Sabtu, 24 Disember 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Amaro menang X Factor pertama di AS

Posted:

Amaro menang X Factor pertama di AS

Amaro menang X Factor pertama di AS

AFP
MELANIE AMARO memenangi trofi kemenangan program The X Factor di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja berusia 19 tahun, Melanie Amaro menjadi warga AS pertama memenangi pertandingan nyanyian The X Factor kelmarin.

Kemenangan itu melayakkan Amaro memperoleh kontrak rakaman lumayan bernilai AS$5 juta (RM15.7 juta) dan kontrak iklan Pepsi.

Tempat kedua dimenangi Josh Krajcik manakala Chris Rene pula mendapat tempat ketiga.

Kemenangan mereka diumumkan dalam program akhir musim pertama X Factor di AS yang berlangsung selama dua jam kelmarin.

Rancangan itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan barisan penyanyi popular seperti Justin Bieber, Stevie Wonder, Leona Lewis dan 50 Cent.

Amaro menyanyikan lagu popular Beyonce, Listen manakala Krajcik, 30, memetik gitar sambil mendendangkan lagu nyanyian Etta James, At Last.

Pemenang tempat ketiga, Rene, 28, pula menyanyikan lagu ciptaannya sendiri, Young Homies pada program penutup musim tersebut.

"Saingan kali ini akan menjadi benar-benar sengit," kata juri dan penerbit X Factor, Simon Cowell pada Rabu lalu.

Selepas Amaro membuat persembahan penutup pada program bahagian pertama Rabu lalu, Cowell memberitahu dia memang layak memenangi X Factor.

"Berdasarkan persembahan anda malam ini, anda memang layak untuk bergelar pemenang X Factor," kata Cowell.

Namun, ketika itu, pemenang belum diputuskan kerana undian penonton belum dikira.

Program X Factor AS itu diadaptasi daripada pertandingan nyanyian terbitan Cowell di Britain, X Factor yang mula disiarkan pada 2004.

Rancangan tersebut turut melahirkan beberapa penyanyi popular termasuk Matt Cardle dan Leona Lewis.

Di AS, pertandingan nyanyian versi AS itu ditonton oleh sekitar 12 juta penonton. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Jolie dedah punca terbit filem Bosnia

Posted:

Jolie dedah punca terbit filem Bosnia

Jolie dedah punca terbit filem Bosnia


ANGELINA JOLIE dan Brad Pitt.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Aktres jelita Hollwyood, Angelina Jolie menyatakan, dia pada mulanya menulis lakon layar filem In the Land of Blood and Honey sebagai latihan peribadi.

Namun, sebaik sahaja kekasihnya, Brad Pitt membaca lakon layar tersebut dia meminta Jolie mendapatkan pendapat mereka yang pakar tentang konflik perang Bosnia kerana berpendapat lakon layar itu bermutu.

Selepas mendapat maklum balas positif, Jolie, 36, membuat persediaan untuk menerbitkan dan mengarahkan filem sulungnya itu.

Dia menampilkan barisan pelakon kurang terkenal dengan kebanyakan mereka hidup pada era perang tersebut.

Antara pelakon yang diambil membintangi filem berkenaan termasuk Zana Marjanovic dan Goran Kostic.

Filem In the Land of Blood and Honey yang ditulis dan diarahkan oleh Jolie menceritakan suka duka yang dilalui sepasang kekasih iaitu seorang wanita Bosnia beragama Islam dan teman lelakinya yang kaum Serb Bosnia dalam meniti era perang rantau Balkan itu.

Filem tersebut menjalani penggambaran di Bosnia pada musim panas tahun ini.

"Hubungan paling intim dalam hidup saya adalah dengan Pitt," kata Jolie dalam satu wawancara untuk filem berkenaan yang mula ditayangkan pada semalam.

"Ia hubungan lelaki dan wanita. Justeru, saya perlu meletakkan diri saya dalam situasi perang Bosnia untuk menulis lakon layar filem ini. Saya bertanya pada diri saya jika ia berlaku pada diri saya, apa yang saya akan rasai?," ujarnya.

Perang Bosnia merupakan konflik bersenjata yang tercetus di Bosnia Herzegovina dari April 1992 hingga Disember 1995 melibatkan etnik Bosnia, Serb dan Croatia. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Jumpa ibu selepas 7 tahun hilang

Posted:

Jumpa ibu selepas 7 tahun hilang

Jumpa ibu selepas 7 tahun hilang


MARU YURANDA baring di atas katil manakala ibunya duduk di kanannya di rumah mereka di Meulaboh kelmarin.


BANDA ACEH - Seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun dan menjadi mangsa tsunami pada 2004 di Aceh, Mary Yuranda bertemu semula dengan keluarganya selepas tujuh tahun menjadi pengemis jalanan, kata ibu bapanya semalam.

Mary muncul di sebuah kafe di bandar Meulaboh, Aceh bagi mencari ibu bapanya.

Menurut bapanya, Tarmius, Mary memberitahu, dia dibebaskan oleh seorang wanita yang mengambilnya dan memaksanya bekerja sebagai pengemis jalanan.

Seorang pemandu teksi kemudian membantu gadis itu pulang ke rumah ibu bapanya pada Rabu lalu selepas dia memberitahu nama kampung dan datuknya yang merupakan seorang pemimpin agama yang dikenali ramai, kata Tarmius.

"Tanda lahir di perutnya dan parut pada muka gadis tersebut membuktikan bahawa dia adalah anak saya," kata ibunya, Yusnidar menerusi telefon dari kampungnya.

"Saya tidak dapat menyatakan kepada awak betapa bersyukurnya saya," kata ibunya yang berusia 35 tahun.

Mary terpisah dengan dua daripada saudaranya apabila tsunami melanda Aceh pada 2004.

Tiga suku daripada 220,000 orang yang mati di pesisiran Lautan Hindi adalah melibatkan penduduk Aceh.

Kakak sulung Mary masih lagi hilang, kata ibunya. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved