Rabu, 2 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bebola kristal disangka gula-gula

Posted:

Bebola kristal disangka gula-gula

Bebola kristal disangka gula-gula

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my


KEADAAN Ifti Ilya Farhana selepas menjalani pembedahan membuang bebola kristal dalam ususnya di HTAA Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan menanggung kesakitan terpaksa dibedah kelmarin selepas menelan beberapa butir objek yang disangkanya gula-gula di hadapan rumahnya di Perkampungan Sri Mahkota Jaya di sini pada 26 Oktober lalu.

Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairuddin yang berusia setahun tujuh bulan tidak menyangka gula-gula itu sebenarnya bebola gel atau hidrogel, sejenis baja tanaman hiasan yang boleh membesar sehingga beratus kali saiz asalnya jika direndam di dalam air.

Ibunya, Siti Aisyah Yusof, 27, berkata, anak sulungnya itu dipercayai mendapat bebola tersebut daripada rakannya.

"Semasa dia masuk ke dalam rumah, saya lihat dia memasukkan beberapa butir manik sebesar kacang hijau ke dalam mulutnya," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Bagaimanapun, Siti Aisyah yang merupakan seorang guru memberitahu, empat hari selepas itu anaknya tiba-tiba muntah lalu terkeluar sebutir gel sebesar guli.

Bimbang keselamatan anaknya, dia mengejarkan anaknya itu ke HTAA pada pagi Ahad lalu.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Khairuddin Harun, 29, pula berkata, pada peringkat awal, doktor tidak dapat mengesan sebarang objek selepas melakukan ujian sinaran X (X-ray).

"Anak saya berterusan muntah, suhu badan pula naik mendadak sehingga 45 darjah Celsius dan pemeriksaan lanjut akhirnya berjaya mengesan ada objek di dalam usus kecilnya," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Hukum pengamal ilmu hitam

Posted:

Hukum pengamal ilmu hitam

Hukum pengamal ilmu hitam

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

GOMBAK – Kerajaan disaran menggubal undang-undang khas bagi membolehkan pengamal ilmu hitam yang terbabit atau bersubahat dalam kejadian jenayah didakwa di mahkamah.

Pengarah Sekolah Pengajian Islam, Kolej Antarabangsa Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP), Dr. Muhyidin Ismail berkata, peruntukan yang sama juga meliputi kes-kes melibatkan kecederaan dan kematian.

"Tindakan undang-undang perlu kerana sudah banyak kes syariah atau sivil di negara ini tidak dapat pembelaan sewajarnya gara-gara wujud unsur ilmu hitam atau sihir,'' katanya kepada Kosmo! ketika ditemui pada Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-12 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini semalam.

Seminar itu dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Md. Yusop Che Teh.

Menurut Muhyiddin, pada masa ini, peruntukan yang longgar di bawah undang-undang syariah atau sivil banyak menjejaskan proses pendakwaan membabitkan pengamal ilmu hitam dan sihir.

"Dahulu ada kes seseorang pancung kepala orang lain kerana disuruh oleh bomoh bagi mendapatkan nombor ekor, tapi hanya pembunuh itu didakwa tetapi bomoh itu terlepas begitu sahaja,'' katanya yang merupakan penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung.

Beliau menegaskan, disebabkan tiada undang-undang khusus berkenaan sihir, penghakiman di mahkamah akan melihat bukti yang zahir seperti simptom secara fizikal dan mental dan pandangan pakar perubatan bertauliah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Majikan enggan tanggung kursus amah

Posted:

Majikan enggan tanggung kursus amah

Majikan enggan tanggung kursus amah

PUTRAJAYA - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) menyambut baik cadangan kerajaan mewajibkan semua pembantu rumah asing kecuali dari Indonesia mengikuti kursus bahasa Malaysia selama enam bulan bagi mempertingkatkan kemahiran komunikasi antara mereka dan majikan.

Presiden Papa, Jeffrey Foo berkata, selain pendedahan komunikasi dan bahasa Malaysia, pembantu rumah asing perlu didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab yang bakal dipikul serta kekuatan mental ketika bekerja di negara ini.

Namun, katanya, kos latihan selama enam bulan itu tidak seharusnya ditanggung majikan yang sememangnya berbelanja besar untuk mendapatkan pembantu rumah asing.

Justeru Jeffrey meminta kerajaan supaya melihat cadangan itu dari semua sudut bagi memastikan tidak ada pihak yang menanggung bebanan dan tekanan.

"Kalau latihan enam bulan bermakna mereka perlu ditempatkan di satu tempat khas, perlu disediakan makanan dan minuman serta tenaga pengajar dari Malaysia.

"Siapa yang akan menanggung semua kos itu? Jadi perkara ini perlu dilihat secara komprehensif," katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu, Jeffrey yang menyambut baik hasrat kerajaan Kemboja menarik balik pembekuan pembantu rumah ke negara ini berkata, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah awal bagi melindungi keselamatan dan kebajikan pembantu rumah.

"Kerajaan kena kaji apa masalah sebenarnya dan mengambil tindakan terhadap majikan atau agensi sekiranya perlu.

"Bukan bila ada masalah baharu cuba nak selesaikan masalah itu. Kerajaan perlu mengambil pendekatan mencegah daripada mengubati," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved