Khamis, 10 November 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tarian selamba Lynda Al-Qudree

Posted:

Tarian selamba Lynda Al-Qudree

Tarian selamba Lynda Al-Qudree

LYNDA (tengah) bersama sebahagian daripada pengikut kelas aerobiknya yang serba ceria.


DALAM dunia seni aerobik, nama Lynda Al-Qudree sangat sinonim dan terlakar sebagai diva yang kreatif dengan gerak tari kontemporari. Lynda juga pernah dinobatkan The Best Performer Award dan Most Popular Aerobic Instructor Award.

Lynda telah menceburi bidang itu sejak tahun 1986 dan giat aktif sehingga ke hari ini. Terkini, dia menghasilkan satu gerak tari yang amat menarik dinamakan tarian selamba.

"Selama ini kita dibiasakan dengan tarian poco-poco yang diadaptasi dari negara luar tetapi kini tarian selamba merupakan inovasi tempatan yang hendak dipopularkan bukan sahaja di negara kita Malaysia malahan di peringkat antarabangsa.

"Dengan adanya media siber masa kini, harapan murni tersebut tidak mustahil dicapai dalam masa terdekat," katanya.

Kongsi Lynda, tarian selamba itu dikoreografi dengan pergerakan yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak, remaja sehinggalah kepada mereka yang berusia walaupun telah mencecah usia emas.

Dengan mengguna pakai prinsip selamba, tarian aerobik itu menekankan aspek beriadah secara santai dengan penuh keceriaan dan keseronokan agar dapat menarik minat orang ramai untuk mengikuti gerak tari tersebut.

"Ia melibatkan pergerakan seluruh anggota tubuh daripada pergerakan tangan, pinggang sehingga kaki bagi memastikan impak senaman yang efektif," ujarnya.

Bagi menjayakan tarian selamba itu, penggunaan warna garang dan pelbagai warna pada pakaian peserta diberi keutamaan untuk tujuan menzahirkan aura keceriaan yang dapat membakar semangat seterusnya memberi dorongan kepada sesiapa sahaja untuk turut serta.


NAMA Lynda sudah tidak asing lagi dalam dunia seni aerobik di negara ini.


"Untuk mempromosikan tarian ini, satu bengkel bertemakan Selamba Dance X-Factor akan diadakan pada 19 November ini di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bengkel ini akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 3 petang. Pada sesi tersebut, semua peserta berpeluang mempelajari versi dan teknik terbaharu tarian selamba," kata Lynda.

Katanya, program tersebut terbuka kepada semua wanita tidak kira usia sama ada pandai menari atau sebaliknya. Ia lebih kepada acara bersuka ria, santai sambil bersenam dengan kadar yuran RM130.

Program ini juga terbuka kepada instruktor aerobik yang ingin mempertingkatkan profesionalisme mereka dalam dunia aerobik masa kini. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-358 9494.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved