Ahad, 20 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mercu, simbol kebanggaan rakyat

Posted:

Mercu, simbol kebanggaan rakyat

Mercu, simbol kebanggaan rakyat

SETIAP kali memandang kompleks Istana Negara baharu yang tersergam indah di kawasan bukit berhampiran Jalan Duta, Kuala Lumpur, seorang lelaki tersenyum bangga.

Senyuman itu besar kepuasannya. Bagi Pengarah Projek Istana Negara, Md. Nizam Md. Sheriff, walaupun masih baru dalam dunia pembinaan, dia berjaya membuktikan kemampuan menyiapkan projek bernilai dianggarkan hampir RM800 juta itu mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Hasilnya cukup menakjubkan. Anak tempatan itu berjaya berdiri sebaris kontraktor terkenal dunia dengan mengubah landskap asal hutan berbukit kawasan seluas 39.52 hektar menjadi sebuah kompleks yang mengangkat mercu dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan negara ini.

Lelaki berusia 41 tahun itu menjadi antara nadi penting bagi projek tersebut sehingga pembinaan istana berjaya direalisasikan dalam tempoh kurang empat tahun.

Md. Nizam boleh berbangga kerana dulunya, beliau hanya seorang pegawai sebuah bank yang lebih arif mengenai selok-belok kewangan.

"Sebelum ini saya banyak menguruskan dokumentasi kontraktor-kontraktor yang mahu membuat pinjaman. Dari situ saya belajar banyak perkara sebelum menceburi bidang ini kira-kira 11 tahun lalu.

"Projek pertama saya ialah membuat longkang di sebuah kawasan di Bangi yang menelan kos hanya sekitar RM18,000. Itu telah menjadi pembakar semangat untuk maju dalam bidang ini," katanya yang berpengalaman melaksanakan projek perumahan dan pelbagai infrastruktur di sekitar ibu negara sebelum ini.

Bukan mudah


KEDUDUKANNYA di kawasan bukit berhampiran Jalan Duta menyerlahkan imej Istana Negara sebagai simbol kedaulatan negara.


Pengarah Projek Maya Maju (M) Sdn. Bhd. itu berkata, dia tidak menyangka rezekinya semakin melimpah-ruah dalam bidang itu termasuk tawaran projek pembinaan Istana Negara baharu pada tahun 2007.

Anak kelahiran Kampung Semeling, Merbuk, Kedah itu berkata, pembinaan sebuah kompleks berskala besar seperti itu tidaklah semudah yang disangkakan.

"Jika membina sekolah atau bangunan pencakar langit sekalipun, ia masih mempunyai penanda aras, namun keadaan adalah sebaliknya bagi Istana Negara.

"Apa yang pasti, ia kelihatan luar biasa dan istimewa berbanding bangunan-bangunan lain, sesuai dengan kedudukannya sebagai tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang menjadi lambang kedaulatan sistem beraja di negara ini," jelas bapa kepada empat cahaya mata itu.

Cabaran seterusnya, kata Md. Nizam, ialah ketika kerja-kerja pembinaan dimulakan pada pada tahun 2008.

"Berdasarkan kajian tanah, secara kebetulan tapak kompleks ini mempunyai banyak batuan keras semula jadi yang saiz dan beratnya dianggarkan mencecah jutaan tan metrik.

"Disebabkan itu, kami terpaksa bekerja siang dan malam memindahkan dan meletupkan batuan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Pada masa yang sama, kami juga berdepan dengan tekanan menyelesaikan aduan penduduk sekitar yang mendakwa terganggu ekoran kerja-kerja yang dilaksanakan," ujarnya.


MD. NIZAM (kanan) bersama Pengurus Projek Istana Negara, Abdul Razak Md. Yunus menunjukkan model Istana Negara baharu yang telah siap sepenuhnya September lalu.


Jelas Md. Nizam, fasa seterusnya merangkumi pemasangan cerucuk, struktur, binaan, reka bentuk bangunan dan kemasan hiasan dalaman.

Sepanjang tempoh itu, jelasnya, tapak projek itu sering dikunjungi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diberi tanggungjawab oleh Majlis Raja-Raja untuk memantau projek berkenaan.

"Baginda sanggup mengetepikan protokol untuk melawat tapak projek dan banyak memberi idea daripada mula sehingga akhir perlaksanaannya," katanya.

Dedikasi selama tiga tahun lapan bulan itu membuahkan hasil apabila kompleks itu siap sepenuhnya pada September lalu dan bakal digunakan dalam upacara rasmi pertamanya Disember nanti.

Arkitek berkaliber

Direka oleh arkitek terkenal, Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd. yang pernah terlibat dalam reka bentuk Dataran Putra, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Istana Darul Ehsan sebelum ini, Istana Negara direka dengan gabungan seni bina tradisional Melayu, Islam dan Eropah.

Ia dibahagikan kepada beberapa ruang utama seperti Lobi Utama, Sayap Formal, Sayap Diraja, Sayap Pentadbiran dan Sayap Fasiliti Sokongan.

Komponen Sayap Formal menempatkan balai rong seri, bilik-bilik menunggu sebelum upacara menghadap, dewan bankuet, bilik mesyuarat Majlis Raja-Raja dan bilik penyerahan watikah pelantikan duta-duta.

Sayap Diraja pula menempatkan bilik peraduan, persiraman, rehat dan santapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta kerabat baginda, selain bilik tetamu diraja.

Seni halus


ISTANA Negara baharu di Jalan Duta mempunyai lokasi yang lebih luas dan dikelilingi kehijauan hutan semula jadi di sekelilingnya.


Md. Nizam memberitahu, setiap bilik dan dewan memaparkan ukiran, lukisan abstrak dan corak bercirikan tradisional Melayu dan Islam.

"Antaranya, penggunaan tulisan khat dan ukiran ayat-ayat suci al-Quran bagi menghiasi ruang singgahsana dan bahagian mihrab surau.

"Proses seni halus ini dilakukan dengan teliti menggunakan tangan melibatkan beberapa pengukir dan penulis khat terkenal di negara ini khususnya dari negeri Terengganu dan Kelantan," ujarnya.

Pembinaan istana itu juga melibatkan penggunaan teknologi moden dan terkini seperti bilik kawalan berkomputer untuk mengawal sistem elektrikal dan mekanikal.

Bahagian bumbung misalnya, dilapisi lapisan konkrit untuk mengelak berlakunya sebarang kebocoran di samping penggunaan keluli tahan karat dan antikulat seperti Clean Colorbond untuk memastikan ketahanannya

Antara kemudahan yang turut disediakan di kompleks ini ialah lif, eskalator, tapak pendaratan helikopter, rumah kediaman kakitangan istana dan polis dan tempat meletak kenderaan bawah tanah.

Elemen kehijauan turut ditekankan dengan melalui hiasan landskap di hadapan istana di samping pengekalan hutan-hutan semula jadi di sekelilingnya memberikan suasana redup di samping bertindak sebagai zon penampan bagi tujuan keselamatan.

"Kompleks ini amat istimewa kerana selepas 54 tahun merdeka, inilah kali pertama kerajaan mendirikan Istana Negara bersandarkan kreativiti dan kepakaran anak-anak tempatan.

"Peluang ini mungkin hanya muncul sekali seumur hidup. Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada sejarahnya," ujarnya mengakhiri perbualan.

Full content generated by Get Full RSS.

Nilai sentimental Istana Negara lama

Posted:

Nilai sentimental Istana Negara lama

Nilai sentimental Istana Negara lama


TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (kanan) berkenan menerima menghadap penerima-penerima anugerah selepas majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan di Istana Negara lama pada Oktober lalu.


KEPADA mereka yang kerap melalui Jalan Istana, pemandangan deretan bas yang membawa pelancong mengambil gambar pengawal berkuda di luar pekarangan Istana Negara, sudah tidak kelihatan lagi.

Bangunan yang menjadi lambang kedaulatan negara itu telah ditutup secara rasminya pada Majlis Mengunci Pagar Istana pada pukul 9.30 pagi Selasa lalu.

Selepas ini, Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya.

Upacara penutupan yang diadakan baru-baru ini berlangsung dengan penuh bersejarah apabila perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD dimulakan.

Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil memperdengarkan tiupan paluan akhir yang memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.

Istiadat diteruskan dengan perarakan kumpulan penurun bendera bersama pasukan istiadat berkuda ke pintu masuk utama istana bagi menyerahkan bendera berkenaan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil.

Sebagai simbol penutupan bangunan, Tengku Farok Husin kemudiannya mengarahkan Bentara Istana Negara, Rosli Asri, mengunci pintu masuk utama istana menandakan segala tugas telah tamat di Istana Negara sebelum mengorak langkah ke Istana Negara, Jalan Duta bagi istiadat menaikkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong.

Kawalan itu dilaksanakan Batalion Pertama RAMD dan Skuadron Istiadat Berkuda berkekuatan seramai tiga pegawai, 69 anggota lain-lain pangkat dan 12 ekor kuda.

Banglo


TENGKU FAROK HUSIN ABDUL JALIL (dua dari kiri) menerima Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Penurunan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Istana.


Istana Negara lama yang terletak di lereng bukit Jalan Istana dan berhadapan Jalan Syed Putra dan Sungai Klang sudah 83 tahun bertapak.

Menyorot historiografi istana yang berwarna putih yang ditandai dengan dua kubah emas itu, pada asalnya adalah sebuah banglo milik jutawan dari China, Chan Wing. Ia dibina pada tahun 1928 dengan kos RM150,000 di kawasan seluas 11.34 hektar. Bangunan itu mendapat sentuhan daripada firma Swan & Mclaren.

Pada zaman pendudukan Jepun, banglo itu dijadikan pusat pemerintahan tentera dan sebagai mes pegawainya selama empat tahun iaitu dari tahun 1942 hingga 1945.

Sebaik tentera Jepun berundur dari Malaya, bangunan itu dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah yang kembali bertakhta.

Bangunan kemegahan itu bertukar tangan sekali lagi. Kerajaan Persekutuan pada tahun 1957 telah membelinya dengan nilai RM1.4 juta.

Bagi menyerlahkan prestij bangunan itu sebagai lokasi bersemayam pemerintah tertinggi negara, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM328,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang selari dengan sebuah negara yang baru merdeka ketika itu.

Selain menyaksikan dapur besar yang boleh memuatkan 100 orang, dewan mengadap, empat bilik tetamu yang luas, dua dewan masuk, sebuah dewan santapan, bilik istana juga ditambah dari 13 buah kepada 20 bilik.

Menariknya, E.K Dinsdale iaitu arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) dan beberapa kontraktor tempatan hanya mengambil masa empat bulan sahaja untuk menyiapkannya tanpa menyentuh struktur utamanya.

Menjelang tahun 1980-an, Istana Negara mengalami pengubahsuaian berskala besar iaitu penambahan Balairong Seri Utama yang menempatkan singgahsana.

Ia adalah singgahsana pertama dibina dalam Istana Negara untuk majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Sebelum itu, acara pertabalan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang.

Arkitek kanan JKR, Kapten David Wee yang membina singgahsana baharu itu telah menggabungkan elemen lambang kebesaran raja-raja di negara ini.

Pertabalan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7 pada tahun 1980, merupakan pertabalan pertama diadakan di Balairung Seri itu.

Peranan Istana Negara tidak hanya terbatas kepada tempat bersemayam pemerintah nombor satu negara sahaja. Malah turut diperuntukkan beberapa bilik bagi upacara tertentu seperti bilik Singgahsana Kecil, Dewan Mengadap, Bilik Duta, Bilik Permaisuri dan Balairong Seri.


SEJARAH negara. Bangunan kemegahan negara ini pernah menjadi pusat pemerintahan tentera Jepun.


Bagi bilik Singgahsana Kecil, ia digunakan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri, Istiadat Mengadap dan Menerima Watikah Pelantikan TYT Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Luar Negara.

Bilik itu juga digunakan semasa Istiadat Menerima Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia oleh Ketua Hakim Negara.

Selain itu, ia menjadi tempat Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh menteri dan timbalan menteri.

Warisan Kebangsaan

Dewan Mengadap yang berada tingkat bawah dijadikan tempat bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima menghadap tetamu kehormat seperti ketua-ketua negara dan tetamu kenamaan.

Fungsinya juga merangkumi ruang rehat untuk sultan-sultan, raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Yang di-Pertua Negeri semasa persidangan Majlis Raja-raja diadakan di Istana Negara.

Bilik Permaisuri merupakan tempat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima tetamu-tetamu kehormat.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Bintang-bintang dan Pingat-pingat Persekutuan, Hari Keputeraan dan acara berkaitan dengannya dijalankan di Balairong Seri.

Di bilik yang sama, ia turut dijadikan sebagai Dewan Santapan semasa Majlis Santapan Negara meraikan Ketua Asing yang membuat lawatan negara, Majlis Santapan Memuliakan Mesyuarat Raja-Raja dan sebagainya.

Meskipun Istana Negara sudah memiliki bangunan baharu, nilai sentimental dan nostalgianya tidak akan pudar. Adalah sesuatu yang wajar sekiranya istana yang terletak di Jalan Istana ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan. – MAZLINA ABD. MAJID

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

1 ulasan:

Widya Okta on 26 Februari 2016 pada 9:35 PTG berkata...

Saya Widya Okta, saya ingin memberi keterangan kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang sedang mencari untuk pinjaman di Asia dan bahagian lain perkataan, kerana ekonomi yang buruk di beberapa negara. Adakah mereka sesiapa yang mencari pinjaman di antara kamu? Kemudian, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih tulen sekali dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah menjadi mangsa yang 6 kredit peminjam penipuan, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman daripada syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum i adalah pembebasan dari penjara dan seorang kawan saya yang saya menerangkan keadaan saya kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman reliabl yang SANDRA Vialone FIRM. Saya mendapat pinjaman saya daripada Rp 900.000.000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam tempoh 24 jam yang i digunakan, Jadi saya membuat keputusan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda lebih baik hubungan SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (widyaokta750@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved