Rabu, 7 Disember 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Parti Islam Mesir ancam tunjuk perasaan

Posted:

Parti Islam Mesir ancam tunjuk perasaan

Parti Islam Mesir ancam tunjuk perasaan

SEORANG wanita menunjukkan dakwat pada ibu jarinya selepas dia mengundi di sebuah pusat pengundian di Kaherah semalam.


KAHERAH - Pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menang dalam pusingan pertama pilihan raya Mesir menerusi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengancam untuk menunjuk perasaan di jalanan jika terdapat sebarang percubaan untuk memanipulasi undi.

Dalam pilihan raya pusingan pertama yang diadakan pada 28 hingga 29 November lalu, parti itu memperoleh 36.6 peratus undi untuk Dewan Rendah Parlimen.

"Kami akan ke jalanan jika terdapat penipuan dalam pilihan raya atau perlembagaan dimanipulasi," kata pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badei kepada stesen televisyen Mesir yang disiarkan media semalam.

Pergerakan itu sebelum ini diharamkan semasa pemerintahan Hosni Mubarak sebagai presiden yang telah meletakkan jawatan pada Februari lalu.

Mohamed menegaskan bahawa pergerakan Ikhwanul Muslimin tidak mahu memonopoli kuasa dengan mengulangi semula pendirian bahawa ia memilih untuk melibatkan parti-parti lain dalam satu perikatan.

Dalam pusingan pertama pilihan raya parlimen Mesir parti-parti Islam termasuk Ikhwanul Muslimin dan kumpulan Salafi yang mengetengahkan Parti Al-Nur menang dua pertiga undi.

Terdapat beberapa masalah dengan pilihan raya itu yang diadakan sejak Hosni meletakkan jawatan.

Kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya mengubah dengan drastik bilangan yang keluar mengundi daripada 62 peratus kepada 52 peratus.

Ia juga menyatakan keputusan dari beberapa pusat pengundian akan ditahan kerana terdapat perlanggaran undang-undang.

Dalam pilihan raya yang diadakan pada hari kedua semalam, seramai 104 orang bertanding untuk merebut baki 52 buah kerusi. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Majalah bogel Veena dijual di India

Posted:

Majalah bogel Veena dijual di India

Majalah bogel Veena dijual di India


SEORANG lelaki membawa majalah FHM yang menyiarkan gambar bogel Veena Malik di sebuah kedai buku di Mumbai kelmarin.


NEW DElHI, India - Sejumlah majalah FHM edisi Disember yang menyiarkan gambar bogel aktres Pakistan, Veena Malik mula dijual di kedai-kedai buku di India kelmarin.

Naskhah- naskhah majalah itu yang menampilkan gambar bogel Veena di kulit depan digantung di kedai-kedai buku termasuk di Mumbai.

Aktres itu mencetuskan kontroversi apabila dia tidak mengaku bergambar bogel untuk majalah lelaki tersebut.

Jurucakap Veena Sohail Rasheed kelmarin menyatakan aktres tersebut berusaha untuk mendapatkan ganti rugi sebanyak 100 juta rupee (RM6.1 juta) daripada majalah FHM.

Veena telah memfailkan satu tuntutan undang-undang ke atas majalah berkenaan dan meminta ganti rugi tersebut atas dakwaan gambar berkenaan dipalsukan dengan terdapat singkatan huruf merujuk kepada agensi perisikan Pakistan di lengannya.

Namun, editor FHM India, Kabeer Sharma memberitahu agensi berita AFP, bahawa pihaknya tidak membuat pengubahsuaian imej atau memalsukan kulit depan majalah berkenaan.

Menurutnya, aktres itu mempunyai tubuh badan yang mengagumkan.

Sementara itu, beberapa laporan semalam menyatakan pihak pengurusan stesen televisyen tempatan Imagine TV mengumumkan program realiti Swayamvar Musim 4 akan menampilkan Veena mencari teman hidup di India.

Swayamvar merupakan antara program televisyen paling diminati di saluran Imagine TV.

Program yang mendapat sambutan hangat penonton itu mula ditayang pada 2009.

Semasa menghadiri majlis beramah mesra bersama pihak media di sini, Veena memberitahu, dia teruja untuk menyertai program realiti itu dan berharap hasratnya untuk mencari teman hidup dalam program tersebut tercapai. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

K-Pop gegar London

Posted:

K-Pop gegar London

K-Pop gegar London


SEJUMLAH peminat yang menonton konsert K-Pop di Akademi Brixton, London semalam.


LONDON - Sejumlah besar penonton menyaksikan konsert kumpulan penyanyi dari Korea Selatan yang dikenali sebagai K-Pop di Akademi Brixton di sini semalam.

Antara kumpulan yang membuat persembahan itu ialah penyanyi G.Na, kumpulan 4Minute dianggotai lima gadis dan Beast yang dianggotai enam pemuda.

Penyanyi G.Na turut membuat persembahan bersama dengan kumpulan 4Minute.

G.NA yang berusia 24 tahun merupakan penyanyi keturunan Korea-Kanada yang boleh bercakap dalam bahasa Inggeris tetapi mengecapi kemasyuran di Korea Selatan.

Konsert K-Pop itu dikenali sebagai Penaklukan K-Pop.

Kesemua artis itu merupakan penghibur di bawah naungan syarikat Cube Entertainment. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved