa yang boleh saya katakan bahawa itulah yang mampu saya lakukan tetapi hakikatnya ia lebih baik daripada filem pertama saya dahulu iaitu V3: Samseng Jalanan. Saya menerima kritikan demi kritikan dengan hati yang terbuka dan akan memperbaiki pada masa akan datang.

Lakunya filem ini mungkin juga kerana penjualan Sam selaku tunjang utamanya.

Sam dalam Kongsi adalah satu bonus dan pakej kepada filem ini dan kesan pengarahan saya. Sam mempunyai pakej pelakon yang lengkap. Persediaannya sangat teliti untuk membawakan watak Tumulak. Saya sangat bertuah dapat bekerjasama dengannya dan mendapat dia dalam produksi ini.

Apa kelemahan dan kekuatan pengarahan kali kedua, Farid?

Saya beri 99 peratus tumpuan kepada pengarahan saya dan satu peratus kepada cameo saya dalam filem ini. Itu yang boleh saya katakan terhadap kekuatan pengarahan kali ini. Penfokusan adalah di luar bidang dan pemerhatian saya. Kebanyakan masa, kamera bergerak untuk turutan aksi. Monitor terlalu kecil untuk saya melihat dengan lebih teliti. Tapi saya teruskan dan saya akui saya terlepas pandang dalam hal ini.

Perancangan Farid untuk Kongsi atau filem-filem lain?

Filem Kongsi secara naratifnya saya letakkan 'cliff-hanger' (tergantung) pada penghujung ceritanya. Ada yang tersirat dan tersurat di situ. Saya perlu berbincang dengan pihak Metrowealth untuk sambungannya. Tetapi secara peribadi, saya mahu melihat respons penonton dahulu dan baru fikirkan untuk sambungan atau tidak. Saya kini terlibat dengan penggambaran drama Wasiat. Kemungkinan besar selepas raya, saya akan turun padang semula untuk tugasan pengarahan untuk sebuah filem yang masih dalam perbincangan.

Mungkin Diana Danille di sebalik semua cerita hebat ini?

Saya tidak mahu komen apa-apa. Tapi saya mengharapkan doa daripada para peminat atas kebahagiaan saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Badminton jadi hobi Erra

Posted:

Badminton jadi hobi Erra

Badminton jadi hobi Erra


BARU sahaja memukau ramai penonton dengan telefilem Sanggul Beracun, Erra akan kembali ke Istana Budaya dengan sebuah naskhah besar berjudul Badai Semalam.


SERONOK berbicara tentang perkembangan terbaru, si jelitawan dan aktres tersohor, Erra Fazira, 37, yang begitu teruja berkongsi pengalaman mengenai penggambaran drama terbarunya, Hantu Susu.

Kelainan drama untuk saluran Astro itu ialah bukannya bergenre seram sebaliknya penuh dengan aksi komedi. Terangnya, bagi mereka yang sebelum ini takut menonton drama atau filem seram pasti akan beralih arah.

"Drama Hantu Susu memang seronok. Bukan sahaja perjalanan ceritanya tetapi sepanjang sesi penggambaran para pelakon berjaya menghidupkan suasana komedi.

"Ceritanya mengisahkan empat hantu iaitu puntianak, langsuir, kumkum dan penanggal yang sering berlawan antara satu sama lain," katanya yang akan selesai penggambaran drama berkenaan pada 24 Mei ini.

Dalam perkembangan lain, dia juga tidak sabar untuk mengasah kembali vokalnya sebelum muncul dengan single terbaru.

Masih belum memulakan proses rakaman, kali ini Erra bakal berduet dengan penyanyi bersuara jantan, Suhaimi Meor Hassan.

"Saya masih suka pergi ke spa, kena pergi walaupun sibuk. Kalau diikutkan, memang saya tiada masa untuk hobi diri sendiri, tapi kenalah bijak mengatur jadual. Dulu saya suka bermotosikal besar tetapi sekarang, saya suka bermain badminton bersama teman-teman artis seperti Umie Aida serta rakan seperjuangan yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved