Jumaat, 23 Disember 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dari rumah besar ke penjara

Posted:

Dari rumah besar ke penjara

Dari rumah besar ke penjara

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

KHIR TOYO


SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.

Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.

Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tak sesuai perjalanan jarak jauh

Posted:

Tak sesuai perjalanan jarak jauh

Tak sesuai perjalanan jarak jauh


Kemalangan membabitkan bas dua tingkat di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Perak pada Disember tahun lalu mengorbankan 28 pelancong Thailand. Gambar kecil, bas dua tingkat.


KUALA LUMPUR - Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati penggunaan bas bertingkat tidak selamat serta tidak sesuai bagi perjalanan jarak jauh.

Keselamatan bas berkenaan akan menjadi lebih buruk sekiranya laluan bas berkenaan berselekoh serta sempit kerana ia mempengaruhi kestabilan bas dan berisiko mengakibatkan kemalangan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, bas bertingkat hanya sesuai digunakan di laluan selesa seperti di kawasan bandar atau di lebuh raya.

"Penggunaan bas dua tingkat di kawasan bergunung-ganang dan bercerun seperti di Sabah, Sarawak dan Cameron Highlands kurang sesuai kerana ia akan memberi kesan tidak baik terhadap bas yang berbadan lebih tinggi," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Abdul Rahim berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) wajar menentukan semula laluan yang boleh menggunakan bas jenis itu bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

"Kebenaran untuk menggunakan kenderaan itu juga tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan sewajarnya daripada bahagian kejuruteraan automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain pemeriksaan teknikal oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ, Ir. Mohamad Dalib berkata, bas dua tingkat tetap selamat digunakan tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika ia dipandu oleh pemandu yang tidak berpengalaman.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Peneroka dapat bonus insentif

Posted:

Peneroka dapat bonus insentif

Peneroka dapat bonus insentif



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti antara RM400 dan RM1,200 kepada peneroka tanah rancangan itu pada tahun ini, iaitu kadar yang sama seperti tahun lepas.

Pembayaran bonus insentif berjumlah RM102.6 juta itu yang bergantung kepada penghantaran hasil melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka Felda bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda, kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Bonus insentif itu akan dibayar di pejabat rancangan Felda pada akhir bulan ini.

"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing," kata Najib.

Beliau berkata, peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil mereka dari Januari hingga Oktober tahun ini.

Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 19 tan/hektar.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved