Sabtu, 26 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Nelayan Kemboja ditembak nelayan Thailand

Posted:

Nelayan Kemboja ditembak nelayan Thailand

Nelayan Kemboja ditembak nelayan Thailand

26/11/2011 8:13pm

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan warga Kemboja mati ditembak dan mayatnya dicampakkan di tengah laut dalam kejadian pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira dua batu nautika dari Pelabuhan Chendering dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 11 pagi yang dibuat oleh rakan mangsa.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara nelayan warga Thailand dan Kemboja berkaitan tugas memasak di dalam bot.

"Ekoran rasa tidak puas hati, suspek dikatakan telah melepaskan satu das tembakan yang mengenai mangsa," katanya.

Beliau berkata, selepas bertindak demikian, suspek menggunakan bot itu untuk membawa lapan lagi nelayan Kemboja ke pelabuhan, sebelum dia melarikan diri bersama 21 lagi nelayan Thailand dengan bot yang sama.

Bot milik warga tempatan itu pada mulanya dinaiki sembilan nelayan warga Kemboja dan 21 nelayan Thailand untuk menangkap ikan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Mesin judi: Anggota Per3 adakan demonstrasi

Posted:

Mesin judi: Anggota Per3 adakan demonstrasi

Mesin judi: Anggota Per3 adakan demonstrasi

26/11/2011 7:33pm

GEORGETOWN – Kira-kira 450 anggota Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Per3) menganjurkan demonstrasi aman di sini hari ini bagi membantah operasi kedai mesin judi haram di Pulau Pinang.

Pertubuhan itu mendakwa terdapat 300 premis judi berkomputer yang beroperasi secara aktif di negeri ini.

Presidennya, Sabaruddin Ahmad berkata, pihaknya telah menghantar surat bantahan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung perkara itu tetapi gagal mendapat respons yang diharapkan.

"Pada bulan lepas, pihak Per3 ada menghantar surat kepada Ketua Menteri. Tujuan kami hanya untuk bersemuka dengannya dan berbincang mengenai kes ini.

"Tetapi malangnya jawapan yang kami dapat dari pihak beliau pada dua minggu lalu menghampakan. Beliau tidak mahu berjumpa dengan kami," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh mengenai wujudnya premis yang menjalankan kegiatan mesin judi haram di seluruh negeri ini. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Penambang lemas ketika cuba selamatkan rakan

Posted:

Penambang lemas ketika cuba selamatkan rakan

Penambang lemas ketika cuba selamatkan rakan

26/11/2011 7:30pm

KOTA SAMARAHAN – Mayat seorang penambang, dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang terjatuh dari perahu ketika memancing dekat Sungai Samarahan petang semalam, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Abdul Rahman Ahmad, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata mayat Wahab Jalani, 30, dari Kampung Tanjung Bundong, ditemui kira-kira pukul 10 pagi, dikatakan memancing bersama tiga rakan wanitanya menggunakan sebuah perahu tambang.

"Menurut laporan rakan mangsa yang selamat, mangsa dipercayai cuba untuk menyelamatkan seorang lagi rakan yang terjatuh dari perahu, namun rakannya itu berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa terus tenggelam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung berhampiran pangkalan feri Kota Samarahan.

Abdul Rahman berkata, jenazah mangsa dituntut anggota keluarganya petang ini untuk dikebumikan. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved