Selasa, 27 Disember 2011

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Kerja mengukur lebih mudah

Posted:

Kerja mengukur lebih mudah

Kerja mengukur lebih mudah

Oleh ADLAN JAAFAR

BAGI Alex Seen Chia Choon, 38, setiap saat boleh mempengaruhi jumlah keuntungan yang boleh diraih. Jadi, sebagai seorang kontraktor yang telah bekerja selama 10 tahun, dia percaya alatan yang tepat dan betul mampu menjimatkan masanya.

Baru tiga bulan menggunakan peranti GLM 80 keluaran Robert Bosch Sdn. Bhd., dia sudah melihat perubahan terhadap bilangan kontrak yang diterimanya.

"Dahulu dalam sehari dengan menggunakan pita pengukur, maksimum yang saya boleh dapat adalah sebanyak lima kontrak. Tetapi, dengan GLM 80, saya boleh dapat antara lapan hingga 10 kontrak," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ujarnya, masa yang dijimatkan ketika sesi temujanji bersama pelanggan amat mengagumkan. Sebelum ini, dia memerlukan masa paling kurang 15 minit untuk memberi sebut harga.

Masa banyak terbuang dengan perkara-perkara remeh seperti melakukan persediaan mengukur dan membawa tangga malah, kadangkala pita pengukur tidak mampu mengukur pada jarak yang panjang.

Kini, dengan beberapa tembakan laser ke dinding dalam tiga saat tanpa perlu ada penukaran posisi, dia sudah boleh menyatakan harga yang sudah pun berada dalam mindanya.

Fungsi yang paling menyenangkan Alex adalah gabungan ukuran tinggi tidak langsung. Ia adalah fungsi yang membolehkan pengguna peranti mengukur jarak tinggi pada bahagian tengah dinding.

Pengendalian GLM 80 pula sangat mudah seperti menggunakan telefon bimbit malah, bahasa visual pada paparan juga amat mudah difahami.

Banyak fungsi

Meskipun fungsi asas peranti GLM 80 hanyalah membuat ukuran tetapi, ia telah dipelbagai kaedah ukuran berdasarkan keadaan fizikal sesuatu lokasi itu.

Sebanyak lima aplikasi fungsi yang direka supaya mudah digunakan dalam semua keadaan dan ketinggian iaitu pengukuran tinggi atau panjang tidak langsung, pengukuran gabungan tinggi tidak langsung dan mod inclination.

"Sebagai contoh, amat sukar untuk mengukur satu jarak tertentu yang terletak di bahagian atas dinding namun, GLM 80 akan memudahkan kerja anda.

"Seting perlu ditukar pada menu yang dikehendaki. Mod arahan yang dikenal pasti dengan imej yang terpapar pada skrin. Kemudian, hanya beberapa klik sudah boleh mendapat bacaan," kata Pengurus Jenama Rantau ASEAN (Asia Tenggara), Bahagian Power Tool, Anthony Heng.

Selain untuk kegunaan golongan jurutera dan profesional, peranti itu juga turut menjadi alatan penting kepada para pelajar terutama mereka yang mengambil kursus arkitek serta menjadi tumpuan pereka hiasan dalaman.

Jarak maksimum, GLM 80 boleh mengukur adalah sepanjang 80 meter. Mungkin kerana rakyat Malaysia tidak gemar berjemur jadi, ia amat berguna terutama memerlukan pengukuran di luar bangunan.


GLL 2 Professional Line dengan teknologi laser memudahkan pereka hiasan dalaman mahupun jurutera menentukan garisan lurus dengan menekan satu butang sahaja.


Bacaan digital alatan itu juga mempunyai kejituan ukuran sehingga 1.5 milimeter, manakala paparan imej juga boleh flip secara melintang atau menegak mengikut cara ia dilihat.

Produk-produk keluaran Robert Bosch merupakan yang pertama menggunakan litium ion dan boleh dicas dengan pengecas mikro-USB.

Litium ion membolehkan bateri dicas berulang-ulang walaupun masih ada lagi baki tenaga dalamnya. Hanya bateri berasaskan nikel kadmium boleh mengakibatkan masalah 'efek memori' berlaku.

Laser

Pancaran laser merupakan komponen penting untuk GLM 80 membuat ukuran sesuatu jarak tetapi, jangan risau kerana ia tidak akan membahayakan penglihatan manusia.

Menurut Anthony, laser terbahagi pada enam jenis yang mempunyai perbezaan tahap kekuatan dan kebolehan iaitu kelas pertama banyak digunakan dalam pemain cakera video digital (DVD).

Kelas enam boleh menembusi badan manusia, untuk memotong pula kelas lima digunakan, manakala empat pula boleh menyebabkan luka dan ketiga mampu menyebabkan penglihatan rosak.

"GLM 80 menggunakan laser kelas kedua tetapi, semua cahaya seperti matahari dilihat secara terus dalam jangka masa panjang pun boleh merosakkan mata," terang Anthony.

Selepas ukuran ruang sudah dibuat, pasti ramai orang terutama bukan profesional berdepan dengan banyak masalah seperti bingkai gambar yang digantung senget ataupun mata gerudi terkena sistem pendawaian dalam dinding.

Bosch turut mengeluarkan dua alatan iaitu GSM120 Professional Multi Detector dan GLL 2 Professional Line yang boleh menyelesaikan semua masalah tersebut.

Garisan laser yang dipancarkan daripada alat GLL 2 Professional Line akan mengeluarkan garisan lurus. Pengguna hanya perlu mengetuk paku atau menggerudi pada garisan tersebut.


BAGI seorang jurutera profesional, mengukur adalah bahagian yang paling rumit dan leceh untuk dilakukan.


Untuk GSM120 Professional Multi Detector pula, ia amat berguna terutama kepada mereka yang langsung tidak mempunyai ilmu dalam kejuruteraan.

Tahukah anda, jika anda secara tidak sengaja menggerudi sistem pendawaian rumah, ia akan menyebabkan bekalan elektrik terputus dan kos untuk membaikinya amat mahal?

Kata Alex, harga untuk mata gerudi kecil berharga lingkungan RM3 hingga RM5 dan boleh patah dengan mudah jika terkena pada keluli rebar dalam dinding.

Bayangkan berapa kos yang perlu dikeluarkan jika setiap kali kita mahu menebuk lubang, pasti akan terkena keluli tersebut.

GSM120 Professional Multi Detector merupakan sebuah alat yang boleh mengesan kabel hidup, metal atau kayu yang berada dalam dinding atau siling rumah.

Menurut Anthony, penggunaan produk tersebut sangat mudah iaitu seperti memahami maksud yang disampaikan oleh lampu isyarat jalan.

Ia dilengkapi dengan lampu LED berbentuk lingkaran bulat yang mengeluarkan tiga warna iaitu merah, hijau dan kuning.

Jika warna hijau yang menyala bermakna kawasan persekitaran tersebut selamat untuk digerudi, manakala warna kuning memberi amaran bahawa terdapat sesuatu berdekatan kawasan yang mahu diketuk.

Merah pula adalah arahan yang jelas bahawa kawasan tersebut tidak boleh diketuk atau digerudi.

Multi Detector itu mampu mengesan objek tersembunyi sedalam 12 sentimeter untuk metal ferus, lapan sentimeter untuk logam bukan ferus, lima sentimeter untuk kabel dan 3.8 sentimeter untuk kayu.

Akui Alex, kedua-dua produk tersebut menjimatkan kos bagi dirinya dalam jangka masa panjang walaupun harganya agak mahal.

Full content generated by Get Full RSS.

Perintis bandar hijau di Amazon

Posted:

Perintis bandar hijau di Amazon

Perintis bandar hijau di Amazon


KAYU balak merupakan bahan asli yang didapati dari hutan Amazon dan ia memberi pendapatan lumayan kepada penduduk sekitarnya.


TIGA tahun lalu di hutan Paragominas, Brazil, kepulan asap hitam kebakaran yang dibuat oleh manusia semata-mata untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai padang ragut untuk penternakan lembu daging ternyata kelihatan amat menggerunkan.

Kanak-kanak pula dengan berkaki ayam berjalan pada permukaan laluan yang kotor berdekatan tempat pembakaran arang. Paragominas adalah tempat yang paling pantas kehilangan hutan berbanding tempat-tempat lain di Amazon.

Kini, bandar tersebut bangkit daripada debu-debu hitam dan menjadi perintis model bandar hijau. Ia memastikan pendekatan ekonomi baharu mapan dengan menghapuskan kegiatan pembalakan haram.

Ramai pakar berpendapat, ia akan memberi harapan kepada penduduk seramai 25 juta itu bahawa hutan Amazon memberi manfaat jika dipelihara berbanding dibiarkan musnah.

Transformasi tersebut dibuat selepas Brazil disenaraikan dalam 36 negara yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan Amazon. Ia menyebabkan berlaku sekatan ekonomi memberikan bandar tersebut dua pilihan sama ada melawan arahan tersebut atau membuat penyelesaian untuk sekurang-kurangnya memelihara apa yang sedang dimiliki.

Adnan Demachki, 46, kelihatan tidak seperti seorang pejuang alam sekitar. Peguam yang bertubuh gempal dan berkaca mata itu dibesarkan di bandar tersebut serta merupakan datuk bandar ketika ia mengalami penggondolan hutan paling teruk.

"Bandar kita disenarai hitam oleh kerajaan. Tiada jalan keluar selain memilih cara terbaharu ini," kata Demachki.

Jalan terbaik


INDUSTRI pembuatan arang merupakan salah satu faktor kemusnahan hutan hujan Amazon di Paragominas.


Rancangan bandar hijaunya menyasarkan untuk menghapuskan semua kegiatan pembalakan haram melalui pelbagai penguatkuasaan seperti penubuhan polis alam sekitar dan mempromosi ekonomi yang tidak bergantung pada aktiviti pembersihan hutan.

Ia memberi fokus pada pembangunan secara mapan dengan menjalankan pengurusan hutan terbaik untuk industri kayu selain memperkenalkan teknik pertanian moden bagi meningkatkan kualiti sambil mengurangkan penggunaan tanah.

Sejak kebelakangan ini, kejayaan Demachki dipuji oleh pihak berkuasa alam sekitar yang sebelum ini merupakan badan paling lantang mengutuk bandarnya.

"Paragominas adalah contoh kejayaan mengatasi masalah pembasmian hutan dan memulakan transisi ekonomi yang boleh memelihara hutan.

"Mereka menukar pendirian dan ikut arahan para pemimpin menggunakan kaedah alternatif yang boleh wujud bersama dengan hutan," ujar ketua di jabatan yang bertanggungjawab melawan kemusnahan Amazon, Kementerian Alam Sekitar, Mauro Pires.

Hutan hujan Amazon merupakan pertahanan terbesar melawan pemanasan global dengan bertindak sebagai penyerap gergasi karbon dioksida. Dengan membalak hasil buminya, dunia bukan sahaja kehilangan pertahanan tetapi, kemusnahannya boleh menambahkan masalah.

Kira-kira 75 peratus pencemaran Brazil datang daripada aktiviti pembersihan hutan hujan, kaedah pertanian secara pembakaran dan pereputan balak. Dianggarkan sebanyak 400 juta tan karbon dioksida ke ruang atmosfera setiap tahun menjadikan Brazil negara keenam pengeluar gas tersebut.

Hampir 20 peratus hutan Amazon di Brazil telah dibersihkan.

Penyelamat hutan

Ramai pakar berpendapat, eksperimen Paragominas sangat penting kerana ia menunjukkan kemungkinan untuk menyakinkan penduduk tempatan.

Buat pertama kali pada tahun 2008, kerajaan Brazil telah meletakkan sasaran yang konkrit dengan memperlahankan kemusnahan hutan hujan melalui pengurangan kawasan sehingga 5,000 kilometer persegi pada tahun 2017.


SEBAGAI sebahagian aktiviti bandar hijau, kanak-kanak Orang Asli diajar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.


Ejen bersenjata menjadikan Paramigos sebagai sasaran selain 36 negara yang disenarai hitam melalui cara mengenakan denda yang besar, menyita lembu dan menutup kilang papan.

Ejen persekutuan di Paragominas yang berkepadatan 100,000 orang telah menutup hampir 300 kilang papan haram. Sebanyak 2,300 sumber pekerjaan hilang dan kerjaan persekutuan turut memotong kredit pertanian.

Langkah pertama pakatan bandar hijau adalah dengan menandatangani perjanjian melibatkan semua peringkat masyarakat supaya bersetuju untuk menegakkan undang-undang melarang pembalakan haram.

Ia bekerjasama dengan kumpulan alam sekitar berpusat di Amerika, The Nature Conservancy yang mempunyai kepakaran dan mengetahui selok-belok memastikan rancangan tersebut berjaya.

Kakitangan konservasi menggunakan imej satelit untuk menentukan sempadan ladang dan tuan tanah diberi surat ikatan yang sah. Tuan tanah diberitahu luas kawasan hutan yang masih tinggal dan keluasan yang perlu ditanam semula. Mereka juga mengajar penternak dan petani kaedah terbaik untuk mengurus tanah. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Inovasi hebat tahun 2012

Posted:

Inovasi hebat tahun 2012

Inovasi hebat tahun 2012

Oleh KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN


SISTEM operasi Windows 8 berkuasa membina rangkaian kawalan dengan komputer peribadi yang lain.


SEMPENA menyambut kehadiran tahun baru yang menjanjikan pelbagai teknologi terkini dan ciri-ciri aplikasi yang diperhalusi, berikut disenaraikan beberapa gajet dan sistem operasi yang bakal memasuki pasaran pada tahun hadapan.

Ia bakal memudahkan anda untuk memilih gajet idaman hati untuk tahun 2012.

1) Nintendo Wii U

Pengeluar konsol permainan terkemuka Nintendo bakal memasarkan produk pengganti konsol Wii mereka yang dinamakan Wii U. Sesuatu yang ketara tentang konsol terbaharu ini ialah alat kawalannya yang mempunyai skrin sentuh berukuran 15.7 sentimeter (sm) dengan nisbah 16:9.

Alat kawalan ini turut dilengkapkan dengan accelerometer, gyroskop, kamera dan mikrofon bagi memberikan pengalaman baharu dalam dunia permainan video terutamanya gamer.

Setiap unit konsol Wii U, boleh disambungkan kepada sehingga empat alat kawalan Wii secara serentak. Konsol janaan pemproses mikro IBM ini menggunakan unit pemproses grafik AMD Radeon yang mampu menghasilkan grafik lebih lancar dan realistik.

Ia membolehkan variasi output video dengan format 1080p, 1080i, 720p, 480p dan 480. Pengguna Nintendo Wii tidak perlu risau kerana permainan dan aksesori mereka turut boleh digunakan pada Nintendo Wii U ini.


PEMILIK Nintendo Wii U pasti teruja dengan pemproses grafik AMD Radeon yang lebih lancar dan realistik.


2) Acer Iconia Tab A200

Pengeluar komputer terkemuka Acer mengumumkan tablet terbaharu mereka, Iconia Tab A200. Ia sesuai bagi mereka yang inginkan pengalaman pengkomputeran santai seperti membaca buku elektronik, menonton video, bermain permainan komputer, mendengar muzik dan aktiviti rangkaian sosial.

Sungguhpun versi Iconia Tab A200 yang menggunakan sistem operasi Android Honeycomb telah mula dipasarkan pada November lalu, namun versi yang menggunakan sistem operasi Android terkini Ice Cream Sandwich akan hanya dikeluarkan bermula Januari tahun hadapan.

Ditawarkan dalam dua pilihan warna, kelabu titanium dan merah metalik, tablet ini menawarkan skrin pelbagai sentuh berukuran 25.6 sm dan disokong pemproses NVIDIA Tegra 2 Dual Core berkelajuan 1 gigahertz (GHz) dan gyrometer.

Ia turut menawarkan slot USB bersaiz penuh bagi membolehkannya disambung dengan peranti lain. Dari sudut storan pula, pengguna boleh memanfaatkan slot MicroSD bagi menyimpan segala khazanah digital mereka.

Sekiranya anda seorang yang sering berinteraksi menggunakan panggilan video, kamera web dengan resolusi 2 megapiksel turut disediakan demi memberikan imej berkualiti.

3) Canon EOS 5D Mark III

Sungguhpun nama model ini belum dapat dipastikan kesahihannya 100 peratus, Canon dilaporkan telah mengesahkan bahawa mereka sedang dalam proses membangunkan kamera refleks lensa tunggal (DSLR) bingkai penuh terkini.

Model ini berkemungkinan dinamakan 5D Mark III atau 6D. Antara spesifikasi yang dikatakan bakal dimuatkan dalam keluaran terbaharu ini adalah pemproses imej DIGIC 4, sensor bingkai penuh, resolusi 21 megapiksel, skrin OLED dan jangka hayat bateri lebih panjang.


ACER tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan teknologi aplikasi hebat melalui produk tabletnya.


Seperti model-model terdahulu, model terkini dari Canon ini dijangka mempertingkatkan ciri sedia ada dan menyelesaikan isu-isu berbangkit yang diluahkan oleh penggemar fotografi terutamanya jurufoto profesional yang menggunakan 5D Mark II.

4) Windows 8

Windows 8 merupakan kod nama bagi sistem operasi keluaran Microsoft yang bakal menggantikan sistem operasi sedia ada iaitu Windows 7.

Menarik tentang sistem operasi ini adalah ia tidak hanya boleh digunakan untuk komputer peribadi dan komputer riba, tetapi juga dikatakan boleh diguna pakai pada peranti tablet.

Antara ciri yang diperkenalkan pada sistem operasi terbaharu ini termasuk pelayar web Internet Explorer versi 10 yang menyokong HTML 5 dan CSS 3.

Ia juga boleh diintegrasi dengan pengkomputeran awan iaitu SkyDrive, yang membenarkan anda mengawal komputer lain menerusi Internet. Ciri itu membolehkan anda mendapatkan gambar atau video daripada komputer milik anda yang lain.

Bagi memastikan keselamatan pengguna, sistem operasi terbaharu ini juga mempunyai papan kekunci pada skrin dan ciri pengecaman tulisan tangan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved