Rabu, 7 Disember 2011

Kosmo Online - Horizon


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Segalanya ekstrem di PD Buggy Trek

Posted:

Segalanya ekstrem di PD Buggy Trek

Segalanya ekstrem di PD Buggy Trek

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA

PAGI Ahad it u, suasana di sekitar pantai Port Dickson agak meriah berbanding hari-hari biasa. Kebetulan hari itu merupakan cuti umum Maal Hijrah yang jatuh pada hujung minggu dan cuti sekolah. Tidak hairanlah beberapa kawasan perkelahan utama seperti Batu 2, Pantai Bagan Pinang, Batu 4, Teluk Kemang dan Lagun Biru agak sesak dengan pengunjung.

Bagaimanapun, bagi Suk Fui Teng, kehadirannya bersama teman-teman ke pusat peranginan popular itu bukan untuk berkelah, jauh sekali untuk bermandi-manda.

Destinasi yang ingin dituju ialah Extreme PD Buggy Trek, satu-satunya lokasi khusus untuk peminat sukan lasak permotoran di negeri yang terkenal dengan adat perpatih itu.

Sebaik tiba, dia dan kumpulannya disambut oleh salah seorang Pengarah Extreme PD Buggy Trek Sdn. Bhd., Andrian Kenny De Costa atau lebih mesra dengan panggilan Kenny.

Fui Teng, 26, tekun mendengar taklimat yang diberikan. Mula-mula dia diajar bagaimana mengendalikan jentera Auto Terrain Vehicle (ATV), seterusnya buggy, krazy kart dan motocross.

"Kamu semua kena berhati-hati, berdisiplin dan tidak berlumba sesama sendiri di atas trek. Apa yang penting adalah keselamatan diri, kamu semua diwajibkan memakai topi keledar dan kasut yang sesuai," terang Kenny.

Selesai taklimat, Fui Teng mengambil tempatnya di atas jentera ATV. Riak wajahnya seperti tidak sabar untuk memulakan pemanduan pertamanya di atas kenderaan empat roda itu.

Dia memulas pendikit minyak, perlahan-lahan kenderaan itu bergerak mengelilingi trek seluas hampir satu hektar itu.

Perasaannya bercampur-baur, antara seronok dan cemas. Maklumlah, sepanjang hidupnya dia tidak pernah memandu kenderaan lain selain daripada kereta.

Selesai pusingan pertama, wanita yang menetap di Petaling Jaya, Selangor itu tampak lebih yakin berbanding sebelumnya.

Pemanduannya semakin lancar malah, dia juga semakin teruja untuk setiap kali jentera itu melepasi selekoh tajam, laluan berbukit dan berlopak di atas trek.

Puas menunggang ATV dia beralih kepada kenderaan buggy pula. Baginya, corak pemanduan jentera itu tidak ubah seperti memandu sebuah kereta kerana lengkap dengan gear, brek, pedal minyak dan stereng.


PERMAINAN sky walker membolehkan pengunjung membuat lompatan seperti seekor kanggaru.


Keterujaannya tidak terhenti setakat itu sahaja. Pakej aktiviti yang diambil bersama teman-temannya membolehkan Fui Teng memandu go-kart, bermain zorb ball (bola angin) dan sky runner.

"Biarpun kasut dan baju diselaputi lumpur serta kepenatan kerana terpaksa berpanas di atas trek namun, saya puas.

"Segala tekanan di pejabat seakan hilang dalam sekelip mata apabila berada di sini," kata eksekutif latihan di sebuah syarikat di ibu negara itu.

Ujarnya, jika selama ini dia kurang berminat dengan aktiviti lasak dan bermotor namun, pengalaman yang diperoleh pada pagi itu mengubah persepsinya.

"Ia tidaklah sesukar yang saya sangkakan, sesiapa sahaja boleh mencubanya, asalkan ada kemahuan dan keberanian.

"Lagipun pengunjung tidak akan berasa bosan kerana terdapat pelbagai aktiviti lasak yang boleh dicuba, pastinya setiap satunya memberikan pengalaman berbeza," katanya.

Tiga trek berbeza

Beroperasi sejak Mac tahun lalu, Extreme PD Buggy Trek diwujudkan oleh tiga rakan karib iaitu Kenny, Abdul Ajib Mohd. Zan dan Azizan Saad yang berkongsi minat dan keghairahan yang sama dalam sukan itu.

Menurut Abdul Ajib, selama ini kehadiran pengunjung ke pusat peranginan itu terhad kepada aktiviti air dan bersifat kekeluargaan seperti berkhemah atau berkelah.

"Jika ada aktiviti lain sekali pun, sekadar melawat ke Muzium Tentera Darat, melihat kehijauan flora dan fauna di Tanjung Tuan, menikmati makanan laut di puluhan gerai dan restoran atau memancing di laut.


KANAK-KANAK boleh mencuba jip mini yang terdapat di Extreme Buggy Trek.


"Ada juga sesetengah hotel dan resort yang menawarkan sukan itu sebelum ini namun, jumlahnya terhad dan lazimnya khusus untuk pelanggan sahaja," katanya.

Menyedari potensi yang ada, dengan modal hampir RM100,000, ketiga-tiga mereka bertekad memperkenalkan sukan itu sebagai salah satu tarikan kepada pengunjung.

Beliau memberitahu, pihaknya menawarkan pakej lengkap sukan lasak permotoran melalui tiga trek berbeza.

Katanya, trek di Batu 2 menawarkan cabaran berbentuk off road, trek di Glory Mini Theme Park pula lebih santai dengan tambahan permainan zorb ball dan sky runner, sementara trek di pekan Port Dickson pula khusus untuk aktiviti go-kart.

"Selain berkunjung terus ke sini, pengunjung juga boleh membuat tempahan melalui portal Groupon secara dalam talian," jelasnya yang turut menawarkan aktiviti seperti karaoke dan barbeku atas permintaan.

Abdul Ajib berkata, secara purata, Extreme PD Buggy Trek dikunjungi 100 hingga 120 pengunjung sehari yang terdiri daripada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Ujarnya, kadar yang dikenakan bagi setiap jentera dan permainan adalah berpatutan bermula dari RM10 hingga RM35 setiap pusingan.

"Kesemua jentera yang digunakan diimport dari Taiwan dan China. Terbaru, kami turut memperkenalkan jip mini dan dirt skuter sebagai tarikan kepada pengunjung," jelasnya.

Kata jejaka itu lagi, pihaknya kini dalam perancangan membina trek baharu di dalam hutan pada awal tahun hadapan yang menjanjikan cabaran lebih ekstrem berbanding trek-trek yang sedia ada.

"Ia pastinya dapat menyemarakkan aktiviti pelancongan di sekitar Port Dickson, bukan sahaja kerana aktiviti pantainya tetapi, sebagai hab sukan lasak pemotoran di negeri ini," katanya.

Bagi Jacky Th'ng Wai Chuan, 26, aktiviti yang ditawarkan di Extreme PD Buggy Trek sesuai bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dalam sukan lasak.

Katanya, keadaan trek dan cabaran yang terhidang sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.

"Sukan ini mampu meningkatkan keyakinan diri peserta berhadapan cabaran di samping memupuk semangat setiakawan dan kerjasama antara satu sama lain.

"Pelbagai halangan yang ditempuhi sepanjang perjalanan ini membolehkan peserta lebih kreatif. Misalnya, bagaimana untuk melepasi halangan, mengelak daripada kemalangan dan sebagainya," katanya.


MEMANDU buggy memerlukan seseorang menguasai kemahiran mengendalikan jentera itu mengharungi kawasan berlumpur.


Sementara itu, Noriza Baba, 31, berkata, dia hadir bersama anak-anaknya, Daniel Iskandar Mohd Hazir, 7, dan Danish Iskandar, 5, yang mencuba permainan jip mini dan buggy.

Ibu muda yang menetap di Shah Alam itu memberitahu, kadar caj berpatutan yang dikenakan membolehkan sesiapa sahaja mencuba sukan lasak itu.

"Sebelum ini orang sering mengaitkan keseronokan di Port Dickson dengan aktiviti pantai semata-mata.

"Kini, walaupun berada jauh dari pantai, pengunjung masih boleh merasai keseronokan yang sama di samping melonjakkan namanya sebagai destinasi pelancongan popular di negara ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pesona kota lama

Posted:

Pesona kota lama

Pesona kota lama


SWEDEN memiliki gugusan pulau yang masing-masing menawarkan tarikan tersendiri.


TANYALAH kepada sesiapa yang pernah melawat Stockholm sebelum ini, perkataan pertama yang pasti terpacul di mulut mereka ialah keindahannya.

Menerima jolokan Venice di Utara, ibu negara Sweden itu sememangnya sebuah bandar raya bertaraf antarabangsa yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, seni bina bangunan, kebersihan serta taman-taman awam.

Lokasi strategik dengan dikelilingi 14 pulau di bahagian pantai timur dan selatan di pinggir Tasik Mälaren menjadikan kepulauan itu begitu istimewa dan destinasi pelancongan utama sejak dulu sehingga kini.

Di sini wartawan Reuters, Anna Ringstrom, mencadangkan beberapa destinasi pelancongan yang boleh dilawati dalam tempoh 48 jam sempena musim sejuk ini.

Jumaat

5 petang: Mulakan perjalanan anda ke Old Town, salah sebuah bandar zaman pertengahan yang masih wujud di dunia berhampiran Fjallgatan.

Melewati jalan kecil abad ke-18 yang terletak berhampiran tebing membolehkan menikmati keindahan panorama bandar dan teluk berhampiran sehingga senja melabuhkan tirainya.

Selain itu, anda juga berpeluang melewati kediaman Lisbeth Salander, heroin yang memegang watak penggodam komputer dalam siri paling laris karya penulis terkenal, Stieg Larsson.

6 petang: Untuk melihat pemandangan yang lebih menakjubkan, apa kata ke Gondolen, yang seakan-akan tergantung di udara berhampiran Teluk Strommen.

Di sana juga, anda boleh berkunjung ke bar dan restoran terbaik di Stockholm yang menempatkan ruang makan luas dan selesa. Ia menawarkan aneka hidangan tempatan dan antarabangsa serta mempunyai lounge yang popular untuk majlis-majlis koktel.

8 malam: Blasieholmens Akvarium & Bar (B.A.R) sentiasa meriah dengan kehadiran pengunjung untuk menikmati makan malam berlatarbelakangkan suasana kota metropolitan berhampiran Teluk Nybroviken.

Pilih menu yang diingini atau lebih baik, mula 'mengarang' menu pilihan anda sebaik sahaja melangkahkan kaki ke kaunter. Di situ, ikan dipilih sendiri sambil bermesra dengan chef-chef berpengalaman.

11 malam: Bagi yang mahu menikmati aktiviti malam, halakan langkah melepasi beberapa blok berhampiran pantai Strandvagen ke Hotel Diplomat.

Bagi mereka yang dahagakan hiburan malam, berkunjunglah ke Stureplan yang mempunyai beberapa kelab malam terkemuka seperti Riche untuk berparti dan berhibur.

Sabtu

9 pagi: Mulakan hari kedua dengan berjalan-jalan sambil ditemani orang ramai yang sedang berjoging dan kenderaan yang bersimpang-siur menyusuri kawasan dermaga Norr Malasrstrand.


ELEMEN istimewa di Katedral Stockholm pasti mengagumkan mereka yang menyukai konsep seni bina lama.


Terletak di pulau Kungsholmen, berhampiran Teluk Riddarfjarden, di situ anda boleh melihat bangunan Dewan Banda Raya yang menggagumkan. Ia menjadi lokasi acara Nobel Banquet yang diadakan pada Disember setiap tahun. Pada musim panas, pengunjung berpeluang menaiki Menara Dewan Banda Raya bagi melihat panorama sekelilingnya.

10 pagi: Sesi menikmati sarapan pagi atau secawan latte boleh dilunaskan di beberapa buah kafe di Kungsholmen seperti Petite France atau Caffe Ugo.

Jika mahu menikmatinya dalam suasana berbeza, anda boleh ke Hotel Grand. Di situ, sarapan pagi dinikmati dengan bergaya sambil ditemani latar Royal Opera, Royal Palace dan gereja Stockholm yang pernah menjadi lokasi perkahwinan Puteri Mahkota Victoria pada tahun 2010.

12 tengah hari: Masa yang sesuai untuk menjiwai seni. Susun langkah anda ke National Museum yang menyimpan pelbagai koleksi lukisan lama dan arca. Sepanjang berada di situ, anda pasti terpukau melihat hasil karya artis terkenal negara itu seperti Carl Larsson dan Anders Zorn.

Jika tidak ke situ sekalipun, anda masih boleh menikmati hasil seni dengan melintasi jambatan kecil ke pulau Skeppsholmen dan Modern Museum. Antara tarikan seni baharu di Stockholm ialah muzium Fotografiska, yang memaparkan karya fotografi kontemporari.

3 petang: Baki percutian anda seelok-eloknya dihabiskan dengan bersantai di Sodermalm, sebuah pulau yang pernah dihuni pekerja-pekerja lombong suatu ketika dahulu dan kini menjadi kawasan kejiranan puak Bohemian.

Lokasi itu juga ideal buat mereka yang memburu fesyen terkini, butik-butik pereka terkenal dan kedai-kedai rekod klasik. Detik menghayati gaya hidup golongan hipi Stockholm haruslah disertai espresso dan juga kek kayu manis di kafe-kafe berdekatan.

Laluan pejalan kaki di Gotgatan, merupakan titik permulaan yang baik untuk bersiar-siar. Anda boleh berkunjung ke dataran Medborgarplatsen melalui kawasan sekitar Skånegatan digelar SoFo, yang terletak berhampiran Nytorget.

6 petang: Sekiranya anda perasan, keseluruhan daerah itu juga dipenuhi bar dan kafe yang sesuai untuk bersantai. Sebagai contoh anda boleh berkunjung ke Snotty's, Nada atau Rival untuk minum petang.


KEINDAHAN Old Town dari udara.


8 malam: Langsaikan selera makan malam di restoran popular seperti di Nytorget Urban Deli. Bagi yang mencari suasana Stockholm yang lebih klasik, bolehlah ke Pelikan yang menjanjikan suasana lebih meriah. Di situ, anda boleh menikmati pelbagai hidangan tradisional yang menyelerakan.

11 malam: Masih belum mahu melelapkan mata? Apa kata terus berada anda menuju ke pusat kebudayaan di Sodra Teatern. Kunjungilah bar Marie Laveau atau Debaser yang menawarkan persembahan band live bergenre rock.

Ahad

10 pagi: Melawat Vasa, iaitu sebuah kapal lama yang masih terpelihara dengan baik. Dibina pada kurun ke-17, kapal itu berjaya diselamatkan kira-kira 50 tahun lalu selepas karam ketika melakukan pelayaran sulung pada tahun 1628.

12 tengah hari: Rehatkan diri dengan alam hijau! Di Royal Djurgarden, iaitu salah satu taman terbesar di Stockholm, suasana yang tenang dan mendamaikan dapat dikecapi pengunjung yang berkelah hampir setiap hari.

Tatkala berada di situ, anda boleh menyusuri terusan, merentasi laluan keseluruhan taman dan menjelajah ke kawasan hutan berhampiran.

2 petang: Berhenti sebentar untuk menikmati hidangan makan tengah hari sambil dibuai keindahan landskap di taman biodinamik terbuka, Rosendals Tradgard.

Jika mahu melihat rusa liar dengan lebih dekat atau pelbagai seleksi bangunan tradisional dari seluruh negara, berkunjunglah ke muzium terbuka, Skansen.

6 petang: Akhiri hujung minggu anda dan berbelanja sepuas-puasnya di Djurgarden. Nikmati hidangan makan malam di Villa Godthem, restoran klasik yang dibina pada abad ke-19. Restoran itu dibuka pada tahun ini di bawah pengurusan baharu. Ia menawarkan seleksi hidangan tradisional Sweden yang wajib dicuba.


SUASANA di Old Town sangat bersih, berwarna-warni dan penuh dengan imbasan budaya lampau.


Salah satu alternatif lain ialah dengan menaiki feri ke Nybroviken ataupun Stromkajen. Pelayaran selama sehari suntuk itu membolehkan anda melihat keunikan dan keindahan gugusan pulau-pulau yang mengelilingi Stockholm.

Perjalanan ke Pulau Fjaderholmarn, mengambil masa kira-kira 20 minit. Sementara itu, bagi mereka yang mahu melihat Laut Baltik yang membiru bolehlah ke Finnhamn yang mengambil masa dua jam setengah perjalanan. Sekiranya masih belum puas lagi, pulau Uto dan Sandon antara destinasi terbaik yang boleh dilawati. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Godaan Golden Palm Tree Godaan Golden Palm Tree

Posted:

Godaan Golden Palm Tree Godaan Golden Palm Tree

Godaan Golden Palm Tree Godaan Golden Palm Tree

Oleh BASIR ABU BAKAR



TIUPAN angin dan nyanyian ombak menyuntikkan rasa tenang dan damai. Pemandangan persekitaran yang dipukau panorama lautan pula cukup merehatkan minda. Untuk seketika, perasaan hati begitu melonjak hati untuk menetap di situ lebih lama.

Itulah penangan pusat percutian Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa yang berlokasi di Gold Coast Sepang, Selangor.

Mengambil kawasan seluas 5,000 hektar dengan vila mengunjur sejauh 1.5 kilometer (km) ke Selat Melaka, Golden Palm Tree menawarkan 399 vila penginapan yang mempesona.

Antara jenis vila yang ditawarkan ialah Trevelers Palm Villa, Premier Travelers Palm Villa, Canary Palm Villa, Ivory Palm Villa dan Royale Palm Villa.

Semua vila dilengkapi kemudahan canggih selain tata hias dalamnya yang cantik memberikan keselesaan saat menginap 'terapung' di Selat Melaka itu.

Bagi memudahkan segala urusan tetamu di resort itu, Rumah Kelab Golden Palm Tree dengan reka bentuk kontemporari disediakan yang dilengkapi bilik mesyuarat, lobi, pusat perniagaan, pusat penjagaan kesihatan (spa dan gim), restoran, kafe, kolam renang dan pusat rekreasi.

Rekod pokok palma

Selain kolam renang, anda boleh mencuba aktiviti perahu layar dan berkayak. Aktiviti lain ialah memanah, bersenam di gim dan berbasikal ke kawasan kampung.

Jika berminat, anda boleh menyusuri Sungai Sepang Besar sambil melihat keindahan alam semula jadi. Dari Sungai Sepang Besar sejauh 17 kilometer, anda akan dihidangkan kawasan hutan paya bakau yang belum terusik.

Anda berpeluang meninjau aktiviti ekonomi masyarakat tempatan seperti menangkap lokan dan menternak ikan.


PANORAMA malam yang memukau pandangan mata.


Golden Palm Tree turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai resort berbentuk pokok palma terpanjang di Asia Tenggara.

Pengurus Besar Golden Palm Tree, Pascal Prigent, 51, berkata, pusat percutian itu sesuai sekali dikunjungi seisi keluarga kerana terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh diterokai di situ.

Jelasnya lagi, Golden Palm Tree sesuai menjadi persinggahan tetamu yang dambakan aktiviti di darat dan air dalam satu masa.

Beliau berkata, jika datang bersama keluarga dan mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau.

"Kami mempunyai pelbagai aktiviti menarik jadi ibu bapa bebas melakukan aktiviti yang disukai, manakala anak-anak berseronok dengan sukan rekreasi mereka," ujarnya.

Beberapa aktiviti lain dirancang di situ termasuklah abseling, banji, memanjat dinding dan permainan tradisional.

Pascal berkata, walaupun pusat percutian itu dibina serba canggih dan mewah, aspek alam sekitar sama sekali tidak diabaikan.

Setiap aktiviti pembangunan mengambil kira impak pada persekitaran di pesisiran pantai adalah minimum.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved