Ahad, 13 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penduduk 2 kampung dijangkiti Hepatitis A

Posted:

Penduduk 2 kampung dijangkiti Hepatitis A

Penduduk 2 kampung dijangkiti Hepatitis A

13/11/2011 8:13pm

HULU TERENGGANU — Seramai 27 orang termasuk lapan kanak-kanak dari Kampung Basong dan Kampung Pasir Dula di sini dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) kerana disyaki dijangkiti virus Hepatitis A.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Anuwa Sulaiman berkata lima orang lagi mangsa dari dua kampung berkenaan dirawat sebagai pesakit luar.

"Kesemua mangsa yang dirawat berusia antara dua tahun hingga lingkungan 50-an dan keadaan mereka dilaporkan setabil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa terbabit dimasukkan ke hospital itu sejak tiga hari sebelum Hari Raya Aidiladha secara beperingkat-peringkat hingga beberapa kes terbaru dikesan semalam.

Dr. Anuwa berkata pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan terperinci bagi mengenal pasti jenis penyakit sebenar yang dihadapi kesemua mangsa.

Beliau berkata, buat masa ini, kesemua mangsa yang sedang dirawat itu disyaki terkena virus Hepatitis A berdasarkan simptom yang dialami seperti mata kuning, demam, sakit kepala dan cirit birit. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia raih 12 emas pada Inova 2011

Posted:

Malaysia raih 12 emas pada Inova 2011

Malaysia raih 12 emas pada Inova 2011

13/11/2011 7:29pm

KANGAR — Malaysia meraih 12 pingat emas pada Pertunjukan Reka Cipta Antarabangsa (Inova) ke-36 yang berlangsung selama enam hari di Zagreb, Croatia yang berakhir hari ini.

Selain emas, Malaysia yang diketuai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut memenangi enam pingat perak dan lima pingat gangsa pada pertandingan yang pertama kali disertainya.

Turut mewakili negara pada Inova 2011 itu ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak, Sekolah Menengah Teknik Telok Intan, Perak dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.

Secara keseluruhannya, lapan pingat emas disumbang oleh para penyelidik UniMAP, dua pingat emas oleh UMP dan masing-masing satu pingat emas oleh Sekolah Menengah Sains Kuching dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra pada penyertaan kali pertama Malaysia di INOVA 2011. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Pesakit, pekerja gempar HSNZ terbakar

Posted:

Pesakit, pekerja gempar HSNZ terbakar

Pesakit, pekerja gempar HSNZ terbakar

13/11/2011 7:22pm

KUALA TERENGGANU — Pesakit dan kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini, gempar apabila bangunan hospital yang masih dalam pembinaan terbakar berikutan berlakunya asap tebal.

Akibat kejadian itu beratus-ratus pesakit yang berada dalam wad di bangunan bersebelahan terpaksa dipindahkan ke tingkat bawah hospital berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Turut dipindahkan ibu dan bayi yang baru dilahirkan, pesakit lain serta orang ramai yang menjaga pesakit turut keluar dari bangunan wad hospital itu.

Jurutera Kanan Kawalan Kualiti Projek, Yassin Sidek berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang tadi apabila dua pekerja menyalakan obor kerana keadaan gelap bagi melakukan kerja-kerja penyambungan paip di blok utama wad bersalin yang dalam proses pembinaan itu.

Bagaimanapun ketika sampai di pintu masuk bangunan wad itu, api tersebut terus menyambar gam PVC yang berada berhampiran pintu tersebut.

"Dalam beberapa saat sahaja bangunan itu mengeluarkan asap tebal dan hampir separuh saluran pendingin hawa bangunan tersebut terbakar," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, semasa kejadian kira-kira 237 pekerja sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan hospital baru itu setinggi enam tingkat, yang mula dibina September 2008 dan dijangka siap pada April tahun depan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Azmi Salleh berkata, kejadian itu menyebabkan empat peratus bahagian tingkat bawah bangunan tersebut rosak.

Katanya punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih disiasat, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan percaya asap itu berpunca daripada cecair penyejat yang dikenali PU Foam yang menyejat air dalam pendingin hawa menyebabkan ia mengeluarkan asap tebal. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved