Jumaat, 9 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jamin keselamatan penumpang wanita

Posted:

Jamin keselamatan penumpang wanita

Jamin keselamatan penumpang wanita

ASNIMAR AMINUDDIN sedar bahawa hampir 99 peratus bidang yang diceburinya itu dimonopoli golongan lelaki.

Namun demikian, wanita berusia 43 tahun itu berani menyahut cabaran untuk terlibat dengan kerjaya yang jarang sekali menjadi pilihan para wanita di negara ini.

Bagi ibu tunggal itu, bidang kerjaya yang kononnya 'dikuasai' oleh lelaki itu turut menawarkan ruang buat wanita sepertinya mencari rezeki.

Tidak melihatnya sebagai cabaran yang sukar untuk dihadapi, Asnimar nekad untuk menjadi lebih cekal dan tidak mengenal erti putus asa.

Dia yang sudah menjadi pemandu teksi sejak tujuh tahun lalu, mengakui masih ada segelintir pihak yang kurang yakin dengan keupayaan wanita dalam kerjaya itu.

"Kita perlu ingat perbezaan jantina tidak boleh dijadikan kayu pengukur tahap kebolehan seseorang," jelasnya.

Semangat dan kecekalan wanita itu dalam mengharungi cabaran kerjaya langsung tidak pudar walaupun pernah berhadapan dengan sebuah kejadian cemas pada tahun 2000.

Wanita yang bertudung dan tidak lekang dek senyuman itu mengakui, dia pernah nyaris menjadi mangsa cabul.

Pada ketika itu, seperti kebiasaannya, Asnimar mengambil penumpangnya di sekitar kawasan pusat beli-belah, Ampang Point. Ketika berlegar-legar di kawasan itu, teksinya ditahan lelaki warga Iran yang mahu menuju ke Lebuh Ampang.

Lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu telah meminta diberhentikan di hadapan sebuah banglo dan kemudian turun dari kenderaan seolah-olah mahu membuat bayaran.

Namun, dia tidak menyangka apabila lelaki itu bertindak di luar batas norma dengan cuba merentapnya keluar dari teksinya. Begitupun kedua-dua tangannya dipegang kuat dan ditarik, nasib menyebelahi Asnimar kerana dia dapat melindungi dirinya dari dalam kenderaan.

Dalam keadaan keadaan cemas dan panik, Asnimar hanya mampu menjerit memonta pertolongan. Dia bersyukur kerana jeritannya itu mendapat perhatian dua orang pemuda yang kebetulan melalui lorong tersebut.


DIHARAPKAN dengan adanya perkhidmatan teksi wanita mampu mengurangkan kadar jenayah terhadap penumpang wanita.


Lebih berwaspada

Sejak peristiwa itu, Asnimar mengambil sikap lebih berjaga-jaga terutamanya ketika mengambil sekumpulan penumpang lelaki.

"Kebiasaanya, apabila mengambil mereka (lelaki), saya tidak memakai tali pinggang kerana khuatir mereka akan menjerut leher saya," ujarnya.

Oleh itu, Asnimar meminta pihak berkuasa 'melonggarkan' syarat kepada pemandu teksi wanita untuk membuat pilihan mengambil penumpang.

"Ia mungkin kedengaran agak janggal, namun sebagai wanita, tipulah jika saya kata tidak risau akan keselamatan sepanjang bekerja. Lagipun tempoh masa bekerja kami sehingga lewat malam.

"Saya amat berharap agar saranan itu dipertimbangkan demi keselamatan pemandu wanita," jelasnya sambil menyifatkan pekerjaan itu turut menggembirakannya kerana dapat melihat pelbagai ragam penumpang setiap hari.

Faktor keselamatan sebenarnya bukan sahaja melingkari para pemandu teksi wanita seperti Asnimar. Pada masa yang sama, para penumpang wanita di negara ini juga memerlukan jaminan keselamatan ketika mereka menaiki pengangkutan awam tersebut.

Sebab itulah, idea menyediakan perkhidmatan pemandu teksi wanita merupakan salah satu usaha untuk melindungi penumpang berikutan banyak kes yang buruk terjadi melibatkan kehormatan wanita.


TEKSI yang dipandu oleh pemandu wanita memberikan keselesaan kepada penumpang wanita.


Sekalipun jumlah kejadian jenayah dan gangguan seksual yang membabitkan pemandu lelaki tidaklah begitu membimbangkan, namun kes-kes yang dilaporkan sebelum ini masih menimbulkan kegusaran bagi sesetengah wanita.

Bagaimanapun, selepas ini kegelisahan mereka tidak akan timbul lagi memandangkan perkhidmatan teksi yang selamat dan selesa untuk kaum wanita telahpun dilancarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Hari Antarabangsa Menangani Keganasan terhadap Wanita.

Selepas berjaya melaksanakan perkhidmatan bas dan koc komuter khas untuk wanita, KPWKM kini memperkenalkan pula Projek Teksi Wanita di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 26 November lalu.

Elak jadi mangsa

Projek terbaharu yang dilaksanakan itu bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada kaum Hawa yang menggunakan pengangkutan awam itu.

Langkah itu juga dilihat mampu mengelakkan kaum itu daripada menjadi sasaran gangguan seksual khususnya pada waktu malam.

Bagi Fatimah Jomal, 22, pengenalan teksi wanita itu bukan sahaja memberi keselesaan kepada penumpang wanita malah dapat mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

"Dengan adanya kehadiran pemandu teksi wanita, ia mampu menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna wanita.

"Disebabkan banyak kes rogol dan samun yang melibatkan segelintir pemandu teksi, ia sudah cukup menyebabkan penumpang wanita berasa bimbang," ujarnya.

Bagaimanapun, dia berharap lebih ramai wanita menceburi bidang itu memandangkan tidak ramai wanita yang berminat menjadi pemandu teksi.


SEBELIM ini penumpang wanita dilanda kebimbangan menaiki teksi yang dipandu pemandu lelaki berikutan banyak kes jenayah.


Pendapat itu turut dipersetujui Kimberly King Shen Zhett, 23, yang turut memuji langkah beberapa syarikat yang mempunyai kakitangan pemandu teksi wanita.

"Langkah segelintir syarikat memperkenalkan pemandu teksi wanita perlu dicontohi oleh syarikat teksi yang lain. Kehadiran pemandu wanita dalam bidang ini mampu membantu penumpang wanita kurang terdedah dengan risiko jenayah.

"Selepas ini, golongan wanita yang pulang daripada tempat kerja lewat tidak perlu bimbang lagi kerana mereka boleh menaiki teksi yang dipandu wanita," katanya.

Sementara itu, bagi penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Panita Terajapak, 24, dia turut memuji langkah kerajaan itu.

Dia yang berasal dari Thailand itu mengakui golongan wanita khusus pelajar yang menggunakan perkhidmatan teksi terutama pada waktu malam boleh menarik nafas lega.

"Selain berasa selesa dan selamat, penumpang wanita lebih mudah untuk berurusan dengan pemandu wanita," jelasnya.

Sehingga kini, hanya empat syarikat iaitu Destination Transport, Zalnas Sdn. Bhd., Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya serta Sunlight Radio Sdn. Bhd yang menyediakan pemandu teksi wanita.

Sebagai panduan penumpang, teksi wanita boleh dikenal pasti melalui pelekas khas berwarna ungu yang tertera tulisan 'Teksi Wanita' pada kenderaan awam itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Beradu tenaga musim dingin

Posted:

Beradu tenaga musim dingin

Beradu tenaga musim dingin


AKTIVITI memanah yang turut disertai golongan wanita.


SELALUNYA unta digunakan sebagai mod pengangkutan di padang pasir. Namun, lain pula halnya di Mongolia apabila haiwan tersebut menjadi tarikan utama dalam Festival Naadam musim dingin.

Merentas tundra yang diselaputi salji bersama mamalia berbonggol dan berbulu lebat itu, suasana pesta sedemikian dapat disaksikan di Hulun Buir yang terletak di wilayah pedalaman negara pentadbiran khas China itu.

Pesta yang turut disambut di luar musim dingin itu sudah lama menjadi tarikan pelancong ekstrem yang tiba di negara pergunungan tersebut melalui Ulaanbaatar.

Di hamparan lembah luas itu, pesta kebudayaan tersebut mempamerkan keunikan budaya rakyat pedalaman Mongolia melalui pelbagai acara menarik. Antara aktiviti tradisional yang memeriahkan sambutan adalah seperti sukan rakyat, tarian, gusti, memanah dan juga pertandingan lumba kuda serta unta.


DI kawasan lapang, selain acara tarian dan sukan rakyat, gusti juga menjadi perhatian ramai.


Pengisian festival itu mengambil inspirasi kejadian perang masa lampau yang melibatkan semangat rakyat Mongolia mempertahankan kampung-kampung mereka daripada dimusnahkan. Keraian berkenaan dipercayai sudah bermula sejak berkurun-kurun lamanya.

Naadam yang secara ringkasnya bermaksud 'permainan', dimulakan dengan upacara pengenalan yang menampilkan para penari yang memakai baju tradisional berwarna-warni, selain formasi para atlet, penunggang kuda dan pemuzik.

Kalau di ibu negaranya, Ulaanbaatar, festival Naadam musim panas disambut secara besar-besaran lantaran mempunyai bajet peringkat kebangsaan pada bulan Julai setiap tahun.

Tidak mahu ketinggalan mencetuskan keriangan sempena pesta tersebut, banyak kawasan pedalaman Mongolia juga menganjurkan sambutan Festival Naadam dalam skala lebih kecil.


GOLONGAN wanita Mongolia yang menyarungkan busana tradisional menarik minat para pelancong.


Penganjuran festival dalam musim dingin di Hulun Buir, misalnya, adalah acara terkini yang dipantau pemerintah China untuk dikembangkan menjadi tarikan pelancongan bagi pelancong luar yang berada di Mongolia dalam musim salji.

Sambutan pesta tradisi yang diiktiraf sebagai acara Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu berlanjutan sehingga bulan Mac tahun berikutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved