Rabu, 7 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Songlap cara Sam, Sara

Posted:

Songlap cara Sam, Sara

Songlap cara Sam, Sara

FILEM Songlap, pertama kali menyatukan dua figura Shaheizy Sam dan Sara Ali yang terjun ke dalam dunia seni pada waktu yang berbeza namun, mempunyai persamaan. Mereka selesa berada dalam dunia ciptaan mereka sendiri.

Shaheizy Sam atau Sam terlebih dulu merasa rencah dunia hiburan apabila bergelar penyanyi pada usia 18 tahun bersama kumpulan M.O.B dan menjadi aktor pecah panggung menerusi filem Adnan Sempit.

Sara Ali pula baru setahun jagung dalam dunia lakonan, namun, tuah datang bergolek kepadanya kerana setakat hari ini, dia telah berlakon dalam tujuh buah filem. Satu profil yang cukup membanggakan untuk seorang pendatang baru sepertinya.

Ketika hadir pada sesi fotografi di studio Utusan baru-baru ini, jelas keserasian wujud antara mereka. Diminta melakukan aksi romantis untuk dirakam lensa kamera, diberikan sahaja oleh mereka berdua tanpa sebarang masalah.

Apabila ditanya pada Sam, sudah lamakah dia mengenali Sara? Kata Sam, salam perkenalan antara mereka hanya bermula ketika kedua-duanya membintangi filem Songlap. Sebelum itu dia hanya mendengar cakap-cakap orang mengenai kualiti lakonan bintang baharu itu.

Ditanya apakah pandangannya terhadap Sara? Jawab Sam: "Kami berlakon dalam satu filem tetapi tidak ada satu babak yang sama. Gambaran yang dapat saya berikan tentangnya adalah misteri. Dia tidak perlu banyak berkata-kata. Cukup dengan pandangan matanya yang tajam seolah-olah ada misteri tersembunyi sebaliknya."

Sambung jejaka berusia 29 tahun itu, dia cukup senang berdampingan dengan Sara kerana karakter Sara yang bersifat lebih kelelakian namun, terselit jiwa feminin.

"Perangai dia gila-gila dan agak kasar macam lelaki. Dia juga seorang pelakon yang bagus walaupun masih baru," tutur Sam yang juga akan muncul dengan filem berjudul 8 Jam.

Ujar Sara, sebelum mengenali Sam dalam Songlap, dia terlebih dulu mengenali Sam menerusi filem-filem lakonannya. Sara juga menyedari Sam seorang aktor yang bagus ketika dia berada di set penggambaran.

"Selama ini hanya kenal dalam filem, bila saya tengok dia berlakon dalam Songlap baru saya tahu yang dia memang seorang aktor yang cukup bagus dan komited terhadap kerjanya. Memang patut dia popular sebab dia sangat bagus," kata Sara.

Mendalami karakter Sam secara peribadi kata Sara, Sam merupakan seorang yang pendiam dan suka berahsia. Namun, ada waktu-waktunya dia akan bersuara.

"Jika tentang tarikan, bagi saya senyuman, mata dan juga suaranya. Itu bagi diri saya, tidak tahulah orang lain menilainya bagaimana," tutur gadis yang berusia 21 tahun itu lagi.

Luahnya lagi, dia teringin untuk bergandingan dengan Sam jika diberi peluang kerana wataknya dalam Songlap hanya mempunyai beberapa ayat dialog sahaja dan tidak mempunyai babak bersama Sam.

Sam bertukar serius

Sudah menjadi kebiasaan buat penonton melihat Sam membawakan watak komedi. Malah, setiap filem komedi yang dilakonkan oleh Sam sudah pasti akan pecah panggung.

Tetapi dalam filem Songlap, Sam membawakan watak Am seorang kaki judi yang terlibat dalam sindiket penjualan bayi. Watak yang serius dan realiti. Mengakui bimbang dengan penerimaan orang ramai, namun di hatinya terdapat kepuasan yang sukar digambarkan selaku seorang aktor.

"Filem Songlap sebuah filem realiti yang keadaannya memang wujud dalam dunia kita hari ini. Memang bukan sebuah filem komedi tetapi filem seperti ini yang saya mahukan.

"Apa yang saya boleh katakan dalam Songlap orang akan ketawa juga kerana situasi dalam satu-satu babak itu yang melucukan, bukan kerana saya yang buat lawak.

"Kalau soal kutipan, penonton kita hari ini terlalu subjektif. Apa yang saya lakonkan sebelum ini semuanya mengikut kehendak penonton, saya tidak tahu sama ada filem Songlap tergolong sebagai filem yang memenuhi cita rasa penonton atau tidak. Saya serahkan pada penonton untuk membuat penilaian," jawab Sam yang menerima tawaran filem Songlap kerana tertarik dengan jalan ceritanya.


BERLAKON di dalam satu filem, Sara dan Sam bagaimanapun tidak mempunyai babak bersama.


Sam yang bakal menerbit dan mengarahkan filemnya sendiri menerusi produksi kakaknya Zizie Ezette, 2121 Vision Pictures tidak lama lagi dan kini dalam proses memilih skrip yang terbaik.

"Agak lambat progresnya kerana saya masih memilih skrip yang terbaik. Ada beberapa skrip yang telah saya teliti tetapi masih belum tahu filem genre apa yang ingin saya terbitkan," ujarnya yang merupakan antara duta DiGi bersama artis lain seperti Lisa Surihani, Mia Sara dan Aizat.

Sara sering ditegur

Filem Songlap merupakan filem kelima lakonan Sara dan mengakui tertarik dengan jalan cerita yang ditampilkan.

Bagaimanapun akuinya, memegang watak Hawa seorang gadis berusia 16 tahun yang mempunyai masalah keluarga terlalu besar cabaran buatnya kerana sepanjang penggambaran dia kerap ditegur oleh pengarah.

"Sangat sukar untuk saya melakonkan watak Hawa yang sepanjang filem hanya melontarkan beberapa baris dialog sahaja. Selebihnya, saya hanya diam dan dialog yang dituturkan menerusi ekspresi wajah sahaja.

"Sekarang baru saya tahu, susah berlakon tanpa dialog. Saya banyak ditegur dan dimarahi oleh pengarah tetapi saya anggap ia satu pengalaman yang sangat berguna untuk saya memperbaiki mutu lakonan," balasnya.

Meletakkan sepenuh usahanya untuk menjayakan watak Hawa, Sara berharap filem Songlap dapat memberi sinar untuk kerjayanya sebagai pelakon.

"Walaupun saya sudah berlakon beberapa buah filem tetapi penonton masih belum sedar kewujudan saya. Jadi, saya harap filem Songlap antara filem yang dapat membantu orang nampak bakat lakonan saya," bicaranya.

Menganggap dirinya bertuah kerana baru sahaja berlakon sudah banyak tawaran filem dalam genggamannya. Tetapi semua itu tidak melalaikannya kerana dia sedar terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi orang pelakon yang bagus.

"Seperti dalam filem Songlap, semua pelakonnya bagus, cuma saya orang baharu. Memang rasa tertekan sebab bimbang lakonan yang saya berikan tidak setanding dengan pelakon yang lain dan akan merosakkan filem ini.

"Sebab itu saya tidak kisah kena marah hari-hari di set penggambaran asalkan saya dapat beri lakonan yang dikehendaki oleh pengarah," cerita Sara.

Gadis yang mempunyai berat sebanyak 47 kilogram dan ketinggian sebanyak 1.61 meter itu kini merupakan aktres sepenuh masa setelah menamatkan kuliahnya dalam jurusan Seni Bina dari Universiti Lim Kok Wing baru-baru ini.

Walaupun cita-cita sebagai arkitek tidak pernah padam dalam dirinya, namun, semakin hari, semakin besar cintanya dalam dunia seni.

"Saya sudah jatuh cinta dengan dunia lakonan. Jika dahulu saya was-was untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon sekarang tidak lagi.

"Selain berlakon, saya juga menimbangkan untuk terlibat secara serius dalam dunia sebalik tabir sesebuah filem atau drama. Saya beri masa selama enam hingga tujuh tahun sebelum saya bergelar seorang penerbit atau pengarah," ujarnya yang semakin memahami kerja-kerja produksi.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiket RM25 Search di Borneo

Posted:

Tiket RM25 Search di Borneo

Tiket RM25 Search di Borneo

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


DARI KIRI: Yazid, Kid, Amy, Nasir dan Nordin bakal memberikan tenaga maksimum untuk Search menggegarkan Tawau dan Kuching menerusi Konsert Fenomena Search 30 Tahun - Jelajah Borneo.


KONSERT Fenomena Search 30 Tahun yang berlangsung di Pulang Pinang (19 November) dan Johor Bahru (3 Disember) ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada peminat legenda rock tanah air tersebut.

Malah, konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 Disember ini sempena sambutan ulang tahun Search yang ke-30 itu turut akan dibanjiri dengan peminat-peminat mereka.

Bagaimanapun, ia bukanlah kemuncak buat ahli kumpulan tersebut iaitu Amy (Vokalis), Nasir (Gitar bass), Nordin (Gitar kedua), Kid (Gitar utama) dan Yazid (Dram) untuk mengadakan konsert pada tahun ini.

Sebaliknya, hanya selepas seminggu berakhirnya konsert di Kuala Lumpur nanti, mereka akan diterbangkan pula ke dua buah negeri iaitu di Sabah dan Sarawak untuk menghiburkan peminat mereka di sana.

Dianjurkan bersama oleh Universal Credential Sdn. Bhd. dan Nova Music (M) Sdn. Bhd., Konsert Fenomena Search 30 Tahun - Jelajah Borneo itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, Sabah (24 Disember) dan Stadium Negeri Kuching, Sarawak (31 Disember).

Pada sidang akhbar baru-baru ini, Datin Nirvana Jalil Ghani selaku wakil Universal Credential Sdn. Bhd. memberitahu penganjuran konsert di kedua-dua, buah negeri tersebut adalah mahu memberi peluang kepada peminat untuk meraikan bersama ulang tahun Search yang sudah bertapak dalam industri muzik selama 30 tahun.

"Ini adalah merupakan kesinambungan kepada siri jelajah konsert yang diadakan di tiga buah negeri Semenanjung Malaysia, walaupun ia dianjurkan oleh pihak yang berlainan.

"Lagipun usaha kami untuk menganjurkan konsert di Sabah dan Sarawak adalah bagi memenuhi permintaan peminat di sana yang sudah lama menantikan persembahan secara langsung oleh Search," jelasnya.

Menurut Nirvana, para peminat yang ingin menyaksikan konsert tersebut tidak perlu risau kerana harga tiket yang telah ditetapkan sangat murah dan berbaloi iaitu RM25 sahaja.

Ujarnya, dengan harga tiket tersebut pihaknya sangat berharap agar peminat legenda rock tanah air itu dapat hadir beramai-ramai memandangkan ia mampu menampung sehingga 30,000 orang.

"Jika sebelum ini peminat hanya dapat menonton persembahan Search di televisyen, maka ini adalah peluang terbaik untuk mereka sama-sama berhibur sambil meraikan ulang tahun kumpulan tersebut," ujarnya.

Pada sidang akhbar yang sama, Amy menjelaskan peluang untuk mengadakan konsert di Sabah dan Sarawak adalah satu peluang yang sangat dinantikan.

Selain negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Amy memberitahu bahawa kumpulan Search juga sebenarnya mempunyai ramai peminat yang fanatik di kedua-dua buah negeri tersebut.

"Sudah tentu tanggungjawab kami adalah memberi yang terbaik serta persembahan mantap kepada peminat semasa konsert itu berlangsung dan dengan harapan dapat memberi kenangan paling manis buat mereka," ujarnya.

Ditanya tentang konsep persembahan pula, Nasir menjelaskan tidak banyak perbezaan yang dibuat berbanding dengan siri jelajah konsert yang diadakan di Pulau Pinang dan Johor Bahru sebelum ini.

Ujarnya, kelainan yang akan ditampilkan nanti adalah berdasarkan kepada beberapa aspek teknikal seperti reka bentuk pentas, penggunaan lampu dan sistem bunyi memandangkan kos yang lebih besar diperlukan untuk menganjurkan konsert di kedua-dua negeri tersebut.

"Tentang lagu-lagu yang akan dinyanyikan pula, sebanyak 20 lagu yang akan dipersembahkan dan dipetik daripada album-album Search terawal sehinggalah yang terkini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Aniston paranoid

Posted:

Aniston paranoid

Aniston paranoid


JENNIFER ANISTON


KEKASIH aktres Jennifer Aniston, Justin Theroux mendedahkan kepada satu sumber bahawa wanita itu sedang berhadapan dengan masalah paranoid yang serius, terutama terhadap bentuk fizikal dan kehidupan seks mereka.

Theroux memberitahu, Aniston yang baru berhenti merokok kini berhadapan dengan kenaikan berat badan sehingga 10 kilogram. Takut dengan situasi itu, dia asyik membebel dan telah menjauhi makanan.

"Theroux seperti sudah tidak tahan dengan sikap Aniston. Misalnya, jika dia mahu pergi ke sebuah restoran, Aniston akan membantah dengan mengatakan hidangan yang disajikan menggemukkan. Dia juga tidak mahu tidur lewat kerana perlu bangun pada pukul 6 pagi untuk mula bersenam," ujar sumber tersebut.

Selain paranoid terhadap bentuk tubuh, aktres berusia 42 tahun itu juga 'menyeksa' Theroux. Mereka tidak melakukan seks dengan kerap, tetapi harus mengikut 'hari subur' Aniston.

"Kata Theroux, aktiviti seks mereka sudah menjadi seperti satu kajian sains dan dia sudah muak dengan sikap Aniston. Dia berasa sukar berhadapan dengan sikap paranoid kekasihnya itu," ujar sumber itu lagi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved