Sabtu, 12 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Hutang negara-negara kaya

Posted:

Hutang negara-negara kaya

Hutang negara-negara kaya

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan SYALMIZI HAMID

PERDANA MENTERI Itali, Silvio Berlusconi merupakan seorang lelaki yang hebat. Dia berjaya menepis beberapa skandal seks dan perbicaraan rasuah melibatkan dirinya.

Malah, jutawan media berusia 75 tahun itu boleh berbangga kerana mampu memerintah Itali selama 17 tahun.

Namun, pemilik kelab bola sepak AC Milan itu akhirnya terpaksa akur dengan tekanan ekonomi yang memaksanya berundur.

Sebenarnya, Itali merupakan antara gergasi ekonomi dunia. Siapa yang tidak mengenali jenama kereta mewah Ferrari, Maserati, Lamborghini dan Pagani.

Ia juga merupakan pengeluar motosikal berkuasa tinggi Aprilia, Ducati dan Piaggio. Deruman enjin kenderaan mewah itu sahaja sudah membuatkan ramai orang terpukau, belum lagi memilikinya.

Tetapi kini Itali sedang sakit. Hutang hutang luar negara itu mencecah AS$2.6 trilion (RM8.1 trillion).

Ini membuatkan Kesatuan Eropah (EU) menuntut reformasi ekonomi bagi menghalang Itali daripada terjerumus lebih jauh ke dalam kancah hutang Eropah.

Berlusconi sendiri mengesahkan dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan jawatan setelah kehilangan majoriti di Parlimen ekoran anggota partinya belot.

Greece


KEHILANGAN pekerjaan telah menimbulkan kemarahan rakyat Greece.


Itali adalah negara Eropah terbaharu yang terpaksa menanggung beban hutang selepas Greece, Ireland dan Portugal menghadapi masalah yang sama tahun ini.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Republik Cyprus ke Malaysia, Nafsika Krousti, situasi di Eropah kini sememangnya sukar dengan sesetengah negara berhadapan krisis hutang yang teruk.

"Greece mempunyai hutang sebanyak 160 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding 60 peratus bagi Cyprus. Greece juga mempunyai defisit 11 peratus, kadar pengangguran 15 peratus dan pertubuhan ekonomi yang negatif," katanya mengenai negara jirannya itu.

Keadaan itu memaksa Perdana Menteri Greece, George Papandreou meletak jawatan berikutan kemelut ekonomi negaranya yang tiada kesudahan.

Sebelum ini, pemerintah Greece telah menjual beberapa buah pulau di negara itu untuk membayar balik hutang negara. Turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi pelancongan paling popular di Greece.

Hakikatnya, negara-negara kaya merupakan penghutang terbesar di dunia.

Sehingga penghujung tahun 2010, Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga pertama negara paling banyak hutang iaitu AS$13.9 trilion diikuti Kesatuan Eropah (AS$13.7 trilion), Britain (AS$8.9 trilion), Jerman (AS$4.7 trilion), Perancis (AS$4.6 trilion dan Jepun (AS$2.4 trilion).

Beban hutang kerajaan yang kini perlu ditanggung oleh pekerja di negara kaya meningkat dua kali ganda di antara tahun 2007 dan 2015.

Perkara tersebut menyebabkan berlaku pengecutan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya sistem kesihatan mereka.

Masalah hutang sudah lama dideritai oleh negara-negara mundur seperti Sub-Sahara Afrika yang melibatkan 42 buah negara.

Menurut Noreena Hertz, penulis buku The Debt Threat: How Debt is Destroying the World, setiap hari rakyat di benua yang terkenal dengan kemiskinan itu membayar AS$30 juta hutang sedangkan pada masa yang sama 26 juta rakyatnya dijangkiti HIV dan Aids.



Pasca Perang Dunia Kedua, kerajaan di negara-negara maju, bank-bank swasta serta badan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan pinjaman hutang kepada Negara-Negara Dunia Ketiga untuk membiayai projek infrastruktur mega seperti lebuh raya dan pelabuhan.

Malangnya, kegagalan untuk membayar balik pinjaman telah menjerat negara-negara peminjam. Krisis yang sama kini dihadapi oleh negara maju khususnya di Eropah.

Pakar ekonomi, Profesor Eswar Prasad dari Universiti Cornell, AS berkata negara kaya yang banyak hutang hakikatnya memberi sumbangan yang kecil dalam membantu pertumbuhan ekonomi global.

Menurut beliau, negara kaya seperti Jepun akan menyaksikan hutang kerajaan bagi setiap penduduk meningkat daripada AS$31,700 pada tahun 2007 kepada AS$68,500 pada tahun 2015.

Jepun

Dengan beban hutang yang bertambah secara automatik ia mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan sesebuah negara. Ia turut menjadi ancaman kepada ekonomi global, ujar Prasad.

Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berpendapat jika krisis ekonomi Eropah bertambah buruk, negara Asia akan menerima tempiasnya.

Hakikatnya kini, kuasa ekonomi Asia, Jepun mengalami kadar hutang negara lebih 200 peratus daripada KDNK. Semua ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak beberapa tahun yang lalu.

Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, berkata kemerosotan ekonomi dan pertambahan hutang di negara Eropah adalah disebabkan oleh kegagalan menguruskan polisi dan sistem kewangan dengan baik.

Kerajaan Greece, kata beliau, tidak berjaya melaksanakan penggubalan dasar ekonomi yang baik untuk rakyatnya.

"Kejatuhan ekonomi sesebuah negara akan turut mengheret masalah politik dan sosial.


WALAUPUN tinggal di negara kaya, penduduk Eropah kini lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.


"Tidak hairanlah jika negara yang muflis dan dibelenggu hutang ini menjadi huru-hara kerana rakyat tidak menerima manfaatnya.

Beliau bagaimanapun tidak begitu bimbang dengan masalah ekonomi yang dihadapi Greece kerana Malaysia tidak terikat dari segi perdagangan dengan negara Eropah itu.

"Tetapi kita perlu bersedia kerana ia juga mampu memberi kesan kepada negara Eropah lain.

"Apabila negara yang mempunyai hubungan dagang dengan kita seperti Jerman, Britain dan Perancis terkesan, kita juga akan menerima tempiasnya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Budak tiada rasa sakit

Posted:

Budak tiada rasa sakit

Budak tiada rasa sakit


KESAN jahitan kerana pembedahan untuk mengeluarkan paku daripada betis Safira pada minggu lalu.


BIARPUN masih kebingungan, pakar bedah di Hospital Umum Andi Makkasau, Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia tetap berusaha untuk mengeluarkan paku besi pelbagai saiz daripada betis seorang kanak-kanak perempuan.

Terdapat 26 batang paku termasuk sebatang jarum dan dua objek besi berwarna putih yang tertanam dalam kedua-dua betis Safira Ibrahim, 3.

Sambil membelah betis Safira dengan berhati-hati, Dr. Kamaruddin Sahid ligat berfikir bagaimana paku sepanjang di antara dua sentimeter (sm) hingga enam sm itu boleh ada di situ tanpa disedari.

"Ini memang tidak masuk akal mengikut ilmu perubatan," ungkap Kamaruddin.

Doktor itu perlu berwaspada kerana kedudukan paku yang berwarna kehitaman itu tertanam berdekatan dengan jaringan saraf dan saluran darah.

Kesemua objek logam itu berjaya dikeluarkan daripada betis Safira selepas dua jam dia berada di dewan bedah pada awal bulan ini. Sebanyak tujuh batang paku tertanam di betis kiri, manakala 19 batang lagi di betis kanannya.

Namun, doktor yang mengesan sebatang paku di punggung Safira tidak melakukan pembedahan kerana bimbang ia membahayakan kanak-kanak itu. Ia hanya akan dikeluarkan setelah luka di betisnya sembuh.

Lebih mengejutkan, sebaik sahaja semua paku dikeluarkan, muncul sebatang paku baharu di betisnya.

Hairan


SEBANYAK 26 batang paku berkarat berjaya dikeluarkan daripada betis Safira.


"Dalam pembedahan pertama ia tidak kelihatan mungkin kerana terlindung oleh paku besar lain.

"Kami akan lakukan pembedahan lagi bagi mengeluarkan paku yang baru dikesan ini.

"Tetapi jika selepas pembedahan kali kedua nanti ia tetap muncul semula, sahlah ia merupakan kekuasaan Tuhan," kata Kamaruddin.

Menurutnya lagi, memang terdapat kesan luka pada betis Safira sebelum pembedahan itu.

Namun apa yang membuat Kamaruddin hairan adalah bagaimana paku yang begitu banyak boleh dimasukkan sekali gus.

Ibu Safira yang hanya mahu dikenali sebagai Sarifa mendakwa parut di betis anaknya itu merupakan kesan cacar.

"Paku itu begitu banyak. Mustahil ia dimasukkan satu persatu kerana pasti menyakitkan.

"Melihat jumlahnya tentu ada orang yang memasukkannya?" ujarnya lagi.

Safira bagaimanapun tidak berasa sakit biarpun imbasan sinaran X menunjukkan paku tersebut kelihatan bercerucuk dan mengerikan.

Sarifa yang merupakan ibu tunggal tinggal bersama Safira di Ajatappareng, Parepare, Sulawesi Selatan. Dia memberitahu, dia tidak menyedari bila paku-paku itu berada dalam betis anak tunggalnya itu.

Dia jarang meninggalkan Safira bersendirian bahkan mengaku bahawa anaknya itu tidak pernah memakan benda-benda asing seperti paku.

"Saya pernah keluarkan empat batang paku daripada betisnya ketika dia berusia dua tahun lima bulan tetapi tidak tahu macam mana ia boleh berada di situ. Safira pula tidak menunjukkan tanda kesakitan.


PAKAR perubatan menemui sebatang paku yang muncul semula selepas pembedahan pertama.


"Saya juga hairan bagaimana objek ini boleh tertanam di badannya sedangkan saya sentiasa mengawasinya.

"Jika sengaja dimasukkan pasti dia akan berasa sakit dan betisnya membengkak," ujar Sarifa.

Kejadian pelik itu menimbulkan banyak spekulasi. Ramai penduduk menganggap Safira merupakan mangsa amalan ilmu hitam.

Namun, seorang tokoh agama di Kota Makassar, Abd. Halim, 50, sependapat dengan pakar perubatan bahawa objek itu telah dimasukkan secara fizikal.

"Ilmu hitam melibatkan perkara ghaib. Tiada pengamal ilmu hitam yang dapat menghantar sesuatu ke dalam tubuh seseorang dari tempat jauh.

"Apatah lagi untuk memasukkan paku itu ke betisnya melalui tiupan mahupun bacaan mentera dari tempat yang jauh," kata Halim.

Full content generated by Get Full RSS.

Nampak makhluk hodoh

Posted:

Nampak makhluk hodoh

Nampak makhluk hodoh

Oleh SYALMIZI HAMID

INTAN merasakan ada yang tidak kena dengan tubuhnya ketika mendaftar masuk ke sebuah universiti di Kelantan pada Jun tahun lalu.

Badannya terasa panas dan pedih seolah-olah dicucuk jarum.

Tetapi dia masih boleh berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Intan tidak mahu ibu bapanya risau memikirkan penyakitnya apatah lagi itu merupakan kali pertama dia tinggal berasingan daripada keluarga.

"Hanya Tuhan yang tahu betapa azabnya saya rasa," kenang Intan, 19.

Menurut Intan, dia melalui hari-hari yang gelisah sepanjang berada di situ. Tetapi demi untuk mendapatkan segulung diploma dalam bidang perakaunan, dia menggagahkan diri melawan kesakitan.

Saban hari wajah-wajah aneh dan menakutkan mengganggunya. Bila tiba waktu Maghrib pula, tubuhnya berasa seperti dibakar di dalam ketuhar.

"Pada mulanya saya takut melihat mahkluk hodoh itu kerana ia bukan dalam mimpi sebaliknya di alam nyata. Tapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan buat tidak tahu sahaja.

"Saya pernah nampak macam-macam makhluk. Ada yang matanya terkeluar serta berbulu lebat dan ada yang seperti nenek kebayan," cerita Intan.

Tambah Intan, dia juga biasa melihat makhluk berlidah panjang dan berbadan besar.

Sudahlah tidurnya asyik bertemankan mimpi hantu, Intan juga mengalami muntah darah hampir setiap hari. Dia menggambarkan darah itu merah pekat dan masih segar.

Sakit

Selain itu, kitaran haidnya terganggu teruk. Jika sebelum ini dia mengalami haid selama kira-kira tujuh hari dalam sebulan, kini darah kotor itu keluar melalui kemaluannya setiap hari sejak empat minggu lalu.

Menurut Intan, setelah puas berulang-alik ke hospital dia dibawa bertemu pengamal perubatan tradisional.

"Saya diberitahu saya sebenarnya terkena santau," ujarnya yang ditemui sebaik sahaja dia selesai menjalani rawatan di Pusat Perubatan Islam At-Tobibi di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dalam rawatan selama hampir sejam itu, mulut Intan sentiasa mengungkapkan perkataan 'sakit' setiap kali belakangnya ditepuk oleh pengamal perubatan, Shamsuri Shafie.

Intan turut memuntahkan lendir putih yang didakwa Shamsuri merupakan abu mayat. Santau itu dikatakan dihantar oleh seseorang kepada Intan menggunakan sihir.

Dalam kebanyakan kes, santau sering dikaitkan dengan perasaan hasad dengki atau perbuatan balas dendam.

Namun menurut Intan, dia tidak pernah mempunyai musuh sebelum ini. Kehidupannya di asrama sekolah adalah sama seperti pelajar-pelajar lain.

Dia bahkan sering dijadikan rujukan oleh kawan-kawannya yang bertanyakan soalan berkaitan mata pelajaran Perakaunan dan Bahasa Inggeris.

Mengenang kembali saat belajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan, Intan berkata dia disenangi rakan-rakan lain.

Bagaimanapun, ujar Intan, guru yang mengajar subjek Perakauan di sekolah itu seperti tidak menyukainya walaupun Perakaunan merupakan mata pelajaran kegemaran Intan.

"Saya terkejut kerana guru itu pernah memberikan markah 0 untuk kertas peperiksaan Perakaunan saya semasa di tingkatan lima," dakwa Intan yang keliru dengan tindak-tanduk guru wanita terbabit.

Masih tengiang-ngiang di telinga Intan kata-kata guru itu yang dianggapnya tidak wajar sama sekali.

Meskipun begitu, Intan tidak patah semangat. Dia tekun menelaah mata pelajaran itu walaupun tiada langsung kata semangat diberikan oleh gurunya.

"Syukur saya akhirnya memperoleh A1 untuk Perakaunan," ujar Intan yang mendapat keputusan 5A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didudukinya dua tahun lalu.

Malangnya, Intan cuma sempat belajar selama beberapa bulan di universiti itu.

Kata Intan, penyakit misteri itu menghalangnya daripada meneruskan pengajian. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal dengan kakaknya di Putrajaya dan bekerja sebagai guru tadika di sana.

Baru dua bulan bekerja, Intan terpaksa berhenti kerja disebabkan masalah yang sama berulang lagi.

"Saya terima sahaja kesakitan ini kerana ia berlaku atas keizinan Allah juga. Mungkin ia satu ujian daripada-Nya tetapi saya tidak akan berhenti berubat kerana tidak sanggup menanggung penyakit ini seumur hidup," tuturnya.

Shamsuri yang melakukan rawatan ke atas Intan berkata, gadis itu telah terkena santau berdasarkan tanda-tanda yang dialaminya tetapi amat sukar untuk mengetahui siapa yang menghantar sihir itu.

"Santau atau ada juga yang memanggilnya ilmu tuju-tuju tidak dilakukan secara berhadapan sebaliknya dihantar secara rahsia seperti melalui makanan dan angin.

"Intan mengalami santau angin berdasarkan muntah abu mayat yang dikeluarkannya. Santau tersebut memasuki badannya mengikut angin yang bertiup," terang beliau.

Tambah Shamsuri, santau angin akan berlegar-legar di sekitar mangsa dalam tempoh tiga bulan sebelum meresap ke dalam badan mangsa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved