Selasa, 8 November 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sajian makanan laut di SSS

Posted:

Sajian makanan laut di SSS

Sajian makanan laut di SSS

Oleh NASRI JAMALUDIN

MOHD. FAUZI (kanan) bersama adiknya, Hasbullah menunjukkan antara makanan laut yang menjadi kegemaran pelanggan di Selera Senibong Seafood.


KAMPUNG Senibong di Permas Jaya, Johor Bahru memang terkenal dalam kalangan penggemar makanan laut tidak kira penduduk tempatan mahupun luar Johor. Bagi pengunjung luar terutamanya yang pertama kali ke Johor, kehadiran anda seakan-akan tidak lengkap jika tidak dibawa menjamu selera di situ.

Dengan pelbagai pilihan restoran serta seleksi spesies hidupan laut antaranya ketam bangkang, siput gong-gong, udang, udang kara dan ikan yang dimasak enak pasti membuat siapa-siapa kecur air liur.

Tambahan pula, para pengunjung dapat menjamu selera dengan berlatar belakangkan laut dan curahan cahaya lampu pada waktu malam dari negara jiran, Singapura.

Antara restoran yang terkenal di kawasan berkenaan ialah Selera Senibong Seafood atau lebih dikenali sebagai SSS yang diusahakan dua beradik, Mohd. Fauzi Saadon, 44, dan adiknya, Hasbullah, 41.

Sumber segar

Kedua-dua mereka telah mengusahakan perniagaan itu sejak 10 tahun lalu malah, saiz restoran SSS telah dibesarkan dua tahun lepas untuk memberi keselesaan kepada para pelanggan.

Hasbullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah memberitahu, keistimewaan restorannya kerana sumber bahan mentah iaitu makanan laut diperoleh segar daripada pembekal.

Bahkan, ujarnya menu-menu yang dihidangkan merupakan menu asli yang dipelajari daripada kenalan yang mahir dengan masakan laut dan Thailand selain daripada buku masakan.

"Dari situ, maka hasilnya kami dapat mencipta menu sendiri. Bahkan, bagi memastikan rasa serta mutunya sentiasa konsisten, kesemua bahan termasuk perencah kami sediakan sendiri," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Pak Lah, antara hidangan yang cukup popular dan menjadi tarikan utama pengunjung di situ termasuklah ikan kukus limau, ikan tiga rasa, kupang berlada, udang kara, ketam atau gong-gong lada hitam dan sotong berlada.


SIPUT GONG-GONG menjadi satu lagi sajian signatur dari dapur Selera Senibong Seafood.


Jelas Pak Lah, ikan kukus limau merupakan antara menu yang dicipta dan diubah suai sendiri hinggakan ia mempunyai rasa yang tersendiri dan mendapat sambutan menggalakkan.

Menurutnya, salah satu lagi kelebihan dan keistimewaan restoran itu ia terletak betul-betul di persisiran pantai yang menghadap Singapura iaitu di kawasan Senokor dan Sembawang.

Tambah Pak Lah, suasana itu membolehkan para pengunjung menikmati juadah sambil melihat panorama di sekelilingnya terutama pada waktu malam.

Sementara itu mengimbau kembali kejayaan mereka berdua mengusahakan restoran tersebut, kata Mohd. Fauzi kepayahan yang dilalui semasa merantau dari tanah kelahirannya di Pokok Sena, Kedah ke bandar raya itu pada tahun 1987 banyak mengajarnya.

Pernah jual kuetiaw

Kata Mohd. Fauzi, pada peringkat awal tiba di bandar raya tersebut dia telah mengusahakan jualan kuetiaw kerang menerusi kereta tolak di satu kawasan di Permas Jaya selama empat tahun. Kuetiaw itu dijual pada harga RM1.20 sen sepinggan.

"Keuntungan yang diperoleh dari jualan tersebut, saya bersama adik (Hasbullah) berpakat untuk mengusahakan restoran di Senibong dengan modal permulaan kira-kira RM40,000. Kalau peringkat permulaan kami hanya mampu menampung kira-kira 200 pelanggan dalam satu-satu masa, tetapi kini selepas diubah suai sejak dua tahun lalu restoran ini mampu menampung kira-kira 500 pelanggan," katanya.

Mohd. Fauzi berkata, antara hari yang paling ramai pengunjung ialah pada hujung minggu, musim cuti perayaan dan cuti sekolah dengan pengunjung termasuk dari negara jiran Singapura.

Mengenai harga makanan, Mohd. Fauzi berkata, ia masih di paras berpatutan dan masih mampu dinikmati mereka yang berpendapatan sederhana.

"Adalah menjadi kepuasan bagi kami apabila orang berpendapatan sederhana dapat menikmati juadah yang kami tawarkan malah, kami turut membuat jamuan amal untuk masjid dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Senibong apabila ada aktiviti di kedua-dua institusi tersebut," katanya yang turut memberitahu restoran itu kerap dikunjungi orang kenamaan.

Full content generated by Get Full RSS.

PreCoius lindungi garis-garis halus kulit

Posted:

PreCoius lindungi garis-garis halus kulit

PreCoius lindungi garis-garis halus kulit

ZARINA menunjukkan produk antipenuaan yang memberi kesan pencerahan pada kulit.


PENJAGAAN rupa paras boleh dianggap sebagai satu keperluan terutama bagi golongan wanita bekerjaya yang mementingkan penampilan diri.

Maka tidak hairanlan demi untuk mengekalkan gaya penampilan yang menarik golongan wanita sanggup berhabis untuk mendapatkan produk penjagaan kesihatan dan rawatan penjagaan kulit berkualiti.

Menyedari keinginan setiap wanita untuk tampil jelita, syarikat Perfect Infinity Sdn. Bhd. (Perfect Infinity) yang berpusat di Seberang Jaya, Pulau Pinang menawarkan produk penjagaan kulit yang bukan sahaja berkesan, tetapi turut mematuhi piawaian.

Menurut pengasasnya, Zarina Ahmad, produk penjagaan kulit jenama PreCoius bukan sahaja mendapat pengesahan selamat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahkan menerima pensijilan halal kerana menggunakan bahan-bahan yang suci.

Mengulas lanjut, ujarnya produk antipenuaan yang menggunakan stem epal dari Switzerland itu berfungsi mengaktif dan menjana semula sel stem kulit.

Katanya, sel stem itu diperoleh daripada bahagian tengah buah epal yang amat sesuai digunakan untuk rawatan penjagaan kulit.

"Produk ini juga menggunakan bahan asid hiluronik iaitu sejenis asid yang fungsinya melindungi kulit daripada kekeringan selain menganjalkan kulit wajah yang berkedut serta garis-garis halus akibat proses penuaan.

"PreCoius juga diadun dengan bahan-bahan lain yang terbukti mampu melambatkan proses penuaan termasuklah kolagen berasaskan hidupan laut (hidupan marin), ekstrak bunga kamomil dan asik laktik yang diambil dari susu.

"Ekstrak bunga kamomil misalnya berperanan menjadikan wajah lebih segar, cerah kemerah-kemerahan dan tidak pucat," katanya.

Jelas Zarina lagi, produk Precoius istimewa kerana ia juga berupaya memberi kesan pencerahan kulit wajah dengan cepat dan mudah tanpa perlu mengambil krim tambahan lain.

"Produk ini juga mampu mengurangkan kesan jeragat dan jerawat serta sesuai untuk semua jenis kulit. Semua kesan penggunaan ini berdasarkan testimoni kami

ke atas 100 pengguna yang semuanya memberikan maklum balas positif," jelasnya.

PreCoius yang dijual dalam kotak bersaiz 25 mililiter (ml) pada harga RM149 boleh diperoleh daripada 30 pengedar di seluruh negara.

Orang ramai bolehlah menghubungi Perfect Infinity di talian 04-398 1626 atau 016-412 4626 untuk keterangan lanjut. – RIZAM ZAKARIYA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved