Jumaat, 11 November 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bengkel Moh Hias Kek Cawan Fondant

Posted:

Bengkel Moh Hias Kek Cawan Fondant

Bengkel Moh Hias Kek Cawan Fondant

KARAKTER popular sering digunakan untuk menghasilkan kek cawan.


KECIL, comel dan berwarna-warni. Itu antara faktor penarik mengapa kek cawan menjadi pilihan ramai. Jika dahulu kek-kek bersaiz besar menjadi keutamaan, namun penampilan kek cawan yang lebih trendy kini mampu menggugat prestasi semua jenis kek bersaiz besar.

Bagai tiada batas sempadan, pilihan kek cawan dikatakan lebih berbaloi kerana lebih mudah dihidang dan dijual dengan pelbagai pakej menarik. Justeru, disebabkan permintaan kek cawan begitu menyerlah, tugas menghias juga memerlukan kreativiti yang tinggi.

Sesuai dengan selera semasa, D Flowers Cake akan menganjurkan bengkel selama dua hari bertemakan Moh Hias Kek Cawan Fondant pada 24 Disember dan Moh Hias Kek Cawan Krim Mentega pada 25 Disember ini.

Bertempat di D Flowers Cake Akademi, Rawang Mutiara Business Centre, Rawang, Selangor, kedua-dua bengkel itu akan dikendalikan sepenuhnya secara praktikal. Penyertaan dibuka kepada 30 orang untuk setiap bengkel.

Karakter popular

Menurut pengurus D Flowers Cake Akademi, Nurul Syafinah Mohd. Basir, 22, menerusi bengkel Moh Hias Kek Cawan Fondant, peserta akan diajar cara-cara menghias kek cawan dengan beberapa karakter popular seperti Angry Bird, Hello Kitty dan Teddy Bear. Tidak ketinggalan, mereka juga diajar cara-cara membuat bunga-bunga mini, daun, riben dan dekorasi lain.

Jelasnya, bengkel tersebut ialah bengkel menghias kek cawan, jadi tumpuan sepenuhnya pada kerja-kerja menguli dan mewarna doh fondant siap untuk dijadikan motif-motif pilihan.

Ia bukan bengkel cara membuat dan membakar kek cawan tetapi kelas dekorasi iaitu bab penting dalam menyerlahkan imej pada setiap kek. Jadi, setiap peserta akan dibekalkan dengan 16 biji kek cawan dan doh fondant sedia ada bagi menyelesaikan setiap tugasan.

"Bagi bengkel Moh Hias Kek Cawan Krim Mentega pula, peserta akan diajar cara-cara membuat krim mentega yang mudah dan mewarna krim mentega berdasarkan motif pilihan. Antara karakter yang akan diajar ialah Spider Man, Hello Kitty, Angry Bird dan pelbagai pilihan motif bunga, daun dan sebagainya," jelas beliau.

Tambah Nurul Syafinah, pada bengkel tersebut juga peserta akan didedahkan cara-cara menghasilkan hiasan yang menarik dan keperluan motif pada kek. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan kekurangan dan kelebihan aising harga jualan dan strategi pemasaran.

"Selain hobi dan dijadikan hidangan keluarga, kek cawan yang cantik juga sering dijadikan cenderamata, kek hari jadi, kek hantaran dan sebagainya. Sebaiknya, kepada anda yang berminat dalam bidang ini ia boleh dijadikan bisnes sampingan untuk menambah pendapatan keluarga. Apatah lagi ia boleh disediakan di rumah dan dijual kepada sahabat handai atau teman sekerja," ujarnya yang turut mengendalikan pelbagai jenis kelas bakeri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved