Sabtu, 31 Disember 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tunggu dulu...

Posted:

Tunggu dulu...

Tunggu dulu...

KESUDIAN Selangor yang mahu 'merujuk semula' dengan Safee Sali amat dihargai oleh bekas penyerang berbisa skuad Gergasi Merah itu.

Mengakui terharu dengan 'jemputan' tersebut, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim begitupun berkata, ia tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Ini kerana, beliau membayangkan Safee akan kekal bersama kelabnya, Pelita Jaya apabila dijangka memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada 31 Januari ini.

Menurut Zakaria, beliau akan berlepas ke Indonesia Selasa ini (3 Januari) bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara itu bersama pihak pengurusan Pelita Jaya.

"Terima kasih Selangor kerana prihatin dengan situasi Safee. Bukan tidak sudi, tetapi tempoh pendaftaran Liga Malaysia (Liga-M) 2012 juga sudah ditutup, jadi Safee tidak boleh duduk diam sahaja sehingga April depan.

"Saya akan ke sana (Indonesia) pada 3 Januari nanti, jika tawarannya menarik, Safee besar kemungkinan akan kekal bersama Pelita Jaya," kata Zakaria kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Zakaria menegaskan, Safee masih berminat beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) dan tidak hanya mahu kembali beraksi bersama Selangor semata-mata sekembalinya pemain itu suatu hari nanti.

"Ada pasukan (selain Selangor) yang berminat, tetapi hanya 'cakap mulut' sahaja.

"Lagipun, baru enam bulan Safee berkelana ke luar negara, berilah dia tempoh menimba ilmu dan pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun lagi," katanya.

Zakaria berkata, kontroversi berhubung masa depan Safee yang dikatakan tidak dapat beraksi bersama skuad Harimau Malaya gara-gara Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga semakin hampir menemui jalan penyelesaian.

"Ini kerana Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sah telah diambil alih oleh Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia baru-baru ini," jelas Zakaria.

Menurutnya, komiti yang ditubuhkan pada 19 Disember lalu itu akan mempengerusikan kongres tahunan PSSI pada 21 Januari depan bagi membincangkan pelbagai perkara berbangkit termasuk usul menolak kepimpinan Ketua Umum PSSI ketika ini, Djohar Ariffin Husin sebelum kembali bersidang pada Mesyuarat Agung PSSI, 6 Mac depan.

"Justeru, masa depan Safee sebenarnya masih selamat di sana dan tidak perlu berhijrah ke mana-mana pasukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiket Olimpik 2012 jadi rebutan

Posted:

Tiket Olimpik 2012 jadi rebutan

Tiket Olimpik 2012 jadi rebutan


IMBAS KEMBALI... Shahrul (tengah) dinobatkan selaku juara GP Pahang pada perlumbaan yang berlangsung di Raub, Jun lalu.


JAMINAN tiket diserap berlatih bersama skuad kebangsaan dan merebut slot pada Sukan Olimpik 2012 di London menjadi pertaruhan terbesar pada pusingan akhir Kejohanan Lumba Basikal Akhir Sirkit Grand Prix (GP) Kebangsaan 2011 di Muar, Johor hari ini.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah menetapkan betapa juara keseluruhan Sirkit Grand Prix Kebangsaan 2011 yang melibatkan tujuh pusingan - GP Kelantan, GP Kuala Lumpur, GP Melaka, GP Pahang, GP Perlis, GP Negeri Sembilan dan GP Johor akan dipertimbangkan untuk berlatih dan merebut slot ke London.

Setakat ini, nama tiga pelumba termasuk dua tonggak Terengganu Cycling Team (TSG) - Mohd. Zamri Salleh, Mohammad Saufi Mat Senan dan Muhammad Nor Umardi Rosdi dianggap pelumba pilihan hangat muncul juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan 2011.

Zamri kini mengutip 45 mata setelah mengharungi enam Sirkit GP Kebangsaan 2011 termasuk dua kali menaiki podium, manakala Muhammad Nor Umardi pula yang melakar sejarah unik muncul juara dua kali berturut-turut pada GP Perlis dan GP Negeri Sembilan berkongsi mata sama iaitu 42 mata dengan Saufi.

Begitupun, dua lagi tonggak TSG - Mohd. Shahrul Mat Amin dan Mohd. Harrif Salleh pula masih mampu mengucup gelaran juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan jika muncul juara GP Johor, sekali gus merebut 20 mata selaku pemenang sekalipun masing-masing hanya mengumpul 35 mata dan 32 mata setakat ini.

Bagaimanapun, mereka perlu mengharapkan Zamri, Muhammad Nor Umardi serta Saufi tidak berada dalam kelompok tiga teratas.

Presiden PKBM, Abu Samah Abd Wahab menegaskan, juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan 2011 sudah pasti akan berlatih dan merebut slot dalam skuad negara bagi mengharungi temasya Olimpik di London Ogos depan.

"Perkara ini sudah dibincangkan dan saya ingin tegaskan bahawa juara keseluruhan Sirkit Grand Prix Kebangsaan 2011 akan diserap berlatih bersama skuad kebangsaan untuk mengisi dua slot pada Sukan Olimpik 2012.

"Saya percaya perlumbaan kategori elit lelaki esok (hari ini) pasti sengit kerana sekurang-kurangnya lima pelumba semuanya datang dari Terengganu berpeluang muncul juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan 2011," kata Abu Samah dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kategori elit wanita, Masziyaton Mohd. Radzi dari Kedah sudah pasti dinobatkan sebagai juara Sirkit GP Kebangsaan 2011 biarpun apa keputusannya di Muar kerana kutipan 74 mata tidak boleh dipotong oleh mana-mana pelumba termasuk pelumba di tempat kedua, Mariana Mohamad.

Mariana yang mewakili Selangor hanya mengumpul 51 mata dan bakal menjadikan jumlah keseluruhan 71 mata andainya muncul juara pada GP Johor, manakala Nurul Ahmar Badeuzzaman mengutip 48 mata.

Bagi kategori junior lelaki pula, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri juga bakal bergelar juara keseluruhan kerana kutipan 84 mata sama sekali tidak mampu dipintas oleh Hamdan Hamidon dari Selangor yang hanya mengumpul 61 mata.

Full content generated by Get Full RSS.

Cerita suka duka badminton negara

Posted:

Cerita suka duka badminton negara

Cerita suka duka badminton negara

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


TINGGAL KENANGAN... Misbun (kiri) tidak lagi membimbing Chonbg Wei selepas meletakkan jawatan pada 31 Disember 2010.


KALENDAR arena sukan badminton tanah air sepanjang tahun ini dihiasi dengan 1,001 cerita suka dan duka.

Namun, yang paling mencuri tumpuan sudah pastilah prestasi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Apa tidaknya, mereka merupakan sandaran utama buat kontinjen Malaysia bagi menyumbangkan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Jika dibuat penilaian prestasi mereka sepanjang tahun 2011, ternyata prestasi Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong bolehlah dianggap membimbangkan dalam misi merealisasikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik.

Meskipun masih mengekalkan kedudukan selaku pemain No. 1 dunia yang disandang sejak 2008, namun kelibat Chong Wei sering kali dibayangi kehebatan seteru utamanya, Lin Dan dari China.

Buktinya, cukup jelas apabila Chong Wei terlepas untuk merangkul gelaran juara pada Kejohanan Dunia buat kali pertama apabila tewas di tangan Lin Dan pada aksi final.

Malah, peningkatan yang dipamerkan bintang muda China, Chen Long juga kini mampu menjadi ancaman buat Chong Wei pada Sukan Olimpik kelak.

Sebagai rekod, Chen Long mengejutkan Chong Wei pada final Terbuka Jepun pada September dan Terbuka Denmark (Oktober).

Terbaru, Chong Wei terpaksa akur dengan ketangkasan bintang muda China itu apabila tewas pada peringkat separuh akhir Siri Super Akhir di Liuzhou, China, 17 Disember lalu.

Bagaimanapun, Chong Wei masih boleh mendabik dada apabila berjaya merangkul lima kejuaraan sepanjang tahun ini - Terbuka Malaysia pada Januari lalu, Seluruh England (Mac), Terbuka India (April), Terbuka Indonesia (Jun) dan Terbuka Perancis (Oktober).

Bagi Kien Keat-Boon Heong pula, prestasi mereka dilihat berada pada tahap kritikal.

Bukan mahu memperkecilkan beregu emas negara itu, namun hakikatnya mereka gagal meraih sebarang kejuaraan pada kejohanan-kejohanan yang disertai sepanjang tahun ini.

Pencapaian terbaik yang dilakar mereka adalah muncul naib juara pada Seluruh England Mac lalu.

Lagak 'ala bintang' yang ditunjukkan kedua-dua pemain itu baik dalam mahupun luar gelanggang, ternyata telah mengundang padah buat mereka.

Entah apa silapnya, meskipun pelbagai cara telah dibuat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi meningkatkan kembali prestasi Kien Keat-Boon Heong, namun semuanya menemui jalan buntu.

Malah, permintaan pasangan tersebut untuk menukar jurulatih daripada dibimbing ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky kepada Pang Cheh Chang turut diluluskan oleh BAM.

Bukan sahaja berlatih di bawah kendalian Cheh Chang, tetapi BAM turut melantik bekas jaguh beregu Korea Selatan, Yoo Yong-sung bagi mengembalikan sentuhan emas pasangan tersebut.

Bagaimanapun, prestasi Kien Keat-Boon Heong tetap sama - tidak ada peningkatan, malah dilihat semakin merudum.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved