Sabtu, 24 Disember 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


BELUM HARAM LAGI

Posted:

BELUM HARAM LAGI

BELUM HARAM LAGI

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

NAIB Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan Liga Super Indonesia (ISL) belum lagi menerima status haram.

Hamidin mengesahkan, beliau telah menghubungi sumber dari negara jiran itu dan sudah menerima maklum balas berhubung kemelut yang melanda Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kelmarin.

Katanya, pihak PSSI akan mengadakan mesyuarat kongres pada minggu depan bagi menyelesaikan kekeliruan tersebut.

"Perkara ini sebenarnya belum lagi terjadi (haram).

"Semalam (kelmarin) saya telah menghubungi pihak Pelita Jaya dan beberapa sumber dari Indonesia berhubung masalah dalaman ISL yang difahamkan bakal diharamkan.

"Difahamkan, sumber dari Indonesia itu berkata, Ketua Umum PSSI, Djohar Ariffin Husin akan mengadakan mesyuarat kongres berhubung kemelut ISL dan Liga Perdana Indonesia (IPL) pada minggu depan.

"ISL masih merupakan liga sah PSSI dan FIFA telah meminta PSSI supaya selesaikan kekeliruan ini. Mungkin ada beberapa masalah telah berlaku tetapi mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

"Sekiranya PSSI tidak mencapai kata sepakat pada mesyuarat kongres itu, Djohar akan membuat rombakan sistem pengurusan PSSI baharu yang mengikuti undang-undang badan induk bola sepak dunia (FIFA) pada bulan hadapan," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya lagi, beliau turut bersetuju dengan pendapat Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang memberitahu supaya penyokong-penyokong tempatan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin mengenai status haram ISL itu.

Hamidin yang juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata, sekiranya PSSI tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, beliau akan berusaha untuk membawa keluar penyerang kebanggaan negara, Safee Sali dari Indonesia.

"Kita tidak perlu mudah percaya dengan berita yang tidak benar selagi tiada bukti atau kesahihan. Saya yakin mereka (PSSI) dapat menyelesaikan kekeliruan ini.

"Namun sekiranya benar ISL menerima status haram dari FIFA, pihak kami akan menggunakan semua saluran untuk membawa Safee kembali sama ada beraksi di Malaysia atau sebaliknya," katanya.

Semalam, sumber dari portal berita akhbar Republika Indonesia melaporkan, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Djohar yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.

Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Jarome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat dengan ISL.

Perkara itu meletakkan Safee dalam bahaya kerana kemungkinan Safee tidak boleh bermain untuk Harimau Malaya lagi.

Namun bagi pengurus Safee, Zakaria Rahim yang dipetik dari akhbar tempatan semalam berkata, ISL tidak haram dan karier Safee masih selamat namun dia kesal laporan itu telah disalah faham.

"ISL masih belum diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram. ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana-mana kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

700 peserta sertai Larian Bukit Tangga

Posted:

700 peserta sertai Larian Bukit Tangga

700 peserta sertai Larian Bukit Tangga

Oleh MAZLINDA MURTADZA
berita@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada 700 peserta mempamerkan sijil penyertaan selepas menyertai Larian Bukit Tangga di Jelebu semalam.


JELEBU - Lebih 700 peserta menyertai Pertandingan Larian Bukit Tangga anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan negeri, di sini semalam.

Pengarah JBSNS, Baharudin Jali berkata, pertandingan itu bertujuan bagi menggalakkan golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan selain mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah.

"Kita mahu menggerakkan aktiviti ini secara meluas dan menjadikan negeri ini sebagai tarikan kepada pengunjung dari luar dan dalam negara.

"Kita juga percaya sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh ia dapat melahirkan generasi belia bukan sahaja aktif dalam bidang sukan malah dapat membendung gejala sosial," katanya di sini semalam.

Baharudin berkata, larian tersebut merupakan permulaan terhadap cadangan kepada kerajaan bagi menganjurkan Bukit Tangga International Half Marathon menjelang tahun depan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Mustafa Salim dan Pengarah JKR negeri, Ir. Datuk Dr. Roslan Md. Taha.

Larian itu terbahagi kepada enam kategori melibatkan penyertaan terbuka lelaki, veteran lelaki, terbuka wanita, terbuka antarabangsa, pelajar menengah lelaki dan pelajar menengah wanita yang meliputi jarak 6 hingga 12 kilometer.

Pertandingan tersebut telah menyaksikan Ahmad Luth Hamizan, 19, dari Seremban menjuarai kategori terbuka lelaki sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM700.

Sementara itu, bagi kategori veteran lelaki, tempat pertama menjadi milik Boon Yen Kian, 46 dari Kuala Lumpur selapas berjaya menamatkan larian sejauh 12 kilometer yang turut membawa pulang hadiah RM700.

Dalam pada itu, pelajar kolej swasta di Nilai, dekat sini, Bernard Mwendia, 23, dari Zimbawe mengungguli kategori terbuka antarabangsa dan membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Full content generated by Get Full RSS.

Dimensi baharu Liga Super

Posted:

Dimensi baharu Liga Super

Dimensi baharu Liga Super

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


HELMI Loussaief (kiri) dan Nicoise Maickael Josep (tengah) merupakan antara pemain import pasukan PKNS yang bakal mewarnai saingan Liga Super 2012.


BAHANG Liga Super Malaysia (Liga M) 2012 kian terasa.Masakan tidak, debaran peminat bola sepak negara untuk merasai kehangatan bola sepak tanah air lebih teruja apabila bakal menyaksikan 14 pasukan kesayangan mereka di dalam misi yang sama bertarung bagi merebut tahkta liga dari juara musim lalu, Kelantan.

Menjelang tahun baharu, cabaran untuk muncul sebagai juara Liga M yang bernilai RM 1.1 juta itu bakal diserikan dengan kehadiran pemain import yang bergandingan dengan pemain tempatan pada setiap perlawanan.

Setiap pasukan telah melaburkan kos yang tinggi bagi mendapatkan pemain-pemain import berkualiti ini, sekaligus menyaksikan persaingan sengit antara pemain tempatan untuk beraksi di dalam skuad utama.

Namun, dengan penghijrahan pemain-pemain ternama seperti Indra Putra Mahayuddin yang kembali ke pangkuan Kelantan dari T-Team, menunjukkan pemain tempatan juga mampu memberikan aksi cemerlang sebagaimana kualiti yang dimiliki pemain import.

Lebih jelas, perkembangan positif ini nyata dirasai oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang bersetuju bahawa Liga M kini sudah mendapat tempat di hati penyokong-penyokong tempatan.

Katanya, kehadiran pemain-pemain import tidak akan mendatangkan masalah kepada pemain tempatan kerana ia bukan sahaja mewarnai Liga M malah mampu meningkatkan imej dan kualiti liga tempatan di seluruh ASEAN.

"Sebenarnya, saya agak terkejut apabila mendengar beberapa penyokong tempatan rancak berbual mengenai perpindahan Hai-O (Hairuddin Omar) yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbanding perpindahan pemain-pemain dunia seperti Nicolas Anelka yang menyertai kelab China, Shanghai Shenhua atau lain-lain.

"Mungkin juga salah satu faktor pemain tempatan mula mendapat perhatian ialah kejayaan skuad negara yang berjaya mengekalkan ibu segala emas Sukan SEA Jakarta pada November lalu, sekaligus mengekalkan status sebagai jaguh ASEAN.

"Pada pendapat saya, kehadiran pemain import pada musim hadapan juga akan mewujudkan satu persaingan yang lebih sihat.

"Mereka juga bakal menaikkan imej Liga Super di rantau ASEAN sebagaimana yang kita telah lihat, pihak kami banyak menerima tawaran dari beberapa negara ASEAN berminat mahu menyertai liga negara ini.

"Ini membuktikan Liga Super mula mendapat perhatian dari seluruh pemerhati bola sepak di seluruh Asia," katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Hamidin memberitahu beliau berharap penyokong-penyokong tempatan yang teruja menyaksikan kelibat pemain import supaya dapat mengawal perasaan mereka dengan baik.

Tambahnya, penyokong harus bersikap lebih profesional semasa bertandang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan kelak dan sentiasa menyokong pasukan kesayangan mereka ketika menang mahupun kalah.

Tegasnya, pihak FAM tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan sekiranya ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab cuba merosakkan nilai perlawanan tersebut.

"Saya harap penyokong lebih bersikap terbuka dan profesional di dalam apa jua keadaan sekali pun. Saya akui perlawanan Liga Super pasti lebih menarik dengan kehadiran pemain import tetapi jangan terlalu emosi apabila pasukan kamu tewas atau menang.

"Kita sepatutnya bijak mengawal perasaan dan sentiasa menyemai sikap saling hormat menghormati dengan pasukan pelawat.

"Sekiranya ada beberapa individu yang cuba membuat sebarang provokasi atau cuba mencemarkan imej perlawanan, FAM akan mengambil tindakan lebih tegas kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved