Isnin, 19 Disember 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Minggu Media Sosial Malaysia 13-17 Feb

Posted:

Minggu Media Sosial Malaysia 13-17 Feb

Minggu Media Sosial Malaysia 13-17 Feb

19/12/2011 7:18pm

PUTRAJAYA – Malaysia buat pertama kalinya akan meraikan Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2012 mulai 13 hingga 17 Februari depan yang turut diadakan serentak di beberapa bandaraya utama dunia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Ibrahim Abdul Rahman.

Menurutnya program itu yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan beberapa lokasi lain di ibu negara diadakan untuk mewujudkan serta merapatkan hubungan pengamal media sosial melalui pendekatan terkini dan mudah serta menangani isu-isu generasi muda pada supaya menggunakan media sosial dengan cara lebih positif.

Program ini dianjurkan oleh Social Media Chambers, iaitu organisasi yang mempromosi dan menyokong penggunaan media sosial secara berdisiplin dan beretika, dengan sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

"Kementerian akan sentiasa menyokong program seumpama ini kerana ia turut melibatkan industri kreatif yang diterajui kementerian.

"Kita mahu menggalakkan lebih ramai anak muda untuk mewujudkan bahan-bahan untuk media siber dan media-media lain dengan memberikan dana-dana tertentu dan mahu menjadikan industri ini sesuatu yang sangat berkembang dalam negara," katanya kepada pemberita semasa taklimat mengenai MSMW 2012 di sini hari ini.

Ibrahim berkata pelbagai acara akan diadakan sepanjang minggu itu dengan kemuncak utama acara adalah Perhimpunan Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 yang akan menampilkan pakar-pakar dan pengamal media sosial elit seluruh dunia.

Selain itu turut diadakan adalah Majlis Anugerah Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 yang akan mengetengahkan penulis-penulis blog serta aktivis media sosial yang terbaik di peringkat global yang telah dicalonkan untuk pencapaian cemerlang mereka dalam arena media sosial. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Dua maut nahas motosikal di Pahang

Posted:

Dua maut nahas motosikal di Pahang

Dua maut nahas motosikal di Pahang

19/12/2011 6:47pm

KUANTAN – Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Pahang semalam.

Dalam kejadian malam tadi, 0vintara a/l Omathiram, 22, dari Taman Raub Jaya 3, Raub, mati akibat cedera parah di kepala dan badan selepas motosikalnya terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta di Km356 Jalan Raub-Bentong.

Menurut Pegawai Turus Trafik Pahang Supt Mohd Rizal Abdullah dalam kejadian 8.45 malam itu mangsa dari arah Raub ke Bentong, dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

"Akibatnya mangsa dirempuh kereta yang dipandu Zainudin Bakar, 53, yang sedang dalam perjalanan bersama keluarga pulang dari Kuala Lumpur menuju Kuala Lipis," katanya.

Mohd Rizal berkata mangsa mati di tempat kejadian sementara pemandu kereta dan keluarganya tidak cedera.

Dalam kejadian lain, seorang warga emas, Yip Sup Yiew, 75, berasal dari Rawang, Selangor, mati selepas motosikalnya merempuh bahagian belakang sebuah jip di Km148 Lebuh Raya Pantai Timur pada 6.50 petang.

"Mangsa yang menunggang sendirian dari Kuantan dikatakan merempuh belakang jip terbabit yang mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Polis, bank bekerjasama tangani jenayah siber

Posted:

Polis, bank bekerjasama tangani jenayah siber

Polis, bank bekerjasama tangani jenayah siber

19/12/2011 5:38pm

KUANTAN – Polis Pahang dan institusi kewangan kawasan zon Timur hari ini mengadakan dialog bersama bagi menangani jenayah siber dan kewangan yang dilihat semakin membimbangkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Thomas Devamany berkata sehingga kini bagi tempoh tahun ini, jumlah penipuan dan jenayah siber dan kewangan di Pahang sahaja membabitkan jumlah RM2.8 juta.

Bagi tempoh sama, seramai 280 orang ditahan di Pahang kerana terbabit dalam jenayah berkaitan.

"Dialog hari ini yang diadakan secara tertutup dipengerusikan Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali bersama 20 wakil pihak bank dan institusi kewangan di kawasan zon Timur," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Thomas berkata pihak polis memandang serius jenayah berkenaan dan dialog yang diadakan hari ini adalah satu usaha pihak polis untuk bersama-sama pihak institusi kewangan dan bank menangani jenayah berkenaan.

"Kes-kes penipuan, pemalsuan cek, kes pecah amanah, kejadian wang orang ramai di luar bank disamun selepas mengeluarkan wang dari bank, adalah antara perkara yang pihak polis bangkitkan dalam dialog berkenaan dalam usaha memerangi penjenayah terbabit," katanya.

Beliau berkata pihak polis juga mengharapkan pihak institusi kewangan dan bank memudahkan prosedur siasatan pihak polis sekiranya berlaku kejadian berkenaan.

"Dialog hari ini adalah satu usaha kita untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak, selain memerangi jenayah bersama," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved