Khamis, 3 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Menipu: Dipenjara dua tahun, tiga sebatan

Posted:

Menipu: Dipenjara dua tahun, tiga sebatan

Menipu: Dipenjara dua tahun, tiga sebatan

03/11/2011 8:44pm

KLUANG – Seorang ketua jurutera MAS dihukum penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menipu seorang lelaki sebanyak RM3,000 lima tahun lepas.

M. Sawarn Singh, 48, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap G. Ajitpal Singh sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berkenaan, yang dimasukkan ke akaun bank secara online di Maybank, Jalan Datuk Haji Hassan di sini, kira-kira 9.31 pagi pada 3 April 2006.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh menipu mangsa dengan mendakwa dia boleh membocorkan soalan kertas peperiksaan prakelayakan bagi jawatan pelatih penyelenggaraan pesawat dan juruterbang yang dikendalikan MAS, jika wang tersebut diserahkan kepadanya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Dadah: Bapa, dua anak remaja ditahan

Posted:

Dadah: Bapa, dua anak remaja ditahan

Dadah: Bapa, dua anak remaja ditahan

03/11/2011 8:41pm

BESUT – Seorang bapa dan dua anak lelakinya berumur 15 dan 16 tahun antara 46 penagih dadah yang ditahan polis Besut dalam "Op Tapis" yang diadakan di sekitar daerah itu kelmarin.

Tiga beranak itu ditahan ketika mereka sedang khayal kerana mengambil bahan terlarang itu di rumah mereka.

Remaja lelaki berumur 16 tahun juga didapati mempunyai rekod mencuri motosikal, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor.

Dalam operasi itu, polis merampas 9.1 gram ganja dan 0.7 gram heroin daripada penagih yang ditangkap, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah dan terima tugas Ketua Siasatan Jenayah (KSJ) Daerah Besut yang baru di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi seumpama itu yang diadakan secara berterusan diperhebatkan sebagai usaha mencegah aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah berikutan meningkatnya kes pecah rumah dan samun kebelakangan ini. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Ragut beg: Peragut dicekup orang awam

Posted:

Ragut beg: Peragut dicekup orang awam

Ragut beg: Peragut dicekup orang awam

03/11/2011 8:40pm

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita di Pasar Sri Setia di sini, dicekup orang awam selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah motosikal lain.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia lewat 20-an sedang berjalan di sebuah lorong di tepi pasar berkenaan sambil mengendong bayinya sebelum suspek yang menunggang motosikal dari arah belakangnya meragut beg tangannya.

Namun, peragut berumur 20-an itu gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh motosikal lain dari arah belakang menyebabkan suspek terjatuh dan melarikan diri meninggalkan motosikalnya.

Suspek kemudian dikejar para peniaga pasar berkenaan sebelum ditangkap dan dibelasah di depan deretan kedai berhampiran pasar.

Anggota polis dari Balai Polis Sungei Way, yang berdekatan lokasi kejadian, tiba beberapa minit kemudian sebelum menahan suspek dan membawanya ke balai polis.

Mangsa dan anaknya tidak cedera.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved