Selasa, 27 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pegawai polis kena tetak ketika serah saman

Posted:

Pegawai polis kena tetak ketika serah saman

Pegawai polis kena tetak ketika serah saman

27/12/2011 8:22pm

ALOR SETAR - Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd. Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.

Beliau berkata, suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.

"Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius," katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd. Firdaus. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Polis tumpas sindiket curi lori ”Geng Azlan”

Posted:

Polis tumpas sindiket curi lori "Geng Azlan"

Polis tumpas sindiket curi lori "Geng Azlan"

27/12/2011 6:58pm

KUALA LUMPUR - Polis percaya telah menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes curi lori di Gombak sejak awal tahun ini dengan penangkapan empat anggota "Geng Azlan" minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Rosly Hassan berkata, polis turut menemui semula lapan lori terbabit dalam serbuan di Tanjung Karang, Selangor dan Selekoh, Perak.

"Suspek pertama lelaki tempatan, berusia 26 tahun yang dipercayai dalang sindiket ditahan pada 19 Disember, kira-kira 5.30 petang di Parit 3, Tanjung Karang," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Susulan itu pada 21 Disember, polis memberkas suspek kedua juga lelaki warga tempatan yang berusia 30 tahun di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Lencongan lalu lintas dekat KLIA esok

Posted:

Lencongan lalu lintas dekat KLIA esok

Lencongan lalu lintas dekat KLIA esok

27/12/2011 6:20pm

KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang perlu memberi perhatian bahawa lencongan akan dibuat di kedua-dua arah Lebuhraya KLIA di Kilometer 10 dan Kilometer 11 mulai esok hingga Jumaat.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan hari ini berkata, lencongan itu akan dilakukan secara berperingkat bagi melancarkan pembinaan "launching beam" dalam projek KLIA2.

Lencongan ke arah Kuala Lumpur akan dilakukan antara 11 malam Rabu hingga 6 pagi Khamis, manakala bagi arah ke terminal KLIA, ia akan bermula 11 malam Khamis hingga 6 pagi Jumaat.

"Malaysia Airports telah merancang masa lencongan lalu lintas itu dibuat bukan pada waktu puncak bagi penerbangan di KLIA untuk meminimumkan kesannya," kata kenyataan itu.

Malaysia Airports juga menasihati pengguna agar memperlahankan kenderaan mereka ketika menghampiri kawasan yang terjejas akibat hujan lebat baru-baru ini. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved