Rabu, 7 Disember 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pesawat pejuang termoden

Posted:

Pesawat pejuang termoden

Pesawat pejuang termoden

Oleh ZAKI SALLEH

KANAN: Jurutera rekabentuk Euroala Industries Sdn. Bhd. Nurul Huda Nazaruddin (kanan) membuat persiapan akhir pada pesawat Jetfox jenis Light Sport Aircraff (LSA).


ADA sebab mengapa Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi 2011 (LIMA '11) yang berlangsung sejak 6 hingga 10 Disember ini perlu dikunjungi. Selain edisi LIMA terbesar, ia juga memberi peluang orang ramai untuk melihat empat pesawat pejuang termoden dekad ini.

Firma pertahanan BAE Systems dari United Kingdom menerbangkan sebuah pesawat Eurofighter Typhoon milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF), manakala Dassault dari Perancis pula membawa sebuah pesawat Rafale milik angkatan udara negara itu.

Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) pula menerbangkan dua buah pesawat F/A-18 Super Hornet bagi pihak Boeing. Firma Saab dari Sweden pula mempertontonkan pesawat tempur JAS-39C/D Gripen milik Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF).

Kehadiran empat pesawat ini adalah yang pertama seumpamanya pada pameran udara bertaraf antarabangsa.

Kesemuanya merupakan pesawat pejuang generasi keempat dan antara yang tercanggih di dunia kini. Mereka mengintai peluang untuk menggantikan pesawat MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Difahamkan, pesawat-pesawat ini akan mempamerkan aksi kepada orang ramai di Langkawi.

LIMA '11 merupakan kunjungan kali kedua pesawat Eurofighter Typhoon ke Malaysia.

Pada bulan November lalu, empat pesawat RAF ini terbabit dalam Eksesais Bersama LIMA '11 di Pangkalan TUDM Butterworth, Pulau Pinang.

Sebuah replika bersaiz sebenar pesawat Typhoon lengkap dengan sistem persenjataan juga dipamerkan di pintu masuk Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Langkawi.

BAE Systems yang merupakan antara pembekal sistem pertahanan terbesar Angkatan Tentera Malasia (ATM) dilihat begitu komited untuk menawarkan pesawat itu kepada TUDM.


PASUKAN aerobatik udara 1Malaysia yang dikenali sebagai Kris Sakti melakukan latihan di ruang udara Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum beraksi pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.


Pasaran strategik

Bagi Sweden pula, Malaysia merupakan pasaran strategik Saab setelah berjaya menjual 12 pesawat Gripen bersama dua pesawat pengawasan udara Saab 340 AEW dengan pakej menarik kepada RTAF tiga tahun lalu.

Terbaru, Saab memenangi kontrak membekalkan 22 pesawat satu enjin ini kepada Switzerland bernilai 2.5 bilion euro (RM37 bilion).

Begitu juga dengan Dassault. Iklim industri pertahanan Perancis yang baik di sini memberi keyakinan firma itu mempertaruhkan pesawatnya.

Di pasaran global, Rafale telah memikat Tentera Udara India (IAF) yang bersetuju membeli 126 pesawat tersebut pada bulan April lalu yang bernilai AS$12 bilion (RM10 bilion).

Firma Boeing pula percaya rekod 14 tahun TUDM mengoperasikan lapan pesawat F/A-18D Hornet tanpa sebarang masalah memberi kelebihan kepadanya.

F/A-18 Super Hornet memiliki reputasi cukup tinggi kerana terbabit dalam operasi-operasi ketenteraan AS di luar negara seperti di Afghanistan dan Iraq sejak tahun 2001 hingga kini.

TUDM hampir menjadi pengguna awal pesawat Super Hornet pada tahun 2003 sebelum dimuktamadkan dengan perolehan Sukhoi SU-30MKM dari Rusia.

Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah) bercadang memiliki di antara 12 hingga 18 pesawat tempur bagi menggantikan 16 pesawat MiG-29N yang bakal ditamatkan perkhidmatan menjelang 2015.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan bagi program perolehan bernilai berbilion ringgit itu.

LIMA '11 merupakan pameran aeroangkasa dan maritim terbesar di dunia mengumpulkan kira-kira 64 pesawat tentera dan komersial.

Antaranya termasuklah pesawat pengangkut gergasi C-17 Globemaster III milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dan pesawat pengisi minyak Airbus A330 terbaharu Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).

Selain itu, pasukan aerobatik profesional negara, Kris Sakti akan mempamerkan aksi sulungnya menggunakan pesawat ringan Extra 300L buatan Jerman.

Tidak ketinggalan, aksi mendebarkan oleh skuadron TUDM melibatkan pesawat Sukhoi SU-30MKM, MiG-29N, F/A-18D Hornet dan Hawk 108/208.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak dijangka menjadi tumpuan bagi segmen maritim di Awana Porto Malai.


RAFALE berjaya memikat Tentera Udara India (IAF) yang bersetuju membeli 126 pesawat tersebut.


Tumpuan

Pengunjung juga pasti tidak ingin melepaskan peluang mendekati frigat termoden Tentera Laut Republik Singapura kelas Formidable, RSS Supreme atau kapal pemusnah USS Curtis Wilbur dari AS yang dilengkapi peluru berpandu Tomahawk.

Turut berlabuh di perairan ini ialah dua kapal Tentera Laut Republik Korea iaitu kapal pemusnah ROKS Kang Kamchan dan kapal logistik ROKS Chun Ji.

Bagaimanapun tumpuan pasti terarah kepada kapal peronda terbaharu Tentera Laut Diraja Brunei, KDB Darulehsan. Dibina di Limbungan Lürssen, Jerman, kapal sepanjang 80 meter itu dilengkapi selaras meriam Bofors 57mm dan peluru berpandu antikapal 40MM Exocet.

Begitu juga kapal peronda pantai Tentera Laut Diraja Australia (RAN), HMAS Glenelg. Kapal laju kepas Armidable itu adalah yang serupa seperti digunakan dalam drama aksi televisyen terbitan negara itu, Sea Patrol.

Full content generated by Get Full RSS.

Jom jumpa Boboiboy

Posted:

Jom jumpa Boboiboy

Jom jumpa Boboiboy


EVERGREEN melancarkan pelbagai produk mereka yang mengambil inspirasi animasi Boboiboy.


BERITA baik untuk peminat Boboiboy! Jika anda ingin berkenalan secara lebih dekat dengan watak animasi itu dan kawan-kawannya anda dialu-aluklan ke Pusat Pameran Mid Valley (Mid Valley Exhibition Centre) hari ini kerana mereka akan berada di sana di antara pukul 6 petang hingga 7 malam.

Evergreen Publishers akan menganjurkan sesi pertemuan dengan pencipta dan pelakon yang meminjamkan suara kepada watak dalam siri animasi itu sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan pratonton episod untuk musim yang akan datang.

Dalam pada itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan autograf eksklusif Boboiboy pada cenderamata dan menjadi peminat pertama yang akan memiliki rangkaian alat tulis baharu dengan gambar watak kartun tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Evergreen Publishers, Rachel Poon, syarikatnya telah membeli hak untuk menggunakan jenama Boboiboy dalam rangkaian alat tulis mereka.

"Sebagai penerbit yang bertanggungjawab menerbitkan bahan bacaan animasi dan barangan hadiah untuk kanak-kanak, kami gembira kerana mendapat hak untuk menggunakan gambar watak kartun paling digemari di negara kita.

"Dengan memaparkan watak animasi ini pada rangkaian alat tulis, kami berharap untuk mengingatkan dan memberi inspirasi kepada pelanggan kami supaya menggunakan zaman muda mereka untuk kebaikan dan kegembiraan serta mencontohi kelakuan baik Boboiboy dan kawan-kawannya dalam perjuangan mereka untuk menegakkan nilai-nilai keluarga," katanya.

Menariknya, satu peratus daripada hasil jualan alat tulis itu akan disumbangkan kepada World Vision untuk menyokong usaha yang dilakukan untuk kanak-kanak.

"Singgahlah ke gerai pameran 1097 dan 1098 Evergreen di Pusat Pameran Mid Valley pada 8 Disember ini kerana kami akan memberikan 50 beg hadiah dengan tandatangan watak Boboiboy secara percuma.

"Orang ramai yang ingin membeli set alat tulis ini juga akan mendapat diskaun 10 peratus untuk semua pembelian," ujarnya.

Rekod animasi Boboiboy

Dalam pada itu, menurut Muhammad Anas Abdul Aziz yang merupakan pencipta watak utama kartun itu, Boboiboy telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan dari segi komersial.

Hasil tinjau selidik yang dikeluarkan oleh syarikat penilaian, AC Nielsen menunjukkan bahawa siri kartun itu menarik purata 1.1 juta penonton setiap episod buat masa ini. Ia merupakan siri kartun nombor satu di TV3 Malaysia dan berada di carta tiga teratas kartun Disney Asia di Malaysia, Filipina dan Singapura.

Full content generated by Get Full RSS.

Bisnes fesyen rumah kebajikan

Posted:

Bisnes fesyen rumah kebajikan

Bisnes fesyen rumah kebajikan

SITI AISHAH (kiri) bersama para remaja naungan Rumah Nur Kasih Bestari yang memakai sebahagian koleksi butik yang baru dilancarkan di Segambut baru-baru ini.


BUTIK Nur Muhammad Stockist merupakan bukti bahawa Rumah Nur Kasih Bestari mempunyai visi dan misi yang lebih jauh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak naungannya.

Dirasmikan minggu lalu, Pengerusi Rumah Nur Kasih Bestari merangkap pengurus butik, Siti Aishah Yob memberitahu, butik berkenaan bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin ekonomi rumah kebajikan tersebut, malah ia diwujudkan supaya remaja yang bernaung dapat belajar berdikari.

"Sebagai seorang ahli perniagaan dan pengurus butik ini, saya mahu kongsikan ilmu yang ada dengan anak-anak naungan Rumah Nur Kasih Bestari dan mengajar mereka selok- belok perniagaan.

"Justeru, apabila mereka keluar nanti, mereka mempunyai pengetahuan dan dapat berdikari serta meneruskan kehidupan mereka," katanya ketika ditemui pada majlis butik itu di M-Avenue, Segambut Bahagia Kuala Lumpur minggu lalu.

Menurut Aisyah, pembukaan butik berkenaan adalah hasil usaha sama banyak pihak yang banyak menyalurkan bantuan dan peruntukan serta modal pakaian.

"Saya mengenali ramai ahli perniagaan Arab sepanjang menetap di Jordan dan Mesir ketika melanjutkan pengajian serta bekerja di sana.

"Mereka membekalkan jubah-jubah dari Timur Tengah untuk dijual di butik ini," katanya.

Menurut Aisyah, selain jubah butik berkenaan, turut dijual ialah pilihan tudung, baju lelaki yang diimport dari Indonesia dan kopiah Oman yang menjadi trend masa kini.

"Kami mahu dikenali sebagai butik yang menawarkan pakaian berkonsepkan Muslimah seterusnya mahu mengembangkan perniagaan ini demi masa depan," katanya.

Ujar Siti Aishah lagi, hasil keuntungan jualan akan digunakan untuk pembangunan Rumah Nur Kasih Bestari manakala pusingan modalnya akan dikembalikan kepada butik tersebut.

"Pekerja-pekerja di butik ini adalah anak-anak Rumah Nur Kasih Bestari sendiri iaitu mereka yang berumur 15 tahun ke atas.

"Seramai 10 orang pelajar akan bergilir menguruskan butik ini sepanjang minggu selepas waktu persekolahan iaitu seramai dua orang setiap hari," jelasnya.

Aisyah memberitahu, perjalanan butik berkenaan tidak mengganggu proses pembelajaran para pelajar berkenaan kerana ia dilakukan secara bergilir.

Kelas bahasa


REMAJA Rumah Nur Kasih Bestari bertugas secara bergilir di Butik Nur Muhammad selepas pulang dari sekolah.


"Di atas butik ini, kami turut membuka pusat pembelajaran khas yang akan mengajar Bahasa Jepun, Inggeris dan Arab untuk penghuni Rumah Nur Kasih Bestari secara berjadual selain didedahkan tentang ilmu perniagaan.

"Setiap penghuni mempunyai tanggungjawab masing-masing selain membantu menjaga adik-adik mereka yang lain di rumah perlindungan ini," terang Siti Aishah.

Pada masa yang sama, ruang spa yang bersambung dengan butik berkenaan turut menawarkan pelbagai rawatan seperti sauna dan kesihatan.

"Selain mandi sauna, pelanggan berpeluang mendapatkan perkhidmatan seperti rawatan selepas bersalin, lulur, rawatan resdung, urut dan rawatan sakit puan.

"Rawatan berkenaan menggunakan ahli terapi spa yang berkelayakan termasuk pelajar yang dihantar mengikuti kursus spa sebelum bertugas," katanya.

Tambahnya, beliau sebagai tenaga pengajar utama turut membuka kelas membawa al-Quran dan Iqra, kelas fardu ain dan kelas bahasa Arab kepada orang luar yang berminat. Sebarang pertanyaan hubungi Aishah sendiri di talian 014-719 2922.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved