Rabu, 2 November 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pentadbir estet didakwa ugut bakar

Posted:

Pentadbir estet didakwa ugut bakar

Pentadbir estet didakwa ugut bakar

02/11/2011 8:38pm

KLANG – Seorang pentadbir estet dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah untuk membakar firma guaman yang pernah mewakilinya dalam satu kes sivil pada September lepas.

N. Ragu Ram, 24, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan Majistret Shazlin Hidayu Kamaruddin.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dan menakutkan peguam K. Muthiah, 25, dengan berkata "I am going to burn down your office" di firma guaman Gerard Lazarus & Associates yang terletak di tingkat dua Wisma PAL, Jalan Tengku Kelana di sini, kira-kira 3.30 petang, 15 September lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Shazlin Hidayu membenarkan Ragu Ram dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Sijil berdasarkan pengalaman bekerja

Posted:

Sijil berdasarkan pengalaman bekerja

Sijil berdasarkan pengalaman bekerja

02/11/2011 8:18pm

PUTRAJAYA – Mana-mana individu yang berkemahiran dalam sesuatu bidang dan mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya tiga tahun boleh memohon untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk membolehkan kemahiran mereka diiktiraf.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, sijil itu boleh dipohon secara atas talian melalui laman web kementerian iaitu www.mohr.gov.my, dan mereka akan dinilai oleh 1,300 pemantau terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang tertentu, yang dilantik kerajaan.

"Saya yakin langkah ini akan membolehkan tenaga kerja mahir negara diiktiraf," katanya ketika merasmikan Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 6,835 graduan yang menamatkan pengajian di 27 ILJTM di seluruh negara menerima diploma dan sijil masing-masing. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

2 suspek kes pecah rumah VIP ditahan

Posted:

2 suspek kes pecah rumah VIP ditahan

2 suspek kes pecah rumah VIP ditahan

02/11/2011 6:53pm

KUANTAN – Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar Kuantan termasuk rumah orang kenamaan.

Kedua-dua lelaki itu masing-masing berusia 29 tahun ditahan pada 19 dan 27 Oktober dan ekoran penahanan mereka, polis menahan dua lagi lelaki berusia 41 dan 43 tahun yang disyaki pembeli barangan curi pada 21 dan 30 Oktober.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, suspek pertama berusia 29 tahun ditahan di Jalan Kemunting di sini hasil maklumat awam dan hasil soal siasat, lelaki terbabit mendedahkan penglibatan rakannya berusia 29 tahun.

"Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah bernilai kira-kira RM25,000 daripada keempat-empat lelaki terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Media Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan penahanan dua lelaki itu, polis percaya dapat menyelesaikan 20 kes pecah rumah di sekitar Kuantan sejak akhir Ogos lepas. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved