Khamis, 10 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Memalukan saya - Chef Wan

Posted:

Memalukan saya - Chef Wan

Memalukan saya - Chef Wan

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

CHEF Wan (tengah) bersama Chef Riz dan seorang lagi anaknya, Serina.


KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.

Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki.

"Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita.

"Padanlah muka dia," kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.

Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.

Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.

Antara juri lain yang terlibat ialah Chef Zubir (Zubir Mohd. Zain), 45; Chef Priya (Priya Menon), 53; Chef Jo (Mohd. Johari Edrus), 55; dan Chef Yahya (Yahya Hassan), 49.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Harga produk 1Malaysia murah

Posted:

Harga produk 1Malaysia murah

Harga produk 1Malaysia murah


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan harga produk 1Malaysia yang dijual di KR1M 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding produk berjenama bukan produk persendirian pasar raya besar lain. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam menafikan dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa harga produk 1Malaysia di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal berbanding harga di pasar raya tempatan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan pembangkang itu merupakan sesuatu yang tidak berasas kerana mereka tidak membandingkan harga produk 1Malaysia dengan harga barangan produk berjenama sedia ada.

"Sebaliknya pihak pembangkang membandingkan harga produk 1Malaysia dengan jenama persendirian dari pasar raya Carrefour Big Savers yang sememangnya berbeza sama sekali.

"Sebarang perbandingan harga mestilah dibuat mengikut kaedah apple to apple ataupun barangan yang benar-benar sama sahaja baik daripada segi berat, pembungkusan, dan yang paling utama adalah kualilti," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Tony Pua kelmarin yang mendakwa tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasar raya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.

Ismail Sabri menegaskan sejak dari awal lagi kementeriannya telah menetapkan harga produk 1Malaysia 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding harga produk berjenama bukannya produk persendirian pasar raya besar lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada had umur untuk calon BN

Posted:

Tiada had umur untuk calon BN

Tiada had umur untuk calon BN


NAJIB bersalam dengan sebahagian daripada ahli Mubarak pada majlis di Seri Perdana, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur atau berapa kali individu itu pernah menjadi wakil rakyat asalkan calon itu boleh membawa kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata, apa yang penting individu berkenaan adalah calon terbaik untuk BN.

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) di Seri Perdana di sini semalam.

Turut hadir Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dan Ketua Penerangan Mubarak, Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Najib berkata, beliau memerlukan semua tenaga yang ada dan ia merupakan gandingan antara yang baharu dan lama bagi sama-sama bergabung tenaga untuk berjuang pada pilihan raya nanti.

Katanya, yang penting sekali adalah mendokong calon boleh menang yang ditentukan oleh parti kerana pilihan raya umum akan datang dianggap sebagai sengit.

Sehubungan itu, katanya, beliau amat mengalu-alukan peranan Mubarak bagi menguatkan kepimpinan parti berikutan perubahan landskap sosial politik pada masa ini yang berlaku dengan pantas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved