Sabtu, 31 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mayat hangus dalam kereta di ladang kelapa sawit

Posted:

Mayat hangus dalam kereta di ladang kelapa sawit

Mayat hangus dalam kereta di ladang kelapa sawit

31/12/2011 6:01pm

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja ladang kelapa sawit menemui satu mayat yang hangus terbakar dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit berdekatan Pasir Gudang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, mayat yang lebih 80 peratus sudah terbakar itu ditemui dalam sebuah kereta Proton Satria yang hampir hangus di ladang berkenaan pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Beliau berkata, ketika ditemui, mayat berkenaan berada di bahagian hadapan tempat duduk penumpang.

Polis belum dapat mengenalpasti jantina dan identiti mangsa kerana keadaannya yang telah hangus.

Roslan berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke ladang tersebut dan dibakar di situ bersama kereta.

"Polis sedang menyiasat secara terperinci kes itu termasuk mengenalpasti identiti mangsa," katanya.

Mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Polis tahan dua lelaki kes bunuh kerani bank

Posted:

Polis tahan dua lelaki kes bunuh kerani bank

Polis tahan dua lelaki kes bunuh kerani bank

31/12/2011 5:32pm

SHAH ALAM - Polis menahan dua lagi lelaki berhubung kes pembunuhan kerani bank yang ditemui mati dengan 15 kesan tikaman di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong pada 21 Disember lalu.

Kedua-dua lelaki berkenaan, masing-masing ditahan lewat malam tadi dan awal pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dengan tangkapan itu, polis mengesahkan telah menahan lima lelaki dan percaya siasatan kes pembunuhan Rozana Mohd. Yusak, 35, dapat diselesaikan.

"Kita telah memaklumkan kepada keluarga mangsa dan tindakan lanjut akan diambil dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, selain tiga lelaki yang ditahan di Lembah Pantai dan Datuk Keramat sebelum ini, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi di kawasan Bukit Bintang.

Polis merampas sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa yang berada dalam simpanan lelaki terbabit.

"Ketika ditahan, suspek didapati positif dadah jenis syabu," katanya.

Beliau berkata, seorang lagi lelaki berusia 23 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira 4 pagi tadi.

"Kesemua suspek kini dalam tahanan reman polis dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Warga asing ditangkap cuba keluar cara haram

Posted:

Warga asing ditangkap cuba keluar cara haram

Warga asing ditangkap cuba keluar cara haram

31/12/2011 3:32pm

JOHOR BAHRU - Sebanyak 12 warga Sri Lanka dan empat warga Afghanistan ditangkap di Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar dekat sini dalam cubaan keluar daripada negara ini menuju ke Indonesia dan kemudiannya Australia.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua, Supritendan N. Kalai Chelvan berkata, pasukan PGM bertindak setelah mendapat maklumat dan mengintip lokasi terbabit sebelum menangkap warga asing itu pada awal pagi semalam.

"Kesemua warga asing berumur di antara 17 hingga 40 tahun mengaku hendak keluar menuju ke negara ketiga, Indonesia dan Australia melalui laluan yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot," katanya.

Beliau berkata, kesemua warga asing itu telah diserahkan kepada Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved