Khamis, 10 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Paintball Piala Dunia Asia bermula esok

Posted:

Paintball Piala Dunia Asia bermula esok

Paintball Piala Dunia Asia bermula esok

10/11/2011 10:39pm

LANGKAWI – Sejumlah 153 pasukan dari 35 negara akan memulakan saingan pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA 2011) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Mat Sirat di sini esok.

Pengerusi WCA 2011, Datuk Seri Mahdzhir Khalid berkata, kejohanan yang kali pertama diadakan dalam sebuah dewan tertutup MIEC itu yang setaraf dengan piawaian antarabangsa bagi kejohanan paintball antarabangsa.

"Saya berpuas hati dengan persiapan oleh urusetia selama dua minggu dan berharap kejohanan tiga hari itu akan berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir empat gelanggang pertandingan itu hari ini.

Juara keseluruhan kejohanan itu akan menerima piala dan wang tunai berjumlah AS$50,000 (RM157,625).

Mahdzir berkata, walaupun sukan paintball bertaraf dunia, tetapi ia masih baru di negara ini dan berharap peminat paintball tempatan khususnya dari Kedah akan hadir menyaksikan pertandingan tersebut. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

20 kes ulat tiket didakwa di mahkamah

Posted:

20 kes ulat tiket didakwa di mahkamah

20 kes ulat tiket didakwa di mahkamah

10/11/2011 9:21pm

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 kes "ulat tiket" yang dilaporkan sejak September lepas telah dibawa ke mahkamah dengan hukuman denda antara RM3,000 hingga RM8,000 dikenakan ke atas mereka yang sabit kesalahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Beliau berkata, SPAD menjalankan lebih 4,000 pemeriksaan ke atas kenderaan pengangkutan awam darat dan operasi ke atas kegiatan ulat tiket bulan lepas.

"Sehubungan itu, SPAD telah mengeluarkan lebih daripada 50 notis penyiasatan ke atas pengendali pengangkutan awam darat dan mereka yang terlibat dalam kegiatan ulat tiket," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Nur Ismal berkata, pihak yang dikenakan notis wajib datang ke pejabat SPAD untuk memberi penjelasan dalam tempoh 10 hari.

Pendakwaan akan dibuat sekiranya terdapat bukti yang mengaitkan pihak berkenaan dengan kegiatan ulat tiket atau kesalahan berhubung kenderaan pengangkutan awam darat. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

200 diberkas bagi kesalahan judi, maksiat

Posted:

200 diberkas bagi kesalahan judi, maksiat

200 diberkas bagi kesalahan judi, maksiat

10/11/2011 9:19pm

TAWAU – Polis Tawau memberkas 200 orang atas pelbagai kesalahan berkaitan judi termasuk sabung ayam dan kegiatan maksiat di daerah ini bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata, mereka yang ditahan termasuk pengurus pusat hiburan dan hotel yang disyaki menjadi pusat maksiat.

"Polis Tawau akan memerangi habis-habisan kegiatan perjudian dan maksiat di daerah ini melalui pelbagai siri operasi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ibrahim berkata bagi tempoh yang sama, polis mengadakan 487 serbuan di bawah Ops Cantas bagi membanteras kes jenayah harta benda. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved