Sabtu, 12 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


S. Subramaniam jalani pembedahan otak

Posted:

S. Subramaniam jalani pembedahan otak

S. Subramaniam jalani pembedahan otak

12/11/2011 7:08pm

KUALA LUMPUR — Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S.Subramaniam dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai hari ini untuk menjalani pembedahan otak.

Adiknya, S. Sarojini berkata, Subramaniam telah selamat menjalani pembedahan itu pagi tadi. Difahamkan beliau sedang menjalani pembedahan seterusnya.

Sarojini berkata, abangnya ke Hospital Assunta di Petaling Jaya semalam selepas menghadapi masalah kesihatan sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pantai pagi ini.

Turut hadir di hospital berkenaan ialah bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K.Devamany serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan.

Subramaniam, 67, ialah bekas Ahli Parlimen Segamat dari 1990 hingga 2004 dan seorang bekas Timbalan Menteri.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian, antaranya Kementerian Pertanian, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

MAB mahu bincang isu pekerja OKU

Posted:

MAB mahu bincang isu pekerja OKU

MAB mahu bincang isu pekerja OKU

12/11/2011 6:56pm

KUALA LUMPUR — Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) mahu mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan bagi membincangkan penempatan tenaga kerja golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) khususnya OKU penglihatan di jabatan kerajaan.

Presiden MAB, Prof. Datuk Abdullah Malim Baginda berkata, MAB berharap pihak kerajaan khususnya dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dapat meluangkan waktu bagi mengadakan perbincangan seterusnya menyelesaikan isu ini.

"Kami sedia maklum bahawa sejak tahun 1989 lagi sudah wujud peruntukan kuota satu peratus untuk pekerja-pekerja OKU dalam sektor perkhidmatan awam malangnya sehingga hari ini polisi ini seperti tidak diendahkan.

"Walaupun ada dasar dan bantuan dari kerajaan tetapi masih tidak mendapat sokongan jabatan-jabatan kerajaan. Jadi masalah inilah yang ingin pihak kami (MAB) bincangkan dangan kerajaan dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan acara Cabaran Mendaki Menara Kuala Lumpur di sini.

Acara yang disertai 60 OKU penglihatan itu merupakan simbolik bagi meraikan 60 tahun penubuhan persatuan itu.

Abdullah berkata tujuan utama pertemuan dan perbincangan itu nanti adalah untuk memastikan pelaksanaan sepenuhnya peruntukan kuota satu peratus untuk pekerja OKU dalam perkhidmatan awam dapat dilaksanakan serta adanya kakitangan terlatih, sensitif dan cekap dalam mengendalikan isu-isu OKU di tempat kerja. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Jumlah pesakit mental selari ramalan WHO

Posted:

Jumlah pesakit mental selari ramalan WHO

Jumlah pesakit mental selari ramalan WHO

12/11/2011 6:55pm

KOTA KINABALU — Peningkatan jumlah pesakit mental di Malaysia kini dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban penyakit berkenaan akan meningkat 16 peratus menjelang 2020, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini.

Jelasnya, sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas dan jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun sebelumnya.

"Kita telah mengenal pasti salah satu jenis penyakit mental yang paling membimbangkan ialah kemurungan dan dijangka penyakit itu paling tinggi dihidapi oleh rakyat Malaysia selepas penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesihatan dan Kecergasan Rohani dan Jasmani di Hospital Queen Elizabeth di sini.

Rosnah juga berkata, Kementerian Kesihatan sedang memberi fokus kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan penjagaan mental, termasuk pelaksanaan aktiviti menangani tekanan di kalangan pelajar selama enam bulan di beberapa sekolah.

Katanya, aktiviti yang dijalankan di sekolah berkenaan ialah meningkatkan kemahiran daya tindak pelajar untuk menangani tekanan dan turut melibatkan ibu bapa dan pihak sekolah.

Beliau berkata, aktiviti itu akan diperluaskan ke semua sekolah tidak lama lagi. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved