Khamis, 3 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bebola kristal masih dijual

Posted:

Bebola kristal masih dijual

Bebola kristal masih dijual

Oleh NOOR HASLIZA NUSI dan HAFIZ ABBAS
berita@kosmo.com.my

MOHD. A. ARUWAN (kiri) menunjukkan bungkusan mainan kanak-kanak yang menggunakan bebola kristal yang dirampas di Kuantan semalam.


KUANTAN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang berjaya menghidu taktik terbaharu sesetengah syarikat yang cuba menghabiskan stok bebola kristal atau hidrogel dengan memasukkannya bersama ke dalam produk makanan ringan kanak-kanak.

Pengarahnya, Mohd. A. Aruwan berkata, bebola kristal itu dimasukkan bersama ke dalam salah satu produk makanan yang disukai kanak-kanak sebagai barang permainan.

"Ia dimasukkan sebagai satu mekanisme jualan dan ia menunjukkan ada syarikat yang tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Menurut beliau, ia merupakan salah satu taktik licik dalam usaha menghabiskan stok bebola kristal yang dilarang penjualannya.

Mohd. A. Aruwan memberitahu, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas kedai yang disyaki menjual produk makanan ringan terbabit untuk siasatan lanjut.

"Kita telah memeriksa tiga pemborong di sekitar Kuantan dan mengambil salah satu stok yang dibuat di Perak yang dipercayai mengandungi bebola kristal itu," ujarnya.

Beliau menyatakan pihaknya kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas produk tersebut dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Perintah Perlindungan Pengguna (Larangan Terhadap Barang Tidak Selamat) 2011 jika didapati bersalah.

"Syarikat yang bersalah boleh didenda tidak lebih RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan kali kedua.

"Manakala bagi individu denda tidak lebih RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Sementara kesalahan kali kedua, individu boleh didenda RM250,000 atau enam tahun penjara atau kedua-duanya sekali," jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Misteri orang minyak Bentong

Posted:

Misteri orang minyak Bentong

Misteri orang minyak Bentong


Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali (tengah) melakukan rondaan bersama penduduk Ketari di Bentong, Pahang, malam kelmarin.


BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.

Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.

Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.

Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.

Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.

"Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.

"Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya," ceritanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Senarai nama pelatih PLKN siri ke-9 diketahui hujung bulan ini

Posted:

Senarai nama pelatih PLKN siri ke-9 diketahui hujung bulan ini

Senarai nama pelatih PLKN siri ke-9 diketahui hujung bulan ini

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
berita@kosmo.com.my


ABDUL HADI (duduk, empat dari kiri) memberi tunjuk ajar kepada seorang pelatih PLKN cara-cara menembak di Lapang Sasar Bukit Merbau, Kem Desa Pahlawan, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH – Senarai nama 140,000 bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri kesembilan akan diketahui akhir bulan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

"Para bakal pelatih yang kebanyakannya mungkin sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu tidak perlu risau, nama mereka yang tersenarai boleh disemak melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel," katanya ketika ditemui di Lapang Sasar Bukit Merbau, Kem Desa Pahlawan di sini semalam.

Pelatih siri tersebut akan ditempatkan di 81 kem latihan di seluruh negara mulai 1 Januari tahun depan.

Mengenai PLKN siri kelapan, Abdul Hadi berkata, seramai 18,000 peserta akan menamatkan latihan dalam tempoh sebulan lagi dan pada ketika ini mereka sedang menghabiskan modul latihan menggunakan senjata api dan khidmat masyarakat.

Selain itu, beliau berkata, mereka juga diberi cuti untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga selama tiga hari mulai hari ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved